Anda di halaman 1dari 34

BAHASA KANAK-KANAK

TERENCAT AKAL

DEFINISI TERENCAT AKAL


AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL
RETARDATION (AAMR)
Subsequence subaverage general intellectual
functioning, excisting concurrently with deficits in
adaptive behavior and manisfested during the
developmental period, that adversely affects a
childs educational performance.

DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL


RETARDATION (AAMRD)
Mental retardation is a disability
characterized by significant limitation both in
intellectual functioning and in adaptive
behavior as expressed in conceptual, social
and practical adaptive skills. This disability
originates before age eighteen.

individu yang mempunyai had tertentu


dari segi fungsi mental, di samping
kemahiran yang rendah dari aspek
tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku
penyesuaian melibatkan kemahiran
penjagaan diri seperti kebolehan
memakai pakaian, makan atau
mengemas diri. Individu yang dikesan
mengalami kerencatan akal ada kalanya
tidak dapat menjaga diri sendiri atau
hidup secara berdikari. Kecacatan ini
lazimnya dikesan sebelum usia 18 tahun.

KESIMPULAN DEFINISI
TIGA KRITERIA UTAMA:
1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata
2. Lemah Tingkah Laku Suaian
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak
Sehingga Usia 18 Tahun

KESIMPULAN DEFINISI
1.Kefungsian Intelek di Bawah Purata
Kefungsian intelek di bawah purata
ditunjukkan melalui kecerdasan intelek
(IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai
di bawah min mengikut umur tertentu,
iaitu dalam lingkungan 85 atau 85
bergantung kepada jenis ujian kecerdasan
yang digunakan.

KESIMPULAN DEFINISI

2. Lemah Tingkah Laku Suaian


Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan
individu untuk mencapai kehendak sosial
dalam masyarakat bersesuaian dengan umur
kronologinya. Kanak-kanak yang
mempamerkan masalah dalam penyesuaian
tingkah laku dikatakan mengalami terencat
akal. Kriteria kemahiran yang termasuk dalam
tingkah laku suaian adalah seperti berikut:

KESIMPULAN DEFINISI
Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea,
mesej, atau maklumat dengan orang lain sama
ada secara lisan, isyarat, atau cara-cara lain,
Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan
diri, makan, dan perkara lain yang berkaitan,
Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan
baik/sesuai dengan orang lain,
Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan
mengurus aktiviti harian kehidupan di rumah,
Masa lapang - kebolehan menggunakan masa
lapang secara produktif,

KESIMPULAN DEFINISI
Kesihatan dan keselamatan - berupaya memberi
perhatian dan berjaga-jaga serta bertindak dengan
cara yang tidak membahayakan diri dan orang lain,
Arah kendiri - keupayaan membuat keputusan dan
melaksanakannya,
Akademik - membaca, menulis, matematik, dan
kemahiran lain yang diperlukan untuk berdikari,
Menggunakan kemudahan awam - berupaya
mengenal pasti dan menggunakan perkhidmatan
awam di dalam masyarakat setempat,
Bekerja

KESIMPULAN DEFINISI
Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian
termasuklah belajar merangkak, kemudian berjalan,
dan belajar bercakap.
Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian
termasuk mengambil giliran, mengikut arahan, dan
bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah.
murid sekolah menengah pula, mereka berupaya
pergi ke pusat membeli belah, makan bersama
rakan, dan membuat persediaan untuk bekerja.
Pelajar yang terencat akal minima mungkin
mengalami kelewatan dalam beberapa bidang
tingkah laku suaian.

KESIMPULAN DEFINISI
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak
Sehingga Usia 18 Tahun
Ketidakupayaan intelek hendaklah
ditunjukkan atau dikesan semasa zaman
kanak-kanak sehingga umur 18 tahun. Oleh
itu, kurang upaya intelek yang berlaku
akibat daripada kecederaan atau penyakit
selepas perkembangan awal kanak-kanak
tidak dianggap sebagai terencat akal.

PENGKELASAN TERENCAT AKAL


UKURAN IQ
ARAS
PENGKELASA
N
Ringan
Sederhana
Teruk (severe)
Sangat teruk
(profound)

STANFORDBINET
(SP=16)
52 68
36 52
20 36
bawah 20

***Ukuran IQ adalah anggaran

WESCHLER
(SD=15)
55 70
40 55
25 40
bawah 25

SISIHAN
PIAWAI DI
BAWAH MIN
2 hingga 3
3 hingga 4
4 hingga 5
melebihi 5

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Marilyn Friend (2005)
1. Ciri Kognitif
mempunyai kesan ke atas beberapa dimensi kefungsian kognitif :
Ingatan
Generalis
asi

Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti


kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara
yang baru diajar.
Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya
pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanakkanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi
dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.

Metakogni kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi


si
sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi
kesukaran menyelesaikannya
Motivasi
mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu
meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa
Bahasa

Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya


mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami
konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan
sebagainya.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


2. Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid terencat
akal selalunya perlu bekerja lebih keras,
membuat latihan yang banyak, dan
memerlukan masa yang lama berbanding
murid-murid normal yang lain Selain itu
pencapaian akademik mereka adalah
rendah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


3. Sosial
Kebanyakan murid terencat akal menghadapi
kesukaran dalam hubungan sosial.
Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh
rakan sebaya dan mungkin diketepikan
langsung. Keadaan ini disebabkan murid ini
berkelakuan tidak matang, tidak dapat
menyesuaikan diri dalam situasi sosial, dan
mereka mempunyai masalah menguasai
kiukiu sosial vana halus sehingga mereka
kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid lain.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


4. Ciri Tingkah Laku Tambahan
Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat
akal mempunyai tingkah laku yang
khusus. Di antaranya adalah seperti
mahukan ganjaran tertentu, menarik
rambut, menggigit, atau tabiat suka
mencederakan diri.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


5. Emosi
Memerlukan perhatian akibat daripada perasaan
kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran
sosial.
6. Ciri Fizikal dan Kesihatan
mempunyai masalah kesihatan sampingan selain
kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak
Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada
muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit
seperti jantung berlubang dan paru-paru.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Tumpuan
Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran
sangat penting untuk memahami sesuatu
tugasan yang diberikan sebelum proses
pembelajaran berlaku. Kebanyakan kanak-kanak
sukar untuk menumpukan perhatian terhadap
sesuatu atau sukar memberi tumpuan dalam
tempoh masa yang lama
kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan
masalah kerana tidakupayaan untuk berfikir
secara logik.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Ingatan
Kajian menunjukkan kanak-kanak
terencat akal menghadapi masalah untuk
mengingat maklumat yang diterima.
Ketidakupayaan untuk mengingat
maklumat yang disampaikan
menghadkan kemampuan mereka untuk
belajar. Keadaan ini merupakan halangan
utama dalam proses pembelajaran di
sekolah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Ingatan
Kebolehan mengingat merupakan proses
pembelajaran yang kompleks dan
memerlukan kaedah yang sesuai. Kanakkanak terencat akal menghadapi
kesukaran untuk mengingat konsep serta
perkara-perkara yang berkaitan teori
tentang sesuatu perkara.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Perkembangan Bahasa
Bahasa digunakan seawal usia kanakkanak untuk keperluan komunikasi,
menyampaikan kehendak dan perasaan
dalam sesuatu persekitaran
(Hatton,1998).
Kelewatan perkembangan bahasa
merupakan antara bukti jelas yang dapat
dilihat pada kanak-kanak terencat akal
(Warren & Abbeduto, 1992).

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Perkembangan Bahasa
Masalah pertuturan seperti masalah
artikulasi biasa boleh dikesan pada kanakkanak terencat akal. Umumnya, bagi
kanak-kanak yang mengalami kerencatan
akal ringan, perkembangan bahasa
mereka adalah selari dengan kanak-kanak
normal, namun kemajuan perkembangan
bahasa mereka agak perlahan sekiranya
kategori yang dialami terencat akal teruk.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Perkembangan Bahasa
Kelewatan perkembangan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak terencat akal
mempunyai hubung kait dengan
keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal
sukar untuk menyampaikan bahasabahasa berasaskan linguistik dan
menyebabkan penguasaan bahasa yang
lemah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Pencapaian Akademik
kanak-kanak terencat akal lazimnya
mempunyai pencapaian akademik yang
rendah berbanding rakan sebaya normal
yang lain. Kanak-kanak terencat akal juga
sering mempunyai jangkaan pencapaian
yang rendah disebabkan tahap
kemampuan intelek yang dimiliki (Mac
Millan, 1982).

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Perkembangan Sosial
Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih
sensitif dan emosional. Kanak-kanak ini juga
menghadapi masalah dalam berkomunikasi
dengan rakan sebaya. Kemahiran sosial kanakkanak dipelajari sewaktu menerima
pengajaran di sekolah. Namun begitu, kanakkanak terencat akal ini tidak dapat memahami
peranan menunggu giliran seperti menunggu
giliran apabila seseorang selesai bercakap
sebelum memulakan topik perbualan.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal


Perkembangan Sosial
Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi
masalah untuk memahami konsep-konsep sosial.
Sebagai contoh, konsep wang. Mereka
menghadapi masalah untuk memahami fungsi
wang serta kegunaan wang dalam kehidupan
harian. Kanak-kanak terencat akal juga sukar
memahami kesan dan akibat sesuatu
perhubungan. Contohnya, mengenal pasti bahawa
terdapat kesan daripada setiap tindakan yang
dilakukan.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Analisis Tugasan
Sesuatu kemahiran yang hendak diajar
dijelaskan dengan terperinci dan di
bahagikan kepada bahagian-bahagian
kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil
tersebut disusun mengikut urutan yang
dapat meningkatkan kefahaman. Juga,
bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk
menguasinya dinyatakan.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Penilaian
Penilaian kerap dilakukan untuk memastikan
sama ada sesuatu bahagian kecil itu
dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian
tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh
pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan,
pelajar akan terus melakukan kesilapan
tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar
kerencatan mental ini boleh membawa
kesan yang buruk kepada dirinya

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Gerak Balas Aktif
Menentukan bahawa pelajar terlibat secara
aktif dan setiap gerak balas pelajar
dicatat. Contohnya, bilangan perkataan
yang disebut, dan bilangan ayat yang
ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur
untuk menggalakkan pelajar memberi
respons yang dipantau dengan rapi
supaya maklum balas yang bermakna
dapat diberikan

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Maklum Balas
memerlukan makluma balas serta merta
tentang usaha mereka. Maklum balas
merupakan pujian atau peneguhan positif
lain bagi jawapan atau tingkah laku yang
betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar
diberi galakkan dan peluang untuk
membetulkannya.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Maklum Balas
Maklum balas hendaklah tepat, serta merta,
positif dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat
membaca 90 perkataan hari ini. Itu 10 lebih
daripada semalam. Bagus". Kadang kala,
pelajar kurang upaya tidak sabar mencuba
berkali-kali untuk mendapat jawapan yang
betul. Adalah dicadangkan guru membantu
pelajar mendapat jawapan yang betul.
Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan
hingga pelajar mencuba sendiri

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT


AKAL
Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan berlaku apabila sesuatu
kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari
digunakan dalam situasi yang berlainan.
Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu
cara ialah untuk memberi pelajar peluang
mengamal seusuatu kemahiran dalam
situasi berlainan. Contohnya, pelajar dibawa
ke padang permainan untuk mempraktik
kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah

Masalah bahasa kanak-kanak terencat


akal
Bentuk bahasa
Kandungan bahasa
Penggunaan bahasa

Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa


Kaedah penilaian bahasa
Strategi/ teknik intervensi yang spesifik
Keberkesanan komunikasi

Anda mungkin juga menyukai