Anda di halaman 1dari 47

SIASATAN DALAMAN

SESI SIASATAN DALAMAN

RATIONAL
Di dalam mana-mana Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic
Inquiry), Pegawai Pendakwa memainkan peranan penting . Ianya
ibarat watak utama atau master mind bagi memastikan Siasatan
Dalam berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan. Kejayaan
majikan di dalam sesi ini amat bergantung kepada persediaan
Pegawai Pendakwa dan kemahirannya di dalam pemeriksaan
utama, pemeriksaan balas dan pemerksaan semula. Bukan itu
sahaja Pegawai Pendakwa juga perlu mahir di dala siasatan dan
menyedia / memahami tuduhan

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
Memahami tentang kenapa pekerja perlu di disiplinkan , prosedurnya dan jika
gagal meneruskan proses disiplin seterusnya iaitu prosedur disiplin besar.
Mempelajari proses melaksanakan siasatan yang kompprehensif dan teknikteknik mencadangkan tuduhan-tuduhan salahlaku yang tepat dan sesuai.
Mengetahui tentang prosedur Siasatan Dalaman dan cara-cara
melaksanakannya.
Mempunyai kemahiran didalam membuat pemeriksaan utama, pemeriksaan
balas dan pemeriksaan semula.
Memahami akan cara-cara membuat penghujahan lisan dan penghujahan
balas

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Salahlaku
Siasatan Salahlaku
Menyediakan Tuduhan / Memahami Tuduhan
Siasatan Dalaman Disiplin (SDD) / Domestic Inquiry
Examination in chief (Pemeriksaan Utama)
Cross-Examination (Pemeriksaan Balas)
Re Examination (Pemeriksaan Semula)
Submission (Penghujahan akhir)

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Salahlaku Ringan
Salahlaku ringan merupakan kesalahan oleh seorang pekerja ; kelakuan
yang tidak betul tetapi tidak begitu serius untuk dikenakan hukuman
yang berat. Tidak semua salahlaku pekerja patut mendapat pemecatan.
Pihak Mahkamah harap majikan berpatutan. Mahkamah suka
mengatakan bahawa pekerja bukan malaikat. Mereka mungkin bersalah
tetapi sekiranya mereka dihukum, mereka mungkin akan menunjukkan
kelakuan yang lebih baik dan tidak akan ulangkan salahlaku mereka.
Sekiranya pekerja membuat salahlaku ringan dan dihukum kerananya,
tetapi kemudian mengulangi salahlaku yang sama, kelakuan yang tidak
boleh diterima ini akan menjadi lebih serius dan beliau patut terima
hukuman yang lebih berat. Jika beliau masih juga mengulangi salahlaku
itu, pemecatan sahajalah mungkin penyelesaiannya kerana jelas
menunjukkan bahawa beliau tidak mendapat pengajaran daripada
tindakan-tindakan yang diambil.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Menentukan Sama Ada Buatan Salahlaku itu Ringan atau


Serius
Sama ada satu buatan salahlaku dianggap ringan atau serius
bergantung kepada jenis kerja yang pekerja buat dan jenis
industri. Anda patut adakan sesi bersama dengan pengurus kanan
anda, periksa peraturan syarikat dan tentukan sama ada setiap
contoh salahlaku itu ringan atau serius. Adalah mustahil untuk
menyediakan satu senarai buatan salahlaku yang ringan yang
berkait dengan semua industri dan pekerjaan.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Berikut adalah beberapa cadangan mengenai kelakuan yang dianggap
salahlaku ringan:
1. Merokok di dalam premis di mana ada peraturan melarang merokok
biasanya adalah salahlaku ringan, melainkan merokok itu berlaku di
tempat yang sangat merbahaya, mungkin senang terbakar disebabkan
oleh rokok yang menyala (seperti dekat dengan bahan mudah terbakar)
2. Tidak hadir untuk satu atau dua hari bekerja tanpa izin manakala
tidak hadir selama 3 hari atau lebih tanpa kebenaran boleh dianggap
sebagai salahlaku serius
3. Sampai lewat di tempat kerja atau pulang awal
4. Tidak berada di stesyen kerja pekerja semasa waktu kerja
5. Menggunakan bahasa kurang sopan kepada rakan sekerja

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Mengambil Tindakan ke atas Salahlaku Ringan


Dalam kes-kes di mana pekerja membuat salahlaku ringan pihak penyelia patut diberi
kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pekerja berkenaan. Mereka mesti dilatih untuk
tugas ini supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk lakukannya.
Mereka mesti tahu apakah hukuman yang boleh di kenakan.
Amaran Lisan
Hukuman yang biasa dikenakan untuk salahlaku ringan adalah amaran. Kali pertama
seorang pekerja membuat salahlaku ringan, beliau patut diberi amaran lisan. Ini bermakna
penyelia beliau mesti:
1. Tanya beliau sama ada beliau mempunyai penjelasan mengenai kelakuan beliau
2. Ingatkan beliau bahawa kelakuan tersebut tidak dapat diterima, dan
3. Beri amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi salahlaku tersebut atau salahlaku
yang lain
Amaran ini, sungguh pun ia adalah amaran lisan, mesti direkodkan oleh penyelia.
Sekiranya tidak, beliau tidak akan ingat sama ada beliau telah keluarkan apa-apa amaran
sebelumnya. Pihak penyelia mesti simpan nota bertulis, dan bertarikh, menyatakan jenis
salahlaku dan sebarang komen atau keterangan yang diberi oleh pekerja kepada beliau.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Amaran Bertulis
Sekiranya seorang pekerja mengulangi perbuatan salahlaku di mana amaran lisan
telah diberi kepadanya, amaran bertulis mesti dikeluarkan. Amaran bertulis boleh
diberi dalam bentuk surat biasa kepada pekerja. Surat amaran patut ditandatangani
oleh penyelia pekerja berkenaan, dengan salinan kepada pegawai HR supaya satu
salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi pekerja.
Kandungan surat amaran adalah:
1. Satu kenyataan menerangkan salahlaku yang dibuat oleh pekerja
2. Masa, tarikh dan tempat di mana kelakuan salahlaku dibuat
3. Rujukan kepada polisi atau peraturan syarikat yang telah dilanggar
4. Rujukan kepada amaran terdahulu yang diberi (lisan atau bertulis)
5. Satu peringatan bahawa peraturan organisasi telah diberi kepada pekerja dan
beliau telah setuju mematuhinya
6. Satu kenyataan bahawa sekiranya pekerja mengulangi perbuatan salahlaku atau
mana-mana kelakuan salahlaku yang lain beliau boleh dipecat

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Sebelum amaran bertulis dikeluarkan, adalah penting pengurus semak semua fakta
untuk mempastikan pekerja betul-betul telah melakukan kesalahan.
Ia dianggap sebagai amalan yang adil bagi pihak majikan mengeluarkan sehingga
tiga amaran bertulis sebelum penalti yang lebih berat dipertimbangkan. Apabila surat
amaran dikeluarkan, pekerja berkenaan mesti tandatangan satu salinan
menunjukkan bahawa beliau telah terima surat itu. Sekiranya beliau enggan
menandatangan penerimaan surat itu (ini adalah kelakuan mengingkari perintah),
penyelia beliau patut bacakan surat itu kepada beliau di hadapan seorang pengurus
yang akan tandatangan surat sebagai saksi bahawa ia telah dibacakan kepada
pekerja tersebut.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Salahlaku Serius
Sekiranya seorang pekerja disyaki melakukan satu perbuatan salahlaku yang serius,
atau jika beliau telah diberi amaran terakhir kerana melakukan perbuatan salahlaku
ringan beberapa kali, satu prosedur yang berbeza daripada yang digariskan di atas
perlu diikuti.
Prosedur untuk diikuti apabila seorang pekerja dituduh melakukan perbuatan
salahlaku serius adalah seperti berikut:
Setiap 4 langkah dalam prosedur tersebut akan diterangkan dengan ringkas.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Menyiasat
Sebelum mengenakan apa-apa penalti ke atas pekerja kerana perbuatan salahlaku
serius, keperluan pertama adalah menjalankan penyiasatan teliti. Siapa yang layak
sekali untuk menjalankan penyiasatan bergantung kepada jenis tuduhan ke atas
pekerja tersebut. Misalnya, salahlaku yang melibatkan wang organisasi patut disiasat
oleh pegawai audit, sekiranya wujud dalam syarikat anda. Kecurian atau berkelahi
mungkin boleh disiasat oleh pegawai sekuriti; ketidakhadiran biasanya disiasat oleh
HR dan seterusnya.
Penyiasatan mesti menjawab soalan berikut:
1. Salahlaku apa yang telah dilakukan?
2. Peraturan atau polisi apa yang dilanggar?
3. Siapa yang terlibat?
4. Bila dan di mana salahlaku terjadi?
5. Bukti apa yang menunjukkan kesalahan telah berlaku? Adakah saksi, gambar atau
dokumen yang membuktikan kesalahan pekerja yang dituduh?

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

1.Menyiasat2.Persiapan untuk siasatan dalaman3.Menjalankan siasatan


dalaman
4.Tindakan susulan
Adalah tersangat penting supaya ada bukti yang mencukupi bahawa pekerja tersebut
telah melakukan perbuatan salahlaku. Sekiranya beliau dituduh oleh seorang,
sedangkan beliau tidak mengaku bersalah dan tidak ada bukti bebas yang lain untuk
menunjukkan beliau bersalah, maka kes tersebut tidak boleh diteruskan.
Surat Tunjuk Sebab
Ia adalah satu amalan yang wajar untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab
kepada pekerja yang dituduh, sama ada di awal penyiasatan atau selepas
penyiasatan awalan tamat. Surat tunjuk sebab akan senaraikan tuduhan-tuduhan
keatas beliau dan mengarahkan beliau menjawab tuduhan tersebut sebelum tarikh
tertentu, biasanya dalam tempoh 3-5 hari.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Penggantungan
Semasa penyiasatan ke atas tuduhan salahlaku, pihak majikan berhak untuk
menggantung pekerja berkenaan. Hak pekerja bergantung sama ada beliau
dilindungi oleh Akta Pekerjaan atau tidak, seperti diterangkan dalam Ruang bertajuk
PERSEKITARAN PERUNDANGAN DALAM PEKERJAAN .
Pekerja yang berada dalam skop Akta Pekerjaan boleh digantung kerja dengan
mendapat separuh gaji, sehingga dua minggu semasa beliau disiasat kerana disyaki
bersabit dengan salahlaku. Sekiranya dengan sebab apa sekali pun, penyiasatan
mengambil masa lebih daripada 2 minggu, penggantungan pekerja boleh
dipanjangkan tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh. Jikalau diputuskan bahawa tidak
ada bukti yang kukuh bahawa pekerja bersalah, atau jikalau beliau didapati tidak
bersalah oleh panel siasatan dalaman, separuh gaji yang ditahan mesti dibayar
kepada beliau.
Sekiranya seorang pekerja yang dituduh membuat salahlaku tidak dilindungi oleh
Akta Pekerjaan, beliau masih boleh digantung kerja semasa penyiasatan, tetapi
beliau mesti dibayar gaji penuh dalam tempoh tersebut.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Persiapan untuk Siasatan Dalaman


Sekiranya satu penyiasatan mendedahkan bukti bahawa pekerja itu bersalah, satu
siasatan dalaman mesti diadakan. Persiapan yang diperlukan untuk siasatan dalaman
termasuk:
Lantik seorang Pendakwa
Lantik Panel Siasatan
Sediakan Bilik Siasatan Dalaman
Lantik seorang Setiausaha
Keluarkan Notis Siasatan & Tuduhan kepada Pekerja
Siasatan dalaman (Domestic inquiry atau DI) ialah satu perbicaraan dalaman untuk
menentukan sama ada pekerja yang dituduh membuat salahlaku bersalah atau tidak.
Pihak majikan mesti melantik seorang pendakwa daripada kalangan eksekutif kanan.
Pendakwa mewakili syarikat. Peranan beliau ialah untuk membuktikan kepada ahli DI
bahawa pekerja yang dituduh adalah bersalah.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Panel DI, biasanya mengandungi 3 orang ahli termasuk seorang pengerusi, dikehendaki
mendengar kenyataan yang dibentang oleh pendakwa dan apa-apa keterangan oleh
tertuduh, dan ambil
keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan terhadapnya.
Sekurang-kurangnya seorang eksekutif atau pengurus kanan patut dilantik sebagai ahli
panel bersama dua orang yang lain.
Sebuah bilik yang sesuai patut ditempah untuk DI.
Seorang setiausaha mesti dilantik. Setiausaha diperlukan untuk merekod kata demi
kata perjalanan DI, iaitu menulis semua yang dikatakan semasa DI, yang dikendalikan
mengikuti format soal dan jawab.
Satu notis mesti disampaikan kepada pekerja berkenaan memberitahu beliau bila dan
mana siasatan akan diadakan. Bersama-sama dengan notis tersebut, tuduhan ke atas
pekerja tersebut akan disertakan.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

Menjalankan Siasatan Dalaman


Siasatan dalaman (DI) tidak perlu merumitkan atau terlalu formal. Walau
bagaimanapun, sekiranya seorang pengurus kanan dituduh membuat salahlaku,
mungkin elok dapatkan nasihat daripada pihak perunding atau daripada seorang
peguam. Jikalau staf HR belum pernah menghadiri DI, mereka patut ikuti satu
program latihan mengenai topik ini. Pihak penyedia latihan ada menawarkan banyak
latihan seumpamanya.
Perjalanan pendakwaan dalam siasatan dalaman adalah seperti berikut:

GARIS PANDUAN TAMBAHAN MENGENAI SIASATAN DALAMAN


Tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat ucapan semasa DI,
melainkan semasa penggulungan akhir.
Pastikan rekod kata demi kata dibuat. Jangan bergantung kepada
rakaman pita.
Benarkan tertuduh membaca mana-mana dokumen yang dibentangkan
sebagai bukti menuduh beliau
1. Pengerusi panel siasatan, yang bertanggungjawab mempastikan DI dilaksanakan
dengan licin, semak siapa yang hadir dan buat pengenalan jika perlu. Beliau
terangkan tujuan DI kepada tertuduh dan menggariskan beberapa peraturan
bagaimana DI akan dijalankan.
2. Pendakwa (atau Pengerusi panel siasatan) bacakan tuduhan kepada pekerja
tersebut dan minta sama ada beliau mengaku salah atau tidak bersalah.
3. Sekiranya pekerja mengaku tidak bersalah, Pendakwa, yang mewakili majikan,
akan mulakan kes dengan memanggil saksi beliau yang pertama. Soalan akan
ditanya dan pihak saksi mesti menjawab.
4. Apabila Pendakwa telah tamat menyoal saksi pertama, tertuduh dibenarkan
menyoal balas saksi tersebut, iaitu bertanya soalan kepada beliau.
5. Pendakwa mungkin ingin menyoal semula, atau bertanya soalan tambahan kepada
saksi untuk menjelaskan beberapa perkara. Sesudah itu, saksi lain akan dipanggil.
6. Proses memanggil saksi untuk disoal, soal balas dan soal semula akan berterusan
sehingga Pendakwa tidak ada saksi lagi.

7. Sebaik sahaja Pendakwa habis memanggil saksi-saksi beliau, pekerja yang dituduh
boleh panggil saksi dia, jika ada, dan proses yang sama akan diulang tetapi terbalik.
8. Sebaik sahaja pekerja habis dengan saksi-saksinya, kedua-dua Pendakwa dan pekerja
boleh membuat penggulungan akhir mengenai bukti-bukti mereka.
9. Selepas penyerahan terakhir, panel siasatan akan adakan perbincangan bersama untuk
membuat keputusan sama ada pekerja berkenaan bersalah atau tidak bersalah ke atas
tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka akan tulis satu laporan mengenai
keputusan mereka dan serahkan laporan itu kepada pengurus yang melantik mereka.
Berikut adalah berberapa garis panduan mengenai isu-isu biasa berhubung dengan
pengendalian DI.
Staf HR tidak boleh dilantik sebagai ahli panel DI. Mereka boleh menjadi Pendakwa atau
Setiausaha.
Ahli-ahli panel DI, seboleh-bolehnya, orang yang berkecuali dan tidak terlibat secara
langsung sama sekali dengan kes berkenaan.
Sekiranya pekerja tersebut gagal untuk hadir DI, tangguhkannya dan cuba dapatkan
sebab kenapa dia tidak hadir. Tetapkan tarikh baru untuk DI setelah memberitahu pekerja
mengenainya. Jika dia masih tidak hadir, siasatan dalaman akan dijalankan tanpa dia.
Panel DI tidak sepatutnya diberi taklimat atau diberi maklumat mengenai kes terlebih
dahulu.
Tertuduh tidak berhak untuk diwakili oleh peguam semasa DI. Jangan benarkan ini.
Sekiranya dia ahli kesatuan sekerja, dia berhak untuk diwakili oleh seorang pegawai
kesatuan.

Sekiranya ada pihak, termasuk pekerja yang dituduh berkelakuan penuh emosi
semasa DI, perbicaraan patut berhenti rehat.
Panel DI tidak boleh menyoal pekerja yang dituduh. Peranan mereka adalah
mendengar kenyataan yang diberi dan menilainya.

Tindakan Susulan
Selepas DI dijalankan, beberapa tindakan perlu diambil termasuk:
1. Sekiranya panel DI mendapati bahawa pekerja bersalah, pihak pengurusan atasan
syarikat mesti tentukan penalti yang sesuai. Pilihan penalti adalah turun pangkat,
penggantungan kerja tanpa gaji (untuk maksimum 14 hari), atau pemecatan. Penalti
mesti sepadan dengan salahlaku tersebut.
2. Pekerja tersebut mesti dimaklumkan mengenai hasil proses DI. Sekiranya beliau
didapati tidak bersalah, beliau akan kembali bekerja (jika beliau telah digantung).

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
1.1
Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat ,
berdasarkan
kepada siasatan awalan yang dijalankan, berpendapat bahawa
seseorang pekerja telah melakukan salah laku yang serius.
Semasa sesi SiasatanDalaman, pekerja terbabit yang dikenali
sebagai Tertuduh akan didakwa
terhadap salah laku yang
dipercayai telah dilakukan. Pembentangan kes akan dijalankan
oleh pegawai yang dilantik oleh Syarikat yang dikenali sebagai
Pegawai Pembentang Kes.

1.2 Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang


dipertanggungjawabkan untuk mendengar pembentangan kes
oleh
Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada Tertuduh
Seterusnya, Panel Siasatan akan membuat keputusan samada
Tertuduh
Bersalah atau tidak terhadap dakwaan yang dikemukakan.

1.3 Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua
orang
ahli Panel lain.

Job-worth and MarketDriven Approaches

1.4

Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;


-Mencari kebenaran
-Menegak kebenaran
-Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong
perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.
-Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.
-Menambil kira faktor-faktor yang

boleh meringankan hukuman

1.5 Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan


hendaklah;
-menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.
-Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri
dan
memperdengarkan hujahnya.
-Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak
sebagai
bahan bukti.
-Tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berpandukan
kepada
fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.

2.0

PERMULAAN SIASATAN DALAMAN

2.1 Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya,


Pengerusi
hendaklah memastikan bahawa semua ahli Panel telah hadir dan memastikan
bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan pencatat minit juga telah
berada
di tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan sesi
Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan tenang
sebelum Siasatan tersebut dimulakan.

2.2 Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan


memperkenalkan diri selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya
menyatakan tujuan siasatan pada hari tersebut. Contoh pengenalan adalah
seperti berikut.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi)


selaku Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli
Panel iaitu En (nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan
Dalaman pada hari ini adalah untuk mendengar kes terhadap (nama
Tertuduh) yang telah dituduh melakukan salah laku yang bercanggah
dengan peraturan-peraturan syarikat.

Collecting and Analyzing


Labor-Market Data

2.3 Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada


beliau mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;
-Pemilihan Panel Siasatan
-Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.

Contoh penyataan adalah seperti berikut;

Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya


ingin bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan
terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apaapa bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini
dijalankan. Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila
nyatakan sekarang berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat
bantahan tersebut. Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan
teruskan siasatan ini

Decide on Survey Source(s)

Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah eminta


Tertuduh memberikan penjelasanterhadap sebab atau asas
bantahan tersebut dibuat dan seterusnya berbincangbersama ahli
Panel yang lain. Pengerusi boleh juga meminta pendapat Pegawai
Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat sebelum membuat
sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi boleh
membuat keputusan-keputusan berikut;
-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh
yang lain.
-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat
dari pihak-pihak yang lain.

Decide on Survey Source(s)

2.4 Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat,


Pengerusi bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman
tersebut dengan memulakan pembacaan pertuduhanpertuduhan.Pertuduhan-pertuduhan adaterdapat di surat
Notis Siasatan Dalaman
yang diserahkan kepada Panel.

Characteristics of Good
Salary Surveys

3.0 PEMBACAAN PERTUDUHAN

3.1 Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya
ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan,
Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah
atau tidak. Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;

En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan anda


hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak terhadap
pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu pertuduhan.
Tuduhan pertama(rujuk kepada pertuduhan)
Adakah anda mengaku bersalah?
Tuduhan kedua(rujuk kepada pertuduhan)
Adakah anda mengaku bersalah ?

Safe Harbor Guidelines

3.2Bagi setiap jawapan yang diberikan ke


atas setiap pertuduhan, Pengerusi dan
Panel hendaklah membuat catatan
terhadap jawapan tersebut samada
bersalah atau tidak

Collecting and Analyzing


Labor-Market Data

4.0 SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH

4.1 Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan


yang dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa
Tertuduh faham terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu
memastikan bahawa Tertuduh memahami kesan dan akibat
pengakuan tersebut; yang mana pihak Syarikat boleh
mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada Tertuduh;yang
merangkumi pembuangan kerja.

Gather Valid Data

4.2 Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan


sebarang syarat.
4.3 Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan
pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah
selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk
membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksisaksi, tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang
Kes menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.

4.4 Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi


peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman
yang bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi
mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan
kapadanya. Pengerusi perlu memastikan bahawa Tertuduh
menumpukan kepada isu-isu rayuan sahaja.

How to Handle Incomplete


Job Matches

5.0 SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH

5.1 Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap


pertuduhan yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari
tersebut diteruskan dan Pengerusi akan meminta Pegawai
Pembentang Kes untuk membentangkan kes. Contah penyataan adalh
seperti berikut;

Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah


terhadap kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan
seterusnya);Panel dengan ini meminta Pegawai Pembentang
Kes untuk membentangkan kes

6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI


PEMBENTANG KES

6.1 Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes


biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil
saksi untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat
berubah-berubah bergantung kepada jenis kes dan
kesalahan. Pegawai Pembentang Kes juga biasanya akan
membawa dokumen-dokumen bukti yang akan ditender
sebagai eksibit.

Collecting and Analyzing


Labor-Market Data

6.2 Apabila Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau


akan menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh
adalah bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan
kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang
dipanggil. Pegawai Pembentangan Kes juga akan menyerahkan
dokumen-dokumen bukti melalui saksi tersebut; yang mana
dokumen-dokumen tersebut akan ditandakan mengikut turutan.
Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak dokumen-dokumen
tersebut; meminta penjelasan sekiranya perlu dan seterusnya
mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai
eksibit. Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang
dilakukan oleh Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;

Complete data analyses

Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini


sebagai eksibit PO3

Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen


tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan
mengatakan:

Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai


eksibit PO3

Satu salinan dokumen bukti tersebut akan diserahkan kepada


tertuduh.

Common Measures of
Central Tendency

6.3 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai


menyoal saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang
kepada Tertuduh untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel
hendaklah memastikan bahawa soalan-soalan yang
diajukan oleh Tertuduh adalah berkaitan dengan
pertuduhan-pertuduhan sahaja. Contoh penyataan Panel
adalah seperi berikut

Sekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk


menyoal-balas saksi ini

Percentiles

6.4 Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat,


Panel hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang
Kes untuk menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan
Panel adalah seperti berikut;

Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai


Pembentang Kes untuk menyoal semula saksinya atau untuk
meminta penjelasan lanjut, dipersilakan

Sekiranya tiada apa-apa soalan daripada Pegawaqi Pembentang


Kes, atau telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi
tersebut telah selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi
seterusnya membenarkan saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan
Dalaman. Contoh penyataan adalah seperti berikut;

Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda


berikan. Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan
anda dibenarkan untuk keluar

6.5 Pegawai Pembentang Kes akan seterus


nya memanggil saksi kedua untuk
memberikan keterangan dan seterusnya
sehingga kesemua saksi-saksi bagi pihak
syarikat selesai memberi keterangan. Proses
memberi keterangan, penyerahan dokumen
bukti sebagai eksibit dan soal-balas adalah
serupa bagi kesemua saksi dan semua
dokumen

6.6 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal


kesemua saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang
untuk memanggil saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh.
Proses memberi keterangan oleh saksi Tertuduh adlah serupa
saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini. Tertuduh akan
memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai, Pegawai
Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk menyoalbalas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti
berikut:

Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksisaksi bagi pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh
untuk memanggil saksi-saksi Tertuduh bagimemberi keterangan
kepada sesi ini, dipersilakan

Aging Data
6.7
Semasa proses saksi memberi keterangan ini,
Pengerusi dan Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan
meminta penjelasan samada dari saksi, Pegawai Pembentang
Kes atau Tertuduh; terhadap apa-apa jua isu-isu yang
berkaitan

Aging Survey Data

6.8 Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen


bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung
kes. Penggulungan akan dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di
ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalh seperti berikut;

memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes


masing-masing dan juga telah selesai memenggil saksi masingmasing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini meinta kedua-dua pihak
untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan
kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakan

sekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh


untuk meggulung kesnya, dipersilakan.

6.9 Setelah kedua-dua pihak melakukan


penggulungan masing-masing; ini bermakna
sesi Siasatan Dalaman tersebut telah
sampai ke penghujungnya.

6.10Sebelum brsurai Pengerusi hendak memberitahu


kepada Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan
diberitahu secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.

6.11Sesi Siasatan Dalaman bersurai.

SELEPAS SIASATAN
DALAMAN

DI
1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan
bersama dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai
keputusan mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/
PENGERUSI syarikat akan membuat keputusan hukuman yang patut
dijatuhkan (mengambil kira pendapat HR advisor/ practitioner) dan
menandatangani persetujuan tersebut.
2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan
surat kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan
dan hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan
berkuatkuasa. HR akan menyerahkan surat kepada tertuduh dan
tertuduh perlu menandatangani penerimaan surat tersebut.
Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni?
Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk
persediaan sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.

Anda mungkin juga menyukai