Anda di halaman 1dari 24

BUDAYA KOLABORASI

DAN KOPERATIF

Oleh:
Ernani
Noor Zaironna
Shazrin

Definisi Budaya
Definisi budaya
budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia.
Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok.
Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan
budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi
sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan
nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia
yang meliputi usaha dan hasilan.

Maka pada kesimpulannya, budaya boleh


difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk sama ada yang dapat dilihat atau
tidak.
Konsep budaya merupakan satu konsep
yang penting untuk membandingkan
perbezaan antara suatu masyarakat
dengan suatu masyarakat yang lain.

Ciri-ciri Budaya
Budaya merupakan pengkongsian
suatu masyarakat
Budaya tidak dapat berpisah dengan
bahasa.
Budaya diperolehi melalui proses
pembelajaran.

KOPERATIF
Koperatif melibatkan guru bekerjasama
untuk belajar dan bertanggungjawab ke
atas setiap ahli kumpulannya
Mengikut Panitz (1996), cooperation is a
structure of interaction designed to
facilitate the accomplishment of an end
product or goal.

Ciri-ciri
kumpulan boleh dikuasai oleh seorang ahli
sahaja.
penyelesaian terhadap sesuatu masalah
merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli
dalam kumpulan akan bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah tersebut
Dalam koperatif, mesti ada tanggungjawab
berkongsi dikalangan ahli

Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan


yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga
memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu
matlamat
Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti
bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai

Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan


memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli guru
lain mencapai objektif dan mengekalkan hubungan
positif

Budaya Koperatif
Pembelajaran koperatif didefinisikan
sebagai satu set proses untuk membantu
interaksi manusia agar mencapai
matlamat tertentu atau membangunkan
produk yang spesifik.
Mementingkan hasil @ produk

Roger dan David Johnson mengatakan bahawa


tidak semua kerja kelompok boleh dianggap
cooperative learning. Untuk mencapai hasil
yang lebih baik, lima unsur kerjasama harus
diterapkan :

Saling ketergantungan positif


Tanggungjawab perseorangan
Bersemuka
Komunikasi antara anggota
Evaluasi proses kelompok (Anita Lie, 1999 :
30)

Kolaboratif
memerlukan penglibatan semua ahli
kumpulan. Ia memerlukan idea yang
mencabar, menyokong dan menambah
baik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan
Mengikut Panitz (1996), Collabortion is
a philosophy of interaction and personal
lifestyle

Ciri-ciri
Semasa kolaboratif, guru akan mengumpul idea atau data,
berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan
menyelesaikan masalah bersama
Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif
kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat
peribadi
perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa
bagi merancang, menilai dan membuat refleksi
saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai
prestasi yang baik

Pengurusan kolaboratif
para pengurus dan aktiviti-aktiviti kerja
seharusnya meningkatkan harga diri dan
kepentingan diri setiap anggota individu,
menggunakan pendekatan
membuat keputusan secara pasukan yang
bersesuaian,
menetapkan matlamat prestasi yang tinggi.

menggerakkan semua guru untuk merasakan


mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam
membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid.
Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara
sendirian.
Aplikasi membantu guru-guru baru yang masih
mencari formula bagaimana menyelesaikan
masalah di sekolah & p&P
Wujud bimbingan dari guru-guru lain

Budaya Kolaboratif
Budaya kolaboratifmerupakan suatu falsafah
peribadi.
Dalam semua situasi kolaboratif, orang berinteraksi
dalam kumpulan dan memerlukan penghormatan
tentang kebolehan dan sumbangan ahli kumpulan.
Terdapatnya perkongsian autoriti dan penerimaan
tanggungjawab di antara ahli kumpulan terhadap
tindakan kumpulan.
Premis asas pembelajaran kolaboratif ialah pembinaan
konsensus melalui koperasi ahli kumpulan.

Ini bertentangan dengan persaingan di mana


setiap ahli cuba mengatasi orang lain.
Pengamal pembelajaran kolaboratif
menggunakan falsafah ini dalam bilik darjah,
mesyuarat jawatankuasa, kumpulan komuniti,
keluarga dan secara amnya apabila berhubung
dengan orang lain.

Mementingkan proses kerja

Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak


pemikiran, perasaan, dan reaksi yang
didapati dan disebarkan melalui simbol yang
berkaitan dengan kejayaannya.
Intipati asas kepada budaya adalah idea
asas dan nilai yang diamalkan.
Budaya kolaboratif berkait rapat dengan
sikap, tingkah laku, kognitif, dan kefahaman
serta komitmen guru terhadap kerja.

Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah


yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan
guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi
yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama,
dan kepimpinan berkarisma.
Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat
meningkatkan keakraban hubungan antara guru
guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi
peningkatan produktiviti

Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu


dikembangkan dan dikongsi
bersedia untuk berkongsi
tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam
kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang
dikongsi bersama.
Budaya kolaboratif ini akan membantu sekolah
untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan
bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal &
Kennedy 1982; Schein 1992).

guru sepatutnya didedahkan dengan


budaya kolaboratif yang kuat supaya
mereka akan dapat menjalankan tugas
dengan cemerlangdan seterusnya
menghasilkan motivasi yang tinggi.

Faktor yang mempengaruhi budaya


kolaboratif
Komunikasi
Hubungan
Pengurusan kolaboratif

Kesan Budaya Kerja Secara Kolaborasi


dan Koperatif Kepada Guru
Semua guru dapat mengamalkan kepemimpinan
secara kreatif dan bertanggungjawab untuk
membantu pembelajaran murid secara
bersama-sama. (Kohm & Nance, 2009)
Semua guru merasakan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya dalam
membangunkan pembelajaran dan sahsiah
murid.

Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara


sendirian
Sebarang permasalahan yang timbul dalam
menangani masalah pembelajaran murid akan
dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain.
Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang
masih mencari formula bagaimana untuk
menangani masalah mengawal disiplin murid di
dalam bilik darjah dan memastikan murid
memahami apa yang diajar

Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara


kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk
menjadi lebih profesional.
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan
membantu membuat keputusan yang lebih baik
yang berasaskan data-data yang ada berkaitan
dengan pencapaian murid.
Semasa proses membuat keputusan setiap ahli
panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan
masing-masing dan memilih cadangan yang paling
baik secara bersama.

Ini menjadikan keputusan yang dibuat


adalah merupakan keputusan bersama.
Keputusan yang dihasilkan secara
bersama akan meningkatkan
tanggungjawab yang lebih tinggi dalam
kalangan guru.

Anda mungkin juga menyukai