Anda di halaman 1dari 13

SAINS SUKAN

5.14 Penyesuaian
Fisiologi Terhadap
Senaman
PENYESUAIAN FISIOLOGI TERHADAP
KOMPONEN KARDIOVASKULAR

Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung,


saluran darah, darah dan saluran pernafasan.
Sistem ini berfungsi untuk mengangkut bahan-bahan
keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh.
Antara bahan-bahan yang diangkut ialah
- oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem
penghadaman) dan hormon dari kelenjar-
kelenjar tertentu.
- Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon
dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-
sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.
Takrifa
n

Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses


dalam sistem tubuh badan manusia,
seperti sistem pernafasan, sistem
peredaran darah dan sistem otot.
Latihan menyebabkan peningkatan
permintaan dalam sistem kardiovaskular.
Permintaan oksigen dalam otot akan
meningkat dengan cepat dalam sistem
kardiovaskular.
Proses metabolik akan menjadi lebih cepat
dan banyak bahan buangan akan dihasilkan.
Kebanyakan nutrien akan digunakan dan suhu
badan akan meningkat.
Sistem kardiovaskular harus menggunakan
perubahan yangberlaku dan permintaan yang
meningkat dengan sebaiknya untuk
menjadikan sistem kardiovaskular berfungsi
dengan baik.
Penurunan Kadar Denyutan Nadi Rehat

Kadar nadi adalah antara indikator terhadap


tahap kecergasan seseorang.
Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan
seseorang itu lebih cergas berbanding seseorang
yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.
Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan
sesudah atlet menjalani latihan selama
beberapa tahun.
Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan
tahap kecergasan atlet yang menjalani latihan
fizikal adalah bertambah baik.
Kadar degupan jantung pada waktu rehat
adalah purata 60 ke 80 degupan/minit bagi
golongan dewasa yang sihat.
Dalam keadaan duduk, individu
pertengahan umur mungkin mempunyai
kadar degupan jantung setinggi 100
degupan/minit.
Bagi atlet elit, kadar degupan jantung rehat
yang pernah direkodkan adalah serendah
28 ke 40 degupan/minit.
Penurunan Kadar Nadi Kerja

Kadar degupan jantung akan meningkat


walaupun sebelum sesuatu latihan dimulakan.
Ini dikatakan sebagai tindak balas jangkaan.
Ini berlaku kerana pengeluaran
neurotransmiter yang dipanggil epinefrin dan
norepinefrin yang juga dikenali sebagai
adrenalin dan noradrenalin.
Selepas pemulaan tindak balas jangkaan, kadar degupan
jantung akan meningkat berdasarkan kepada perkadaran
langsung tahap latihan sehingga kadar degupan jantung
yang maksimum dicapai.
Kadar degupan jantung maksima dapat dianggarkan
menggunakan formula 220 - umur (Formula Karvonen).
Tetapi ini adalah hanya anggaran sahaja, dan tidak
semestinya tepat. Satu-satunya kaedah untuk
menentukan kadar maksimum degupan jantung adalah
melakukan latihan dengan intensiti yang meningkat
sehingga tahap mendatar pada kadar degupan jantung
diperolehi walaupun kadar latihan meningkat.
Penyesuaian Fisiologi Terhadap Otot

Sewaktu latihan yang melibatkan otot-


otot tertentu, mematuhi prinsip lebihan
bebanan progresif (progressive overload
principle) adalah sangat penting.
Prinsip latihan ini bertujuan agar
bahagian otot yang hendak ditingkatkan
kekuatannya harus diberi beban kerja di
atas beban kerja yang biasa dilakukan
oleh otot tersebut;
Dalam suatu latihan otot, beban kerja
diberikan dalam bentuk masa yang
harus dilawan atau dipindahkan oleh
gaya kontraksi otot. (peningkatan
kapasiti kerja)
Dengan memperhatikan intensiti beban
(resistance intensity) dan ulangan
kontraksi otot (repetitions), pembebanan
terhadap otot dapat diatur.
Seterusnya setelah otot tersebut menjadi lebih
kuat maka beban yang diberikan harus lebih
tinggi lagi untuk menghasilkan kemampuan
yang lebih mencabar.
Dengan menerapkan program latihan yang
menekankan prinsip ini, maka otot sentiasa
akan memperoleh rangsangan yang
memungkinkannya berubah, atau dengan kata
lain mengalami kesan atau adaptasi
latihan(peningkatan saiz/jisim otot,
peningkatan kekuatan dan daya tahan otot).
Secara umum, peningkatan kekuatan
otot dapat dicapai dengan latihan beban
besar untuk kurang daripada enam
kontraksi otot (higher resistances (high
intensity) and lower repetitions);
Sedangkan daya tahan otot meningkat
pada latihan beban ringan untuk
kontraksi otot lebih daripada 20 kali
(lower resistances and higher
repetitions).
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai