Anda di halaman 1dari 5

Strategi

Berpusatkan Guru
Pembelajaran berpusatkan guru merupakan
satu strategi di mana guru mengawal
keadaan dan berperanan sebagai ketua.

Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli


oleh guru.

Guru bertanggungjawab sepenuhnya


menentukan objektif pembelajaran,
merangka tugasan pembelajaran dan memilih
sumber pembelajaran bagi muridnya.

Guru menguasai dan mengawal segala


aktiviti pembelajaran
Ciri- Ciri Strategi Berpusatkan Guru

Dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran, guru memainkan peranan yang
penting sedangkan murid berperanan sebagai
penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru


dan murid adalah sehala. Guru banyak
bercakap dan murid banyak mendengar.

Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.


Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak
mengawal dan memberi arahan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih


mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru.
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diutamakan daripada penyuburan nilai murni
atau perkembangan emosi.

Strategi ini mementingkan pencapaian


murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada


penyampaian fakta-fakta secara menghafal.
Pembelajaran murid banyak berbentuk
mengingat dan menghafal dan kurang
berupaya membuat interpretasi.
Interaksi di antara murid adalah pasif
dan sifat-sifat sosial yang positif kurang
dapat dipupuk.

Mementingkan pengelolaan kaedah


keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari
segi kebolehan dan minat tidak diberikan
perhatian.

Di bawah strategi ini, murid menjadi


kurang kreatif dan berinisiatif.

Anda mungkin juga menyukai