Anda di halaman 1dari 35

HNP 3033:HUBUNGAN

ANTARABANGSA
-TERRORISME-
DISEDIAKAN OLEH:
NADIA BINTI SALIMI (K) D20131064790
NURUL ATIKAH BINTI AMSUAR D20131064781
SALMIZA ZAKIRAH BINTI ZURIMI D20131064795
SHAHRUL FAZRI BIN RUSLI D20131064808
PENGENALAN
Keselamatan antarabangsa merupakan salah satu isu
global yang hangat diperkatakan pada masa kini yang perlu
dikaji dan dan dianalisa.
Mengikut pandangan Dunne dan Schmidt, 2001 sarjana
aliran Realisme, mereka berpendapat bahawa konsep
keselamatan adalah dalam bentuk pemahaman ancaman
ketenteraan oleh sebuah aktor negara terhadap aktor negara
yang lain dalam sistem antarabangsa.
Aktiviti yang mengugat keselamatan antarabangsa ini
adalah seperti ancaman terrorisme.
Aktiviti terrorisme telah bermula sejak ribuan tahun
dahulu dan menjadi lagenda dunia dan berlaku di seluruh
pelosok dunia. Misalnya dalam sejarah Yunani kuno, Xenophon
menggunakan psychological warfare untuk melemahkan lawan.
APAKAH TERRORISME
Dari perspektif sejarah, perkembangan terorisme, para pakar berpendapat
bahawa terma terorisme pertama sekali muncul dan mejadi popular pada
abad ke-18, pada masa pemerintahan teror revolusi Perancis dengan tujuan utama
untuk menunjuk aksi-aksi kekerasan pemerintah untuk menjamin ketaatan rakyat
(Juergensmayer 2003; Chomsky 2002)
Dalam pandangan lain pula, diperkatakan bahawa istilah pengganas dan
keganasan pertama sekali didapati dalam kamus Acadmie Franaise tahun 1798
iaitu merujuk kepada system or rule of terror's
Lainnya pula, apabila terma teroris ditelusuri mengikut makna etimologi, maka
kebanyakan pakar bersepakat bahawa kata terror berasal daripada bahasa
latin terrere yang bererti menakut-nakuti (to terrify) atau (to frighten), atau
dengan kata lain menimbulkan rasa gementar dan rasa cemas (Bolz, et al. 2005;
Engene 2004; Jurgensmeyer 2003; Wilkinson 1974)
SAMBUNGAN
Malah kenyataan lain menyebutkan terorisme merupakan suatu teknik
singkat oleh Sun Tzu 2500 tahun lalu; Membunuh satu orang untuk
menggentarkan sepuluh ribu yang lain (Chakraborti 2003)
Sharom TM Sulaiman (2002) mencirikan terorisme ke dalam empat bentuk
iaitu jenayah, psikik, perang dan politik
Terrorisme juga adalah ancaman serta-merta atau menggunakan keganasan
oleh kumpulan subnasional atau individu tertentu dengan tujuan mengertak dan
menarik perhatian kerajaan bagi menyebarkan/mewujudkan kesan politik,
agama dan ideologi serta menimbulkan ketakutan dalam orang ramai
Walau bagaimanapun, Banyak definisi didedahkan mengenai terrorisme hari
ini meliputi 4 perkara
i. Sasaran
ii.Matlamat
iii.Motif
iv.Legatimasi tindakan
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_189-202.pdf
CIRI-CIRI TERRORISME
1. Menyebarkan rasa takut
2. Menghancurkan infrastruktur awam
3. Menyebabkan kematian orang awam yang tidak
berdosa dalam jumlah yang besar
BAHAGIAN TERRORISME
Terrorisme terbahagi kepada dua iaitu keganasan domestik dan
keganasan antarabangsa.:-
Keganasan domestik merujuk kepada bentuk keganasan yang
dilakukan oleh anggota-anggota pengganas di dalam sesebuah
negara tertentu dan sasaran tindakan keganasan adalah dalam
lingkungan sempadan negara itu sahaja.
Keganasan antarabangsa merujuk kepada aktiviti keganasan
yang dilakukan oleh warganegara berbagai negara dan sasaran
tindakan keganasan mereka adalah di seluruh dunia.
JENIS-JENIS TERRORISME
dibahagi kepada dua kelompok iaitu terrorisme kuat dan terrorisme
terdesak

1. Terrorisme kuat:- Terrorisme kuat adalah negara yang kuat


merasa berhak menghancurkan lawan dengan alasan melindungi
kepentingan nasionalnya.
2. Terrorisme terdesak:- Terrorisme terdesak pula merujuk kepada
kelompok pengganas yang lemah dan kalah dalam percaturan
rasmi tetapi tidak mahu menyerah kalah. Kelompok ini merasa
berhak membela diri dan melakukan gerila sesuai dengan
kemampuan minima yang mereka miliki.
PERBEZAAN TERRORISME
Horrific Terrorism:- terroris yang mengerikan (horrific terrorism) di
mana mereka membunuh manusia tidak berdosa tanpa memandang
pangkat dan darjat.
Heroic Terrorism:- terroris gagah berani (heroic terrorism) yang
dilakukan oleh pejuang kemerdekaan berunsurkan patriotik dan
kepahlawanan dalam menentang kekuatan pejajah/penidas.
COMPARISON TERRORISM AND 2 RELATED
FORM
Criteria Urban Terrorisme Urban Warfare Guerrilla Warfare
Battlefield Critical Infrastructure Cities/ Urban Areas Countryside
Symbolic Infrastructure
Tactical Objectives Paralyse Government/ Society Attack Government Demoralise government
Propaganda by action Logistical network

Strategic Aim Collapse/ Near collapse of government Displace formal institutions of Displace formal institutions of
and society Instil fear state power state power

Nature Essentially ideological and psychological Essentially political and Essentially political and
psychological psychological
Targets Highly selective Indiscriminate Somewhat selective
Tactics Predominantly suicide attacks Ambush Ambush
Avoid engaging enemy directly Assassination Hit and run
Kidnaping Engage enemy directly
Taking Hostages
Hit and run
Engage enemy directly
INFRASTRUKTUR KRITIKAL
1. Tenaga dan Utiliti
2. Teknologi Komunikasi dan Maklumat
3. Kewangan
4. Kesihatan
5. Makanan
6. Air
7. Pengangkutan
8. Keselamatan
9. Kerajaan
10. Pembuatan
PERGERAKAN TERRORIS
1. Abu Nidal Organizations (ANO)
2. HAMAS (Islamic Resistance Movement)
3. Hezbollah (Party of God)
4. Communist Party Philipines/New Peoples Army (CPP/NPA)
5. Liberation of Tigers of Tamil Eelam (LTTE)
6. Al-Qaeda
7. Aum Shinrikyo

(Sumber: Office of Counterterrorism, Washington DC, 2005)


HAMAS:- Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhan Islam
Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti
berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihanraya itu,
pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri
Palestin.
ABU NIDAL:- Dilahirkan Sabri Khalil al-Banna (Arab: ,)
ialah pengasas Fatah Majlis Revolusi (Arab: ,) yang
juga dikenali sebagai Organisasi Abu Nidal, sebuah kumpulan
serpihan militan orang Palestin. Pada kemuncak kuasanya pada tahun
1970-an dan 1980-an, Abu Nidal, atau, "bapa perjuangan"
dianggap ramai sebagai pemimpin politik Palestin yang paling ganas.
HEZBOLLAH :- Hizbullah atau Hezbollah bermaksud Penolong Allah.
Kumpulan Islam mazhab Syiah ini merupakan sebuah parti politik di
Lubnan. Hizbullah juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan
awam yang berkesan di Lubnan. Hizbullah wujud berikutan
penjajahan tentera Israel terhadap selatan Lubnan pada 1982 dan
tahun 2000. Pemimpin utamanya kini ialah Sayyid Hassan Nasrallah.
NPA:- The New People's Army (NPA) (Filipino: Bagong Hukbong
Bayan) is the armed wing of the Communist Party of the Philippines
(CPP). It was formed and founded by Bernabe Buscayno A.K.A.
"Commander Dante" on March 29, 1969. The Maoist NPA conducts its
armed guerrilla struggle based on the strategical line of protracted
"people's war".The Philippine Army estimated the NPA's strength at
3,200 fighters at the end of 2014.
TAMIL EELAM :-(Bahasa Tamil: , tami am) ialah nama
yang diberi oleh golongan Tamil tertentu di Sri Lanka bagi negara
yang ingin ditubuhkan di kawasan utara dan timur pulau Sri Lanka.
Nama tersebut berasal dari nama Tamil kuno bagi pulau Sri Lanka,
iaitu Eelam. Sebuah kumpulan militan Tamil bernama Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (Liberation Tigers of Tamil Eelam, LTTE),
yang digolongkan sebagai pertubuhan pengganas yang diharamkan
di 31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, India, United
Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia, mentadbir sebuah
negeri de facto di kebanyakan kawasan utara dan timur Sri Lanka.
AL-QAEDA:- (Bahasa Arab: ,ditransliterasikan sebagai al-
Q'idah; "asas", atau "bank data") ialah sebuah pertubuhan separa
tentera Islam Sunni fundamentalisme antarabangsa yang terdiri
daripada sel-sel berasingan yang berusaha sama untuk
mengurangkan pengaruh luar terhadap hal-ehwal Islam.
AUM SHINRIKYO:- (sekarangnya dikenali sebagai Aleph) merupakan
sebuah gerakan agama baru di Jepun. Kumpulan ini diasaskan oleh
Shoko Asahara pada tahun 1984. Kumpulan ini mendapat
kemasyhuran antarabangsanya pada tahun 1995, apabila mereka
melaksanakan serangan gas sarin ke atas kereta api bawah tanah
Tokyo.
KONVENSYEN ANTARABANGSA
1. 1937 Convention for The Prevention and Punishment of
Terrorisme
2. 1963 Tokyo Convention of Offences and Certain Other Acts
Commited On Board Aircraft
3. 1970 Hague Convention for the Suppression of Unlawful
Seizure of Aircraft
ISU ISU
TERRORISME
PENGEBOMAN BALI
Pengeboman pertama berlaku pada 12 Oktober 2002,
berdekatan jalan raya Legian Kuta, Kabupaten Badug, Bali .
Letupan disebabkan oleh sebuah kereta jenis L300, DK 1324 BS
yang berhenti di hadapan Sari Club yang mengandungi bom bahan
kimia berkuasa tinggi.
Sebanyak 202 orang mangsa telah terkorban dalam letupan
tersebut, 204 orang tercedera.
Peristiwa tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan penganas
Amrozi dan rakan-rakannya.
Kebanyakannya merupakan pelancong asing. Insiden serangan bom
ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah pengganas di
Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang
diakibatkan daripada letupan bom - bom tersebut.
PENGEBOMAN SUSULAN
Pada 1 Oktober 2005, satu lagi peristiwa pengeboman berlaku di Bali. Kali
ini, pengeboman dilakukan di tiga tempat iaitu satu di Restoran RAJA s, Kuta
Square dan dua di Kafe Nyoman dan Kafe Menega di Jimbaran.
Sebanyak 23 orang mangsa terkorban dan 196 tercedera. Mangsa yang
terkorban adalah 15 oarang warga Indonesia. 1 orang warga Jepun. 4 warga
Australia dan 3 orang adalah yang melakukan pengeboman tersebut.
Pengeboman tersebut dikatakan mirip dengan pengeboman yang dilakukan
pada tahun 2002 tetapi bom yang digunakan berbeza.
Ini disebabkan kebanyakan mangsa yang terkorban dan tercedera
diakibatkan oleh serpihan tajam (shrapel), bukan disebabkan letupan kimia
yang digunakan semasa pengeboman Bali tahun 2002.
Hal ini dibuktikan dengan hasil sinar-x yang dilakukan ke atas mangsa dan
laporan daripada mangsa yang tercedera yang mengatakan ada bola
bearing masuk ke tubuhnya.
PUNCA
Pengeboman Bali dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah
yang dipimpin oleh Abu Bakar Baasyir yang dituduh berkerjasama
dengan Ql-qaeda.
Abu Bakar Baasyir dilahirkan pada 1938 di Jawa Tengah
merupakan pengajar agama islam dan pernah memangku jawatan
sebagai Amir Majlis Mujahidin Indonesia (MMI), Yogyakarta tahun
2000.
Pada 4 mac 2005 beliau ditahan kerana dituduh terlibat dalam
pengeboman Bali dan dibebaskan semula pada 11 mei 2005.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyuno dikatakan tidak tegas dan
bersungguh-sungguh menangani isu Jemaah Islamiyah apabila
melepaskan Abu Bakar Bashir kerana beliau tidak mempunyai bukti
kukuh terhadap kesalahan yang dilakukannya
Jika presiden Susilo mengambil langkah mengharamkan Jemaah
Islamiyah, tindakan tersebut akan ditafsir oleh rakyat Indonesia sebagai
tunduk kepada tekanan luar terutamanya Amerika dan Australia.
Hal ini kerana bagi rakyat Indonesia Jemaah Islamiyah adalah
berperanan membantu ummah untuk menegakkan umat Islam di Indonesia.
Selain itu, kerajaan Indonesia terpaksa berdepan dengan layanan kuasa
besar apabila melibatkan masalah yang membabitkan agama Islam
kerana kebanyakan negara luar nenyatakan terrorisme disebabkan oleh
negara Islam.
Menurut kata Amorozi, pesalah dalan pengeboman Bali, pengeboman di
Bali adalah untuk menjaga kehidupan beragama kalau saya tidak
meledakan bom, mau jadi apa Bali 15 tahun lagi.
Sekarang orang mengeluh kehilangan materi, tapi sebenarnya agama
dan moral itu lebih penting( Koran Tempo, 13 Jun 2003).
Keadaan ini disebabkan kegagalan perjanjian moderisme seperti
kebebasan kehidupan yang menyebabkan pemberontakan untuk
melawan dan menegakkan keadilan.
Jalan mudah yang diambil adalah menyertai gerakan militan yang
mampu memberi kesenangan eskatologi. Selain itu, orang barat
berfikiran dunia Islam dianggap sebagai ancaman serius yang harus
dilawan.
Hegemoni ini semakin mencengkam dalam ideologi negara kapitalis
seperti Amerika Syarikat yang menyekat perdagangan negara Islam.
IMPLIKASI
Pengeboman Bali 2002 telah melumpuhkan sektor pelancongan Indonesia
kerana sektor tersebut menjamin perkerjaan untuk 12 juta rakyat Indonesia,
sebagai contoh, pembatalan tempahan sebanyak 700 bilik di Hotel
Mandarin Orential, Jakarta merugikan pihak hotel selepas berlakunya
peristiwa pengeboman Bali.
Selain itu, hubungan diplomatik Indonesia dengan negara luar terjejas
terutamanya ekonomi Bali yang bergantung pada penerimaan visa
daripada pelancong telah jatuh di bawah target 5 milion dollar AS
berbanding tahun sebelumnya.
Perniagaan sampingan juga seperti restoran makanan, kedai runcit dan
jualan tiket juga terjejas kerana aktiviti pelancongan tidak dapat dijalankan.
Pengeboman Bali 2002 dan 2005 telah menyebabkan ekonomi Indonesia
sedikit sebanyak terpengaruh apabila nilai Rupiah 9.200 per dollar AS
jatuh kepada Rupiah 9.300 per dollar AS.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
o Langkah yang diambil oleh Badan Koordinasi Pengaman
Daerah(BKPD) Bali, adalah mengaktifkan kembali pemantauan
keselamatan CCTV.
o Sebanyak 16 unit CCTV yang rosak sebelum ini diperbaiki dan
1000 unit lagi akan dipasang di semua kawasan termasuk tempat
suci iaitu Pura Besakih di Karangasen. Selain itu, komitmen dan
kerjasama dengan pemerintah, badan keselamatan dan penduduk
amat perlu.
o Seramai 12000 orang polis disediakan dengan nisbah 1:258 yang
bermaksud seorang polis melindungi 258 orang berbanding dengan
kawasan lain 1:1500 orang.
o Sikap hangat-hangat tahi ayam yang sering terjadi dalam
pengurusan keselamatan harus dielakkan dan dijadikan iktibar
supaya kes pengeboman tidak berulang lagi.
RAMPASAN KAPAL TERBANG INDIAN
AIRLINES FLIGHT 814
Pada 24 Disember 1999, kapal terbang Indian Airlines Flight IC-814
yang dijadualkan berlepas pada pukul 1615 dirampas oleh lima orang
lelaki yang bersenjatakan pistol, pisau serta bahan letupan.
Kapal terbang tersebut yang membawa 178 orang penumpang yang
terdiri daripada 150 rakyat India, 12 orang Eropah, seorang rakyat Amerika,
seorang rakyat Kanada dan 11 orang krew telah berlepas pada tengah hari
Jumaat di Katmandu, Nepal untuk pergi ke New Delhi, India.
Kapal terbang Flight 814 telah mendarat di Utara India dan kemudiaannya
di Pakistan bagi tujuan mengisi minyak.
Seterusnya ia telah mendarat di Dubai dan melepaskan 27 orang
penumpang yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan mayat
seorang lelaki India.
Penerbangan 814 berlepas dan mendarat di Kandahar, Afghanistan.
Kerajaan India telah mula melakukan rundingan dengan perampas tersebut
apabila mereka mula mengugut untuk membunuh para penumpang.
PUNCA
Insiden rampasan kapal terbang ini merupakan satu bentuk keganasan
fizikal.
Faktor penyebaran ideologi dan untuk kepentingan diri sendiri merupakan
salah satu faktor yang dikenalpasti.
Kumpulan perampas kapal terbang tersebut telah meminta kerajaan India
menyerahkan $200 juta dolar,melepaskan 35 orang gerilla Pakistan serta
membebaskan Maulana Masood Azhar seorang alim ulama Pakistan.
Pertelingkahan antara Pakistan dan India berkenaan isu Kashmir
merupakan salah satu sebab insiden ini.
Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang berlaku apabila kedua-dua
negara tidak mahu bertanggunjawab terhadap aktiviti pembangunan di situ.
Kumpulan perampas ini dikatakan mempunyai kepentingan politik di
Kashmir.
Perancangan yang dilakukan untuk mensabotaj Flight 814 bukanlah
serangan kosong tetapi mereka memang berniat untuk merosakkan
kestabilan di rantau tersebut.
Faktor politik Pakistan dan India yang tidak bersungguh-sungguh
dalam menyelesaikan kemelut mereka berkenaan perebutan wilayah
Kashmir menyebabkan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati
mengambil langkah ini bagi menarik perhatian kedua-dua kerajaan.
Oleh sebab punca politik ini, ia turut meninggalkan kesan yang
besar terhadap perubahan politik di rantau tersebut.
IMPLIKASI
Bekas tebusan masih mengalami trauma dan juga telah melibatkan
banyak nyawa yang terkorban.
Kedegilan pihak kerajaan India dan Pakistan untuk mengadakan
rundingan dengan kumpulan perampas tersebut telah mengakibatkan
kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa.
Pihak Amerika Syarikat cuba untuk masuk campur dalam hal ini
dengan pendirian untuk memerangi keganasan dan bagi
menyelesaikan isu Kashmir.
Tragedi rampasan kapal terbang ini memudaratkan lagi keadaan
ekonomi terutamanya harapan warga Kashmir untuk melihat kemajuan
di kawasan mereka tidak tercapai.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
India dan Pakistan seharusnya mencari langkah untuk mengadakan
kerjasama dalam bidang lain seperti kerjasama dari segi
pelaburan,perdagangan mungkin boleh memulihkan hubungan antara
dua Negara.
Kerjasama politik seperti mewujudkan zon keamanan perlu dalam
memastikan ancaman pengganas dapat dibendung.
Kerjasama ekonomi antarabangsa yang melibatkan beberapa
negara maju dapat membantu dalam mempertingkatkan ekonomi.
Rundingan diplomatik dan hubungan dua hala harus
dipertingkatkan bagi mencapai persefahaman
RUJUKAN
Adjie S. MSc.( 2005). Terorisme. Jakarta: Surya Multi Grafika
Donalds Wells. (2007). Terrorisme : Understanding Global Issues. New
York: Weigh Publisher Inc.
Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee & Fauziah Ahmad. (2013).
Trend Pemberitaan Isu Keganasan Dalam Akhbar Perdana Malaysia Dan
Indonesia diambil daripada
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_189-
202.pdf
Mastura Alias. (2009). Urban Terrorism. Shah Alam:Universiti Teknologi
Mara.
ISU

Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober 2002 di bandar


Kuta di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan
mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya merupakan
pelancong asing. Insiden serangan bom ini merupakan yang
paling teruk dalam sejarah pengganas di Indonesia ekoran
jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang
diakibatkan daripada letupan bom - bom tersebut.

Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di


atas peranan mereka dalam pengeboman tersebut, tetapi
sebahagian daripada ahli yang bertanggungjawab masih
belum dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang terlibat
mempunyai kaitan dengan gerakan militan Islam bernama
Jemaah Islamiyah yang bergiat aktif disekitar nusantara Asia
Tenggara, termasuk Filipina dan Selatan Thailand.
Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman mati dan beberapa
pejuang yang lain samada telah ditangkap atau pun ditembak mati
oleh pasukan polis Indonesia. Serangan termasuk ledakan tiga jenis
bahan letupan; 8 biji bom paip yang disulam pada vest dan
diletupkan oleh seorang pengebom berani mati, sebuah bom
kenderaan yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan
diluar kedutaan Amerika Syarikat di Denpasar, Bali. Bahan tersebut
cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan ia dilaporkan padat dengan
najis manusia. Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai
mengandungi pesanan suara dari Syeikh Osama bin Laden
menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah sebagai pembalasan
langsung keatas sokongan Amerika Syarikat keatas 'War on Terror'
serta peranan Australia dalam pemisahan Timor Timur dari Indonesia.
ISU
Bekas akauntan itu (Noordin Mat Top) ialah pendukung ideologi
sayap paling ganas dalam JI dan terlibat dalam serangan bom bali
2002 (UM, 18 Julai 2009d: 17)

Nordin didakwa mendalangi beberapa serangan ke atas ikonikon


Barat di Indonesia (UM, 10 Ogos 2009: 17).

Serangan bom disyaki didalangi oleh Jemaah Islamiah (JI) yang


sebelum ini bertanggungjawab dalam serangan bom Bali. (UM, 21
Julai 2009: 19).
In terms of treatment recommendation, it was found that UM
highlighted the issue of investigation to identify the perpetrators of terror
act and some other important issues such as participation Noordin Mat
Top as a terror network of al-Qaeda, DNA tests, law enforcement that
emphasize a punishment to perpetrators of terror, and regional and
international issues of cooperation, especially in the exchange of
information and intelligence data. Besides, it was also found that the
UM play a part over the issue of preventing young generation from the
extreme ideology that is much considered as a factor of terror act. See
the examples of news citation as follow:

Kemungkinan besar serangan ini ada kaitannya dengan Nordin


Mat Top, tapi kami (polis) masih menyiasat sejauh mana dia terlibat
(UM, 18 Julai 2009: 17).
Suicide Bombers as the Work of Jemaah Islamiah (JI)
It was found that the New Straits Times (NST) framed the terrorism
issue in a more specific perspective namely suicide bombers as the
work of Jemaah Islamiah (JI) This means that NST emphasizes the JI
as those behind the bomb blast on 17 July 2009, including some series of
previous bombings in Indonesia. See the following examples of news
citation:
Police yesterday confirmed regional terror outfit Jemaah Islamiah
(JI) as the culprits behind the suicide blast at the hotels here,.JI,
which draws inspiration from al-Qaeda, has carried out dozens ofbombing in Indonesia in
the past decade, including the 2002 attacks
in Bali. (NST, 20 July 2009: 24).

RUJUKAN
Journal of Media and Information Warfare. Vol. 3, 15-35, 2010. Dafrizal Samsudin &
Faridah Ibrahim School of Media and Communication Studies Universiti Kebangsaan
Malaysia Framing of Terrorism Issues in Indonesia: A Study of Two Malaysian Mainstream
Newspapers
http://ir.uitm.edu.my/10949/1/AJ_DAFRIZAL%20SAMSUDIN%20JMIW%2010.pdf
http://www.jis.uum.edu.my/images/pdf/2jis/5terrorismeglo.pdf
Terrorisme global mengikut pemikiran tun mahadhir

Anda mungkin juga menyukai