Pada tahun 1920-an dan 1930-an Elton Mayo dan F.J. Roethlishberger menjalankan eksperimen industri di kilang Hawthorne, Syarikat Elektrik Barat. Kajian tersebut membincangkan mengenai tingkah laku pekerja di tempat kerja. Kajian Mayo mendapati interaksi tidak formal dalam kalangan pekerja telah membina ikatan dan jaringan yang baik. dapat dikenali sebagai organisasi tidak fomal. Ikatan tersebut dapat dikenali sebagai organisasi tidak fomal. Ikatan tersebut dapat mempengaruhi prestasi dan produktiviti pekerja. Organisasi tidak formal mampu mengatasi peraturan yang diberi oleh struktur organisasi formal. Sebagai contoh, pihak pengurusan dalam organisasi tersebut mahu meningkatkan produktiviti manakala para pekerja pula boleh memutuskan dalam kalangan mereka untuk melambat-lambatkan proses kerja.