Anda di halaman 1dari 13

HIJRAH RASULULLAH SAW

PEMANGKIN KEMAJUAN
UMMAH

NOOR IBTISAM BT. YAAKOB

NOR FARAH NABILA BT. ISMAIL


DEFINISI HIJRAH
Keluar atau berpindah dari satu tempat
ke satu tempat atau dari satu keadaan
kepada satu keadaan.

Hijrah yang dilakukan oleh Baginda


Rasulullah s.a.w beserta sahabat-
sahabat Baginda dari Kota Makkah ke
Kota Madinah dalam tahun ke-13 selepas
Baginda diutuskan manjadi
Rasullullah,bersamaaan dengan tahun 622
Masihi.
Muhajirin~orang Islam yang berpindah dari Makkah
ke Madinah.Perpindahan mereka bersama-sama
Rasulullah adalah kerana menyahut perintah Allah
supaya berpindah demi kebaikan Islam.

Ansar~orang Islam yang bermaustatin di


Madinah.Mereka digelar Ansar kerana
pengorbanan mereka memberi pertolongan
kepada orang Muhajirin.Pertolongan mereka
juga atas nama agama dan persaudaraan
agama.
PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH DAN IKTIBARNYA
Keimanan dan kepatuhan
kepada yang Maha Pencipta
Hijrah ialah perintah Allah SWT demi menegakkan agamaNya.
Kesanggupan untuk berhijrah dengan penuh kesabaran dan
pengorbanan ialah lambang keimanan dan kepatuhan yang jitu
kepada Allah SWT.

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada


jalan Allah dan orang-orang Ansar yang memberi tempat kediaman
dan pertolongan, merekalah orang-orang yang beriman dengan
sebenarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang
mulia.”
(Surah al-Anfal: 74)
Perjuangan Dan Pengorbanan
Yang Ikhlas, Tabah Dan Sabar.

Golongan Muhajirin disifatkan sebagai orang-orang yang sanggup berjihad,


tabah dan sabar kerana mencari keredhaan Allah SWT. Mereka sanggup
berkorban apa sahaja termasuk meninggalkan tanah air dan harta benda serta
berkorban nyawa kerana cinta kepada Allah dan RasulNya mengatasi segala-
galanya.

“(Pemberian itu hendaklah diperuntukkan) kepada orang-orang fakir yang


berhijrah yang telah diusir dari kampung halamannya dan harta bendanya
(kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam) untuk mencari limpah kurnia
daripada Allah dan keredhaanNya serta menolong agama Allah dan rasulNya,
mereka itulah orang-orang yang benar ( imannya dan amalnya)”.
(Surah al-Hasyr: 8)
Persaudaraan Dan Kesetiaan Dalam
Perhubungan
Terbinanya ikatan persaudaraan yang erat
di antara golongan Muhajirin dan golongan
Ansar sehingga lebih kuat daripada ikatan
keturunan darah dan kesetiaan seorang
sahabat dalam menemani Rasulullah SAW
ketika berhijrah telah membawa kejayaan
kepada misi Hijrah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman


itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara
dua orang (yang bertelingkah itu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat”.
(Surah al-Hujurat: 10)
Kebijaksanaan Dan Muafakat
Dalam Perancangan

Kebijaksanaan dalam penyusunan strategi dan penggunaan tipu helah


yang berkesan serta penggabungan tenaga yang kolektif daripada lelaki,
wanita, belia dan remaja juga membawa kejayaan dalam misi Hijrah
Rasulullah SAW. Antara yang terlibat ialah: Asma’ binti Abu Bakar sebagai
pembekal makanan ketika bersembunyi di gua Thur’, Abdullah bin Abu
Bakar sebagai pengintip kepada pergerakan Quraisy, Amir bin Fuhairah
sebagai pembekal susu (minuman) dan bertanggungjawab
menghapuskan kesan tapak kaki, Abdullah bin Uraiqat sebagai penunjuk
jalan rahsia menuju ke Madinah dan Ali bin Abi Talib sebagai pengganti
Rasulullah SAW di tempat tidur.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan”.
(Surah al-Maidah: 2)
Kemuncak Pergantungan Dan
Sandaran Urusan Hanya Kepada Allah
Penyusunan perancangan strategik dan penggunaan tipu helah
oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq dalam
misi hijrah menunjukkan kepada kita kepentingan usaha dan
ikhtiar dalam mencapai kejayaan. Walau bagaimana pun, segala
urusan diserahkan pergantungan dan sandaran kepada Allah
SWT. Berkata Rasulullah SAW kepada Abu Bakar as-Sidiq ketika
bersembunyi di gua Thur' dan orang-orang musyrikin pula
merayau-rayau di sekeliling gua bertujuan menenangkan hati dan
menghilangkan perasaan takut sahabatnya : “Apakah perasaan
kamu bahawa Allah ada bersama-sama kita?”

“ Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah mesyuarat


untuk berbuat sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya”.
(Surah Ali
Imran: 159)
HIJRAH MASA KINI
Hijrah dalam bentuk perpindahan

 Hijrah dalam bentuk meninggalkan larangan

Hijrah dalam bentuk perubahan sikap


KESIMPULAN
Hayatilah pengorbanan Rasulullah
demi menyebarkan agama Islam.

Berhijrahlah dari yang buruk kepada


yang baik walaupun hijrah yang kita
lakukan tidak sehebat hijrah Rasulullah
SEKIAN…

Anda mungkin juga menyukai