Anda di halaman 1dari 7

Panduan menulis

rumusan
Petikan ini membincangkan tentang 题目。。。
Bahagian Pendahuluan:

1. Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat sahaja.


2. Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan
perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.

Contoh:
(a) Faktor: Sebab , Punca
(b) Kesan: Implikasi , Akibat
(c) Langkah : Usaha , Cara

3. Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam
bahagian pendahuluan.
4. Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.

Formula rumusan:
Petikan membincangkan ( kata kunci pertama - tukar perkataan sinonim )
dalam skop petikan.
Menulis isi-isi tersurat:

1. Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di


dalam petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama
dalam soalan.

2. Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimnya


terdapat 10 isi.

3. Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar.


Pelajar hanya disarankan agar menulis maksimum tujuh isi
tersurat.

4. Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau


menggarisi ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna.
5. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan
menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai
seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan
sebagainya.

6. Pelajar boleh menyalin semula ayat samaada mengikut baris


ataupun menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi
pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.

7. Pelajar harus memastikan isi-isi tersurat yang ditulis


memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.
Menulis isi-isi tersirat:

1. Pelajar harus mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat


merupakan isi yang tidak terdapat dalam petikan yang diberi.

2. Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan,


tiada markah untuk isi tersebut.

3. Pelajar boleh mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi


tersirat.

4. Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat


sendiri dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis atau
lengkap.
Penutup / Kesimpulan:
1. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua
bahagian iaitu:
(a)Ayat berbentuk Cadangan
(b)Ayat berbentuk Harapan

2. Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan


kesan, akibat atau implikasi kepada tema petikan.

3. Seterusnya, pelajar dikehendaki menyatakan ayat berbentuk harapan


dengan menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap
kepada ayat penutup tersebut.

Formula kesimpulan iaitu:


Tema petikan + Ayat berbentuk cadangan (supaya/ agar) Ayat berbentuk
harapan.

Anda mungkin juga menyukai