Anda di halaman 1dari 6

ETIKA DALAM SESI KELOMPOK

• Kaunselor kelompok perlu menyedari beberapa hal dalam bekerja dengan jenis
klien yang tertentu. Sebagai contoh hal yang melibatkan budaya, agama dan lain-
lain.
• Kaunselor kelompok mempunyai kesanggupan untuk berunding dengan
kumpulan profesional lain sebagai contoh pengamal perubatan alternatif untuk
merawat pelbagai masalah klien.
• Berikut adalah beberapa garis panduan etika yang berkaitan dengan perundingan
dan proses rujukan:
a. Kaunselor kelompok boleh merujuk klien kepada mereka yang lebih pakar
jika kaunselora menghadapi masalah dalam mengendalikan sesi.
b. ketua kelompok perlu ada rasa sensitive kepada masalah yang dibawa.
c. Ketua kelompok perlu mempelajari sumber-sumber yang berada diantara
masyarakat atau komuniti yang membantu ahli menggunakan sumber-
sumber tersebut.
ISU ETIKA BERKAITAN PENAMATAN
• Pada fasa akhir dalam kaunseling kelompok adalah sangat penting dimana
ahli kelompok perlu melihat semula apa yang telah mereka belajar. Pada
ketika ini ahli berupaya untuk meluahkan apakah makna yang mereka
perolehi melalu kaunseling kelompok dan menyatakan kemanakanh hala
tuju mereka selepas ini.
• Mengabaikan proses penamatan akan menyebabkan ada perkara yang
tidak dapat diselesaikan dalam kalangan ahli dan mengehadkan peluang
untuk mereka mengkonsepkan apa yang mereka pelajari melaui kaunseling
kelompok .
• Proses penamat ini adalah satu tempoh yang sukar bagi semua ahli
kelompok kerana mereka sudah ada kejelekitan antara mereka. Oleh itu
ketua harus menjalankan peranan yang sangat penting bagi mengawal rasa
kehilangan. Ahli perlu menghadapi realiti penamatan kerana perlu
mengucap selamat tinggal kepada ahli kelompok yang lain.
FASA PENAMATAN KELOMPOK TERBUKA DAN
TERTUTUP
• Kelompok tertutup: dimana ahli yang sama dari awal hingga akhir.
• Kelompok terbuka: ahli boleh bersilih ganti tidak kira masa.
• Fasa penamatan kelompok memberi peluang kepada ahli untuk
menjelaskan makna pengalaman mereka, untuk manfaat yang telah
mereka perolehi dan untuk membuat keputusan tentang tingkah laku
mereka yang baru yang dibawa daripada kelompok dan
mengaplikasikan dalam kehidupan mereka setiap hari.
• 3 persoalan yang relavan ketika penamatan kelompok:
Apakah tanggungjawab etika yang ada pada ketua bagi membantu ahli untuk
merangkakan konsep mereka berdasrkan apa yang telah dipelajari dalam
kelompok?
Pada tahap apakah tangungjawab ketua untuk memastikan bahawa ahli
kelompok tidak di tinggalkan dalam keadaan “unfinished business” ketika
penamatan?
Bagaimana ketua dapat membantu ahli untuk menterjemahkan apa yang
telah mereka elajari didalam kehidupan harian mereka?

Ketua kelompok harus mempunyai ilmu yang mendalam dalam mengendalikan kaunseling
kelompok, kerana boleh melibatkan pelanggaran etika seperti “counter- transference” dan
kebergantungan ahli. Ketua kelompok juga harus tahu untuk menamatkan sesi dengan
baik.
FASA PENAMATAN KELOMPOK TERBUKA

• Kelompok terbuka mempunyai seidkit cabaran yang berbeza dengan


kelompok tertutup.
• Ada beberapa kaedah yang perlu dilakukan oleh ahli yang mahu keluar dari
kelompok terbuka:
Adalah penting untuk memberitahu setiap ahli memberi notis yang mencukupi
apabila mereka memutuskan untuk penamatan ini bagi memastikan ahli tersebut
mempunyai masa untuk meluahkan “unfinished business” diantara mereka atau
orang lain dalam kelompok.
Adalah sangat penting untuk membantu ahli yang ingin keluar untuk melihat semula
apa yang mereka pelajari dalam kelompok terutama sekali apakah keinginan mereka
atau niat dengan apakah yang mereka pelajari.
Ahli group yang masih tinggal selalunya memepunyai reaksi kehilangan ahli kelompok
dan sangat penting bagi ahli yang masih tinggal untuk meluahkan apa yang mereka
rasa .
TINDAKAN SUSULAN DAN PENILAIAN
• Tindakan susulan adalah sanagt berguna kepada ahli dan juga
kaunselor.
• Tindakan susulan ada dua iaitu tindakan jangka masa panjang dan
pendek.
• Jangka masa pendek selepas sebulan.
• Jangka masa panjang selepas 3 bulan- 1tahun.
• Penilaian juga adalah satu proses yang berterusan dimana ahli
kelompok diajar untuk menentukan sama ada kaunseling kelompok
itu membantu mereka mencapai matlamat peribadi mereka.

Anda mungkin juga menyukai