Anda di halaman 1dari 5

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

(GSB 1012)
EN. PATI ANAK ALAP

SEVERINE SEMBAI ANAK JANTUM


NURUL FIZANAH HAZIMAH BINTI MOHD FUAD
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN KHALID
MUHAMMAD AZRIL BIN ABU BAKAR
MUHAMMAD HANIF BIN AWANG ISMAIL
JELASKAN MAKSUD GILIRAN BERCAKAP
 Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap. Masyarakat Melayu akan
mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan. Orang-orang muda hendaklah
bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap. Sekiranya hendak menyampuk
perbualan orang-orang tua terlebih dahulu mestilah pastikan orang-orang tua telah habis
bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya berikan
pendapat.”
 Dalam percakapan terkadang terjadinya pola satu arah diakibatkan oleh seseorang yang
mendominasi pembicaraan. Agar percakapan dapat berlangsung dengan sekata dalam kata
lainnya setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama dalam berbicara, sistem pola
penggiliran boleh digunakan.
 Semasa proses percakapan sedang berlangsung sama ada dalam situasi formal, separuh
formal ataupun tidak formal, pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi. Hal ini
selalunya diakibatkan karana adanya kaitan antara satu masalah terhadapa masalah yang
lain atau satu topik terhadap topik yang lain. Dalam suatu pembicaraan, pengembangan
gagasan kepada pokok pembicaraan yang lain masih dianggap wajar jika tetap pada pokok
persoalan yang sedang dibahaskan.
 Perbezaan pendapat antara pembicara baik dalam diskusi formal atau
tidak formal sering terjadi. Bukan semua orang akan bersetuju dengan
pendapat bicara seseorang. Masing-masing memiliki pandangan atau
pemikiran sendiri. Perbezaan pendapat biasanya jarang sekali dapat
menyelesaikan konflik. Namun begitu perbezaan pendapat harus
dihormati, didengar dan dititip secara santun.
 Selain daripada itu mencelah percakapan orang lain juga sering terjadi
dalam sesuatu sesi perbincangan formal atau tidak formal. Hal ini
bertambah buruk lagi sekiranya seseorang yang mencelah itu mencelah
sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan tidak dapat
menyempurnakan percakapannya.
 Akhir sekali kita tidak seharusnya mengulang perkara yang sama
berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya
pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi
sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa
orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan
minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham
• Contoh pola giliran
 “Menurut pandangan kamu bagaimana?”
 “Mungkin anda memiliki gagasan lain?”
• Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi kerana adanya kaitan antara satu masalah
terhadap masalah yang lain atau satu topik terhadap topik yang lain.

• Contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal:


 Mungkin ada kaitannya dengan…
 Mungkin agak menyimpang, tetapi…
 Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah…

• Contoh semasa menyangguh pendapat yang berbeza dengan pendapat kita:


 a) Berikan permohonan maaf dahulu
 b) Nyatakan kesan mendukung gagasan akan disangguh sebelum menjelaskan kekurangannya
 c) Ungkapkan kekurangan dengan perkataan berpekerti dan tidak menyinggung
 d) Beri alasan yang logik.
Aturan giliran bercakap mengikut aDAB dan tataterbit:

DALAM KELUARGA
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang lebih besar
4. Pihak khususnya adik

DI SEKOLAH
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar

Anda mungkin juga menyukai