Anda di halaman 1dari 24

TEORI SEMIOTIK

CHARLES SANDERS PEIRCE


MANIYAMIN BIN IBRAHIM
TAHAP SEMIOTIK PEIRCE
Ada 3 tahap semiotik

Pertama : Tahap Tanda


Kedua : Tahap Objek
Ketiga : Tahap ‘makna tanda’
PADA TAHAP TANDA
Tanda terdapat dalam LATAR TANDA (GROUND)

Latar
Tanda

KOD
TANDA
3 UNSUR TANDA
Terdapat 3 unsur tanda
PERTAMA – tanda yang dapat ditangkap.
Makna kepada tanda ini telah sedia
ada/diketahui oleh penerima
Melihat tanda (objek) penerima dapat
fahami maknanya.

Contoh: lihat / dengar perkataan perkataan


“STOP” – seseorang akan berhenti
KEDUA – tanda yang ditunjukkan
Tanda yang menunjukkan sesuatu … atau
tanda dipilih untuk penerima tanda
Contoh:
Suasana bising yang tiba-tiba senyap
Seseorang masuk ke bilik kuliah
KETIGA – tanda baru muncul dalam diri
penerima / hasil interpretasi terhadap tanda
dipilih.
Tanda dipilih perlu interpretasi, dan dikenali
juga sebagai tanda dirujuk (denotatum)
Tanda dirujuk boleh merujuk satu atau
himpunan. Contoh
Saya akan beli sebuah kerusi baharu
Terdapat banyak kerusi, yang akan dibeli
satu saja.
TAHAP TANDA
Ada 3 jenis – tanda kualiti (Qualisign), tanda
Individu (Sinsign), dan tanda Konvensional
(legisign)
Tanda Kualiti – beri nilai tambah pada
sesuatu.
“merah” tiada makna. “Merah perjuangan”
ada makna keberanian.
“bunga mawar” tiada makna. “Bunga mawar
pemberian rakan wanita” tiada makna.
Tanda Individu – muncul dalam kenyataan
seseorang/sesuatu.
Ia juga bukan kelaziman
Contoh: “jeritan” ia dikeluarkan oleh
seseorang, yang mungkin bermakna sakit,
gembira, takut, riang, dll dapat kenal pasti
makna melalui sifat JERITAN berdasar
intonasi.
Tanda Konvensional – tanda umum
diketahui maknanya, dan mudah difahami
Contoh: bunyi kenderaan, langit mendung

MEMAHAMI TANDA
Perlu tahu latar tanda, aturan, konvensi,
dan kodnya.
PADA TAHAP OBJEK
Ada 3 jenis tanda tahap objek
1. Ikon
2. Indeks
3. Simbol
Tanda Ikon
Ikon merujuk pada orang. Lambang Ikonik merujuk
pada benda atau konsep.
Ikon ialah penanda yang menjadi tanda pada
petandanya.
Kedua-duanya merujuk pada objek yang
menunjukkan sifat yang sama/serupa. Atau, ada
persamaan sifat pada penanda (objek asal) seperti
digambarkan pada petanda (objek ikon)
Contoh:
Patung Sadam Hussein di tengah kota Bagdad
merupakan ikon kepada Presiden Sadam Hussein
Ikon melaksanakan fungsi kepada penanda, dan
mempunyai kesan yang kuat/besar.

Berdasarkan bentuk hubungan diwakili, Peirce


membahagikan ikon kepada 3 jenis;
1. Imej (images) – topologi,
2. Diagram (diagrams) – relasional, struktural –
banyak rujuk sosio budaya
3. Metafora (metaphors) – tidak berasas
kemiripan, tetapi berasas acuan (sikap,
kelakuan) yang hampir sama.
Tanda Indeks
Merujuk kepada objek yang beri kesan
daripada objek.
Hubungan penanda dengan petanda
memiliki sifat-sifat nyata, bertataurutan,
sebab-akibat, dan mengisyaratkan
sesuatu.
Mana Sikana – indeks ialah tanda yang
merujuk kepada sesuatu tanda yang
mengumpulkan satu tanda.
Contoh
Tanda lubang peluru di dinding (indeks)
adalah petanda diinterpretasikan berlakunya
tembakan atau pergaduhan.

Interpretasi itu belum tentu betul atau salah.


Mungkin berlaku tembakan tetapi tidak
berlaku pergaduhan.

Ini inderks sebab-akibat


Semua tanda menyebabkan kita menoleh,
terkejut, marah, sedih, ingin bertindak-balas
dan sebagainya merupakan indeksikal.

Indeks boleh wujud pada benda/objek,


penunjuk (penunjuk jalan), simbol, bunyi,
warna, konsepsi, abstrak, peristiwa,
perbuatan, ayat, perkataan deiktik (itu, ini,
situ, sini), anaforis (kata merujuk maklumat
lama) dan sebagainya.
3 kategori indeks;
1. Indek menunjukkan kebenaran di luar
teks
2. Indek menunjukkan pada teks lain
(intertektualiti)
3. Indek menunjukkan pada unsur dalam
teks yang ada hubungan dengan unsur
di luar teks.
Tanda Simbol
Asal Yunani – symbolon, Inggeris
(symbol), Melayu (simbol).
Sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain,
lambang, atau tanda.
Peirce – tanda yang merujuk kepada
objek, yang menunjuk kepada peraturan.
Tanda bersifat arbitrari dan konvensional
masyarakat
Simbol ialah tanda punya ciri yang
menunjuk hubungan antara tanda dengan
tanda dirujuk yang ditentukan oleh
peraturan atau kesepakatan.
Simbol merujuk kepada apa sahaja yang
boleh dijadikan simbol.
Simbol berkait-rapat dengan peraturan
dan budaya yang dikongsi.
Contoh;
Kaldai simbol kebodohan
TAHAP ‘MAKNA TANDA’
Makna tanda yang terdapat dalam fikiran
kita selepas kita kenal pasti sesuatu tanda.
Ia bergantung pada bangsa, kod bahasa,
dan latar tanda seseorang.
Peirce – tanda bernilai sama yang muncul
dalam fikiran orang
menginterpretasikannya.
Makna tanda asalnya boleh berkembang
jadi tanda makna baru/ yang lain.
Makna tanda dalam fikiran orang Melayu
ialah ‘betik,’ Inggeris (papaya)

Makna tanda baharu – ‘betik jantan’


Jenis makna tanda
Ada 3 jenis;
1. Tanda Berkemungkinan (Rheme)
2. Tanda Wujud (Dicent Signs)
3. Tanda Benar (Argument)
Tanda Berkemungkinan
Tanda yang memungkinkan seseorang
mentafsir berdasarkan pilihan atau
fahamannya.
Mata merah
Berkemungkinan
1. Baru menangis
2. Sakit mata
3. Baru bangun
4. Mata dimasuki sesuatu
Tanda Wujud
Tanda yang menawarkan hubungan benar
wujud pada tandanya.
Hubungan benar wujud itu disebabkan;
1. memang wujud,
2. sering terjadi,
3. dipercayai wujud.
 Gambar tengkorok di tepi jalan, tepi
sungai, di pantai, dll
Tanda Benar
Tanda yang mempunyai alasan logik dan kukuh
akan berlaku kerana berdasarkan siptom-
siptomnya.
Contoh: banjir akan berlaku. Siptomnya;
1. Langit dipenuhi awan hitam
2. Musim tengkujuh
3. Hujan lebat sepanjang hari
4. Ramalan kaji cuaca.
5.

Anda mungkin juga menyukai