Anda di halaman 1dari 13

SGDU 6033

ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR IN
EDUCATION

KONSEP KONFLIK
K.KATHIRAVAN A/L KAMAKA KARAN
(824740)
LETCHUMI A/P SANNASY (824742)
SELVI A/P VENUGOPAL (824749)
1
PENGENALAN
• Organisasi sebagai unit sosial mempunyai beberapa orang
pekerja yang telah diberi peranan untuk menjalankan sesuatu
tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu
sama yang lain bagi menyiapkan setiap tugasan yang diarahkan.

• Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan


konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku
dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan
ketidak setujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau
lebih pihak secara berterusan.

2
DEFINISI KONFLIK
• Konflik merupakan suatu suasana yang melibatkan pertentangan antara
dua atau lebih pihak akibat daripada ketidaksamaan matlamat yang
hendak dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat,
ketidakserupaan personaliti dan kehendak, bertindak dalam cara
menghalang atau memudaratkan sesama sendiri, dan menunjukkan
tanda-tanda permusuhan antara kedua-dua pihak (Ishak Mat Shah,
2006).

• Robbins (1996) dalam "Organization Behavior" menjelaskan bahwa


konflik adalah suatu proses interaksi yang terjadi akibat adanya
ketidaksesuaian antara dua pendapat (sudut pandang) yang berpengaruh
atas pihak-pihak yang terlibat baik pengaruh positif maupun pengaruh
negatif. 3
KESAN KONFLIK BERFUNGSI
Konflik berfungsi mengambarkan persaingan antara dua pihak yang
boleh mencetuskan motivasi dan implikasi positif.

1. Persaingan Yang Positif


• Persaingan yang positif akan memaju atau meningkatkan
pencapaian organisasi. Contohnya, terdapat dua orang guru
bersaing untuk menjawat suatu jawatan sebagai guru kanan.
Setiap mereka banyak mengemukakan cadangan dan
melaksanakan pelbagai kemajuan dan pembangunan, untuk
mendapat kepercayaan dari pihak atasan. Keadaan ini mendorong
peningkatan kualiti dan kepuasan kerja serta meningkatkan
inovasi sekolah.
4
2. Menjana Idea Kreatif Dan Inovatif

• Konflik berfungsi juga boleh menjana idea baru


yang kreatif dan inovatif, yang boleh
menguntungkan pihak sekolah dan membuka
peluang kepada organisasi sekolah tersebut untuk
beroperasi dengan lebih berkesan. Ini kerana,
konflik tersebut dapat mencungkil kreativiti dan
bakat terpendam para guru untuk menunjukkan
kebolehan dan kemahiran diri masing-masing.

5
3. Mendorong Semangat Perpaduan Dan
Muhhibah

• Konflik berfungsi juga boleh mendorong penyertaan


yang tinggi dalam kalangan guru dalam sesuatu
aktiviti sekolah. Pertalian antara bidang juga akan
terbentuk, dan secara tidak langsung membentuk
perpaduan dalam sesebuah sekolah. Oleh itu,
semangat bekerja dalam kalangan guru dapat
ditingkatkan ke arah pencapaian misi dan visi
sekolah.
6
KESAN KONFLIK TIDAK BERFUNGSI
Konflik tidak berfungsi akan mendatangkan kesan buruk kepada pihak
sekolah akibat pertentangan dua atau lebih pihak yang berkepentingan.
Riggio (2000).

1. Mengurangkan kepuasan kerja

• Mungkin terdapat guru yang tidak mahu menerima arahan kerja yang
datang daripada ‘musuh mereka’. Sekiranya musuh mereka itu adalah
ketua jabatan, atau ketua suatu operasi, kerja yang diarahkan akan
dilakukan sambil lewa atau disabotaj seperti melambat-lambatkan
perlaksanaan kerja, atau banyak melakukan kesilapan yang
disengajakan supaya memberi kesan negatif terhadap produktiviti.
7
2. Meningkatkan Kadar Ponteng Kerja Dan Ganti Kerja

• Pihak yang kalah dalam persaingan akan melakukan


pelbagai tindakan pasif bagi menggambarkan
ketidakpuasan hati mereka. Sesetengah guru mungkin
akan mengambil tindakan yang berani contohnya,
memohon bertukar sekolah atau bertukar ke sesi petang.
Ini boleh merugikan organisasi sekolah, kerana
kehilangan kaki tangan yang inovatif dan berwawasan.
Sesetengahnya pula mungkin menunjukkan perasaan
tidak puas hati dengan cara mendapatkan sijil cuti sakit
yang kerap, atau memohon cuti tanpa bergaji.

8
3. Melemahkan Proses Komunikasi

• Pihak yang berkonflik akan cuba mengelak


dari bertembung, bertegur sapa atau
bekerjasama dalam sesuatu tugasan.
Komunikasi dan proses interaksi antara satu
sama lain akan berkurang. Gejala ini lambat
laun akan menjejaskan proses komunikasi dan
seterusnya melemahkan pentadbiran
organisasi sekolah.
9
4. Serangan Fizikal

• Terdapat juga pihak yang berkonflik sengaja


memaparkan kekuatan diri masing-masing
supaya boleh menakut dan melemahkan pihak
lawan. Keadaan ini boleh mengundang
pergaduhan dan serangan fizikal. Dan,
memang terdapat kejadian guru-guru bergaduh
di pejabat, bahkan pernah berlaku di tapak
perhimpunan sekolah.
10
0
PENUTUP
• Dalam berorganisasi, sememangnya konflik adalah suatu yang
tidak dapat dielakkan daripada berlaku organisasi.

• Ia seperti telah menjadi lumrah disebabkan kewujudan sifat


atau karektor manusia yang pelbagai ragam dan personaliti.
Secara kesimpulan, bersikap jujurlah dalam menghadapi
konflik yang sedia datang.

• Persiapkan diri dengan kekuatan hati dan mental dalam


mendengar situasi orang lain. Jika kita jujur dan terbuka dalam
penyelesaian konflik dan akan menghasilkan organisasi yang
cemerlang dan maju. 11
• Terdapat banyak perkara yang boleh mewujudkan konflik
misalnya, sumber yang terhad, pergantungan tugas,
perbezaan objektif, perbezaan peranan, perbezaan
personaliti dan diskriminasi.
• Kaedah penyelesaian yang boleh diamalkan untuk
mengatasi konflik ialah menarik diri, menjadi juara,
pemujukkan, melambatkan atau mendamaikan,
perundingan dan tawaran, penyelesaian masalah
bersama, dan dengan campur tangan pihak ketiga.
• Justeru itu, pihak atasan terutamanya pengetua, haruslah
bijak menangani sebarang konflik dalam organisasi
sekolah.
12
2
TERIMA KASIH

13
3

Anda mungkin juga menyukai