Anda di halaman 1dari 28

PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM

(Minggu ke-11)

Sejarah Kemunculan
Kerajaan Mamluk
di Mesir
OBJEKTIF KULIAH M11
• Mengetahui secara sepintas
lalu sejarah kemunculan
Kerajaan Mamluk di Mesir.
• Mengenal pasti peranan
dan sumbangan Kerajaan
Mamluk kepada sejarah dan
tamadun Islam.
Kuliah M11 / 2
KERAJAAN MAMLUK
• Mamluk; Mamalik; Mamlukun.
• Erti: “hamba yang dimiliki”.
• Berasal dari wilayah Kipcak di utara Laut
Caspian, dekat dengan Rusia.
• Golongan hamba ini dibawa ke Baghdad,
Istanbul dan Mesir.
• Dijadikan pengawal, diberi pendidikan;
fizikal yang gagah perkasa.
• Ada yang dibebaskan dan berjaya menjawat
jawatan tinggi dalam kerajaan.
• Menjadi pegawai peribadi sultan dan amir.
Kuliah M11 / 3
KERAJAAN MAMLUK
• Sultan Najm al-Din al-Ayyubi beli 12,000
hamba Mamluk.
• Hamba ini diletakkan di asrama tentera di
Pulau Rawdah di sungai Nil.
• Mereka dikenali Mamalik al-Bahriyyah atau
Mamalik al-Nil.
• Selepas Sultan Najm al-Din meninggal,
pemerintahan diuruskan oleh permaisurinya,
Shajarat al-Dur (keturunan Turki).
• Beliau lantik anaknya, Turan Shah untuk
berkuasa.

Kuliah M11 / 4
KERAJAAN MAMLUK
• Turan turut dibantu tentera Mamluk
Bahriyyah yang dipimpin Baybars & Qalawun.
• Akan tetapi konflik muncul antara Turan
dengan Mamluk Bahriyyah.
• 1250M: Turan dibunuh oleh satu pakatan.
• Mamluk Bahriyyah melantik Shajarat al-Dur
sebagai Sultan; dikritik oleh Khalifah al-
Mu’tasim al-‘Abbasi.
• Shajarat al-Dur memerintah 80 hari sahaja.
• Atabek al-‘Ashkari Mamluk, ‘Izz al-Din Aybak
dilantik sebagai sultan yang baru.

Kuliah M11 / 5
KERAJAAN MAMLUK
• Shajarat al-Dur telah berkahwin dengan
Aybak.
• Aybak dibunuh pula oleh Shajarat al-Dur
setelah diketahui beliau berkahwin lain.
• Shajarat al-Dur dibunuh pula oleh hamba
perempuan isteri pertama Aybak.
• Aybak digantikan oleh anaknya, al-Mansur
Dur al-Din Ali yang berusia 11 tahun sahaja.
• Tugas pemerintahan dijalankan oleh Sayf al-
Din Qutuz sebagai Na’ib Sultan.
• Qutuz kemudiannya dilantik sebagai Sultan.

Kuliah M11 / 6
PUSAT PEMERINTAHAN
• Ibukota Mamluk terletak di Kaherah yang
dikenali sebagai Qal’ah al-Jabal (Citadel of
the Mountain).
• Ia dikelilingi tembok dan dibahagikan kepada
tiga bahagian.
• Bandar berdekatan: Husayniyyah, Fustat dan
Qarafa.
• Wilayah pemerintahan Kerajaan Mamluk
meliputi Mesir (Bilad Misr), Syria (Bilad al-
Sham) dan Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
• Wilayah lain: Halab, Barqa, Iskandariyyah dll.

Kuliah M11 / 7
PUSAT PEMERINTAHAN
Jawatan penting:
• Khalifah: Jawatan tertinggi; tiada kuasa;
amat dihormati; fokus kepada tugas sosial.
• Sultan: Miliki kuasa kuasa sebenar; dilantik
oleh para amir Mamluk; diberi bay’ah;
sentiasa berunding dengan Ketua Amir dalam
Majlis Penasihat; kuasa melantik dan
memecat amir dan pegawai tertinggi.
• Amir: Putera-putera Sultan; para bangsawan;
ketua tentera; dicalonkan oleh Sultan; ahli
Majlis Penasihat; diketuai oleh Ketua Amir.

Kuliah M11 / 8
MAMLUK BAHRI
• Bahri: Golongan hamba yang menubuhkan
Kerajaan Mamluk di Mesir (1250-1389M).
• Setelah Qutuz dilantik sebagai Sultan,
beliau berhadapan dengan saki baki
golongan Ayyubiyyah di al-Karak (Syria).
• 1260M: Berhadapan dengan tentera Mongol
dan diketuai oleh Baybars.
• Setelah Baybars, beliau telah membunuh
Qutuz dan melantik dirinya sebagai Sultan.
• Baybars merupakan Sultan Bahri yang
paling masyhur dan berjaya.

Kuliah M11 / 9
MAMLUK BAHRI
• Baybars telah memberi bay’ah kepada
Khalifah al-Mustansir yang larikan diri dari
Baghdad ke Syria.
• Sumbangan: Melantik 4 orang hakim bagi
mewakili 4 mazhab; perkemaskan urusan
haji ke Makkah; perkuatkan jentera
ketenteraan; berjihad dalam perang Salib
di Mesir dan Syria dengan cemerlang.
• Bayrbars digantikan oleh anaknya bernama
Barakah Khan sebagai Sultan.
• Sayf al-Din Kunduk sebagai Na’ib Sultan.

Kuliah M11 / 10
MAMLUK BAHRI
• Qalawun (bapa mertua Barakah) dilantik
sebagai orang kanan Kunduk.
• Satu pakatan berlaku dalam istana untuk
jatuhkan Barakah.
• Qalawun bertindak sebagai ketua
pemberontak dan penjarakan menantunya
di Kaherah; tidak dibunuh.
• 1279M: Barakah digantikan oleh adiknya,
Salamish yang berusia 7 tahun.
• Qalawun dilantik sebagai Na’ib Sultan.
• 1280M: Qalawun lantik dirinya sbg Sultan.

Kuliah M11 / 11
MAMLUK BAHRI
• Kecemerlangan Baybars sebelum ini
diteruskan oleh Qalawun; futuhat.
• Qalawun berjaya jalinkan hubungan
antarabangsa yang baik dengan Empayar
Byzantium, Genoa, Perancis, Castile dan
Sicily serta Sri Lanka.
• Sumbangan: perbaiki kubu; dirikan sekolah
dan masjid; giatkan seni ukiran.
• Berjaya wariskan takhta kepada 4 generasi.
• Beliau membeli hamba Shirkasi dari wilayah
Caucasus di Asia Kecil / Tengah.

Kuliah M11 / 12
MAMLUK BURJI
• Memerintah dari 1382-1517M; hamba yang
berasal dari wilayah Caucasus dan dibeli
oleh Qalawun.
• Mereka dibeli kerana Qalawun mencurigai
beberapa tokoh Mamluk Bahri.
• Mamluk Burji ditempatkan di menara-
menara hingga dikenali sebagai “Burji”.
• Pertukaran pemimpin Burji berlaku kerana
seniority dan bukan keturunan.
• Antara Sultan yang terkenal ialah Barquq,
Basrsbay dan Qayt Bay.

Kuliah M11 / 13
MAMLUK BURJI
• Mamluk Burji turut mengalami konspirasi,
pembunuhan dan rampasan kuasa.
• Ramai sultan yang dijatuhkan dengan cara
pembunuhan dan pemecatan.
• Malah terdapat Sultan yang tidak berkuasa
secara mutlak.
• Sultan Qayt Bay: pemerintah paling lama
dan berjaya; diteruskan oleh Barsbay.
• Zaman ini wabak taun “Black Death”
menyerang Mesir.
• 300,000 mati dalam tempoh tiga bulan.
Kuliah M11 / 14
MAMLUK BURJI
• Barsbay halang orang bukan Islam jawat
jawatan penting.
• Polisi ini diteruskan oleh sultan-sultan
selepasnya.
• Akhir abad ke-15M, Kerajaan ‘Uthmaniyyah
di Anatolia semakin kuat dan mantap.
• Sultan Salim I telah menyerang Kerajaan
Safawiyyah di Parsi.
• Portugis juga mula menguasai laluan
perdagangan laut di Yaman.
• Portugis berjaya tawan Aden (1513M).
Kuliah M11 / 15
MAMLUK BURJI
• Mamluk Burji habiskan wang yang banyak
untuk menyerang angkatan Portugis di
selatan Semenanjung Tanah Arab.
• 1516M: Sultan Salim I menyerang Syria dan
Mesir; Burji tak dapat berbuat apa-apa.
• Ketika ini, Burji diperintah olwh Sultan al-
Ghawri.
• Tentera Salim dengan mudah kalahkan
tentera Burji di Aleppo (Ogos 1516M).
• Januari 1517M, tentera Salim I berjaya
tamatkan pemerintahan Mamluk di Mesir.

Kuliah M11 / 16
SUMBANGAN MAMLUK
• 1260M: Berjaya tangkis serangan tentera
Mongol.
• Ramai ilmuwan, ulama dan pedagang yang
berhijrah ke Mesir.
• Mesir menjadi pusat ilmu selepas Baghdad
dalam pelbagai bidang seperti sejarah,
sains, perubatan, matematik dan ilmu
agama.
• Antara tokoh ilmuwan: Ibn Khallikan,
IbnTaghribirdi, al-Suyuti, Ibn Khaldun, al-
Qalqashandi dan al-Maqrizi.
• Ilmu sains & hospital berkembang pesat.
Kuliah M11 / 17
RUMUSAN
• Mamluk memerintah selama hampir 250
tahun, 1250-1517M.
• Mamluk terbahagi kepada dua, Bahri dan
Burji.
• Antara kerajaan yang menjadi saingan
Mamluk ialah Kerajaan ‘Uthmaniyyah.
• Antara sultan yang terkenal ialah Baybars
dan Qalawun; Barquq dan Qayt Bay.
• Berjaya membina tamadun yang cemerlang
dan berkekalan hingga ke hari ini.
• Kerajaan Mamluk juga dikenali sebagai
Dawlah al-Atrak (Kerajaan Orang Turki).
Kuliah M11 / 18
Peta Zaman Mamluk
Dirham Zaman Qayt Bay
Masjid Qayt Bay di Kaherah
Kubah Makam Barquq (Luar)
Kubah Makam Barquq (Dalam)

Anda mungkin juga menyukai