Anda di halaman 1dari 13

ISU-ISU :

AKTA PENCEGAHAN DAN


KAWALAN PENYAKIT
BERJANGKIT (1988)
Nama Kumpulan : Angsa Ganas

Hasan Basri Bin Yahya WE/JK/133/15


Nurul Ain Bte Abd Aziz JK/10894/15
Noor Intan Junaina Binti Bahauddin JK/10846/15
PENGENALAN
 Penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh
mikroorganisma yang boleh merebak dari satu
individu ke satu individu yang lain secara langsung
atau tidak langsung.
 Penyakit berjangkit juga boleh merebak dari haiwan
ke manusia atau sebaliknya (WHO, 2010).
 Sepanjang sejarah, mikroorganisma, organisma
penyebab penyakit berjangkit telah memainkan
peranan aktif.
 Oleh yang demikian undang-undang memainkan
peranan penting di dalam menangani masalah ini.
 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
(1988) merupakan satu akta yang digunapakai di
dalam konteks negara Malaysia bagi mengawal
penyakit berjangkit.
PENGENALAN
 Di dalam tugasan ini akan memfokuskan
kepada tiga jurnal yang berkaitan Akta
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
(1988)
 satu huraian akan dilakukan mengikut isu-isu
utama yang ditonjolkan setiap artikel yang
dipilih.
 Artikel yang dipilih di dalam tugasan ini
terdapat hubungkait dengan Akta
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
(1988).
ARTIKEL PERTAMA
Kemunculan Penyakit Berjangkit dan
Kesannya Terhadap Manusia di Malaysia
 Artikel hasil daripada kajian yang
dilaksanakan oleh Fatan Hamamah Hj Yahaya
yang diterbitkan pada tahun 2005
 Artikel ini menyentuh isu-isu berkaitan
dengan kemunculan penyakit berjangkit dan
kesanya terhadap manusia dengan
menggunakan konteks negara Malaysia.
 Menurut beliau, penyakit berjangkit adalah
fenomena biososial.
 Ia boleh wujud dalam mana-mana masyarakat
sejak dahulu hingga kini.
 Menurut artikel ini, penyakit berjangkit
disebabkan agen infeksi atau bahan-bahan
toksik yang merbahaya kepada manusia.
 Oleh sebab ia, telah membawa pelbagai
implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara
banyak yang lain.
 penyakit berjangkit juga boleh menjejaskan
kesejahteraan hidup manusia dan
pembangunan negara, terutamanya dari segi
pembangunan sumber manusia.
 Artikel ini dilihat cuba menyentuh beberapa
jenis penyakit berjangkit yang umum di
Malaysia, punca penularannya, langkah
pengawalannya dan arah perkembangannya.
ARTIKEL KEDUA
Penyakit Berjangkit : Isu Kesihatan Awam
Dalam Aspek Sekuriti
 Artikel ini adalah hasil daripada kajian yang
dilaksanakan oleh dua orang pengkaji iaitu
Nor Anita Abdullah dan Rohani Abdul Rahim.
 Artikel ini diterbitkan pada tahun 2016
dimana artikel ini menyentuh isu kesihatan
awam dalam aspek sekuriti.
 Di dalam artikel ini menyatakan bahawa
umum menganggap bahawa isu penyakit
berjangkit hanya satu isu sosial yang
melibatkan sebilangan kecil populasi manusia
atau segelintir individu yang dijangkiti sahaja.
 Artikel ini juga turut menyatakan bahawa isu
penyakit berjangkit yang dianggap remeh ini
berkeupayaan menggugat tahap kesihatan sekali
gus menjejaskan sekuriti negara.
 Dalam aspek ini, kemunculan penyakit berjangkit
tidak mengenal batas sempadan dan geografi.
 Isu kesihatan menjadi satu isu global dan pada
masa yang sama melibatkan isu sekuriti negara.
 Pelbagai konflik akan tercetus akibatnya
masyarakat akan menyalahkan pihak yang
bertanggungjawab dalam pengawalan dan
pencegahan penyakit berjangkit.
ARTIKEL KETIGA
Penularan Penyakit Tuberculosis (TB) di Malaysia:
Amalan Pencegahan dan Mekanisme Pengawalan
di Institusi Pendidikan.
 Artikel ini adalah hasil daripada kajian yang
dilaksanakan oleh dua orang pengkaji iaitu Mohd
Faiz Mohd Yaakob dan Nordin Yunus.
 Artikel ini diterbitkan pada tahun 2017 dimana
artikel ini menyentuh isu penularan penyakit
Tuberculosis (TB) di Malaysia dan amalan
pencegahan serta mekanisme kawalan yang
digunakan.
 Penulis artikel ini menyatakan Penyakit
Tuberculosis atau dikenali sebagai penyakit TB
merupakan isu yang penting di Malaysia disebabkan
oleh kemunculan jangkitan yang dramatik.
 Tujuan artikel ini diterbitkan adalah untuk
mengkaji penularan penyakit TB di Malaysia,
amalan pencegahan penyakit TB, mekanisme
kawalan di institusi pendidikan dan promosi
program kesihatan di sekolah.
 Di dalam artikel ini, penulis telah
menumpukan empat isu utama.
 Dimana ia melibatkan

i. penularan penyakit Tuberculosis (TB)


ii. amalan pencegahan
iii. mekanisme kawalan di dalam konteks
intitusi pendidikan
iv. strategi pendidikan kesihatan.
KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG
PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT
 Pencegahan dan kawalan penyakit dan risiko
penyakit berjangkit adalah topik penting yang
perlu dihadapi.
 Kesan dan ancaman bahawa penyakit berjangkit
ini akan memberi kesan kepada masyarakat dan
tahap global perlu dikaji.
 Oleh itu satu mekanisme yang baik perlu
diperkenalkan bagi memastikan permasalahan
seumpama ini tidak berulang.
 Oleh itu pengubalan undang-undnag merupakan
salah satu mekanisme bagi mengawal penyakit
berjangkit.
 Undang-undang kesihatan awam boleh menyokong
kawalan penyakit berjangkit dalam dua cara penting.
 Pertama, undang-undang mempunyai peranan proaktif
atau pencegahan dengan meningkatkan akses kepada
vaksin bersama-sama dengan pemeriksaan, pendidikan,
kaunseling dan strategi lain yang bertujuan
meminimumkan pendedahan kepada penyakit.
 Kedua, undang-undang mempunyai peranan reaktif:
menyokong akses kepada rawatan, dan memberi kuasa
kepada jabatan kesihatan dan penyedia penjagaan
kesihatan untuk menghadkan hubungan dengan individu
yang berjangkit dan menjalankan kuasa kecemasan
sebagai tindak balas kepada wabak penyakit.
 Oleh yang demikian Akta Pencegahan dan Kawalan
Penyakit Berjangkit (1988) dilihat memainkan peranan
penting di dalam mengawal penyakit berjangkit dari
terus merebak.
KESIMPULAN
 Penyakit berjangkit merupakan satu masalah
Kesihatan Awam bukan sahaja di Malaysia malahan
melibatkan peringkat global.
 Pemberitahuan atau notifikasi wajib kejadian
penyakit berjangkit kepada pihak berkuasa telah
diperuntukkan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan
Penyakit Berjangkit yang telah diwartakan pada
tahun 1993.
 Akta ini mewajibkan sebanyak 26 jenis penyakit
berjangkit yang perlu dinotifikasi di bawah Undang-
undang kesihatan awam.
RUJUKAN
 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342)
 Hj, Fatan. Hamamah. (2005). Kemunculan
Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap
Manusia di Malaysia.
 Yaakob, M.F. (2017). Penularan penyakit
Tuberculosis (TB) di Malaysia: amalan
pencegahan dan mekanisme pengawalan di
institusi pendidikan.
 Abdullah, N.A., & Rahim, R.A. (2016).
Infectious Disease and Bioterrrorism: Disaster
to Public Health and Security in Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai