Anda di halaman 1dari 35

PERPADUAN TERAS KEAMANAN

NEGARA

“Sesungguhnya, perpaduan dan


keamanan, adalah adunan hidup
yang tidak harus dilemahkan oleh
cara hidup semasa. Seperti padi,
lagi runduk lagi berisi.”

1
Sekalung apresiasi saya hulurkan
buat Saudara/Saudari Pengerusi,
kombinasi intelektual kehakiman
bervisi, penjaga masa yang
berkredibiliti, dan seterusnya
hadirin dan hadirat yang dikasihi.

2
Salam sejahtera dan salam Satu
Malaysia buat anda yang sudi
melapangkan masa.

3
“Perpaduan Teras Keamanan
Negara”, demikianlah mauduk
bicara yang akan saya hujahkan
pada hari yang penuh berbahagia.

4
Sebelum terlajak kata terlebih
bicara, molek kiranya saya
mengupas dengan lebih mendalam
mauduk bicara, yang menjadi
pilihan utama.

5
Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka 2005, mendefinisikan
“perpaduan” sebagai perihal
berpadu yakni penyatuan. “Teras”
boleh diertikan sebagai asas.

6
“Keamanan” pula bermaksud
ketenteraman atau kesentosaan
dalam suatu keadaan.

7
Manakala, “Negara” boleh
diertikan sebagai sesuatu kawasan
yang didiami oleh masyarakat serta
mempunyai kedaulatan dalam
jentera pemerintahan.

8
Tuntasnya, “Perpaduan Teras
Keamanan Negara”
berkehendakkan kita untuk
berbicara tentang proses
penyatuan kumpulan manusia yang
berbilang bangsa akan berdaya
menjadi justifikasi utama terhadap
keamanan sesebuah negara.
9
Persoalannya, apakah langkah yang
wajar diambil demi melestarikan
semangat perpaduan ke dalam jiwa
warga untuk membentuk
keamanan sesebuah negara?

10
Hadirin yang budiman,
 
“Bukan mudah untuk kaya, juga
bukan mudah untuk berjaya. Andai
tiada usaha, usah bicara.
Perpaduan dan keamanan dua
agenda, perlu selari mengejar
cita.”
11
Strategi perpaduan fasa pertama,
kempen berterusan pihak kerajaan.
 
Dengan adanya kempen yang
memantapkan keharmonian warga,
semangat perpaduan dapat disemai
dengan mudah ke dalam jiwa, ke
arah menjulang keamanan Negara.
12
Umpamanya, kerajaan telah
mengadakan kempen “Rumah
Terbuka” apabila tiba musim
perayaan setiap kaum di Negara
kita.

13
Usaha ini akan dapat memupuk
semangat perpaduan lantaran
konsep rumah terbuka itu sendiri
telah menarik seluruh warga
berbilang bangsa berkumpul dan
beramah mesra di bawah satu
bumbung yang sama.
14
Bukan itu sahaja, pelaksanaan dasar-
dasar kerajaan, penubuhan Sekolah
Wawasan, juga Program Latihan
Khidmat Negara dan yang terkini
konsep 1 Malaysia yang
diperkenalkan telah menjadi aspirasi
kerajaan untuk memupuk toleransi
demi pembentukan integrasi yang
dinanti-nanti. 15
Andai segala usaha ini terus
menjadi realiti, keamanan negara
semestinya bertemu titik solusi.

16
Hadirin yang bestari,
 
Strategi perpaduan fasa kedua,
praktikkan kesantunan dalam amalan
seharian.
 
Andai kata kita mengimpikan
keamanan negara, tepuk dahulu dada
tanyalah selera.
17
Jika mahukan hidup bersatu padu,
maka berusahalah mengawal
tingkah laku agar tidak mudah
mencetuskan provokasi dan
kontroversi terhadap sensitiviti
kaum-kaum tertentu.

18
Pepatah, “orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita
merasa”, janganlah hanya
dipandang sebelah mata.

19
Praktikkan kesantunan dalam
perbualan seharian, budayakan
amalan memberi senyuman tidak
kira kepada sesiapa sahaja, berkulit
cerah mahupun gelap, serta
berlainan agama juga adat.

20
Untuk yang terbaik, kita berbahasa
baik, insan lain pasti berbahasa
baik.

21
Kesannya, semangat perpaduan
dapat diterap dengan perlahan-
lahan ke dalam jiwa lantaran budi
bahasa dan pekerti mulia yang
menjadi amalan setiap warga.
Maka keamanan Negara bukan lagi
fantasi semata.
22
Sidang hadirin yang saya hormati,
 
Strategi perpaduan fasa ketiga,
didikan sebermula bayi.
 
Suka saya nyatakan, “melentur buluh
biarlah dari rebunganya, mencantas
serai biarlah dari akarnya.”
23
Budi bahasa yang baik boleh
diwarisi andai diterap, dididik dan
segar disirami.
 

24
 
Anak-anak umpama kain putih,
andai diwarnakan putih, maka ia
akan putih.

25
 
Pendidikan awal sesungguhnya
penuh bermakna dalam mencoret
pengalaman anak bangsa
mengenal erti perpaduan.

26
Andai gagal, usah gagap usah
gugup, ngangakan sahaja mulut
tatkala bertemu yang sekerat ulat
sekerat belut.

27
Andai kata proses mendidik itu
tidak dipersia tanpa mengira
sekecil apapun usaha, kita masih
mampu mencorak keamanan
Negara.

28
Jika tidak mahu perpaduan bangsa
itu menjadi kian kaku, didikan
keluarga tentang sikap
menghormati dan saling menerima
adalah perlu.

29
Oleh itu, ibu bapa harus menjadi
entiti mithali kepada anak-anak
kerana kepimpinan yang baik
adalah melalui teladan.

30
Tamsilnya, didiklah anak bertegur
sapa dan melayani jiran tetangga
dengan mesra tanpa mengira
bangsa, agama bahkan budaya.

31
Maka, didikan berkualiti sebermula
bayi ini akan melahirkan anak
bangsa yang cinta akan perpaduan
di kemudian hari.

32
Pendengar yang bervisi,
 
Sebagai konklusi, jelaslah di sini,
betapa perpaduan itu memainkan
peranan yang penting demi
keamanan sesebuah Negara.

33
Usaha-usaha berterusan perlulah
dilaksanakan untuk mendidik
warga menjulang perpaduan.
Sebelum mengundur diri,
renungkanlah kata-kata ini,

34
“Sesebuah Negara itu tidak akan
teguh, jika tidak dipertahankan
perpaduan dan keamanannya. Bagai
irama dan lagu, bagai isi dengan
kuku, Negara dan perpaduan tidak
boleh menjadi seteru.” 

Sekian, terima kasih.


35

Anda mungkin juga menyukai