STAGES OF HEALTH
BEHAVIOUR CHANGE
ARIN TIMIS ANAK DECRUZE
ASYERA SHIMA ANAK JULIN
BONG MEI LI
SHARIFAH SYAHIRAH BINTI WAN
SUKURI
Objektif pembelajaran;
• Mengetahui dan menerangkan peringkat-
peringkat Health Behaviour Change iaitu
a. Precontemplation
b. Contemplation
c. Prepare
d. Action
e. Maintenance
f. Termination
Pengenalan
Health Behaviour Change merupakan fenomena kitaran di
mana orang maju melalui beberapa peringkat.
Terdapat 6 peringkat health behaviour change iaitu:
a. Precontemplation
b. Contemplation
c. Preparation
d. Action
e. Maintenance
f. Termination
Sekiranya seseorang individu itu tidak berjaya untuk
berubah, maka peringkat ini akan berulang semula.
CONTENTS
PERINGKAT 1: PRECONTEMPLATION
• Individu tidak memikirkan untuk membuat perubahan
terhadap tingkah laku kesihatannya.
• Sering mengabaikan masalah yang timbul.
• Mereka mungkin tidak mendapat maklumat atau
kurang maklumat mengenai akibat jika tidak
melakukan perubahan terhadap tingkah laku kesihatan
sebelum ini.
• Menurut Prochaska individu pada peringkat ini
cenderung untuk tidak membaca, bercakap, atau
memikirkan tingkah laku kesihatan yang berisiko.
PENDEKATAN
• Mendorong mereka untuk memikirkan semula tingkah
laku kesihatan sebelum ini
Contohnya : seorang pesakit obesiti yang mengalami
pelbagai penyakit kronik mendorong mereka untuk
berubah dari segi pemakanan dan gaya hidup.
• Menggalakkan mereka melakukan refleksi diri
Misalnya : menggalakkan mereka untuk menilai
keadaan mereka sendiri dari segi keadaan kesihatan
semasa mereka.
PERINGKAT 2:pada
• Individu CONTEMPLATION
peringkat ini, hanya memikirkan
perubahan dalam masa terdekat sahaja.
• Lebih sedar mengenai manfaat membuat tingkah laku
kesihatan.
• Individu akan mengalami pelbagai konflik.
• Individu akan mempertimbangkan untuk mengubah
tingkah laku kesihatan, secara aktif mengumpulkan
maklumat, dan merancang untuk mengubah tingkah
laku kesihatan dalam masa terdekat.
• Sesetengah individu akan berada pada peringkat
contemplation selama berbulan atau bertahun sebelum
bertindak.
PENDEKATAN
• Mengambil kira atau melakukan
perbezaan mengenai kebaikan dan
keburukan mengubah tingkah laku
kesihatan.
• Mengenal pasti halangan untuk
melakukan perubahan.
PERINGKAT 3: PREPARATION / PERSEDIAAN
• Melakukan rancangan untuk
mengubah tingkah laku kesihatan.
• Melakukan perubahan kecil untuk
mempersiapkan perubahan
kehidupan yang lebih baik.
Contohnya : Pesakit obesiti yang
ingin mengurangkan berat badan
akan beralih kepada pemakanan
rendah kalori.
PENDEKATAN
• Cari sumber luar seperti kumpulan
sokongan seperti kaunselor, rakan dan
keluarga yang boleh memberikan nasihat
dan dorongan.
• Senaraikan matlamat dalam proses
mengubah tingkah laku kesihatan.
PERINGKAT 4 : ACTION / TINDAKAN
• Pelaksanaan tindakan rancangan khusus
dan strategi kognitif dalam memperbaiki
tingkah laku kesihatan yang merisikokan.
• Individu membuat perubahan hidup yang
drastik.
• Memerlukan komitmen yang tinggi dalam
penggunaan masa dan tenaga.
Perubahan awal memerlukan keputusan positif oleh
individu untuk melakukan sesuatu secara berbeza.
Matlamat yang jelas, rancangan, sokongan dan ganjaran
yang realistik adalah ciri-ciri tahap ini.
Pendekatan
Berikan sokongan
Memberi pemantauan kemajuan luaran.
Fokus pada kemajuan walaupun
kemajuan kecil. (PROGRESS NOT
PERFECTION)
Berkongsi mengenai kejayaan orang
yang pernah menempuh fasa perubahan.
PERINGKAT 5: PENYELENGARAAN / MAINTENANCE
• Individu berusaha untuk mengelakkan relapse
dengan mengaplikasikan tingkah laku baharu
dalam kehidupan mereka.
5
• Peringkat ini berkesan apabila individu tidak
lagi kalah dengan godaan untuk kembali ke
tingkah laku sebelumnya yang tidak sihat.
• Dianggar bertahan dari 6 bulan ke 5 tahun.
Relapse
Kemerosotan selepas peningkatan sementara.
Kembali ke tahap precontemplation (1) atau
contemplation (2)
Pendekatan
Bantu pesakit mengenalpasti ‘’ triggers’’
Mengingatkan pesakit mengenai kitaran
perubahan.
Memberi maklum balas mengenai tempoh
masa diperlukan untuk perubahan tersebut.
Jika relapse, bantu pesakit untuk
mempelajari dari kesilapan.
PERINGKAT 6 : PENAMATAN / TERMINATION
Individu mempunyai keyakinan
sepenuhnya mengenai masalah atau
tingkah laku sebelumnya tidak menjadi
satu godaan atau ancaman.
6
0 perasaan tergugat, 100 keberkesanan
diri
Namun, peringkat ini bergantung dengan
cara mengatasi masalah serta ‘’triggers’’
masalah tersebut.
Relapse berkemungkinan berlaku untuk
masalah yang mempunyai ‘’triggers’’ yang
kuat.
Pendekatan
Bantu pesakit mengenalpasti ‘’ triggers’’
Mengingatkan pesakit mengenai kitaran
perubahan.
Memberi maklum balas mengenai tempoh
masa diperlukan untuk perubahan tersebut.
Jika relapse, bantu pesakit untuk
mempelajari dari kesilapan.
KESIMPULAN
• Keenam peringkat ini merupakan kitaran
dimana seorang individu perlu melalui satu
peringkat terlebih dahulu sebelum melalui
peringkat yang seterusnya.
• Majoriti yang mengulang semula kitaran ini
biasanya akan kembali kepada peringkat
contemplation. Pada masa ini, mereka boleh
berfikir mengenai apa yang dipelajari dan
rancang untuk tindakan cubaan yang
berikutnya.
THANK YOU