Anda di halaman 1dari 32

EDUP 3013 -

Pembentangan
Soalan : Menganalisis
model kurikulum dan
pelaksanaan kurikulum di sekolah .

Ahli Kumpulan : Grace Tiong Lik Ying


Ivy Ling Zhe Yun
Ng Chin Pei
Brenda Ting Shu Tien

Pensyarah : En Milatu Samsi Bin Hayon


Apakah itu kurikulum?
• Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang
pelajaran di sekolah.
• Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan “kurikulum”berasal drpd
perkataan Latin “curriculum” yg bermaksud ruang tempat di
mana pembelajaran berlaku.
• Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru &
murid-murid perlu meliputi dalam proses pembelajaran.
• Kerr (1968) pula mendefinisikan kurikulum sebagai “semua jenis
pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah sama ada
dalam kumpulan / secara individu, didalam / di luar sekolah.”
• Hirst(1975) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program
yang mengandungi aktiviti pembelajaran & disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang
telah ditentukan.
• Tafsiran umum kurikulum = aktiviti-aktiviti yang dialami
oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-
kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.
• Tafsiran spesifik pula = pelbagai aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam & di luar bilik darjah.
• Pengertian kurikulum juga merujuk kepada bidang-bidang
mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Kurikulum Mengikut Konteks Malaysia
• Menurut Laporan JawatanKuasa Kabinet 1979, dalam konteks
Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai :

• “Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau


institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan”.
Apakah Pembangunan Kurikulum?

• Pembangunan kurikulum pula adalah perihal pembinaan dan


pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk, ianya
akan melalui tahap penyebaran, tahap pelaksanaan, tahap
penilaian, tahap pembaharuan yang akan membawa kepada
pembentukan dan pembinaan kurikulum yang baru pula
(Razali Arof, 1996).
Proses Pembangunan Kurikulum
Model Kurikulum
Model
Kurikulum

Model
Model Proses
Objektif

Model
Model Model
Kurikulum
Kurikulum Kurikulum
Stenhouse
Tyler (1949) Taba (1962)
(1975)
Hilda Taba 1962
• Model Taba diasaskan daripada hasil kerja.
• Taba lahir di desa kecil Kooraste, Estonia.
• Memulakan pendidikannya di Sekolah Paroki Kanepi.
• Kemudian belajar di Võrus Girls Grammar School dan mendapatkan
gelaran sarjana dalam Bahasa Inggeris dan Falsafah di Universiti
Tartu.
• Menyambung pelajaran Master Degree di Bryn Mawr College
Pennsylvania pada tahun 1927 dan Teachers College di Columbia
University (Ph.D. 1932)
Menurut Hilda Taba,
• Kurikulum seharusnya direka oleh guru-guru dan bukan
ditentukan oleh pihak berkuasa atasan.

• Mengambil pendekatan induktif dalam pembentukan kurikulum.

• Menekankan objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah


semasa merancang kurikulum.

• Objektif memandu keputusan kurikulum seperti isi penyampaian,


aspek yang ditekankan, jenis isi kandungan yang dipilih dan jenis
pengalaman yang perlu dititikberatkan.
Model Kurikulum Taba (1962)
• Dikenali sebagai model pembangunan konsep .

• Mengutamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam


proses P&P.

• Kaedah berkesan untuk mengajar kandungan kurikulum dalam


bentuk generalisasi dan diskriminasi.

• Guru memainkan peranan utama dan harus membantu dalam


proses perkembangan kurikulum.
• Menurut Yusuf Hashim (2000), Model Taba menggunakan
pendekatan “grass-root” untuk membina kurikulum.

• Ia menggunakan pendekatan bawah ke atas (bottom-up).

• Kurikulum seharusnya dibina oleh guru dan bukannya


diturunkan dari atas ke bawah.

• Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah.


Strategi Pengajaran
• Menyenaraikan data yang • Diskriminasi antara data
diperlukan. dalam kategori berlainan.
• Mengumpulkan dan • Pengasingan antara
mengkategorikan data hubungkait kesan dan
ikut persamaan. PEMBENTUKAN INTEPRETASI akibat.
• Menyusunkan kategori. • Rumusan / inferens
KONSEP DATA daripada pemerhatian.

INTEPRETASI,
APLIKASI
• Menganalisis masalah. PERASAAN, • Penyelesaian masalah
PRINSIP
• Meramalkan SIKAP & NILAI interpersonal.
penyelesaian masalah. • Perbincangan dan
pertimbangan nilai.
Langkah-langkah
Model Kurikulum Taba
2.Membentuk
objektif
tingkah laku
4. Menyusun
1.Mendiagnosis
bahan
kepentingan
pembelajaran
pembelajaran
3. Memilih 6. Menyusun
bahan pengalaman
pembelajaran pembelajaran
yang sesuai
5. Memilih
pengalaman
pembelajaran 7. Menentukan
bahan
pembelajaran
yang akan dinilai
dan cara-cara
untuk menilai
1. Mendiagnosis Kepentingan Pembelajaran
• Langkah ini menitikberatkan keperluan pelajar sebagai permulaan dalam
mengembangkan kurikulum .

• apa yang pelajar inginkan dan perlu untuk belajar juga perlu diberi perhatian .

• Perlu mengenalpasti keperluan pelajar iaitu mereka yang menjadi target


kurikulum yang dirancang .

• Mewujudkan kesediaan belajar dengan merancang isi pelajaran mengikut


kebolehan pelajar serta susunan yang sesuai .
2. Membentuk Objektif Tingkah Laku

• Taba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan menentukan jenis


pelajaran yang perlu diikuti .

• Pembentukan objektif perlulah jelas dan komprehensif .

• Selepas mengenalpasti keperluan yang diambil perhatian objektif


untuk kurikulum perlu dibentuk .
3. Memilih bahan Pembelajaran yang Sesuai

• Objektif yang dipilih atau yang dibentuk membayangkan mata


pelajaran dan kandungan kurikulum.

• Berdasarkan kepada tujuan yang harus dicapai , yang telah ditetapkan


pada langkah kedua untuk memilih isi kurikulum .
4. Menyusun Bahan Pembelajaran

• Penyusunan isi kandungan adalah dengan menyusun dengan urutan


yang betul dan secara tersusun , dengan mengambil kira kemantangan
pelajar , pencapaian pelajar dan minat pelajar .

• Jelas melihatkan arah tujuan sesuatu kurikulum itu dirancang .


5. Memilih pengalaman pengajaran
• Isi kandungan yang disampaikan kepada pelajar perlu menarik
perhatian pelajar.

• Kaedah pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi


kandungan.

• Pengalaman-pengalaman belajar yang harus dimiliki pelajar


untuk mencapai tujuan kurikulum.
• Melalui pengalaman harian yang pelajar lalui, pengalaman pelajar atau
pengetahuan sedia ada perlu dikaitkan dengan pelajaran baru seperti
topik yang lalu.

• Pengetahuan dan pengalaman ini harus ada kaitan dengan topik yang
akan diajar.
6. Menyusun Pengalaman Pembelajaran
• Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran perlu teratur dan tersusun.

• Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira dalam melaksanakan


sesuatu aktiviti pembelajaran.

• Menggunakan pengalaman pelajar, teknik generalisasi.

• Guru menentukan bagaimana menyesuaikan pengalaman-pengalaman


belajar yang telah ditentukan itu ke dalam aktiviti belajar.

• Guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi pengalaman


yang bermakna kepada pelajar.
7. Menentukan Apa & Bagaimana Menilai
Kurikulum
• Perancangan kurikulum perlu mengenal pasti apakah objektif yang dicapai
dan prosedur penilaian perlu diperuntukan oleh guru dan pelajar.

• Langkah 7 dilakukan untuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman belajar


dan cara belajar.

• Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam menilai hasil
aktiviti yang dijalankan seperti memberi kuiz atau ujian.

• Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada kebijaksanaan


guru.
• Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam
menilai hasil aktiviti yang dijalankan seperti memberi kuiz atau ujian.

• Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada


kebijaksanaan guru.
Kekuatan dan Kelemahan
Model Taba
Kekuatan Model Taba
• Proses P&P dirancangkan berasaskan matlamat kurikulum.

• Guru bukan hanya pelaksana kurikulum semata-mata tetapi juga


pemaju dalam menjaya matlamat kurikulum.

• Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan


kreatif, apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan.

• Kaedah induktif mewujudkan suasana lebih fleksibel apabila tidak


terikat dengan pihak atasan.
• Rasional model yang logik strukturnya menjadikan sebagai
dasar yang berguna dalam perancangan dan pemikiran
kurikulum.

• Mengelakkan salah faham, sebuah tugas yang susah dari


perspektif kebanyakan pengembang kurikulum.

• Memodifikasi model dasar Tyler agar lebih representatif dan


sesuai terhadap perkembangan kurikulum di sekolah-sekolah.
Kelemahan Model Taba
• Proses pelaksaannya memerlukan masa yang panjang.

• Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang


pelajar yang berbeza-beza.

• Model ini lebih membebankan guru selaku pendidik dan guru


perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan model
ini.
• Latar belakang pengalaman dan kurangnya persiapan diri
seorang pendidik untuk berfikir dan mengembangkan
pemikirannya secara logik dan sistematik akan mengalami
kesulitan dalam menggunakan model ini.

• Kurang jelasnya hakikat belajar mengajar, kerana seringkali


pembelajaran justru terjadi di luar tujuan-tujuan tersebut.

• Terlalu berlebihan menekankan pada formula hasil seperti


mementingkan tujuan perilaku (behavior objectives).
Rumusan
• Model taba mengaitkan pengetahuan dengan proses
perancangan dan pembelajaran. Aspek yang perlu
dipertimbangkan semasa proses perancangan pelajaran ialah
penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat
generalisasi / prinsip dari konkrit kepada abstrak. Dalam
proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya pemikiran
pelajar adalah penting untuk memperoleh dan menguasai
generalisasi dan prinsip yang abstrak.
Rujukan
Mastura Bazdis (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif . Jurnal Pusat Penyelidikan PerkembanganKanak-kanak Negara
(NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin (2016). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.

Qaisara Din. Kekuatan Dan Kelemahan Model Tylef Dan Model Taba. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEMAHAN_MODE
L_TYLER_DAN_MODEL_TABA

Sanjaya, Wina. (2009). Kurikulum dan Pembelajaran, Teori dan Praktik Pengembangan KTSP.
Jakarta: Kencana.

Taba, Hilda. 1962. "Curriculum Development" In Evaluation in the Eight Year Study.Columbus,
OH: Progressive Education Association.http://www.answers.com/topic/hilda-taba
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai