Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH

TAEKWONDO
Dalam bahasa Korea
, Tae bermakna
"menumbuk"; Kwon bermakna
"menendang";
dan Do bermakna "cara" atau
"seni". Jadi, Taekwondo
bolehlah diterjemahkan secara
kasar sebagai "seni menendang
dan menumbuk".
Taekwondo (atau pun Tae
Kwon Do) merupakan 
seni bela diri Korea yang
paling masyhur. Ia berasal
dari Korea, telah
diperkenalkan di seluruh
dunia oleh Jeneral Choi Hong
Hi, seorang panglima tentera
Korea Selatan.
Taekwondo merupakan 
sukan rasmi Korea dan
turut dipertandingkan
di Sukan Olimpik sejak
tahun 2000 (salah satu
daripada dua seni bela
diri Asia, satu lagi ialah 
Judo).
Taekwondo mempunyai
beberapa warna tali
pinggang yang
menunjukkan peringkat
atau pangkat seseorang
pengamal seni beladiri ini.
 Putih
 Kuning
 Hijau
 Biru
 Merah atau Coklat
 Hitam
Tali pinggang yang
diikatkan kepada para
peserta Taekwondo
dengan pelbagai macam
warna bukanlah tali
pinggang tanpa makna.
Inilah makna tali
pinggang yang ada di
setiap peringkat
Taekwondo:
 Putih: Melambangkan
awal atau dasar dari
semua warna. Pada
peringkat ini para
peserta mempelajari
teknik dasar (gibon) 1.
 Kuning: Melambangkan
bumi. Di peringkat ini
mulai diajarkan dasar-dasar
Taekwondo (TKD) dengan
kuat dengan mempelajari
gibon 2 dan 3.
 Hijau: Melambangkan
pepohonan. Pada
peringkat ini, teknik-
teknik dasar tadi mulai
dikembangkan dengan
mempelajari taeguk 2.
 Biru: Melambangkan birunya
langit yang menyelimuti bumi
yang bermaksud bahawa para
peserta harus mulai
mengetahui makna apa yang
telah dipelajari, dengan cara
memahami pelajaran taeguk 4.
 Merah: Melambangkan
matahari yang bermakna
para peserta sudah harus
menjadi pedoman bagi
orang lain dan sudah dapat
mengawal sikap, dengan
mempelajari taeguk 6.
 Hitam: Melambangkan
kegelapan, kedalaman,
kematangan dalam berlatih
dan penguasaan diri. Pada
peringkat ini, masih ada
peringkat 1-10 yang masih
harus dijalani.
Setiap tali pinggang
mempunyai 2 peringkat atau
pangkat sebelum dinaikkan
ke pangkat seterusnya. Tali
pinggang hitam mempunyai
9 peringkat bagi ITF dan 10
peringkat bagi WTF.
Peringkat atau pangkat bagi
tali pinggang hitam
dipanggil “Dan”. Pemegang
10 “Dan” hanya ada 5 orang
sahaja di dalam dunia dan
mereka semuanya
berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4
“Dan”, mereka layak untuk membuka kelas
atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat
beberapa persatuan Taekwondo tempatan
yang bernaung di bawah beberapa persatuan
Taekwondo antarabangsa, antaranya:
 

 Rajang Taekwondo Club (RTC)


 Taekwondo Malaysia (TM)
 World Taekwondo Federation (WTF)
 International Taekwondo Federation (ITF)
 Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF
dan GTF adalah matapelajarannya. WTF
banyak mementingkan aspek kesukanan
di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis
Olimpik dan telah menjadi salah satu
acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000
iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan
aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-
dua persatuan ini ingin mengekalkan
kesenian Taekwondo yang berusia beribu-
ribu tahun dan tidak hanya untuk
mengutip mata apabila sesuatu
pertandingan diadakan.

Anda mungkin juga menyukai