Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Taekwondo merupakan seni bela diri yang berasal dari Korea yang paling
masyhur. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi,
seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan
turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu seni bela
diri Asia).Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan "; Kwon bermaksud
"tumbukan"; dan Do bermakna "cara". Jadi, Taekwondo bolehlah
diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
LATAR BELAKANG
PENCAPAIN-PENCAPAIN YANG DISANDANG
OLEH PERSATUAN SENI BELA TAEKWANDO
PERINGKAT-PERINGKAT TALI PINGGANG YANG
TERDAPAT DALAM TAEKWANDO
Dalam taekwando mereka mempunyai beberapa warna tali
pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni
beladiri ini. Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum
dinaikkan ke pangkat seterusnya yang disebutkan sebagai “TAEGUAK”.Ini
dipecahkan kepada peringkat bawahan dan peringkat atasan.Peringkat
bahawan terdiri daripada tali pinggang warna putih,kuning,hijau,biru dan
,merah.Peringkat atasan pula terdiri daripada tali pinggang warna separuh
hitam separuh hitam dan tali pinggang warna hitam”.
Tali pinggang putih yang dikenali sebagai “TAEGUAK 1” bermaksud permulaan
suci dan bersih seperti mana pelatih baru yang belum mengenali seni
Taekwondo. Pelajar yang baru masuk Taekwondo memang diberi tali pinggang
putih dan asas kepada pergerakan dalam taekwando.Hanya tali pinggang putih
yang mempunyai satu peringkat manakala warna lain semua mempunyai dua
peringkat
Tali pinggang kuning yang dikenali sebagai “TAEGUAK 1 dan TAEGUAK 2”.Ini
bermaksud bumi yang tumbuhkannya mula mengeluarkan pucuk dan akar
seperti mana asas Taekwondo mula berkembang. Ia mempunyai dua peringakt
dalam tali pinngang kuning.
Tali pinggang hijau yang dikenali sebagai “TAEGUAK 3 dan TAEGUAK 4”.Ini
bermaksud tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran
Taekwondo mula dibina dan kemampuan seseorang dari aspek pergerakan
mula berkembang dalam diri mereka.
Tali pinggang biru yang dikenali sebagai “TAEGUAK 5 dan TAEGUAK 6”.Ini
bermaksud syurga, ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar
sebagaimana latihan Taekwondo sedang berjalan.Ilmu yang diberikan harus
dikuasai sehingga dapat mengembalikan ilmu yang sudah ada.
Tali pinggang merah yang dikenali sebagai “TAEGUAK 7 dan TAEGUAK 8”.Ini
bermaksud kemampuan dalam menguasai segala bentuk ilmu yang boleh
memberikn manfaat kepada orang awam dan menguasi diri di atas segala
kemungkinan yang akan berlaku.
Tali pinggang seterusnya ialah warna separuh merah dan separuh hitam yang
dikenali sebagai “POOM”.Ia adalah tahap sebelum ke tali pinggang
hitam.Mereka diberi pendedahan awal sebelum mereka memasuki ke tahap
tali pinggang hitam.Jika seseorang berumur 15 tahun semasa mereka berada di
tali pinggang merah merah boleh melangkau ke tali pinggang hitam.
Tali pinggang hitam mempunyai 9 peringkat . Pangkat bagi talipinggang hitam
dipanggil "DAN". Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka
layak membuka sebuah akademik sendiri.Pemegang tali pinggang 9th “DAN”
dikenali sebagai “GRANDMASTER”.

Anda mungkin juga menyukai