Anda di halaman 1dari 14

INTEGRASI NILAI ETIKA

DALAM PERAKAUNAN
Dr Yunita Awang
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Malaysia
KANDUNGAN
PENGENALAN – PENDIDIKAN PERAKAUNAN

NILAI-NILAI ETIKA

PERMASALAHAN ETIKA

INTEGRASI NILAI ETIKA

PRINSIP-PRINSIP ETIKA

KOD ETIKA PERAKAUNAN

KESIMPULAN
PENGENALAN – PENDIDIKAN
PERAKAUNAN
• Pendidikan = satu proses berterusan dalam pengajaran & bimbingan
untuk membangunkan potensi pelajar, berpandukan kurikulum yang
tertentu.
• Pendidikan etika adalah penting kerana ianya akan membentuk
keperibadian seseorang.
• Nilai etika perlu ditekankan dari peringkat awal pendidikan, bukannya
hanya tertumpu semasa di peringkat universiti.
• Matlamat pendidikan perakaunan di universiti - melahirkan graduan
perakaunan yang kompeten bagi memenuhi keperluan industri.
NILAI-NILAI ETIKA
• Nilai = ukuran piawaian umum untuk menilai sama ada item-item yang
tertentu, tindakan atau kata-kata yang baik, berguna, berbahaya atau
tercela (Norhanizah, Nazifah & Mohd Isa, 2016).
• Perspektif Islam:
• Nilai adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
• Etika ditakrifkan sebagai akhlaq yang bermaksud watak, sifat dan tabiat.
• Al Ghazali mentakrifkan etika Islam atau ilm al-akhlaq sebagai cara untuk
memperolehi kesejahteraan jiwa dan memberi panduan terhadap
kehidupan (Fatimah, 2014).
NILAI-NILAI ETIKA
• Skop etika Islam - luas & menyeluruh, merangkumi hubungan antara
manusia dan penciptanya, dan makhluk-makhluk lain di alam semesta.
• Etika Perakaunan = aktiviti-aktiviti di dalam bidang perakaunan perlu
mengikut, mencerminkan ciri-ciri profesion perakaunan, untuk
menyesuaikan berbagai hubungan ekonomi & norma-norma kelakuan
professional (http://ms.swewe.net/word_show.htm/?
1331451_1&Etika_Perakaunan__Kelakuan_Profesional).
PERMASALAHAN ETIKA
• Skandal perakaunan pada awal 2000an telah mempunyai kesan yang
mendalam terhadap reputasi profesion perakaunan.
• Kajian - punca dan penyelesaian kepada skandal korporat, mendapati
kekurangan penerapan/pendedahan mengenai pendidikan etika
(Rusell & Smith, 2003; Uyar dan Gungormus, 2013).

• Peranan penting yang dimainkan oleh akauntan profesional sebagai


seorang ejen moral memerlukan nilai-nilai etika dalam amalan
perakaunan khususnya melalui integrasi nilai-nilai Islam dalam
kurikulum perakaunan.
INTEGRASI NILAI ETIKA
• Penerapan nilai-nilai Islam ke dalam kursus etika akan dapat
• mengukuhkan moral dalaman pelajar, dan
• menyokong produk etika universiti dalam menyediakan mereka untuk berkhidmat dalam
industri.
• Pendidikan etika untuk seseorang akauntan perlu bermula di dalam kelas sebelum
mereka menyertai tenaga kerja profesional (Elias, 2007).
• Menguatkuasakan etika atas pelajar perakaunan adalah penting untuk menyediakan
graduan menghadapi cabaran etika dalam profesion mereka selepas tamat pengajian
nanti (Yunanda & Abd. Majid, 2011).

• Iman = asas yang kukuh bagi tingkah laku, terutamanya dalam kes di mana
pertimbangan etika diperlukan (Abdul Rahim, 2003; Yunanda & Abd. Majid, 2011;
Mahdi & Faridah, 2012).
PRINSIP-PRINSIP ETIKA
• 5 prinsip etika yang utama seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat
Al-Quran dan Hadis-Hadis yang boleh dimasukkan dalam rekabentuk
kurikulum kursus (Norhanizah, Nazifah & Mohd Isa, 2016).

AMANAH

KEADILAN TAQWA
PRINSIP
ETIKA

SABAR IHSAN
KOD ETIKA PERAKAUNAN
• Akauntan merupakan salah satu bidang pekerjaan yang dikategorikan
sebagai profesional dan mempunyai akauntabiliti kepada pemegang
saham dan pelbagai pemegang taruh lain.
• Dalam melaksanakan tanggungjawab profesional, setiap akauntan
perlu mematuhi kod etika perakaunan yang telah digariskan.
• Kod etika ini penting untuk memastikan setiap akauntan memberikan
perkhidmatan perakaunan dengan jujur, berakauntabiliti, amanah,
komited dan berintegriti.
• Contoh: Kod etika perakaunan di Malaysia dikeluarkan oleh Institut
Akauntan Malaysia (MIA); “Code of Code of Ethics for Accountants and
Auditors of Islamic Financial Institutions” (AAOIFI).
KOD ETIKA PERAKAUNAN
• Walaubagaimanapun, etika dalam pendidikan perakaunan perlu
bermula dengan nilai-nilai, bukan pada kod etika profesional dan
tanggungjawab, tidak pada peraturan (Abdul Rahim, 2003).
• Jawatankuasa piawaian dan peraturan-peraturan dalam perakaunan
masih boleh dimanipulasi apabila Akauntan tidak mempunyai nilai-
nilai dan tanggungjawab dalam diri mereka (Yunanda & Abd. Majid,
2011).
• Banyak kes membuktikan bahawa Kod gagal untuk mengelakkan
kelakuan tidak beretika dalam organisasi (Akaah & Riordan 1989;
Skinner, Dubinsky & Ferrell, 1988; Brief, Dukerich, Brown & Brett,
1996; Pater & Van Gils, 2003; Yunita, 2016).
KESIMPULAN
• Graduan perakaunan perlu berpegang teguh kepada prinsip & nilai-nilai etika seperti
yang dituntut oleh agama Islam dalam menjamin integriti sebagai seorang akauntan
Islam.
• Penerapan nilai-nilai Islam sebagai petunjuk dari Al-Quran dan Hadis ke dalam
pendidikan perakaunan, akan dapat mengukuhkan etika dalaman pelajar dan ia akan
berakar di dalam diri setiap graduan.
• Dengan integrasi ini, ia akan menyokong produk universiti dengan mempersiapkan
mereka untuk berkhidmat dalam industri, yang mengutamakan:
• tuntutan agama dalam pelaksanaan amanah tugas perakaunan.
• prinsip akauntabiliti/akhlak demi kebaikan ummah.

Integriti Akauntan adalah atas prinsip/nilai-nilai etika & diperkukuhkan oleh Kod
etika
RUJUKAN UTAMA
• Hartini, J., & Zurina, A. W. (2017). Penerapan pendidikan etika perakaunan
di universiti awam dan universiti swasta di Malaysia. Management
Research Journal, 6, 36-49.
• Norhanizah, J., Nazifah, M., & Mohd Isa, M. D. (2016). Nilai-nilai Islam
dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan, 3 (1).
• Perakaunan: Kelakuan Profesional, diakses pada 26 April 2021 http
://ms.swewe.net/word_show.htm/?1331451_1&Etika_Perakaunan__
Kelakuan_Profesional.
• Yunita, A., (2016) “Factors influencing intention for fraud in financial
reporting among muslim accounting practitioners in the Malaysian
banking industry”, PhD Thesis, IIUM.

Anda mungkin juga menyukai