Anda di halaman 1dari 15

PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMERKASAAN
PELAKSANAAN KURIKULUM
KANDUNGAN

KANDUNGAN 1

PENGENALAN 2

PELAKSANAAN CATCH-UP PLAN (CUP) 4

PELAKSANAAN STRATEGI CATCH-UP PLAN 5

REPOSITORI SumberKU 8

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 9

PENILAIAN AKHIR CATCH-UP PLAN 10

BRIDGING PROGRAMME
12

1
PENGENALAN

1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program


Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum yang dikenali sebagai KPMPerkasaKU
pada 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2021.

2 KPMPerkasaKU melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

3 KPM telah mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa strategi dalam


pelaksanaan KPMPerkasaKU iaitu Strategi Pengukuhan dan Pengayaan,
Pemugaran Literasi dan Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) serta menyediakan bahan sokongan pengukuhan dan pengayaan bagi
murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

4 KPM telah menyediakan sebuah platform repositori yang dikenali sebagai


SumberKU yang boleh diakses melalui pelantar DELIMa.

5
KPM telah mengambil langkah yang progresif untuk menyediakan manual
Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kuriklum (KPMPerkasaKU) kepada guru
dan pentadbir untuk dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan strategi
yang telah dirancang.

2
PENDAHULUAN
OBJEKTIF CATCH-UP PLAN

1. Matlamat utama catch-up plan ini dilaksanakan adalah bagi


membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas literasi dan
numerasi serta meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran
yang lain.
2. Objektif catch-up plan ini dilaksanakan adalah untuk :
2.1 Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum
tahun semasa secara optimum.
2.2 Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa
krisis.
2.3 Menyediakan bahan sokongan kurikulum kepada guru bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun
persekolahan 2022.

3
PELAKSANAAN CATCH-UP PLAN (CUP)

MENGENAL PASTI KANDUNGAN ASAS KURIKULUM (KAK)

1. Pada I September 2021, guru perlu mengenal pasti peratus KAK yang telah
diajar bermula daripada 20 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2021. Guru
perlu memastikan 70 peratus dari KAK telah dihabiskan sehingga 31 Ogos
2021 seperti yang telah dirancang oleh guru berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum
(DPK) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

2. Contoh kaedah pengiraan yang dicadangkan bagi mendapatkan baki KAK


yang masih belum dapat diajar sehingga 31 Ogos 2021 :

KAK yang telah diajar Peratus baki KAK yang


_____________________ X 100= masih belum diajar
jumlah keseluruhan KAK

3. Guru perlu memastikan baki KAK yang masih belum diajar dapat diselesaikan
dalam tempoh 66/67 hari PdP bermula dari dari 1 September hingga 10 Disember
2021.

4. Bagi mata pelajaran yang telah mencapai 70 peratus pelaksanaan KAK sehingga
31 Ogos 2021, PdP/PdPR boleh diteruskan berdasarkan baki 30 peratus sehingga
10 Disember 2021 dengan menggunakan pelbagai kaedah pendekatan yang
bersesuaian mengikut tahap kemampuan murid, lokaliti dan kemudahan
infrastruktur sedia ada.

5. Manakala bagi mata pelajaran yang belum dapat mencapai 70 peratus


pelaksanaan KAK sehingga 31 Ogos 2021, murid tetap akan meneruskan
PdP/PdPR dengan menggunakan beberapa kaedah dan strategi yang
dicadangakan dalam Catch-up Plan seperti Pendekatan Bertema, Pendekatan
Modular, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Terbeza dan Simulasi
Amali (Virtual Lab).

4
PELAKSANAAN STRATEGI CATCH-UP PLAN

MENGENAL PASTI PELBAGAI PENDEKATAN DAN KAEDAH

1. Bagi mata pelajaran yang belum mencapai KAK sebanyak 70 peratus sehingga 30
Ogos 2021, murid tetap akan meneruskan PdP/PdPR dengan menggunakan beberapa
kaedah dan strategi yang dicadangkan dalam catch-up plan bagi mempercepatkan
proses PdP/PdPR yang berbaki.

2. Beberapa strategi telah dirancang dalam pelaksanaan Catch-up Plan tersebut:


 
2.1 Perancangan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan):
 
a. Satu pilihan strategi dalam sesi PdP/PdPR untuk memastikan murid
dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang
ditetapkan.
b. Guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan secara tidak
langsung pecutan kandungan kurikulum dapat dilaksanakan dalam
PdP/PdPR mengikut kesesuaian, kebolehan dan keupayaan murid.
c. Pembezaan kaedah PdP mengikut keperluan murid secara individu.
d. Memberikan guru kuasa autonomi untuk menjadikan pelaksanaan
kurikulum lebih fleksibel.

2.2 Pelaksanaan Student Enrichment Learning Framework (SELF):

  a. SELF bermaksud memperkasakan pembelajaran kendiri dengan


menyediakan ruang kepada murid untuk mereka melaksaanakan
pembelajaran secara kendiri.
b. Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan potensi diri serta
menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.  
  c. SELF akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,
memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau
peningkatan pencapaian mereka sendiri.
d. Bahan tentang SELF ini boleh diakses melalui pautan berikut:
http://sumberku.moe-dl.edu.my/

5
PELAKSANAAN STRATEGI CATCH-UP PLAN

3. Bagi melaksanakan strategi tersebut, guru dicadangkan menggunakan


beberapa kaedah dan pendekatan semasa melaksanakan proses PdP/PdPR
seperti:
3.1 Pendekatan Bertema:
Langkah-langkah:
a. Mengenal pasti mata pelajaran yang boleh digabung
berdasarkan tema dan subtema.
b. Menentukan kaedah & merancang aktiviti PdP termasuk
pentaksiran yang menepati keperluan tema yang dipilih dan
sesuai dengan keupayaan guru dan murid.

3.2 Pendekatan Modular:


Langkah-langkah:
a. Mengenal pasti Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang boleh digabung dalam satu-satu mata
pelajaran.
b. Melaksanakan Kandungan Asas dengan menyepadukan antara
kandungan tambahan dan pelengkap.
c. Memastikan kandungan asas dapat disampaikan dan mencapai

objektif yang dihasratkan .


 3.3 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Langkah-langkah:
a. Mengintegrasikan kaedah modular atau Bertema dengan PBL.
Kandungan asas boleh disepadukan dengan kandungan
tambahan dan pelengkap.
b. Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah pembelajaran
yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi
untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran.
c. Pelbagai pendekatan seperti Pembelajaran berasaskan inkuiri,
pembelajaran masteri, pembelajaran berasaskan masalah dan
lain-lain boleh dilaksanakan dalam Pembelajaran Berasaskan
Projek.

6
PELAKSANAAN STRATEGIK CATCH-UP PLAN

3.4 Pembelajaran Terbeza:


Langkah-langkah:
a. Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan
yang diberikan berbeza mengikut tahap murid.
b. Pembelajaran Terbeza bermaksud murid mempelajari kandungan asas
secara optimum mengikut situasi semasa, kecenderungan, dan
kemampuan pembelajaran murid.
c. Pembelajaran Terbeza mengambil kira tiga aspek utama, iaitu
kandungan, proses dan hasil.

3.5 Simulasi Amali – Virtual Lab:


Langkah-langkah:
a. Modul amali maya perlu disediakan berserta manual amali sebagai
panduan eksperimen dan video amali sebagai simulasi untuk
menjalankan eksperimen secara maya.
b. Murid akan menjalankan eksperimen berdasarkan manual dan video
amali yang disediakan. Amali maya ini hanya sebagai satu alternatif
kepada amali sebenar.

7
REPOSITORI SUMBERKU

PUSAT PENYIMPANAN BAHAN PdP DIGITAL

1. Repositori KPMPerkasaKU dikenali sebagai SumberKU.


2. SumberKU merupakan sistem penyimpanan bahan digital yang
mengurus, menyimpan dan menyediakan akses kepada koleksi bahan
PdP/PdPR digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah
dengan menggunakan pelantar DELIMa.
3. One stop Centre yang memudahkan guru, murid dan ibu bapa untuk
mengakses pelbagai bahan PdP dalam bentuk digital.
4. Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, ketika ada
emudahan internet (anytime, anywhere) melalui peranti digital seperti
komputer, tablet atau telefon pintar.
5. SumberKU boleh diakses melalui portal DELIMa
http://sumberku.moe-dl.edu.my/

8
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

PELAKSANAAN PBD SEMASA PdP/PdPR

1. PBD dalam proses PdP/PdPR dilaksanakann secara berterusan. Pengumpulan


data perkembangan pembelajaran murid yang dilaksanakan semasa proses
PdP/PdPR perlu direkodkan dari semasa ke semasa.

2. Guru menentukan tahap penguasaan (TP) murid berdasarkan Standard Prestasi


yang terdapat dalam DSKP setiap mata pelajaran.

3. Penilaian dan analisis terhadap TP murid perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti
KAK yang belum dikuasai murid untuk diambil tindakan susulan yang
bersesuaian bagi memastikan murid menguasai TP yang telah ditetapkan.

5. Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu melaporkan Tahap Penguasaan


Keseluruhan murid bagi setiap mata pelajaran berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, pertimbangan profesional dan input murid serta perbincangan
dengan rakan sejawat dalam mata pelajaran yang sama.

6. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini akan digunakan oleh guru untuk


melaksanakan Penilaian Akhir Tahap Penguasaan pada Disember 2021.

9
PENILAIAN AKHIR CATCH-UP PLAN

PENILAIAN AKHIR TAHAP PENGUASAAN MURID

1. Penilaian akhir TP murid dalam catch-up plan KPMPerkasaKU dilaksanakan


oleh guru pada Disember 2021. Penilaian akhir akan berlaku setelah murid
selesai melalui semua proses PdP/PdPR pada tahun 2021 dan semua Tahap
Penguasaan Keseluruhan mata pelajaran telah direkod dan dilaporkan oleh
guru mata pelajaran dan guru kelas.
2. Guru mata pelajaran akan menilai TP akhir murid melalui pelaporan akhir
PBD bagi menentukan kategori murid yang akan menyambung aktiviti
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022.
3. Terdapat dua laluan aktiviti yang akan diikuti oleh murid dalam dalam sesi
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022:
3.1 Program Intevensi:
Sekiranya murid belum menguasai TP1 hingga TP2, pihak sekolah
hendaklah merancang program intevensi yang sesuai bagi
meningkatkan penguasaan murid. Contohnya, bagi murid yang
belum menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
guru perlu merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian
menerusi program intevensi yang dirancang oleh pihak sekolah bagi
memastikan kemahiran asas 3M dapat dikuasai oleh murid
sebagai persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2022 yang
bermula pada bulan Mac 2022.
3.2 Program Khas Kecemerlangan:
Bagi murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6, guru perlu
merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian
dengan keupayaan murid, guru dan sekolah sama ada dalam bilik
darjah ataupun melalui program khas kecemerlangan yang
dirancang oleh pihak sekolah. Guru juga boleh merancang aktiviti
yang boleh mengembangkan potensi murid bagi memastikan murid
bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022 yang
bermula pada Mac 2022.

 
10
BRIDGING PROGRAMME

PELAKSANAAN BRIDGING PROGRRAME

1. Bridging Programme dilaksanakan mulai 1 Januari 2022 hingga 28


Febuari 2022, sebagai langkah untuk merapatkan jurang
pembelajaran murid yang terkesan semasa proses PdP/PdPR dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendamik
COVID 19.
2. Dua strategi yang dicadangankan dalam pelaksanaan bridging
programme:
2.1 Program Intervensi bagi murid yang belum menguasai TP1
hingga TP2;
2.2 Program pengukuhan dan pengayaan atau sebarang program
khas kecemerlangan yang disusun oleh pihak sekolah bagi
murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6.
3. Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid Tigkatan 1 hingga
Tingkatan 5 akan mengikuti program tersebut sebagai persediaan
untuk mereka mengikuti sesi persekolah tahun 2022 yang
bermula pada 1 Mac 2022. Ini bermaksud, sesi persekolahan 2021
dilanjutkan sehingga 28 Febuari 2022 dengan meneruskan pembelajaran
tahun 2021.
4. Bagi murid prasekolah dan kelas peralihan, guru hendaklah
meneruskan pembelajaran kurikulum tahun 2021 sehingga Februari
2022.
5. Murid Tingkatan 5 yakni calon SPM 2021 akan melaksanakan
persediaan SPM 2021. Ujian Lisan dan amali sains SPM 2021 akan
dilaksanakan pada bulan Februari 2022. Manakala Ujian Bertulis SPM
2021 akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022.
6. Murid Berlainan Keupayaan (MBK) bagi Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) akan mengemaskini portfolio
SKM 2021 dan amali SKM 2021.
7. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan meneruskan kurikulum
persekolahan tahun 2021 sehingga 28 Februari 2022 dan takwim
persekolahan 2022 akan bermula pada Mac 2022.

11
BRIDGING PROGRAM

PELAKSANAAN PROGRAM INTEVENSI

1. Program Intevensi bermula pada 2 Januari sehingga 28 Februari


2022 dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembelajaran murid
yang wujud semasa krisis di samping memberi sokongan kepada
guru untuk meneruskan pelaksanaan PdP/PdPR.
2. Guru/pihak sekolah perlu melaksanakan analisis dan penilaian
akhir terhadap TP murid untuk mengenalpasti murid yang akan
mengikuti program intervensi.
3. Tiga kategori murid yang perlu mengikuti program intevensi
adalah:
3.1 murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M.
3.2 murid yang belum menguasai TP1 sehingga TP2 bagi
setiap mata pelajaran.
3.3 murid yang belum dapat menghabiskan keseluruhan
Kandungan Asas Kurikulum (KAK) bagi setiap mata
pelajaran.
4. Lima langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan program
intervensi, iaitu:
4.1 mengenal pasti kumpulan sasaran;
4.2 memahami punca masalah;
4.3 menyenaraikan cadangan aktiviti intervensi;
4.4 menyenaraikan keutamaan intervensi; dan
4.5 menyediakan pelan tindakan intervensi yang bersesuaian.

5. Murid yang telah melepasi TP3 boleh mengikuti aktiviti pengukuhan


dan pengayaan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh
guru atau pihak sekolah.

12
BRIDGING PROGRAMME

PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN

1. Pengukuhan dan Pengayaan dilaksanakan kepada murid yang telah


menguasai TP3 sehingga TP 6 dan bermula pada 2 Januari sehingga 28
Februari 2022.
2. Guru boleh merancang dan melaksanakan program pengukuhan dan
pengayaan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang telah mencapai
tahap penguasaan TP3 hingga TP6. Contohnya, melaksanakan program khas
kecemerlangan dengan memberikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang
bersesuaian dengan kecemerlangan yang murid berkaitan dengan kehidupan
mereka seharian.
3. Guru juga boleh merancang dan melaksanakan program khas kecemerlangan
akademik. Antara contoh program khas kecemerlangan akademik ialah:
3.1 Bengkel kecemerlangan akademik;
3.2 Kursus motivasi; dan
3.3 Diskusi akademik.
4. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan pihak sekolah untuk
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi melaksanakan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan sesuai dengan keperluan mata pelajaran,
keupayaan guru dan murid serta kemampuan pihak sekolah.
 

13
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4,6-8 Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88842000
Faks:03-88889917

Anda mungkin juga menyukai