Anda di halaman 1dari 20

LARAS BAHASA

PENGENALAN
Definisi:
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
Gaya merujuk kepada pelisanan dan
penulisan.
Penggunaan merujuk kepada penutur,
pendengar, situasi, topik dan tujuan
perbincangan.
Perbezaan Laras Bahasa

Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek Laras
Mengapakah laras bahasa digunakan?

Terdapatnya:
• Ciri-ciri keperihalan
- Situasi Luaran
- Situasi Persekitaran
• Ciri-ciri linguistik
- Aspek Bunyi
- Aspek Perkataan
- Aspek Ayat
Situasi Luaran
• maksudnya ialah latar belakang sosial
dan kebudayaan sesuatu masyarakat
bahasa.
• merangkumi struktur sosial dan
keseluruhan cara hidup yang
menentukan tindak-tanduk anggota
masyarakat.
Situasi Persekitaran
• cara penyampaian

• perhubungan sosial dan peribadi

• bahan

• fungsi sosial
Ciri-ciri Linguistik

• Aspek Bunyi
• Aspek Perkataan
• Aspek Ayat
JENIS-JENIS LARAS BAHASA
• Laras Bahasa Biasa
• Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
• Laras Bahasa Sains
• Laras Bahasa Media Massa
• Laras Bahasa Rencana
• Larasa Bahasa Undang-Undang
• Laras Bahasa Agama
• Laras Bahasa Sukan
• Laras Bahasa Sastera / Kreatif
• Laras Bahasa Ekonomi
• Laras Bahasa Akademik
Laras Bahasa Biasa
• Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang
bidang ilmu
• Penggunaan dalam perbualan harian
• Tiada istilah khusus
• Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat
• Kata pinjaman tidak banyak digunakan
• Tidak terdapat istilah teknikal
• Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan
dalam situasi rasmi sahaja
• Bentuk laras bahasa biasa tidak formal
menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
• Untuk menyampaikan maklumat berkesan
• Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan
• Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata
sifat)
• Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
• Penggunaan bahasa retorik
• Tidak mementingkan tatabahasa
• Guna pernyataan tertentu
Laras Bahasa Sains
• Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal
dan menidakkan bahasa basahan
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan
objektif berdasarkan kajian dan fakta
• Istilah sains dan teknikal adalah banyak
• Ada istilah pinjaman
• Terdapat banyak penggunaan kata nama dan
ragam ayat pasif
• Dibahagikan kepada subbidang seperti laras
fizik, biologi, kimia dan teknologi
Laras Bahasa Media Massa
• Peranan media massa adalah untuk
melapor atau menyampaikan berita
dengan bahasa yang paling mudah
diterima pendengar dan pembaca
• Laras media massa tidak mementingkan
tatabahasa, seperti imbuhan dan kata
hubung
• Tiada istilah teknikal dan khusus
Laras Bahasa Rencana
• Bersifat umum
• Menampilkan berbagai-bagai idea tentang
sesuatu isu
• Gaya bahasa mudah difahami
• Melaporkan sesuatu kepada pembaca
secara umum ataupun terperinci
Laras Bahasa Undang-Undang
• Teks bersabit dengan perundangan yang
mengandung prinsip undang-undang tertentu
dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
• Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya
dipinjam daripada bahasa Inggeris
• Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
• Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan
dan kejelasan dipentingkan
• Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
• Tiada graf atau gambar
• Binaan ayat adalah panjang
Laras Bahasa Agama
• Membincangkan isu agama
• Ada istilah pinjaman
• Terdapat petikan
• Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat
untuk pengajaran
Laras Bahasa Sukan
• Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
• Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan
jelas
• Ada istilah aktiviti sukan
• Kosa kata mudah difahami
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
• Laras bahasa terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman
• Ada istilah khusus tentang sastera
• Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada
bahasa biasa)
• Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa
tersirat
• Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan,
personifikasi dan hiperbola
• Bernada puitis dan bersifat komunikatif
Laras Bahasa Ekonomi
• Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi
• Ada istilah teknikal ekonomi
• Tidak mengutamakan struktur ayat
• Gaya bahasa formal
• Maklumat jelas dan eksplisit
• Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
Laras Bahasa Akademik
• Bersifat ilmiah, formal dan objektif
• Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan
keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)
• Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang
yang tidak berpendidikan tinggi
• Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)
• Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan
penghuraian
• Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
• Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai