Anda di halaman 1dari 11

Pendekatan Bersepadu;

Sinergi dan
Integrasi Ilmu
• Faham ilmu kini telah diresapi dengan
pelbagai aliran pemikiran Barat khususnya
sekularisme dan dualisme.
• sekularisme adalah satu fahaman falsafah
yang memisahkan urusan keduniaan dengan
urusan keagamaan.
• Manakala dualisme pula adalah teori atau
sistem pemikiran yang mengiktiraf hanya dua
prinsip atau intipati yang bebas dan tidak
dapat dikurangkan lagi yang kadangkala
bersifat saling melengkapi dan kadangkala
berkonflik.
Kedua-dua aliran ini telah menyebabkan ilmu tidak
lagi difahami secara holistik, sebaliknya difahami
secara terpisah-pisah dan berkotak-kotak.

Pengotakan dan keterpisahan tersebut telah


mengganggu hakikat kesepaduan ilmu sekurang-
kurangnya dalam tiga aras berikut:

1) Kesepaduan antara falsafah, ilmu dan agama.


2) Kesepaduan antara ilmu naqli (agama) dan ilmu
aqli (sains moden).
3) Kesepaduan antara ilmu aqli iaitu ilmu sains
kemanusiaan dan sains tabii.
Hubungan Antara
Agama dan Falsafah

Agama adalah unsur mutlak dan Falsafah adalah salah satu unsur
sumber kebudayaan. kebudayaan.
Agama adalah ciptaan Tuhan. Falsafah adalah hasil spekulasi
manusia.
Agama adalah sumber-sumber Falsafah menguji asumsi¬asumsi
asumsi dari falsafah dan ilmu sains dan sains mulai dari asumsi
pengetahuan. tertentu.

Agama mendahulukan kepercayaan Falsafah mempercayai sepenuhnya


daripada pemikiran. kekuatan daya pemikiran.

Agama mempercayai akan adanya Falsafah tidak mengakui dogma-


kebenaran dan dogma-dogma dogma agama sebagai kenyataan
agama. tentang kebenaran.
Hubungan antara falsafah
dan Ilmu (sains)
Tujuan ilmu adalah untuk Tujuan falsafah adalah untuk
menentukan sifat-sifat dari mengetahui asal usul manusia,
kejadian alam dan juga manusia. hubungan manusia dengan alam
dan bagaimana pengakhirannya.

Ilmu banyak menggunakan Falsafah menggunakan akal fikiran


pancaindera dan percubaan dan tidak menggunakan
(eksperimen). pancaindera dan percubaan.

Ilmu menentukan kesimpulan Kesimpulan falsafah bersifat


dengan dalil-dalil yang yakin. spekulatif dan tidak memberikan
keyakinan yang mutlak.
Hubungan antara
Falsafah dan Ilmu (sains)

Ilmu menumpukan kepada Kajian falsafah lebih bersifat


persoalan khusus seperti fizik, umum dan komprehensif dengan
kimia dan lain-lain. melihat setiap benda dalam suatu
perspektif.

Ilmu hanya mengkaji fakta dan Falsafah mengkaji konsep dan


membatasi diri pada kenyataan. sistem nilai serta mencari hakikat
semua.

Ilmu mengkaji pelbagai konsep Falsafah mengkaji kajian itu


seperti benda, tenaga, ruang dan sendiri atau mengkaji kesahihan
lain-lain serta tidak mengkaji konsep tersebut atau hakikat
kesahihan konsep tersebut atau tertinggi sesuatu benda.
hakikat tertinggi sesuatu benda.

Lapangan perbahasan mempunyai Lapangan perbahasan falsafah ialah


daerah-daerah tertentu iaitu alam hakikat yang umum dan luas.
dengan segala kejadiannya.
ILMU, FALSAFAH DAN AGAMA

Abdul Rahman (2005) merumuskan perkaitan di antara


ilmu, falsafah dan agama sebagaimana berikut
1. Pengetahuan adalah merujuk kepada hal-hal biasa yang
dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya.
2. Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem
tertentu akan meningkat menjadi ilmu atau sains.
3. Ilmu dan sains hanya berusaha menjawab masalah
segera. Timbullah peranan falsafah untuk
menyelesaikannya.
4. Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara
spekulatif dan tidak meyakinkan, maka timbulah peranan
agama untuk memberikan jawapan.
KESEPADUAN ANTARA ILMU AGAMA (NAQLI)
DAN ILMU SAINS MODEN (AQLI)

• Pendidikan sekular dan dualis telah memisahkan


antara ilmu agama (naqli) dengan ilmu sains moden
atau dikenali sebagai ilmu akademik (aqli).
• Ilmuwan Islam telah membahagikan ilmu kepada dua
kumpulan besar iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah.
• Dari segi 'input'nya adalah kandungan pendidikan yang
terdiri daripada ilmu yang sepadu iaitu kesepaduan
ilmu fardhu ain dengan ilmu fardhu kifayah.
• Budaya ilmu bersepadu juga menyepadukan hati
dengan akal, ilmu dengan amal, jihad dengan ijtihad,
zikir dengan fikir, hal-hal saintifik, natural dan fizikal
dengan metafizik dan supernatural.
KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI
(SAINS TABII, SOSIAL DAN KEMANUSIAAN)

• Permasalahan manusia tidak lagi dapat difahami dan


dipecahkan dengan hanya menggunakan satu sudut
pandang atau menggunakan satu disiplin ilmu atau satu
pendekatan sahaja.
• Ia memerlukan pendekatan yang bersifat integratif atau
bersepadu.
• Pendekatan mono disiplin tidak lagi menjadi pilihan yang
bijak untuk menyelesaikan masalah global yang kompleks.
• Ada tiga pendekatan yang boleh dipilih dalam konteks
kesepaduan ilmu aqli iaitu pendekatan multidisiplin,
interdisiplin dan transdisiplin.
Multidisiplin adalah pengajian di mana satu disiplin
disejajarkan dengan satu disiplin yang lain kemudian
masing-masing disiplin menawarkan sudut pandangnya
masing-masing tetapi tidak ada upaya untuk
memadukannya secara integratif.
Interdisiplin dan transdisiplin adalah dua istilah yang
menunjukkan makna yang hampir sama dari sudut
wujudnya proses pengintegrasian pelbagai sudut pandang
interdisplin pula dimulai dari permasalahan dalam disiplin
ilmu tertentu. Kemudian permasalahan tersebut
dikembangkan dengan menggunakan pelbagai perspektif
disiplin ilmu yang lain.
transdisiplin bermula dengan pemilihan suatu masalah
yang kompleks dan mereka yang terlibat di dalamnya
secara bersama-sama menggunakan pelbagai disiplin
untuk memecahkan permasalahan tersebut
KESIMPULAN

• Falsafah ilmu membantu manusia untuk


menghargai setiap disiplin atau bidang ilmu yang
wujud.
• Falsafah tidak pernah menentang agama dan ilmu
atau sains.
• Falsafah, agama dan ilmu adalah tiga serangkai
yang saling memerlukan dan melengkapi untuk
mencari kebenaran dalam hidup.
• Ilmu sains tabii /gunaan /sosial/kemanusiaan)
seharusnya dimanfaatkan secara bersepadu
(multidisiplin/ interdisiplin / transdisiplin)

Anda mungkin juga menyukai