Anda di halaman 1dari 4

FKIK3013 Tutorial 2

Bagaimanakah hubungkait antara


akidah, ibadah dan akhlak ke arah
sesuatu perkahwinan seseorang
muslim.

SITI NOR AISYAH BINTI AZLAN


Akidah

1. Pemilihan jodoh
 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan
Rasul-Nya apabila ia menyeru kamu kepada perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna." (Surah al-Anfal , ayat
24).
 Orang yang mempunyai akidah yang kukuh akan menghayati kalam Allah diatas dalam menjalani kehidupan mereka
termasuklah bagi urusan perkahwinan.
 Sebagai contoh:
Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: "Dikahwinkan seorang perempuan itu kerana empat perkara. Kerana
hartanya, kecantikannya, kedudukan atau keturunannya dan agamanya. Maka hendaklah memilih perempuan
yang beragama, nescaya menguntungkan kamu.“
 Oleh itu, orang muslim tidak akan gusar dalam mencari pasangan yang terbaik kerana telahpun diberi panduan oleh
nabi Muhammad.
 Tanpa adanya akidah yang betul maka timbullah masalah seperti pencampuran agama dalam perkahwinan.
Ibadah

1. Membentuk keluarga bahagia


 Pernikahan di dalam Islam memiliki nilai yang spiritual. Pernikahan dalam Islam bukan hanya dijalankan untuk
kepentingan pemenuhan status, ataupun kepentingan yang bertujuan menjauhkan seorang hamba dari Allah SWT.
 Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan
Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
 Suami/ayah dan isteri/ibu bertanggungjawab membawa keluarga ke arah yang betul dan mengamalkan ajaran
islam. Ini boleh dipupuk melalui ibadah.
 Sebagai contoh, mengamalkan solat berjemaah bersama atau pergi ke majlis ilmu bersama-sama
 Ia akan mengeratkan hubungan suami isteri dan membina keluarga yang bahagia dengan restu Allah SWT.
Akhlak

1. Hormat menghormati antara suami isteri.


 Islam amat mementingkan akhlak kerana ia cerminan kepada ajaran Islam yang betul dan dapat menarik
minat mereka yang bukan islam untuk tertarik kepada islam dengan lebih cepat.
 Akhlak dalam perkahwinan juga wujud dalam islam. Para wanita diajar untuk mengikuti arahan suami dan
suami pula perlu menyayangi isteri mereka.
 Contoh akhlak mulia Rasullah dalam rumah tangga beliau:
Aisyah pernah ditanya mengenai perilaku baginda Rasulullah apabila di rumah. Maka kata
Aisyah: Baginda suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu solat, maka baginda akan
pergi untuk melaksanakan solat. [HR Bukhari 5579]

Anda mungkin juga menyukai