Anda di halaman 1dari 16

PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

KULIAH 3
SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial
Pemikiran Sains Sosial Klasik Zaman Pencerahan
Abad Ke 17 – Awal Abad Ke 19 (1650 – 1800)
dan Selepas Pencerahan Sepanjang Abad Ke 19

• Perbincangan dibahagikan kepada DUA


bahagian:
1. Zaman Pencerahan (1650 – 1800)
2. Sumbangan ahli-ahli fikir selepas
Revolusi Perancis (1789), iaitu,
sepanjang abad ke 19
ZAMAN PENCERAHAN (1650 – 1800)
• Pembahagian pengetahuan di Zaman Pencerahan
• Fahaman rasionalisme berkembang pada zaman ini, selepas Revolusi Peranchis
(1789)
• Rasionalisme diterima oleh masyarakat Barat
• Pemahaman tentang alam dan manusia dilakukan melalui penakulan (kuasa
akal) bukan semata-mata iman dan kepercayaan (teologi)
• Pengetahuan dapat dinyatakan dalam sistem (sebab-akibat/prima kuasa –
hubungkait)
• Ada peraturan dan hukum-hukum dalam sesuatu kejadian bukan semata-mata
mengumpul maklumat tentang sesuatu kejadian atau fenomena
• Gedung ilmu pengetahuan juga mulai berkembang
• Muncul ilmu sains tabii (natural science) – fizik, kimia, biologi
• Sains Kemanusiaan (humanities) – muzik, sastera, seni lukis
• Sains Sosial sebagai ilmu belum muncul di zaman pencerahan. Bagaimana
masyarakat berfungsi, bertingkahlaku (behaviorisme) belum ada lagi
Terdapat ahli fikir yang mulai menyentuh:
• Aspek tertentu kehidupan masyarakat
• Muncul perdebatan tentang sifat manusia, jenis pemerintahan,
peperangan, keamanan, kekayaan, hak individu, hak negara, dsb.

• Sumbangan ahli-ahli fikir ini:


• Kedudukan zaman pencerahan yang menyokong pertumbuhan
sains sosial di akhir abad ke 19
• Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya telah
maju, justeru pemikiran manusia juga harus maju
• Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan halatuju
masyarakat dan dirinya
Penjelasan masalah sosial melalui
pendekatan teologi semakin kurang
menyakinkan
• Manusia semakin ingin tahu terhadap isu dan masalah sosial yang
berlaku di sekitar mereka (perang, kemiskinan, penindasan, penjajahan
dll.) Misalnya, mengapa orang berperang, bagaimana mencapai
keamanan, apa bentuk kerajaan, mengapa ada penjajahan dsb.

• Pemikiran oleh pemikir ini ada yang ekstremis dan ada yang moderat
• Golongan ekstrim: menentang fahaman mahzab katholik, kepercayaan
karut, keistimewaan golongan bangsawan, sistem feudal – dikatakan
menghalang perkembangan minda manusia dan kebebasan berfikir

• Desak ahli filsafat supaya membuka pandangan kritis mengenai sistem


sosial sedia ada, bersedia mengubah atau menghapuskan sistem sosial
tersebut jika tidak relevan lagi dengan keperluan manusia

• Ambil tindakan politik dengan berkempen, contoh: Revolusi Peranchis


BEBERAPA TOKOH AHLI FIKIR
THOMAS HOBBES (1588 – 1679)
• Rakyat memerlukan kerajaan/pemerintah yang kuat untuk melindungi mereka
• Dengan kuasa yang diberikan kepada pemerintah, ini bermakna rakyat sedia
dikawal/dikongkong
• Rakyat bersedia mengiktiraf kuasa mutlak raja

JOHN LOCKE (1632 – 1704)


• Hak rakyat lebih penting, bukan kuasa mutlak raja dalam pemerintahan
• Hak rakyat yang penting ialah kebebasan berfikir dan bersuara

MONTESQUIEU (1689 – 1755)


• Memperkatakan institusi-institusi dalam masyarakat, hubungan antara kekuasaan dan
kebebasan manusia
• Menyentuh prinsip-prinsip organisasi politik, seperti republik, sistem beraja
• Setiap bidang ada kaitan, cthnya: politik dan ekonomi, kebudayaan, faktor-faktor fizikal
mempengaruhi tindakan manusia
• Kedudukan dan pekerjaan mempengaruhi pandangan hidup
JEAN JACQUES ROUSSEAU (1712 – 1778)

• Pendidikan penting dalam membentuk masyarakat


yang baik
• Masyarakat boleh menjadi sempurna jika diberi
pendidikan sewajarnya
• Semua ahli fikir bicara masalah ekonomi, sisiologi,
politik dan psikologi sekaligus. Juga diperdebatkan
soal keadaan manusia, kekuasaan, kerajaan, sejarah
manusia, sifat masyarakat yang walaupun
abstrak/filosofis, tetapi dapat mencerminkan
sensitiviti mereka terhadap isu dan masalah mereka
Jika dilihat secara kritis, ada idea-idea yang
sukar diterima seperti:
1. Tidak menitikberatkan faktor ‘non-rational’ seperti emosi,
imaginasi, ilham dan tradisi sebagai sumber ilmu pengetahuan
2. Pandangan mekanistik tentang masyarakat, iaitu, manusia
sebagai mesin (bahagian yang rosak harus diganti dengan
bahagian yang lain) , contoh: masyarakat feudal yang pincang
harus diganti dengan masyarakat republik
3. Kecenderungan mereka untuk jelaskan masalah sosial tanpa
berasaskan pemerhatian dan eksperimen

Hidupkan semula minat masyarakat terhadap agama, emosi secara


rasional, melalui cabang kemanusiaan seperti seni,
kesusasteraan, puisi, falsafah, sejarah bidang manusia
Wujud gerakan romantik-konservatif: Tokoh seperti LOUIS DE
BONALD (1754 -1850) dan JOSEPH MAISTRE (1754 – 1821)
mengasaskan sistem falsafah baru iaitu, Catholic Counter
Revolutionary Philosophy
• Romantisme
• Kemerdekaan hak semua manusia
• Menentang kezaliman, manusia semua mempunyai hubungan
• Mengutamakan perasaan dan emosi, berbanding pemikiran dan perancangan
• Pentingnya pembaharuan dalam masyarakat
• Memenafaatkan sumber yang ada dari mementingkan yang baru

• Kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik, penaakulan manusia (human


reasoning) – hasil kajian sebagai sumber pengetahuan
• Pengetahuan yang terkumpul boleh jelaskan pola-pla dan hukum sosial
• Tujuan sains adalah untuk jamin pertumbuhan intelektual manusia dan
kemuka secara konstruktif untuk atasi masalah sosial
• Sains tentang masyarakat dinamakan sosiologi
Mencadangkan satu falsafah sains yang meraikan pengetahuan tentang
manusia dan masyarakat yang dikumpulkan melalui pemerhatian yang
sistematik dan kajian bukan melalui spekulasi abstrak – falsafah positivisme
yang diasaskan oleh AUGUSTE COMTE (1798 – 1857) dari Peranchis
• Positivisme
• Bersifat behaviorisme – mempunyai sifat-sifat tertentu
• Tingkahlaku manusia boleh dikaji
• Menggunakan metod pengamatan, eksperimen, perbandingan
yang objektif
• Perubahan sosial boleh diterima
• Cadangan membina untuk kebaikan
• Menggunakan kaedah saintifik
• Manusia melalui 3 tahap: 1. Teologi – zaman
pertengahan/kegelapan, 2. Metafizik – zaman
pencerahan/falsafah, 3. Renaissance – zaman selepas revolusi
Perancis (1789)
KAEDAH SAINTIFIK
• Tiga tahap teologi, metafizik dan sains/positivisme
• Masyarakat dilihat sebagai suatu keseluruhan, satu sistem yang berada dalam
keseimbangan dan harmoni, bagaikan organisme biologi – yang stabil dan harmoni
• Mencadangkan suatu teori sains sosial umum yang berkaitan materialisme sejarah
– pengasas ialah Karl Marx (1818-1883)
• Seorang yang mencurigai sistem kapitalis –aktivis politik dan ahli ilmuan
• Kemuka sejarah materialisme – sejarah dan perkembangan tamadun manusia
bertentangan dengan idea Auguste Comte
• Sejarah materialisme, sesuatu itu berlaku kerana realiti bukan spiritual
• Kelompok sosial sebagai penggerak sejarah
• Tindakan sosial tidak dipaksa
• Fenomena sosial seperti kemiskinan, penjajahan adalah disebabkan faktor material
(kebendaan)
• Sistem komunis dianggap proses pembangunan manusia yang idealis
KARL MARX BERPENDAPAT…
• Kapitalis wujud gabungan sistem sosial dan keperluan ekonomi
• Manusia boleh berubah tetapi mesti ambilkira kelas mereka,
kedudukan ekonomi dengan kelas kapitalis
• Ini bermaksud sistem kapitalis tidak membantu manusia untuk
membangun dan berubah dari sudut potensi, kreativiti dan pemikiran
• Menyarankan sistem komunis lebih baik
• Sumbangan Marx dalam sains sosial – kajian manusia dan masyarakat
harus bersandarkan prasarana ekonomi, kelas yang membezakan
antara masyarakat, pengaruh faktor ekonomi seperti keluarga,
negara,pasaran, sistem agama dan pentingnya sejarah dalam
perkembangan masyarakat kerana sifat manusia dan masyarakat
adalah hasil proses sejarah
SUMBANGAN MAX WEBER (1864 – 1920)
• Autoriti, Birokrasi dan Behaviorisme
• Dalam interaksi sosial ditekankan perkara-perkara subjektif selain
faktor-faktor sosial (status, hirarki, kelas, kekerabatan, dll.)
• Tindakan sosial berlaku apabila ada kepentingan dan tujuan
• Tindakan sosial manusia berasaskan rasional (matlamat, tujuan,
perancangan, kepentingan). Tidak rasional/ketidakrasioanl/ irrasional
(tidak jelas, terdesak ikutan spt. Amuk, demo dll.)
• Autoriti – kekuasaan diperoleh melalui 3 cara – tradisi, warisan, feudal
• Kekuasaan karismatik – mukjizat, anugerah yang berbeza dengan
individu lain. Pengikut atau golongan yang diperintah melantik seorang
individu sebagai pemerintah atau ketua kerana kelebihan tersebut
• Kekuasaan diperolehi secara legal – autoriti/surat perlantikan, watikah
dsb.
WEBER BERPENDAPAT…
• Idea abad ke 16 dan 17 adalah ekoran daripada reformasi katolik
kepada protestant
• Etika protestant telah melahirkan semangat kapitalis ke dalam sistem
kapitalisme
• Beliau mencadangkan untuk menangani perubahan ketika itu, ialah
dengan menerapkan model ideal birokrasi dan legal authoriti
• Ideal birokrasi adalah seperti diamalkan di Barat yang dianggap contoh
terbaik. Ini kerana ia mempunyai sistem moden yang teratur dan
formal
• Legal autoriti adalah legitimasi atau kuasa yang sah dan diterima umum
• Birokrasi yang sistematik dan ditambah kuasa pemerintah yang sah
menjadi gabungan kukuh dalam sesebuah organisasi, institusi,
pentadbiran dan kerajaan
BEHAVIORAL MENURUT WEBER
• Behavioral adalah menerapkan kemajuan dari Barat untuk
meningkatkan pembangunan di negara-negara
membangun/lepas merdeka
• Idea pembangunan Weber ini dibawa ke negara-negara
membangun melalui NGO, Yayasan Ford dll, sarjana sebagai
penasihat kerajaan (Malaysia era Tun Razak)
• Barat maju kerana universalisme, ada pencapaian, fungsi
khusus, nilai yang jelas
• Negara-negara membangun ketinggalan kerana
praktikalisme/lokaliti, pencapaian subjektif, kesamaran
fungsi, nilai yang berubah-ubah (subjektif)
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai