Anda di halaman 1dari 34

STRATEGI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN

KEDUA
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
GGGE 6313 PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA

Nama pelajar :
Irma binti Mahad, Ow Lee Cheng
DEFINISI BAHASA
Bahasa menurut T.Iskandar (1994:87) adalah sistem lambang-lambang suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia atau
antara seorang individu dengan individu yang lain.
Abdullah Hassan (1992:2-3) mendefinisikan bahasa yang digunakan dalam pertuturan
sebagai satu alat perhubungan yang penting antara manusia (kadang-kadang dengan
binatang).
Bahasa dikategorikan mengikut fungsinya iaitu sebagai alat untuk berkomunikasi dan
menurut bentuknya pula bahasa terdiri daripada kalimat-kalimat yang digunakan oleh
masyarakat untuk berhubung (Kamarudin Hj. Husin, 1998:4).
DEFINISI PEMEROLEHAN BAHASA

Pemerolehan bermaksud hal atau cara memperoleh (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemerolehan bermaksud perbuatan ( usaha,
kegiatan, dan sebagainya) memperoleh.
KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA
Mangantar Simanjuntak (1982), pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan
bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam
kalangan kanak-kanak lingkungan umur antara 2 hingga 6 tahun.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa merupakan satu
proses yang berlaku dalam otak seseorang individu yang melibatkan perlakuan
(performance) dan kecekapan (competence).
Perlakuan (performance) – dalam proses pemerolehan bahasa akan berlaku aktiviti-aktiviti seperti
mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran dalam diri seseorang. Aktiviti-aktiviti ini yang
membentuk kebolehan linguistik seseorang itu.
Kecekapan (competence) – melibatkan pengetahuan tatabahasa yang dikuasai seseorang individu
itu.
Secara keseluruhannya, pandangan Mangantar Simanjuntak (1987:158) tentang pemerolehan
bahasa adalah satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak.
Vijayalecthumy Subramaniam (2000) dalam kajiannya untuk mengenalpasti perkembangan
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada setiap peringkat usia
mendapati kanak-kanak yang sudah mampu menguasai aspek penting dalam pembelajaran
Bahasa Melayu pada peringkat awal iaitu mampu menguasai tatabahasa pada peringkat dewasa
dan juga peringkat kecekapan penuh berbahasa manakala pada peringkat awal pemerolehan
bahasa kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak berusia 5 bulan sehingga 5 tahun didapati
kanak-kanak tersebut telah dapat mengujarkan peraturan bahasa dalam Bahasa Melayu dengan
begitu mudah.
Hal ini menunjukkan bahawa kecekapan kanak-kanak dalam menguasai kata nama berdasarkan
perkataan yang selalu mereka gunakan di rumah. Kanak-kanak hanya akan dapat menggunakan
kata-kata yang mudah difahami dan juga ketara pada pemerhatian mereka. Pemerolehan kata
nama seseorang kanak-kanak tidak akan berlaku secara sewenang-wenangnya
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN KEDUA
Tay Meng Guat (2006), pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa
manusia dan lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa
kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa
orang dewasa.
Abdul Chaer (2003), pemerolehan bahasa adalah proses yang berlaku di dalam otak seorang
kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya. Pemerolehan
bahasa berbeza dengan pembelajaran bahasa (language learning) iaitu pembelajaran bahasa
berkaitan dengan proses yang terjadi sewaktu seorang kanak-kanak mempelajari bahasa
kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya.
Pemerolehan bahasa adalah proses yang berlaku terhadap kanak-kanak yang belajar
menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda manakala pembelajaran bahasa berkenaan
dengan pemerolehan bahasa kedua diajar secara formal kepada kanak-kanak (Suci Rani
Fatmawati, 2015).
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Menurut Brookes dalam Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995:456),
kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap
bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang 18 bulan dan mencapai
bentuk yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun.
Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan
terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama
sebelum menjangkau usia lima tahun (Tay Meng Guat,2006).
Mengikut Bowen (Language ages and stages:On-line), pembelajaran bahasa bermula
sejak bayi dilahirkan kerana bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-
bunyi yang terdapat di sekitarnya.
KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Pertama Bahasa yang pertama kali dikuasai dalam


kehidupan seseorang dipanggil B1 atau bahasa
dikuasai
ibunda. (Zuraini Ramli, 2018)

Mengikut Mangantar Simanjuntak, Konsep


1987 (dalam Tay. 2000:228) Bahasa pemeroleh Tanpa
pemerolehan fonologi awal kanak- keluarga an bahasa sedar
kanak lebih terpengaruh kepada pertama
sebutan ibu bapa atau konsep
motherese.
Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan
penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari
atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa
melalui pendidikan secara formal untuk
Tidak mempelajarinya, sebaliknya
formal memperolehnya dari bahasa yang
dituturkan oleh ahli masyarakat di
Sumber : http://ocw.um.edu.my Pemerolehan
sekitarnya (Tay Meng Guat, 2006).
Bahasa Pertama
FASA –FASA PROSES PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Terdapat tiga fasa yang terlibat dalam proses pemerolehan bahasa pertama kanak-
kanak iaitu :
1) Fasa Pralinguistik
2) Fasa Perkataan – perkataan Awal
3) Fasa Ayat – ayat Awal

Sumber : Buku Psikolinguistik: Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa .


Khazriyati Salehuddin. Hal 49
FASA PRALINGUISTIK
Beberapa minggu (lebih kurang 8 minggu) selepas kelahiran, bayi-bayi mula menghasilkan
bunyi-bunyi berkukur atau mendekut (cooing) dan pada ketika ini dalam kalangan masyarakat
Melayu, bayi-bayi dilabel sebagai sudah berkebolehan untuk “mengagah”.
Bunyi-bunyi berkukur ini terdiri dari bunyi-bunyi vokal rendah atau terbuka seperti /a:/ dan /o:/
dan bunyi-bunyi vokal tinggi atau tertutup seperti /u:/ dan /i:/
Pada usia 6 bulan, bayi sudah mula menunjukkan kebolehan menghasilkan bebelan ( babble)
iaitu bunyi-bunyi pertuturan yang terdiri daripada rantaian kombinasi bunyi konsonan dan bunyi-
bunyi vokal seperti /babababa/, /dadadada/,/tatatatata/ dan sebagainya.
Peringkat awalan bebelan tidak ketara kerana bunyi konsonan yan dihasilkan tidak banyak.
Menurut Steinberg (1993), pada peringkat ini ibu bapa mendakwa bahawa anak-anak mereka
sudah boleh memanggil mereka dengan panggilan keibubapaan kerana bunyi-bunyi yang
dihasilkan seolah-olah bunyi panggilan untuk ibu (/mama/,/bubu/, /mimi/) atau bapa (/dada/,
/baba/, /papa/).
Pada usia 8 bulan, bebelan yang bayi hasilan dilabel sebagai bebelan berdasarkan hukum
(canonical babbling); bunyi bebelan yang dihasilkan pada usia ini adalah mirip suku kata
orang dewasa (Scovel, 2001).
Kajian telah menunjukkan bahawa pada peringkat ini, bayi sudah mula cuba menghasilkan
bunyi suprasegmental bahasa yang dedang mereka peroleh. Contohnya, kanak-kanak
yang sedang memperoleh bahasa Inggeris pada peringkat ini akan menghasilkan bebelan
dengan intonansi yang sama dengan cara orang dewasa yang bertutur bahasa Inggeris
hasilkan.
Fenomena ini berlaku kerana dari segi intonansinya, bebelan yang mereka hasilkan
menggunakan corak intonasi ayat-ayat penyataan, soalan dan ayat seruan orang dewasa
(Steinberg, 1993).
FASA PERKATAAN-PERKATAAN AWAL
Menurut Berko Gleason & Bernstein (1998), kanak-kanak mula menghasilkan perkataan yang
mirip perkataan dalam bahasa yang diperoleh mereka pada usia sekitar satu tahun.
Antara usia 18 hingga 24 bulan, jumlah perkataan yang diperoleh mereka adalah lebih kurang
50 patah perkataan dan pada usia dua tahun, 200 hingga 300 patah perkataan (Barrett, 1995).
Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat holofrasa iaitu kanak-kanak menggunakan satu
perkataan bagi menjalankan pelbagai fungsi.
Greenfield dan Smith (1976) dalam Carroll (2004), memberi contoh bahawa perkataan “dada”
yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak pada ketika itu sedang memperoleh bahasa
Inggeris sebenarnya membawa pelbagai maksud bergantung pada konteks “dada” itu disebut.
“Dada” yang disebut oleh kanak-kanak ketika bapanya baru pulang membawa maksud yang berbeza dengan
“dada” yang disebutnya apabila dia menunjuk ke arah kerusi milik bapanya.
Ini menunjukkan bahawa intonansi dan gerak badan yang hadir bersama-sama holofrasa membantu orang
dewasa memahami maksud yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak.
Dalam kebanyakan keadaan, kanak-kanak pada awalnya akan menghasilkan
perkataan yang salah dalam memberi nama kepada objek di sekeliling mereka
(Carroll, 2004).
Contohnya, mereka merujuk hampir kesemua binatang yang berkaki emlpat yang
mereka temui sebagai meow dan semua objek berbentuk bulat sebagai bola.
Fenomena ini dipanggil sebagai peluasan makna secara berlebihan dan
fenomena ini berlaku kerana pada tahap ini kanak-kanak memberi nama kepada
objek-objek di sekeliling mereka berdasarkan sifat-sifat fizikal atau ciri-ciri
semantik objek-objek berkenaan (Clark, 1973).
FASA AYAT-AYAT AWAL
Apabila kosa kata kanak-kanak sudah mencapai lebih kurang 50 patah perkataan, kanak-kanak mula
menggabungkan perkataan tersebut untuk membentuk ayat asas bersaiz dua kata (Brown, 1973).

Pada peringkat ini disebut juga sebagai ucapan telegram ( telegraphic speech) kerana pembentukan
ayatnya seperti ayat-ayat yang digunakan dalam telegram (Bukatko & Daehler 1995).

Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang
digunakan dalam telegram iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan
kata fungsi, kata penentu, kata ganti nama diri, kata ganti nama penunjuk dan kata kerja bantu.

Mengikut Braine (1976), ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada
beberapa perkataan yang digelar “kata paksi ” yang digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan
dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas ” dan mudah digantikan
dengan perkataan-perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu
perkataan sebagai kata paksi, dan menjadikan ayat sebagai “nak nasi”, “ nak air”, ”nak ikut” atau
“banyak biskut”, “banyak kereta”, “banyak epal ” dan sebagainya.
UMUR PETUNJUK PERKEMBANGAN BAHASA
1 tahun • Mengenal nama
• Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepada
mama dan papa.
• Faham arahan mudah.

1 hingga 2 tahun • Faham perkataan tidak dan “no”


• Guna sepuluh dan dua puluh perkataan termasuk kata nama.
• Menggabungkan dua perkataan termasuk nama.
• Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu.
• Melambai-lambai selamat jalan.

2 hingga 3 tahun • Mengenal anggota badan.


• Guna dua perkataan dalam frasa negatif “tak mahu”.
• Memahami konsep masa yang mudah “esok”, “semalam”.
• Selesai masalah dengan bercakap bukannya secara memukul atau
menangis.
• Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”.

Rajah 1 : Petunjuk perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak

Sumber : Buku Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Zamri


Mahmod. Hal 81 dan 82
UMUR PETUNJUK PERKEMBANGAN BAHASA
3 hingga 4 tahun • Sudah boleh bercerita.
• Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan.
• Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”
• Mula menurut arahan dan permintaan seperti “letak kasut di luar”

4 hingga 5 tahun • Menguasai lebih kurang 1500 patah perkataan.


• Mengenalpasti bentuk segi tiga, bulatan atau segi empat.
• Boleh bercakap angan-angan “saya harap”
• Banyak menyoal termasuk “mengapa..?”

5 hingga 6 tahun • Menguasai lebih kurang 2000 patah perkataan.


• Memahami hubungan antara ruang seperti “atas” dan “ belakang”
• Tahu perkataan antonym mudah seperti “kecil” –”besar”
• Membezakan tangan kanan dan tangan kiri tanpa bantuan
• Menggunakan pelbagai jenis ayat.

Rajah 1 : Petunjuk perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak

Sumber : Buku Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Zamri


Mahmod. Hal 81 dan 82
PROSES PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN KEDUA
BAHASA PERTAMA BAHASA KEDUA

• Lebih tertumpu kepada penguasaan bahasa ibunda. • Bahasa yang dikuasai setelah seseorang manusia
• Dikenalkan dan didedahkan kepada kanak-kanak sejak menguasai bahasa pertamanya (Zuraini Ramli, 2018).
dilahirkan lagi. • Diperolehi melalui pembelajaran secara formal.
• Berlaku secara spontan dan tidak disedari oleh seseorang • Pemerolehan berlaku disebabkan faktor sikap dan motivasi
individu. (tidak formal) seseorang individu.
• Pemerolehan berlaku melalui interaksi sosial dan - Gardner dan Lambert (1972) membezakan dua jenis motivasi untuk
belajar B2 iaitu motivasi integratif dan motivasi instrumental.
persekitaran.
- Motivasi instrumental merupakan motivasi dalam kalangan individu yang
-Chomsky berpendapat bahawa pemerolehan bahasa pertama
belajar B2 untuk mendapatkan pengiktirafan sosial, manfaat ekonomi, atau
sangat didukung oleh adanya LAD (Language Acquisition Device)
keperluan pendidikan dan pekerjaan (Abu Bakar & Subramaniam, 2012)
atau sering disebut dengan alat pemerolehan bahasa (Alif Cahya
- Motivasi integrasi melibatkan individu yang belajar B2 kerana minat mereka
Setiyadi dan Mohammad Syam’un Salim, 2013).
terhadap penutur dan budaya bahasa sasaran atau kerana ingin
berkomunikasi dengan penutur bahasa sasaran tersebut (Khasinah, 2014).
FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA & KEDUA

i) Faktor persekitaran
ii) Faktor ibu bapa
iii) Faktor sosioekonomi
iv) Motivasi
v) Sikap
FAKTOR PERSEKITARAN
• Penguasaan bahasa adalah dipengaruhi oleh alam sekitar
• Mereka belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar &
kemudiannya akan diulang semula beberapa kali sehinggalah kanak-kanak
tersebut mencapai tahap pemerolehan bahasa.
• Kamaruddin (1986), penguasaan bahasa adalah satu kebiasaan yang
diperolehi dengan pengulangan yang hendak disampaikan.
• Menurut kajian Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan
Mohammad (2016), persekitaran yang kondusif dalam perkembangan
bahasa akan memudahkan seseorang murid itu menguasai bahasa tersebut.
FAKTOR IBU BAPA
• Melibatkan keturunan / baka (keperibadian seseorang bapa / ibu tersebut).
• Sekiranya, ibu bapa tergolong dalam kumpulan yang cerdik pandai, maka kanak-kanak
juga mudah menguasai bahasa.
• Faktor baka juga kemungkinan berlaku disebabkan penyakit keturunan yang
menyebabkan kanak-kanak lambat pemeroleh bahasa.
• Kekurangan oksigen ketika kelahiran, lembam lapirsan otak.
• Dalam kajian Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
(2016), faktor ibu bapa kurang mempengaruhi atau tidak dominan dalam mempelajari
bm sebagai bahasa kedua.
FAKTOR SOSIOEKONOMI
• Kanak-kanak dilahirkan dalam suasana yang miskin & persekitaran tidak
sihat.
• Kekurangan rangsangan & dorongan akan menyebabkan kanak-kanak
mengalami gangguan memperoleh bahasa.
• Jarak di antara seorang anak dengan anak juga memainkan peranan yang
penting dalam menguasai bahasa.
• Sekiranya abang & kakak tidak memberikan perhatian sudah tentu mereka
akan lambat menguasai / memperoleh bahasa kerana sering terabai.
FAKTOR MOTIVASI

• Menurut kajian Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2016),
faktor yang paling mempengaruhi pembelajaran bahasa ialah faktor motivasi.
• Menurut lagi, responden kajian menyatakan bahawa motivasi dapat membantu
meningkatkan penguasaan bahasa mereka.
• Menurut kajian Khairul Nizam (2017), responden kajian memiliki motivasi diri yang tinggi
terhadap pembelajaran bm membolehkan penguasaan b menjadi lebih baik.
• Jika seseorang mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan belajar dengan
bersungguh-sungguh tanpa mengira betapa susah bahasa tersebut.
FAKTOR SIKAP
• Dalam kajian Dayang Sulfilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan mohammad (2016),
faktor sikap juga meberi pengaruh yang kuat dalam pembelajaran B2.
• Responden kajian tersebut telah bersetuju bahawa sikap dan kesungguhan dalam kelas
mata pelajaran sangat mempengaruhi pembelajarannya.
• Sikap yang positif memudahkan murid mempelajari sesuatu bahasa dengan lebih
berkesan.
• Menurut kajian Khairul Nizam (2017), keinginan pelajar untuk membaca, menulis &
bertutur dalam BM sangat penting untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
STRATEGI
PEMEROLEHAN
B1 & B2
B1– STRATEGI PENIRUAN

• Meniru apa yang dikatakan orang lain terutama ibu bapa.


• Meyebut semula perkataan yang kerap didengari tanpa
mengetahui makna perkataan tersebut.
• Menurut kajian Vijayaletchumy (2005), kanak-kanak akan
mengujarkan perkataan yang kerap didengarinya & ini dikatakan
strategi peniruan.
B1– STRATEGI PRODUKTIVITI
• Keberkesanan & keefisienan dalam pemerolehan bahasa yang
berpegang pada sebutlah & hasilkanlah sebanyak mungkin
perkataan dengan hasil perkataan yang telah diperoleh.
• Contoh kata [papa]
“Papa sudah pulang”
“Kereta papa”
“Papa”
B1– STRATEGI UMPAN BALIK

• Pengeluaran ujaran & respon daripada kanak-kanak & orang sekeliling.


• Kanak-kanak akan menghasilkan pelbagai ujaran & mereka akan melihat
respon daripada orang sekelilingnya.
• Kanak-kanak mempunyai banyak cerita yang ingin disampaikan kepada
orang dewasa & mereka mengeluarkan ujaran yang terlintas dihati mereka
untuk menyatakan perasaan mereka.
• Pada masa ini, orang dewasa perlu membetulkan kesilapan yang dilakukan
oleh kanak-kanak tersebut.
B2 – STRATEGI PENGURUSAN & PERANCANGAN
• Teknik pembelajaran secara kendiri
• Membuat keputusan yang diperlukan dalam mempelajari B2
• Memastikan diri mereka mencapai matlamat yang diinginkan ketika
mempelajari B2
• Membuat keputusan mengenai metadologi yang digunakan dalam
pemelajaran bahaa kedua yang sesuai, memilih sumber yang sesuai &
memastikan dijalankan seperti yang dirancang
• Menilai pencapaian dalam mencapai kecemerlangan & jangkaan
B2 – STRATEGI • Merancang strategi pembelajaran &
PERSEORANGAN menilai prestasi pembelajaran bahasa
kedua

B2– STRATEGI
• Mengikut kemampuan sendiri
AFEKTIF
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
1) Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina
Berdasarkan Sikap Dan Kemahiran Bahasa

• Kajian ini dijalankan oleh Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani dan Wan Muna
Ruzanna Wan Mohammad pada tahun 2015. Seramai 181 orang murid kaum Cina tingkatan
4 di daerah Muar, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan
murid kaum Cina gemar menggunakan strategi bertutur dengan guru dan rakan dan
menggunakan strategi dengan meminta bantuan daripada rakan sekelas
2) Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Di Jerman

• Kajian ini dijalankan oleh Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli dan Siti Saniah Abu
Bakar. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti
Goethe Frankfurt, Jerman telah dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian
mendapati penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu semasa di dalam
kelas adalah pada tahap yang memuaskan iaitu 14 daripada 18 strategi digunakan
oleh majoriti pelajar dan penggunaan strategi lebih tertumpu pada pembelajaran
kendiri.
3) Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar

Antarabangsa Di Universiti Malaysia Pahang

• Kajian ini dilakukan oleh Juwairiah Osman, Jamilah Bebe Mohamad, Anis Nabilla Ahmad dan
Jamal Rizal Razali. Data dalam kajian ini ialah jawapan pelajar dalam latihan Buku Modul
Pembelajaran Bahasa Melayu dan satu borang soal selidik juga diberikan kepada para pelajar
untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan oleh
Teori Kolb (1984). Hasil analisis menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan topik yang berkaitan rapat dengan pengalaman kehidupan pelajar adalah lebih
berkesan bagi membantu mereka menguasai dan bertutur dalam bahasa Melayu.
KESIMPULAN
Pemerolehan bahasa berbeza dengan pembelajaran bahasa. Hal ini demikian, pemerolehan
bahasa berkait rapat dengan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda atau bahasa dialek
manakala pembelajaran bahasa pula berkait rapat dengan bahasa kedua iaitu bahasa
Melayu. Pemerolehan bahasa pertama adalah melalui proses yang tidak formal.
Pembelajaran bahasa kedua pula memerlukan usaha yang gigih dan memerlukan seseorang
individu membuat perancangan sendiri. Terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas bagi memastikan proses
pemerolehan bahasa pertama dan bahasa kedua boleh diperoleh dengan baik dan lancar.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai