Anda di halaman 1dari 12

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SERTA

HAK KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU


PIMK2063R
• AMIRAH FATIN BINTI HASNAN
• MUHAMMAD NUR AL-AMIN BIN RAHMAT
• MUHAMMAD UZAIR BIN MOHD TAJUDIN
DASAR, MATLAMAT, OBJEKTIF
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
• Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk
menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat
awam. Ia merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang
meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada penghayatan terhadap
akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat ibadat khusus dan umum
serta memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri
terhadap pencipta, manusia dan alam. Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang
insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka
ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan
masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam,
DEFINISI KURIKULUM
Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia;
yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai
insan yang baik dan warganegara yang berguna
DEFINISI KURIKULUM
• Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai “proses
melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya
dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang
selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah
Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan
sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”.
DASAR KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM
• Dasar kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
perdana dan dasar Pendidikan kebangsaan.
• Kurikulum yang dilakukan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia
• Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini
dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai Pendidikan dan
kurikulum semasa untuk memastikan guru berada di dalam arus dan
kehendak sistem Pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada
setiap murid
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM
HAK KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
• Ilmu pengetahuan sering disebut sebagai jambatan kejayaan, pemangkin
kemenangan.
• Menuntut ilmu dapat membantu membentuk pemikiran yang sihat bagi
setiap individu dalam membina masa depan cemerlang
• Ilmu yang baik akan membentuk jati diri seseorang Muslim. Menuntut
ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan.
Kelebihan yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW bagi orang-orang yang menuntut ilmu ini, kami ingin
datangkan sebuah hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim yang menceritakan di dalam sebahagian
matannya akan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

َ ‫ ِكتَا‬E‫ يَ ْتلُو َن‬،Eِ‫ هللا‬E‫ت‬


‫ ِإاَّل‬،E‫ُونَهُ بَ ْينَهُ ْم‬E‫ َويَتَ َدا َرس‬،Eِ‫ هللا‬E‫ب‬ ِ ‫ بُيُو‬E‫ ِم ْن‬E‫ت‬ ٍ ‫ فِي بَ ْي‬E‫ قَ ْو ٌم‬E‫ا اجْ تَ َم َع‬E‫ َو َم‬،E‫ى ْال َجنَّ ِة‬Eَ‫ا ِإل‬Eً‫ طَ ِريق‬E‫ بِ ِه‬Eُ‫ لَه‬Eُ‫هَّ َل هللا‬E‫ َس‬،‫ا‬E‫ ِع ْل ًم‬E‫س ِفي ِه‬
ُE ‫ا يَ ْلتَ ِم‬Eً‫ك طَ ِريق‬
َ َ‫ل‬E‫ َس‬E‫َم ْن‬
ُ‫ َو َذ َك َرهُ ُم هللاُ ِفي َم ْن ِع ْن َده‬،ُ‫ َو َغ ِشيَ ْتهُ ُم الرَّحْ َمةُ َو َحفَّ ْتهُ ُم ْال َماَل ِئ َكة‬،ُ‫ت َعلَ ْي ِه ِم ال َّس ِكينَة‬ ْ َ‫نَ َزل‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan
memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di
antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan
akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat
serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
Kata-Kata Hikmah Berkaitan Kepentingan Ilmu
•Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut
ilmu maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu”.
•Telah berkata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu
itu lebih aku suka daripada qiyamullail”.
•Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang
tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa
dirinya mulia?”.
•Telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik
daripada melakukan ibadah sunat”.

Anda mungkin juga menyukai