Anda di halaman 1dari 5

ISU-ISU BID’AH

DEFINISI BID’AH
 BAHASA:BERASAL DARI KATA BADA’A YANG MEMILIKI BERAGAM BENTUK KATA LAIN. MISALNYA,
BID’UN (KATA KERJANYA IDTADA’A) YANG BERARTI "MEMBUAT DAN MEMULAI SESUATU YANG
BARU". BENTUK LAINNYA ADALAH AL-BID’ATU YANG BERARTI "SESUATU YANG BARU".

 ISTILAH: PARA ULAMA BERBEZA PENDAPAT:


I) IMAM ASY-SYAFI'E, IMAM AN-NAWAWI DAN LAINNYA BERPENDAPAT BAHAWA BID'AH ADALAH
SESUATU YANG BARU, YANG TIDAK ADA DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, ATAU BELUM WUJUD
SERTA BELUM BERLAKU PADA ZAMAN RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. TIDAK KIRA
SAMA ADA IA ADALAH SESUATU YANG TERCELA DAN DIKEJI ATAUPUN SEBALIKNYA.
II) PENDAPAT KEDUA PULA MENYATAKAN BAHAWA BID'AH MENURUT ISTILAH SYARA' ADALAH TIAP
SESUATU YANG BARU, YANG BERLAWANAN DENGAN SUNNAH. INI ADALAH PENDAPAT IMAM IBNU
HAJAR AL-'ASQALANI, IMAM IBNU HAJAR AL-HAITAMI, IMAM IBNU RAJAB DAN LAIN-LAIN.
PEMBAHAGIAN BID’AH

 Menurut Imam asy-Syafi'e, Imam an-Nawawi, Imam 'Izzuddin Abdul 'Aziz bin Abdussalam dan lainnya,
bid'ah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

1.Bid'ah mahmudah (yang terpuji):Apa yang selari dengan sunnah


2.Bid'ah sayyi'ah (yang buruk):Apa yang bertentangan dengan sunnah.

Al-Imam al-Syafi`e rahimahullah telah berkata


Maksudnya:"Perkara-perkara baru yang diadakan itu dua jenis: Pertama: Perkara baru yang bercanggah
dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar atau ijma’. Maka itulah bid`ah yang sesat. Dan kedua:Perkara baru yang
diadakan daripada segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan ijma`, maka ia
adalah bid`ah yang bukan keji ".
HUKUM BID’AH
Imam 'Izzuddin Abdul 'Aziz bin Abdussalam Rahimahullah menyatakan dalam kitabnya Qawa'id al-Ahkam Fi
Islah al-Anam bahawa setiap perkara bid'ah itu termasuk di bawah salah satu daripada hukum syara' yang
lima. Penjelasannya adalah seperti berikut :

i) Bid'ah Wajibah
bermaksud bid'ah yang wajib. Contohnya, mempelajari kaedah nahu Bahasa Arab untuk memahami isi-
isi Kalamullah dan Sunnah Rasulullah SAW bagi menjaga syari'at Islam.
ii) Bid'ah Muharramah
segala perbuatan yang bertentangan dan menyalahi ajaran serta hukum syara' seperti ajaran golongan
Mujassimah yang menjadikan tuhan mereka sebagai berhala dan lain-lain golongan yang menyalahi
ajaran Ahli As-Sunnah Wal-Jama'ah.
iii) Bid'ah Mandubah
segala perkara yang baik dan berkebajikan, akan tetapi belum pernah dibuat dan belum ada di zaman
Rasulullah SWT seperti membangun sekolah, membina rumah-rumah tumpangan dan sebagainya bagi
memenuhi hajat dan keperluan hidup.
iv) Bid'ah Makruhah
segala perkara baru yang terdapat dalil syara' yang menerangkan bahawa perkara tersebut tidak disukai oleh
syara'. Sebagai contoh, perbuatan menghias dan mengukir masjid, bermain catur tanpa pertaruhan dan tanpa
melalaikan daripada sembahyang.

v) Bid'ah Mubahah
Bid'ah mubahah adalah segala perkara baru yang harus dibuat. Sebagai contoh, perbuatan bersalam-
salaman selepas mengerjakan sembahyang berjemaah, bersenang-senang dengan makanan yang pelbagai
dan enak-enak, memakai pakaian yang indah-indah dan cantik-cantik, memiliki atau menggunakan
kenderaan dan sebagainya.
KESIMPULAN

setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat berdasarkan al-quran dan
al-sunnah

ada ketikanya amalan mereka itu merupakan amalan bid’ah hasanah, ada juga ketikanya bid’ah
dhalalah dan khurafat yang mesti ditentang, dan ada juga merupakan persoalan khilafiyyah.

tidak wajar melabelkan semua perlakuan yang tiada nas khusus mengenainya di dalam satu pengertian
yang sama sebagai bid’ah dhalalah atau sayyiah.

Anda mungkin juga menyukai