Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU T1

ASPEK MENULIS
KARANGAN PERBINCANGAN /
PENDAPAT
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Murid dapat menulis karangan dengan
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa
yang tepat, gramatis serta menarik.
• Murid dapat menyenaraikan isi-isi karangan
berdasarkan tajuk yang diberi.
• Murid dapat menjelaskan isi-isi karangan
dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
APAKAH KARANGAN PERBINCANGAN /
PENDAPAT?
• Karangan yang tidak mempunyai format
khusus.
• Karangan yang memerlukan murid
membincangkan sesuatu atau memberikan
pendapat tentang sesuatu isu.
• Murid bebas memberikan pendapat sama ada
bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu
isu yang diberi.
CONTOH SOALAN
• Zaman remaja merupakan zaman yang sangat
menyeronokkan bagi setiap individu.
Kehidupan zaman remaja seolah-olah
memberikan kebebasan yang sepenuhnya
untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab
itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh
terjebak ke dalam gejala sosial. Pada pendapat
anda, apakah punca-punca berlakunya gejala
sosial dalam kalangan remaja kini.
Apakah gejala sosial?
• Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah
yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini
bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa
malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah ini.

• Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai


perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara.
Apakah punca-punca gejala sosial?

Punca-punca
gejala sosial
Apakah punca-punca gejala sosial?

Terikut-Ikut Dengan Kelemahan Didikan


Sikap Negatif Rakan Agama dan Moral
Sebaya Diri Remaja
Punca-punca
gejala sosial

Pengaruh Sikap Tidak


Negatif Media Mengambil Berat
Massa Oleh Ibu Bapa
Kesimpulan
• Kesimpulannya, untuk membendung masalah
sosial ini daripada terus menular, pihak-pihak
yang terlibat harus berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing. Jika
semua pihak dapat mengemblengkan usaha
dalam mengatasi masalah sosial dalam
kalangan remaja ini, sudah pasti masalah ini
dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.  

Anda mungkin juga menyukai