Anda di halaman 1dari 15

Unit 1 Kenali Moral - Nota Imbas

1. Moral bermaksud kesedaran tingkah laku yang


bersesuaian dengan tatasusila 礼节 atau
peraturan masyarakat setempat.
2. Moral ialah penentuan baik buruk berhadap
sesuatu perbuatan dan kelakuan supaya
memberikan batasan terhadap aktiviti manusia.
3. Moral digunakan untuk menentukan batas-batas
dari segi sifat, kehendak, pendapat dan
perbuatan yang benar, salah, baik atau buruk.
4. Moral merupakan nilai-nilai murni yang
berkait rapat dengan tatahukum 法规 ,
tatasusila,tatertertib 纪律 , tradisi,
kepercayaan, undang-undang, norma 常态
dan adat.
5. Moral digunakan untuk mengukur tingkah
laku seseorang individu sama ada baik atau
tidak dengan berdasarkan peraturan social.
6. Moral terdiri daripada peraturan komuniti
yang mementingkan kesejahteraan
masyarakat serta sifat keperibadian mulia
yang memberikan impak positif.
7. Moral merupakan pandangan tentang baik
dan buruk, benar dan salah serta apa yang
dapat dan tidak dapat dilakukan.
8. Individu yang bermoral seharusnya
berkelakuan baik, benar dan patut dalam
setiap tindakan agar hidup bahagia dan
sejahtera 和平安宁 .
9. Moral dapat digunakan untuk mengukur
kadar 等级 baik dan buruk tentang tindakan
manusia dalam masyarakat.
10. Kesedaran moral 道德意识 dalam diri setiap
individu dapat mewujudkan masyarakat yang
harmoni 和谐 dan progresif 进步 agar
melahirkan negara yang aman.
11. Kewujudan peraturan moral dalam
kehidupan manusia dapat mengelakkan diri
kita daripada konflik 冲突 dan persengketaan
口角 .
12. Pegangan moral 道德方针 berkemampuan
untuk menentukan benar atau salah dan baik
atau buruk tingkah laku seseorang individu.
13. Seseorang insan yang berakhlak 有道德
mulia 崇高 seharusnya mengamalkan
ketiga-
tiga dimensi 范围 moral, iaitu
(a) Penaakulan 推理 moral
(b) Perasaan 体会 moral
(c) Perlakuan 行动 moral
Cadangan nilai:
• Rasional 理性
• Baik hati
• Kebebasan
• Kesederhanaan 简单、朴素
• Bertanggungjawab
1. Apakah maksud moral?
Mengikut Kamus Oxford Advanced Learner’s
Edisi Keenam, moral bermaksud kesedaran
tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu
dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat
praktikal. Moral juga bermaksud sebagai
tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana
masyarakat bertindak sebagai penentu 决定因
素 .
2. Jelaskan perlakuan baik, benar dan patut.
Perkakuan baik Perlakuan benar Perlakuan patut
Definisi Tingkah laku yang Tingkah laku yang Tingkah laku yang
diterima oleh betul berasaskan sesuai dibuat dan
masyarakat. fakta dan bukti diterima oleh
yang sah. masyarakat.
Contoh Tindakan seorang Rakan tersebut Tindakan guru disiplin
pengawas telah bercakap mengenakan hukuman
melaporkan benar kerana terhadap murid yang
kesalahan rakannya mengakui melakukan kesalahan
kepada guru disiplin perbuatannya yang adalah patut setelah
merupakan datang lewat. kesalahan itu
perbuatan yang dibuktikan.
baik.
3. Huraikan lima kepentingan berkelakuan
baik, benar dan patut.
(a) Membantu untuk membuat keputusan yang
betul dan tepat.
(b) Menjalin hubungan yang mesra dengan orang
lain.
(c) Menjaga kesihatan mental, rohani dan jasmani.
(d) Mengekalkan keselamatan dan kesejahteraaan
negara.
(e) Memelihara keharmonian keluarga dan
masyarakat.
4. Apakah perasaan anda apabila anda dipuji
kerana berkelakuan baik, benar dan
patut? Jelaskan.

• Gembira. Semua orang perlu mengamalkan


tingkah laku baik, benar dan patut dalam
kehidupan seharian
• Bangga. Pengamalan tingkah laku bermoral
dapat menjadikan kehidupan kita lebih
bahagia dan sejahtera.
5. Dengan bimbingan guru, terangkan cara perlakuan
baik, benar dan patut di rumah, di sekolah dan di
tempat awam.
• Di rumah
(a) Berbudi pekerti有品格 dan berbudi bahasa有教养
apabila bergaul dengan anggota keluarga.
(b) Bercakap dengan sopan.
(c) Menunaikan ajaran agama.
• Di sekolah
(a) Mematuhi peraturan sekolah.
(b) Belajar dengan bersungguh-sungguh.
(c) Menghormati guru.
• Di tempat awam
(a) Menjaga kebersihan alam sekitar.
(b) Bertimbang rasa apabila menggunakan kemudahan
awam.
(c) Menyelesaikan konflik secara aman.
6. Terangkan perlakuan baik, benar
dan patut dalam situasi yang
berikut. Kemudian, ceritakan
perasaan anda apabila berkelakuan
demikian.
Situasi 1
Rakan anda enggan belajar dengan bersungguh-sungguh
dan selalu tidur di dalam kelas. Dia sengaja merayau-
rayau di kawasan sekolah serta tidak mahu menyiapkan
kerja sekolah.

Perlakuan: Saya akan memberikan nasihat yang


ikhlas kepada rakan saya. Saya
juga akan mengajaknya untuk
mengulang kaji pelajaran bersama-
sama.
Perasaan: Gembira kerana dapat membantu rakan.
Situasi 2
Abang anda selalu pergi ke kafe siber bersama-sama
rakannya dan melayari Internet sehingga ponteng
sekolah. Dia tidak menjalankan kewajipan sebagai
anak untuk meringankan beban ibu bapa.

Perlakuan: Saya akan berbincang dan


berkomunikasi dengan abang saya. Saya juga akan
memberitahu ibu dan bapa supaya mencari
penyelesaian untuk membantunya.

Perasaan: Lega kerana dapat membantu abang.


7. Jelaskan cara anda mengamalkan
perlakuan baik, benar dan patut dalam
kehidupan seharian secara tekal 坚定 .

• Menunaikan ibadah berdasarkan ajaran


agama dan menyambut hari perayaan.
• Bergaul mesra tanpa mengira kaum dan tidak
mengasingkan diri.
• Mengambil makanan yang berkhasiat dan
melakukan senaman untuk menjaga kesihatan
diri.
• Bertingkah laku baik dan bercakap benar.

Anda mungkin juga menyukai