Anda di halaman 1dari 32

LIQA’ BULANAN

MEMPERSEMBAHKAN
AMAL TERBAIK

OLEH: NOVI
SKOP PEMBENTANGAN

1. Apakah Itu Amal Yang Terbaik?


2. Mengapa Mesti Melakukan Amal Yang Terbaik?
3. Bagaimana Melakukan Amal Yang Terbaik
4. Hal-hal Yang Menghalangi Kita Dari Melakukan
Amal Yang Terbaik
5. Tolak Ukur Amal Yang Terbaik Dari Rasulullah
SAW
6. Kesimpulan
1. APAKAH ITU AMAL YANG TERBAIK?

YANG PALING BAIK AMALNYA


Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata mengenai firman Allah (QS. Al Mulk, 67:2):
“Yang paling baik amalnya” adalah amalan yang paling ikhlas dan paling
benar. Amal tidak akan diterima sampai amal itu ikhlas dan benar.
Ikhlas iaitu hanya untuk Allah. Benar iaitu jika sesuai dengan sunnah.
Apabila amal dilakukan dengan ikhlas namun tidak sesuai ajaran
Nabi SAW, amalan tersebut tidak akan diterima. Begitu pula, apabila
suatu amalan dilakukan mengikuti ajaran beliau SAW namun tidak
ikhlas, amalan tersebut juga tidak akan diterima.
(Tafsir al-Baghawi, 8:176)
1.1APAKAH ITU AMAL YANG TERBAIK?

1 IKHLAS
(KERANA ALLAH)
AMAL
YANG
DITERIMA
BENAR
2 (SESUAI TUNTUNAN
RASULULLAH SAW)
1.1APAKAH ITU AMAL YANG TERBAIK ?

TERBAIK DAN TERISTIMEWA


• Ketika seseorang
mempersembahkan sesuatu yang
khas untuk orang yang dicintainya,
ia tentu akan mempersembahkan
yang terbaik dan istimewa
untuknya, bukan yang biasa-biasa
sahaja, apalagi yang berkualiti
buruk.
• Seseorang yang ikhlas
mempersembahkan amalnya hanya
untuk Allah, ia akan
mempersembahkan amalan yang
terbaik dan istimewa untuk-Nya.
2.2MENGAPA MESTI MELAKUKAN AMAL TERBAIK?
QS. AL-MULK, 67:2

‫اِذَّل ي َخ َلَق اْلَمْو َت َو اْلَح َياَة ِلَيْب ُلَو ْمُك َأُّيْمُك‬


‫َأْح َس ُن َمَع ًال َو ُه َو اْلَع ِز يُز اْلَغُف ُرو‬
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk
menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa
Maha Pengampun”
2.2MENGAPA MESTI MELAKUKAN AMAL TERBAIK?
MATI DAN HIDUP ADALAH KEHENDAK ALLAH
Ath Thobariy mengatakan bahawa Allah akan
mematikan siapa sahaja dan apa sahaja. Begitu pula
ia akan memberi kehidupan pada siapa sahaja dan
apa sahaja hingga waktu yang ditentukan.
Jaami’ Al Bayan fii Ta’wilil Qur’an, Ath Thobariy, 23/505, Muassasah Ar
Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H.
2.2MENGAPA MESTI MELAKUKAN AMAL TERBAIK ?

DUNIA HANYALAH KEHIDUPAN SEMENTARA


WAKTU
Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Kematian akan ditemui di dunia.
Sedangkan kehidupan hakiki adalah di akhirat.”
Qotadah mengatakan, “Allah memang menentukan adanya
kematian dan kehidupan di dunia. Namun Allah menjadikan dunia
ini sebagai negeri kehidupan yang pasti akan binasa. Sedangkan
Allah menjadikan negeri akhirat sebagai negeri balasan dan akan
kekal abadi.”
Ma’alimut Tanzil, Al Baghowiy, 8/173, Darut Thoyibah,
cetakan keempat, tahun 1417 H.
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
IKHLAS KARENA ALLAH
1. Menjadikan Allah SWT
satu-satunya tujuan di
dalam menjalankan
ketaatan.
2. Membersihkan
perbuatan dari
mencari pandangan
manusia.
3. Membersihkan
amalan dari setiap
noda (penyakit hati).
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?

HANYA UNTUK ALLAH

• Apakah sesuatu yang


dipersembahkan hanya untuk Allah
itu cukup yang biasa-biasa sahaja,
minimalis, dan asal-asalan?
• Ataukah sesuatu yang
dipersembahkan khas untuk Allah itu
mesti yang berkualiti, istimewa dan
optimum?
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
MEMBERIKAN YANG TERBAIK
• Imam al-Hakim meriwayatkan pada
zaman Nabi saw, para sahabat sering
kali membawa buah kurma yang baru
mereka petik dibawa ke masjid untuk
dimakan oleh fakir miskin.
• Pada suatu hari, salah seorang dari
mereka membawa buah kurma
dengan kualiti yang rendah ke masjid.
• Pemberian yang tidak berkualiti ini
ditegur oleh Allah melalui firman-Nya
dalam Surah al-Baqarah ayat 267.
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
MEMBERIKAN YANG TERBAIK

‫اَي َأَهُّيا اِذَّل يَن آَمُنوا َأْنِفُقوا ِم ْن َط ِّي َباِت َم ا َكَس ْبْمُت َو ِم َّم ا َأْخ َر ْج َنا َلْمُك ِم َن اَأْلْر ِض ۖ َو اَل َتَيَّمُم وا‬
‫اْلَخِب يَث ِم ْنُه ُتْنِفُقوَن َو َلْس ْمُت ِبآِخِذ يِه اَّل َأْن ُتْغِم ُض وا ِف يِه ۚ َو اْعَلُم وا َأَّن اَهَّلل َغٌّيِن ِمَح يٌد‬
“Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah‫( ِإ‬di jalan allah) sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan
daripada bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu
keluarkankan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan
memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha
Terpuji.”
(QS. Al-Baqarah, 2:267)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?

TIDAK MUDAH KECEWA


Kita tidak mudah kecewa, ketika amal yang dilakukan hanya
untuk Allah, ternyata tidak mendapat balasan, atau bahkan
dibalas negatif oleh manusia.
Kita tetap beramal yang terbaik kepada siapapun, apa bila-bila
masa dan di manapun, kerana amal yang kita lakukan hanya
untuk Allah SWT.
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
TIDAK MUDAH KECEWA
• Ketika kita rajin solat dhuha,
tetapi rezeki masih terasa sempit,
kita tidak akan kecewa, kerana
solat dhuha itu kita kerjakan
ikhlas kerana Allah.
• Ketika sudah berusaha maksimum
menjemput rezeki, tetapi tidak
mendapat hasil, kita pun tidak
akan kecewa kerana mencari
rezeki adalah kewajiban yang kita
laksanakan ikhlas karena Allah.
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
BERSIKAP YANG TERBAIK KEPADA
MUSUH

‫ْذ ُيويِح َر ُّبَك ىَل اْلَم اَل ِئَكِة َأيِّن َم َع ْمُك‬


‫ِإ‬ ‫ِإ‬
‫َفَثِّب ُتوا اِذَّل يَن آَمُنواۚ َس ُأْلِقي يِف ُقُلوِب اِذَّل يَن‬
‫َكَفُر وا الُّر ْع َب َفاِرْض ُبوا َفْو َق اَأْلْع َناِق‬
‫َو اِرْض ُبوا ِم ُهْنْم َّلُك َبَناٍن‬
(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan
kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku
bersama kamu, maka tetapkanlah
(pendirian) orang-orang yang telah
beriman". Aku akan mengisi hati orang-
orang yang kafir dengan perasaan takut ,
maka pukullah di atas leher mereka dan
pukullah tiap-tiap hujung jari mereka.
(QS. Al-Anfal, 8:12)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
BERSIKAP YANG TERBAIK KEPADA HAIWAN SEMBELIHAN

‫ َو َذ ا َذ ْحَب ْمُت‬، ‫ َف َذ ا َقَتْلْمُت َفَأْح ِس ُنوا اْلِقْتَةَل‬، ‫ِإ َّن َهللا َكَتَب ا ْح َس اَن َعىَل ِّلُك ْيَش ٍء‬
‫ ْلِرُي ْح َذ ِبيَحَتُه ِإ‬،‫ ْل ِح َّد َأ ُد ِإْمُك َش ْف َتُه‬، ‫َفَأْح ِإْلِس ُنوا اِّذل َحْبَة‬
‫َو ُي َح َر َو‬
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik (ihsan) kepada setiap sesuatu.
apabila kamu hendak mematikan (haiwan) maka berbuat ihsanlah dalam cara
membunuh dan jika kalian matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak
menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik, hendaklah kamu
menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” (HR. Muslim)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
BERSIKAP YANG TERBAIK KEPADA ORANG-ORANG
TERDEKAT
• Jika kepada musuh dan haiwan sembelihan,
kita diperintah untuk berbuat yang terbaik,
maka tentu orang-orang di sekitar kita lebih
berhak mendapat sikap terbaik daripada kita.
• Suami, anak, orang tua, tetangga, kerabat,
guru, sahabat, dan lain-lain adalah orang-
orang yang berhak mendapatkan amal terbaik
daripada kita.
• Apapun balasan mereka, amal terbaik tetap
kita berikan, kerana ini perintah Allah SWT.
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
BERSIKAP YANG TERBAIK KEPADA ORANG-ORANG
TERDEKAT

‫ َو ِخ َياُر ْمُك ِخ َياُر ْمُك ِلِنَس ا ْمِهِئ‬، ‫ َأْح َس ُهُنْم ُخ ُلقًا‬، ‫َأَمْكُل اْلُم ْؤ ِمِنَنْي ْيَم اًان‬
“Yang paling sempurna keimanan seseorang mu’min adalah yang paling ‫ِإ‬
baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap
isteri-isterinya”. (HR. At-Tirmidzi)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?

KUALITI, BUKAN KUANTITi

• Dalam ayat “supaya Allah menguji


kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya”, di situ tidak
dikatakan siapakah yang paling
banyak amalannya.
• Namun dikatakan siapakah yang
paling baik amalannya.
• Sehingga dikehendaki dalam
beramal adalah kualiti (ikhlas dan
sesuai tuntunan Nabi), bukan
kuantitinya.
(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 8/176)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK ?

KUALITI, BUKAN KUANTITI

‫َع ْن َأيِب ُه َر ْيَر َة َأَّن َر ُس وَل اِهَّلل َص ىَّل اُهَّلل َعَلْي ِه َو َس َمَّل َقاَل َس َبَق‬
‫ِد ْر ٌمَه ِم اَئَة َأْلِف ِد ْر ٍمَه َقاُلوا َو َكْي َف َقاَل اَك َن ِلَر ُج ٍل ِد ْر َمَهاِن‬
‫َتَص َّد َق ِبَأَح ِد َمِها َو اْنَط َلَق َر ُج ٌل ىَل ُع ْر ِض َم اِهِل َفَأَخ َذ ِم ْنُه ِم اَئَة‬
‫ِإ‬ ‫َأْلِف ِد ْر ٍمَه َفَتَص َّد َق َهِبا‬
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat
mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada yang
bertanya, “Bagaimana itu boleh terjadi wahai Rasulullah?”
Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua
dirham lalu mengambil satu dirham untuk
disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang
banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya
seratus ribu dirham untuk disedekahkan.”
(HR. An Nasai no. 2527 dan Imam Ahmad 2: 379)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
KUALITI DAN KUANTITI TERBAIK

• Abu Syaibah mengutip hadist Ikrimah


mengatakan bahwa Abu Hurairah
mempunyai seutas benang yang
padanya terdapat dua ribu simpulan. Ia
tidak tidur sehingga berzikir 12.000
kali.
• Ja’far bin Burqan berkata: “Telah
sampai berita kepadaku bahawa
Abdurrahman bin Auf membebaskan
30 ribu rumah.”
(Adz-Dzahabi, Siyaru A’lam An-Nubala’, 1/92 dan Abu
Nu’aim Al-Asbahani, Hilyat Al-Awliya’ wa Thabaqat
Al-Ashfiya’, 1/99)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
KUALITI DAN KUANTITI TERBAIK

“Abdurrahman bin Auf ra. bersedekah pada masa hidup Rasulullah SAW
sebanyak setengah hartanya iaitu 4.000 dinar. Sepeninggal beliau,
Abdurrahman bin Auf ra. menyedekahkan 40.000 dinar [setara dengan 17
kilogram emas], membiayai bekalan perang di jalan Allah sebanyak 500 ekor
kuda dan kemudian membiayai bekalan perang di jalan Allah sebanyak 500
ekor unta. Majoriti kekayaan berasal dari dunia perdagangan.”
(Adz-Dzahabi, Siyar A’lam An-Nubala’, 1/81)
3.3BAGAIMANA MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK?
KUALITI DAN KUANTITI TERBAIK

• Imam Malik bin Anas selalu istiqamah


selama 60 tahun melakukan puasa daud,
puasa sehari dan tidak puasa sehari. Dan
setiap hari, beliau solat 800 rakaat.
(Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la,
1/61)
• Abdullah putra Imam Ahmad bin Hambal
berkata, “Ayahku melakukan solat dalam
sehari semalam sebanyak 300 rakaat.
Ketika beliau sakit kerana disebat
penguasa zalim dan mulai lemah, dalam
sehari semalam beliau melakukan solat
150 rakaat. Sementara usia beliau sudah
mendekati 80 tahun.” (Mukhtashar Tarikh
Dimasyqa, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/399)
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK
BERSIH DARI PENYAKIT HATI

• Riya’: melakukan ibadah


dengan tujuan dilihat oleh
manusia, sehingga orang yang
riya’ itu mencari pengagungan,
pujian, harapan atau rasa takut
terhadap orang yang dia
berbuat riya’ kerananya.
• Sum’ah: amalan yang dilakukan
dalam rangka agar didengar
orang lain.
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK
BAHAYA RIYA’

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah merosakkan sedekah kamu dengan


menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang
menginfakkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan tidak beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang ada
debu di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkan bersih
licin. Mereka tidak akan mendapat sesuatu pun daripada apa yang mereka
usahakan, dan (ingatlah) Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”.
(QS Al-Baqarah, 2:264)
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK
BAHAYA SUM’AH

‫ َّمَسَع ُهللا ِبِه‬، ‫َمْن َّمَسَع الَّناَس ِبَع َم ِهِل‬


‫ َو َص َّغَر ُه َو َح َّقَر ُه‬، ‫َم َس اِم َع َخ ْلِقِه‬
“Barangsiapa memperdengarkan
amalnya kepada orang lain (agar
orang tahu amalnya), maka Allah akan
menyiarkan aibnya di telinga-telinga
hambaNya, Allah rendahkan dia dan
menghinakannya”.
(HR Thabrani, al Baihaqi dan Ahmad)
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK

AMAL YANG TERTOLAK

‫َم ْن ِمَع َل َمَع ًال َلْيَس َعَلْي هِ َأْم ُر اَن َفُهَو َر ٌّد‬
“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang
tidak ada perintah kami, maka tertolak.”
(HR. Muslim)
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK
AMAL YANG TIDAK SESUAI PERINTAH NABI SAW

Abu Burdah yang merupakan pak cik


dari Al Bara’ bin ‘Azib dari jalur ibunya
berkata,
“Wahai Rasulullah, aku telah
menyembelih kambingku sebelum solat
Idul Adha. Aku tahu bahawa hari itu
adalah hari untuk makan dan minum.
Aku suka jika kambingku adalah
binatang yang pertama kali disembelih
di rumahku. Oleh kerana itu, aku
menyembelihnya dan aku sarapan
dengannya sebelum
aku solat Idul Adha.”
4.4HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK

AMAL YANG TIDAK SESUAI PERINTAH NABI


SAW

Rasulullah SAW pun berkata,

‫ٍم‬ ‫ْح‬‫َل‬ ‫ُة‬‫ا‬ ‫َش‬ ‫َك‬‫َش اُت‬


“Kambingmu hanyalah kambing biasa (yang dimakan
dagingnya, bukan kambing korban).”
(HR. Bukhari no. 955)
4.5HAL-HAL YANG MENGHALANGI KITA DARI MELAKUKAN AMAL YANG TERBAIK
BERAMAL SESUAI TUNTUNAN NABI

• Apapun kedudukan kita, amal yang kita lakukan


mesti sesuai dengan petunjuk Nabi SAW.
• Pemimpin masyarakat mesti beramal sesuai
petunjuk Nabi SAW.
• Pemimpin pengusaha (majikan) atau pekerja
mesti beramal sesuai petunjuk Nabi SAW.
• Pemimpin keluarga mesti beramal sesuai petunjuk
Nabi SAW.
• Isteri dan anak mesti beramal sesuai petunjuk
Nabi SAW.
5.5TOLOK UKUR AMALAN YANG TERBAIK RASULULLAH SAW

SUNNAH NABI SAW

Imam Malik berkata:


“Sunnah Rasulullah SAW itu
ibarat perahu Nabi Nuh as.
Siapa yang menaikinya akan
selamat, sedangkan yang tidak
ikut bersamanya, akan celaka
(tenggelam).”
(Dzammul Kalam, 5/81)
6.6KESIMPULAN
1. Syarat amal yang diterima: ikhlas kerana
Allah, benar, sesuai petunjuk Nabi SAW.
2. Ikhlas kerana Allah: melakukan yang
terbaik dan memberikan yang paling
istimewa.
3. Apabila amal dilakukan hanya untuk Allah,
tetapi tidak mendapat balasan, atau
dibalas buruk oleh manusia, maka kita
tidak mudah kecewa.
4. Salafush soleh mencontohkan bukan
hanya memberikan kualiti terbaik tapi
juga kuantiti terbaik.
5. Supaya amal tidak terhapus, maka wajib
menjauhi riya’ dan sum'ah.
6. Beramal sesuai petunjuk Rasulullah SAW
adalah kewajiban dan jaminan
keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai