Anda di halaman 1dari 8

Hinduisme di Malaysia biasanya dianuti oleh kaum India yang merangkumi hampir 6.37% penduduk Malaysia.

Data dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa daripada 1,800,000 penduduk kaum India di Malaysia, 82.7 % adalah keturunan Tamil, 7.7% Punjabi 4.7 % Malayali, 3.4 % Telegu, 1.5% lain-lain.[1]

Sejarah
Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam. Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya Hindu. Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropah. Minoriti India ini di bawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka. Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil Nadu) juga bekerja sebagai kerani untuk pihak British and syarikat mereka di Pulau Pinang, Singapura and Kuala Lumpur waktu itu. Mereka yang bekerja sebagai kerani di Pulau Pinang menyumbang kepada pertubuhan hak asasi masyarakat Tamil dan India di Malaysia.

Kebudayaan
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India.

Pendidikan
Semua pelajar India dibenarkan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Begitu juga dengan bahasa Cina dijadikan bahasa dibenarkan menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC). Hal ini berterusan sehingga selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957. Seterusnya ditegaskan lagi dalam Penyata Razak dan seterusnya. Kebanyakan sekolah rendah Tamil terletak di ladang-ladang dan hampir semua pelajarnya dari kaum India yang tinggal di ladang tersebut. Ladang-ladang ini telah bertukar menjadi bandar dan kawasan perumahan moden. Penduduk India yang tinggal di bandar turut bersekolah di sekolah rendah Tamil ini yang dahulunya merupakan sekolah ladang. Subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil. Sebaliknya subjek Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Ingggeris. Tahap penguasaan pelajar India dan Cina terhadap bahasa Inggeris lebih baik daripada pelajar Melayu kerana faktor latar belakang ibu bapa dan sebagainya.

Di peringkat sekolah menengah, bahasa Tamil dan bahasa Cina tidak menjadi bahasa pengantar. Sebaliknya menjadi satu subjek sahaja dengan 6 waktu setiap minggu (6 waktu X 40 minit) yang dipanggil POL. Di sekolah menengah, pelajar India dan Cina bercampur dengan pelajar Melayu dan lain-lain dalam konteks masyarakat majmuk. Peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali di antara pelbagai kaum hanya bermula di sekolah menengah sahaja. Salah faham, pertengkaran dan pergaduhan mudah berlaku tetapi dapat dikawal oleh guru-guru di sekolah kerana Kementerian Pelajaran sangat menekankan soal perpaduan kaum. Bagi merapatkan jurang antara kaum, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilakasanakan di sekolah dari semasa ke semasa. Di peringkat universiti, pelajar dari pelbagai agama dan kaum cuba diletakkan dalam satu bilik tetapi kurang berjaya.

Kuil Hindu
Penduduk Selangor berjumlah 4.8 juta. 2.5 juta orang Melayu. Ada 358 buah masjid dan kirakira 1000 buah surau. Jumlah keseluruhan 1366 buah. Di Selangor terdapat 647,000 orang India dengan 810 kuil sementara kaum Cina seramai 1.3 juta mempunyai 1015 tokong Buddha. Ada 27 buah gereja bagi 50,000 penganut Kristian. Setiap tempat ibadah tidak kira masjid, kuil, tokong atau gereja mestilah dibina mengikut undang-udang dan tidak boleh dibina di atas tanah persendirian, milik orang lain. Perkara hak milik tanah hendalah dirujuk kepada Pejabat Tanah di setiap pejabat daerah. Pemilik tanah akan meminta pentisyen mahkamah untuk mengeluarkan setinggan, surau dan kuil yang dibina din atas tanah persendirian. Oleh itu pejabat daerah akan mematuhi arahan mahkamah ini untuk mengeluarkan mereka. Setakat ini di Selangor telah merobohkan 16 buah surau dan masjid, 38 kuil, 19 tokong. Tidak ada gereja yang dirobohkan. 38 buah kuil dirobohkan kerana dibina di tanah milik persendirian yang menjadi masalah kepada kaum lain. Masjid dan surau dirobohkan kerana hendak membina jalan. Lokasi baru yang sesuai akan diberikan. Kerja-kerja alihan dan pampasan akan diberi. MIC tidak cukup berkesan memberi penerangan kepada masyarakat India tentang situasi sebenar ini. Pelampau Hindraf ini amat agresif dan sanggup mengambil tindakan yang tertentu. Pilihan raya juga semakin dekat. Sepatutnya MIC tidak menyembunyikan pendirian.
[2]

Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman


Pada 21 April 2006, kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman yang terletak di Setapak,Kuala Lumpur ini telah diberi notis oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mematuhi syarat pembinaan bangunan dan tempat agama. Pihak Hindraf telah memainkan peranan membantah tindakan pihak penguatkuasa ini.

Kuil di Kampung Rimba Jaya

Pada 15 November 2007, kuil di Kampung Rimba Jaya, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor telah dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Sebenarnya tapak kuil, surau dan kawasan setinggan di situ milik swasta yang hendak membangunkannya dengan kawasan perumahan. Pihak swasta itu ialah Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd yang tekah memiliki tanah itu sejak 1977. Syarikat mendapat perintah mahkamah pada 1988 untuk mengeluarkan setinggan itu termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan. Pada 2003 syarikat itu benkrap. Kerajaan melalui PKNS telah menyerahkan tanah itu kepada Kem Rimba Raya dengan bayaran RM2.5 juta. Syaratnya mestilah jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India. 800 daripada 1000 setinggan setuju pindah ke rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom. Pemilik asal kuil juga telah mendapat notis pemindahan dan bersetuju dipindahkan dengan pampasan sebanyak RM40,000. Tetapi pihak luar yang dipercayai penyokong Hindraf telah membuat halangan dan bantahan sehingga 10 anggota penguatkuasa Majlis Bandar raya Shah Alam terpaksa dimasukkan ke hospital. Sami lama tidak dibenarkan masuk ke dalam kuil. [3] Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kuil itu dirobohkan pada 6 November 2007 iaitu dua hari sebelum Hari Deepavali iaitu pada 8 November 2007. Sebaliknya pada 15 November 2007.

Memorandum kepada Menteri Besar Selangor


Pada 4 Januari 2007 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah berbincang dan menerima memorandum daripada Pengerusi Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah di Rawang . Tempat perbincangan telah dipindahkan dari Batu Caves ke Rawang, Selangor. Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan pada 2008 bagi menyelaras dan menetapkan garis panduan bagi pembinaan kuil di Selangor pada masa depan. Pemb inaan kuil sepatutnuya mengikut peraturan kerajaan Selangor kerana sebelum ini banyak yang dibina tanpa prosedur yang jelas.[4] Dalam rekod kerajaan Selangor, terdapat 146 kuil Hindu berdaftar di Selangor.Jumlah yang sebenar tidak dapat dipastikan. Malahan ramai yang tidak hadir. Seramai 800 pengerusi kuil yang berdaftar dan tidak berdaftar (haram) dijemput hadir dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Datuk R. Nadarajah ialah Pengerusi Majlis Hindu Malaysia dan Pengerusi Kuil Sri Mariamman Dhevasthanam . Nadarajah meminta kerajaan Selangor menyediakan tanah dan bantuan kewangan untuk pembinaan kuil, serta menaik taraf dan mengekalkan kuil Hindu yang sedia ada. Peranan Persatuan Hindu Sangam didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad dan tidak semua kuil Hindu berdaftar dengannya. Persatuan Hindu Sangam turut dijemput dalam mesyuarat tersebut. Sebelum ini Datuk Seri Samy Vellu menyatakan perhimpunan Hindraf telah memecahkan kesetiaan masyarakat India kepada Barisan Nasional.[5]

Pendirian negara asal India


Diaspora India memang ada di mana-mana dan mewarnai kehidupan, seni bina bangunan dan kebujdayaan kebanyakan negara seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Malahan Mahatma Ghandhi mendapat sumber inspirasi dari Afrika Selatan. Ramainya buruh India yang dibawa dari Tamil Nadu telah mendapat perhatian Ketua Menteri Tamil Nadu. Pemimpin Hindraf, Wytha Moorthy Ponnusamy berada di Tamil Nadu bagi mendapatkan sokongan. Tetapi P. Wytha Moorthy menafikan mahu mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE). Beliau juga berharap LTTE tidak menawarkan sebarang sokongan dan bantuan kepada Hindraf, tetapi tidak juga menolak berlaku keganasan. Katanya I prefer the path of nonviolence. But I dont rule out the possibility of the protest turning violent in the future, though I hope it does not. [6] Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan negara India terutama hubungan ekonomi dan politik. Syarikat Malaysia sendiri sedang membina lebuh raya merentasi antara Madras ke Mumbai, India. India dan Malaysia akan memulakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tahun 2008 dan rundingan memasukkan FTA India-Asean yang tertangguh. Parti Bharatiya Janata yang pro Hindu cukup berhati-hati dengan isu Hindu terutama selepas runtuhnya Masjid Babri di Ayodhya, Gujerat, barat India . Lebih 1000 orang terkorban garagara mahu memenangi pilihan raya di India. Kemelaratan dan kemiskinan hidup rakyatnya tidak berjaya diatasi. Selain itu ada 150 juta penganut Islam di India. [7]

Majlis Kuil Hindu


Pada 27 Disember 2007, MIC telah menubuhkan Majlis Kuil Hindu dan dihadiri 750 pengerusi kuil dari seluruh Malaysia. Ini ekoran permintaan Perdana Menteri Malaysia , Abdullah Ahmad Badawi yang mahu MIC menyenaraikan semua kuil Hindu dan mengenalpasti masalah seperti isu perobohan dan pemindahan. Majlis ini akan mendaftarkan semua kuil yang mematuhi syarat dan mendapatkan tapak tetap dan tapak alternatif jika perlu. Tanah gantian akan diacari jika kuil sedia ada dibina di atas tanah persendirian, ladang atau tanah kerajaan.[8]

Sami dari India


Pada 9 Januari 2007, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menyatakan orang tempatan hendaklah diutamakan menjadi sami, pengarca dan ahli muzik , bukan diimport dari India. Ada di antara mereka bekerja di Malaysia sehingga 10 tahun. Pekerja profesional dari India masih dialu-alukan di Malaysia. Hanya pekerja dari Bangladesh disekat sejak September 2007 kerana ramai yang ditipu dan dieksploitasi oleh agen . Datuk A. Vaithilingam selaku Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS)bersedia menjadi orang tengah dalam urusan merayu melanjutkan visa sami, pengarca dan ahli muzik yang dibawa dari India. Ibu pejabat MHS ialah di No 67, Jalan PJS, 1/48, Taman Petaling Utama 7, Petaling Jaya, Selangor.

Warisan Budaya India


Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Peranan Keluarga Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian. Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk

mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buahbuahan dan bunga-bungaan. Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Mendodoi Bayi Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Anda mungkin juga menyukai