Anda di halaman 1dari 362

Shasfa alyahya

bab 1
Im back, Malaysia! Oh, nuts! Time-time camni la ganggu orang nak tidur. Stupid clock! Sama cam tuannya. Oh, aku la tu! Hah! Pukul tujuh? Mama!!!! Jeritannya bergema. Katil yang berselerakan tidak dihiraukan. Tuala dicapai lalu terburu-buru dia berlari ke bilik air. Mulutnya mula mengomel entah apa-apa. Kata mama, dia akan mula belajar di sekolah yang berdekatan rumah barunya. Acara bangkang-membangkang minggu lepas telah dimenangi oleh mamanya. Alamat kena kontrol la segala pergerakannya mulai hari ini. Waaa!!! Apa lagilah yang tak kena dengan anak manja awak tu? soal Puan Jalina. Tangannya tangkas menyapu jem pada roti. Roti tersebut kemudiannya diletakkan di atas piring suaminya.

RING!!!!

Hot Gimmick

Encik Emran angkat bahu. Ada aje yang tak kena dengan anaknya tu. Nasib baik sangatlah budak tu tak boikot! Seketika, kedengaran tangga dipijak dengan pantas. Wajah anaknya muncul dengan muncung sedepa. Kenapa mama tak kejutkan Asya? protesnya. Eh, eh... jangan nak salahkan mama pulak! Kamu yang tidur lewat malam tadi. Entah game apa yang kamu main sampai tertidur kat ruang tamu tu, bebel Puan Jalina. Matanya cepat menangkap kelibat Natasya Shakilla yang ingin melarikan diri. Anaknya sudah tertunduk-tunduk mencari kasut. Tunggu! Natasya Shakilla mana tudung? soal Puan Jalina. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan anak gadisnya yang tersengih macam kerang busuk. Ala, mama... please allow me to No, young lady! Get your tudung! arah Puan Jalina, tegas. Sedikit mendengus, Natasya Shakilla kembali ke biliknya mengenakan tudung di kepala. Nampaknya mama benar-benar telah menjalankan kem tenteranya. Habislah! Cepat-cepat dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya sebelum berlalu menaiki basikal yang masih baru. Dia berlagak selamba mendengar bebelan mama apabila berkeras ingin berbasikal ke sekolah walaupun papanya sedia menghantar. Ah biarkan! Dia dah besar dan mampu berdikari! Yeah... hidup Asya!!! And then Wait! Tunggu!!! Namun sudah terlambat. Pintu pagar yang terbuka luas sudah tertutup sebaik sahaja Natasya Shakilla tiba di

Shasfa alyahya

hadapan pintu tersebut. Damn it! Dia menyumpah di dalam hati. Teringat pelawaan papa mengajaknya menaiki kereta ke sekolah tadi. Menyesalnya!!! Seorang pelajar lelaki berpakaian seragam coklat muda dan berjaket pengawas, menghampirinya. Pintu pagar dibuka, cukup untuk laluannya menapak masuk. Pengawas yang nampak tegas itu merenungnya dari atas ke bawah. Natasya Shakilla cuma terdiam tanpa kata. Mata yang tajam itu membuat dia gelisah. Mana lencana awak? Tersentak Natasya Shakilla mendengarnya. Matanya mula meliar memandang ruang hadapan tudung putihnya. Alamak, mama!!! Dia menggelabah. Errr aaa saya saya. No excuse! Jejaka itu mula bersuara tegas. Seorang pelajar perempuan yang berpakaian rona sama menghampiri mereka lalu berbicara dengan pengawas tadi. Entah apa yang dibualkan oleh mereka. Natasya Shakilla yang mencuri pandang masih melihat ketegasan pada wajah pengawas lelaki tadi. Harap muka aje hensem! Adoiii lambat lagi ke ni? Beberapa orang pelajar mula mengorak langkah ke padang. Mereka mula mengutip sampah sebagai denda lewat datang ke sekolah. Natasya Shakilla mula menyumpah di dalam hati. Masih berbekas di hatinya pengawas besar itu memberi amaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ingin sahaja dia menjerit bahawa dia ialah pelajar baru di sekolah itu. Peraturan pun dia tak tahu lagi! Hatinya yang mendongkol geram ditepis seketika apabila mendengar perbualan beberapa orang pelajar perempuan.

Hot Gimmick

Alah... tegas sangatlah headboy tu! Omelan salah seorang daripada mereka kedengaran. Terangkat kening Natasya Shakilla. Oh... sejak bila headboy jaga pagar ni? Hah, pelik ni!!! Bakal headboylah! Salah seorang daripada mereka membetulkan. Tapi diakan hensem... sukalah kau kalau dapat jumpa dia, kan? Macamlah aku tak tahu pulak! Tiba-tiba bergema tawa dari kelompok pelajar perempuan berkenaan. Natasya Shakilla mencebik dalam diam tatkala mendengar tawa dalam kelompok pelajar perempuan berkenaan. Diakan ketua 3K! Bukan senang dapat jumpa dia orang ni! Ah whateverlah! Malas dia mendengar gosip dari kelompok pelajar-pelajar perempuan tersebut. 3K? Entah amende la tu! Natasya Shakilla tebalkan muka apabila melangkah masuk ke kelas 5Sc2 sambil mengekori guru kelasnya, Puan Haslinda. Nasib baik dia terserempak dengan guru tersebut ketika dalam perjalanan ke kelas. Kalau tidak... entah apalah yang akan dia lakukan. Mungkin dia terpaksa tebalkan muka ke bilik guru. Yalah... kelas pun dia tak tahu kat mana letaknya! Natasya Shakilla cuba berlagak selamba apabila menyedari semua mata memandang ke arahnya. Benci benar dia menghadapi saat-saat begini. Okay, please introduce yourself. Puan Haslinda memberi ruang kepadanya untuk bercakap.

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menelan liur. Wajah-wajah yang terlalu asing baginya dipandang sekilas lalu. Sempat dia menangkap pandangan nakal pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas itu. Ummm... nama saya Natasya Shakilla binti Emran Shakir. Saya tinggal di aaa saya baru berpindah ke sini. Selamat berkenalan, ujarnya dengan sengih, menutup rasa malu. Macam manalah boleh tak ingat tinggal kat mana ni? Puan Haslinda membuang pandang ke arah para pelajar 5Sc2. Whatever question for our new friend, except her lover. Kata-kata yang meniti di bibir guru muda itu berjaya membangkitkan tawa para pelajar. Nampaknya guru kelasnya itu boleh tahan juga loyar buruknya. Seronok ni! Seorang pelajar bertanya di mana dia tinggal sebelum ini. Pantas dia menjawab, atas langit bawah bumi. Meledak ketawa rakan-rakan barunya mendengar jawapan itu. Hah! Ini Natasya Shakillalah! Setakat buka mulut merapu, dia boleh jadi loyar. Loyar buruk! Soalan kemudiannya dijawab dengan ala kadar sebelum dia dibenarkan duduk. Jiran sebelahnya hanya mendiamkan diri sejak dia melabuhkan punggung di kerusi. Sikapnya itu berlarutan sehinggalah waktu rehat menjelang tiba. Tak ada mulut barangkali minah ni. Biarkanlah! Arienna dan Ruqyah, rakan yang berada di hadapannya sudi membantu menunjukkan seluruh kawasan sekolah apabila waktu rehat tiba. Mereka sudah menjadi rapat dalam masa sehari sahaja. Hah, tak lama lagi adalah yang menjadi hambanya! Jangan risau, Natasya Shakilla budak baik!!!

Hot Gimmick

Mereka bertiga menjamu selera di taman yang terletak berdekatan dengan kantin. Natasya Shakilla berasa lapar sesangat. Yalah... mana sempat nak sarapan tadi. Bangun pun.... Killa, kau kena denda ke tadi? soal Arienna lalu menyuap mi sup ke dalam mulut. Wajahnya yang sedikit tembam nampak comel aje masa makan. Yalah, Killa. Tadi kau cakap kau dah mendaftar minggu lepas, kan? Ruqyah turut menyoal, ingin tahu. Kawannya berdua itu suka sangat memanggilnya dengan panggilan Killa walaupun dilarang beberapa kali. Hah, tak lama lagi habislah... lekat gelaran tu. Haah. Aku datang betul-betul bila pintu pagar nak tutup, jawabnya. Fikirannya kembali melayang mengingatkan kembali saat dia ditahan oleh seorang pengawas yang tegas. Garang macam singa. Tapi ada jugak manusia yang minat kat dia! Huh! Tiba-tiba aje, kenapa aku rasa benci sesangat ni? Tadi Harizd yang jaga gate sekolah, tau! Janganjangan kau kena tahan dengan dia tak? Arienna menyoal, seolah-olah dia rasa teruja sangat. Apa hal dengan kengkawan aku ni? Entah siapa Harizd tu pun aku tak tau! Mana aku kenal mamat tu! Yang aku ingat, pak guard yang sekat aku tadi tu garang sesangat. Semacam aje aku tengok. Muka dia tak senyum sikit pun, terang Natasya Shakilla, membayangkan wajah yang tegas macam hendak telan orang tu. Hah, betullah tu! Muka dia putih-putih, rambut dia hitam lebat... lepas tu belah tengah, kan? Hah, lagi satu... dia suka lipat lengan baju sampai bawah siku.

Shasfa alyahya

Beria-ia Ruqyah menerangkan pasal bernama Harizd tu, siap dengan gayanya sekali. pokko.

mamat

Arienna pula terangguk-angguk macam patung Dia orang pun peminat mamat tu ke? Natasya Shakilla cuba membayangkan wajah tersebut. Betullah tu kut... jawabnya malas. Serta-merta dia teringat sesuatu. Oh, yes! What the thing is 3K? soalnya. Keinginannya untuk tahu membuak-buak. Wooo ingat tak nak tau!!! Ketawa Arienna dan Ruqyah bergabung, menggamatkan lagi suasana taman yang bingit dengan bunyi loceng.

Hot Gimmick

bab 2
Peperangan bermula!!! ERAM betul dia dengan mama. Takkanlah nak sekat segala pergerakannya sampai macam tu sekali! Dia sedar apa yang dia dah buat sebelum ni, tapi takkan dia tak tahu anak bongsu dia yang sorang ni dah jauh berubah! Ah, tak sporting langsung! Mamakan dah cakap kat kamu, pergi dengan papa! Memang mama tahu sekolah kamu bukannya jauh sangat, tapi kalau apa-apa berlaku kat tengah jalan tu, kamu nak buat apa? Why are you so stubborn? Susah sangat ke nak ikut cakap mama ni? And bla bla bla... Asya!!! tegur Encik Emran pantas. Mama, Asya dah faham all of that, tapi Asya dah biasa camni. Takkan mama tak kenal anak mama ni? And tengok! Asya ada bawak handphone, now please dont worry anymore, okay? Asya bukan balik lewat sangat pun. Sekitar

Shasfa alyahya

five in the evening, Ill be home. Okay? pujuknya separuh merayu. Leher mamanya dipeluk lalu pipi yang masih nampak muda itu dicium bertalu-talu. Mama nampak macam fortylah! ujarnya. Berlambak ketawanya bersatu dengan tawa papanya. Hah, nak membodeklah tu! omel Puan Jalina. Wajah manis anaknya dikerling. Ada-ada sahaja pakatan dua beranak itu. Empat puluh konon! Macam perli aja, sedangkan umurnya sudah hampir enam puluh tahun. Natasya Shakilla segera menyalami tangan mama dan papanya apabila menyedari dia telah terlewat. Sudah seminggu dia belajar dalam suasana yang baru dan dia juga sudah serik ditahan dan didenda oleh pengawas sekolah barunya itu. Teringat hari Khamis minggu lepas, dia terlewat bangun lagi hingga didenda mencuci tandas sekolah. Huh! Free aje tulang empat keratnya bekerja. Kalau buat dengan ikhlas dapat jugak pahala. Ni... sambil buat, mulut sedapsedap aje menyumpah yang bukan-bukan! Natasya Shakilla memarkirkan basikalnya. Ketika meniti anak tangga ke kelasnya yang berada di tingkat tiga, sempat dia menangkap kelibat sebuah motor memasuki tempat meletak basikal dan motor, memarkirkan kenderaan beroda dua itu di sebelah basikalnya. Ah, pedulikan! Natasya Shakilla segera ke kelas 5Sc2 yang bersebelahan dengan 5Sc1. Menurut teman-temannya, hanya ada dua kelas sains. Nasib baik ketika papanya buat permohonan untuk masuk ke kelas sains, permohonannya diterima. Yalah dia bukannya memilih pun nak duduk kat kelas mana. Dah papa suruh, masuk ajelah. Ketika dia melangkah ke dalam kelas, Adhzarinna, jirannya yang pendiam itu sedang menyapu sampah. Satu

Hot Gimmick

yang dia faham tentang sahabatnya itu, Adhzarinna sangat rajin orangnya. Hah, lagi satu dia selalu datang awal ke sekolah. Kagum juga dia dengan temannya yang diam-diam ubi berisi itu. Hai, tegurnya sepatah sambil meletakkan beg sandangnya di atas meja. Senyuman Adhzarinna kelihatan hambar di penglihatannya. Nak tanya pun, sah-sah (tentu) dia takkan jawab. Buku-bukunya dikeluarkan lalu diletakkan kemas ke dalam laci meja. Buku ilmu tidak elok diletakkan di belakang tempat duduk, itu kata mamanya. Dia sendiri sudah biasa meletakkan buku-buku ilmiahnya di hadapan. Natasya Shakilla yang baru duduk di kerusinya berpaling apabila terdengar derap langkah yang pantas, seolah-olah sedang mengejar masa. Hah, dia lagi! Beberapa orang pelajar di dalam kelas turut terdiam sehinggalah pengawas besar itu melalui hadapan kelasnya. Hah, betapa besarnya pengaruh mamat tu sehingga pelajar pun gerun dengannya. Seketika kemudian dia kembali melalui kelas itu bersama pen dan buku catatan di tangan. Natasya Shakilla menahan ketawa di dalam hati. What a big buddy.

ARI, Roki, boleh aku tanya sesuatu tak? Natasya Shakilla semacam meminta izin. Tom yam kegemarannya dihirup perlahan. Hah, apa halnya? Arienna menyoal kembali. Sejak bila pula kau minta izin, ni? Setahu aku, kau main redah aje! Ruqyah pula menambah.

10

Shasfa alyahya

Menyeringai ketawa Arienna mendengarnya. Eh, aku bukan macam orang kat sebelah kau tu! tukas Natasya Shakilla. Tersengih dia melihat cebikan Arienna. Dah terkenalah tu! Emmm... kenapa ya, aku tengok students kat sini semuanya macam takutkan si pengawas tu? tanya Natasya Shakilla, sedaya upaya cuba memperlahankan suaranya agar tidak didengari oleh fans pengawas besar yang berlambak kat sekolah tu. Nasib baik dia tak ada kelab peminat! Ni mesti kes kau sampai awal kat sekolah pagi tadi, kan? Tekaan Ruqyah memang tepat sekali! Natasya Shakilla mengangguk pantas. Hanya orang yang pernah kena dengan Harizd aje yang takut. Contohnya pelajar yang bermasalah. Yang lain aku rasa mereka bukannya takut, tapi lebih pada hormat. Hormat apanya kalau dah semua senyap macam ada malaikat yang lalu aje aku tengok! Hatinya masih tidak dapat mengiakan kata-kata Arienna. Hah, semacam aje aku dengar! Jangan kau nak cari pasal dengan dia dahlah! Fans dia berlambak kat sekolah ni kau tau tak! Kalau dia orang apa-apakan kau, baru tahu! Ucapan Arienna yang lebih kepada ugutan menggelikan hati Natasya Shakilla. Kata-kata temannya itu memang sebijik macam yang difikirkannya tadi! Eh, eh... ketawa pulak dia! Wei, orang tengok tu! Arienna memandang wajah Ruqyah. Mereka saling bertukar senyuman sebelum badan Natasya Shakilla menjadi mangsa jari-jemari mereka. Natasya Shakilla ketawa kegelian. Whats this? Woi! Stop tickling! Its so ticklish! Ahhh...!!!!

11

Hot Gimmick

NATASYA SHAKILLA melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah menginjak ke pukul lima setengah petang. Dia segera berdiri lalu menyimpan buku-bukunya. Dia dah berjanji dengan mama untuk balik pukul lima, tapi sekarang dah lebih pun! Cepat betul masa berlalu. Belum sampai pun empat tajuk dia mengulang kaji mata pelajaran biologi tingkatan empat. Dia sudah muak mengingati label setiap sel. Hah, golgi apparatus, chromotism, bla bla bla. Bengang betul kepalanya. Tetapi dia merasakan aliran sains lebih mudah berbanding aliran yang lain. Lima tahun dia bermastautin di tempat orang, jadi belajar dalam bahasa Inggeris lebih menyenangkan berbanding bahasa Melayu. Tetapi, dia juga bersyukur bahasa ibundanya masih belum luput dari ingatan. Walaupun begitu, dia masih perlu berusaha keras dan mendengar penerangan guru dengan sebaik-baiknya. Natasya Shakilla terus menuju ke tempat meletak basikal. Hatinya tertanya-tanya melihat motor yang dilihatnya pagi tadi masih ada di tempat yang sama. Adakah pemiliknya juga sedang mengulang kaji di dalam perpustakaan? Aiii... sejak bila pulak aku suka ambil tahu hal orang lain ni? Hah, dah pukul lima empat puluh? Biar betul! Natasya Shakilla mula menggelabah. Cepat-cepat dia membuka kunci basikal. Dia membebel apabila tangannya terkial-kial cuba membuka kunci basikalnya. Motor manusia tak berperikemanusiaan manalah yang diletakkan betul-betul sebelah basikalnya ni? Nak duduk pun payah! Dia bercekak pinggang melihat jarak di antara motor dan basikalnya yang tidak sampai sekaki itu. Mentol idea di dalam kepalanya bernyala. Dia bergerak ke sisi motor tersebut lalu cuba menggerakkannya.

12

Shasfa alyahya

Hisy, beratnya! Dia cuba menarik motor Suzuki tersebut sekuat tenaganya. Gerak pun! Sikit lagi... sikit lagi. Motor tu berat, kan? Kedengaran satu suara menyapa dari arah belakang. Haah, berat sangat. Boleh tolong ujarnya lalu berpaling melihat gerangan manusia yang berada di belakangnya. Terjerit kecil dia melihat pengawas besar sedang berdiri sambil menyilangkan tangan. Serta-merta tangannya melepaskan pegangan pada motor. Bummm!!! Mata Natasya Shakilla membuntang. automatik mulutnya ternganga luas. What in the world...? Astaghfirullahalazim!!! Harizd mula hilang sabar melihat motornya jatuh menyembah tanah. Pantas dia mendapatkan motor tersebut lalu mengangkatnya. Kau fikir, kau nak buat apa? Natasya Shakilla yang masih terkilan hanya memandang wajah Harizd tanpa kata. Aaa... errr... ssaa... saya. Dia gugup! Pertama kali dia benar-benar buat lelaki itu marah. Mama...! I didnt mean it! No excuse! Kau nak buat apa dengan motor aku? Stealing? Natasya Shakilla geram. Dah la sakit hati pasal letak motor mamat tu tak hilang lagi. Sekarang dia dituduh mencuri pulak. Apa hal ni? I didnt mean it! Yang kau letak motor tu rapatrapat apesal? Kau dah menghalang laluan aku, tau tak? Secara

13

Hot Gimmick

Natasya Shakilla mula menjawab, geram dengan tingkah mamat kat depannya. Pesanan Arienna dan Ruqyah pagi tadi langsung tidak terlintas di fikirannya. Harizd mengepal erat jari-jemarinya, menahan sabar. Kau perempuan! Yes, I am! Im a girl, you see? And thats your own fault! You know that and dont put the blame on me!!! Natasya Shakilla meninggikan suaranya. Hatinya geram. Dahlah dia yang salah, tak nak mengaku pulak! Apehal? Apa?! Natasya Shakilla terus bergerak ke basikalnya. Cepat-cepat dia membuka kunci pada basikalnya. Tanpa membuang masa, dia terus melompat ke atas basikal lalu mengayuhnya laju-laju, langsung tidak berani menoleh ke belakang. Tidak disangka betul dirinya seberani itu tadi, tetapi hakikatnya memang salah lelaki itu. Langsung tidak terlintas di bibirnya kata-kata maaf. Biarkan! Biarkan!!!

HARIDZ membelok perlahan motor kesayangannya memasuki pekarangan rumah. Kereta Proton Perdana milik abahnya sudah tersadai di garaj, bersebelahan kereta Mercedes. Halaman rumahnya yang sunyi dan tenteram amat mendamaikan jiwa. Namun semua itu tidak akan bertahan lama kerana... Ah!!! Umi...! Argh!!! Jeritan seorang gadis mengganggu ketenteraman yang baru dirasai sebentar tadi. Belum sempat Harizd melangkah masuk ke dalam rumah selepas membuka kasutnya, seorang gadis berlari merempuhnya, diikuti dengan seorang lelaki sebaya Harizd. Mereka terus berkejaran sehingga ke halaman rumah.

14

Shasfa alyahya

Abang Wan!!! Apa ni? Buang la benda tu! Mira gelilah!!! Iye? Marilah sini... boleh Abang Wan tahu betul ke tak Mira geli, usik Izuan lagi sambil mengacah untuk melemparkan lipas yang dipegangnya. Hanis Humaira mula menjerit ketakutan. Sebaik sahaja melihat lipas yang berada di tangan Izuan sudah dilemparkan, kakinya pantas dihayun mengejar abang sepupunya itu. Hah, nakal betul! Disuruh buang lipas yang berada di bawah meja studinya, dia pula yang menjadi mangsa usikan lipas tersebut. Apa ke hal? Sesi lari berganti yang dijangka tidak ada garisan penamat itu, akhirnya terhenti apabila Harizd mula mengeluarkan suara. Pantas sahaja pandangan kanak-kanak Ribena berdua itu menghala ke arah abang garang yang terbongkok-bongkok meneliti motornya. Sempat mereka berbalas pandang sebelum mengorak langkah menghampiri Harizd. Kenapa dengan motor kau ni, Yez? Ada problem ke? Semacam aje aku tengok? tegur Izuan apabila melihat Harizd leka membelek motornya sambil mengomel sendiri. Entah bahasa Cina ke bahasa Mandarin? Eh, bukan sama ke? Mati tengah jalan, terang Harizd ala kadar. Nampak langsung tidak berminat untuk menerangkan lebih lanjut tentang perkara yang berlaku di sekolah tadi. Sakit hatinya masih belum hilang. Rasa ingin ditenyeh-tenyeh aje muka pelajar perempuan yang kurang asam gelugur tu. Memang nasib baik betullah budak tu dilahirkan sebagai hamba Allah yang berjantina perempuan. Kalau tak, elok aje cermin matanya pecah dikerjakan Harizd. Boleh caye ke abang ni? Jangan-jangan accident,

15

Hot Gimmick

tak? Ringan saja mulut Hanis Humaira menyoal. Pandangan tajam abangnya tidak dihiraukan. Selepas diluku oleh Izuan, Hanis Humaira terus berlari masuk ke dalam rumah. Hah, apa lagi kalau bukan menyampaikan berita kepada raja dan permaisuri di dalam Villa Firdaus! Baik kau cakap betul-betul, Yez. Macamlah aku tak kenal dengan kau ni. Geng Raja serang kau lagi ke? soal Izuan. Perkataan Raja ditekannya, ingin memastikan sama ada telahannya benar. Membuak kemarahan di sebalik pertanyaan yang terluah dari bibirnya. Namun hatinya lega sebaik sahaja melihat gelengan Harizd. Nope! Aku cerita nanti, ujar Harizd. Sejurus kemudian, telinga mereka menangkap derap langkah yang semakin menghampiri. Harizd mendengus, geram dengan mulut lembik Hanis Humaira yang suka sangat mencampuri urusannya. Apa yang dah jadi, Yez? Mira cakap kamu accident, betul ke? tanya Puan Noraini pantas. Riak kerisauan mula kelihatan pada wajahnya. Harizd menggeleng. Budak tu memang suka sangat mengada-adakan cerita, nafinya. Hanis kesalahannya. Humaira tersenyum-senyum, menutup

Alhamdulillah, lega hati umi. Budak bertuah tu memang nak kena dengan umi nanti. Puan Noraini mengurut dada, lega. Ada ke patut anak gadisnya yang nakal bangat tu kata abangnya accident teruk, siap dengan mimik muka lagi. Hati ibu manalah yang tidak risau apabila

16

Shasfa alyahya

menerima khabar sebegitu? Kering darah rasanya apabila mendengar berita tersebut. Tak patut betullah budak bertuah tu! Teruk ke motor kamu tu, Yez? soal Encik Hizbullah sambil tercongok di samping motor anaknya. Not too bad. Enjin aje yang jammed sikit. Hantar workshop. Dua tiga hari ni biar Saleem hantarkan kamu ke sekolah. Putus abahnya. Tidak dapat tidak, Harizd akur. Tidak pernah diingkari kata-kata itu. Walaupun sekarang ini dia sedang tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri, namun dia mengikut telunjuk abahnya dengan hati yang benar-benar terbuka.

NATASYA SHAKILLA!!! Gulp! Alamak... mampuslah aku kali ni!!! Ya, mama! sahutnya. Basikalnya dibiarkan tidak berantai di hadapan halaman. Kenapa lambat balik? Puan Jalina mula membuka sesi temu ramah tanpa mukadimah. Straight to the point! Natasya Shakilla mencebik. Kakinya sudah terjengket-jengket seperlahan mungkin tetapi mamanya masih dapat menangkap bunyi pergerakannya. Aiii... mama aku ke ni? Hello, my dearest daughter. Im talking to you right now. Answer me! tegas Puan Jalina menyoal. Dahlah janji nak balik jam lima. Hah, nak balik awal konon! Awal sangatlah ni! Macam cacing kepanasan aku menunggu.

17

Hot Gimmick

Puan Jalina melirik jam di dinding. Jarum jam hampir menginjak ke angka enam petang. Mama Asya ada... errr... problem sikit tadi. Im sorry. Huh, bedallah apa pun asalkan boleh lepas! Mama dah jadi macam babysitter dah. Hu hu hu.... aku dah besarlah.... What kind of problem? Pulak dah! Aiii, mampus aku camni!!! Basikal tak jalan. Terangkat kening Puan Jalina. Masakan basikal yang baru dibeli minggu lepas tu dah rosak? Hah, tak logik betul! Nak cari alasan pun biarlah yang konkrit sikit! Aaa... errr... actually, Asya baca buku kat library. Khusyuk sangat sampai tak sedar jam dah pukul lima setengah. Tolonglah mama! Youre the best mother! Dah solat asar? Yes! Natasya Shakilla menggeleng pantas. Pergi cepat! Bau pun dah macam kerbau tak mandi! omel Puan Jalina. Pantas Natasya Shakilla melompat anak tangga naik ke biliknya. Kerbau memang tak mandi! Kerbau berkubang! Ha ha ha...! Puan Jalina menggeleng mendengar usikan balas anaknya. Kalau tak menjawab, tak sah!

18

Shasfa alyahya

DI PARADISE VILLE... sebuah keluarga bahagia sedang khusyuk mengerjakan perintah Allah. Selepas Harizd mengaminkan doa, tangan uminya dicapai lalu disalam penuh hormat dan kasih sayang seorang anak, diikuti oleh Izuan dan Hanis Humaira. Kemudian, masing-masing melipat sejadah dan menyangkutnya dengan kemas di penyidai yang telah disediakan. Tanpa membuang masa, Harizd terus mengorak langkah meninggalkan ruang solat untuk ke biliknya. Banyak lagi kerja sekolah yang belum disiapkan. Izuan setia mengekor di belakang. Harizd hanya memandang dari ekor mata apabila sepupunya yang seorang itu sudah melabuhkan punggung di atas katil saiz kingnya, macam bersiap sedia untuk menjalankan upacara temu bual pula. He he he. Tak puas hati apa? soal Harizd. Tangannya ligat menyusun buku-buku yang agak berselerakan di atas meja studinya. Eh, pura-pura tak tahu pulak! Sejak bila kau pelihara kura-kura dalam perahu ni? perli Izuan. Harizd hanya tersenyum nipis mendengar sepupunya menghubungkaitkan dirinya dengan peribahasa Melayu tersebut. Im still waiting. Okeylah. Harizd akhirnya mengalah. Pandangannya masih tertancap pada buku-buku pelajaran di hadapannya. Selamba rock aje dia menceritakan peristiwa yang berlaku petang tadi. Wajahnya langsung tidak beriak, seolah-olah perkara itu sudah pun dibuang jauh dari kamus diarinya untuk hari itu.

19

Hot Gimmick

Izuan melopong. Beraninya gadis itu sehingga sanggup bertengkar dengan Encik Harizd di hadapannya. Tiba-tiba timbul niat yang nakal di hatinya. Cantik tak budak perempuan tu? Harizd yang sibuk dengan buku di tangannya berpaling dan pantas menjawab, hodoh! Jawapan Harizd yang sepatah itu membuatkan Izuan ketawa. Ha ha ha... mesti budak tu pakai spek, kan? Ha ha ha.... Oh, ya! Izuan teringat sesuatu. Aku dengar umi kau cakap, Asya dah balik. Tangan Harizd yang sedang menulis sesuatu terhenti. Tersirap terus darahnya! Hei! Kau dengar ke tak ni? Budak tembam tu dah balik. Almost two weeks! Mulanya aku ingat cuma cock-andbull story, tapi Mira yang selalu e-mel dengan Asya sendiri yang mengiakan berita tu. Kau agak, macam mana muka dia sekarang, ek? Makin tembam ke? Ketawa Izuan meletus lagi. Namun ketawa itu mati serta-merta apabila Harizd berdiri. Harizd terus menghilang di sebalik pintu bersamasama buku pelajarannya. Izuan terdiam. Dia terlupa tentang perasaan Harizd. Oh... bummer! And thats all my fault.

20

Shasfa alyahya

bab 3
Aku benci kau! ELAMAT PAGI, umi, abah, sapa Hanis Humaira dari kaki tangga. Manis sungguh senyuman yang meniti di bibirnya pagi ini. Puan Noraini dan Encik Hizbullah turut tersenyum melihat gelagat anak bongsunya yang sentiasa riang dan ceria itu. Hah, tu kalau kena dengan angin eloknyalah! Kalau tak, asyik memuncung aje. Mengalahkan budak-budak yang hilang gula-gula. Well, shes just fourteen. Sempat Hanis Humaira menepuk belakang Izuan yang sedang mengunyah nasi goreng. Tercekik jejaka itu dibuatnya. Dan tiada apa lagi yang mampu umi dan abahnya lakukan. Memang begitulah pagi-pagi. Kadang-kadang keintiman hubungan Hanis Humaira dan Izuan melebihi

21

Hot Gimmick

abangnya sendiri dan perkara itulah yang membimbangkan hati kedua-dua suami isteri itu. Mintak dijauhkan. Mira, kau tak nampak ke Izuan tengah makan tu? tegur Harizd, jelas kurang senang dengan tingkah adik perempuannya yang seorang itu. Hanis Humaira hanya mencebik, membalas teguran abangnya. Dia muak dengan perangai abangnya yang sentiasa garang tu. Puan Noraini menggeleng. Tak makan saman betul! Adik, dah lewat ni. Cepat makan. Ya.... Pantas tangan comel itu menarik kerusi lalu duduk. Pinggan yang dihulur uminya, disambut bersama ucapan terima kasih. Baru sesuap nasi ditelan, dia kembali bersuara, abang nak tahu tak siapa yang telefon semalam? Matanya menangkap lirikan mata abangnya. Yes!!! Umpan melekat! Semalamkan... Kak Asya telefon! Tup! Jantung Harizd berdegup kencang. Dia tanya khabar semua orang. Dia cakap, dia dah tak sabar nak jumpa Mira. Mira rasa teruja sesangat! Ya ke Mira? Macam mana dia sekarang? Mira dah tengok ke Asya tu? Izuan menyampuk tiba-tiba. Aisehman! Nak tangkap ikan kaloi dapat pulak bapak berudu. Adoi. Hanis Humaira menjeling ke arah Harizd. Hah, selamba derk aje dia makan. Aiii, tak makan bawang ke? Langsung tak hirau apa yang aku cakapkan ni! Mestilah! Kita orangkan selalu chatting? Kak Asya cakap, dia dah start sekolah. Tapi Mira lupa nak tanya nama sekolah dia. Banyak yang kita orang bualkan! sambungnya.

22

Shasfa alyahya

Yalah... sampai berjam-jam! Puan Noraini turut menyampuk. Mahu sahaja dia menghamburkan ketawanya apabila anak gadisnya itu leka berbual di telefon. Senyum pula meleret-leret sampai ke telinga, mengalahkan orang bercinta pulak! Namun dia bersyukur, walaupun berjauhan, ukhuwah tetap erat terjalin di antara dua buah keluarga. Ala... umi! Selama ni mana Mira ada peluang nak berbual dengan Kak Asya. Sebab tu la Mira tanya Kak Asya banyak-banyak. Ha ha ha... sampai Kak Asya pun dah tak larat nak layan Mira. Dia tidak dapat lupa bagaimana dia boleh menyoal Kak Asya hingga bab pakaian dalamannya sekali. Ha ha ha... dia pasti wajah Kak Asya pasti merah masa tu. Memang tidak dapat dinafikan, dia berasa sangat gembira apabila mendapat berita kepulangan kakak dua pupunya itu. Sejak kecil lagi mereka telah membesar bersama-sama. Kak Asya telah mengasuhnya ketika kecil. Dan... dalam lima tahun mereka berpisah. Walaupun begitu, mereka selalu chatting bersamasama. Kak Asya sendiri sudah dianggap seperti kakak kandungnya, sama seperti Hidayatul Husna. Yez pergi dulu, mi, ujar Harizd. Dia sudah pun berdiri. Cepat-cepat dia berlalu selepas menyalami tangan umi dan abahnya. Sakit betul hatinya mendengar berita itu. Dadanya yang sentiasa sihat itu tiba-tiba menjadi sesak. Get lost! Dia tidak akan ambil tahu pasal perempuan itu lagi. Itu juga janjinya! Yez, kau sakit hati ke? Izuan mula memberanikan diri bertanya. Namun soalannya dibiarkan sepi dibawa angin semilir. Harizd yang telah selesai menyarung sepatu hitamnya segera melangkah ke arah kereta BMW 5 series.

23

Hot Gimmick

Saleem telah sedia menanti untuk menghantar anak-anak majikannya ke sekolah. Harizd tetap bertindak menyepikan diri sehingga mereka tiba di sekolah. Atas permintaan Harizd, kereta warna silver itu berhenti agak jauh dari pagar sekolah. Dia tidak suka kecoh-kecoh. Izuan masih setia mengekori Harizd. Aku tanya kau ni. Kau tak rasa apa-apa ke masa Mira bukak cerita pasal budak tembam tu? soalnya masih tidak berpuas hati. Pleaselah, Wan. Aku tak ada mood sekarang ni! Harizd mula bertegas. Benci benar dia apabila digasak soalansoalan begitu. Betul-betul menyesakkan dadanya! Okey, okey! I surrender! Eh, Dianalah aku chow dulu, Yez. Hah, cepat betul matanya menangkap gerangan awek dia tu! Well, salah seorang Kau tak bertugas ke hari ni? Ah, tak usah risaulah! Aku tugas masa rehat! laung Izuan yang sudah berlari meninggalkan sepupunya. Harizd melirik jam di pergelangan tangan. Dalam keadaan berjalan yang tergesa-gesa itu, dia dilanggar dari arah belakang. Habis berterabur fail dan buku-buku yang berada di tangan. Nasib baik dia tidak jatuh. Kalau tak, habis maruah dirinya jika dia diketawakan oleh pelajar-pelajar yang berada di situ. Grrr siapa punya kerja ni? Dia segera berpaling seratus lapan puluh darjah, ingin memarahi tuan empunya diri yang terlalu buta hingga tidak nampak orang yang berjalan di tengah-tengah ini. Errr... tengah jalan ke? Kalau tengah jalan memang salah akulah. Ah get lost of it!

24

Shasfa alyahya

Harizd terpaku. Kau lagi? Grrr tahap kemarahannya mula meningkat ke paras maksimum. Siot betul!!! Natasya Shakilla menjerit. Sekarang dia betul-betul sedang berdepan dengan masalah besar. Besar sesangat!!!! Apa patut aku buat ni? Minta maaf? No!!! Never say sorry if youre not mistook! But it is my fault! Kau buta ke? marah Harizd, mula naik angin melihat kebisuan gadis itu. Dah tak tau nak minta maaf ke kalau dah tau diri tu salah? Aku... errr... aaa.... Natasya Shakilla mula gugup. Just say Im sorry! Thats all. Noktah! I cant! Tolak ego tu dulu! Mamat ni nampak macam tak makan saman aje. Teruk kau kalau fans dia mengamuk. Hah, tuannya pun dah mengamuk tu! Apa yang kau nak cakap? Bisu? You are blind and dumb, arent you? Sampaikan aku yang besar ni pun kau tak nampak! tempelak Harizd, gagal mengawal kemarahannya. Dahlah sakit hati kat rumah tu tak habis lagi, sampai kat sekolah pulak jumpa masalah baru. Tensionnya!!! Natasya Shakilla menggigit bibir bawah, menahan geram. Handle basikalnya dipegang kejap. Dia cakap aku buta? Bisu? Natasya Shakilla mula mendapat hati untuk beradu mata dengan jejaka di hadapannya. Dia ingat aku tak berani angkat mata ke? Kurang ajar! You stupid! Idiot! Go to hell!!! jeritnya. Hah, puas hati aku! Rosak hari yang ceria ni! Apa kau cakap? Harizd benar-benar hilang kawalan.

25

Hot Gimmick

Nasib baik Izuan yang sedang melalui jalan tu cepat tiba, tepat pada waktunya! Rizd, apa yang dah jadi ni? Bawak bersabar! Jom pergi kelas! Lengan Harizd ditariknya. Matanya melilau sekeliling. Beberapa orang pelajar yang melalui jalan di tepi sekolah itu terus masuk ke kawasan sekolah. Sempat dia membalas pandang dengan pelajar di hadapannya. Mungkin budak inilah yang diceritakan oleh Harizd semalam. Natasya Shakilla masih dengan ekspresi kurang puas hatinya. Dia hanya memandang geram ke arah dua orang pelajar yang sudah hilang di sebalik pagar sekolah. I hate him so very much! Argh!!!!

NATASYA SHAKILLA menghempaskan beg sandangnya di atas meja tulis, melepaskan geram. Arienna dan Ruqyah saling berpandangan sebelum serentak memandang tepat ke wajah sahabat barunya. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Setahu mereka, Natasya Shakilla bukan jenis yang cepat melenting. Is there anything wrong? soal Ruqyah. Natasya Shakilla menghempas kasar punggungnya pada kerusi. Kesian kerusi yang tidak bersalah itu menjadi mangsa keadaan. Yes! Yes! And yes!!! jawab Natasya Shakilla pantas. Pasal apa pulak? giliran Arienna menyoal. Siapa lagi? Mamat garang tu la! Arienna dan Ruqyah terlongo mendengar jawapan teman baru mereka itu. Belum sempat mereka bertanya

26

Shasfa alyahya

dengan lebih lanjut, guru mata pelajaran add math sudah melangkah masuk. Semua pelajar 5Sc2 berdiri. Sempat Arienna memberi isyarat melalui tangannya, untuk menyambung sesi temu ramah pada waktu terluang. Natasya Shakilla hanya tersenyum. Sekurangkurangnya hatinya terubat melihat gelagat teman-temannya. Sepanjang waktu pembelajaran, Natasya Shakilla tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada ajaran guru. Hatinya semakin sakit mengenangkan perbalahan yang semakin menjadi-jadi di antara dia dan pengawas besar tersebut. Habis rosak hari bahagia yang dirasai semalam. Natasya Shakilla! Im okay, dont worry, please! Pantas dia menjawab panggilan gurunya. Semua warga kelas sudah menekup mulut menahan ketawa. Beberapa orang pelajar lelaki sudah pun ketawa berdekah-dekah sambil menekan perut masing-masing. Opsss...! Could you please tell me what were you thinking just now, Shakilla? pinta gurunya, lebih kepada perli. Natasya Aisehman!!! Shakilla tertunduk, menahan malu.

Melihat pelajarnya bagaikan kerbau terkejut dek bunyi gong, beliau segera menyuruh Natasya Shakilla duduk. Kesian budak tu, dah buat salah tapi tak tau hujung pangkalnya. Natasya Shakilla buat bodoh aje hinggalah waktu rehat menjelang.

27

Hot Gimmick

Dia betul-betul dah hanginlah sekarang ni... adu Natasya Shakilla. Peristiwa pagi tadi diceritakan kepada teman-temannya, kecuali lawan balas di antara dia dan pengawas besar. Ruqyah dan Arienna tersenyum-senyum. Orang tengah susah hati boleh dia buat macam tu? Macam kerang busuk! Youll be dead, Kill! What did you say? Aku cuma takut Harizd tu buat sesuatu aje kat kau. Oh, silap! Aku takut fans Harizd buat sesuatu kat kau. Arienna menyatakan kebimbangannya, siap dengan lawak bodohnya lagi. Dan serasa Natasya Shakilla, dah berpuluh kali dia orang beritahu perkara yang sama. Dia orang ingat aku ni penakut ke? Ini Natasya Shakilla la! Eh, silap! Im the new killer in this school. Korang jugak yang kasi nama Killa. So, Im The Killer, sebelum dia orang mengapakan aku, aku akan zuppp!!! Hai, sedap betul cakap besar! Siap dengan gayanya sekali! Habis langsung ucapannya, matanya menangkap kelibat pengawas besar tersebut melalui hadapan meja mereka bertiga. Natasya Shakilla terdiam, habis sudah gaya membesarkan dirinya sebentar tadi. Pandai-pandai sangat! Dia terus tunduk menghabiskan sup di dalam mangkuknya, pura-pura tidak melihat Harizd. Malas betul dia berhadapan dengan mamat sekor tu. Jantungnya asyik melompat melebihi paras kebiasaannya. Nasib baik muda lagi.

28

Shasfa alyahya

Aik, kenapa senyap pulak? tanya Ruqyah. Apa lagi Arienna menyiku lengan Ruqyah yang berada di sebelahnya. Cik abang dia tengah lalu la, usik Arienna sambil menjuihkan bibirnya ke arah Harizd yang sedang bercakap dengan seorang pengawas yang sedang bertugas. Mengekek ketawa Arienna dan Ruqyah bergabung. Natasya Shakilla terus terdiam. Dari ekor matanya, sempat dia menjeling pengawas besar yang sedang berjalan meninggalkan kantin sekolah. Rasa geram dan marah terhadap peristiwa pagi tadi masih berbekas lagi. Dan rasa marah tersebut diluahkan dengan pandangan matanya yang bagaikan pedang. Kalau mamat kuang hajor tu anak patung, dah lama dia penyek-penyekkan dan buang ke dalam tong sampah. Ada ke patut cakap aku buta? Kurang asam gelugur betul! And I really hate him, so very much!!! Tengoklah tu, macam nak tercabut mata dia dok menjeling kat headboy. Eiii... parah orang yang tengah hangin ni ruparupanya! Arienna turut mengiakan kata-kata rakannya. Natasya Shakilla yang baru tersedar daripada lamunan, cuba memberikan senyum kambing. Aiii la... tertangkap seh.... Killa, jaga-jaga sikit bila dah naik benci tu! tegur Ruqyah. Why? Natasya Shakilla kehairanan. Pelik betul bunyi nada suara Ruqyah. Apa ke he? Haah, apesal? Arienna turut menyampuk. Pipinya menggembul-gembul dipenuhi makanan. Tak beradab betullah minah ni!

29

Hot Gimmick

Aku takut perasaan benci yang meluap-luap tu bertukar.... Ruqyah masih ingin bermain tarik-tarik tali. Hai, kawan! Apa maksud lu ni... dont play-play la.... Kalau kau tengok dalam TV, orang yang saling membenci akan bertukar jadi apa, ya? Natasya Shakilla menunjukkan muka blurnya. Apa? Saling berbunuhan? Take out the gun and killing each other? Minah ni betul-betul tak faham bahasa la! Ruqyah menjeling Arienna yang tersengih-sengih, mula menangkap maksudnya. Yalah... yalah... payah faham betullah Si Killa ni. Kalau orang yang tak sejenis mula benci dengan tahap paling maksima, feeling tu akan bertukar jadi sesuatu yang special. I mean, hate turns to lov Nonsense!!! pintas Natasya Shakilla sebelum Ruqyah sempat menghabiskan kata-katanya. Secara automatik tubuhnya berdiri. Wajahnya terasa membahang panas. Killa...! tegur Arienna. Beberapa orang pelajar berpaling kehairanan. Suara Natasya Shakilla tadi telah mengganggu keamanan kantin sekolah. Kalau Harizd ada, sure dia akan ditegur dengan cara yang paling keji. Menjaga adab ketika berada di kantin adalah salah satu peraturan sekolah. Well strict future headboy punya rule! Sorry, ucap Natasya Shakilla perlahan. Dia kembali duduk. No, sorry is mine. Ive made you mad! Im not in my mood. Biasak la... period time....

30

Shasfa alyahya

He he he... patut pun. Bahaya betullah kau ni! Natasya Shakilla hanya tersenyum, tidak tahu bagai mana mahu memberi respons. Well... bukan salah dia orang sangat pun, aku yang memang spesies cepat hangin. And I hate all things about love. Ingatan lamanya tidak boleh dibuang. Semakin lama berada di tanah air sendiri, semakin bertambah perasaan takutnya. Janji yang dimeterai dahulu bagaikan bermain-main di benaknya. Wei Cik Shakilla, loceng dah bunyi ni! Kau tak nak masuk kelas ke? Apa ke hal la mengelamun tak ingat dunia! Leteran Arienna mematikan perjalanan mindanya yang hilang seketika tadi. Natasya Shakilla pantas bangun dengan cebikan. Berleter mengalahkan mama aje gayanya! Namun fikirannya tetap menerewang jauh. Dia masih tidak dapat terima hakikat pemergian aku ke? Macam mana la keadaan dia sekarang ni, ya? Rupa dia... perangai dia.... Killa! Natasya Shakilla terkejut apabila disergah tiba-tiba. Serentak dengan itu... Bup!!! Natasya Shakilla terlanggar dinding. Refleksnya, mulut terus mengaduh sakit. Tapi cik kak berdua tu bukannya nak datang menolong, diketawakan pula ada la! Sakit bercampur geram tahap super dah hati dia. Boleh kalah Super Saiya! Beberapa orang pelajar yang berada di situ turut menghamburkan ketawa. Ada yang sudah menekan perut,

31

Hot Gimmick

hampir terguling pulak dia orang tu disebabkan hal yang kecil macam ni! Adoi!!! Harunya... tapi salah aku jugak, ada ke patut mengelamun masa tengah berjalan? Kalau tersadung ketika naik tangga, nauzubillah.... Tiba-tiba aje ketawa bebudak tadi menghilang. Natasya Shakilla yang sedang membetulkan letak tudungnya, turut mengangkat kepala. Power betul mamat tu sebab Arienna dan Ruqyah yang sedang galak mentertawakannya pun turut terdiam sama. Tapi... Aisehman!!! Dia lagi...!!! Mesti dia tengah ketawakan aku tu. Tengoklah tu... sinisnya senyuman dia! Hah, tu la balasan kalau dah derhaka! Sinis ejekan Harizd, terus menyusup masuk ke telinga Natasya Shakilla. Selepas mengarah para pelajar memasuki kelas, Harizd terus menghilang di sebalik tangga. Hah, selepas tu barulah mak cik berdua tu datang menolong. Are you all right, Kill? Absolutely, after the two of you laughed at me! perli Natasya Shakilla, melepaskan geram. Arienna dan Ruqyah hanya tersengih mengakui kesalahan masing-masing. Itulah kau! Lain kali berjalan tu tengok depan, bukan berkhayal! Kesian dinding tu jadi mangsa kau. Oh, jadi aku ni bukan mangsalah? Ketawa terus menjadi rakan setia.

32

Shasfa alyahya

Kaki mereka terus berjalan menaiki anak tangga. Killa, apa maksud headboy tadi, hah? soal Ruqyah. Pasal kes pagi tadi ke? Apa lagi? jawab Natasya Shakilla malas. Dia tidak menceritakan peristiwa semalam kepada kedua-dua rakannya. Yang kena penangannya, dia jugak! Hatinya mendongkol sakit. Tak habis-habis pengawas besar tu cari pasal. Eee... geramnya! And I do really really hate him so very much!!!

33

Hot Gimmick

bab 4
serang Para Ville! dah ketiak Mira! wait? No!!! bentaknya. Spontan badannya turut berdiri. Ive waited for the past five years, Kak Asya! Kak Asya tak kesian kat Mira ke? Mira, apa cakap macam tu dengan Asya? Bersopan sikit dan duduk diam-diam atas kerusi tu, tegur Puan Noraini melihatkan sifat mengada-ada anak bongsunya yang semakin lama semakin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi semenjak Natasya Shakilla pulang ke Malaysia. Kakinya dihayun menghampiri suaminya yang sedang leka menyelak helaian New Straits Time. Airnya, bang, tegurnya.

LAAA lambat lagi ke Kak Asya? Dah lama dah Mira tunggu ni, dah naik berpeluh

Were on our way there, Mira. Cant you just

34

Shasfa alyahya

Nor buat kuih ke hari ni? Hmmm. Puan Noraini turut merehatkan diri di sebelah suaminya. Buatlah juga, bang. Tau-tau ajelah dah orang tempah, nak tak nak kita kenalah buat. Nanti apa pulak kata mereka. Kalau diikutkan, nak aje Nor berhenti, rungut Puan Noraini. Sejak dahulu lagi dia mendapat tempahan untuk membuat kuih. Semakin lama, semakin ramai pula peniaga menempah kuih untuk dijual, tidak menang tangan jadinya. Itulah... orang tawarkan pembantu rumah, tak nak, perli Encik Hizbullah. Meletus ketawa isterinya. Abang lupa ke pasal bibik yang kita ambil tu? Habis rosak kuih Nor dikerjakannya, bukannya membantu pun. Nor lebih rela buat kuih tu sorang-sorang, bang oi!!! omel Puan Noraini, mengingatkan peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Hampir terbakar dapur rumah mereka apabila bibik terlupa menutup api. Dahlah kuih yang dibuat hangit macam tayar kereta. Hah, kalau dibandingkan pun, cantik lagi tayar kereta suaminya. Anak bongsu awak tu tak ada menolong ke? Macamlah abang tak kenal anak abang yang sorang tu. Satu kerja pun tak menjadi, apatah lagi nak menolong saya di dapur. Hendaknya jadi macam kolam air bersalut lumpur dibuatnya. Kata-kata Puan Noraini itu membangkitkan tawa Encik Hizbullah. Hanis Humaira hanya tahu bermain sahaja. Walaupun sudah berusia belasan tahun, sikapnya masih keanak-anakan, seperti budak TADIKA. Entah sifat siapalah yang menurun pada anaknya yang sorang itu, berbeza sangatsangat kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakaknya.

35

Hot Gimmick

Secara jasmaninya, anaknya itu memang cepat matang dan serius. Dia lebih banyak berfikir daripada berkata-kata. Tetapi sikap sebagai seorang pemerintah memang terserlah sesangat. Hanis Humaira suka sangat mengarah orang lain dan setiap arahannya mesti dilaksanakan. Secara rohani, fikiran anaknya memang sukar untuk difahami. Semakin besar, semakin jauh jarak perhubungan mereka anak-beranak, lebih-lebih lagi dirinya yang sentiasa sibuk. Baginya, Hidayatul Husna juga mempunyai pemikiran yang cepat matang. Dia seorang yang pendiam tetapi pandai menguruskan kata-katanya. Seingatnya, setiap kali pulang bekerja dalam keadaan letih, sejuk hatinya mendengar suara Hidayatul Husna yang lunak dan sifat lemah lembutnya saling tidak tumpah macam isterinya. Hidayatul Husna mudah memahami orang lain, terutama abangnya. Tetapi sejak Hidayatul Husna belajar di MRSM, anak sulungnya semakin sukar difahami. Hai... kata isterinya, seperti bayangan kedua dirinya pula. Sebut pasal anak sulungnya yang sibuk mengalahkan menteri itu, hatinya tergerak untuk bertanya. Sejak tengah hari tadi batang hidungnya yang masih belum kelihatan. Anak sulung awak ke mana, Nor? Mana lagi bang, kalau bukan ke sekolah. Budak yang sorang tu bukan boleh duduk rumah lama-lama, sibuk macam abahnya jugak, jawab Puan Noraini sambil memerhati gelagat Hanis Humaira yang macam cacing kepanasan. Sekejap masuk ke dapur, sekejap memanjat tangga, mengalahkan suami tunggu kelahiran anak pertama! Macam perli abang aje bunyinya tu, ucap Encik Hizbullah, lantas meneguk air kopi yang terhidang. Wajah isterinya dijeling sebentar.

36

Shasfa alyahya

Maaflah... abang terasa, ya? Tak adanya terasa. Oh, ya! Sebut pasal sibuk ni, abang kena pergi ke Perak lusa. Urusan mingguan, ya? Anggukan suaminya memberi pengertian. Memang sejak dahulu lagi suaminya sibuk ke Perak dan sebagai seorang isteri, dia tiada hak menghalang pekerjaan suaminya walaupun hatinya tidak tenang setiap kali ditinggalkan. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap aje. Yalah, bukan ke tempat seorang isteri di sisi suami? Ah!!! Astaghfirullahalazim kenapa, Mira? Hanis Humaira berlari dari tingkat atas. Tanpa menjawab pertanyaan uminya, kakinya bergerak menghala ke pintu. Dia orang dah sampai!! Kedua-dua suami isteri itu berpandangan seketika sebelum bangun menghampiri anaknya.

ARE you sure this is the house, ma? Yes, pa. Papa dah lupa ke? Bukan ke Nor anakberanak dah pindah ke kawasan perumahan ni? Dah berapa tahun dah, sejak kita pergi dulu. Haah. Papa dah tualah, ma. Tengok uban atas kepala papa ni, mana papa nak ingat all such things. Encik Emran membela diri dengan gayanya. Tangannya menunjukkan kepalanya yang telah dipelopori oleh warna putih.

37

Hot Gimmick

Pa, mama pun on the same boat with papa, kita sama-sama dah tualah, pa. Natasya Shakilla mencebik, bosan mendengar perbualan papa dan mamanya yang kadangkala melebihi anak-anak muda. Tetapi, kalau masuk part bergaduh, dia orang juga boleh jadi pemenang. Sama aje perangai keduaduanya. Cuma mulut mama lebih banyak bercakap berbanding dengan papa. Ah, drop that subject! Yang lebih penting sekarang ni, hatinya dah berdegup kencang. Agaknya bunyi mesin pemotong rumput pun tak sekencang ini. Slow down... slow down... just rumah dia aje la... maybe dia tak ada kat rumah. Woih!!! Apa pasal hati tak dengar cakap ni? Perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh papanya memasuki pekarangan sebuah banglo. Gah di hadapan pagar tertulis tinta keemasan: Villa Firdausi / Paradise Ville. Tibatiba sahaja Natasya Shakilla berasa cukup teruja. Lamannya yang benar-benar menenangkan hati sesiapa pun yang memandang. Hmph! Ditambah pula dengan decorating yang menarik. Berbeza ya amat kalau hendak dibandingkan dengan yang dahulu. Hmmm... yalah, lima tahun dahulukan rumah lain... memanglah nampak berbeza. Kak Asya!!! Dari kejauhan seorang remaja yang happy-golucky, melambai-lambai ke arah mereka sambil berlari. Tanpa perlu meneka, Natasya Shakilla sudah dapat mengagak siapa budak perempuan yang bertudung Arini itu. Asya, what are you waiting for? Come on! tegur papanya yang bersedia untuk mengunci pintu kereta. Dia masih tergamam lagi tu papanya. Take your time, honey. Mama nak masuk dulu....

38

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla buat muka toya. Dia memerhatikan lenggok mama dan papanya yang berjalan menghampiri Puan Noraini dan Encik Hizbullah yang sedia menanti di hadapan pintu. Sempat Hanis Humaira bersalam dengan mama dan papanya sebelum berlari lagi. Ya... ke mana lagi hala tuju budak itu kalau bukan ke sini. Kak Asya sayang... apa pasal tak nak keluar ni? Kat sini tak ada monster la... usiknya sambil membuka pintu kereta. Natasya Shakilla tersenyum. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun sambil matanya melilau-lilau macam mencari sesuatu. Cari siapa? Abang, ek? Kalau tuan besar tu dia belum balik lagi, biasa laaa... orang besar la katakan! Natasya Shakilla terdiam. Eh... tau-tau aje budak ni apa yang aku fikir. Kata-kata Hanis Humaira sedikit sebanyak meninggalkan bekas. Orang besar? Hmmm... bunyinya macam budak tu tetap tak berubah, suka sangat kalau boleh mengarah orang lain. Tapi perangai dia.... Hah, sempat lagi mengelamun, ya? Sebelum tu, Mira nak lepaskan rindu dulu! Tanpa membuang masa, tubuh Natasya Shakilla terus dirangkul seeratnya. Lima tahun perpisahan tidak mungkin meleraikan ikatan yang terjalin. Natasya Shakilla tersenyum lebar membalas pelukan itu. Pelukan pertama mereka selepas bertahun lamanya berpisah. Kemudiannya, Natasya Shakilla mengorak langkah menghampiri Puan Noraini dan Encik Hizbullah. Sedaya

39

Hot Gimmick

upaya dia cuba membuang perilaku tidak beradab, malahan jauh daripada ciri-ciri ketimuran. Ya, semua itu pernah melanda dirinya sewaktu tiada lagi peraturan menjaga batasbatas pergaulan dan pakaian ketika berada di seberang sana. Dia tidak mahu lagi mengingati semuanya, semua yang bisa mengguris batinnya. Apa khabar, umi? ucapnya berbasa-basi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Alhamdulillah... umi sihat, balas Puan Noraini lantas memeluk Natasya Shakilla. Puan Jalina tersenyum melihat anak dan sepupunya. Lirikan mata Puan Noraini sahaja sudah cukup menjelaskan perasaan keibuannya. Dan pandangan mereka yang bertaut itu sudah cukup memberi makna yang tersembunyi. Marilah masuk ke dalam. Panas kat luar ni, ajak Puan Noraini. Hah, siapa jugak yang berdiri lama-lama kat luar ni, tokok Puan Jalina. Puan Noraini yang menyedari kesilapannya tertawa senang. Tawa itu bersatu dengan yang lain, lantas mencambahkan benih-benih kemesraan di antara kedua-dua keluarga. Jika inilah permulaannya, ya Allah, redailah....

PEPOHON melambaikan dedaunnya yang beralun lembut ditiup angin petang. Di bawah pohon yang rendang, seorang pemuda leka melakar sebuah coretan di kanvas putih.

40

Shasfa alyahya

Pemandangan yang indah di hadapannya diabadikan di atas kertas putih tersebut, sempurna tanpa cacat celanya. Namun kenyataan yang jitu, Allah adalah pencipta yang mencipta sesuatu dalam keadaan yang benar-benar sempurna. Sementelah tangan kanannya memegang pena, tangan kirinya menyambut telefon yang dihulur. Waalaikumussalam. Emmm everythings just fine. Errr... Ill be back. Yes, Ill be back... soon!

41

Hot Gimmick

bab 5
He is... who? Yes, yes and yes!!! Kenapa la kau tak percaya cakap aku ni? protes Izuan, tidak puas hati dengan tindak balas yang ditunjukkan oleh Harizd. Sepupunya itu sedikit pun tidak menganjakkan wajahnya dari kertas kerja di tangan. Dia nak balik sini, memang confirm habis! So? Takkan dia nak suruh aku jemput? Dia pandai sangatkan pergi tanpa khabar berita, takkan bila balik nak kasi tau seluruh dunia? Harizd membalas sinis. Sah, dia memang masih marah! At least seluruh Malaysia tahu. He is our friend, Yez! Our best friend! tekan Izuan lagi. Sampai bila kau nak treat dia macam ni? Kau sendiri tahukan dia ada masalah? Memang aku tahu semua tu! Harizd mula

ETUL ke kata kau tu?

42

Shasfa alyahya

bertegas. Seluruh tumpuannya kini beralih ke arah Izuan. Wajah temannya yang seorang itu dipandang tajam. Why dont you ask him, had he thought about our feelings before he left us? Mana kata dia sebagai best buddy kita? Sakit sungguh hatinya. Luka lama bagaikan terobek kembali disebabkan perbuatan temannya. Luka yang hampir sembuh lima tahun dulu kembali berdarah! Kesakitan lama dirasai semula. Apakah Izuan mengerti semua itu? Izuan tergeleng kecil. Perasaan Harizd kadangkala persis anak kecil. Dia sedar apa yang telah Harizd lalui suatu ketika dulu, tetapi kedua-dua keadaan ini berbeza. Kenapa dia mesti menyamakannya? Yez, this is different. Kau tak patut fikir macam ni. Aku mengerti perasaan kau tu, tapi... kadang-kadang aku betul-betul tak faham apa yang sedang kau fikirkan. Keputusan kau tu macam bebudak! Kalau betul pun marahkan satu benda, just let it be on that thing, please... jangan campur rasa marah kau kat Asya dengan keadaan Mier! Jangan kau menyesal pulak nanti. Aku tak pernah cakap kat Mier kau marah dia. So, fikirlah sedalam-dalamnya! luah Izuan. Dia terus mencapai beg dan buku-bukunya. Aku nak balik! Derap langkah Izuan semakin menjauh. Harizd menghalakan pandangannya ke arah padang yang kosong. Pandangannya terasa kabur. Damn it!

IZUAN melangkah ke dalam rumah selepas memarkirkan motornya di garaj. Sejak kakinya menjejak halaman rumah lagi, dia berasa hairan dan kini segala pertanyaannya terjawab

43

Hot Gimmick

sudah. Para ibu dan bapa yang berada di ruang tamu semuanya menghalakan pandangan padanya sebaik sahaja dia melangkah masuk. Errr... assalamualaikum semua, ucapnya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Waalaikumussalam, masuklah! Ayez ke ni? Oh, Wan! Puan Noraini yang sedang menghidangkan air mematikan tanda tanya Puan Jalina dan Encik Emran. Matimati dia orang ingat Harizd tadi. Mana Ayez, Wan? tanya Puan Noraini. Dia kat sekolah lagi, Che Nor. Ada masalah sikit. Orang besar la katakan, begitulah sibuknya. Encik Hizbullah menjawab bagi pihak anaknya. Yalah... macam abahnya.... Izuan dengan penuh hormat menyalami tetamutetamu yang dikenalinya. Anak Wan Rashid, kan? teka Puan Jalina. Haah, Che Na. Dah besar panjang pun kamu. Memang tinggal kat sini ke? soal Encik Emran pula sewaktu Izuan menyalaminya. Ya, Yah Im. Dah dekat tiga tahun dah, lepas ayah bertugas kat Tawau. Yalah, orang bawa dirilah katakan. Lepas Cik Ani dia tak ada, dia terus minta tukar mengajar kat sana. Si Wan ni, dia amanahkan pada kami untuk jaga, cerita Puan Noraini, menjelaskan duduk perkara diri Izuan.

44

Shasfa alyahya

Lagipun Izuan seorang diri juga kat sana. Lebih baik tinggal bersama kami, dapat juga merasa ada adikberadik, tambah Encik Hizbullah. Perbualan selanjutnya tidak lagi kedengaran pada pendengaran Izuan kerana dia terlebih dahulu meminta diri untuk membersihkan diri. Yez... habislah kau kali ni! Ketika melalui dapur, Izuan ternampak kelibat seorang gadis yang membelakanginya. Gadis tinggi lampai itu sedang leka membancuh air. Eh, tu bukan ke...? Natasya Shakilla memerhati plastik yang dipegangnya. Nampaknya Hanis Humaira betul-betul nak kena kali ni... ada ke patut tetamu yang kena bancuhkan air untuk tuan rumah? Siapa ajar ni? Mira Mira mentangmentanglah lama tak jumpa! Natasya Shakilla tersenyum sendiri. Kalau dahulu memang dia selalu menyediakan susu untuk gadis cilik itu kerana dialah babysitternya. Sekarang ni pulak bukan susu tetapi kopi mocha yang menjadi kegemaran anak gadis tersebut. Masa mengubah segala-galanya. Namun pangkat babysitter tetap disandang. Huuu apa kejadahnya! Tiba-tiba seluruh tubuhnya menggigil. Suara orang berdeham dari arah belakang betul-betul memeranjatkannya. Hampir terlepas sudu yang dipegangnya. Hah, nasib baik sempat cover. Tapi kenapa bulu roma meremang semacam aje ni? Relaks, Asya. Hes just a human Of course he is! But is he someone that Im thinking right now?

45

Hot Gimmick

Better you have a look by yourself. Im scared!!! No, you dont. Okay, lets count. One two Three...!!! What...? Natasya Shakilla sudah melopong. Betul ke apa yang aku nampak kat depan mata aku ni? Tapi... tapi... bukan ke dia ni kawan mamat garang tu? Yalah, dia yang sekat Harizd waktu kita orang gaduh dulu! Is that really you Asya? soal Izuan penuh taasub. Errr Hish, dia tak kenal aku ke? Yalah, aku dah bagi spek aku kat Mira tadi! Ayez...? tanya Natasya Shakilla minta kepastian. Hatinya kuat mengatakan mamat kat depan dia ni tak mungkin Ayez. No and never! Ha ha ha saya rasa awak dah salah faham ni, Asya. Saya Izuan... Iwan. Alaaa yang kecik-kecik dulu selalu dengan patung Gundam tu remember? Huh, leganya hati! Oh yang suka kacau orang tu, ya? Yezzza! Im Wan Izuan Hafiz Wan Rashid. Izuan memperkenalkan diri. Macam teman yang baru berkenalan. Natasya Shakilla tersenyum. Memori yang hampir dilupakan mula menerjah ke kotak fikirannya semula. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Izuan pula teragak-agak untuk menyambutnya.

46

Shasfa alyahya

Hah... Abang Wan! Baru balik ya? jerit Hanis Humaira lantas membuka langkah wrestling. Terkial-kial Izuan cuba melepaskan diri. Natasya Shakilla pantas ketawa. Mesranya hubungan mereka berdua. Agaknya hubungan Hanis Humaira dengan Ayez mesti lebih rapat daripada ini, kan? Mira sakit tengkuk Abang Wan macam ni! Adeh nak tercabut dah ni! Ha ha ha! Ketawa Hanis Humaira semakin kuat melihat Izuan cuba kontrol macho di hadapan Natasya Shakilla. Pegangannya dilepaskan. Sudahlah, Abang Wan nak naik mandi. Siaplah Mira nanti ugut Izuan. Nice to meet you, Asya! ucapnya sebelum mendaki anak tangga. Sebaik sahaja kelibatnya tidak kelihatan, Hanis Humaira mengajuk ucapan abang sepupunya. Sudahlah tu, Mira it sounds funny to suit you, tegur Natasya Shakilla. Tumpuannya kembali diteruskan untuk membancuh air yang terbengkalai sebentar tadi. Rapat betul Mira dengan Izuan tukan? Alah... Abang Wan tu suka sangat menyakat Mira! Geram betul!!! Kak Asya tengok, Mira yang nakal sebenarnya. Dah terbiasa la Kak Asya. Dia pedajal Mira, Mira balas balik and so on jawab Hanis Humaira bersahaja. Masa Izuan mula-mula sampai dulu, dia taklah rapat macam ni. Tapi lama-kelamaan... entahlah, rapat dengan sendirinya, dah macam abang sendiri pulak! Bahkan lebih daripada abang sendiri. Yalah, dah abang sendiri punya la serius perangainya!

47

Hot Gimmick

Ermmm... Natasya Shakilla ingin menyoal tentang Ayez, tetapi belum sempat dia membuka mulut, lidahnya terasa kelu sendiri. Lastnya jadi soalan lain. Ma... mana cermin mata Kak Asya tadi? Mira dah jual kat India yang beli besi buruk tadi, gurau Hanis Humaira. But my specs are made from plastic, bukan besi. So, macam mana penjual besi buruk tu boleh berminat dengan barangan plastik pulak? Bibirnya mula membalas loyar buruk Hanis Humaira. Dah orang jual, kita beli la. Yalah.. macam spek Betty La Fea, tau! Tak ada standard langsung! Dengarnya tinggal kat luar negara, mau la jadi orang yang bergaya sakan ke... tapi ni terbalik pulak. Cermin mata ketinggalan zaman tu jugak yang dipakainya! omel Hanis Humaira, cuba mengorek rahsia Natasya Shakilla yang belum diketahuinya. Adek Mira sayang I wore contact lens masa kat Australia. Bila sampai sini, rasa macam nak tukar fesyen pulak. Salah ker...? Tak ada salahnya! Cuma... Mira rasa Kak Asya macam nak letak pagar kat sekeliling diri akak tu aje... supaya tak ada orang yang akan mendekati akak. Lebih jelas lagi, tak nak orang sukakan akak. Orang sekarangkan pentingkan dunia semasa ujar Hanis Humaira, perlahan namun cukup jelas di pendengaran Natasya Shakilla. Kakinya mula dihayun ke halaman belakang. Jomlah Kak Asya! jeritnya. Natasya Shakilla cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaannya dengan senyuman, tanpa menyedari senyumannya tidak lebih daripada sekadar senyum kambing. Payah untuk akak ceritakan apa yang pernah

48

Shasfa alyahya

menimpa akak masa di Australia dulu, Mira. Terlalu banyak pahit manisnya dan akak tak nak ia berulang untuk kedua kalinya. Tak mahu!

OH, Ah Kam. Tak balik lagi? Miss Jane, baru nak bertolak balik. Miss Jane ada kelas tambahan ke? Miss Jane tersenyum. Apabila terlihat pelajar kesayangannya, dia terus menyapa. Lagipun Harizd kelihatan tidak bersemangat langsung ketika berjalan merentasi pintu pagar sekolah sambil mengelek motornya. Diri dia yang tercongok di depan ini pun Harizd tidak nampak. Form three students. Lagipun data-data disiplin belum dikemas kini lagi. Well, you knew our last years rules dah banyak yang berubah, kan? Harizd mengangguk. Masakan dia tidak tahu padahal dialah yang bertanggungjawab memberikan cadangan tersebut, mandat yang sepatutnya diberi pada AJK PIBG sekolah. Disebabkan hal tersebutlah, dia dikenali sebagai Mr. Strict, Mr. Perfect dan banyak lagilah gelaran yang diberikan kepada pelajar sekolah ini. They have to accept these, for the sake of this school! tegas Harizd Yes, thats what I like about you, Ah Kam. So, dont forget tomorrows assembly. Sempat Miss Jane mengingatkan Harizd tentang perlantikan esok. Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. My fianc dah sampai. Got to go, Ah Kam! And please avoid from stress, okay?

49

Hot Gimmick

Dont worry, I will, jawabnya. Kereta yang dinaiki oleh gurunya yang berbangsa Cina itu meluncur laju di tengah jalan. Sejak dahulu lagi guru peramah itu suka memanggilnya Ah Kam. Jadi, tidak menghairankan jika semua orang mengatakan Miss Jane tu ibu angkatnya, sedangkan umur Miss Jane baru mencecah tiga puluh tahun. Harizd melirik jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul enam suku. Tanpa berlengah, enjin motornya dihidupkan. Problems are always near us but make sure you are tough enough to face them. Tiba di lorong menuju ke rumahnya, motosikalnya berselisih dengan sebuah kereta sebelum membelok masuk ke pekarangan rumah. Harizd tergerak untuk meneliti siapakah pemilik kereta tersebut. Warga Villa Firdaus masih lagi berada di halaman rumah ketika Harizd memarkirkan motornya bersebelahan dengan motor Izuan. Tangan umi dan abahnya disalam. Siapa yang datang tadi, mi? soalnya. Sepatu hitamnya dibuka lalu disusun di atas rak yang tersedia. Asya. Dup!!! Tangannya yang sedang membuka stoking, berhenti tiba-tiba. Perlakuannya menjadi kaku. Segala-galanya dirasakan tidak kena. Hanis Humaira yang perasan perubahan mendadak abangnya segera menyampuk, Kak Asya tu baik betul. Sama aje macam dulu, dah la makin cantik, kan umi? Uhmmm... makin berkenan pulak saya tengok, bang!

50

Shasfa alyahya

Kamu ni... masanya lambat lagi! Encik Hizbullah mengingatkan. Kedua-dua suami isteri itu menapak masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang hanya difahami oleh mereka. Budak-budak apa tau? Harizd masih lagi di situ. Perlahan-lahan stokingnya dibuka, diperhati oleh Hanis Humaira yang masih tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditunjukkannya. Ummm... abang tak rasa apa-apa ke? soalnya. Harizd mencampakkan stokingnya ke tepi. Tanpa menghiraukan Hanis Humaira, dia terus menapak masuk ke dalam rumah. Hanis Humaira mencebik. Dah marah la tu.... Belum sempat Harizd mencecahkan punggungnya ke katil, Izuan terlebih dahulu menyapa. Apa lagi kalau bukan menambahkan beban fikirannya. Yez, aku dah tengok dia! ucapnya bersahaja. Sejadah yang digunakan, dilipat lalu disimpan ke tepi. Riak Harizd langsung tidak terusik mendengar bicara sepupunya. Kotnya dibuka dan disidai cermat. Kau tahu tak, macam mana dia sekarang ni? Dia dah tak tembam macam dulu dah. Badan dia fuh! Macam model beb! Hey, kau dengar ke tak ni? Izuan geram melihat tingkah Harizd. Harizd malas melayan sepupunya yang bersifat buaya tembaga tu, walaupun hatinya turut terusik mendengar perihal gadis tersebut. Kalau Si Iwan boleh tahu badan dia macam model, maknanya cara pemakaian dia satu, dua butang bajunya dibuka sebelum badannya direbahkan ke atas katil.

51

Hot Gimmick

Izuan kehilangan kata. Badan Harizd yang mengiring menghadap dinding dipandang sepi. Harizd, kau perlu belajar kembali bagaimana caranya mengawal perasaan kau tu. Kau berjaya dalam semua perkara yang kau ceburi, tetapi dalam soal hati dan perasaan, you are a loser! Yez, aku nak turun dulu. Cepatlah mandi dan solat, dah masa makan malam ni! usul Izuan sebelum berlalu. Harizd tetap tidak berganjak. Macamlah Izuan tidak tahu dia selalu menunaikan solat di sekolah sebelum pulang ke rumah setiap hari. Bunyi keriutan pintu yang tertutup membawa bersama hatinya yang sudah pun terkatup. Tiada kunci lagi yang dapat membukanya. Sekalipun ia diketuk, tidak mungkin pintunya akan terbuka. Takkan!

HES quite strict. And you know what? I hate him very much! No! No! Ill never like him! How are the others? Me too Ryann what? Okay. Hey, got to go now. Well chat, kay? Dont ever tell Ryann about this, please! Thanks. Ill do. My parents too. Bye. Gagang telefon diletakkan kembali ke tempat asalnya dengan senyuman yang melebar. Sudah lebih sebulan dia tidak menemui rakan-rakannya. Hatinya mendendangkan alunan penuh kerinduan yang memutikkan sebuah ingatan yang kental terhadap teman-teman yang dicintai. Amboi... amboi... amboi... Berseri-serinya muka

52

Shasfa alyahya

lepas berbual kat telefon tadi? tegur Puan Jalina dengan selamba. Natasya Shakilla membalas dengan sengihan mendengarkan tone suara mamanya seolah-olah memerli. Mana taknya dekat empat puluh minit jugak dia berbual di telefon. Dahlah kos panggilan antarabangsa mahal! He he he... biarkan, tak luak pun harta dia orang. Mr. and Mrs. Flarkindson kirim salam. Salam mama dan papa pun Asya dah sampaikan, beritahu Natasya Shakilla sambil melabuhkan punggung bersebelahan papanya yang sedang khusyuk mendengar berita TV3. Pandangannya turut sama ditala menghadap televisyen. Berita kematian seorang kanak-kanak dalam keadaan yang mengaibkan benar-benar mencuit hatinya. Manusia hari ini memang kejam. Even children yang tidak tahu dosa pahala pun dibunuh. Agaknya bila anak pembunuh itu sendiri dibunuh, barulah dia rasa macam mana pedasnya cili kalau terkena lidah. Kedua-dua belah kakinya diangkat, mencari kedudukan yang selesa. Belum pun sempat keselesaan menjalar ke seluruh tubuh, tangan mamanya sudah pun hinggap di paha kanan. Apa lagi, dia terus menjerit sakit. Remember youre not in Australia anymore. So, please behave yourself! Natasya Shakilla mencemikkan wajah, tidak berpuas hati. Hah, elok sangatlah perangai lepas laku macam tu. Kalau pergi kat rumah orang, dipanggil anak dara tak beradab, tau? Sini Malaysia, bukan oversea lagi. Kita ada adab, ada budaya yang kita kena patuhi. Dont tell me youd forgot all the lessons? bebel Puan Jalina.

53

Hot Gimmick

Natasya Shakilla mencapai kusyen kecil di belakangnya lalu menekup muka. Argh... mula lagi mak cik bebel ni! Sejak menjejakkan kaki kat sini, nak buat tabiat lama sikit pun tak boleh. Itu tak bolehlah... ini tak kenalah... huh, bapak segala boring! Tengoklah tu! Cakap mama ni sikit pun tak nak dengar. Mama bagi nasihat untuk kebaikan Asya jugak. Mama tak nak pisang berbuah dua kali. Hei, kamu dengar tak apa yang mama cakapkan ni, Natasya Shakilla? Puan Jalina mula panas hati melihat sikap anaknya. Itulah satu-satunya anak bongsu yang dia ada. Kalau tak sayang.... Dengar la mama sayang! Huarghhh Asya dah mengantuk la. Im off. Melihat tangan ketam mamanya mula mencari sasaran, cepat-cepat dia menyusup ke sebelah papanya. Mana taknya, sempat jugak dia beraksi gaya menguap, siap dengan bunyinya lagi. Tak manis betul!!! Ha ha ha. Tawa Natasya Shakilla meresik hampir ke segenap rumah. Sasaran tak tercapai!!! Melihat reaksi tidak puas hati mama, papa cepatcepat menyampuk, dahlah tu, mamanya. Dah tabiat dia macam tu. Lama-lama nanti berubah jugak anak kita yang sorang ni. Dah, meh duk sini meh! Encik Emran menepuk kusyen di sebelahnya. Dalam akur, mulut mamanya masih tidak berhentihenti membebel. Hah, nak romantiklah tu! Eiii... meluatnya! Tanpa membuang masa, Natasya Shakilla terus ke biliknya. Bibirnya tetap menguntum senyum melihat kemesraan kedua-dua orang tuanya.

54

Shasfa alyahya

DI PARA VILLE pula, saat semua penghuninya sedang dibuai mimpi indah, seorang hamba Allah masih berada di atas hamparan sejadah, masih setia sujud kepada-Nya dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Subhanallah, alhamdulillah. Walailahaillallah. Bibirnya dibasahkan pula dengan kalimah Allah. Allah... Allah... Allah... tubna ya Allah... warajana ya Allah... wanadimna ya Allah... Allah... Allah... Ya Allah.... Usai berzikir, kitab suci al-Quran dicapai lalu beralunlah ayat-ayatnya dengan penuh syahdu. Tatkala pembacaannya menyentuh surah al-Hujuraat ayat sembilan yang bermaksud: Jika dua golongan di antara orang Mukmin berperang-perangan, hendaklah kamu perdamaikan antara keduanya. Maka jika salah satu keduanya aniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang aniaya, sehingga ia kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali, hendaklah perdamaikan keduanya dengan keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil. Sungguh Allah mengasihi orang-orang yang adil. Pembacaannya terhenti. Ya Allah, mampukah hamba berlaku adil terhadap anak-anak buah hamba selepas hamba memikul amanah nanti? Semoga hamba terhindar dari sifat syaitanirrajim. Terangilah hamba dengan jalan kebenaran, jalan yang Kau redai, Ya Rabbul izzati.

55

Hot Gimmick

Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang saudaramu dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong apabila lewat ayat sepuluh dibaca. Ya Allah, maha besarnya rahmatMu. Sungguh Engkau maha mengetahui apa yang tersurat di dalam hatiku. Ya Allah, berdosalah aku mengingkari kalam-Mu, sedang aku memalingkan wajah daripada saudaraku sendiri. Ampunilah kesalahanku, ya Rabb. Disebabkan kesalahan kecilnya aku menghukum dia. Ikatan yang terbina sejak bertahun lamanya tidak langsung memujuk hatiku yang degil. Sesungguhnya aku sedar kami bertemu dan berpisah kerana-Mu, Ya Rahim. Maafkanlah kesalahanku.... Tubir matanya yang bergenang mutiara diseka sebelum sempat menuruni pipi. Begitu mudahnya hati akur akan perasaan. Begitu mudahnya perasaan lebur dalam keimanan. Dalam sekelip mata hati dipermainkan, mudah pula dilentur dek ketakwaan. Subhanallah. Dalam diam hatinya berbisik, aku silap, Mier!

56

Shasfa alyahya

bab 6
What a strict headboy! Putera yang bestari, mengapa lari daripada hamba? Bantal peluknya dirangkul erat. Ketawanya yang manja kedengaran namun matanya masih terpejam rapat. Tuanku...! Secara automatik matanya terbuka. Cahaya mentari yang berlari di celah-celah langsir menyilaukan mata. Jam loceng di atas meja bersebelahan katilnya direnung dalamdalam. Pukul tujuh, tujuh belas? Arghhh!!! Dia mula bingkas. Hilang terus mimpinya sebentar tadi. Kelam-kabut dia berlari ke bilik air. Nasib baik dia menstruation hari ni. Kalau tak... alamatnya pukul lapan pun dia masih berlari kat atas jalan raya lagi. Tanpa mandi yang selengkapnya, dia terus

NOCK! KNOCK!!! Ish apa bising pagi-pagi buta ni? Kacaulah!

57

Hot Gimmick

berpakaian lalu turun. Kelihatan mama dan papa sedang enak menjamu nasi goreng sambil menonton berita pagi. Ya Allah... sempat lagi dia orang menonton TV? Mama! Apesal tak kejutkan Asya? Oh, Asya? Dah bangun pun, jomlah makan sekali, ajak papanya dengan senyum meleret. Hah, nak perlilah tu! Thanks but no thanks. Im sick of going late! Pegi dulu! jeritnya sambil berlari ke pintu rumah selepas menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Cepat-cepat dia menyarung kasut manakala stokingnya disumbat di dalam beg. Pakai kat sekolah lagi baik! Basikal dikayuh selaju mungkin. Harap-harap la pengawas besar tu tak jaga pintu pagar sekolah hari ni. Kalau tak, mampus aku!!! Tepat-tepat waktu dia membelokkan basikalnya di simpang tiga kawasan perumahan tersebut, sharp timing, seorang pemuda yang entah dari mana munculnya hampirhampir dilanggar oleh basikal Natasya Shakilla. Waaa! Debuk!!! Tau-tau aje dia sudah terduduk di atas jalan raya. Astaghfirullah! Natasya Shakilla mula berasap, sementelah bibirnya menahan kata-kata untuk menyembur sesiapa aje. Automatik tangannya menggosok pinggulnya yang sakit. Perit betul punggungnya, namun perit lagi hati yang tengah menggelegak sekarang ni! Sorry, my worth mistake! Benda pertama yang Natasya Shakilla lihat tatkala matanya dibuka kembali adalah tangan sasa seseorang yang

58

Shasfa alyahya

disua ke arahnya. Perlahan-lahan wajahnya didongak menatap siapakah gerangan orangnya. Mat saleh mana pulak ni? Matanya mula melilau dari atas ke bawah dan ke atas semula. Cedera ke? Mak aiii, fasih pulak bahasa Melayunya! Pantas kepalanya digeleng. Tangan yang dihulur tidak bersambut, sebaliknya dia cuba berdiri sendiri. Adui! My leg mesti dah terkehel ni. Tak banyak, sikit mesti ada. Errr... terseliuh ke? Cik. Hmmm seems like okay, look! Im fine, really thanks! ucap Natasya Shakilla sambil berlagak tiada apa-apa pun yang perlu dirisaukan. Siap dengan gaya semua. Wajah risau pemuda di hadapannya mula kendur namun tiada secalit senyum pun yang terbit di bibirnya. Natasya Shakilla tiba-tiba tersentak. Pantas jam di pergelangan tangannya dikerling. Pukul lapan dua puluh!!! What the??? Natasya Shakilla mula menggelabah, teringat pandangan tajam pengawas besar yang sedia menantinya di pintu pagar hadapan dan hukuman yang bakal diterimanya nanti. Mak!!! Aduh...! Mati aku camni!!! Strict headboy punya muka macam bapak singa tu mesti dah tercongok kat depan pintu pagar! Waaa... malangnya nasib aku!!! Tanpa sedar, bibirnya mengomel sambil membetulkan letak duduk basikal. Tanpa membuang masa, basikalnya dikayuh pantas. Tup-tup belum sampai pun dua meter, dia berundur semula. And still mat saleh itu masih berdiri kat situ.

59

Hot Gimmick

Sorry for all these nonsense things youve got. Its my stupid mistake. Malaysia is a peaceful country to travel. So, ehek... enjoy yourself, sir! Gotta go, excuse me! Apa yang aku melalut tak tentu pasal ni? Whatever la, asal dia tak marah aku sudah. Hisy, hampir-hampir aku langgar pelancong sini. Buatnya orang penting, macam mana? Sempat Natasya Shakilla berpaling ke arah pemuda itu yang kelihatannya masih terpinga-pinga. Natasya Shakilla tersenyum geli hati lantas segera memecut ke sekolah. Sampai kat pagar sekolah aje, keringat sudah memandikan tubuh Natasya Shakilla. Alamak!!!

EIII, tengoklah tu... masa berucap gaya dia memang berkarisma habislah! Eisy, pelan-pelanlah sikit, Ari. Kang minah-minah ganas sekolah ni dengar kang, mati kau. Alaaa, Roki. Cuba tengok bebudak pompuan kat sekeliling kita, arah Arienna. Ruqyah akur. Apa? Hampir sahaja dia tergolek ketawa kat situ, sekarang ni jugak! Tengoklah para pelajar perempuan khasnya freshie yang baru masuk. Memang bersinar habis mata dia orang semua. Ruqyah tersenyum sambil menggeleng-geleng perlahan. Ni tak datang sorang lagi mamat darah campur 3K, agak-agaknya tak studi la jawabnya girls kat sini! Kidz....

60

Shasfa alyahya

Alamak! Roki... Suara Arienna yang tenggelam timbul tu mematikan khayalan Ruqyah, diganti pulak dengan rasa tak sedap hati. dan contoh pelajar yang terlalu mengikut disiplin yang telah saya sebutkan sebentar tadi ternyata sudah terang lagi bersuluh. Di hadapan pintu pagar sekolah kita sekarang ni adalah salah satu contoh terbaik yang boleh diteladani oleh para pelajar. Sedangkan kelas sepatutnya bermula tepat tujuh empat puluh lima, masih terdapat pelajar yang tersalah set masa, lapan empat puluh lima! Kata-kata Harizd tepat menikam jantung seorang hamba Allah yang pastinya sedang menjadi perhatian semua warga sekolah. Senyum sinis dan tawa sudah mula meniti di bibir para pelajar. Sebilah belati yang tajam mula dilempar dan... Zuppp! Tepat menembusi jantung Natasya Shakilla.

HARIZD meliarkan mata memandang sekeliling. Dia bagaikan cacing kepanasan menanti ketibaan someone. Ya Allah... mana dia ni? Yez! tegur Izuan bersama tepukan kecil di bahu Harizd. Kau cakap dia nak datang hari ni. So, where is he? Even bayang dia pun tak nampak! rungut Harizd. Badannya disandar pada pagar. Beberapa orang pelajar yang masih berkeliaran di kawasan perhimpunan segera diarah ke kelas. Haah, kecuali seorang pelajar yang

61

Hot Gimmick

didenda membersihkan kawasan perhimpunan sebentar tadi. Ada ke patut masa dia tengah berucap, ada lagi pelajar yang lewat? Dah tu, stoking entah ke mana, lencana lagilah tidak kelihatan. Geram betul dia dengan gadis yang sering mendatangkan masalah tersebut. Omelan Harizd yang tidak kedengaran, lenyap terus tatkala terpandangkan kelibat BMW berwarna hitam metalik yang semakin hampir. Kereta mewah itu berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Seketika, wajah yang telah lama dinanti muncul jua akhirnya. Assalamualaikum. kedengaran. Ucapan salam pertama

Waalaikumussalam, Encik Amierul Mukminien Carl yang dinanti penuh dengan kesabaran. Howre you? Izuan memeluk erat rakan baiknya. Fine, alhamdulillah! Baik kau cepat pergi tegur kawan kau tu. Sejak tadi lagi macam ayam berak kapur aje aku tengok, bisik Izuan sebelum melepaskan pelukannya. Amierul Mukminien akur. Perlahan dihampiri. Tentang pemergian aku dulu... Harizd

No, Mier. Tak payah ungkit. Aku dah lupakan. Lagipun, salah aku jugak kerana emosional sangat. Errr... friends? ujar Harizd lantas menghulurkan tangannya. Amierul Mukminien membalas huluran itu. Izuan tersenyum lebar melihat persahabatan keduadua temannya sudah kembali terjalin. Mereka bertiga terus berbual sambil melangkah masuk ke pekarangan sekolah.

62

Shasfa alyahya

Ketika melewati kawasan perhimpunan, kaki Amierul Mukminien berhenti melangkah apabila terlihat Natasya Shakilla yang sedang leka menyapu sampah. Ei, Mier! Tengok apa? Berkenan ke? usik Izuan dengan lirikan nakalnya. Thats her penalty for coming late to school, terang Harizd dengan riak kurang senangnya. Dilihatnya gelengan Amierul Mukminien yang seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakannya. Lebih mengejutkan, temannya itu mula melangkah menghampiri gadis itu. Dahi Harizd mula berkerut. Dengan nafas yang berat, dia mengekori. Strict headboy, tak berperikemanusiaan! Sombong! Singa garang! Natasya Shakilla benar-benar geram. Dan rasa geram itu dilepaskan dengan penyapu di tangannya. Sampah-sampah terus disapu dengan kasar. Tanpa disangka, tolakan terakhir batang penyapunya yang semestinya kasar, menyebabkan sampahnya tertolak deras, lantas hinggap di atas kasut seseorang. Alamak!!! Natasya Shakilla pantas mendongak. Hah? Dia? Mulutnya ternganga. Matanya dipejam celik beberapa kali untuk menetapkan kesahihannya. Macam mana mat saleh ni boleh muncul kat sini pulak? Lebih meningkatkan tahap degupan jantungnya, apabila matanya menangkap kelibat pengawas besar dan Izuan. Alamak! Konfrontasi apa pulak ni? Dia orang buat pakatan sedunia ke? Dahlah sesedap rasa aje menyumpah tadi. Dah, Mier. Tak perlu bazirkan masa dengan pelajar

63

Hot Gimmick

tak berdisiplin ni, tegur Harizd. Puan Khatijah tengah tunggu kat pejabat tu. Melihat Harizd berlalu pergi, melalui belakang sahaja sudah cukup membuatkan Natasya Shakilla meluat. Spontan bibirnya dicebikkan. Kalaulah tuannya nampak tu... Im sorry, ucap Amierul Mukminien. Ternyata dia berasa bertanggungjawab terhadap denda yang dikenakan ke atas Natasya Shakilla. Izuan yang mendengar berasa pelik. Belum sempat Natasya Shakilla membalasnya, Amierul Mukminien sudah berlalu pergi. Izuan sempat memandangnya dua tiga kali. Hairan ke? Aku pun tengah hairan sekarang ni.... Otaknya cuba dikerah sedaya upaya memikirkan apa yang mat saleh tu buat kat sekolah ni. Ei... bukan dia pakai baju sekolah ni ke tadi? Siap baju pengawas lagi! So, sudah terang lagi bersuluh la dia tu salah seorang pelajar sekolah ni jugak! Alamak! Malunya aku! Dah la sangka dia tu pelancong, tak pasal-pasal luah kat dia pulak tu! Argh... malunya!!!! Awak kat sana tu! Ngeee...??? Ya! Awaklah, Shakilla! Puan Haslinda menggamit Natasya Shakilla. Sekarang ni masa saya. I dont like my students absent during my class. So, come. Tertinggal kamu nanti. Train saya express punya tau! Natasya Shakilla tertawa senang. Untungnya ada cikgu yang sayang kat student.

64

Shasfa alyahya

Cepat-cepat langkahnya diatur agar dapat bergandingan dengan gurunya. Fail yang berada di tangan Puan Haslinda dibawa. Thanks. Saya tak faham la dengan awak ni, Shakilla. Awak datang dengan basikal, kan? Haah, kenapa cikgu? Yalah, pengangkutan sendiri dah ada, tapi sampai sekolah tetap lewat. Macamlah saya tak tahu rumah awak tu dekat aje. Just a stones throw away from school ni. Nak kata belum biasa dengan negara sendiri, sudah dekat sebulan kamu belajar kat sini. Natasya Shakilla tersengih mendengar bebelan guru kelasnya. Sebenarnyakan, cikgu... eh, errr saya bangun lewat. He he he. Aish, dah agak dah! Hai, budak-budak zaman sekarang cikgu harap awak dah dapat pengajaran selepas apa yang berlaku hari ni. Serik dah seloroh Natasya Shakilla. Puan Haslinda tersenyum sambil menggelenggelengkan kepala. Bunyinya macam nak buat lagi aje! Sebaik saja sampai di kelas, classmatenya sudah bersiap sedia untuk menyembur namun tidak jadi apabila Puan Haslinda ada bersamanya. Yeah, masa tu aje dia selamat! Sebaik sahaja waktu rehat tiba, Izuddin, kepala pengat kat kelas tu terus bertenggek di atas mejanya. Princess hours kita macam ayam panggang masa kat dataran tadi? soalnya dengan senyum nakal. Yang lain terus mengiakan. E-ju, kau jangan nak mula.

65

Hot Gimmick

Kill, tak pasal-pasal kau glamour kat depan tadi. Apa petua kau, hah? sampuk Naeem. Natasya Shakilla pantas mencebik. Petuanya... tidur lewat-lewat, bangun lewat-lewat. Apa macam, boleh follow up tak? Layan jangan tak layan. Tak nak la aku kau tak apa la, dah ada semacam aura yang setanding dengan headboy tu. Yalah macam aku tak tahu kau perang besar dengan dia minggu lepas, kan? Okey! Aku boleh jadi saksi masa kat depan gate hari tu. Fullamak... merah terus muka headboy masa tu. Gua respect beb! Natasya Shakilla menjulingkan matanya. Makin dilayan makin menjadi. Aiii Akhirnya, Arienna dan Ruqyah jugak penyelamat antarabangsanya. Kelam-kabut dia orang lari ke kantin. Sampai aje di sana, dia orang terus menghamburkan ketawa masing-masing, langsung tidak menghiraukan pandangan kurang senang para pelajar yang lain. Kemudian mereka terus membeli makanan. Lega betul hati Natasya Shakilla melihat para pelajar yang tidak menghiraukan kehadirannya. Yalah... mana tahu dia orang pakat serang dia ke... bukan secara fizikal pun, secara mental, boleh apa? Yang pastinya, sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas bangku, Natasya Shakilla terus diserang dengan pelbagai pertanyaan. Hai... lari dari mulut harimau masuk pulak mulut buaya! Wait, wait! One by one, okay? potongnya. Firstly, I wanna ask you, pukul berapa kau bangun

66

Shasfa alyahya

pagi-pagi, eh? soal Arienna sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut. Emmm sekitar seven oclock or past few minutes. Why? Ya Rabbi... Eh, subuh kau macam mana? Subuh gajah, ek? Natasya Shakilla hanya tersenyum sebagai jawapan. Memang terang-terang mengiakan kata-kata rakannya. Mengekek ketawa Arienna mendengarnya. Ha ha ha...! Bagus betullah kawan aku yang sorang ni! Tapi jaga juga waktu solat kau, tak pasal-pasal kau sembah syaitan kalau solat dalam waktu yang diharamkan tau! Cup, cup... apa perasaan kau semasa semua mata terarah kat kau tadi? Natasya Shakilla menjulingkan mata. Dah macam reporter pulak kawan-kawannya bertanya. Tapi memang betul pun, Arienna wartawan sekolah. Tugas tersebut memang sesuai sangat dengannya yang banyak mulut dan songeh itu! But I beg you, Ari. You dont ask this for an article, do you? Alaaa citer tak laku macam ni mana boleh kasi masuk punyalah banyak songeh pulak! Hah, yalah tu perli Ruqyah. Arienna mencemik. Well, as you know la... masa tu kalaulah aku boleh melompat ke atas astaka tu, dah lama dah aku tenyehtenyehkan mulut dia yang suka sangat bagi arahan tu! Natasya Shakilla membuat humor. Peristiwa yang memalukan pagi tadi kembali berputar di dalam benaknya. Huh, itulah first time dia rasa malu sesangat.

67

Hot Gimmick

Rakan-rakannya mencebik sinis. Alah, cakap aje besar. Bila kat depan headboy, takkan berani punya nak naik tocang tu. Bukan ke headboy ramai pelindung! Cepatlah cik kak, dah lewat dah ni, tegur Ruqyah. Mereka bingkas bangun lalu bergandingan ke kelas. Baru sahaja kaki melangkah satu anak tangga, kaki Natasya Shakilla berhenti. Matanya menangkap kelibat seorang pelajar. Erk... korang pergi dulu la, ek? Aku ada hal yang perlu disettlekan dengan kadar segera. Excuse me. Arienna dan Ruqyah memerhatikan kelibatnya yang semakin menjauh. Apabila sudah pasti arah tuju Natasya Shakilla, mereka pantas berpandangan. Bukan ke tu.... Hey, awak! panggil Natasya Shakilla. Pemuda yang sedang leka menaip sesuatu di atas komputer ribanya pantas berpaling apabila merasakan dirinya sedang dipanggil. Wajahnya terpamer garis kehairanan. Yes, you! Can we have a talk? In a couple of minutes? pintanya. Pemuda itu memandangnya beberapa ketika sebelum memandang pada kerusi kosong di hadapannya, membenarkan Natasya Shakilla duduk. Thanks! I just wanna ask you a question. You cakap sorry masa kat perhimpunan tadi, kan? Kenapa? I caused the accident. Berkerut kening Natasya Shakilla. Accident? Yang pagi tadi tu ke? But I dont think so. It was my fault actually. Saya yang nak cepat sangat ke sekolah. Rasa bersalah kat awak pun belum habis lagi. Alih-alih, awak pulak yang mintak maaf kat saya. Haiii luahnya kesal.

68

Shasfa alyahya

Hmmm... kelewatan awak tu kerana saya jugak. Natasya Shakilla tersengih. Kelewatan? Jawapan pemuda itu benar-benar lucu baginya. Dan apa lagi, tanpa dapat ditahan, ketawanya terhambur keluar. Ha ha ha youre so funny. Ha ha ha... Im sorry. Ha ha ha... saya rasa kita kena buat deal la. Deal? Natasya Shakilla mengangguk. Dilihatnya pemuda itu langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Senyum pun tidak. Namun rasa hairannya pantas ditolak tepi. Mungkin juga pemuda itu pelik dengan sikap yang ditonjolkan sebentar tadi. Apa boleh buat... first time dengar jawapan yang begitu. Ingatkan dia nak jawab saya yang sebabkan awak lewat atau yang sama waktu dengannya. Kelewatan? Ia sesuatu yang melucukan, bukan? Yup! Awak dah minta maaf kat saya. Now, its my turn to say that. Im sorry. Maaf kalau ada apa-apa kesulitan yang terjadi disebabkan saya. He he he saya ni cuai sikit. And lagi satu, kalau awak terdengar saya merapu tak tentu pasal tadi, harap dilupakan aje, okey? Merapu? Hesy, dia ni. Takkan nak suruh aku ulang kut? Hiii... terpaksa la ni! Errr... pasal... pasal saya panggil awak tourist pagi tadi. Siap promote Malaysia lagi. Pemuda itu tersenyum. Walaupun tipis tetapi senyuman itu berjaya membuat Natasya Shakilla terpaku. Wah... betul ke ni? Kali pertama aku nampak dia senyum! Pemuda tersebut senyumannya di sebalik buku. pantas menyembunyikan

69

Hot Gimmick

Melihat kelakuan pelik pemuda itu, ketawa Natasya Shakilla terhambur lagi. Kali ini betul-betul kuat sehingga berair mata dibuatnya. Serentak itu, loceng berbunyi nyaring. Natasya Shakilla pantas berdiri sambil mengesat tubir matanya. Nama saya, Natasya Shakilla. Better call me Killa. Ops, Asya! Natasya Shakilla memperkenalkan diri dengan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Tawanya masih bersisa. Pemuda Mukminien. itu turut berdiri. Mier Amierul

Hype! Natasya Shakilla memberikan tabik hormat. Mr. Mier, really nice knowing you! I got to go! Assalamualaikum! Haiii, baru nampak sopannya. Tadi bukan main lagi yerrr. Persis keanakan, Natasya Shakilla berlari-lari anak mendaki anak tangga. Fikirannya melayang, terbayang wajah rakan barunya yang sedang tersenyum. Agaknya berapa ramailah anak gadis kat sekolah ni yang cair dengan senyuman dia tu? Natasya Shakilla tertawa sendiri. Kakinya semakin laju melangkah. Entah di mana silapnya, kakinya tiba-tiba tersadung. Badannya yang hilang imbangan terasa melayang di udara sebelum terkena seseorang. Mereka akhirnya sama-sama jatuh di penjuru tangga. Hah, tu la! Gembira sangat...! Natasya Shakilla mengaduh sakit. Kepalanya yang pening-pening lalat dipegang. Matanya dibuka perlahan. Alamak! Aku jatuh atas badan siapa pulak ni? Kesian orang yang malang kena hempap ni....

70

Shasfa alyahya

Cepat-cepat dia berdiri. Jejaka yang menunduk itu memegang pinggangnya yang sakit. Mana taknya, kena hempap dengan badan lima puluh kilogram Cik Natasya Shakilla kita ni! Errr... maaf... awa.... kata-kata Natasya Shakilla serta-merta mati. Wajahnya pucat lesi. Hatta kalau ditoreh pisau sekalipun, belum tentu akan berdarah. Air liurnya diteguk perlahan. Kelat. Gulp!!! Matilah akuuu...!!!! Pemuda itu merenungnya tajam. Persis seekor singa yang sedang merenung mangsanya. Tak! Lebih teruk daripada tu! Mama!!!!

71

Hot Gimmick

bab 7
My fault, my ego. ARI ni memang betul-betul hari yang malang bagi aku. Apa taknya, mula-mula sekali aku terbangun lewat (sebabnya aku sendiri yang tidur lewat malam tadi, asyik sangat chatting dengan best friend kat Australia). Lepas tu, aku terlanggar sorang lelaki (aku ingat dia mat saleh... memang malu giler masa tu). And right after that, aku dimalukan pulak di hadapan ratusan mata apabila ditangkap kerana lewat (semua sebab mulut pedas pengawas besar tu! Geramnya!!! Benci betul!). Okay, stop! Lepas tu aku disembur pulak oleh rakanrakan dengan pertanyaan yang tak masuk dek akal (huiii... baru aku tau kehebatan dan kebolehan spy pelajar-pelajar kat sekolah ni. Nasib baik ada Puan Haslinda). Dan perkara yang baik sikit berlaku ialah aku bertemu dengan sorang rakan baru (actually mat saleh yang aku langgar tadi). Dia memang nice walaupun nampak

72

Shasfa alyahya

macam sombong sikit (tak apa kan aku boleh cope dengan anybody... accept pengawas besar tu. Dia? Please laaa!!!). Dan lepas tu, terjadilah perkara yang paling aku tak boleh terima sama sekali! Aku dah terjatuh dari tangga (semua nak cepat punya pasal) and at the nick of time aku terbawak sekali sorang mamat ni jatuh dengan akuuu...! Ingatkan siapa. Kalau mamalia boleh la minta maaf. Sekali tengok mamat liar. Siapa lagi kalau bukan headboy bighead tu.... Arghhh musuh ketat aku tu!!! Eee... apa la malangnya nasib aku hari ni.... Okeylah, stop kat situ. Jom sambung kita punya story tadi.

NATASYA SHAKILLA menggetap bibirnya kuat-kuat. Mindanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mamat yang turut terlibat dengan eksiden tadi ialah musuh ketatnya. Kata maaf yang mahu diungkapkan sebentar tadi, digumpal semula lalu dilempar jauh ke hujung hati. Dia memerhati tingkah Harizd yang cuba berdiri dengan jerih payahnya. Urgh.... Suara Harizd kedengaran halus. Dadanya terasa sesak lantaran ditindih oleh Natasya Shakilla. Gadis itu memang sudah melampau! Kau... Suaranya tersekat. Tangannya dilekat ke dinding bagi menongkat badan agar tidak rebah. Kau memang tak habis-habis nak pedajal aku! Kalau dah tak berotak tu, buat apa-apa pun tak ada timbang-timbang langsung, kan?

73

Hot Gimmick

Sinis ucapan Harizd sambil menahan sesak di dada. Dia sudah tidak larat nak menjerit kuat-kuat. Lagipun, bukan banyak anak tangga yang tinggal untuk sampai ke atas. Satu dua aje lagi. Dalam masa hendak cepat-cepat hambat treat add math ni la dia terjatuh. Jatuh pulak disebabkan oleh kecuaian orang lain. Tengoklah tu, langsung tak rasa bersalah! Bukan reti nak mintak maaf pun! Aaa!!!! Hah, nak mintak maaf ke tu? At last boleh aku timbang dulu at last. Kau cakap aku tak berotak? Kau tak sedar ke aku tak sengaja, you hemoglobin!!! Kalau tak tahu usul periksa, jangan main tuduh-tuduh aje! Kau ingat kau headboy, aku takut ke? Bagi akulah, kau memang tak layak langsung pegang jawatan tu. Gila kuasa!!! luah Natasya Shakilla geram. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berlari naik. Sengal-sengal di badannya terasa hilang dengan sendirinya selepas berjaya meluahkan segala ketidakpuasan hatinya (walaupun tidak kesemuanya). Well, sekurang-kurangnya dia bersyukur adegan di tangga tadi tidak disaksikan oleh para pelajar yang lain, rasanyalah! Kalau tak, pasti teruk dia dikerjakan. Menurut Arienna dan Ruqyah, kumpulan Harizd ni ramai peminat fanatik. Hisy, dah macam sekolah kat negara barat pulak. Oh, ya! Kalau kat Jepun, tentu dia orang dah tubuhkan kelab peminat! Huh, whateverlah! Ketika Natasya Shakilla melangkah ke dalam kelas, gurunya belum masuk. Dia menghembuskan nafas lega. Guru sejarahnya, Puan Khatijah merangkap guru disiplin adalah seorang yang amat tegas. Hampir kesemua pelajar kelasnya

74

Shasfa alyahya

berasa gerun setiap kali dia melangkah masuk ke dalam kelas. Sesi pembelajaran pula menjadi sunyi, even bunyi benda jatuh pun kedengaran berdentum. Kali ni barulah dia merasakan nasibnya tidaklah semalang mana. Namun apa yang difikirkan tidak selalunya tepat. Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, Arienna dan Ruqyah yang berada di hadapannya terus berpaling. Nampaknya dia orang berdua sudah bersedia untuk menyoal siasat. Ya... ada apa kawanku berdua? Cikgu Khatijah mana? soalnya malas. Kepalanya dilentokkan ke meja. Kita orang dah kumpul banyak soalan untuk dikemukakan. Firstly, siapa mamat yang kau jumpa tadi tu? Second, korang dah lama kenal ke? Third, kau ada apa-apa relationship ke dengan dia? Fourth Wait! Wait! potong Natasya Shakilla. Setahu aku, polis pun taklah sekejam ni dalam bab menyoal. Apa punya banyak soalan la? Mana satu aku nak jawab dulu ni? protes Natasya Shakilla. Dagunya dipanggung dengan tangan agar berpandangan dengan rakan-rakannya. Mana-mana ajelah mamat tu macam familiar la... ujar Arienna seolah-olah berfikir. Hah, korang skodeng aku? Alaaa... jawablah Killa. Tak nak la sorok-sorok macam ni pujuk Ruqyah pula. Natasya Shakilla akhirnya tertewas jua. Tidak dapat tidak, kenalah dia ceritakan. Lagipun tak ada apa-apa yang perlu disembunyikan, bukan? As you all knew, aku lewat pagi tadi, kan? Haah. So?

75

Hot Gimmick

On the way datang sekolah, aku ada terlanggar sorang lelaki. Bukan langgar sangat, just sipi lagi nak kena. Dan orang tu ucapan Natasya Shakilla terhenti. Sengaja dia mencipta suasana suspense. Headboy? teka Arienna. Woit! Kalau dia, tentulah dia lagi lewat sampai daripada aku! marah Natasya Shakilla. Adhzarinna yang tengah khusyuk membaca pun berpaling seketika sebelum kembali meneruskan bacaannya. Maybe shes admiring him too. Lagipun, diakan pengawas! Sebenarnya boy yang aku hampir langgar tu ialah orang yang aku jumpa tadi. Tak sangka dia pun student sini. Tapi tak apa, aku pun dah berkawan dengan dia. His name is Amier, Amierul Mukminien. He he he... mati-mati aku ingat dia Englishman! Arienna dan Ruqyah terlopong. Adhzarinna terus menutup buku yang dibacanya. Wajah Natasya Shakilla dipandang tajam. Erk korang ni kenapa? Macam keramat aje nama tu? soalnya hairan. Absolutely yes, jawab Arienna hampir menjerit. Para pelajar yang terganggu, berpaling memandang dia orang. Si Izuddin pun apa lagi, terus menghayun kaki menghampiri meja sensasi Natasya Shakilla. What yes? soalnya sambil tersengih-sengih. Memang penyibuk betullah mamat sorang ni! Hes one of the 3K! ujar Arienna. Natasya Shakilla semakin hairan.

76

Shasfa alyahya

Izuddin pula semakin berminat. Jangan terburu-buru, Ari! Memang dah sure ke ni? Sure habis? Ruqyah seperti tidak percaya. Rambut dia merah? Dan mata dia stail redup? soal Adhzarinna yang sekian lama menjadi pendengar. Natasya Shakilla mengangguk mengiakan. Hei, girls... apesal serius pelik ni? Korang tengah cakap pasal apa? Izuddin terus-terusan menyoal. Dia yang tidak tahu hujung pangkal cerita semakin berminat untuk mengorek perkara yang sedang diperkatakan. Memang betul ujar Adhzarinna. Dia dah kembali. Prince Silent dari 3K dah balik! Argh betul ke ni??? Kelas 5Sc2 mula menjadi hingar-bingar. Ternyata berita ni betul-betul mengejutkan semua orang. Entah apaapa entah! Natasya Shakilla bertindak melarikan diri apabila semakin ramai pelajar ingin tahu. Sumber medianya siapa lagi kalau bukan saksi sendiri? Dengan alasan ingin ke tandas, Natasya Shakilla berjaya keluar dari kelas. Huh! Selamat.... Natasya Shakilla menghela nafas lega. Ketika melangkah ke tandas, matanya menangkap kelibat kumpulan 3K yang masyhur sangat tu. Jelas pada pandangannya rakan barunya, Amierul Mukminien bersama Harizd dan seorang lagi rakan mereka Izuan, berjalan ke bilik rehat dengan diiringi oleh Puan Khatijah dan Miss Jane. Memang betul... the apple of teachers eyes. Lebih tepat lagi, teachers pet. Hmmm hebat sangat ke pengaruh dia orang kat sekolah ni? Oh, ya... nikan sekolah swasta, elit lagi. Memang patut pun....

77

Hot Gimmick

Melihat Puan Khatijah melangkah ke arah blok kelasnya, pantas Natasya Shakilla kembali semula ke kelas. Rasa hendak ke tandas pun terbantut sama. Sampai ke kelas, dia terus memberi amaran yang guru Sejarah mereka sedang menghala ke mari. Apalagi, kelam-kabut classmatenya ke tempat masing-masing lalu membuka buku teks Sejarah. Membacalah konon-kononnya! Natasya Shakilla tertawa dalam diam melihat telatah rakan-rakan sekelasnya yang banyak perangai itu. Assalamualaikum! ujar Puan Khatijah sebaik sahaja melangkah masuk. Waalaikumusssalam, cikgu. Okey, duduk! Para pelajar akur. Natasya Shakilla perasan mata Puan Khatijah asyik melirik ke arahnya. Duduknya berasa serba tidak kena. Natasya Shakilla Emran Syakir, jumpa saya kat pejabat esok! Tiba-tiba sahaja Puan Khatijah memberi arahan kepada Natasya Shakilla. Semua mata memandangnya penuh hairan dan tanda tanya. Hah?

WAN, perlahan la sikit! Aduh! Serial monsters killer la kau ni! Ya, ya... aku betul-betul akan jadi binatang tu kalau

78

Shasfa alyahya

mulut kau tu tak berhenti-henti mengaduh. Tuan sikit punya garang, tapi bila sakit, mengaduh macam bebudak. Ha ha ha... aku rasa nak bagi tahu dekat semua pelajarlah kalau macam ni. Ha ha ha siap dengan gambarnya sekali sebagai bukti. Amacam? Agaknya macam mana la reaksi dia orang bila mamat garang ni buat muka sakit camni? Ha ha ha. Izuan semakin kuat mengasak. Suka benar dia dapat menyakat pengawas besar ini. Harizd menjeling tajam. Rasa nak terajang aje muka sepupunya yang seorang ini. Macam la dia tak dengar kutukan tu. Well, terasa la. Tapi aku heran la, macam mana kau boleh jatuh tangga dengan girl yang kau benci sangat tu? Maksud aku, yalah, seluas-luas sekolah ni korang mesti terjumpa jugak dalam sehari, luah Izuan. Harizd merengus geram. Teringat kat muka dia tu, darahnya terus mendidih, tak payah nak jerang air pun. Ya, seluas-luas sekolah, kenapa la kelas dia sebelah aje? Itu pun kau tak tahu ke? Diakan sama course dengan kau? Tak ingin aku nak mengaku sama course dengan budak rude tu! Biar betul weh? Ni dari mana kau dapat maklumat ni? Ingatkan... tak nak ambil tahu. Yalah... tengok muka pun dah menyampah! tukas Izuan. Kalau dah pegang jawatan tu, kenalah guna betulbetul, jawab Harizd berkias. Ketawa Izuan meledak kuat. Apa lagi kau tahu pasal dia? Nama penuh? Tarikh lahir? Alamat? Harizd mula buat muka toya. Dah mulalah perangai buaya tembaga dia tu!

79

Hot Gimmick

Aku tak berminat pun nak tahu pasal minah kerek tu. Yang pastinya, dia baru berpindah ke sini. Maknanya, sebelum ni, dia tak tinggal kat area ni la. Maybe somewheres village, jawab Harizd malas. Alaaa. Dah, stop! Aku tak nak kau kacau musuh aku tu. Nanti tak pasal-pasal kau ayat dia. Eh, tak ada topik lain ke kau nak cakap ni? Harizd mula bengang. Dahlah badan sakit-sakit, hati pun dah start sakit balik dah ni!

YEZ? Ya, mi? sahut Harizd pantas. Wajah uminya terpacul di hadapan pintu kamar. Lantas dia membetulkan duduknya. Dah okey ke? Ni umi bawakan ubat. La... tak payah la susah-susah, mi. Bukan teruk pun sakit ni. Yalah, sebab hati lagi sakit! Yalah tu. Umi tengok kau nak duduk pun berkerutkerut dahi dibuatnya. Bukan umi tak kenal anak sendiri! Harizd hanya mengorak senyum. Air ubat yang dihulur uminya disambut. Sempat dia menjeling Izuan yang tersengih-sengih melihat keningnya berkerut menahan pahit. Hah, kalau dengan ubat memang jatuh terus saham amarah abang garang kita ni. Dapat pulak dengan umi. Walau seteruk mana pun, dia takkan pernah melawan cakap umi. Habiskan air tu, Yez. Jangan membazir. Baik, mi.

80

Shasfa alyahya

Hah, tengoklah tu! Dah tak ada merungut macam dia buat dengan orang lain. Bercakap pun lembut. Izuan yang memerhati, menyimpul senyum yang hanya difahami oleh dirinya seorang. Kamu larat ke nak ke sekolah esok? Larat, mi. Nanti apa pulak kata cikgu kalau Yez tiba-tiba aje tak hadir? Suka hati kamulah, Yez! Puan Noraini mengangkat gelas yang kosong dan berlalu pergi. Segala keputusan diserahkan kepada anaknya. Are you sure, Yez? Too very sure!

NATASYA SHAKILLA BINTI EMRAN SYAKIR NATASYA SHAKILLA E. SYAKIR ASYAKILLA SYAKIR

NATASYA SHAKILLA merenung beberapa nama yang tertera di atas kertas yang disua ke arahnya. Mukanya beriak ingin tahu kenapa wanita separa abad di hadapannya begitu mengambil berat akan nama-nama tersebut. Boleh jelaskan berapa banyak lagi nama yang awak ada dan akan awak gunakan? Sinis pertanyaan itu pada pendengaran Natasya Shakilla. Dia mula tidak senang duduk.

81

Hot Gimmick

Dan yang mana satu nama yang terdapat dalam kad pengenalan awak, Cik Shakilla? Pertanyaan yang lain pula dilontarkan. Puan Khatijah benar-benar tidak senang dengan kelakuan dan tindak-tanduk pelajar di hadapannya. Nama yang didaftarkan pada pihak sekolah ialah NATASYA SHAKILLA EMRAN SYAKIR. Tetapi ketika beliau mengutip buku Sejarah semalam, nama yang tertera berubah menjadi ASYAKILLA SYAKIR. Tambahan lagi, rekod disiplin yang baru disemak pula tertera nama NATASYA SHAKILLA E. SYAKIR. Mana satu nama sebenarnya ni? Errr. Hesy, tak fahamlah saya! Banyak benar masalah awak sejak masuk ke sekolah ni. Minggu lepas awak buat hal dengan Hakkam. Sebelum itu nama awak tersenarai dalam pelajar yang sering didenda kerana lewat ke sekolah. Minggu ini pula awak tak siapkan kerja yang saya beri pada tarikh yang sepatutnya. Apa lagi masalah awak ni, Shakilla? Natasya Shakilla mula kecut perut. Dia langsung tidak berani mengangkat muka melihat wajah tegas guru di hadapannya. Apatah lagi Puan Khatijah mula mengungkit peristiwa yang berlaku minggu lepas. Selama seminggu jugalah dia mengelak daripada bertembung dengan Harizd, gara-gara kes jatuh tangga. Lepas tu, apabila cikgu disiplin kat depan dia ni panggil, dengan bodohnya dia buat tak tahu. Mesti Cikgu Khatijah bengang sekarang ni! He he he.... Minggu depan peperiksaan awal semester akan bermula. Saya perlukan penjelasan awak tentang nama-nama ni! Puan Khatijah mula bertegas. Emmm... nama saya dalam IC ialah Natasya Shakilla binti Emran Syakir, cikgu. E. Syakir tu singkatan

82

Shasfa alyahya

nama ayah saya. Saya suka gunakan nama Asyakilla Syakir sebab ia ringkas. Saya selalu gunakan nama tu dalam buku sekolah. Satu per satu dijelaskan mengikut kehendak Puan Khatijah. Dalam hati, batinnya berperang menegakkan kebenaran mengenai namanya. Apakah menjadi suatu kesalahan yang besar jika mempunyai nama pena sendiri? Lagipun, takkanlah nama singkatan sebegitu menyusahkan gurunya untuk membaca namanya? Sungguh dia tidak mengerti. Puan Khatijah seolah-olah memandangnya dengan pandangan yang merendahkan dirinya. Sampai begitu sekalikah pandangan guru ini terhadap dirinya? Bengang sampai tahap itukah? Lain kali awak mesti pastikan buku yang hendak dihantar kepada saya, tertulis nama mengikut kad pengenalan. Tentang kesalahan awak yang semakin menjadijadi sekarang, saya harap awak boleh kurangkan. Lagi satu, jangan cari pasal dengan Hakkam! Natasya Shakilla melangkah keluar dengan perasaan geram. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak memprotes setiap kata-kata gurunya. Puan Khatijah seolah-olah mengancamnya agar tidak mencari pasal dengan Harizd or Hakkam or whatever... Gruuup!!! Oh, laparnya perutku! Hampir setengah jam jugak dia menghadap Puan Khatijah. Itu masih dikira okey lagi kalau nak dibandingkan dengan minggu lepas. Habis satu sekolah tahu Harizd jatuh tangga disebabkan kecuaian seorang pelajar perempuan. Mujur juga identiti pelajar itu tidak diketahui. Akan tetapi dia terpaksa menadah telinga mendengar bebelan Puan Khatijah sehingga dia terlepas satu masa bagi subjek Bahasa Inggeris.

83

Hot Gimmick

Natasya Shakilla benar-benar tidak berpuas hati dengan sikap Puan Khatijah yang melebihkan Harizd. Baginya, membela adalah satu sikap berat sebelah yang jelas menonjolkan kelemahan guru itu sebagai seorang yang tidak adil. Well, mungkin kedengaran kejam tetapi itulah kenyataannya, bukan? Sebaik sahaja kakinya melangkah ke kantin, loceng kelas berbunyi nyaring. Natasya Shakilla terpaku di tempat dia berdiri. Arghhh... tensionnya!!! Dahlah tak sarapan tadi! Natasya Shakilla! Apa? balas Natasya Shakilla geram lantas berpusing ke belakang. Perasaan geram yang ingin dimuntahkan sebentar tadi terus mati sebaik sahaja melihat wajah redup Amierul Mukminien. Oh, Mier. Sorry... saya geram sangat tadi, ujarnya dengan nada yang mulai mengendur. Tiada lagi perasaan marah yang menghuni hati. Amierul Mukminien menguntum senyum nipis. Alahai Encik Amier, janganlah dikau buat aku tak lalu makan dan tak lena tidur malam ni. Rasa lapar tadi pun dah hilang terus! Jom! Sepatah sahaja ucapan yang terbit dari bibir itu namun sudah cukup untuk menarik hati Natasya Shakilla agar akur mengekori. Wherere we going? Class! jawabnya selamba. Oh, yeah of course. Takkan nak pergi kandang lembu pulak? Tau pun! balas Amier Mukminien selamba. I knew. Just cakap ajelah, Mier. No hard feeling,

84

Shasfa alyahya

okay? Its just a joke. Or better say, stupid joke, gumam Natasya Shakilla. Ucapan ni memang bodoh. Doesnt sound like that to me! Ha ha ha yeah! Hei, apa berat sangat ni? Ya, kenapa mamat ni tak ketawa pun dengar lawak bodoh tadi? Really so selamba? What a scum I feel! Dua potong sandwic yang elok berbungkus diunjuk kepada Natasya Shakilla. What...? Porti (untuk awak - bahasa Mexico), kata belum sarapan lagi. You heard? soalnya berat sambil teragak-agak menyambut huluran itu. Kuat sangat. Oh, no! What a mess it is so embarrasing! Chee thanks. What about you? Never mind, I have already had my breakfast. Natasya Shakilla mengerutkan dahi. Antara serba salah dan terharu dengan sikap prihatin Amierul Mukminien. Mier!!! Baru sahaja memijak satu anak tangga, nama Amierul Mukminien dilaung oleh seseorang. Natasya Shakilla amat mengenali suara yang dibenci tersebut. Melihat pemilik suara itu semakin hampir, pantas dia memberi sepotong sandwic kepada Amierul Mukminien. Thanks! Ill take one, ujarnya pantas berlalu. Sebolehnya, dia tidak mahu lagi melihat wajah yang tegas dengan anak mata yang tajam itu. Over my dead body! Mier, kata nak straight ke pejabat sebelum masuk

85

Hot Gimmick

kelas? Dekat lima belas minit aku tunggu! luah Harizd dengan wajah mencuka. Peluh dingin yang terbit dari liang roma dahinya dibiarkan mengalir. Amierul Mukminien mengerutkan dahinya. Ada ke? Oh, sorry, I met a friend. Heh, what a friend perli Harizd. Mereka mengorak langkah ke kelas. Amierul Mukminien tersenyum mendengar kalimah itu. What a friend that really makes me forget the world, even my best friend. Yeah, what a friend. Dia terbayang wajah kaget Natasya Shakilla tatkala mendengar suara Harizd. Peristiwa minggu lepas yang secara tidak sengaja disaksikannya berputar semula di ruang minda. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi di antara gadis itu dengan Harizd sehingga mendatangkan pertelingkahan yang besar di antara mereka berdua. Malah, beberapa orang pelajar yang ingin menggunakan tangga itu segera berpatah balik sebaik sahaja ternampak kelibat Harizd dan Natasya Shakilla yang sedang rancak bertelagah. Mereka langsung tidak menyedari Puan Khatijah juga turut menyaksikan keadaan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Harizd sebagai seorang pemimpin jika diketahui umum. Namun yang pastinya, kawan tetap kawan.

86

Shasfa alyahya

bab 8
Know more, like more. Eh, engkau ni dari planet mana, Killa? Dah namanya periksa, tentulah masa dia padat dan berpatutan! sangkal Arienna. Macam ni padat dan berpatutan? Macam ni? soal Natasya Shakilla sambil menyuakan kertas betul-betul di hadapan Arienna. Matanya sudah membuntang luas. Arienna menghela nafas sambil memandang jadual peperiksaan tersebut. Dua subjek satu hari, biasalah tu! Dalam masa seminggu boleh habis dah. Sudahlah tu, Killa. Kenapa awak terkejut sangat ni? Lebih baik awak studi apa yang patut memandangkan exam tu mula esok, ucap Ruqyah. Matanya tidak beralih dari helaian kertas yang berada di tangannya sejak tadi. Natasya Shakilla menggetap bibir.

H, no! Padatnya jadual ni biar betul?

87

Hot Gimmick

Tapi esok second rate dia add math. Thats why were here! jawab Arienna dan Ruqyah serentak. Natasya Shakilla buat muka toya. Sudahlah Hi, girls! Hows study? Okey! Beres! jawab Arienna dan Ruqyah serentak. Yalah tu bisik Natasya Shakilla perlahan. Puan Jalina menatang dulang berisi orange juice dan kek dengan berhati-hati. Senyuman mekar sentiasa meniti di bibirnya. Serve yourselves, ujar Puan Jalina sambil meletakkan dulang di atas meja. Dia turut melabuhkan punggung di sisi anaknya sambil berkata, macam mana Asya kat sekolah? Dia ada buat perangai ke? Mama...! Natasya Shakilla kurang senang apabila mamanya mula membuka topik mengenai dirinya. Kat sekolahkan aunty, kita orang panggil dia Shakilla. Cikgu-cikgu pun biasanya panggil dia dengan nama tu, terang Arienna tanpa berselindung. Ruqyah mengangguk-angguk mengiakan. Dia boleh cope with anybody but Harizd Hakkam, headboy tu... Belum sempat ayat Ruqyah dihabiskan, Natasya Shakilla segera mencelah menyuruh mamanya masuk ke dalam bagi memberi ruang untuk mereka belajar. Dengan berat hati, Puan Jalina akur apabila ditolak oleh anaknya dari belakang. Arienna pula sudah mengekek ketawa melihat telatah rakannya itu.

88

Shasfa alyahya

Anti betul kau dengan headboy tu! Sebut aje nama Harizd, terus berubah air muka! Ha ha ha... terus terang aku cakap, nampak jelas kat muka kau tu! Natasya Shakilla mencebik. I hate that name! Tapi macam pernah dengar aje nama tu!

DI suatu sudut, seorang pelajar yang sedang tekun menulis tiba-tiba sahaja terbersin. Kenapa, Yez? Dia menjongket bahu. Hidungnya digosok dengan belakang jari telunjuk. Hah... tu maknanya ada orang sebut nama kau kut! giat Izuan galak. Stop that, Wan! Better kau siapkan pengiraan kau tu, sejak tadi lagi tak beralih. Izuan mencemik. Dapat tak? soal Harizd. Izuan mengangkat kedua-dua belah tangannya, surrender. Rumit sangatlah. Pening aku dibuatnya! Take your time, galak Amierul Mukminien. Tangannya ligat menari di kalkulator. Add math ni mudah aje kalau kau tu rajin buat latihan! Tengok kau punya, Mier. Here. Izuan buat muka. Otaknya betul-betul dah tepu. Lagipun, add math bukan subjek kegemarannya. Otak rakannya berdua tu pulak memang brilliant. Di mana ada

89

Hot Gimmick

nama Harizd Hakkam, di situlah ada nama Amierul Mukminien. Begitu juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai bakat dan keupayaan yang tersendiri. Dalam kelas pula, memang mereka menjadi pertaruhan para pelajar sekelas sama ada Amierul atau Harizd yang mendapat tempat pertama seluruh kelas, seterusnya top one seluruh sekolah. Dia juga ada beberapa kali mendapat tempat pertama. Ya, pertama dari belakang... kenapalah ambik course ni? Eh, Yez! Charisma Camp lepas exam ni, kau yang handle, kan? Izuan mula membuka topik perbualan bagi menghilangkan rasa bosan. Kalau ada bantal kat depan ni, mesti dia dah lentok dah, macam tahun-tahun lepas bila dia orang studi kat rumah Amierul Mukminien. Haah, kenapa? jawab Harizd bersama soalan. Matanya tidak lepas dari buku. Semua pelajar wajib ke? Nope! Aliran sains aje. Macam yang kau dah sedia maklumlah, Kelab Karismakan wajib bagi pelajar aliran sains? Tapi kali ni khas untuk form five aje. Form four pulak selepas exam dia orang selesai. Straight after exam? Few days after that, sampuk Amierul Mukminien pula. Dua hari selepas wedding Miss Jane, tambah Harizd. Buku kerja matematik tambahan dibelek perlahan. Beberapa soalan ditanda bulat mengunakan penselnya. Wow, fantastic! Dia jemput kau tak? Izuan semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Of course la. Awal-awal lagi dah sampai kad undangan. Gembira betul dia!

90

Shasfa alyahya

Haah bagi pulak untuk kau sorang aje! Pelajar lain kena berpandukan ketua kelas, perli Izuan, berterus terang. Amierul Mukminien mengangguk, mengiakan. tersenyum, lantas

Harizd menjongket bahu. Teringat minggu lepas, Miss Jane memanggilnya selepas kelas semata-mata untuk memberikan kad undangan ke majlis perkahwinannya. Wajahnya berseri-seri. Harizd diwajibkan hadir ketika upacaranya berlangsung. Hah, nampak sangat dia sayangkan kau! Even anak sedara dia pun aku rasa dia tak sayang sampai macam tu sekali! Izuan masih giat menyakat Harizd. Heh, perkataan tu kau jangan buat main! tegas Harizd, mula berubah nada. Izuan mengangkat kening, dah lama sangat tak dengar suara Harizd yang beremosi begini. Takkan dengar perkataan tu pun kau dah beremosi macam ni? Come onlah, Yez! desis hatinya. Perkataan tu banyak istilahnya. Tak perlulah kau jadi macam ni disebabkan perkataan lovely gini! Its just a word, okay? Izuan cuba menjernihkan keadaan. Dia faham benar perasaan sepupunya yang cepat tersentuh itu. Luar aje nampak kuat, tetapi kat dalam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. It is more than just a word to me, lirih Harizd lemah. Dia melirik jam di pergelangan tangan. Pukul lima lima belas minit petang. Buku-bukunya dikemas lalu disumbat ke dalam beg sandang sebelum dia berdiri. Homes waiting! ujarnya lalu berjalan pergi.

91

Hot Gimmick

Izuan mendengus. Hisy, emosi betul dia ni!

ARRRGGGHHH...!!! Kau nak bunuh aku ke Killa? Inilah pengajaran sebab kau tipu orang tua! jerit Natasya Shakilla, melawan arus angin. Namun jeritan Arienna di belakangnya ternyata dua kali ganda lebih nyaring berbandingnya. Aku bukan sengajalah! Bila baba aku tanya nak ambik kat mana, aku jawab ajelah kat sekolah. Aku lupalah kita ada group discussion kat rumah kau hari ni! Natasya Shakilla memperlahankan basikalnya apabila tiba di hadapan perhentian bas, tempat yang dijanjikan oleh Arienna dengan babanya. Tiba dengan selamatnya! jerit Natasya Shakilla persis anak kecil. Basikalnya dibrek dengan mengejut menyebabkan Arienna hampir terpelanting. Tanpa sedar, motosikal yang hampir di belakang mereka turut melakukan hal yang sama. Sedikit kelajuan pasti akan mengakibatkan kemalangan! Arienna segera melompat turun, serik untuk membonceng basikal Natasya Shakilla lagi. Dadanya diurut perlahan untuk menghilangkan rasa terkilan. Natasya Shakilla tertawa, lucu melihat telatah Arienna. Dari ekor matanya, dia melihat pemandu motor yang amat dikenali itu turut memberhentikan motornya di bibir jalan. Natasya Shakilla mula berasa seram sejuk. Air liurnya diteguk perlahan. Lelaki yang membonceng itu cuba mententeramkan

92

Shasfa alyahya

rakannya namun tangannya ditepis lembut. Topi keledar gelap yang melindungi wajahnya dibuka. Saat itu juga, Natasya Shakilla berasa nafasnya mula sesak. Air liur yang diteguk seakan berpasir, berketulketul melalui kerongkongnya. Selepas seminggu dia mengelakkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu, akhirnya tanpa diduga mereka tetap bertemu jua dalam keadaan yang mendatangkan amarah lelaki itu. Sekali lagi! Kali ni aku mesti buat perhitungan dengan kau! katanya tegas dan mengancam. Natasya Shakilla menarik nafas sedalamnya. Kali ni pun masalahnya tetap berpunca daripada dirinya walhal dia sendiri pun melakukannya secara tidak sengaja. Tak ada muka lain ke yang boleh memarahiku selain lelaki ini? Aku tak sengaja! jawabnya berani. Aku tak salah! Dan kejadian yang lepas pun aku tak bersalah!!! Arienna yang berdiri di belakang Natasya Shakilla, mula mengorak langkah menjauh. Jangan bermain dengan api. Kalau api dengan api tu biarkanlah mereka. Tetapi sepatutnya ada seorang yang menjadi air! Who? No excuse! Itulah alasannya pun, tak sengaja! Dah muak aku dengar perkataan tu! Keadaan semakin tegang. Natasya Shakilla semakin bengang dan Harizd semakin berang! Sudahlah tu, dah lewat petang ni, tegur Izuan yang turut membuka topi keledarnya. Killa, menegur. Walaupun situasi ini menarik, dia harus akur banyak mata sedang memandang mereka memandangkan ramai orang tengok! Arienna turut

93

Hot Gimmick

sekarang waktu orang berpusu-pusu pulang ke rumah. Berita ni memang hangat tetapi tidak sanggup dia terjebak dalam pergaduhan x-axis dan y-axis ini. Kenapa ni? tegur Amierul Mukminien yang baru keluar dari kawasan sekolah. Wajah tidak mahu mengaku kalah Natasya Shakilla dan Harizd dipandang silih berganti. Emmm... pergaduhan era teknologi masa kini, Mier. Biasanya kalau kutub utara diletakkan dengan kutub selatan, beginilah jadinya. Saling menarik antara satu sama lain. Izuan berkias. Kau ni memang tak diajar untuk meminta maaf, kan? Sudah terang lagi bersuluh, kau yang bersalah! Sinis nada Harizd. Natasya Shakilla mengepal kedua-dua tangannya menahan geram. Belum sempat dia menghamburkan kata, Harizd terlebih dahulu memotong, lepas ni, kalau kau melutut minta maaf kat aku pun, Ill drop it into dustbin! Angkuh dan sombong bunyinya, namun Harizd benar-benar tidak peduli lagi. Topi keledarnya disarung semula. Aku pergi dulu, Mier! ujarnya sebelum memecut pergi. Arienna menepuk bahu Natasya Shakilla sebelum berlalu apabila babanya tiba. Natasya Shakilla Tangannya dikepal kuat. menggetap bibir, geram.

Bencinya!!! Tak guna!!! Idiot!!! Bighead!!! Arrrggghhh!!! jerit Natasya Shakilla sekuat hati. Beberapa pasang mata yang galak memandang tidak dihiraukan. Setelah menyedari kelibat Amierul Mukminien

94

Shasfa alyahya

berdekatannya, dia pantas malunya!!!! hatinya menjerit.

menutup

mulut.

Argh

Amierul Mukminien menjongket bahu. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Sorry, ucap Natasya Shakilla sepatah, lantas melabuhkan punggung di sisi Amierul Mukminien. Youre a bit tempered, ujar Amierul Mukminien. Yeah? Amierul Mukminien mengangguk tanpa suara. I just cant control my anger whenever I see him. Rasa macam nak marah sangat. Just like a volcano. Argh, maybe more than that! You shouldnt do. Emmm... entahlah. Ive tried but still my temper reach till the max. Dengan orang lain langsung tak macam ni. Dengan pengawas kepala besar tu aje rasa meluat sangat. Sorry, terkeluar, luah Natasya Shakilla tanpa sengaja. Ummm... waiting for someone? Yes! Dah lewat ni. Janji pukul berapa? soal Natasya Shakilla sambil mengerling jam di pergelangan tangannya. Six thirty. Amierul Mukminien turut membuang pandang mencari kelibat keretanya. What a late! Dah pukul enam empat puluh lima. Saya pun kena balik sekarang. Nak tumpang? ajaknya. Basikalnya sudah dicapai. Wajah Amierul Mukminien dipandang dengan kening yang terangkat. Amierul Mukminien memandang Natasya Shakilla

95

Hot Gimmick

dan basikal tersebut silih berganti. Memang basikal tu besar tapi... Mier tak Hah, saya cycle! Cepatlah!!! gesanya lantas menarik tangan Amierul Mukminien tanpa menunggu penjelasan pemuda itu. Dengan berat hati, akhirnya Amierul Mukminien akur jua. Memang susah membayangkan seorang gadis memandu untuk lelaki. Pastinya tidak manis jika dilihat orang, sedangkan dia sihat walafiat dan kuat. Tak gentleman langsung! So Biar Mier yang bawak. Natasya Shakilla tersengih Ketawanya serta-merta meletus. selebar-lebarnya.

Silakan, tuanku ucapnya memberi laluan. Mereka bertukar tempat. Apabila masing-masing bersedia, basikal tersebut meluncur perlahan-lahan di atas jalan raya yang agak lengang memandangkan waktu maghrib yang semakin hampir. Eh, awak pandai tak ni? tanya Natasya Shakilla memandangkan basikal yang dikayuh oleh Amierul Mukminien tidak bergerak lancar. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Akibatnya, habis keronyok belakang baju Amierul Mukminien ekoran menjadi mangsa pautan tangannya. Actually, this is my first time after three years, jelas Amierul Mukminien. Wajahnya sudah merah padam. Ha ha ha No wonderlah basikal ni macam terlebih passenger aje. Hi hi hi.... Jangan la gelak! Ha ha ha... sorry, ha ha ha... your voice sound very, very funny. Ha ha ha! Not funny la.

96

Shasfa alyahya

Mier cakap tadi dah tiga tahun tak cycling? So, Mier gi sekolah dengan apa? Larch, my fathers driver. Oh I see. Natasya Shakilla menganggukkan kepalanya walaupun sedar anggukannya itu tidak mungkin dapat dilihat oleh Amierul Mukminien. Hes humble, never seen someone picking him up at school. Otherwise, his fathers driver? He doesnt tell that Larch is his own driver. I like his way macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Harizd. Oh, come on!!! Stop about Harizd, he recently makes you mad. King of jerk! Lamunan Natasya Shakilla mati apabila Amierul Mukminien menekan brek basikal secara mengejut. Baru dia faham perasan Arienna yang membonceng dengannya sebentar tadi. Balasanlah tu! Kenapa, Mier? Dah sampai. Natasya Shakilla ketawa kecil. Panjang sungguh lamunannya. Pantas dia melompat turun dari basikal. Banglo tiga tingkat terlayar di hadapan mata. Melopong dia melihat banglo putih yang unik itu. Besar sungguh! Dia tidak sempat melihat taman ini walaupun sudah dua bulan lebih berada di sini, memandangkan setiap pagi dia asyik berkejar-kejaran dengan masa yang seolah-olah mempermainkannya setiap pagi. Lagipun, rumah yang tampak berbeza dengan yang lain itu tertutup oleh pagar besar dan pokok-pokok yang berjujut di tepi pagar. Seketika, pagar besar di hadapan mereka automatik terbuka. Seorang wanita Inggeris separa abad menghampiri dengan wajah bimbang.

97

Hot Gimmick

Are you all right, sir? soalnya. Beg sandang Amierul Mukminien bertukar tangan. Larchs going to pick you up! Ill phone him, okay? Yes, please. Asya, meet my nanny, Miss Caviolle. Wanita itu tersenyum senang tatkala Natasya Shakilla menyalaminya. Youre Sir Amiers friend? Silakan masuk, ajaknya, ramah. Bahasa Melayu yang dituturkannya amat fasih. Natasya Shakilla menyatakan kekagumannya di dalam hati. Thanks but its late already. Im in a rush, sorry... tolaknya dengan sebaik mungkin. Dia sudah pun duduk di atas basikalnya, bersedia untuk pulang. Miss Caviolle mengangguk sebelum berlalu pergi. Emmm... thanks for today, ucap Amierul Mukminien ikhlas. Natasya Shakilla pantas menggeleng. No, thanks to you. Beruntung saya ada orang boncengkan hari ni! usiknya. Amierul Mukminien turut tersenyum. Kali ini Natasya Shakilla betul-betul terpanar. Sempurnanya ciptaan Allah! Aaa errr ss saya gerak dulu, eh? Dah lewat sangat dah ni! Eh, apesal aku gugup pulak ni? hatinya menyoal diri sendiri. Sempat dia membalas lambaian tangan Amierul Mukminien sebelum berlalu. Keadaan jalan yang mula gelap agak menakutkan namun nasib baik rumah mereka hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Sebaik sahaja memasuki pekarangan rumah, mama

98

Shasfa alyahya

sudah sedia menunggu dengan wajah marah. Natasya Shakilla hanya mampu mengangkat kening mendengar bebelan mama. Mana taknya, jam sudah pun menginjak ke angka tujuh suku. Anak dara apa balik lewat petang macam ni? Papa yang bersiap untuk ke masjid, hanya membuat mimik muka menyindir, malas mencampuri amarah mamanya. Nak membebel, biarkan ajelah! Dah lumrah wanita, tak cukup tiga puluh ribu perkataan sehari, alamatnya dialah yang kena tadah telinga mendengar bebelan isterinya tengah-tengah malam buta nanti. Syarahan tidak rasmi mamanya berakhir dengan cepat memandangkan waktu maghrib menjengah tiba, menuntut pengabdian jiwa buat Pencipta. Natasya Shakilla pula tersengih macam kerang busuk melihat kemenangan berada di pihaknya.

USAI bersolat, Natasya Shakilla segera membuka laman webnya. Yahoo! Messenger diaktifkan. Senyumnya melebar tatkala melihat Heleanne sudah sedia menanti. HLEN<@> : Hype! Lg tme x see ya! Still alve? Hws lfe? ASY(>o<) : Privte num still in use. X tme laa still in pr0bs. HLEN<@> : Still dsme stories???? ASY(>o<) : Meaning??? HLEN<@> : Elee no kddg kay? That jerk boy u told me b4

99

Hot Gimmick

ASY(>o<) : Big head 2?? Sme je >-< menyampah!!! HLEN<@> : Cte arr pleazzz. Really wnt 2 knuw ur new st0ries plez... plez. Natasya Shakilla menggeleng. Sejak dulu lagi dia suka berkongsi cerita dengan Heleanne. Walaupun berlainan bangsa dan agama, Heleanne cukup serasi dengannya. Lagipun ketika di pulau dulu, Heleannelah yang menyelamatkan keadaan. Sejak hari tu, mereka menjadi kawan baik. Selain itu, Alexander, Michael Moses dan Ryann Ezekiel adalah teman-teman yang takkan dilupakan. Ryann Ezekiel dan Michael merupakan muslim manakala Alexis dan Heleanne, adalah penganut agama Kristian. Uncle Zecharia dan Aunt Aisha, ibu bapa Ryann Ezekiel merupakan orang yang amat baik. Keluarga yang berasal dari Jerman dan Mesir itu amat mengalu-alukan kedatangan mereka sekeluarga memandangkan mereka berjiran. Mereka sudah dianggap sebagai saudara sendiri. Begitu juga Gabriel dan Elisha, abang dan kakak Ryann. Micheal pula anak angkat Uncle Zecharia. Walaupun umurnya setahun lebih muda daripada Ryann, dia gemar bergaul dengan mereka. Heleanne Seth Flarkindson pula anak tunggal Mr. dan Mrs. Flarkindson. Pasangan ini memang cukup sporting. Natasya Shakilla lebih rapat dengan keluarga Heleanne berbanding Ryann. Mungkin disebabkan Heleanne lebih bebas. Ya dulu dia hanya mengejar kebebasan. HLEN<@> : Asy? Still there???

100

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla tersentak. Kuatnya melamun ni mesti teringatkan dia orang semua ni. ASY(>o<) : Yupp!!! Sry, emergency. Tau x...??? HLEN<@> : Wassup? ASY(>o<) : Miss u all so very much! RY_EZZ : We all 2 (ryann) Apa??? Mamat ni pun ada? ASY(>o<) : What....??? eiii... #%&$*&#$%$!!!!! RY_EZZ : Youre still dsme Asy, no dfferent, my love... ASY(>o<) : #%$@^&*%$@!#$!!!!! =CUPID= : Jgn mrh, babe. Im ere 2! Alexs MIKE : Me 222.... Mike ASY(>o<) : X fren anymre!!! Enne!!! HLEN<@> : X be lke that. Wl x hpy x u. x sme arr Asy poor Enne, still cryg ere ASY(>o<) : Kay me 2... alm0st 11.30p.m. ere. I need a nap. =CUPID= : So sn? Were just chat what ASY(>o<) : Ive papers 2m0rw. Wish me flyg clrs kay RY_EZZ : Anytme my dear. MIKE : May god bless u. =CUPID= : Believe ur re x stupd! Do dbesttt!!!

aku

101

Hot Gimmick

HLEN<@> : Nankurunaisa!!! Ganbatte!!! Gaba Kawa!!! ASY(>o<) : Great thanxxxx. Luv u all send my regards 2 all there, c u sn Pssst, Enne well continue dstories later. Off. Natasya Shakilla menghela nafas panjang. Komputer riba jenama Apple ditutup lalu diletak di atas meja studi. Selepas membuat senaman ringan, dia terus berbaring menelentang di atas katil queen double yang bercorak abstrak berwarna hijau muda. Matanya tertumpu ke siling, menembusinya bersama kenangan rakan-rakannya. Satu per satu wajah teman-temannya terlayar di ruang mata. Sesungguhnya dia amat merindui wajah-wajah itu. Sudah lebih dua bulan tidak bertemu. Serta-merta bayangan wajah Amierul Mukminien terlayar. Wajah yang sentiasa tenang itu benar-benar mendamaikan mata memandang. Dia seolah-olah mempunyai aura yang membuatkan semua orang menyukainya. Hmmm... begitu juga Harizd. Argh... bencinya aku mamat tu! jeritnya perlahan. Bantal yang dipeluknya dilontar ke dinding. Forget him! Kenapalah semua orang suka kat mamat tu? Apa jenis aura agaknya ada kat dia tu? Argh.... Dia mula bermonolog sendiri. I hate him!!! jeritnya geram. Apabila teringatkan peristiwa petang tadi, hatinya benar-benar geram, marah, rasa nak melompat dan cekikcekik aje tengkuk mamat tu! Astaghfirullahalazim. Dia kembali menenangkan hati yang panas dengan

102

Shasfa alyahya

beristighfar. Bantal yang dilontarkan sebentar tadi dikutip kembali dengan perasaan kesal. Tidak pasal-pasal bantal itu menjadi mangsa kemarahannya. Selepas membetulkan kedudukan bantal, dia kembali berbaring. Bantal peluknya selesa dalam dakapan. Matanya semakin berat. Ingatannya kini hanyalah pada sebaris nama. Nama seseorang yang suatu ketika dahulu amat penting bagi dirinya. Seseorang yang amat dirindui tanpa mengetahui keadaan diri dan wajah orang itu sekarang. Seseorang yang teristimewa. Ayez. Asya!!! Seorang budak lelaki berusia dua belas tahun berlari laju melalui batas yang memisahkan petak sawah. Lariannya pantas, demi mengejar sebuah kereta yang semakin menjauh. Kau dah janji dengan aku! Asya!!! Jangan pergi!!! Teriakannya bertambah nyaring, seiring dengan larian yang semakin laju. Asya!!! Kau mungkir janji! Kau tipu aku!!! jeritannya masih kedengaran. Natasya Shakilla berpaling. Asya! Buk! Dia terjatuh menyembam tanah. Habis baju dan kasutnya terpalit lumpur. Dia bingkas bangun tanpa putus asa. Baiklah! Aku terima cabaran kau! Lima tahun lagi! Aku tunggu lima tahun lagi untuk tuntut janji kau!!! *Lets learn the name:

103

Hot Gimmick

Ezekiel = Nabi Hizqeel Moses = Nabi Musa Michael = Malaikat Mikail Gabriel = Malaikat Jibril Zechariah = Nabi Zakaria Aisha = Aisyah r.a. Elisha = Nabi Ilyas

ASYA! Harizd terjaga. Peluh mula membasahi tubuhnya. Nafasnya berombak kencang. Astaghfirullahalazim. Nauzubillah. Bibirnya beristighfar perlahan. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. Jam berbentuk bola di atas meja tulisnya dikerling. Pukul tiga suku pagi. Harizd meraup wajahnya sebelum bangun. Hatinya mengungkap seribu kesyukuran kerana dibangunkan pada satu per tiga malam. Solat malam yang menjadi sebahagian hidupnya harus ditunaikan. Setelah membersihkan dirinya dengan air wuduk, Harizd mula menapak ke bilik solat. Sejadah diambil dari kayu penyidai. Lantas... Rabbi auuzubika min hamaza tisyayaatin wa auuzubika rabbi an yah duruun.

104

Shasfa alyahya

bab 9
Dreams and life.... LUNAN petikan piano yang membawakan lagu Rain Drop ciptaan Fryderyk Franciszek Chopin begitu lunak kedengaran. Pasti alunan itu akan memukau setiap orang yang mendengar. Namun sayangnya alunan itu hanya bergema di dalam bilik muzik yang tiada penghuninya, melainkan kerusi yang menjadi saksi, kaku pada tempatnya. Seketika, lagu tersebut diganti pula dengan lagu yang lebih menyentuh perasaan. Setiap alunannya bagaikan menggambarkan perasaan pemainnya yang kesunyian. Kosong dan sepi. Killa, come onlah! Takkan disebabkan dia tu, kau tak mahu ikut serta? Hisy, tak fahamlah aku dengan fiil kawan aku yang sorang ni! Arienna mula memprotes. Tangannya sudah bersilang kemas di hadapan. Mukanya yang manis tu pula sudah berkerut menahan marah.

105

Hot Gimmick

Yalah, Killa. Kem nikan wajib bagi semua lima sains? Tak boleh ke awak tolak tepi dulu semua perasaan siapa nak mengalah dulu tu? Lagipun kitakan baru habis periksa, so, inilah waktu terbaik untuk pulihkan semangat dan rasa nak mati dalam seminggu ni, pujuk Ruqyah pula. Nampaknya mereka betul-betul mahu Natasya Shakilla ikut serta dalam perkhemahan Kelab Karisma. Bagi Natasya Shakilla pula, dia boleh membuat pilihan untuk tidak turut serta memandangkan dia baru sahaja berpindah ke sekolah ini. Lagipun, belum tentu namanya ada di dalam senarai pelajar yang wajib terlibat. Haah malasnya. Lebih-lebih lagi apabila tahu orang yang mengendalikan kem tu nanti ialah Harizd. Wargh! Aku dah penat la tengok muka mamat tu! Sorry, girls... ucap Natasya Shakilla sambil memerhati air muka teman-temannya yang nampak kecewa. Tak sanggup pula dia menghampakan mereka. Tengoklah tu! Sorang-sorang dah buat muka seposen. Minta simpatilah tu! Alahai... kesiannya dia orang ni. Okeylah... okeylah! Aku join, puas hati? Mengalah juga akhirnya dia. Yesss! Ni yang aku sayang sangat kat kau ni!!! Muahhh! Eee... yark! Apa ni? Gelinya! Natasya Shakilla mengesat pipinya sambil menolak tubuh rakan-rakannya yang sudah bertaut erat. Akhirnya dia sendiri turut ketawa lantas membalas pelukan itu. Pelukan kawan-kawan yang hangat! Nanti bolehlah kau tolong aku ambil gambar untuk majalah mingguan kita!

106

Shasfa alyahya

Hah, ada jugak udang yang tersorok di sebalik mi tu! Ha ha ha.... Natasya Shakilla tetap mempamerkan senyuman lebar. Apabila dia sudah membuat sesuatu keputusan, dia takkan sesekali menariknya kembali. Arienna dan Ruqyah sudah berlalu ke meja masingmasing untuk mengemas. Kau dah pack ke semua barang-barang kau? soal Arienna. Sikit-sikitlah. Eh, esok ada plan nak keluar ke? soal Ruqyah kembali sambil meneliti di dalam lacinya jikalau ada buku yang tertinggal. Peraturan sekolah tidak menjamin sebarang kehilangan buku jika pemegang amanah sendiri meninggalkan buku tersebut di sekolah. Apa lagi kalau bukan headboy baru punya rule! Aku nak keluarlah jugak. Kenapa? Natasya Shakilla memerhati kedua-dua rakannya. Tangannya selesa menongkat dagu. Hmmm... boleh tak aku nak kirim beli barang? Ruqyah teragak-agak. Okey selagi beratnya tidak melebihi dua kilogram. Barang apa? Emmm pad. Boleh tak? Laaa ingatkan apa bendanya. Okey, should be no problem! putus Natasya Shakilla. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan Hanis Humaira semalam. Beria-ia gadis itu mengajak dia keluar. Alasannya, hendak menghabiskan masa bersama-sama memandangkan sudah lama tidak bertemu. Ada-ada ajelah budak sorang tu!

107

Hot Gimmick

Killa? Oit, dengar tak? Lamunan Natasya Shakilla mati. Tangan Arienna hanya berjarak seinci sahaja dari hidungnya. Mungkin menyangka dia berkhayal, Arienna bertindak menggawanggawangkan tangannya di hadapan Natasya Shakilla. Well, memang betul pun! Yes! Yes! Apa? Hah, belum apa-apa lagi kau dah sampai kat tempat kem tu ke? perli Arienna. Ruqyah hanya ketawa melihatnya. Kita orang gerak dulu. Dah lewat ni! Jangan lupa tolong belikan, ek? Intimate maxi punya, tau! pesan Ruqyah. Okey. Jumpa kat sekolah untuk rombongan wedding Miss Jane nanti, ya! Yeah jawab Natasya Shakilla malas. Dalam fikirannya, sel-sel otak mula mengatur jadual. Malam ni, packing. Before that, pergi check dulu barang yang perlu dibawa dekat lobi. Esok, shopping yang mana patut dengan Mira. Boleh penuhkan apa yang tak cukup untuk kem tu. Beli hadiah sekali. Lusa, wedding Miss Jane. Berkumpul kat sekolah dan pergi ramai-ramai. Dua hari lepas tu, berkumpul kat sekolah untuk kem selama tiga hari. Argh habis cuti semester pertama aku!!! Killa? Ya? jawabnya sambil mengangkat wajah yang ditekur ke meja. Adhzarinna tersenyum sambil menghampiri.

108

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla berasa pelik melihat tingkah Adhzarinna yang dikenali rakan sekelas sebagai home alone kerana sikapnya yang susah bergaul dengan orang. Mengikut pendapat rakan sekelasnya, Adhzarinna seorang yang sombong dan payah menegur kawan yang tidak berjawatan. Entahlah... kata pepatah Inggeris, dont judge a book by its cover. Dia tidak mahu buruk sangka. Adhzarinna tidak pernah menegurnya di dalam kelas walaupun mereka dikira berjiran, tetapi dia tidak ambil kisah. Lagipun, Arienna dan Ruqyah selalu berpaling ke belakang untuk berkongsi pelbagai cerita bersama. Namun sejak peristiwa dia jatuh tangga dengan Harizd dahulu, Adhzarinna selalu bertanya yang bukan-bukan padanya. Banyak yang mereka bualkan walaupun dia macam sedang disoal siasat oleh Adhzarinna. Sedikit sebanyak rasa tidak selesa tetap bertandang di sudut hatinya. Awak turut serta tak Kem Karisma tu? Of course! Awak pula? Hmmm... ya. Nanti kita duduk sekali, ya? pinta Adhzarinna. Natasya Shakilla tersenyum. Boleh... apa salahnya. Tanpa berfikir panjang, Natasya Shakilla terus bersetuju. Ingatkan apalah yang hendak dikatakan oleh Adhzarinna! Selepas mendengar persetujuannya, Adhzarinna terus berlalu. Natasya Shakilla melirik jam di pergelangan tangannya. Sudah lewat petang. Mama pasti akan membebel kalau terlewat lagi. Mama bukannya suka mendengar alasan yang diberikan.

109

Hot Gimmick

Sebelum bergerak ke tempat meletak basikalnya, Natasya Shakilla mengambil peluang ke lobi sekolah. Dia belum mengetahui barang apa yang diperlukan untuk perkhemahan itu nanti. Padanya, dia memang telah lama memutuskan untuk tidak ikut serta walaupun dia amat menggemari aktiviti sebegitu. Baginya, dia lebih selesa berkampung di dalam bilik dan melayan e-mel rakan-rakan atau menonton video. Paling tidak pun, melukis dan membaca komik. Bagi para pelajar yang lain, mereka sudah kalut sejak peperiksaan masih berlangsung lagi. Excited sangat. Periksa pun entah ke mana. Dari jauh lagi kelihatan seorang guru lelaki sedang leka meneliti papan notis tersebut. Entah apa yang dilihatnya hinggakan Natasya Shakilla berdiri hampir di belakang pun dia tidak sedar, sehinggalah gadis itu memberi salam. Guru muda itu kelihatan tersentak. Salam Natasya Shakilla dijawab perlahan dengan senyum untuk menutup rasa terkejutnya sebentar tadi. Cikgu nampak leka sangat tengok papan ni. Kalau lama sikit lagi, tentu dah tembus dah papan ni, tegur Natasya Shakilla lantas ketawa. Cikgu tengok apa? Kem Karisma minggu depan. Saya baru tahu hari ni yang saya turut terlibat sama, terang guru muda itu ramah. Natasya Shakilla masih dengan sisa tawanya. Macam mana boleh jadi macam tu pulak, cikgu? Saya ni guru baru kat sini, guru ganti. Awak pelajar sini takkan tak cam saya guru baru? Sorry, sir. Saya pun baru dua bulan belajar kat sini. Ramai lagi cikgu yang saya tak kenal, jawab Natasya Shakilla jujur sambil membuat tabik tanda maaf.

110

Shasfa alyahya

Oh... samalah kita. Tak sangka pulak! He he he cikgu mengajar subjek apa? Bio, ganti Cikgu Ida yang bersalin. Dan jugak guru muzik sementara. Baru tiga hari lepas saya daftarkan diri. Awak ni pula dari kelas mana? No wonderlah ada khabar berita guru ganti Cikgu Ida ni handsome orangnya! Memang betul rupa-rupanya! Natasya Shakilla terus menyakat tanpa sebarang tembok yang membezakan status mereka. Kemesraan terus terjalin, entah mana anak murid, entah mana guru! Title sebagai seorang pelajar tidak menghalang Natasya Shakilla untuk beramah mesra dengan guru muda itu. Saya Natasya Shakilla dari 5Sc2. Sila berikan tunjuk ajar.... 5Sc2, ya? Kalau macam tu nanti, buka sekolah seminggu lagi awak akan kenal saya, kata guru itu sambil menggosok pangkal dagunya yang berkumis nipis. Mana aci... Dah senget sebelah pulak. Nanti nak panggil apa? Okay... just call me Cikgu Z. Z? Emmm... Zam? Zamir? Zamri? teka Natasya Shakilla masih tidak puas hati. Cikgu Z menggeleng pantas, menidakkan. Sabarlah wahai bakal anak muridku, kamu akan tahu juga nanti, ujarnya berseloroh. Baiklah wahai guru sementaraku. Sekarang baik kita check apa yang perlu dibawa untuk kem nanti. Cikgu dah catit?

111

Hot Gimmick

Barang keperluan harian aje, Natasya. Cuba tengok! Natasya Shakilla melihat tempat yang ditunjukkan oleh Cikgu Z. Dia mengangguk sendiri. Usai meneliti dan mengingati apa yang patut, Natasya Shakilla meminta diri untuk pulang. Gembira sungguh hatinya. Peperiksaan awal tahun sudah pun berlalu. So, bolehlah dia relakskan otaknya sekejap dengan shopping sakan esok. Oh, ya! Sebut pasal shopping esok.

SHOPPING? Errr haah! Apa salahnya pergi dengan mama? Kamu tahu tak betapa bahayanya gadis keluar berdua aje tanpa pengawasan orang dewasa? Kalau kawan-kawan kamu apa? Hah, Arienna dan Ruqyah tu join, okeylah jugak, tak perlulah mama naik risau nak lepaskan korang macam ni! Dia dah mula dah Ayez tak ikut serta ke? Gulp!!! Natasya Shakilla menelan liur. Apa mama ni bukak citer pasal Ayez pulak ni? Dahlah selalu mimpikan dia aje sekarang ni. Lagipun, mana ada Ayez datang melawat sejak kita balik dari Australia. Pernah ke? Nampak sangat Ayez dah tak pedulikan Asya lagi. Asya, do you hear me? Aaa yes, ma!

112

Shasfa alyahya

What yes? Puan Jalina mula bercekak pinggang. Bunyi ngauman enjin kereta suaminya dari halaman rumah membantutkan kemarahannya. Sudah pasti suaminya akan menyebelahi anak mereka yang sorang ni. Dan ternyata sekali tekaannya tepat. Apa salahnya, ma? Asya nak bersama kawan, nak kenal tanah air dia jugak. Mamakan dah berusia, tak okeylah nak berjalan jauh, nak enjoy apa semua. Thats a pathetic excuse! And whats that berusia mean, papa? soal mama dengan wajah kelat. Hah, terasa hatilah tu! Natasya Shakilla menekup mulut, menahan tawa yang bila-bila masa pun akan meletus. Mama!!! seru papa. Tangan mama sudah berada di dalam genggamannya. Soal berusia tu memang tak dapat dinafikan, but you always look so sweet to me. Pergh!!! Romantik habis ayat papa! Kut-kut dulu, papa ni pakar mengayat awek tak? Wait! Wait! celah Natasya Shakilla. So, can I go? Bolehlah banyak lagi nak prepare for camping this Tuesday, pa. Can I? Sure, my dear. Make sure you bring along enough money. Seems like your mama needs a lullaby tonight! Thanks, pa! Give the greatest lullaby to mama. Muncungnya dah panjang sedepa tu! Ha ha ha! Sakatnya sebelum berlalu, memberi ruang untuk papa memujuk mama. Apa-apa hal pun, lampu hijau dah on. Ya! Lets paint the blue street tomorrow!

113

Hot Gimmick

BANDAR RAYA Kuala Lumpur yang hidup dua puluh empat jam sehari dirasakan belum puas diterokai. Sudah lima tahun tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia menyebabkan dia kekok untuk berjalan jauh. Suasana persekitarannya banyak yang berubah walaupun tidak ketara. Dan pastinya, dia tidak melepaskan peluang untuk merakam perjalanan pertamanya dengan Hanis Humaira di dalam kamera digitalnya. Hanis Humaira pula begitu gembira dapat meluangkan masa bersama-sama Natasya Shakilla yang sudah dianggap sebagai kakak sendiri, malah mungkin lebih daripada itu. Hidayatul Husna, kakaknya sendiri juga telah menetapkan di dalam hati bahawa Natasya Shakilla adalah kakak mereka buat selama-lamanya walaupun tidak lahir dari rahim yang sama. Menurut Kak Aya ketika dia menelefon malam tadi, dia akan pulang pada cuti semester nanti. Maknanya, esok pasti wajahnya tersembul di pintu rumah. Dan orang yang paling gembira sudah tentu abangnya. Hmmm... abang. Mungkin Kak Aya adalah perempuan ketiga terpenting dalam hidupnya. Sedangkan dia.... Mira, look! Comel tak? Hanis Humaira berpaling. Serta-merta ingatan terhadap kakak dan abangnya terus menghilang. Natasya Shakilla menayangkan key chain beruang warna perang yang comel sekali. Wah... Kak Asya, comelnya! For you, my dear. Masa Mira tengah mengelamun tentang someone special tadi, Kak Asya ternampak kat handicraft shop tu. You do like brownish, dont you? soalnya sambil menghulurkan key-chain tersebut kepada Hanis Humaira. Hanis Humaira mengangguk dengan senyum yang

114

Shasfa alyahya

memekar. Perkataan someone special yang dituturkan oleh Natasya Shakilla sebentar tadi dibuang jauh-jauh. Sedikit pun tidak berbekas di hatinya. Thank you, Kak Asya! Thats why I love you! Ooo kalau tak bagi hadiah tak sayanglah ye? Yeh? Sayang jugak la! Sebab Kak Asya tak bagi apaapa yang special lagi untuk Kak Aya dan abang. So, Mira tak boleh jealous lagi kih kih kih. Abang? Senyuman Natasya Shakilla yang manis sekejap tadi terus mati. Hanis Humaira perasan perubahan wajah itu namun dia sengaja menduga sejauh mana ingatan Natasya Shakilla terhadap abangnya. Sejauh mana lagi perasaan dahulu menghuni hatinya. Sejauh mana lagi kekuatan masa lalu menjerat hatinya. Ya, dia nampak itu semua. Semuanya jelas terlakar pada wajah itu. Baik Natasya Shakilla mahupun abangnya, masing-masing membendung ego sendiri. Samasama egois!

AYATULLAH jelas berkumandang dari corong radio. Biasanya selepas azan berkumandang, salawatunnabi dan zikrullah diperdengarkan, diikuti pula dengan ayat-ayat suci al-Quran. Dia leka menghayati baris-baris ayat surah al-Kahfi yang menceritakan betapa hebatnya taqwa tujuh bersaudara yang memperjuangkan keimanan mereka daripada pemimpin yang zalim. Ashabulkahfi lalu ditidurkan Allah beratus tahun lamanya. Lantas apabila bangkit dari tidur yang panjang, mereka sama sekali tidak menyangka tampuk pemerintahan

115

Hot Gimmick

telah lama bertukar. Pemerintahan yang kejam dan zalim dahulu telah lama berganti dengan pemimpin yang soleh. Kebesaran Allah jelas terpampang. Betapa Allah berkuasa mengawal atur segala kejadian di atas muka bumi ini. Betapa Allah menjaga sekalian hamba-Nya yang taat dan soleh. Kerana itulah, dia ingin sekali termasuk ke dalam golongan itu. Dia ingin sekali melupuskan kesemua dosa dan noda yang pernah terpalit tanpa disedari atau yang tidak pernah disedari. Tetapi dia sedar, dia bukanlah maksum (terpelihara daripada dosa) dan sesempurna Rasulullah. Dia hanyalah insan biasa yang ada ketikanya sering dikuasai kemarahan. Itulah kelemahannya yang nyata dilihat orang. Bukan dia tidak cuba mengawalnya, malahan telah berjaya untuk kesekian lamanya. Namun segala-dalanya musnah selepas kedatangan gadis itu. Ya, gadis yang banyak bermain dengan kesabarannya, gadis yang sering mendatangkan amarahnya. Bukan dia tidak sedar itu semua. Sesungguhnya dia benarbenar tidak berdaya mengawal perasaannya saat bersemuka dengan gadis itu. Perasaan ingin melempiaskan segala rasa marah dan kecewanya berterusan menerpa. Kerana apa? Dia tidak pasti. Yang pasti, dia tidak mempunyai jawapannya. Hanya hatinya yang berdetak hebat. Hanya Allah yang tahu maknanya. Ya Allah... bantulah hamba-Mu! Jauhkanlah diriku daripada godaan syaitan, hatinya memanjat doa. Suara yang berkumandang dari corong radio kedengaran dimatikan. Sudah tentu sepupunya sudah bersiap untuk keluar. Tanpa berlengah, dia melipat sejadah lalu menyidainya dengan cermat di ampaian. Pintu bilik solat

116

Shasfa alyahya

kedengaran dibuka dari luar. Pantas dia berpaling. Tekaannya benar. Sepupunya sudah bersiap dengan kemeja merah hati dan seluar jean Crocodile kegemarannya. Jomlah! Kau dah solat zohor ke? soalnya. Kakinya dihayun ke bilik tidur di sebelah. Pakaiannya perlu diganti. Dah, lepas mandi tadi aku terus solat dalam bilik. Hmmm jawabnya pendek. Baju kemeja lengan pendek dicapai lalu dipakai kemas menutupi sebahagian t-shirt putih lengan panjangnya. Lengan t-shirt itu dilipat hingga paras siku. Kemas dan kasual. Dompetnya dicapai sebelum melangkah keluar. Yez? Laaa... kamu tak pergi dengan Mira ruparupanya? Puan Noraini menegur dari pintu dapur. Dahinya berkerut kehairanan. Begitu juga reaksi yang ditunjukkan oleh Harizd. Dia tak beritahu umi dulu sebelum keluar? Harizd kembali mengajukan pertanyaan. Uminya hanya menggeleng. Riak kerisauan jelas terpampang pada lakaran wajahnya. Harizd mula mendengus marah. Salah tindakan Hanis Humaira! Sepatutnya dia memberitahu uminya dahulu sebelum keluar. Sejak beberapa hari lepas lagi, Hanis Humaira sudah beria-ia meminta izin daripada uminya untuk keluar bersama Asya. Keceriaan pada wajahnya berlanjutan sehingga semalam, saat memilih pakaian untuk berjumpa dengan Asya. Izuan juga menyakat Hanis Humaira yang kelihatan seperti hendak keluar berdating sahaja lagaknya.

117

Hot Gimmick

Maklumlah, Izuankan Mat Romeo. Pasti sudah terlebih arif dan terlebih khatam bab-bab dating ni. Dan pagi tadi, Hanis Humaira tidak memberitahu uminya dahulu sebelum keluar? Apa terlebih excited ke budak tu? Macam orang angau! Hisy, tak boleh jadi betul budak ni! Dia ada cakap dia nak ke mana, Wan? Dia cuma beritahu nak round KL. KL ni luas! KLCC ke, Times Square ke, One Utama ke Beginilah, umi jangan risau. Yez akan cari dia. InsyaAllah kalau jumpa, Yez akan suruh dia telefon umi. Rasarasanya dia tak ke mana pun. Mungkin ke shopping complex berdekatan ni. Harizd menenangkan hati uminya. Hatinya turut disinggahi rasa bimbang, bercampur aduk dengan rasa geram dengan sikap sambil lewa adik bongsunya itu. Setiap tindakan yang diambilnya pasti akan meninggalkan sesuatu yang membuatkan seisi rumah kerisauan. Hah, tak berubah-ubah perangainya sejak kecil sampailah sekarang. Bila jumpa budak bertuah tu nanti, siaplah! Izuan terdiam mendengar ayat yang dilontar oleh Harizd. Mindanya cuba membayangkan keadaan Hanis Humaira yang pulang dalam keadaan gembira tetapi kembali bersedih kerana dimarahi oleh abangnya. Memang dia akui, Hanis Humaira juga bersalah kerana bersikap sambil lewa tentang sesuatu hal, tetapi sikap Harizd yang panas baran juga salah. Kekerapan ketiadaan abahnya di rumah membuatkan Harizd bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Perkara yang dianggap remeh juga menjadi serius. Dia hanya mampu memanjatkan doa agar tiada sesuatu yang buruk akan berlaku nanti. Dan Hanis Humaira.

118

Shasfa alyahya

ADUI... letihnya! Banyak betul kedai kita masuk. Haahlah... sampai kaki Mira pun dah lenguh, Kak Asya! adu Hanis Humaira. Hah, kalau macam tu kita berehat kejaplah kat bangku sana tu ya, saran Natasya Shakilla sambil menunjukkan bangku kosong di bawah sebatang pokok yang rendang. Hanis Humaira segera akur. Mira tunggu sini, biar Kak Asya pergi beli air. Which one do you like to order, miss? Natasya Shakilla berlakon seperti pelayan. Hanis Humaira tertawa senang. Give me coca... Eng eng eng. Natasya Shakilla menggeleng. Tangannya turut bergerak selari dengan kepalanya. Anything, but coke. Bicarbonate drinks isnt good for our blood circulation, young lady. It works two times than before. Youll fatigue. Hanis Humaira mencebik. Dah jadi semacam gaya orang tua all American la pulak. Macam babysitter. Or science teacher. Kalau macam tu, apa-apa ajelah! Good girl! usik Natasya Shakilla sebelum berlalu. Dia bergerak sedikit laju, melawan arus manusia yang ramai. Pada waktu yang sama, Harizd turut mempercepatkan langkah bertentangan dengan Natasya Shakilla tanpa menyedari kemunculan masing-masing. Hanya bahu yang hampir bersentuhan menjadi saksi bisu mereka. Dah banyak tempat dah kita cari ni, Yez! Tak nampak pun kelibat dia. Barang kita pun tak terbeli lagi, rungut Izuan.

119

Hot Gimmick

Niat asal mereka untuk mencari hadiah buat gurunya yang akan mendirikan rumah tangga terbantut garagara mencari Hanis Humaira. Harizd pasti tidak akan berpuas hati selagi hati uminya tidak aman. Sudah pasti umi sedang menunggu panggilan Hanis Humaira. Dan dia juga tahu, hati Harizd tentu sedang hebat berperang dengan bermacam perasaan. Sejak tadi Harizd hanya mendiamkan diri. Berfikir barangkali. Dia juga begitu. Tetapi sudah pasti Harizd lebih banyak berfikir daripadanya. Jika berjaya menemui Hanis Humaira, sudah tentu Asya juga bersamanya. Dan sudah pasti akan terjadi pertemuan yang bersejarah bagi kedua-duanya, pertemuan pertama selepas lima tahun hilang khabar berita. Dia juga arif tentang hati Harizd apabila melibatkan hal yang satu itu. Sudah tentu sepupunya itu belum bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut, yang pastinya akan mendera hati dan perasaannya. Harizd tak kuat! Dia pasti sembilan puluh sembilan peratus Harizd masih tak kuat! Tiba-tiba Harizd berhenti. Izuan yang berjalan di belakang tersentak. Dia menggosok pangkal hidungnya yang hampir bertembung dengan belakang Harizd. Sempat dia menangkap ucapan alhamdulillah dari bibir Harizd. Kenapa, Yez? soalnya. Mira, jawab Harizd sepatah. Tanpa berlengah dia terus berjalan laju menghampiri Hanis Humaira yang leka membelek barang-barang yang dibelinya. Apabila menyedari ada bayang yang menghalang laluan matahari ke arahnya, Hanis Humaira mengangkat wajah. Terlopong dia melihat Harizd dan Izuan. Pandangan tajam Harizd langsung tidak dimengertikannya.

120

Shasfa alyahya

Apa abang buat kat sini? Jumpa Kak Asya, eh? soalnya dengan gurauan. Namun Harizd langsung tidak terkesan mendengarnya. Cuba kau fikir apa salah kau hari ni? Hanis Humaira mengerutkan kening hingga hampir bertaut. Salah apa pulak ni? Tak sedar lagi? Sebelum kau keluar tadi ada kau minta izin umi? Ada, jawab Hanis Humaira sepatah. Seingatnya memang dia ada memberitahu uminya kerana sebaik sahaja kereta mama Kak Asya ada di hadapan, dia terus berlari turun sambil menjerit memberitahu pemergiannya. Serasanya memang uminya ada mendengar. Rasanyalah.... Kalau ada, takkan umi risaukan kau! Katanya kau tak beritahu langsung sebelum keluar rumah! tegas Harizd. Mana... Mira No excuse! potong Harizd sebelum sempat Hanis Humaira menerangkan duduk sebenar perkara. Sekarang kau pergi telefon umi dan beritahu dia kat mana kau berada. Minta maaf kat umi dan berjanji takkan buat lagi. Faham tak? Hanis Humaira mencebik namun perlahan-lahan dia mengangguk juga. Abangnya takkan mendengar sebarang alasan. Baginya tiada guna beralasan kalau perkara tetap berlaku. Disebabkan pendirian abangnya yang tidak pernah berubah itu jugalah mereka langsung tidak boleh rapat. Ada jurang besar yang sentiasa memisahkan mereka adik-beradik. Hanis Humaira leka melayani perasaan tanpa menyedari kelibat abangnya telah lama menghilang. Air matanya hampir menitis, namun ditahannya sekuat hati.

121

Hot Gimmick

Mira!!! Dari jauh Hanis Humaira melihat Natasya Shakilla melambai sambil membimbit beg plastik yang pastinya mengandungi air dan makanan. Dia segera menyeka air mata yang bergenang agar tiada satu pun yang tertangkap oleh pancaindera Natasya Shakilla. Dia melemparkan senyum manis untuk menutup kesedihan hati tetapi Natasya Shakilla tetap berjaya mengesan perubahan air wajahnya. Kenapa? soalnya hairan. Punggungnya sudah berlabuh di tepi Hanis Humaira. Gadis itu menggeleng dengan raut ceria. Ha ha ha... tak ada apalah Kak Asya! jawabnya sambil menyambut air yang dihulurkan oleh Natasya Shakilla. Sure youre okay? You look upset! komen Natasya Shakilla sambil menyedut minumannya. Im really fine. Cuma nak kena telefon umi kejap lagi. Abang kata umi risau pasal Mira. Uhuk!!! Huk! Natasya Shakilla tersedak. Abang? Eh, Kak Asya okey ke? Errr tadi Mira sebut Abanglah! Dia ada kat sini tadi. Dia kata umi tengah risaukan Mira. Siap marah-marah lagi. Padahal Mira dah bagi tahu umi masa Mira nak keluar tadi! luah Hanis Humaira. Natasya Shakilla mengurut dada. A... Ayez ada kat sini? Now?

122

Shasfa alyahya

OIT, Yez! Kau dah okey ke? Dah, harap-harap Si Mira tu segera telefon umi. Disebabkan sikap sambil lewa dia, umi risau. Geram aku dibuatnya! luah Harizd. Melihat Hanis Humaira mendiamkan diri sebentar tadi, dia segera meninggalkannya. Tidak kuasa melayan amarah. Lagipun dia tak mahu bertemu Asya. Rasa lega dan syukur memenuhi hatinya. Biarlah mereka tidak berjumpa. Biarlah, selagi keimanannya terjaga. Bersih daripada sebarang noda. Dia tidak mahu hati dan fikirannya dipenuhi raut wajah gadis itu. Dia belum bersedia. Hanya waktu yang akan menentukan. Biarlah... kalau sudah jodoh pasti tak ke mana. Yez, jom masuk kedai ni! Hadiah apa kita nak kasi kat Miss Jane tu ya? Hmmm... kat sini ya?

EMMM... dia kat mana sekarang? Entahlah, lepas suruh Mira telefon umi, dia terus pergi ntah ke mana ntah. Tau-tau aje dia dah hilang. Natasya Shakilla menghembus nafas lega. Tetapi sedikit sebanyak dia kecewa kerana Ayez langsung tidak mahu bersemuka dengannya. Mahu bertanya khabar pun tidak, apatah lagi berjumpa. Sakit sangat ke kenangan lalu? Eh, Mira dah solat zohor ke? Waktu dah nak habis ni! Natasya Shakilla mengingatkan sambil melihat jam di pergelangan tangan. Hanis Humaira menepuk dahi. Tawa kecil meletus dari bibirnya.

123

Hot Gimmick

Kak Asya? soalnya setelah berdiri. Belakang bajunya ditepuk sedikit agar tiada kotoran yang melekat. Natasya Shakilla menggeleng. Ooo... kalau macam tu, Mira ajelah ni? Tak apalah! Kak Asya nak tunggu Mira ke nak ikut sekali? Better I take a walk. Surau kat mana? Belakang sana ada masjid. Kak Asya nak kita jumpa kat masjid tu ke? Okey jugak. Barang-barang ni biar Kak Asya bawakkan aje. No big deal. Kak Asya nak cari hadiah kejap. Mira tunggu aje kat masjid tu, ya! Okey! Persetujuan dicapai. Natasya Shakilla pantas bergerak meninggalkan bangku. Matanya meliar mencari kedai cenderamata. Arienna telah menelefonnya semalam agar membeli hadiah mewakili mereka bertiga. Kebetulan dia memang ingin keluar. Tanpa banyak soal, dia terus setuju. Lagipun bukannya susah mencari hadiah. Cuma hadiah kahwin dia tidak berapa pasti. Di samping mencari hadiah kahwin Miss Jane, dia juga ingin mencari hadiah buat kakak dan abangnya yang bakal kembali ke tanah air tidak lama lagi. Kakaknya menelefon sewaktu dia sedang menghadapi peperiksaan baru-baru ini. Gembira betul mama tatkala mendapat khabar itu! Akhirnya hatinya tertarik untuk menapak ke kedai cenderamata yang nampak eksklusif. Matanya dijamu dengan barangan kaca dan seramik yang berkilauan. Benar-benar memukau! Dia tersenyum. Nampaknya dia tidak salah kedai.

124

Shasfa alyahya

TOLONG balutkan ini, cik manis! ujar Izuan. Penjaga kaunter itu tersenyum, senang dengan keramahan itu. Izuan membalas senyuman itu. Harizd yang berdiri di sebelahnya sudah mula bosan. Sikap sepupunya yang satu itu memang kurang digemarinya, namun dia membiarkan sahaja. Jika membangkitkan soal itu, hanya sengihan dan senyuman yang menjadi jawapannya. Akhirnya, hatinya juga yang sakit melihat respons sepupunya itu. Dua orang gadis yang berada hampir dengan kaunter asyik memandang Haridz dengan senyuman melebar. Sudahnya mereka berbisik sesama sendiri lalu ketawa. Harizd mengalihkan pandangan ke arah lain. Awak ni pelajar ke? tanya gadis yang sedang membalut hadiah tersebut. Tag namanya tertulis Fhina. Manis dan peramah orangnya, walaupun Izuan perasan anak mata gadis di hadapannya ini lebih banyak terarah kepada Harizd. Izuan tersengih. Kenapa, Fhina? Wajah matang saya tak sesuai untuk seorang pelajar ke? balas Izuan dengan gurauan. Fhina menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dua orang sales girl tadi sudah beralih ke kaunter, agar dapat melihat wajah Harizd dengan lebih jelas barangkali. Harizd segera berlalu melihat barangan yang tersusun cantik di rak tepi. Muak betul hatinya. Apa ada kotorankah yang melekat pada wajahnya? Sebaik memandang ke dalam cermin yang terletak

125

Hot Gimmick

di hujung dinding kedai selang beberapa rak dari kaunter, matanya terus tertancap pada sekujur tubuh yang membelakanginya. Wajah gadis itu jelas terpampang pada cermin kedai di hadapannya. Gadis yang menunduk itu begitu leka membelek barangan kaca di atas rak tanpa sedikit pun sedar akan dirinya yang sedang diperhatikan. Harizd terpaku. Argh tak ada tempat lain lagi ke?

SUASANA di dalam kedai yang diterangi lampu malap dan berdinding kaca betul-betul melekakannya. Kristal berbentuk bunga lili dibelek beberapa kali. Comel sungguh! Tapi sesuai ke dibuat sebagai hadiah kahwin? Nah Dia terus meletakkan kembali pada tempatnya lalu berdiri. Pandangannya ditala ke arah cermin di hadapannya untuk menilik. Dup!!! Jantungnya berombak kencang. Badannya pula serta-merta kaku. Aku bermimpi ke ni? Matanya digosok berkali-kali. Bayangan itu tetap ada. Tak. Aku tak bermimpi! Natasya Shakilla menggelabah. Mereka sudah berada setentang kini, beradu mata untuk menunjukkan keegoan masing-masing. Macam mana dia boleh ada kat sini? Aduh! What a small world what should I do for now? Should I run? Yes, thats the best, but how? Harizd berdiri betul-betul di hadapannya, sertamerta menghalang laluannya untuk keluar dari lorong yang paling hujung tersebut. Rak yang tinggi di sebelah mereka pula semestinya menghalang pandangan manusia lain yang berada di dalam kedai. Nahas ni!

126

Shasfa alyahya

Apa kena la dengan mamat ni? Jangan dia nak aku minta maaf dahlah! Eiii, tak sanggup aku! Kau ni... Harizd mula bercekak pinggang. Apa? potong Natasya Shakilla. Jangan ingat kat luar kawasan sekolah ni kau masih boleh marah-marah kat aku. Dunia ni bukan milik kau, bighead! Hatinya hanya mampu bermonolog buat masa ini, sebab yang sebenarnya... dia masih tergamam dengan kehadiran lelaki itu. Dan penampilan dia pulak.... Tak bersopan betul! gumam Harizd. Mindanya berputar mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan. Well, you know. Natasya Shakilla terpanar. Tidak faham. Aku tak tahu la kau ni asal dari planet mana sampai boleh sesat kat muka bumi ni. Sebabnya, kau masih tak boleh mengikuti adab dan tatatertib penduduk Malaysia walaupun kemungkinan kau cuba sedaya upaya untuk menirunya, but still, kau masih lagi satu makhluk planet lain yang beridentitikan bangsa Melayu kami dengan gaya yang entah apa-apa dan ucapan kurang sopan dari planet kau tu sejak mendarat di bumi ni sehinggalah sekarang ni. Sebabnya, untuk sebut maaf pun kau masih tak pandai. Where did you come from? Alien. Sinis sungguh ucapan yang serupa kata-kata yang entah boleh difahami entah tidak itu. Harizd tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya. Sebelah bahunya bersandar pada dinding kedai. Kayu betul! Sakit betul hati Natasya Shakilla. Entah apa-apa entah ucapan si bighead ni! Yang pasti, kata-katanya langsung tidak boleh diterima oleh otak Natasya Shakilla. Nak balas apa ni?

127

Hot Gimmick

Harizd melebarkan senyuman sinisnya melihat rupa mencerut Natasya Shakilla. Bibir gadis itu bergetar ingin menyatakan sesuatu. What? Balaslah! Natasya Shakilla hanya tersenyum. Hah? Apesal dia tersenyum pulak ni? Alien ye? Natasya Shakilla menghampiri Haridz. Kalau alien, memang takkan sama dengan manusia macam kau ni! Alien memang tak ada adab. Macam ni!!! Suara Natasya Shakilla semakin meninggi diikuti gerak kakinya yang pantas. Harizd tidak sempat mengelak. Tendangan Natasya Shakilla tepat mengenai tempat kelemahannya sebagai seorang lelaki. Yang ni barulah act yang sebenar! Dan aku takkan sesekali mintak maaf dengan tindakan aku yang amat dibanggakan ni! jerit Natasya Shakilla. Pada masa yang sama, Izuan dan beberapa orang pekerja tiba, terdengar jeritannya yang kuat. Natasya Shakilla tidak peduli. Apa nak jadi pun jadilah! Yang pasti rasa geram tertunai sudah. Revenge, dude! Tanpa membuang masa, dia terus mengambil barang-barangnya lalu meluru keluar. Sempat dia melanggar bahu Izuan yang menghalang laluannya. Yez, kau okey? Izuan merapati Harizd yang terduduk di lantai. Harizd menyandarkan belakang kepalanya pada dinding. Tangan kanannya yang melekap pada dahi, hampir melindungi sebahagian matanya yang tertutup rapat menahan sakit. Perlahan mata itu terbuka. Tak guna!

128

Shasfa alyahya

TAK guna betul si bighead tu! Argh menyampahnya! Kenapalah dia boleh muncul kat sini? Tak boleh ke aku hidup aman sikit? Argh!!! Natasya Shakilla mengepal erat kedua-dua belah tangannya. Barang-barang pembeliannya dilempar ke bangku, melepaskan geram yang tertinggal. Dia terduduk. Sakit hati! Sakit hati betul!!! Kenapa macam tak ada orang lain lagi yang boleh kutemui selain daripada mamat yang kubenci sangat tu? Eh, Natasya? Satu suara yang macam dikenali menegur. Natasya Shakilla pantas mendongak. SZ! Natasya Shakilla terjerit kecil. Apa cikgu buat kat sini? Cikgu Z mengunjukkan beg-beg kertas yang dibimbitnya. Shopping. Sorang aje? soal Natasya Shakilla. Dia mengengsot sedikit, memberi laluan untuk Cikgu Z duduk. Cikgu Z mengangguk. Beg-beg kertasnya diletak bersebelahan Natasya Shakilla. Dia lebih selesa berdiri. Awak pun sorang aje? Saya ternampak dari jauh tadi macam kenal aje, tapi orang tu macam tengah marah. So, bila saya tengok marahnya macam dah reda sikit, saya pun beranikan diri datang menegur, ujar Cikgu Z dengan senyuman. Natasya Shakilla turut tersenyum. Gaya Cikgu Z semacam guru sastera yang romantis. Eiii, mana la aku pernah belajar sastera kat Malaysia ni? Actually, saya berdua dengan adik sepupu. Im waiting for her as she went to mosque untuk solat zohor.

129

Hot Gimmick

Cikgu pulak takkan shopping sorang-sorang, tak bawa wife ke, anak ke. Cikgu Z tergelak. Soalan cepu emas ni! Anak? Kalau anak kucing ya tapi tak bolehlah bawa sekali. Payah kalau dah terlepas nanti, jawabnya dengan nada bergurau. Natasya Shakilla mengekek ketawa. Wayang gambar di dalam benaknya sudah menolak lapan puluh tujuh peratus filem-filem perang sebentar tadi. Mujur ada Cikgu Z. Kalau tidak, tentu Hanis Humaira akan perasan perubahan air mukanya. Ke situ pulak SZ ni! Apalah! Betullah tu. Actually Im still waiting for someone, jawab Cikgu Z jujur. Oh so youre still single? Korekan pertama berhasil! Cikgu Z mengangguk. Emmm... umur SZ berapa? Dua puluh enam. Kenapa? Hmmm... no wonder la youre still single. Rupa-rupanya sama tua dengan abang dan kakak. Orang lelakikan biasanya kahwin lewat? Eh, kata tadi sedang tunggu seseorang? Haaa... mesti someone yang very special ni! usik Natasya Shakilla. Cikgu Z hanya tersenyum, mengiakan tidak, menidakkan pun tidak. Natasya Shakilla turut tersenyum. Macho sungguh cikgu barunya yang sorang ni. Agaknya berapa ramailah pelajar yang akan jatuh cinta kat cikgu ni? Hmmm... mungkin boleh mengatasi mamat kerek tahap gaban tu. Lagipun dia bukannya handsome sangat!

130

Shasfa alyahya

Ah... sudahlah! Asyik-asyik si kepala besar tu. Tak ada orang lain lagi ke? Kepalanya diluku berkali-kali. Awak balik dengan apa nanti? Soalan Cikgu Z mematikan tindakan Natasya Shakilla. Dia tersengih menutup malu. Maybe cab. Why, wanna give a lift? Hajatnya begitu. Tak nak ke? Wah, wah... pucuk dicita ulam mendatang! Molek sangatlah tu. Untungnya nasib badan hari ni! sorak Natasya Shakilla girang, menerbitkan tawa Cikgu Z. Sikapnya agak keanak-anakan apabila mula rapat dengan seseorang yang lebih tua. Itulah describing pertama Cikgu Z. Hu hu hu.... Selepas mencapai persetujuan tidak rasmi, mereka mula mengorak langkah mendapatkan Hanis Humaira. Terkejut bukan kepalang Si Hanis Humaira apabila melihat Cikgu Z. Mereka diperkenalkan seadanya. Hanis Humaira yang memang lebih periang daripada Natasya Shakilla, ternyata banyak mulut. Ada sahaja soalan yang ditanya ketika dalam perjalanan pulang. Cikgu Z pula setia melayan kerenah Hanis Humaira, tak ubah macam budak TADIKA. Haah, lebih tepat lagi kita kata sebijik macam Shin Chan! Thanks a lot la ye! Bye Kak Asya, nanti Mira telefon ya! Haaa... balas Natasya Shakilla seraya mengangkat tangan membalas lambaian Hanis Humaira. Cermin kereta dinaikkan tatkala kereta Wira itu mula bergerak pergi. Rapat betul awak dengan dua pupu awak. Apa... Mira... eh nama dia?

131

Hot Gimmick

Absolutely yes! We both come from a big family. Mama saya dua beradik, manakala umi dia pulak dalam... lima beradik. Mama dan umi membesar bersama seperti adikberadik kandung. So, sampai ke hari nilah hubungan kekeluargaan kita orang kekal begitu. Lagipun, Mira and I are the youngest sisters. Both of us are being pampered by elder sisters and brothers. Nasib kita orang hampir sama aje, terang Natasya Shakilla dengan riak muka ceria. Sikapnya yang berterus terang itu membuatkan Cikgu Z berasa selesa. So, where are your other siblings? soalnya, ingin melanjutkan perbualan. Sikit curious pun ada tentang abang dan kakak budak ni.... Both in Al-Azhar University of Egypt. Wow, thats great! Well, they are twin. So, senantiasa bersama-sama macam belangkas! Cikgu Z terdiam. Twin? Al-Azhar? Egypt? Errr... apa nama abang dan kakak awak tu? soalnya dengan suara yang sedikit bergetar. Natasya Shakilla perasan akan perubahan air muka gurunya namun soalan yang ingin dilontarkan sebolehnya ditahan di dalam hati. Kenapa reaksi SZ macam pelik aje? Hmmm.... Kamilan Baihaqhi and Kamillia Balqhis. Emmm... do you know them before? Akhirnya persoalan itu terlontar jua dari bibir manisnya. Perasaan ingin tahunya melonjak naik ke paras sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan sembilan peratus. Emmm... ingatkan kawan-kawan saya, sebab

132

Shasfa alyahya

mereka pun ada belajar kat sana juga, jawab Cikgu Z dengan nada suara yang masih terkawal. Natasya Shakilla masih tidak berpuas hati dengan jawapan tergantung yang diberikan. Namun, memandangkan kereta Cikgu Z telah memasuki kawasan perumahannya, perasaan itu dibukukan kemas di sudut hati. Sabar, masa masih panjang! Berhenti kat mana ni? tanya Cikgu Z. Ah, kat sini ajelah, SZ. I can take a walk, jawab Natasya Shakilla perlahan. Cikgu Z akur cuma. Thanks for the lift! See, ya! ucap Natasya Shakilla sebaik sahaja menutup pintu kereta. No big deal. Assalamualaikum. Pertemuan mereka diakhiri dengan ucapan salam. Natasya Shakilla termalu. Sepatutnya dia yang memberi salam. Ah... nampaknya budaya lama masih menyekat pergerakan diri sebagai seorang muslimah. Rasa sedikit kesal menujah ke hati. Natasya Shakilla mula mengatur langkah ke rumah. Moodnya mula hilang. Sebaik sahaja tiba di halaman, dia pantas mencari bangku untuk melepaskan lelah. Badannya disandarkan seenaknya pada kerusi batu sambil matanya meliar mencari kelibat mamanya. Tiada. Tak balik lagi ke mama aku ni? hatinya mula bermonolog. Pagoda kesayangan mama yang terletak di hujung laman, dipandang. Sedikit ketenangan menyusup tangkai hati apabila haruman bungabungaan mula menusuk hidung. Alangkah enaknya begini. Lebih enak lagi jikalau tiada manusia bernama Harizd Hakkam di dalam kamus hidupnya.

133

Hot Gimmick

Oh, ya! Akal sihatnya mula merencanakan sesuatu. Seingatnya, Amierul Mukminien juga terlibat dalam pengisian kem tersebut. Amier = rumah dekat = jumpa = tak payah pergi kem!!! Yess!!! Natasya Shakilla kembali bersemangat. Lebih baik kalau dia menarik diri daripada turut serta ke kem tersebut. Rasanya masih belum terlambat lagi. Hai... apa punya pendirianlah. Semalam punya la okey dengan semangat yang membara, alih-alih cancel last-last minute macam ni. Entah apa-apa entah hati ni.... Tanpa berlengah, dia terus mencapai basikalnya lalu mengayuh dengan hati yang girang menuju ke rumah Amierul Mukminien yang terletak selang beberapa buah dari rumahnya. Keluar pintu belakang dan pusing kiri. Rumah paling hujung dan paling besar yang agak tersorok itu dipandang dengan hati yang berbunga. Apabila tiba di hadapan pagar, dia terus melompat turun dari basikalnya. Loceng rumah ditekan beberapa kali. Selepas seketika, keluar seorang lelaki India berpakaian seragam lantas menghampirinya. Jaga barangkali. Ya, nak jumpa siapa? soal lelaki India itu tanpa sedikit pun loghat India kedengaran. Natasya Shakilla menguntum senyum. Id like to see Amier. Im his friend, Natasya, ucap Natasya Shakilla. Sengaja dia berbicara dalam bahasa Inggeris untuk mengetahui sejauh mana penggunaan bahasa Inggeris jaga itu. Oh, wait for a second, Miss Natasya, balas jaga

134

Shasfa alyahya

yang nama Mat tertampal di dada bajunya itu. Matilinggam kut? Ternyata penggunaan bahasa Inggerisnya juga amat baik. Jaga itu mengeluarkan walky - talky dari dalam koceknya lalu berbicara dalam loghat Inggeris yang lebih pekat. Sekali lagi Natasya Shakilla berasa kagum. Bukan sahaja pengurus rumahnya orang Inggeris, malahan jaga yang berdarah daging Malaysia mampu menguasai bahasa Inggeris loghat Amerika yang pekat. Dia faham apa yang dikatakan oleh jaga itu memandangkan dia juga telah menguasai bahasa itu sejak menetap di Australia dahulu. Senyuman kembali meniti di bibirnya. Miss, please come in. Cik hanya perlu berjalan merentasi taman di hadapan ini, melalui kolam dan cik akan nampak pintu masuknya. Miss Caviolle sedang menanti cik di sana. Silakan, ujar jaga itu penuh sopan. Natasya Shakilla akur. Sambil melangkah, matanya tidak berkelip memandang keindahan landskap banglo milik Amierul Mukminien. Indah sungguh! Ternyata halaman rumahnya lebih luas apabila dilihat dari dalam. Ketika merentasi jambatan comel di tengah kolam ikan yang sederhana besar, lensa matanya sempat menangkap beberapa ekor anak ikan kap sedang berenang dengan aman. Kedamaian terasa di segenap penjuru hatinya. Dari jauh lagi kelihatan Miss Caviolle setia menunggu di hadapan pintu rumah. Apabila dia tiba, Miss Caviolle menyambutnya dengan sesuatu yang tidak disangka, hampir-hampir membuatnya pitam tatkala ucapan kebesaran meniti di bibir wanita separuh abad itu.

135

Hot Gimmick

Assalamualaikum, Miss Natasya. Bahasa Arab yang fasih, penggunaan bahasa Inggeris yang mantap dan semuanya kelihatan hampir sempurna pada pandangan mata Natasya Shakilla. Subhanallah! Waalaikumussalam, Miss Caviolle. Sorry for bothering you. Oh, no... no. Youre not bothering us, not even once. Youre much welcome here. Silalah masuk, Cik Natasya, jemput Miss Caviolle penuh hormat. Natasya Shakilla berbesar hati. Langkah diatur kemas mengikut Miss Caviolle. Sangkanya cuma halaman rumah sahaja yang mampu memikat hatinya, tetapi ternyata dekorasi dan seni bina rumah yang unik itu membuatkan kakinya terpaku. Matanya tidak terasa untuk dikerdipkan buat kesekian kalinya. Dia benar-benar jatuh cinta! Cik? Teguran Miss Caviolle mematikan lamunan Natasya Shakilla yang terbang sesaat. Langkahnya kembali diatur. Hatinya tidak henti-henti memuji keindahan banglo yang dijejakinya sekarang. Rumah luas bercorak rekaan Inggeris itu dipisahkan dengan sebuah anak tangga gergasi di tengahtengah ruang. Ayat-ayat suci al-Quran tidak putus-putus menghiasi laman dinding. Campuran rekaan dari dua benua ternyata melahirkan sesuatu yang baru, sesuatu yang tidak terfikir olehnya selama ini. Please have a sit, Miss Natasya. My pleasure, Miss Caviolle. Emmm... may I know wheres Amier? Miss Caviolle membuka sedikit langsir yang hampir

136

Shasfa alyahya

tertutup. Udara petang yang redup menerobos masuk ke dalam rumah. Bau bunga-bungaan dari laman tepi rumah membuahkan suasana yang mendamaikan jiwa serta membelai perasaan hingga semua keresahan tadi hilang bagai angin semilir yang berlalu pergi. Natasya Shakilla memejamkan mata, menikmati belaian perasaan yang terbuai indah. Sebenarnya Encik Amier sedang solat asar tadi. Sudah menjadi kebiasaannya untuk berzikir dan bertasbih sebelum menyudahkan ibadatnya. Insya-Allah sebentar lagi beliau akan turun, terang Miss Caviolle sebelum dia meminta diri untuk menyiapkan minuman petang. Natasya Shakilla bingkas dari duduknya. Matanya kembali meliar memandang sekeliling ruang tamu tempat dia berdiri. Tiada gambar manusia yang tergantung pada dinding melainkan ayat-ayat suci al-Quran yang kemas dibingkaikan. Tiba-tiba hatinya melonjak ingin tahu tentang perihal kehidupan Amierul Mukminien sehari-harian. Apakah rutin hariannya? Macam mana pergaulannya? Siapa ayah dan ibunya? Malah macam-macam lagi yang dia ingin tahu. Bagaimanakah seorang anak lelaki bisa dididik sebaik ini dengan persekitaran yang jauh mengikut haluan dunia barat? Subhanallah.... Hatinya kembali beristighfar. Kini begitu mudah ayat itu meluncur di dalam hatinya. Dia sedar bahawa dia juga akan berhijrah. Semakin lama dia berada di bumi Malaysia, semakin bertambah nur yang menerangi segenap hati. Entah mengapa, dia sendiri tidak mengerti. Adakah ini hidayah daripada Rabbul Izzati? Tanpa dia sedari, sepasang anak mata begitu leka mengintai dari penjuru dinding.

137

Hot Gimmick

Natasya Shakilla terleka! Hai orang-orang yang beriman, perkenankanlah (seruan) Allah dan Rasul, bila ia menyeru kamu, untuk menghidupkan kamu, dan ketahuilah, bahawa Allah membatas antara manusia dengan hatinya, dan sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepada-Nya. - Surah al-Anfaal, ayat 24. Air mata yang ingin menitik pantas diseka sebelum ia sempat menuruni tubir matanya yang mula sembap. Entah kenapa, sepotong ayat itu benar-benar menusuk kalbunya, seolah-olah tiada lagi lafaz yang dirasakan lebih indah melainkan kalamullah yang agung, tertampal kemas pada dinding rumah yang dibingkaikan indah. Tulisan khatnya yang keemasan begitu memukau. Sesungguhnya dia benarbenar tidak mengerti, apakah perasaan ini? Apakah maksud tersiratnya? Apakah makna tersuratnya? Ya Tuhan, apakah makna ini? Persoalan demi persoalan yang terbit dari kata hati, namun tidak mampu dijawab. Lidahnya kelu, otaknya beku. Yang pasti, dadanya berselirat, penuh dengan tanda tanya yang mula merajai hati. Untuk kesekian kalinya dia bingung. Dia tidak langsung beralih dari kedudukannya, berdiri tegak memandang kalamullah tersebut. Ya, sehinggalah satu suara ajnabi kedengaran menegur dari tingkat atas rumah. Natasya Shakilla lantas berkalih pandang. Langkah Amierul Mukminien menuruni tangga dipandang kosong, sekosong jiwanya saat itu.

138

Shasfa alyahya

Emmm... maaf, saya tak tahu ada tetamu, ujarnya dengan riak bersalah. Natasya Shakilla menggeleng dengan senyuman yang cuba dimaniskan. Yang pastinya, senyuman itu tetap kelihatan hambar. Please have a seat, jemput Amierul Mukminien, sopan. Natasya Shakilla akur. Otaknya cuba mengingat kembali tujuannya datang ke rumah Amierul Mukminien. Actually, I have something quite important to ask. May I? Sejak bila pulak aku jadi sopan macam ni? Ah yes, please. Amierul Mukminien hairan benar dengan sikap Natasya Shakilla yang bermusim secara tiba-tiba. Agaknya apalah yang membuatkan gadis itu kelihatan runsing benar? Ummm. Macam mana nak mula ni? Tadi bukan main berani lagi! Amierul Mukminien setia menanti ucapan yang bakal keluar dari bibir Natasya Shakilla. Cantik rumah awak, Mier. Terkejut betul saya masa mula-mula masuk tadi. Lain yang ingin diucap, lain pulak yang meluncur keluar dari bibir Natasya Shakilla. Dia mula mengetuk pipi. Macam mana ni? Macam mana ni? Come, ajak Amierul Mukminien seraya berdiri. Ah? Lets have a look, ajak Amierul Mukminien lagi. Sliding door yang sedikit terbuka ditolak seluasnya.

139

Hot Gimmick

Bayu petang menerobos masuk, menerbangkan langsir pintu yang putih bersih. Tudung yang tersarung di kepala Natasya Shakilla turut diterbangkan angin sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan halaman rumah yang kehijauan menerpa matanya. Dia mula tertarik. Kakinya mula dihala ke luar. Tudung yang sedikit senget dibetulkan sementara kakinya tiba di koridor. Di hujung lantai marmar berwarna kuning air itu terletak satu set kerusi rehat yang diperbuat daripada kayu jati. Di sebelah kanannya terdapat alatan melukis di samping sebuah kerusi dan meja yang berselerak dengan warna air. Pantas sahaja kakinya ditala ke arah kanvas putih yang sudah tercalit warna itu. Wahhh! Natasya Shakilla benar-benar teruja. Pemandangan halaman rumah Amierul Mukminien terpapar pada kertas lukisan itu. Mier Dia memandang Amierul Mukminien. Did you running this? soalnya dengan mata yang berkaca, benar-benar teruja. Amierul Mukminien mengangguk dengan senyum nipisnya. Natasya Shakilla sudah pun melabuhkan punggung di atas kerusi. Lukisan itu dipandang lagi. Hujung jarinya sudah pun bermain di atasnya. Halaman belakang diselak. Wow, ada lagi! Mier, this is great! Wheres this? soalnya lantas mengunjuk ke arah lukisan sebuah ladang dan bandar. French. No wonder. Eh, tarikh ni tiga bulan lepas, kan? Amierul Mukminien mengangguk.

140

Shasfa alyahya

Melancong? No, mothers homeland. Oh, see. So, your mother is French? Yep, plus Sudan. Wah, satu kombinasi yang benar-benar menarik! Natasya Shakilla betul-betul teruja! Awak tahu tak? Saya pun boleh melukis. Tapi ia lebih cenderung ke arah macam ni. Tangannya mula mencapai pen lalu dia melakar sepasang lelaki dan perempuan. Animasi. Amierul Mukminien mendekati. Siap! ujar Natasya Shakilla lantas meletakkan kembali batang penanya. Saya tergilakan kartun sikit, anime plus manga, ujarnya dengan senyum lebar. Hmmm Japanese, komen Amierul Mukminien dengan senyuman. Tidak disangka teman barunya seorang otaku manga. Natasya Shakilla ketawa riang. Suka benar hatinya melihat senyuman Amierul Mukminien. Sekali tengok macam Dev dalam drama Kaajjal pun ada, kecuali wajahnya yang putih bersih dan rambutnya yang merah. Assalamualaikum! Waalaikumussalam. Nanny, please come. Miss Caviolle tiba dengan dua gelas air teh strawberi dan sepinggan kek batik. Please enjoy your tea-time, ucap Miss Caviolle sebelum berlalu. Serentak Amierul Mukminien dan Natasya Shakilla mengucapkan terima kasih.

141

Hot Gimmick

Amierul Mukminien mengambil tempat di atas kerusi. Air teh dihidang buat Natasya Shakilla dan dirinya. Sedapnya bau puji Natasya Shakilla. Air dicapai lantas dihirup perlahan. Sebenarnyakan saya nak tanya awak sesuatu, Mier. Natasya Shakilla mula membuka kata. Tujuan asal kedatangannya mungkin kedengaran lucu dan kebudakbudakan, tetapi dia tidak kisah. Yang paling penting matlamatnya terlaksana. Boleh tak kalau saya menguzurkan diri untuk kem kali ni? soalnya tersekat-sekat. Keningnya terangkat menanti jawapan. Reasons? Ummm. Natasya Shakilla menunduk. Serba salah untuk menceritakan peristiwa yang telah berlaku tadi. Lagipun, Amierul Mukminien sendiri kawan kepada Harizd. Kawan baik pulak tu! Argh tensionnya! Urg, just forget that! I was just kidding. Ha ha ha. Kening Amierul Mukminien berkerut. Hairan benar dengan sikap Natasya Shakilla. Asya, are you okay? Im just fine. Tengok, sihat walafiat apa ni? Ha ha ha risau aje tadi tapi rasanya sekarang ni dah okey dah. Insya-Allah, okey. Mier, hobi awak memang melukis, ek? Mmm second hobby. Oh, yeah? So, what is your most favourite hobby? Al-Quran. Terangkat kening Natasya Shakilla. Everything related to al-Quran. Membaca dan mendalaminya, terang Amierul Mukminien perlahan. Namun begitu, nada suaranya kedengaran tegas.

142

Shasfa alyahya

Melalui intonasi suaranya, Natasya Shakilla akur bahawa Amierul Mukminien memang telah terdidik dengan berpandukan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup. Dan buat kesekian kalinya perasaan kagum hadir memenuhi hatinya. Hebat sungguh keluarga ini! Berapa ramaikah anak muda Malaysia yang masih berpegang pada peninggalan Nabi Muhammad SAW ini? Yang pastinya, dia juga turut hampir melupakannya. Suatu ketika dulu, dia pernah turut hanyut dibuai perasaan indah yang hanyalah sebuah kepura-puraan yang bertindak menggelapkan hati, menutup pintu hidayah daripada mendekati. Ignorant is bliss! Subhanallah. Sedar tak sedar, jam sudah menginjak ke angka enam empat puluh petang. Cepat-cepat Natasya Shakilla meminta diri untuk pulang. Pasti mama akan membebel jika tahu dia meninggalkan barang begitu sahaja dan pergi ke rumah kawan. Mama pasti telah lama pulang ke rumah. Telahan Natasya Shakilla ternyata benar. Dan mama telah sedia menanti di hadapan pintu. Natasya Shakilla!

KAT majlis orang nanti, jaga perangai tu. Jangan buat perkara tak senonoh pulak! Im with your words, your honour. Can I go? Get going my princess, youll be so late! Jeritan papanya yang sedang bersarapan kedengaran dari dalam rumah. Natasya Shakilla tertawa senang.

143

Hot Gimmick

Muchos grassias, my lord, ujarnya dengan badan yang sedikit dibengkokkan, gaya puteri barat menghadap ayahandanya. Tanpa menunggu respons, Natasya Shakilla terus melompat ke atas basikal lalu mengayuh pergi. Hilang terus gaya bangsawannya tadi. Jangan balik lewat, Asya! Puan Jalina masih berat melepaskan Natasya Shakilla. Ya!!!! Selepas kelibat Natasya Shakilla terlepas dari pandangan, barulah Puan Jalina menapak masuk. Suaminya yang sedang menjamu selera dihampiri. Hish, macam tak yakin pulak dengan budak tu! Dalam minggu ni aje hati ni asyik dup-dap, dup-dap tak berhenti. Naik risau pulak dibuatnya! luahnya sambil menarik kerusi untuk duduk. Encik Emran yang baru menyudahkan makannya mengangkat pinggannya ke sinki. Tangannya mula ligat membasuh. Sejak balik ke Malaysia lagi hati awak dok dupdap, dup-dap, mamanya. Siang malam asyik gelisah aje, sampaikan papa pun mula gelisah sama, takut mama terkena penyakit. Usai membasuh, kain napkin dicapai. Kedua-dua tangannya yang basah dilap seadanya. Ke situ pulak papa ni! Mama takut anak dara kesayangan papa tu kembali pada perangai asal dia tu aje! Jangan kata papa dah lupa peristiwa kat Sydney dulu dahlah, papa mama takut sangat! Mama. Encik Emran sudah pun berdiri di belakang isterinya. Masakan dia lupa akan peristiwa itu. Selepas

144

Shasfa alyahya

kejadian secara tidak sengaja itu, barulah dia sedar akan kesilapannya memberi kebebasan buat anak gadisnya yang masih mentah itu. Sebagai seorang bapa, dia juga benarbenar takut seandainya Natasya Shakilla kembali kepada keadaan itu. Sungguh dia tak sanggup! We must trust Asya. Everyone will love her, as we do, pujuk Encik Emran. Belakang isterinya dirangkul. Hatinya benar-benar yakin bahawa Natasya Shakilla sudah berubah. Semua orang akan menyayangi Asya, seperti kita semua. Katanya memujuk isteri tersayang.

PEKARANGAN sekolah sudah dipenuhi oleh para pelajar yang sebahagian besarnya adalah pelajar kelas sains. Shakilla!!! Kau lambat lagi! Sebaik sahaja Natasya Shakilla tiba, suara rakanrakan yang mengenalinya mula kedengaran. Mana taknya, kalau muka yang selalu lewat memang tak ada orang lain lagi, Natasya Shakillalah the one and only! Eiii mahu aja aku tinggalkan kau, tau! Nasib baiklah aku ni penyabar dan baik hati, barulah aku pujuk dia orang ni tunggu kau! ujar Izuddin dengan gaya perasan machonya. Eleh kau tak payah nak jadi talam dua mukalah, E-ju! Tadi bukan main lagi kau kutuk Killa! sampuk Afiq sinis. Pelajar yang lain bersorak mengiakan. Natasya Shakilla tersengih menghampiri.

145

Hot Gimmick

Siapa yang kutuk aku tadi? soalnya, pura-pura marah. Yang sebenarnya dia hanya nak tutup kesalahan sahaja. He he he. Mana ada? Izuddin mengelat. Natasya Shakilla ketawa senang. Oit, Killa! Amboi dah la lewat, dengan senang hatinya kau dok ketawa kat situ, ya! marah Arienna, kelat. Traffic jam la Dah! Dah! Jom kita pergi. Semua orang dah naik bas tu! Ai, ai, chiff! Siapa chiff? Si E-ju ni tak ada talent pun nak jadi chiff! Eleh dengkilah tu! Woit...!!!!

SELEPAS setengah jam perjalanan, akhirnya bas sekolah yang disewa tiba di hadapan kediaman Miss Jane. Para pelajar kelas 5Sc2 mula melangkah turun. Masing-masing membetulkan pakaian dan meregangkan urat. Dari jauh lagi kemeriahan majlis sudah dapat dirasai. Wah, meriahnya! Mana taknya, husband Miss Janekan anak ahli politik tersohor, mesti ramai ahli politik yang lain turut diundang ke sini! Natasya Shakilla mengangguk. Sebab itulah Miss

146

Shasfa alyahya

Jane menjemput semua pelajar kelasnya. Inilah kali pertama dia merasai kemeriahan majlis di negara sendiri. Sejak berada di negara orang, dia tidak berpeluang menghadirkan diri di majlis-majlis yang besar dan gilang-gemilang, cuma beberapa parti kawan-kawan dan majlis perkahwinan sederhana bagi orang Islam di sana. Itu pun cuma majlis kesyukuran. Wahhh!!! Lamunan Natasya Shakilla mati tatkala mendengar jeritan rakan-rakan perempuannya. Dengan perasaan ingin tahu, dia turut menghampiri mereka. Kenapa ni? Tengoklah tu 3K!!! Dan semuanya pun ada di sini! jerit salah seorang daripada mereka. Arienna dan Ruqyah pun turut menggamatkan suasana. Aiii memang tak ada kerja lain agaknya dia orang ni? Natasya Shakilla buat muka toya. Dari arah belakang, dia mendengar enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka dari dalam lalu jeritan para pelajar perempuan kembali kedengaran. Pasti mereka sudah melangkah turun. Astaghfirullahalazim macam mana la dia orang boleh datang time-time macam ni jugak? rungut Izuan sambil menghampiri Harizd. Biarkan ajelah dia orang ni! rengus Harizd. Jom masuk! Amier Mukminien mengangkat sedikit bahu tatkala Izuan memandangnya. Ternyata keadaan ini telah berjaya menspoilkan mood Harizd. Izuan dan Amierul Mukminien mengikut Harizd dari belakang.

147

Hot Gimmick

Para pelajar pula segera memberi laluan kepada orang besar dengan segala hormatnya. Natasya Shakilla naik meluat. Disebabkan itulah, dia langsung tidak berganjak dari tempatnya, sehinggalah Harizd tiba betul-betul di hadapannya. Hah, dia lagi! dengus Natasya Shakilla di dalam hati. Hah, dia lagi! dengus Harizd, juga di dalam hati. Harizd dan Natasya Shakilla saling berpandangan. Mata mereka beradu dalam diam. Masing-masing mahu menuntut kemenangan yang entah dari mana puncanya. Hadiah dari alien semalam best tak? soal Natasya Shakilla perlahan, penuh sinis. Best sangat, sampai aku rasa nak balas dengan pendidikan yang bermoral untuk kau. Jaga-jagalah nanti, spoilsport! Ramai cikgu yang tegas menanti! balas Harizd perlahan, namun penuh ugutan. Aku pun rasa bagus untuk alien macam aku. Sinis. Pertarungan alam lain yang tidak mampu dibaca oleh orang sekeliling mereka semakin sengit. Baik Harizd mahupun Natasya Shakilla, masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing penuh ego dan kelicikan. Hai tak tahan aku! rungut Izuan. Ah Kam! Hah, lega! Akhirnya pertarungan entah apa-apa entah budak berdua ni bakal menemui garisan penamat. Kalau tidak, entah sampai ke manalah dia orang akan duk macam ni? Hai tak tahan aku! Izuan bermonolog.

148

Shasfa alyahya

Ah Kam! Panggilan itu kedengaran lagi. Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu. Dari jauh lagi kelihatan Miss Jane atau sekarang ni Mrs. Chue berlari-lari anak dalam gaun putihnya yang labuh. Destinasi pertamanya, sudah tentulah ke arah Harizd. At last youre coming, my dear! ucapnya dengan senyum melebar. Ive waited for you since I wore this gown. How do I look? Youre really beautiful, Miss Jane! Pelajar-pelajar perempuan menjawab girang, persis anak-anak tahun satu. Toce sait! Dah, jom masuk! Ive prepared special halal dishes for all of you. Come! Jom, Killa! Ive lost my mood, ujar Natasya Shakilla, masih mematungkan diri memerhatikan teman-temannya berlalu pergi. Korang pergilah dulu! Kejap lagi aku surely masuk, ucapnya, meyakinkan mereka. Dan begitulah, dia ditinggalkan bersendirian di luar, termangu-mangu memerhatikan para tetamu yang lalu lalang. Mood dia memang betul-betul dah pecah! Semua ni sebab si bighead tu la! Kalau kau tak ada, tentu aku tak jadi macam ni!!! Shakilla? Yes? Kenapa tak masuk? You dont like my day, do you?

149

Hot Gimmick

Eh, taklah! Pantas Natasya Shakilla menggeleng. I lose my appetite as I see him! Mrs. Chue tersenyum mendengarnya. Memang dia sering mendengar cerita tentang Harizd dan Natasya Shakilla di sekolah. Entah penangan apa yang Natasya Shakilla berikan, sampai Harizd yang tak suka ambil kira hal yang remeh-temeh pun jadi penasaran. Asal jumpa aje, mesti gaduh. Jumpa aje, mesti bertekak. Unik sungguh! Youre laughing at me Sudah tentulah! You and Ah Kam are my students, and both of you have unique chakras. The two of you are exactly like cats and dogs! Meaning? I am a matured woman, and Ive had gone through many experiences, and one of them is this kind of peculiar relationship. How much did you hate him? So very much. And sometimes, bila nampak muka dia aje, suddenly there are butterflies in my stomach. No no no... my dear. You should not do that. You know what? When youre really mad at someone, by time passing, this feeling will turn to love. At that time, youll play with your own emotions. Semua tu pastinya mengganggu pelajaran awak. Saya tak nak anak-anak murid saya gagal dalam peperiksaan nanti. Did you get it? Yes, maam. Thanks for your courage. I really appreciate it. Come! ajak Mrs. Chue lantas menarik tangan Natasya Shakilla mengekorinya. You pergi Charisma Camp nanti, kan? I guess.

150

Shasfa alyahya

Ah Kam, you must take good care of her. Mrs. Chue menguatkan suaranya tatkala mereka melintasi meja makan pelajar-pelajar lelaki. Harizd, Amierul Mukminien dan Izuan yang sedang makan lantas berpaling, terperanjat dengan teguran yang tiba-tiba itu. Somehow, two of youre wearing the same colour today! Para pelajar lelaki yang sedang makan, serentak menyakat. Harizd dan Natasya Shakilla berpandangan. Kemudian, masing-masing menarik muka empat belas. Mrs. Chue pula, lekas-lekas meminta diri untuk melayan tetamu lain. Pandai dia mengenakan anak muridnya, ya! Mentang-mentanglah hari ni wedding dia. Sebelum berlalu ke meja pelajar perempuan, Natasya Shakilla sempat menghadiahkan jelingan maut untuk pelajar-pelajar lelaki bagi melepaskan geram. Namun jelingannya hanya memanjangkan suara menyakat bebudak lelaki. Arghhh!!!! Aku tension!

151

Hot Gimmick

bab 10
Camp of havoc. Natasya Shakilla masih tidak senang duduk dengan kata-kata Mrs. Chue petang tadi. Dia berkalih ke kiri. Jam yang tergantung di dinding mula menginjak ke angka dua pagi. Argh this is nonsense! Did I trap myself into such a trouble? Did I? Pandangannya kembali ditala ke arah siling. Serentak, fikirannya menerewang mengingati kata-kata teman-temannya dahulu. Killa, jaga-jaga sikit bila dah naik benci tu! tegur Ruqyah. Why? Natasya Shakilla kehairanan. Pelik betul bunyi nada suara Ruqyah. Apa ke he? Haah, apesal? Arienna turut menyampuk. Pipinya

F you really mad at someone, by time passing, this feeling will turn to love.

152

Shasfa alyahya

menggembul-gembul betullah minah ni!

dipenuhi

makanan.

Tak

beradab

Aku takut perasaan benci yang meluap-luap tu bertukar... Ruqyah masih ingin bermain tarik-tarik tali. Hai, kawan! Apa maksud lu ni... dont play-play la.... Kalau kau tengok dalam TV, orang yang saling membenci akan bertukar jadi apa, ya? Natasya Shakilla mula menunjukkan muka blur. Apa? Saling berbunuhan? Take the gun and killing each other? Minah ni betul-betul tak paham bahasa la... Ruqyah menjeling Arienna yang tersengih-segih mula menangkap maksudnya. Yalah... yalah... payah paham betullah Si Killa ni. Kalau orang yang tak sejenis mula benci dengan tahap paling maksima, feeling tu akan bertukar menjadi sesuatu yang special. I mean, hate turns to lov Nonsense!!!

NATASYA SHAKILLA, kenapa muka kamu macam ayam berak kapur aje ni? Tak cukup tidur, ma jawab Natasya Shakilla malas. Memang dia tidak dapat melelapkan mata semalam. Semuanya dirasakan serba tidak kena. Akhirnya, dia on-line dan chatting dengan kengkawan sampai pukul empat pagi. Gila tak gila? Boleh ke kamu join camp tu? Hari ni Husna nak datang dengan Mira. Alamatnya tak ada masa berehatlah kamu nanti.

153

Hot Gimmick

Yaaa. Dan ternyata benar, sehari suntuk Natasya Shakilla, Hanis Humaira dan Hidayatul Husna menghabiskan masa bersama. Banyak perkara menjadi bualan mereka. Pada malamnya, selesai sahaja menunaikan solat isyak, Natasya Shakilla terus lena diulit mimpi. Keletihan. Ayez. Aku benci kau! Jadi dengan keturunan kau sekalilah aku benci!!! Aku tak nak tengok budak ni!!! Keluar!!! Asya! Seorang anak kecil berlari menuruni rumah papan lalu bersembunyi di belakang semak berhampiran sawah yang terbentang. Huuu Tuk Mek tak pernah pun sayangkan Asya. Hu hu hu. Prak! Siapa? soalnya, terkejut. Seorang budak lelaki berdiri dengan tangan bersilang. Wajahnya samar-samar kelihatan, dihalang cahaya matahari pagi dari arah belakang. Siapa awak ni? Aku yang patut tanya siapa kau! Apa kau buat kat site aku? Huh? Jawab soalan aku! Sss... saya Asya. Asya!!! Opocot hantu kau!!!

154

Shasfa alyahya

Astaghfirullahalazim! Puan Jalina bercekak pinggang melihat Natasya Shakilla yang sudah jatuh tergolek dari atas katil. Aduh! Natasya Shakilla, cuba tengok jam dah pukul berapa sekarang? Bas kamu bertolak pukul berapa, sayang oiii? Huh? Pukul berapa ya? Natasya Shakilla yang masih mamai memanjat naik ke katil. Ditenung jam dindingnya lama-lama. Tujuh tiga lapan hah? Tujuh tiga puluh lapan? Argh!!!! Jeritannya kedengaran di segenap ruang banglonya, seperti pagi-pagi sebelum ini juga. Natasya Shakilla segera bersiap, subuh gajah dan berkemas. Tepat jam lapan empat puluh lima, Natasya Shakilla melangkah keluar. Dia mengomel sendirian apabila mendapati kereta papanya telah tiada di garaj. Sahlah dia dah kena tinggal. Itulah, lambat lagi! Better get a cab! omelnya lagi sambil melangkah keluar dari rumah. Belum sampai ke simpang jalan, sebuah kereta membunyikan hon ke arahnya. Natasya Shakilla yang sedang panas hati ingin menghamburkan amarah, namun segera terpadam apabila melihat Amierul Mukminien di sebalik cermin hitam kereta yang terbuka perlahan. Assalamualaikum! Wa waalaikumussalam! Jom! Hah? Lets go!

155

Hot Gimmick

MANALAH perginya Si Killa ni? Bas dah nak bertolak ni, batang hidungnya pun tak nampak-nampak lagi! Arienna dan Ruqyah mundar-mandir di tepi bas sekolah. Para pelajar dari kelas 5Sc1 dan 5Sc2 mula berkumpul di hadapan bas masing-masing dengan bagasi. Beberapa orang guru pengiring yang ikut serta mula membahagikan tugas mengikut kumpulan yang baru diatur sebentar tadi. Baiklah, siapa yang off? Cikgu! gamit Arienna. Shakilla belum datang lagi! Aiii, si princess hour ni lambat lagi omelan Izuddin kedengaran. Maaf, cikgu. Harizd dan Izuan merapati. Amier pun sama. Keadaan mula hingar-bingar seperti penjual ikan di pasar. Seketika, sebuah pekarangan sekolah. kereta Mercedes memasuki

Harizd yang telah mengenali kereta tersebut pantas mengorak langkah menghampiri. Mier, tegurnya sebaik sahaja Amierul Mukminien melangkah keluar. Sorry, ucap Amierul Mukminien. mengerling memandang pintu kanan keretanya. Matanya

Serentak dengan itu, Natasya Shakilla melangkah keluar dari perut kereta. Harizd menajamkan pandangan matanya. Aku salah tengok ke ni?

156

Shasfa alyahya

Wargh!!!! Tak sampai setengah minit, keadaan kembali bising. Pelajar perempuan terlopong melihat Natasya Shakilla dengan muka toyanya. Gimik apa ni? Okey, guys and girls! Everybodys here, so lets get going! Laungan Cikgu Irfan berjaya mematikan suasana yang sedang gamat. Para pelajar mula bergerak menaiki bas. Thanks, Mier! ucap Natasya Shakilla, ikhlas. Sempat dia membalas pandangan Harizd yang sentiasa tajam tu sebelum berlalu. Ah, lantak kaulah nak fikir apa pun! Peduli apa aku! Sebaik sahaja menaiki bas, pelajar perempuan yang sedang tertoleh-toleh sebentar tadi segera mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Ada juga yang berbual-bual. Di sebalik pelbagai ekspresi wajah tersebut, tanpa Natasya Shakilla sedari, terlindung renungan tajam beberapa pasang mata ke arahnya. Di benak masing-masing terkandung rancangan!

ALHAMDULILLAH, akhirnya kita tiba dengan selamatnya di sini. Suara Cikgu Irfan kedengaran lantang memberi taklimat. So, perkara pertama yang akan kita lakukan ialah membersihkan tapak dan mendirikan khemah. Pelajar perempuan di sebelah kiri saya, manakala pelajar lelaki di kawasan lapang sebelah kanan saya. Selepas ni, kamu mesti patuh kepada pemimpin, kami takkan handle dah. Lelaki, Harizd dan perempuan, Dalya.

157

Hot Gimmick

Cikgu Irfan memberikan laluan kepada Harizd untuk meneruskan program. Natasya Shakilla mengekor dengan lirik mata. Setahunya Sir Z pun ikut sama, tapi kat mana, ek? Tak perasan pulak! Hah, itu dia! Bibirnya menguntum senyum tatkala matanya menangkap kelibat guru muda yang sedang berbual-bual dengan Cikgu Irfan. Saya tak nak mana-mana pelajar melanggar disiplin yang telah ditetapkan! Dia dah mula dah. Sebelum bertolak tadi saya dah bahagikan ketua kumpulan masing-masing. Mulai saat ini, pada ketika ni, kamu semua dikehendaki akur akan perintah ketua dan bergerak dalam kumpulan. Saya tak nak ada sesiapa di antara kalian yang mendapat musibah gara-gara sikap kalian sendiri! Huh! Skema gila! So, sekarang boleh bergerak dan sebelum pukul satu setengah, semua mesti berada di sini bersama kain sembahyang. Bersurai! Natasya Shakilla mencemik. Eiii, ingat join ni bolehlah release tension! Makin tension adalah! Hah, betulkan instinct, kata tak payah ikut tadi? Killa! Hah! Kita sekumpulan, group lima. Ari pulak group dua. Tahu tak siapa ketua kita? Adhzarinna! Tak sangka betul! terang Ruqyah dengan senyuman. Natasya Shakilla mengangguk cuma, cuba menyembunyikan ketidakpuasan hatinya. Nampaknya makan

158

Shasfa alyahya

hati berulam jantunglah sepanjang tiga hari dia di sini. Huargh bapak boringnya nak ikut rules headboy bighead tu.

KILLA, tolong ambik air kat sungai sana, arah Adhzarinna sambil menyuakan baldi. Natasya Shakilla yang sedang memasang khemah berpaling. Ai ai maam! He he he! Natasya Shakilla tiba-tiba diterjah rasa kagum terhadap Adhzarinna. Yalah, kat dalam kelas bukan main pendiam lagi! Rupa-rupanya dia seorang yang aktif jugak, ek? Boleh tahan! Dari celah semak, sekitar enam meter dari tapak khemah pelajar perempuan, kelihatan khemah pelajar lelaki yang telah siap dipasang. Natasya Shakilla terus menghalakan langkah ke sungai. Dari sebalik pokok, beberapa pasang mata telah bersedia untuk bertindak. Natasya Shakilla leka bercangkung di atas batu sambil menenggelamkan separuh baldi ke dalam air. Pada waktu yang sama, beberapa pelajar menghampirinya, terjengket-jengket lalu mencurah minyak masak yang dibawa ke atas batu, betul-betul di belakang Natasya Shakilla. Pada masa yang sama pelajar-pelajar terbabit melarikan diri, Natasya Shakilla sudah berdiri dengan baldi yang penuh berisi air. Dia berpusing lapan puluh darjah dan mula berjalan.

159

Hot Gimmick

Setapak, dua tapak, tiba-tiba Killa! Oit, Cik Killa! Sini, sini! Natasya Shakilla pantas berpaling. Kakinya mula menghala ke arah suara yang memanggilnya. Nun berhampiran khemah lelaki kelihatan Izuddin sedang melambai-lambaikan tangannya yang tersangkut tuala. Meh mandi meh! Jangan cemburu, kita orang boleh mandi puas-puas! Buekkk! Natasya Shakilla mencemik. Eleh, mentangmentanglah pelajar perempuan tak dibenarkan mandi sungai, sesodap rase jer dia naik tocang ya? Tak heranlah, E-ju! Wekkk! Natasya Shakilla membalas. Eleh, dengkilah tu! Gedebushhh!!! Mereka sudah pun memulakan langkah dengan acara kuak lentang, kuak rama-rama, kuak kura-kura dan segala macam jenis kuak lagi. Natasya Shakilla menggeleng geli hati sambil berlalu pergi. Sempat dia mengelak apabila ada pelajar yang nakal bangat itu cuba menyimbahkan air ke arahnya. Natasya Shakilla tertawa senang. Namun, di sebalik sebatang pokok, terdapat beberapa pasang mata yang kegeraman, tidak puas hati apabila rancangan yang diatur tidak mencapai sasaran. Salah seorang bertindak menumbuk batang pokok yang tidak berdosa itu. Beritahu Adhz, rancangan tak berjaya. Kita mesti fikirkan cara lain!

160

Shasfa alyahya

USAI menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, para pelajar mula bersiap untuk acara seterusnya. Beberapa orang pelajar yang dilantik sebagai ad hoc, bertungkus-lumus menyediakan unggun api, termasuklah kumpulan 3K yang dihormati. Mereka mula mengelilingi unggun api untuk mendengar taklimat seterusnya daripada Harizd. Okay, please lend me your ears! Kita orang dah beritahu ketua kumpulan masing-masing tentang game malam ni. You do have all the things with you, dont you? Hah? Benda apa? Apa? Natasya Shakilla mula kaget. Matanya meliar seluruh tempat, cukup tiga ratus enam puluh darjah. Semua orang sedang pegang kertas, pen, marker, gunting and so on. Then, what about me? How could it be that Im the only one who is left behind? Adhza I thought I saw someone with nothing. Suara seseorang kedengaran. Natasya Shakilla menelan liur. Langkah yang semakin menghampiri menambahkan debar Natasya Shakilla. Wajah gadis yang hanya diterangi samar-samar cahaya unggun api, tertangkap oleh pancaindera Natasya Shakilla. Youre that troublemaker from 5Sc2! Hmmm. Sinisnya suara! Sudahlah mukanya macam tak ada perasaan langsung. Mati aku! Mati!!! Harizd, apa hukuman untuk orang yang cemerkap macam dia ni? Gadis yang sama menggamit Harizd. Semua mata sudah terarah pada Natasya Shakilla. Harizd memandang tajam sebelum menghampiri. Siapa lagi yang pelupa tu? Suara garang Harizd mula menggegar suasana. Wajah semua dipandang sehingga akhirnya kembali ke wajah

161

Hot Gimmick

Natasya Shakilla. You guys, apakah hukuman yang telah ditetapkan untuk orang yang careless macam dia ni? Servant! jerit seorang pelajar yang tidak diketahui siapa empunya diri. Yes! I agree! For all days here! Seorang lagi menambah. Gulp!!! Im with their words! sambut suara yang entah dari mana datangnya. No! Yang lain membantah. Pastinya budak sekelas tu! Suasana semakin gamat. Let it be just for tomorrow! Harizd menggosok mengelilingi Natasya Shakilla. dagunya sambil berjalan

Then, check! putusnya. Teruskan permainan menjeling sinis sebelum berlalu. asal! Harizd sempat

Natasya Shakilla terkelu. Kemudiannya dia hanya mampu menyaksikan tanpa kudrat untuk turut serta. Cheer up, Asya! Tiba-tiba satu suara menegur. Natasya Shakilla berpaling lemah. Mier Id lost my soul. Amier Mukminien tersenyum segaris. Melihat senyuman berharga Amierul Mukminien itu, semangatnya yang menghilang kembali semula. Haaa, hulp!

162

Shasfa alyahya

Saya dah agak dah, mesti bad luck occur when hes here! rungutnya perlahan. Matanya dilarikan ke arah rakanrakannya yang sedang mencari port sesuai untuk menulis. Entahlah, meluahkan isi hati kut! Saya tak tahu langsung apa event malam ni. Kenapa semua orang boleh tahu? Tak aci! Im innocent! Theres nothing special tonight, luah Amierul Mukminien tiba-tiba. Natasya Shakilla berpaling. Hah? Emmm... confession and suggestion, thats all. Well, Encik Amier, can you please tell me aktiviti apa yang menanti saya esok? Im a slave now, so I need some preparations. He he he. Amierul Mukminien tersenyum nipis. Punggungnya dilabuhkan di atas pasir bertentangan dengan arah cahaya unggun api yang sedang marak. Natasya Shakilla turut melakukan hal yang sama. Hatinya berbunga gembira. Yalah, sekurang-kurangnya dapat juga dia berbual dengan Amierul Mukminien! Kih kih kih. Natasya Shakilla bergembira, namun sayangnya kegembiraannya mengundang rasa marah di dalam hati ramai orang. Nun jauh di belakang unggun api, beberapa pelajar perempuan menjeling dengan mulut masing-masing yang mengherot benci. Damn it! Perempuan ni memang kurang ajar! Selamba badak dia aje! Argh, geramnya!!! Mana Adhz? Oit, Adhz! Apa macam? Apa rancangan nak kasi tutup mulut minah tu? Seorang gadis tampil ke tengah mereka dengan riak muka penuh keyakinan. Wajahnya terangkat penuh sombong.

163

Hot Gimmick

Huh! Ive a brilliant idea, girls. And Ill make sure it will shut that troublemaker up!

BERMULA daripada terbukanya mata, sebelum sinar mentari masih bersembunyi di ufuk bumi, sehinggalah matahari berdiri betul-betul di atas kepala, Natasya Shakilla masih belum berhenti rehat. Ada sahaja arahan yang menampar cuping telinganya. Shakilla itulah, Shakilla inilah, akhirnya segala-galanya Shakilla! Urgh, tension! Macam orang bodoh, dia akur dengan kehendak entah apa entah teman-temannya itu. Yang pastinya, nampak sangatlah dia orang sengaja nak memainkan keadaannya. Dah terang lagi bersuluh, dia orang nak mengambil kesempatan! Arggghhh!!! Killa! Hah, ada dah yang panggil! Ya sahutnya malas. Dua orang pelajar perempuan dari kelas sebelah menghampiri dengan senyum panjang. Tolong bersihkan tapak permainan sebentar tadi dan kemaskan tempat untuk solat zohor berjemaah! arah salah seorang daripada mereka. Natasya Shakilla buat muka toya. Bukan tu semua tugas ad hoc ke? Apesal saya pulak? Hah, ya ke? Tapi ad hoc yang pesan kat kita orang, suruh beritahu awak. Kita orang tak tahu, awak tanya dia orang sendiri! Habis langsung ucapannya, mereka terus berlari pergi.

164

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla tercengang buat seketika. Ini betul-betul dah melampau ni! Si bighead ni semua kau punya pasallah! Tangannya dikepal kuat. Dia benar-benar hendak buat perhitungan dengan Harizd. Kerana itu jugalah, habis satu tapak perkhemahan dijelajahi namun bayang mamat tu tidak langsung kelihatan. Akhirnya, terpaksalah dia mengerjakan arahan yang tiada hitam putih tersebut sehinggalah masa seharinya berlalu begitu sahaja. Tatkala petang menjelang, Natasya Shakilla sudah tidak larat untuk melakukan apa-apa lagi. Akhirnya dia melarikan diri ke sungai. Batu-batu kecil dicapai lalu dilempar ke dalam sungai yang mengalir. Im sick of this nonsense!!! Tak adil! Berat sebelah! Argh!!! jeritnya sekuat hati. Lantaklah kalau ada orang dengar pun! Dia dah tak peduli lagi! Siapa yang tak adil? Ackkk...! Natasya Shakilla terkejut. Ada suara menyapa. Dahlah familiar pulak tu! Siapa ek? Perlahan wajahnya dipalingkan ke belakang. Hai! Izuan yang berdiri tidak jauh di belakang, mengangkat sedikit tangan kanannya, menyapa. Natasya Shakilla terkejut. Aih, mamat nikan sepupu Mira, kan? And one of 3K! Apa dia buat kat sini? Dia dengar ke apa yang aku bebelkan tadi? Oh, absolutely! Arrrhhh. Can I join you? pinta Izuan. Belum sempat Natasya Shakilla menjawab, dia terlebih dahulu mengambil tempat berhampiran gadis itu. Natasya Shakilla mengangkat kening. Baik tak payah tanya tadi!

165

Hot Gimmick

Letih ke? Surely, surely, surely, yes!!! Thats good enough I dont lose my consciousness. Im really really tired! Huarh! Buruh bangunan pun tak sepenat ni! luah Natasya Shakilla. Nah! Izuan menyuakan setin air Pepsi sambil bangkit dari duduknya. Teragak-agak Natasya Shakilla menyambut huluran tersebut. Apabila tin Pepsi sudah bertukar tangan, Izuan tersenyum lebar sambil memandang Natasya Shakilla. Sebenarnya awak tak perlulah akur sangat arahan dia orang semua tu. Kita orang cuma nak tengok perasaan patuh kepada pemimpin sahaja. Tapi awak overreact sangat, sampai dipermainkan dia orang semua. Just dont be too nave, okay? Izuan tersengih nakal sebelum berlalu pergi. Natasya Shakilla tercengang lagi, bingung seketika. So, dari awal-awal lagilah aku dipermainkan? Argh! Air Pepsi di tangan dipandang. Dahaga but I hate bicarbonates!

WAN, I saw that! Whaa? Izuan yang baru berjalan pergi, meneguk liur. Mampus aku, mampus! Dia tersengih innocent, kononnya tak ada apa-apa yang berlaku. Saw what? soalnya dengan relaks. Apa kau buat kat sana? Sempat lagi kau mengayat awek, eh? Siapa perempuan tu? Kau Wait! Wait! Izuan menolak serangan bertubi-tubi daripada Harizd. Kedua-dua tangannya terangkat ke udara.

166

Shasfa alyahya

Relaks, chill! Aku bukan nak ayat dia, takkanlah kat tengah-tengah hutan macam ni. Apalah kau jangan main tuduh-tuduh macam tu, aku cuma sapa dia aje. Tak lebih daripada tu, okey? Not more than that! Mati aku kalau Harizd tahu orang tu ialah Shakilla, enemy dia! Harizd menjeling kurang percaya. Langkahnya seiring dengan Izuan. Sebelum membelok ke kanan, sempat dia berpesan, behave yourself, Wan! Hopefully nothing anxiety happen! Izuan mengerutkan kening. Ai ai ai kerek sungguh sepupu aku ni! Lantaklah, sekarang ni yang penting dia perlu memastikan para pelajar bersiap untuk jungle trekking. Segera dikejar sepupunya yang sudah menjauh di hadapan. Yez, kau tolong check dia orang, boleh? Pastu soundlah dia orang bersiap untuk aktiviti lepas ni, sarannya penuh diplomasi. Sebenarnya dia yang ditugaskan untuk memberitahu semua peserta kem. Kau tak ada mulut ke? sinis Harizd bersuara, mengenakan sepupunya. Izuan menepuk bahu Harizd beberapa kali. Aku nak cari Cikgu Irfan tentang peralatan tu semua. Alaaa come onlah! pujuknya. Dah, cepat! Lepas asar kita bertolak terus! Yesss! Excellent!

NATASYA SHAKILLA leka memerhati arus sungai yang mengalir. Sedar-sedar, jam sudah hampir pukul lima setengah. Dia bangkit lalu kembali ke kem. Keadaan kem

167

Hot Gimmick

yang sunyi dipandang tanpa berkelip. Ke mana semua orang dah menghilang ni? Killa! Killa! Natasya Shakilla berpaling. Dari jauh kelihatan Adhzarinna berlari-lari anak mendapatkannya. Mana semua orang pergi, Adhza? soal Natasya Shakilla bingung. Adhzarinna menarik nafas panjang. Dia masih tercungap-cungap ekoran lariannya sebentar tadi. Awak pergi ke mana? Puas saya cari awak, Killa. Semua orang dah bertolak untuk jungle trekking. Awak tak tahu ke? Astaghfirullah Natasya Shakilla menepuk dahi. Apesal saya boleh lupa pula ni? So, macam mana ni? Kalau saya tak join boleh tak? Saya letih sangat ni! Jangan risau, ada satu kumpulan lagi yang belum bertolak. Kita boleh join dia orang! Marilah, Killa! Sejak tadi saya cari awak, pujuk Adhzarinna. Nak tak nak, Natasya Shakilla terpaksa mengangguk. Kasihan Adhzarinna yang mahukan dia turut serta! Awak tahu jalan yang nak dilalui tu ke? soal Natasya Shakilla. Mereka bersiap apa yang perlu. Kumpulan yang disertai kebanyakannya perempuan, lelaki cuma tiga orang termasuk pemandu perjalanan. Ikut aje dia orang, jawab Adhzarinna. Natasya Shakilla mengangguk akur. Dia dan Adhzarinna berada hampir di belakang. Dua orang pelajar perempuan kelas sebelah berada di belakang sekali.

168

Shasfa alyahya

Dekat lima enam kali juga Natasya Shakilla hampir jatuh. Selama itulah Adhzarinna setia membantunya. Keadaan hutan yang agak lembap melambatkan perjalanan. Kiri, kanan, depan dan juga belakang semuanya dipenuhi pokok-pokok yang tinggi mencakar langit. Beberapa kali juga Natasya Shakilla, Adhzarinna dan rakan-rakan berhenti rehat. Air botol yang dibekalkan semakin habis, tinggal lebih kurang satu per lapan botol sahaja lagi. Tanpa disedari, mereka berempat telah jauh ketinggalan di belakang. Cepat, Adhza! Kita dah tertinggal ni! Ya! Kumpulan mereka sudah tidak kelihatan lagi. Bagaimana perkara yang paling ditakuti ini boleh terjadi pulak? Natasya Shakilla bingung. Kini di hadapan mereka terdampar dua arah berlawanan. Mereka saling berpandangan, bingung. Arah mana ni, Adhza? Hana, pelajar kelas sebelah bertanya. Temannya hanya diam sedari tadi, takut barangkali. Adhzarinna terdiam sebelum mengunjuk ke arah kanan. Saya rasa dia orang ikut jalan ni tadi, ujarnya penuh yakin. Mereka saling berpandangan sebelum akur. Killa Adhzarinna mula tidak yakin. Dia menolak Natasya Shakilla agar berjalan di hadapan. Natasya Shakilla tersenyum sambil membiarkan Adhzarinna memegang lengan bajunya. Kini dia semakin

169

Hot Gimmick

mengenali Adhzarinna yang pendiam di dalam kelas, teman yang sentiasa melakukan hal sendiri tanpa mengambil peduli hal orang lain. Teman yang digelar home alone oleh teman sekelas yang lain. Harapannya moga mereka akan bertambah rapat lagi selepas balik dari perkhemahan ini. Phew dalam kepahitan kem ni, ada jugaklah kebaikannya. At least. Natasya Shakilla terleka. Sedang asyik melayan perasaan, mereka akhirnya menemui jalan buntu. Hanya cerun yang berada di hadapan mereka kini. Mereka berempat saling berpandangan. Nampaknya mereka tersalah pilih arah. Macam sajak The Road Not Taken dalam subjek Literaturelah pulak! So? soal Natasya Shakilla. Cerun itu dipandang lagi. Mahu atau tidak, kenalah dia orang berpatah balik! So take this! Tiba-tiba badan Natasya Shakilla terdorong ke hadapan. Belakangnya telah ditolak oleh seseorang. Kakinya tidak lagi menjejak tanah, sebaliknya terapung dan ditarik graviti bumi ke bawah cerun. Aaa!!! Natasya Shakilla cuba mencapai akar pokok namun gagal. Apa yang terlayar pada penglihatannya buat kali terakhir hanyalah wajah ketiga-tiga orang temannya. Adhza!!! Dan Adhzarinna tersenyum lebar.

170

Shasfa alyahya

bab 11
Still chew the fat in ill-luck? Whats wrong, ma? Something under a cloud? Encik Emran yang terkejut mendengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, segera menjengukkan kepala. Sudu yang diguna ketika makan masih berada di dalam genggamannya. Pantas isterinya dihampiri. I guess so, must be my specially dears are in trouble! gumamnya sambil mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Encik Emran turut membongkok, membantu isterinya mengumpul serpihan kaca yang terpelanting jauh. Nauzubillah harap-harapnya tidak, doa Encik Emran perlahan. Wajahnya turut bertukar mendung melihat isterinya yang kelihatan tertekan sejak semalam.

RANGGG!!! Astaghfirullahalazim.!

171

Hot Gimmick

Mama masih fikirkan hal semalam agaknya, ya? soalnya. Serpihan yang terkumpul dibalut dengan kertas surat khabar sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Encik Emran kemudiannya memimpin tangan isterinya ke ruang tamu. Melihat sekilas wajah itu pun dia sudah mengerti akan fikiran isterinya yang sedang berbalut gelisah. Mama tak boleh terima sikap mek yang tak berubah, pa. Mama tak faham sampai bila dia nak bawa masalah ni, padahal bukan setahun dua perkara tu berlaku. Dah lima tahun lebih. Malah, kalau kira dengan jarak permulaan masalah ni, dah lebih lapan belas tahun, pa. Mama kecewa, kenapa mek nak simpan sangat dendam tu sampai ke hari ni? luah Puan Jalina perlahan. Tubir matanya mula basah dengan air mata, namun lekas-lekas diseka dengan tisu. Encik Emran terdiam sekejap. Memang benar kata isterinya, sikap ibu mertuanya memang tidak pernah berubah. Masih kekal dengan keras hatinya. Walau bagaimanapun, seorang ibu tetaplah seorang ibu, tiada siapa pun yang layak mengambil gelaran tersebut daripada Yang Maha Pencipta. Tengoklah sikap mek kelmarin, tengok muka kita pun tak nak, apatah lagi nak bersua muka berbincang tentang hal ni. Mama buntu! Air mata yang mengalir dikesat lagi. Kepalanya bersandar lemah pada bahu suaminya. Mungkin salah kita sendiri, tindakan kita yang tak kena agaknya. Kita sama-sama berusaha cara lain, okey? pujuk Encik Emran. Bahu isterinya dirangkul lembut. Hujung matanya menangkap anggukan isterinya yang lemah. Macam mana agaknya sikap mek bila jumpa Asya?

172

Shasfa alyahya

Mama takut perkara yang sama berulang lagi. Hati budak tu dah hancur luluh dengan layanan mek dulu. Mama macam dapat rasakan hal yang sama akan berulang macam roda, malah lebih teruk lagi! No, dear insya-Allah, serahkan segala-galanya kepada Allah. Asya.

WOKEY, sekarang semua dah kembali ke camp site? Saya nak korang semua berehat dan bersihkan diri. Lepas ni, tepat pukul tujuh semua orang mesti berkumpul untuk solat maghrib berjemaah. No excuse! Kalau korang rasa letih, korang mesti ingat, kita orang ni lagi letih! Hormati kita orang dan hormati diri sendiri. Okey, bersurai! Habis langsung ucapannya, semua pelajar segera bergerak ke khemah masing-masing. Harizd memerhati keadaan sekeliling, fatamorgana alam semakin berubah. Sebentar sahaja sinar mentari semakin menghilang di ufuk barat. Nampaknya hari ini tiada masalah yang menimpa dan esok adalah hari terakhir perkhemahan mereka. Harizd! Harizd! Ada masalah! Seorang pelajar dari group lima hilang! jerit Dalya dari jauh. Dia tercungapcungap, tidak cukup nafas kerana berlari. Sebaik dilaporkan kehilangan ahli oleh Ruqyah tadi, dia segera berlari mencari Harizd. Siapa? Natasya Shakilla dari 5Sc2, yang didenda malam semalam! Sorang?

173

Hot Gimmick

Yup! Shes the only one! tekan Dalya. Izuan dan Amierul Mukminien yang terdengar berita itu segera menghampiri Haridz. Siapa hilang? soal Izuan, minta kepastian. Shakilla, si mata empat tu! jawab Harizd. Sempat lagi menambah gelaran buat Natasya Shakilla. Amierul Mukminien terdiam, Izuan menggeleng. Tidak menyangka gadis tersebut akan menghilang. Bertindak nekad melarikan diri daripada didendakah atau betul-betul ditimpa kemalangan? Wan dan Dalya, korang berdua inform hal ni pada Cikgu Irfan dan Cikgu Zarkasyi. Lepas tu pastikan tiada seorang pelajar pun yang memandai keluar dari camp site ni untuk cari budak tu! Pastikan keadaan terkawal. Dalya kawal keadaan. Wan bawa Cikgu Zarkasyi dan Cikgu Irfan cari jejak kita orang. Mier, kau ikut aku cari budak tu, okey? Masing-masing mengangguk setuju. Sekarang apaapa tindakan pun arahan ketualah yang paling dipatuhi. Berbekalkan lampu suluh, kompas dan beberapa peralatan lain, Harizd dan Amierul Mukminien meredah kembali hutan mengikut jalan yang dilalui tadi. Keadaan hutan yang semakin gelap berbalam-balam di penglihatan. Harizd dan Amierul Mukminien masing-masing terdiam, sehinggalah dua arah bertentangan kelihatan. Kemungkinan besar dia tersilap arah! Macam ni, Mier. Aku ikut jalan ni, kau terus ke jalan yang kita lalu tadi. Kalau budak tu tak kelihatan, kau dapatkan yang lain-lain dan follow jalan yang aku ambil ni, okey? Amierul Mukminien mengangguk pantas. Mereka menunjuk penumbuk masing-masing lalu

174

Shasfa alyahya

merapatkan kedua-duanya. Anak mata masing-masing tegas menyatakan, all the best! Harizd mula mengorak langkah. Shes so troublesome! Even the trivia become troublous! Jauh di akhir langkahnya, yang kelihatan hanyalah cenuram, yakni jalan mati bagi arah yang dipilihnya. Harizd memberhentikan langkah, memerhati keadaan sekeliling yang kian kelam ditelan kegelapan malam. Otaknya ligat berfikir. Sekarang apakah tindakan yang wajar diambil?

NUN jauh di bawah cenuram, seorang gadis terdampar keseorangan di bawah sedar. Badannya kaku tanpa sebarang pergerakan. Bunyi haiwan di dalam hutan yang bersahutan semakin kuat kedengaran. Perlahan, tangan yang kaku itu membuat sedikit pergerakan kecil. Mata yang terpejam rapat dibuka sempit. Serentak, wajah yang tenang itu berkerut, menahan sakit yang mula menjalar ke seluruh tubuh. Badannya cuba didudukkan, tetapi setiap kali tangan kirinya menyentuh tanah, rasa sakit pantas melalui urat nadi. Bagai terkena renjatan elektrik layaknya, tangan kirinya secara refleks terangkat naik. Dadanya mula berombak kencang. I broke my left arm! Dengan sisa semangat yang terkumpul, tangan kanannya pula digerakkan. Bibirnya menguntum senyum letih apabila badannya berjaya disandarkan pada tebing tanah. Dia menelan liur, melawan desah nafas yang kencang, seolaholah telah berlari dua kilometer jauhnya! Im dead beat! ucapnya sebaris. Tangan kanannya kemudian meraba-raba sekitar wajah. Patutlah tak nampak satu benda pun, specs dah pecah rupanya! Huh, entah ke

175

Hot Gimmick

manalah jatuhnya! Ya Allah peliharalah hamba-Mu daripada makhluk-Mu yang keji! Prakkk!!! What now? Apa benda pulaklah yang datang ni? Rimau? Singa? Killa? Bunian? Mama!!! Killa! Suara tersebut semakin hampir. Natasya Shakilla tercengang. Wait the minute Woi, mata empat! Loh rimau ni rupa-rupanya! Beberapa meter di hadapan, samar-samar kelihatan Harizd yang sedang menghalakan lampu suluh ke arahnya. Matanya mengecil menahan sinar. Aku panggil dari tadi, kalau kau dengar jawablah! Sakit peti suara aku menjerit! marah Harizd. Masakan tidak, dia nampak Natasya Shakilla dari tadi dan segera memanggil untuk memastikan kesahihan matanya. Ada ke patut budak tu tutup mulut dia rapat-rapat? Kalau ya pun jawablah, saya kat sini ke atau apa-apa aje! Harizd menyilangkan tangan, panas hati dengan kebisuan Natasya Shakilla. Huh! Natasya Shakilla naik meluat. Huh? Hei, kau hantuk kepala kau dengan batu ke masa jatuh tadi? Bangang! Harizd menajamkan matanya merenung gadis yang kelesuan di hadapannya.

176

Shasfa alyahya

Aku yang patut cakap macam tu kat kau! Orang yang bengap aje yang tersilap arah, pada hal terang-terang kita orang letak papan tanda kat jalan lagi satu! Natasya Shakilla menjeling geram. Ingin benar rasanya menyangkal bicara itu namun keadaan dirinya benarbenar tidak mengizinkan. Bayangkanlah, untuk mengangkat tangan pun tenaganya sudah habis, apatah lagi untuk bertengkar dengan Harizd. Scavenger! Harizd terdiam. Luka pada badan Natasya Shakilla diteliti, kalau-kalau ada yang patah. Wizard! Sabar, Harizd. Jaga amarahmu, biarkan aje budak tu! Pirate! Devil! Arghhh dia sengaja cari pasal ni!!! Oit! Kau ni betul-betul buat aku cuak! Okay, fine! Kau nak tinggal sini sorang-sorang, aku tak ada hal! Dengan segala hormatnya dipersilakan! Harizd berdiri. Keningnya hampir bertemu, menahan marah. Natasya Shakilla tersengih sebagai tindak balas, sinis. Just do. Aku takkan mati pun kalau kau tak datang tolong aku. Kau ni memang tak tahu nak ucap perkataan terima kasih, kan? Egois! Simpanlah ego tu tinggi melangit. Kita tengok sama ada badan kau ni berjaya balik bersama roh kau atau tak! bidas Harizd pedas. Badannya sudah dipalingkan, bersedia untuk berlalu pergi. I dont care! Harizd menarik nafas sambil memejam mata

177

Hot Gimmick

barang sesaat dua sebelum mengambil langkah meninggalkan gadis itu keseorangan. Satu langkah Natasya Shakilla memandang sepi belakang Harizd yang makin menjauh. Hatinya diterpa rasa sebak. Dua langkah Mulut Natasya Shakilla bergetar kecil, menahan perasaan yang kian mencengkam dada. Tiga langkah They want to kill me! At last Natasya Shakilla bersuara juga. Kejap, stop! Telinga Harizd berdesing. What? Its all your fault! Haridz segera berpaling ke arah Natasya Shakilla. Hei, apa benda kau merepek ni? Aku tak faham langsung! Harizd membentak. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku sekarang, dan yang menjadi mangsanya ialah si mata empat! Harizd segera mencapai pergelangan tangan kanan Natasya Shakilla yang berbalut baju dengan sedikit kesan darah lalu menempatkannya di atas bahu, membiarkan sweater biru mudanya dicemari darah. Tubuh Natasya Shakilla didorong supaya berdiri. Natasya Shakilla mengaduh sakit. Ternyata kakinya juga turut terkehel. Boleh jalan ke tak ni? soal Harizd. Natasya Shakilla mengangguk pantas. Aku belum mati lagi! Amboi, dah separuh mati pun tak sedar diri lagi?

178

Shasfa alyahya

Lantak kaulah! Mereka mula berjalan. Natasya Shakilla menahan sakit di dalam hati. Baginya, sakit pada anggota fizikalnya tidaklah seberapa kalau hendak dibandingkan dengan luka yang mula mengoyak hati nuraninya. Semuanya kerana si bighead ni, sampaikan Adhzarinna pun. Killa! Killa!!! Harizd! Suara guru-guru dan rakan-rakannya kedengaran dari jauh. Harizd dan Natasya Shakilla berpandangan. Masingmasing mengucapkan syukur. Kita orang kat sini! sahut Harizd. Harizd, engkau kat mana? Killa! Nampaknya dia orang tak boleh nak dengar suara kita. Harizd mengomel. Suara sahutannya dikuatkan beberapa kali. Killa! Dia orang semakin jauh! luah Natasya Shakilla, bimbang. Harizd memandang Mindanya berfikir sesuatu. What? Sorry! Natasya Shakilla tercengang. Bighead ucap sorry kat aku? Dah buang tabiat ke? wajah Natasya Shakilla.

179

Hot Gimmick

Ark! Natasya Shakilla terkejut apabila secara tiba-tiba sahaja Harizd mengangkatnya. Sekarang dia dah tahu untuk apa kata maaf yang Harizd ucapkan sebentar tadi. Aku tahu jalan yang tak curam seperti tempat kau jatuh tadi. Mungkin kita boleh kejar dia orang! Harizd bersuara bersungguh-sungguh. Wajahnya serius dan penuh ketegasan, cukup untuk membuatkan Natasya Shakilla terdiam. Satu perasaan halus menyusup perlahan memasuki atmanya. Akhirnya dia membiarkan sahaja tubuhnya didukung oleh Harizd sehingga mereka menemui jalan keluar.

DAH jumpa? soal Cikgu Irfan pantas apabila Cikgu Zarkasyi, Izuan dan Amierul Mukminien kelihatan. Mereka menggeleng serentak. Jalan yang diambil oleh Harizd pun telah dilalui namun tiada sesiapa pun yang kelihatan. Apabila memanggil nama mereka pulak, mereka tidak langsung menyahut. Izuan merebahkan punggungnya ke tanah. Sekarang dua-dua dah hilang! Tapi, macam mana kalau benar Killa balik ke rumah senyap-senyap? Isy, tak mungkinlah! Izuan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Ketika tiba gelengan terakhir, matanya tiba-tiba menangkap susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya. Lantas dia berdiri. Wuhhu!!! jeritnya, kuat. Yang lain terkejut mendengar jeritan spontan Izuan. Mata mereka terus tertancap pada arah yang ditunjuk oleh Izuan.

180

Shasfa alyahya

Dari kejauhan, jelas kelihatan susuk Harizd yang sedang mendukung Natasya Shakilla menghampiri mereka. Tanpa berlengah, mereka segera berlari mendapatkan Harizd dan Natasya Shakilla yang tersenyum penuh lega. You are lion-hearted, Rizd! Good job, man! Whoa korang berdua dah berbaik, ek? Cayalah! usik Izuan tanpa disangka. Harizd berpandangan. dan Natasya Shakilla sekali lagi

Lebih drastik lagi, tangan Harizd serta-merta bertindak melepaskan tubuh gadis itu dari pegangannya. Dan apalagi, Natasya Shakilla terus jatuh terduduk di atas tanah. Ouch! Wajah relaks Harizd ditenung penuh marah. Tak guna kau, si bighead! Berani kau jatuhkan aku macam tu aje, ya? You moron! Mana ucapan terima kasih aku? balas Harizd pantas. Tangannya sudah tersarung selesa di dalam kocek seluar, menyembunyikan rasa lenguh yang mula mengalir melalui urat-urat lengannya. Yang lain-lain terdiam, menanti balasan yang seterusnya. Ada aku minta kau tolong aku? Tak ada, kan? Tolong... sikit, eh? balas Natasya Shakilla. Dan seperti biasa, mata mereka yang saling bertentangan menimbulkan garis arus elekrtik yang kecil dan semakin membesar. Well, kalau korang nampaklah!

181

Hot Gimmick

Izuan menepuk dahinya, kemudian secara tiba-tiba dia tertawa senang. Nampaknya kedua-dua temannya sudah kembali normal! Alhamdulillah... lega betul cikgu tengok kamu berdua normal semula. Ingatkan adalah yang tak kena tadi! ujar Cikgu Irfan. Tawa Izuan semakin kuat meledak. Nampaknya bukan dia soranglah yang berfikiran macam tu! Okey, sekarang ni tolong bawa Shakilla ke khemah kecemasan. Terpaksalah kita tunggu ambulans sampai! Suara Cikgu Zarkasyi pula kedengaran. Yang lain-lain mengiakan. Di penghujung khemah, Amierul Mukminien menolak tabir khemah dengan tangan yang terketar. Dia merangkak masuk dengan lemah lantas membaringkan tubuhnya yang kelesuan. Nafasnya turun naik dengan pantas, sementelah keringat halus mula timbul dari celahan liang roma pada wajah dan anggota lain. Matanya dipejam celik beberapa kali. Rambut yang sedikit menutupi dahi dikuak ke belakang. No get out! ucapnya satu per satu dengan suara perlahan. Suaranya jelas serak dan dalam. Matanya setia tertancap pada satu arah, tajam. Amierul Mukminien menarik nafas panjang, sebelum bertindak keluar dari khemah. Maghrib cuma tinggal sisa. Apabila kakinya sudah menjejak luar khemah, sekali lagi dia berpaling ke dalam. Dont follow me!

182

Shasfa alyahya

bab 12
Special surprise, happy or sadness? Maybe. Tapi ana (saya) perlukan masa, Niq! Masih banyak masalah yang menantikan penyelesaiannya. Atiq, kat Malaysia pun banyak juga masalah yang menanti penyelesaiannya. Think about mama and papa, mereka sedang menantikan kita. Ukhti, ana la urid (Adikku, saya tak mahu...) La budda (tak boleh tidak), akhi! Please, I miss them so much! Tapi, ana dah telefon mama. Mama? Ana ada idea! Habislah! Mama!

RE you ready, (abangku?)

akhi?

183

Hot Gimmick

MAMA. Natasya Shakilla merengek manja sebaik sahaja kelibat mamanya muncul dari balik pintu. Badannya segera diangkat, gembira benar rupa-rupanya apabila ada orang datang melawat. Apa taknya, boring gila bila sorang-sorang duduk kat hospital. Astaghfirullah, budak ni! Please be more careful, tegah Puan Jalina apabila Natasya Shakilla terkial-kial membetulkan duduknya. Puan Jalina lekas-lekas membantu anaknya membetulkan letak duduk bantal agar belakangnya dapat disandar dengan selesa. Natasya Shakilla tertawa, senang dimanjai mama. Puan Jalina menggeleng, tak langsung perangai anaknya yang bongsu ni! berubah-ubah

Teringat peristiwa minggu lepas, hampir sahaja dia jatuh menyembam lantai ruang tamu rumahnya apabila mendapat panggilan daripada Cikgu Shyazwanie tentang kemalangan yang menimpa Natasya Shakilla. Malam sebelumnya pula dia langsung tidak boleh melelapkan mata. Syukur sahaja tidak terlalu parah, paling teruk pun pergelangan kaki kanannya yang terkehel dan sendi tangan kirinya hampir patah. Selain itu, kesan calar-balar kelihatan hampir di setiap anggota, terutama sekitar wajah dan lengan. Ma, ada bawak anything special ke untuk Asya? soal Natasya Shakilla. Tangannya mula menjalar ke arah beg plastik di atas kerusi bersebelahan katil. Puan Jalina membiarkan. Laaa boringnya! hambur Natasya Shakilla apabila dilihatnya hanya beberapa biji buah epal dan limau yang ada di dalam beg plastik yang dibawa oleh mamanya. Kamu expect mama bawa apa? Saja Puan Jalina menyoal. Mindanya sudah dapat mengagak.

184

Shasfa alyahya

Komik! Spontan juga jawapan yang keluar dari bibir Natasya Shakilla. Makin kuat tawa meledak apabila Puan Jalina meluku kepalanya. Selepas itu mulalah mamanya membebel tentang pelajaran. Dia jadi teringat perihal kelas yang dinyatakan teman-temannya dua hari lepas. Lima orang pelajar terbaik dari kelas 5Sc2 akan diserap masuk ke kelas 5Sc1. Setahunya, pelajar kelas 5Sc1 ada dalam dua puluh orang lebih sahaja, sedangkan kelasnya mempunyai hampir empat puluh orang pelajar. Jadi tidak menghairankan kalau beberapa orang pelajar kelasnya diserap masuk, bukan? Lebih menambahkan puzzle di dalam kepalanya, baik Izuddin, Arienna mahupun Ruqyah, masing-masing langsung tidak mahu memberitahunya siapa yang malang sehingga terpaksa masuk kelas yang sama dengan 3K. Kata mereka, beberapa orang yang layak sudah menolak. Pelik bin ajaib sungguh, kebanyakan pelajar 5Sc2 tak boleh cope langsung dengan 5Sc1. Kata mereka budak-budak 5Sc1 tu skema sangatlah, sombonglah dan macam-macam lagilah. Yang pastinya, dia sudah mula merindui sekolah dan rakan-rakannya. Bila boleh balik ni? Asya? Did you hear me? Hah? Lamunannya pecah menjadi debu dan diterbangkan angin. Muka mama dipandang dengan riak innocent. Geramnya mama! Mama cakap dengan Asya ke? Ada kamu nampak orang lain kat sini? Natasya Shakilla menggeleng.

185

Hot Gimmick

So? Puan Jalina bercekak pinggang. Macam budak-budak pulak! Sorry, ma! Sorry sangat. He he he. Haiii kamu ni dah incorrigible dah ni! omel Puan Jalina. Dia membetulkan duduk. Mama jumpa doktor tadi, katanya kamu dah boleh balik petang ni! Hah, straight to the main point! Ya, ma? Yeah!!! Berita baik yang datang secara mendadak ni! Baru sahaja fikir pasal sekolah. Ketika sedang enak bersorak itulah, tiba-tiba sahaja pintu wad dibuka dari luar. Terjengul wajah Amierul Mukminien yang kehairanan. Perkara pertama yang terlayar pada penglihatannya ialah Natasya Shakilla yang sedang berdiri di atas katil dan Puan Jalina yang sedang menggeleng. Tercengang dia seketika. Opsss.! Natasya Shakilla lekas-lekas duduk kembali. Malunya!!! Isy, mama rasa macam ada anak yang baru masuk TADIKA! Gelengan Puan Jalina masih bersisa. Tas tangannya dicapai. Masuklah, Mier. Auntie nak uruskan borang keluar budak ni kejap. Amierul Mukminien mengangguk. Apabila Puan Jalina sudah keluar, anak matanya segera berpaling menghadap Natasya Shakilla. Borang keluar? Natasya Shakilla mengangguk. Haah! Saya dah boleh balik petang ni. Im eagerly wanna go home! I miss our school so much! Dan lagi, tak perlu berada kat tempat boring macam ni! Wohhooo Im so relief!!! Natasya Shakilla bersorak riang.

186

Shasfa alyahya

Nampaknya kegembiraannya benar-benar tinggi melangit. Amierul Mukminien kehilangan kata-kata. Dia tersenyum senang melihat gelagat Natasya Shakilla. Memang betul kata Puan Jalina, macam budak TADIKA!

HARIZD melangkah ke tempat meletak basikal dan motor seperti biasa. Sebuah fail dan buku rujukan dikelek dengan tangan kiri, sementara tangan kanannya menyeluk saku seluar, mencari kunci motor. Beg sandang di bahu kanannya ditarik lalu ditempatkan di dalam raga motor. Tanpa menunggu lama, dia terus menghidupkan enjin motor dan bersedia untuk meninggalkan pekarangan sekolah. Ayez! Woih, tunggu! Harizd berpaling ke arah suara yang sedang memanggilnya. Beberapa meter dari arah belakang, Izuan sedang memecut larian menghampiri Haridz. Harizd buat tak tahu, lantas memandu pergi. Woi!!! Asbestos kau Yez! Izuan menjerit kuat. Harizd membuat pusingan di hadapan pagar sekolah lalu berhenti betul-betul di hadapan Izuan. Wajahnya diangkat sedikit, mengarah Izuan naik. Tanpa menunggu lama, Izuan terus membonceng di belakang. Topi keledar yang dihulurkan oleh Harizd disambut dengan sengih panjang. Kau nak tinggalkan aku, ya? Berani betul sekarang? duga Izuan.

187

Hot Gimmick

Tak tunggu sekarang, sejak dulu lagi! Naik meluat aku dengar permintaan kau hari-hari, rungut Harizd perlahan. Motor sendiri ada, tak nak guna! sambungnya dengan suara yang agak keras. Agenda Izuan dalam seminggu ni dah lekat bebetul dah dalam kepala dia, tak tertinggal walau sedikit pun. Asyikasyik benda sama yang meniti di bibir Izuan. Well, dude kalau nak eratkan silaturahim, kita kenalah guna cara yang boleh merapatkan. Lagipun, malaslah aku nak naik motor sorang-sorang! Bawah ketiak bapak! Weh, nama tu jangan buat main, okey? Ala, come onlah! Aku ikut saranan kerajaan aje untuk jimatkan minyak, apa salahnya? Ya, ya aku percaya. Harizd malas berbahas. Lagipun, ayah mesej semalam. Katanya ada amanah yang nak disampaikan untuk sementara waktu. Suara Izuan semakin mengendur. Angin yang kuat menjadikan suaranya tenggelam timbul. Harizd terdiam, faham benar perasaan sepupunya kalau hal yang melibatkan ayahnya berbangkit. Eh, Yez! Kau nak pergi mana ni? Suara Izuan tiba-tiba kedengaran kuat. Balik rumahlah! balas Harizd boring. Macam tahu aje benda apa yang akan keluar dari mulut Izuan selepas ini. Agenda biasa dalam minggu ni. Ala pusing kananlah, aku tak nak balik lagi. No, never! Mati hidup balik pun aku takkan pergi jumpa perempuan tu!

188

Shasfa alyahya

Kau kata okey, kan tadi? Suara Izuan kedengaran memujuk. Apa ni Izuan dah act macam girl! Yucks! Sejak Natasya Shakilla masuk hospital lagi, tak sudah-sudah dia mengajak Harizd menziarahinya. Musykil sungguh! Padahal, sudah beberapa kali Izuan melawat Si Shakilla bersama Amierul Mukminien. Macam ada udang di sebalik mi aje. Sebab ni kau naik motor aku, kan? bisik Harizd, lebih tepat lagi memerli! Nak tak nak, dia terpaksa berpatah balik, mengambil jalan utama menuju ke hospital. Izuan tersengih menang. Akhirnya berjaya jugak bawak Harizd jumpa Natasya Shakilla!

APA? Tak sampai setengah jam dia keluar? Suara Izuan kedengaran bergema di kaunter pertanyaan hospital. Jururawat yang bertugas pun terkejut mendengar suaranya yang berubah nada secara mengejut itu. Badannya yang enak duduk, terdorong ke belakang. Involuntary action. Izuan berdeham beberapa kali, menutup malu akan kelakuannya. Masa tanya tadi punyalah macho habis, tapi apabila sudah dapat jawapannya, gaya macho tadi terus hilang berganti dengan gaya budak umur empat tahun yang berebut aiskrim! Maaflah, nurse. Saya terkejut gila tadi. He he he terima kasihlah, eh? Izuan segera berlalu. Jururawat yang masih diterpa kehairanan itu berpaling ke arah teman di sebelah. Mereka berpandangan, sebelum masing-masing mengangkat bahu kebingungan.

189

Hot Gimmick

Dia dah keluar! beritahu Izuan setelah mendapatkan Harizd yang sedang membaca notis di dinding. Tahu, kata Haridz sepatah. Kau tahu? Mata Izuan membesar. Harizd mengangguk dan meneruskan langkahnya ke luar. Sekali lagi Izuan tercengang. Silap hari bulan boleh die on spot dia hari ni. Warh!!! Sekadar calar kecil and paling berat pun cuma terkehel sendi, or hampir patah. So, dah boleh expectlah dia cuma masuk hospital kurang dari seminggu! Im just wasting my pleasure time here! tegas Harizd. Wajahnya mencuka. Rosak habis program petang ni gara-gara akur dengan agenda Izuan. Dah banyak juga masa dihabiskan di atas jalan raya sahaja. Tak kira dengan jam lagi. Well, masa tukan emas? Namun dalam diam, hatinya lega kerana tidak perlu berjumpa dengan si mata empat itu buat sementara waktu. Dia penaka bebas bernafas buat sementara waktu, penaka tiada ruang untuk memikirkan soal selain pelajaran dan tugas harian, walau terdetik jua di hatinya - bagaimana agaknya keadaan dia sekarang?

ASYA? Kenapa ni? Tak sihat ke? Natasya Shakilla memandang kosong wajah Puan Jalina, sebelum lambat-lambat menggerakkan kepala, menggeleng. Pandangannya kembali ditala ke luar tingkap. Keningnya bertaut. Entah kenapa, beberapa saat lalu semacam ada sesuatu yang menyusup masuk ke dalam hatinya. Dia tidak tahu apa, dan mengapa tetapi perasaan

190

Shasfa alyahya

itu seolah-olah amat berharga. Dadanya dipecal (dipicit) kejap sambil menarik nafas panjang. Are you okay? giliran Amierul Mukminien pula menyoal. Terteleng kepalanya memandang Natasya Shakilla dari seat hadapan. Natasya Shakilla tersenyum manis. Uh-huh! Puan Jalina tergeleng dengan senyum kecil. Sudah rindukan rumah sangatkah anak bongsunya ni? Selang beberapa minit, Toyota Harrier yang dipandu oleh Larch membelok ke kawasan perumahan. Senyum Natasya Shakilla semakin melebar. Matanya tidak lepas memandang rumahnya yang masih sipi kelihatan sehinggalah kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan rumah. Tanpa membuang masa, dia terus melompat keluar. Yeah! Home sweet home! jeritnya kuat. Beberapa ekor anak kucing yang bermain di hadapan pagar terus berlari masuk ke dalam rumah. Natasya Shakilla ketawa senang, sebelum ketawanya dimatikan oleh mamanya dengan satu cubitan berbisa di pinggang. Tak senonoh sungguh budak bertuah ni! marah Puan Jalina. Amierul Mukminien yang menjengulkan kepala menahan senyum. Amier, marilah masuk dulu! ajak Puan Jalina. Amierul Mukminien menundukkan kepalanya. Sorry, aunty. Dah lewat petang. sedikit

Puan Jalina mengangguk faham. Hatinya memuji tingkah laku Amierul Mukminien yang sedap dipandang. Berkenan ke?

191

Hot Gimmick

Soalan tersebut meluncur keluar sebaik sahaja kereta Amierul Mukminien meluncur pergi. Puan Jalina membuka kasutnya lantas disusun berhampiran kasutnya yang lain. Lain pula halnya dengan anak daranya, kasut dibiarkan bergolek liar di atas lantai. Tak kemas langsung! Hai, kalau berkenan pun, dah tak boleh dah omel Puan Jalina seakan berbisik, namun sempat pula ditangkap oleh pendengaran anaknya. Kenapa pelik sangat statement mama ni? soalnya tanpa berselindung. Puan Jalina terdiam. Tangannya menyeluk saku, mencari gugusan kunci rumah. Belum sempat lubang mangga dibolosi anak kunci, pintu utama sudah terbuka dengan sendirinya. Aik, ada orang ke kat dalam rumah ni? Puan Jalina hairan. Seingatnya, memang dia kunci pintu rumahnya sebelum melangkah keluar. Kata, Aniq dengan Atiq nak balik? Dia orang kut? teka Natasya Shakilla. Puan Jalina menggeleng. Tak mungkinlah! Baru pagi tadi Atiq call mama beritahu ada masalah sikit, so tak dapat balik lagi dalam seminggu dua. Mama tak bagi tahu pun! Mama ingat nak beritahu esok. So? Natasya Shakilla buat mimik muka. Takkan rumah mereka kena pecah masuk? Dia menggeleng. Tak! Takkanlah! Natasya Shakilla menarik nafas sedalamnya. Tangannya mencapai tombol pintu. Dengan lafaz bismillah,

192

Shasfa alyahya

tombol tersebut dipulasnya. Sempat dia berbalas pandang dengan Puan Jalina sebelum bertindak nekad menolak daun pintu selebarnya. Welcome home!!!! Warghhh!!!!

HARIZD termenung panjang di meja tulis. Buku rujukan Kimia ternganga di hadapan. Jari kanannya menggoyang pen dalam satu arah, membiarkan tangannya berehat di atas buku tulis yang sedikit terlindung di bawah buku Kimia. Fikirannya menerewang jauh. Hai orang tu dah start angau. Izuan bersuara mengusik. Dia menjeling Harizd dari ekor mata. Helaian majalah diselak dengan senyum nakal. Harizd memejam mata. Pen yang digoyang berhenti dengan sendiri. Kenapalah aku dapat sepupu yang macam ni? Pardon me? Im thinking about our best friend, okay? Mier? Izuan membetulkan baringannya. Kau tak rasa attitude dia makin pelik ke? Maksud kau? Hes changed, a bit. Part senyum tiba-tiba dan senyum sorang-sorang tu? Harizd mengangguk. Wajahnya serius. Ada sesuatu berlaku, cuma aku tak tahu bila dan bagaimana, ujarnya perlahan. Yez, benda tu lagi ke? Dahi Izuan berlipat.

193

Hot Gimmick

Harizd memandang wajah risau Izuan, lantas berdiri. Kedua-dua tangannya disilang kemas. Matanya dihidang suasana malam melalui jendela yang terbuka luas. Gugusan bintang terlayar pada pandangan mata, tanpa bulan yang pasti sedang bersembunyi malu di sebalik awan gelap. Mindanya turut diukir suasana sedemikian, menolak sejauhnya kegelapan yang hadir sebentar tadi. Dia asyik melayan perasaan sehingga langsung tidak sedar dirinya ditinggalkan sendirian. Pasti Izuan turun meneguk air kat bawah. Yez, baik kau turun sekarang! Apa? Harizd tanya endah tak endah. Cepat pulak Si Izuan naik semula ke bilik. Ada panggilan telefon dari Belum sempat Izuan menghabiskan kata, Harizd terus memecut turun ke bawah. Gagang telefon segera dicapai. Kakinya pula sudah bersila selesa di atas sofa. Sempat dia berdeham kecil apabila gelagatnya mencuri pandangan tiga pasang mata di ruang tamu. Assalamualaikum. Kedengaran tawa kecil di hujung talian. Salamnya dijawab lembut. Waalaikumssalam, orang di sana. Baru habis marathon lima ratus meter, ya? Suara lembut itu kedengaran mengusik. Harizd tersenyum. Aya, apa khabar? Sekali lagi tawa kecil kedengaran, faham benar akan sikap Harizd. Alhamdulillah, semua baik. Hidayatul Husna bersandar pada pondok telefon awam yang digunakan.

194

Shasfa alyahya

Bibirnya sentiasa mengukir senyum, walaupun logiknya mengingatkan Harizd tak mungkin melihat senyumannya. Cepat betul Aya menghilangkan diri. Baru bertemu mata dua hari dah tinggalkan abang. Emmm... maaflah. Masa memang benar-benar mencemburui kita. Aya pun tak sempat lagi nak lepas rindu pada orang kat sana. Hidayatul Husna menekan dadanya yang sarat dengan rasa rindu. Tanpa pamitan, air mata yang cuba ditahan mengalir juga menuruni pipi. Aii, something burden? Harizd menangkap kelainan pada nada suara Hidayatul Husna. Panggilan Aya pun dah berubah menjadi Aii (cinta). Hah? Tak ada apa-apa, seriously. Aya cuma rindukan orang kat sana. He he he. Harizd menghela nafas lega. Teringat saat Hidayatul Husna ke MRSM, adiknya menangis tanpa pengetahuan umi dan abah. Dirinya berbelah bahagi meninggalkan keluarga namun untuk memadam segaris harapan dalam hati umi dan abah memang jauh sekali dilakukan. Hidayatul Husna tidak mungkin mengatakan tidak! Dah bercakap dengan umi? Dah. Abah? Dah, semua dah. So, Im the last person? Hmmm.... Harizd merendahkan suaranya, seolah-olah merajuk. Hidayatul Husna tertawa senang. Harizd turut tersenyum, lega mendengar tawa adiknya. Mereka bagaikan pasangan yang sedang bercinta, seolah-olah tali ukhuwah mereka bersambung walaupun terpisah jauh beribu batu.

195

Hot Gimmick

Selang beberapa meter dari arah ruang tamu, Hanis Humaira tidak lekang memerhatikan abangnya yang melayan mesra Hidayatul Husna, kakak yang tua dua tahun daripadanya. Dia mencebirkan bibir, sebelum mengalih perhatian pada abahnya. Bah, pasal comwork failure yang Mira bilang minggu lepas tu macam mana? Boleh tak, bah? soalnya perlahan. Encik Hizbullah memandang Hanis Humaira sepintas, sebelum kembali menghadap skrin televisyen. Hanis Humaira mencebik. Abah dengan abang spesies yang sama. Tengoklah tu! Even attitude pun abah = 2 x 2, abang = 2 + 2, dan jawapannya sama dengan empat! Bah, Mira nak sangat selain masalah komunikasi, ada banyak lagi masalah kat sekolah tu. Lagipun, sekolah tu lagi jauh dari rumah, kesian Pak Saleem kena hantar Mira hari-hari. Mira pun sorang-sorang aje, bah. Im getting tired of these! Bah, please. Hanis Humaira mengangkat kedua-dua belah tangan lalu disatukan. Matanya dilebarkan seberapa yang boleh bersama kerdipan yang berterusan. Bajet kesian la tu! Encik Hizbullah kembali memandang wajah anaknya. Dia senyap, seolah-olah memikirkan sesuatu untuk diucapkan. Bibirnya bergerak, bagaikan bersedia untuk mengungkapkan sesuatu. Hanis Humaira menunggu dengan senyuman. Matanya semakin membesar. Perlahan, mulut abahnya bergerak. Yez, Aya dah letak phone? Encik Hizbullah mengalihkan pandangan ke arah Harizd yang baru selesai berbual.

196

Shasfa alyahya

Hanis Humaira mula membuat mimik muka, kecewa dengan respons abahnya. Dah, dia kirim assalamualaikum buat semua, ujar Harizd. Dia mula mengambil tempat berhampiran mereka, membelek surat khabar yang ada di atas meja. Waalaikumussalam jawab Encik Hizbullah dan Puan Noraini, serentak. Hanis Humaira terdiam dengan cebikan yang bersisa pada wajah. Abah. Hanis Humaira menegur, menekan suaranya meminta jawapan daripada abah. sedikit

Harizd mengangkat wajah, hairan. Engkau ni kenapa, Mira? Mira tengah usaha pujuk abah, nak tukar sama sekolah dengan kamu, jawab Puan Noraini bagi pihak Hanis Humaira Tak perlu! Tegas jawapan yang keluar dari bibir Harizd. Dulu bukan main beria-ia nak pergi sekolah yang sama dengan kawan-kawan, sampai membodek, merayu. Sekarang senang-senang aje nak tukar balik? Selalu tak tetap pendirian dan ikut kemahuan diri sampai menyusahkan orang lain! Surat khabar sudah ditekan di atas meja, hilang terus niat membacanya sebentar tadi gara-gara Hanis Humaira. Tapi Mira No excuse! Trademark batu kelikir Harizd kembali. Hanis Humaira terus berlari naik ke tingkat atas. Hampir sahaja dia melanggar Izuan yang baru keluar dari

197

Hot Gimmick

bilik. Bunyi hempasan pintu bilik yang kuat menyebabkan Izuan mengurut dada, terkejut. Kes Ayez lagi la ni! Hanis Humaira menghempaskan tubuh ke katil. Dia terisak menahan tangis. Sikap Harizd membuat hatinya remuk. Dia benar-benar terkilan dan terasa hati. Sejak dahulu sehingga kini, perhubungan adik-beradik mereka condong. Tiada kestabilan yang wujud untuk membetulkan cinta yang berat sebelah! Sebuah album gambar ditarik. Halaman tengah diselak, menemukan sekeping foto seorang gadis kecil yang tersenyum riang dalam pangkuan seorang gadis yang ayu bertudung. Wajah gadis bertudung itu diusap lembut, sebelum setitis air mata jatuh mengenainya. Mira faham sangat tangga cinta abang buat hawa. Dalam hati abang hanya ada umi, kakak dan Kak Asya. Takde tempat buat Mira, kak. Tengoklah sikap abang kat Mira, macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan kakak. Mira ni siapa, kak? Mira pun adik dia jugak. Mira pun nak jugak perhatian dia. Mira ingat keputusan Mira tepat bila pilih sekolah yang jauh daripada abang, Mira ingat abang akan lebih prihatin kat Mira. Hanis Humaira menyeka kasar air mata yang mengalir deras. Semakin kuat dia menyeka, semakin deras pula air mata yang menuruni pipi. Hanis Humaira memejam mata serapat-rapatnya, Tapi Mira silap! Mira gagal meraih cinta abang! Mira kalah pada kakak, pada Kak Asya. Mungkin abang masih simpan marah dia kat Mira sebab peristiwa lima tahun lepas tukan? Apa salah Mira, kak? Salah Mira ke sebab jadi adik dia? Atau salah Mira ke sebab tak boleh jadi macam kakak? Mira

198

Shasfa alyahya

sedih dengan sikap abang Mira sedih. Hanis Humaira memandang sayu potret kakaknya. Penglihatannya kian dikaburi air mata, namun pantas dikesat. Pergilah air mata! Pergi jauh-jauh! Aku Mira, Hanis Humaira, mana boleh menangis sampai macam ni! Aku happy-go-lucky! Aku sporting! Aku. Air mata kembali hadir. Hanis Humaira pasrah. Wajahnya disembam ke bantal, menyambung tangis yang tertahan. Di luar pintu, seorang jejaka bersandar lemah dengan mata yang terpejam. Saat kelopak mata itu dibuka, air yang bergenang pada tubir mata jelas kelihatan dan bagai lumrah, air itu perlahan turun ke pipi. Dengan segera juga air itu diseka, sebelum sempat menitis ke lantai. Mira.

TAKDIR mereka tidak selalunya serupa. Kesedihan menusuk atma penghuni Para Ville, namun beberapa kilometer dari situ, Natasya Shakilla dan usrahnya (keluarganya) bergembira menyambut kepulangan insan tersayang. Kesyukuran dan keriangan menerbangkan hati mereka tinggi ke puncak kegembiraan. Dalam pada itu, selang beberapa meter dari rumah bahagia Natasya Shakilla, seorang remaja termenung panjang di birai jendela, merenung angkasa malam yang berhias bintang. Wajahnya kelihatan muram dan kusam, bersama sedikit kerutan. Dahinya dipecal (dipicit) lembut, berharap segala keresahan menghilang bersama bayu malam. Little master

199

Hot Gimmick

Pintu bilik terkuak perlahan. Dia menoleh ke arah muka pintu. Seorang wanita terpacak dengan wajah sedikit muram. Wanita itu melangkah masuk, menghampirinya. Dont call me that. Please jawabnya perlahan. Wanita itu menundukkan wajah, akur. Wheres Amier? tanyanya. Takes forty winks, after taking medicines, jawab wanita itu. Hmmm. Kepalanya ditongkat dengan tangan kiri, sementelah matanya masih tertancap pada dada langit, tiada arah tertentu. Let him be, he needs a long nap. Bibir yang sedang berkata-kata itu tersenyum. And from tomorrow onwards, Amierul Mukminien Tubuhnya yang membongkok ditegakkan secara tiba-tiba. Wajah wanita yang berdiri di hadapannya dipandang dengan mata bercahaya. Is reborn!

200

Shasfa alyahya

bab 13
Kembali bertemu. ATASYA SHAKILLA menggeliat kecil, membetulkan urat tengkuknya yang lenguh. Matanya yang terpejam rapat, terbuka perlahan, cukup sempit untuk melihat sekeliling tanpa cermin mata. Lantingan suara bacaan al-Quran menusuk gegendang telinga. Natasya Shakilla menutup matanya rapat-rapat. Selimut ditarik menutupi kepala, sedikit terganggu. Seketika, bacaan yang mendayu itu berhenti kedengaran. Dia berniat menyambung kembali lenanya yang terganggu. Baru sahaja wajah putera raja dalam mimpinya kelihatan, tiba-tiba selimutnya ditarik seseorang. Terus pecah wajah kacak putera raja yang sedang tersenyum, berganti dengan wajah comel seorang wanita. Aniq! Natasya Shakilla bersuara sedikit membentak. Selimut di hujung kaki ditarik kembali ke paras dada.

201

Hot Gimmick

Wake up, Asya! Dah nak subuh dah ni. Aniq menarik kembali selimut. Urgh! Natasya Shakilla merengus. Sudahnya, mereka bermain aci, siapa tarik dia dapat. Tak elok bangun lewat-lewat. Cepat bangun!!! Aniq masih tidak mengalah. Natasya Shakilla merengus kasar lalu menekup kepalanya dengan patung Spongebob kesayangannya. Aniq menggeleng melihat telatah adiknya, liat betul nak bangun! Whats up, Aniq? Atiq menegur dari muka pintu yang ternganga. Dia melencong dari arahnya untuk turun ke tingkat bawah. Kepalanya dijenguk sedikit tanpa melangkah masuk. Our little sis ni hah, macam diikat batu aje. Liat! adu Aniq. Telekung dibuka lalu dilipat sambil berdiri. Atiq tersenyum. Can I come in? Ahlan wasahlan, ya akhi (Silakan masuk wahai abangku) perli Aniq. Ada resipi special ke? Atiq tersenyum lagi. Kakinya dihayun ke arah katil. Untuk bangunkan Asya, ada satu cara aje. Aniq mengangkat kening. Tak tahulah pulak! Dia memerhatikan Atiq yang melekapkan sisi tangannya ke telinga Natasya Shakilla. Wajahnya didekatkan. Dalam kiraan lima saat, tubuh Natasya Shakilla terus bangkit, mencapai tuala di penyidai dan terus menghilang di bilik air. Aniq yang baru usai menyangkut sejadah, sertamerta berpaling dengan riak tanda tanya. Atiq tersenyum lagi.

202

Shasfa alyahya

Secreto de amour, bisiknya dengan jari telunjuk melekap di bibir. Aniq berdiri. Dengan suara perlahan dia menyoal, secreto de Atiq kat sana pula macam mana? Atiq terdiam. Tanpa menunggu lama, dia segera berlalu dengan wajah yang sedikit tertekan. Aniq mengerutkan sedikit kening, lantas mengekori Atiq turun ke bawah. Dari kamar mandi, Natasya Shakilla melangkah keluar sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia berlalu ke almari dan mengeluarkan baju sekolah yang telah kemas bergosok. Anak matanya sempat mengerling jam di dinding. Baru pukul enam suku. Mak ai, awal gila aku bangun hari ni! Macam tak percaya aje! omelnya sambil melibaskan rambut yang basah. Semuanya gara-gara kekanda berduanya punya pasal. Natasya Shakilla tersenyum. Teringat detik kepulangan mereka beberapa hari lepas. Mati-mati dia ingat rumah kena pecah masuk, alih-alih abang dan kakaknya yang pulang secara mengejut. Mengikut kata mama, mereka sebenarnya dijangka pulang dua minggu lagi. Entah angin apa yang melanda, tiba-tiba sahaja mereka terpacak kat dalam rumah, siap dengan surprise lagi! Sebelum tu mereka pergi pejabat papa, minta anak kunci rumah. Well, itu pun disebabkan tiada orang di rumah ketika mereka tiba. Natasya Shakilla menggeleng dalam senyuman. Kain sembahyang dicapai lalu dia mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Kali pertama solat subuh seawal ini sejak pulang ke sini! Itu pun selepas ditazkirah oleh Aniq tentang melewatkan solat. Menurut Aniq, melewatkan solat secara sengaja

203

Hot Gimmick

mengurangkan pahala ibadat yang diperolehi. Contohnya, macam reward selepas melakukan sesuatu, kalau tidak melakukannya pada masa yang ditetapkan masih ada pengampunan tetapi reward akan dipotong mengikut masa yang tertinggal. Kalau terpaksa? Natasya Shakilla setengah bersila, membiarkan kaki yang masih sakit berlunjur selesa. Aniq yang bersimpuh sopan membetulkan sedikit telekung solatnya. Kalau terpaksa lain ceritanya, Asya. Itu atas perkiraan Allah. Sebab solat kita bergantung kepada qouli, qalbi dan feeli! Natasya Shakilla buat muka blur, tidak faham. Qouli, perkataan iaitu bacaan dalam solat. Feeli, perbuatan iaitu rukun solat. Dan yang paling penting qalbi, hati. Kalau solat, tapi fikiran entah ke mana, tu tak khusyuk namanya, adikku ujar Aniq dengan nada memerli. Asya tahu, ibadat yang kita lakukan ditapis oleh tujuh lapis langit sebelum sampai kepada Allah Azza Wajalla. Seperti niat kita sebagai contoh, kalau ibadat kita ikhlas, tapisan pertama akan dilalui dan begitulah seterusnya. Tapi kalau yang lain KO, ia akan tergantung kat situ ajelah. What a waste. Natasya Shakilla menongkat dagu. Jadi ibadat tersebut akan jadi sia-sia ajalah? Tau tak apa! Itu pasal kesempurnaan tu penting. Sedangkan manusia pun asyik tengok kesempurnaan untuk memilih pasangan, padahal setiap manusia tu pasti ada kelemahan kecuali Rasulullah. Berdasarkan eksperimen Natasya Shakilla, kakaknya, Aniq memang seakan memerli ketika bercakap walaupun tidak bermaksud demikian. Atiq pula lebih senyap

204

Shasfa alyahya

dan suka tersenyum. Tapi kalau dah bercakap, pelik kedengaran bahasa dan ayat yang digunakan. Ya, pelik bagi dialah. Mungkin kerana dia membesar dalam persekitaran yang daif agama, kurang praktikal dan santapan jiwa. Dia dihambat rasa malu kerana hal sekecil ini pun dia masih jahil, sementelah pula hal-hal soal jawab agama yang lain! Dia teringatkan teman-teman lamanya sewaktu di sana, Michael dan Ryann juga muslim. Ibu dan kakak mereka, Aisya dan Maria memakai jilbab setiap kali dia menziarahi mereka. Namun demikian entah mengapa dia lebih senang berkawan rapat dengan Heleanne walaupun sedar temannya adalah seorang Katolik yang amat patuh. Setiap minggu keluarga Heleanne akan ke gereja. Ibu bapa Heleanne tidak pernah melarang anaknya berkawan dengan sesiapa sahaja dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Alexis, teman lelaki Heleanne pula lebih sukakan kebebasan dan mengaku tidak menganut mana-mana agama. Mereka berlima amat akrab walaupun berlainan bangsa dan agama. Ya, amat akrab sehingga peristiwa yang menyedihkan itu berlaku.

NATASYA SHAKILLA mengerling jam, baru pukul enam tiga puluh lapan dan dia sudah bersedia dengan sarapan pagi di meja makan. Dicubit pipinya beberapa kali. Aku tak mimpi, kan? Asya, makan cepat. Nanti sejuk tak sedap, tegur Aniq tatkala melihat Natasya Shakilla menguis makanan tanpa menyuap ke mulut. Natasya Shakilla memandang wajah kakaknya.

205

Hot Gimmick

Nak tanya apa? Aniq menyoal. Air Red Guava dihirup perlahan. Natasya Shakilla menyilangkan sudu dan garpu yang dipegang. Emmm tak ada apa-apa. Natasya Shakilla mengelak. Atiq yang tiba bersama i-pod di tangan menghadiahkan senyum buat adik-adiknya. Dia menuju ke sinki lalu membasuh tangan. Atiq baru nak makan? Natasya Shakilla hairan. Dia ingat Atiq dah makan dengan papa dan mama, rupa-rupanya Atiq tunggu dia orang habis makan dulu. Memang musykil sungguh sikap abang dan kakak sejak balik dari Mesir, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka. Tetapi Natasya Shakilla tidak tahu apa yang harus ditanya. Takkan dia nak tanya, kenapa abang dan kakak macam mengelak daripada papa? Atau... kenapa abang nampak janggal ketika berhadapan dengan papa? Isy, susahnya! Natasya Shakilla menggaru kepala yang belum bertudung. Sudahnya, dia bagai cacing kepanasan sehingga tiba di sekolah. Sudah tentulah, awal daripada kebiasaannya.

KLIK!!! Natasya Shakilla berhenti melangkah. Kepalanya terteleng-teleng memerhati kawasan sekitar. Hatinya mengatakan ada seseorang yang sedang mengekorinya. Rasa takut serta-merta menyusup masuk ke dalam hati. Sekarang

206

Shasfa alyahya

sudah pukul tujuh suku. Kenapa macam tak ada orang pun kat sekolah? Takkan cuti kut? Hari ni hari Isnin! Isy, musykil sungguh! Tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian serba hitam menghampiri dengan riak mencurigakan. Natasya Shakilla terdorong ke belakang. Wajah yang terlindung di sebalik topeng itu menakutkannya. Dia segera mengatur langkah berlari. Saat itu juga lelaki itu mengejar dari belakang. Dia menjerit meminta tolong. Natasya Shakilla disengat rasa takut! Tidak semena-mena, tubuhnya ditarik seseorang dari arah kiri. Tangannya dipegang kemas dalam genggaman seseorang yang tidak dikenalinya. Mereka berlari sehinggalah ada cahaya terang kelihatan di hadapan. Natasya Shakilla tersenyum. Akhirnya dia akan selamat dari kegelapan ini. Pegangan tangannya dikemaskan lagi dengan seribu harapan. Kurang dari tiga minit, mereka telah membolosi kegelapan. Natasya Shakilla memegang lutut, menahan keletihan yang menjalar. Dia melihat sekeliling, kawasan sekolah telah kembali normal. Dikerling matanya ke arah kiri, ingin mengetahui siapakah yang telah menyelamatkannya sebentar tadi. Adakah hero pujaan seperti Kurosaki Ichigo? Atau penyelamat yang cool, Lee Shaoran? Tidak! Sangkaannya jauh sekali meleset. Wajah yang terpapar pada penglihatannya ialah seseorang yang amat dibenci. Walaupun pernah menyelamatkan dirinya dahulu, semuanya tidak mengubah rasa meluatnya tatkala melihat wajah itu. Harizd!!! Natasya Shakilla buat muka empat belas melihat

207

Hot Gimmick

senyuman jahat Harizd. Hatinya cuak. Tanpa diduga, Harizd semakin mendekati dengan mata yang menakutkan. Natasya Shakilla menjerit kuat! Tidak!!! Tidak!!! Matanya dipejam serapat yang mungkin. Tidak!!! Apa yang tidak? Natasya Shakilla terkedu. Matanya serta-merta terbuka luas. Tepat di hadapannya wajah Atiq muncul dengan senyum tertahan. Dia bangkit. Atiq? Dia meliar memandang sekeliling. Kereta? Asya kat mana? soalnya sambil menggenyeh matanya berkali-kali. Astaghfirullah aku mimpi ke tadi? Sekolah. Sepatah jawapan yang muncul dari bibir abangnya. Natasya Shakilla terkedu buat kedua kalinya. Segera dikerling jam Alba di tangan. Dah lapan dua puluh? Pandangan kemudian dilarikan menghadap Atiq yang sedang membetulkan headphone di telinga. Dia teringat Atiq sudi menghantarnya kerana secara kebetulan dia ada urusan di pejabat sekolah. Maklumlah sekolah lama. Atiq dah kejutkan Asya tadi, tapi mata Asya langsung tak terbuka. Atiq ingat Asya masih ngantuk sebab berjaga sampai pukul dua pagi semalam. Dengan senyum manis, Atiq menjawab. Ya Allah tenangnya abang aku ni!!! Tanpa membuang masa, dia segera melangkah turun. Pintu kereta dihempas kuat, menunjukkan kemarahannya. Macam budak-budak! Nasib baiklah dia dah berada dalam kawasan sekolah. So, memang jauh sekalilah pengawas besar tu nak denda! Tapi.

208

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menghentikan langkah. Keningnya berkerut mengingati sesuatu. Hari ini hari pertama dia kembali ke sekolah selepas peristiwa jatuh cenuram tempoh hari. Bererti dah dua minggu dia MC. Lama tak lama, subjek apa masa first ni? Natasya Shakilla menyelongkar begnya. Dari halaman pertama buku nota, subjek Sejarah kelihatan. Dia menepuk dahi. Alamak! Apesal masa Cikgu Khatijah pulak? Tapi satu masa aje, so kelas cikgu disiplin itu dah nak habislah! Hmmm Natasya Shakilla tersenyum dalam diam. Dia mendapat satu akal! Asya? Natasya Shakilla tersentak. Ya Allah, ada lagi abang aku ni! Buat apa lagi tercegat kat sini? soal Atiq sambil mendekati. Sebenarnya Natasya Shakilla berpeluh. Habislah rancangan aku! Takkan nak beritahu aku nak ponteng kelas Cikgu Khatijah? Errr Hei! Kau ke tu, Bhai? Suatu suara yang tiba-tiba menyapa mematikan bicara Natasya Shakilla. Serentak mereka berdua berpaling ke arah suara yang menegur itu. Bila kau balik? Dari arah koridor, Cikgu Z berjalan pantas menghampiri mereka. Natasya Shakilla tercengang. Bhai? Dia kenal Atiq? Ya Allah Affan! Lama sungguh tak jumpa! Atiq meluru mendapatkan Cikgu Z.

209

Hot Gimmick

Mereka bersalaman lantas berpelukan erat. Kegembiraan terpancar jelas dari sinar mata mereka. Salam ukhuwah terasa menggebu memenuhi atma masing-masing. Sedang mereka enak menikmati tali persaudaraan, tiba-tiba satu suara mengganggu. Excuse me? When did you know each other? Natasya Shakilla menyoal dengan muka seposen. Pelukan dua sahabat itu terlerai. Whoa! Betul sangkaan cikgu yang awak ni adik Baihaqi! Sir Z ni kawan Atiq? Best friend, Asya. Atiq menerangkan. Tak sangka sungguh kau mengajar kat sini! Cikgu ganti aje, Bhai! Ke mana perginya produk kalau bukan ke kilang, jawab Cikgu Z senang. Natasya Shakilla buat muka. Inilah best friend dua kali lima! Produk dari kilanglah! Hah, Asya! Awak baru datang lepas kes tukan? Tahniahlah! Kenapa tak masuk kelas baru lagi? Natasya Shakilla terpempan. Aku silap dengar ke ni? Tahniah? Kelas baru? No way!!! What do you mean? Warghh!!! Never! Sir Z! Natasya Shakilla bagaikan orang hilang arah. Lengan baju Cikgu Z dipegang kemas dengan wajah minta simpati. Cikgu Z dan Atiq berpandangan. Lahai awak tak tahu rupa-rupanya! Natasya Shakilla mengangguk perlahan sebanyak dua kali. Lengan baju Cikgu Z dilepaskan.

210

Shasfa alyahya

Subjek apa first? Cikgu Khatijah! Sekali lagi dua sahabat baik itu berpandangan. Patutlah dia tercegat macam tiang elektrik kat sini. Jom Atiq hantar. Lagipun Atiq memang nak jumpa ibu. Atiq sudah mengatur langkah. Cikgu Z dan Natasya Shakilla mengekori sahaja Atiq dari belakang. Laju sahaja langkahnya! Ibu? Dulu masa kita orang duduk kat asrama, Cikgu Khatijah jadi warden. Kita orang lebih kenal dia berbanding cikgu lelaki sebab dia guru disiplin. Kami dulu pengawas, terang Cikgu Z. Atiq terangguk-angguk macam burung belatuk, mengiakan cakap-cakap sahabatnya itu. Mereka terus berbual tentang kisah zaman remaja, sedangkan Natasya Shakilla sudah terbang ke alam lain. Mindanya masih tidak percaya kenyataan yang baru diterima dari mulut Cikgu Z sebentar tadi. Tiba sahaja di hadapan kelas, kaki Natasya Shakilla terus terpacak macam tunggul kayu. Cikgu Z dan Atiq mendampingi kiri dan kanannya tanpa niat untuk mengganggu sesi pembelajaran Cikgu Khatijah. Faham benar akan sikap mantan cikgu mereka yang tidak suka diganggu ketika sedang mengajar. Cikgu Khatijah tertoleh-toleh ke arah mereka beberapa kali. Pelajar-pelajar lain pula hanya berani menjeling hujung mata. Mana dia orang berani bergerak ketika cikgu garang mengajar!

211

Hot Gimmick

Selepas Cikgu Khatijah melangkah keluar, kelamkabut mereka bangun lalu mengintai dari celah pintu. Malah, ada yang berbisik sesama sendiri dengan wajah ingin tahu. Assalamualaikum, ibu. Atiq mendahului dengan ucapan salam. Badannya menunduk sedikit tanda hormat. Cikgu Khatijah berfikir sejenak. Wajah Atiq dipandang tanpa kedip. Kamilan Baihaqi? Kamu Baihaqi? Cikgu Khatijah seakan tidak percaya. Wajahnya yang sentiasa garang dan payah tersenyum itu terus bertukar menjadi sebaliknya, ceria dan gembira. What a shock! Even Natasya Shakilla kat sebelah pun dia dah tak perasan. Betullah, ibu. Ini Bhai, The Twin of Legend! Cikgu Z mengiakan. Cikgu Khatijah tergeleng dalam senyum. Subhanallah dah besar pun kamu. Kamillia Balqhis mana? soal Cikgu Khatijah lagi. Cikgu Z terdiam, menunggu butir bicara Atiq. Kat rumah, bu. Dia tak dapat datang hari ni. Kalau dia tahu ibu ada, mesti dia nak datang. Oh marilah kita pergi pejabat dulu. Ibu tak ada kelas lepas ni. Kamu dari mana sebenarnya ni? Natasya Shakilla pula menjadi pemerhati setia. Pelajar kelas 5Sc2 pula sudah menjatuhkan rahang masing-masing, tidak percaya. Cikgu Khatijah ke ni? Hantar adik saya yang bongsu, bu. Terangkat kening cikgu disiplin tersebut. Natasya Shakilla menelan liur. Tatkala mata mereka bertembung, dia cuma mampu menonjolkan senyuman plastik sahaja.

212

Shasfa alyahya

Adik kamu? Natasya Shakilla binti Emran Syakir? Ya Allah, habis panjang nama aku disebutnya. Betul pulak tu! Dia tak tahu pun kelas dia dah ditukar. Selepas kejadian dua minggu lepas, baru hari ni dia mulakan persekolahan, terang Cikgu Z selepas lama mengunci mulut. Wajahnya kelihatan sedikit kelat. Cikgu Khatijah terangguk-angguk. Kalau macam tu, mari pergi. Sekarang ni kelas Mrs. Chue. Natasya Shakilla mengangguk. Dia menarik nafas dan menelan liur. Badannya mula berasa seram sejuk, sampaikan gamitan Arienna dan Ruqyah dari jendela kelas pun tidak dihiraukan lagi. Sempat dia berpaling menghadap muka teman sekelasnya yang akan ditinggalkan sebelum melangkah mengekori Cikgu Khatijah, Cikgu Z dan Atiq. Kelas yang bersebelahan itu kelihatan sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Para pelajarnya masing-masing melakukan latihan yang ditugaskan. Mrs. Chue pula senang bergerak dari meja ke meja untuk memantau gerak kerja anak-anak muridnya. Apabila terdengar ketukan di pintu kelas, Mrs. Chue terus berpaling. Para pelajar turut memandang, sekilas lantas mengembalikan tumpuan ke arah buku. Ya Allah, skemanya!!! Mrs. Chue! Cikgu Khatijah menggamit. Ada apa ya, Kak Jah? Mrs. Chue bertanya hairan. Oh, Shakilla! Dia tersenyum senang melihat Natasya Shakilla di belakang.

213

Hot Gimmick

Maaflah mengganggu masa kelas berjalan. Shakilla kata dia tak tahu kena tukar kelas. Kerusi dan meja dah ada yang kosong, kan? Dah, memang dah cukup lima masa pertambahan pelajar dulu. So Shakilla, come in! Natasya Shakilla menelan liur. Dia buat muka kesian ketika berbalas pandang dengan Atiq dan Cikgu Z. Nak balik nanti telefon Atiq, pesan Atiq sebelum berlalu. Natasya Shakilla ditinggalkan keseorangan. Sekarang dia perasan sedari tadi lagi ada beberapa pasang mata yang menjeling. Mama, Asya tak nak! Shakilla, please come in! Kali kedua Mrs. Chue menjemputnya masuk. Natasya Shakilla melempar senyum kambing tatkala melangkah masuk. Tekaknya berasa kering ekoran beberapa kali menelan liur sejak tadi. I guess that everyone already knew Shakilla. But as your new classmate, let her introduce herself so that well have a better expectation. Okey, Shakilla? Natasya Shakilla tersenyum sebagai jawapan. Kini semua mata terarah tepat ke wajahnya, macam nak telan pun ada. Dia cuba bersuara, Emmm... Im Shakilla, better call me Killa. Errr Mata Natasya Shakilla menangkap pandangan tajam seseorang, sesaat sebelum mata itu kembali terarah kepada buku di hadapannya, tidak mengambil peduli. Lidahnya tibatiba kelu. Mindanya berputar saat dirinya diselamatkan dia dahulu. Lupakan!!! hatinya menjerit. Matanya meliar lagi

214

Shasfa alyahya

sehingga satu wajah yang mendamaikan menikam retina matanya. Melihat senyuman mahal yang terbit dari bibir itu, dia tersenyum lebar. Tiada lagi senyum plastik seperti tadi. Hatinya yang berdebar hebat sebentar tadi kembali tenang. Seperti yang kalian semua tahu, saya baru berpindah ke sini. Sebelum ni ditempatkan di kelas 5Sc2. Saya sendiri pun tak faham macam mana saya boleh terpilih masuk ke kelas ni. Apa-apa hal pun, nice to meet you all. Natasya Shakilla menguntum senyum. Entah apa-apa entah ayat yang keluar dari mulutnya, tapi dia tak kisah. Asal bahagia sudah. Ada meja kosong di belakang sekali, sebelah kanan. Ambil seat awak. Ada add math tak hari ni? Natasya Shakilla menggeleng. Have mine for today. Mrs. Chue mengunjuk buku latihannya kepada Natasya Shakilla. Gadis itu menyambutnya sebelum melilaukan mata mencari tempat duduk. Sekali lagi anak matanya bertembung dengan Amierul Mukminien. Amierul Mukminien tersenyum lantas menunjuk ke meja di belakangnya. Natasya Shakilla mengangguk faham. Saat dia melabuhkan punggung, barulah dia perasan siapa jiran sebelahnya. Natasya Shakilla menggigit bibir, hilang arah tumpuan. Baru dia perasan, dia telah dikepung oleh kumpulan pelajar kegilaan sekolahnya. Di hadapannya, Amierul Mukminien. Di sebelah Amierul Mukminien pula Izuan. Di belakang Izuan si bighead tu jiran barunya! Itu pun kira okeylah meja pelajar tak disusun dua-dua seperti kelas lamanya. Kalau tak memang azab la!

215

Hot Gimmick

Mesti tak ada orang yang berani duduk kat sebelah mamat ni! omel Natasya Shakilla perlahan. Mulutnya dimuncungkan, lepas perasaan. Okay, continue perbincangan kita tadi, tentang pembahagian kumpulan. Kamu semua ada dalam dua puluh empat orang sekarang. I nak enam group untuk pembentangan. So, dalam empat orang satu group. Mrs. Chue menempatkan birai pinggulnya di atas meja guru. Tangannya bersilang kemas. Macam nilah, group satu bermula dari kanan. Emylia, Fikri, Raju, Dalya. Then Fathin, Matt, Hana, Izzati. Hmmm Linda, Danial, Ah Cheng, Irah. Group empat, Siti, Sarra, Jauhar, Afiq. Group lima, Adhzarinna, Iqa, Izuddin, Syah. Natasya Shakilla tersentak. Rupa-rupanya Adhzarinna pun masuk kelas ni juga? Afiq dengan E-ju pun! Tapi, Adhza? And last group, Izuan, Amier, Killa and Ah Kam. Piuuu ka boom!!!! Rahang Natasya Shakilla sudah jatuh ke bawah. Kenapa dalam ramai-ramai orang, dengan dia ni jugak aku sekumpulan? This is so very unfair!!! Natasya Shakilla menjeling reaksi sekeliling. Kebanyakan mata sedang tertumpu ke arahnya. Aura hitam dan kelam terasa menyelubungi ruang kelas. Selepas Mrs. Chue melangkah keluar, dia rasa ingin sahaja berlari keluar mengekori Mrs. Chue. Namun niatnya dimatikan. Punggungnya bagaikan telah dilekat dengan gam gajah pada kerusi. Tiba-tiba, Harizd bangkit dari duduknya dengan wajah serius. Tindakan Harizd menyebabkan rakan sekelasnya

216

Shasfa alyahya

menunduk melakukan kerja masing-masing. Berbekalkan nota kecil dan pen di tangan, dia melangkah keluar. Natasya Shakilla memerhatikan tingkahnya sehingga hilang dari penglihatan. Dia bersandar penuh lega. Baru selesa sikit rasa hatinya. Begitu melegakan ke? Hah? Natasya Shakilla mengerutkan kening. Amierul Mukminien tersenyum melihat reaksinya. Lepas dia pergi, awak nampak betul-betul lega. Amierul Mukminien mengulang. Natasya Shakilla tersengih. Begitu ketarakah reaksi spontan yang ditonjolkan olehnya sebentar tadi? Ye ke? Tak adalah! Ya! He he he! Gasp!!! Natasya Shakilla terkedu. Matanya membuntang luas. Seluruh kelas juga turut menonjolkan ekspresi wajah yang sama. Terkejut! Amierul Mukminien ketawa? Dunia nak kiamat ke? Mier? Izuan di sebelah menegur. Matanya dipejam celik beberapa kali. Yeah? Amierul Mukminien berpaling. Run a temperature ke? Izuan menekapkan telapak tangannya di dahi rakannya itu. Perlahan ditepis tangan itu. Mana ada.... Izuan terdiam. Sah! Amierul Mukminien memang pelik. Bukan hari ini aje, sejak minggu lepas lagi! Dia ingin

217

Hot Gimmick

menyoal lebih lanjut namun kedatangan guru membantutkan bicaranya. Cikgu Haslinda melangkah masuk diikuti Harizd. Semua pelajar bangun memberikan salam hormat. Harizd berjalan menghampiri mejanya. Natasya Shakilla memerhati dengan ekor mata. Badannya serta-merta terkaku lagi. Ya Allah, kenapa ni? Kepalanya digelengkan beberapa kali. Wajahnya lurus ke hadapan. Belakang Amierul Mukminien menjadi santapan anak matanya. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celah jendela memancar terus ke arahnya selepas menembusi rambut Amierul Mukminien yang beralun disapa angin pagi. Diperhatikan rambut temannya yang beralun. Lama matanya tertancap di situ. Hatinya diserbu kehairanan. Apakah yang kurang pada dia? Natasya Shakilla menolak cermin matanya dengan jari telunjuk, memikirkan sesuatu. Matanya disempitkan lagaknya seperti ahli fikir sahaja. Oh, ya...! Dia dah dapat! Ya, Shakilla. Apa jawapan awak? Puan Haslinda menyoal. Seisi kelas sudah menajamkan mata ke arahnya. Natasya Shakilla automatik berdiri. Hah? Errr aaa. Natasya Shakilla menelan liur. Jawapan apa? Tengah belajar apa? Mama!!! Wajah Puan Haslinda direnung dengan mata mengharap. Apa ke halnya ni? Haiii perangai awak memang tak berubah, Shakilla. Puan Haslinda tergeleng kecil. Dah, duduklah!

218

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menghadiahkan sengih sebelum kembali duduk. Matanya meliar sekeliling. Ramainya yang bagi senyuman sinis! Tengoklah tu, E-ju tengah tekan perut. Mesti tahan gelak tu. Ya Allah Adhza bagi jelingan maut! Hah, Izuan buat mimik muka lucu. Mamat sebelah pulak sekadar menjeling dengan ekor mata. Bibirnya yang sedikit bergerak sempat ditangkap oleh mata Natasya Shakilla. Sucks! Natasya Shakilla menghela nafas lemah. Hari pertama dengan havoc gimik, macam biasa hai, memang tak berubah! He he he. Natasya Shakilla terdiam. Tawa perlahan itu kembali menarik perhatiannya. Pandangan matanya dinaikkan, cukup untuk melihat bahu yang sedikit terhenjut di hadapannya. Wajah itu berpaling menghadapnya. Youre so funny! Natasya Shakilla mengerutkan kening, spontan. Kenapa riak wajah Amierul Mukminien kelihatan berlainan sekali? Senyumnya, suaranya, even rambutnya! Ya, rambutnya.

219

Hot Gimmick

bab 14
He isnt Amier! Oh, hantu kau! Natasya Shakilla terlompat kecil mendengar sergahan dari belakang. Hampir tercabut jantungnya. Natasya Shakilla mengurut dada seraya berpaling melihat siapa yang bijak sangat mengenakannya. Matanya membuntang melihat rakan-rakan 5Sc2 tersengih-sengih di belakangnya. Tanpa sempat dia mengeluarkan suara, badannya telah ditarik beramai-ramai ke dalam kelas lamanya. Konspirasi apa pulak ni? Setelah memastikan semua telah menapak masuk, pintu kelas ditutup rapat lalu dikunci. Jendela yang terbuka, dikatup. Sekarang mereka berada di bilik yang tertutup. Natasya Shakilla didudukkan di atas kerusi di hadapan kelas, persis seorang penjenayah layaknya.

ILLA!!!

220

Shasfa alyahya

Dia yang masih terpegun dengan tindakan tersebut, hanya merenung wajah-wajah serius di hadapannya tanpa bersuara. Mindanya mengesahkan, mesti dia orang nak marah aku! Oh, no! Mesti dia orang nak pukul aku! Wajah-wajah masam itu kian mendekat. Natasya Shakilla diserang ketakutan. Matanya dikatup rapat, bersedia menerima sebarang pukulan. Namun begitu Cayalah, beb! Kau memang hebat, Killa! Gila sungguh! Pap! Matanya automatik terbuka. Tiada tangan kasar yang mengenai badan, sebaliknya muka-muka ceria dan penuh kagum. Apa ni? Aku tabik spring kat kau! Hah? Natasya Shakilla jadi hairan. Pura-pura terkejut pulak! Apa cerita sebenarnya Killa? Arienna tersengih nakal. Ruqyah di sebelah terangguk-angguk mengiakan. Cerita apa? Natasya Shakilla menadah angin. Cerita kat kem dululah! Kita orang nampak dengan mata kita orang sendiri Kau menyambung. dengan head prefect Ada yang

Kena dukung! Yang lain menambah. Ngeee! Natasya Shakilla ingin bangun namun ditahan. Mama, ini lebih ngeri daripada kena pukul!

221

Hot Gimmick

Mana ada apa-apa! Masa tu dia selamatkan aku, thats all! Bohonglah! Disaster! Natasya Shakilla menepuk dahi. Kalau tak, takkanlah kau tiba-tiba boleh lompat gi kelas sebelah! Rakannya mula menyatakan ketidakpuasan hatinya. Alahai aku sendiri pun tak tahu la! Lagipun, siapa abang hensem yang datang dengan kau tadi tu? Arienna menambah. Haahlah hensem siot! Terkejut aku tengok Cikgu Khatijah yang garang tu tiba-tiba aje jadi baik. Aku pun macam tak percaya aje! Yang tu. Natasya Shakilla memejam celikkan matanya beberapa kali. Tak tahu bagaimana nak jawab. Dia mula pening. Korang dah start sharing! Izuddin menggiat. Dari mana entah dia tiba-tiba muncul. Natasya Shakilla menggembulkan pipi. Mesti semua ni kerja mamat nakal ni. E-ju! Natasya Shakilla geram. Mesti nak gandingkan dia dengan mamat garang kelas sebelah tu! Yucks! Well, dah share pengalaman masa kem hari tu. Izuddin tersengih nakal. Share kelas! Ada pulak yang menambah. Tak lama lagi mesti share kerusi. Share meja.

222

Shasfa alyahya

Share motor. Share perasaan. Mereka terdiam, seketika Share hati!!! Muah ha ha ha!!! Izuddin tergelak besar. Suka benar hatinya melihat wajah Natasya Shakilla yang sudah merah macam udang kena bakar. Arienna dan Ruqyah yang terdiam sebentar tadi juga, sudah mula terhinjut-hinjut menahan tawa. Natasya Shakilla tidak dapat bertahan lebih lama. Mereka semua dah senget! Melihat sedikit celahan yang ada, Natasya Shakilla mengambil peluang untuk melarikan diri. Melihat orang tahanan bangkit, rakan-rakannya turut bertindak. Badan kecil Natasya Shakilla dipegang. Dia mengumpul sebanyak mungkin tenaga yang ada. Sikit lagi tangannya mencapai tombol pintu. Lagi sikit lagi sikit. Krek. Pintu terlebih dahulu dibuka dari luar. Mereka tercengang. Setentang di hadapan mereka, Harizd berdiri tegak dengan wajah mencukanya. Well be dead.

ATIQ dan Cikgu Z berjalan seiringan menuju ke arah kereta yang diparkir di dalam kawasan sekolah. Perbualan mereka

223

Hot Gimmick

masih berterusan memandangkan lebih enam tahun mereka tidak berjumpa. Banyak modal yang keluar sedari tadi. Sebelum ini hanya ruangan messenger dan e-mel yang menjadi perantaraan di antara mereka selama Atiq berada di Mesir, tanah anbiyaa. Cikgu Z atau nama sebenarnya menyambung pengajian di universiti tempatan. Zarkasyi,

Serius cakap, ana langsung tak sangka gurauan anta (awak - lelaki) dulu benar-benar terjadi. Dulu dengan mimik serius kata, kalau tak dapat pegang mechanical engineering, kerja cikgu pun tak apalah, asal berbakti. Allah dah makbulkan doa anta! Atiq tersengih mengusik. Zarkasyi ketawa mengenangkan kata-katanya yang lepas suatu ketika dulu. Tajam sungguh fikiran kawan dia yang sorang ni! Kata-kata itu merupakan suatu doa, dan doanya sudah menampakkan hasil. Cuma tinggal satu doa saja lagi. Tugas seorang guru amat berat kerana didikan merekalah mencorak masa depan negara, tukas Atiq. Benar, sahut Zarkasyi. Insya-Allah ana benarbenar menjadi pendidik! Apa maksudnya tu? Actually ana ni cikgu ganti aje sebab ada cikgu cuti bersalin. Masa tu, ana saja ziarah sekolah ni, jumpa mantan cikgu. Tau-tau ibu terus rekomen ana mengajar kat sini. Tak sempat nak rasa kerja sebagai penganggur tak bertauliah lama-lama! Yalah tu! Ketawa mereka bersatu. Okeylah, got to go! Atiq menekan remote kereta,

224

Shasfa alyahya

membuka kunci kereta. Kemudian dia memandang Zarkasyi lantas menghulurkan tangan. Yeah, ana pun ada kelas lepas ni. Tangan Atiq disambut lalu digenggam erat. Selamat mengajar and keep on bullying my sis! Banzai! And send Balqhis my warmth regard with assalamualaikum. Atiq mengangguk. Enjin kereta dihidupkan. Sempat dia mengangkat tangan sebelum memandu keluar dari kawasan sekolah. Zarkasyi masih berdiri di situ, mengeras bagaikan patung. Ingatannya serta-merta melayang jauh, mengingati seseorang yang teristimewa. Adakah anti (awak - perempuan) sudah berubah? Atau mungkin digamit kumbang lain? Ana sobba alaiki.... (Saya rindukan dia.)

HARIZD merenung aksi rakan-rakan sebayanya dengan mata tajam. Perbuatannya menyebabkan budak-budak itu terdiam kaku. Macam pelajar tahun pertama sekolah rendah, langsung tidak menunjukkan sikap sebagai seorang senior yang layak dihormati oleh junior yang lebih muda. Kalau macam inilah perangai korang, siapa yang nak jadi role-model adik-adik? Sayangnya kata-kata itu tidak keluar dari anak tekaknya. Buat masa ini dia hanya mampu merenung tajam ke arah mereka sebelum berlalu pergi dari situ. Mereka yang membebel? Biar betul? ada terpempan. Harizd tidak

225

Hot Gimmick

Whoaaa!!! Tengok tak tadi? Izuddin memulakan kembali suasana tadi dengan nada mengusik. Apa lagi, semakin kuatlah suara usikan yang memeningkan kepalanya. Dengan muncung sedepa, Natasya Shakilla segera melarikan diri. Dia berlari turun melalui tangga yang paling hujung. Saat membelok ke kiri bangunan, bahunya terlanggar seseorang. Sorry, ucapnya sepatah tanpa memandang wajah empunya diri. Lariannya diteruskan sehingga kakinya menjejak lantai kantin. Dia memegang lutut, menarik nafas untuk menghilangkan lelah yang menjalar. Kalau macam inilah hari-hari, boleh mati kering dia lama-lama di sekolah ni. Dahsyat! Apabila pernafasannya sudah kembali normal, dia mengerling jam di dinding kantin. Ada lagi lima minit sebelum masa rehat berakhir. Dia berkira sempat lagi untuk mengisi perut sebelum loceng berbunyi. Kakinya diatur ke ruang membeli. Baru sahaja mulutnya terbuka, suatu tangan menyekat katanya. Dia berpaling. Maaflah, masa rehat dah habis! Seorang pengawas perempuan bersuara dengan wajah serius. Natasya Shakilla mengerutkan kening. Tapi baru pukul sebelas! bangkangnya cepat. Pengawas tersebut melirik jam di pergelangan tangannya. Tak, masa dah tamat! Natasya Shakilla mula bengang. Apa ni? Yalah, kak! Masa rehat dah habis pun. Baik akak balik ke kelas, sampuk pengawas yang lain. Pakatan apa ni? Kalau macam ni memanglah masa akan berlalu macam tu aje!

226

Shasfa alyahya

Ada lagi lima minit. Awak pandai tengok jam tak? Eh, akak ni tak reti bahasa ya? Kita orang kata tak boleh, tak bolehlah! Kenapa tak boleh? Amierul Mukminien tiba-tiba muncul di belakang Natasya Shakilla. Tindakan dan soalan kerasnya menyebabkan pengawas tersebut terkedu. Suasana tegang tadi serta-merta berubah. Errr. Pengawas yang tunjuk lagak tadi tidak dapat bersuara. Rasa hairan bertambah di dalam benak Natasya Shakilla. Kenapa mereka nampak takut ni? Masa untuk korang bertugas dah tamat. Sila blah! Mendengarkan arahan yang terang lagi nyata tersebut, para petugas itu tidak menunggu lama untuk beredar dari situ. Sempat dikerling wajah Natasya Shakilla sebelum mereka berlalu. Natasya Shakilla pula menjeling kembali. Sign of war! Kemudian dia memandang Amierul Mukminien di sebelah. Kasar aja bicara Amierul Mukminien tadi. Amierul Mukminien melirik ke arah makanan, menyuruh Natasya Shakilla menyambung pembelian. Dia akur. Usai membayar, mereka bergerak ke taman. Baru sahaja Natasya Shakilla melabuhkan punggung, loceng berakhirnya waku rehat kedengaran nyaring memenuhi kawasan sekolah. Natasya Shakilla bangkit. Makanlah dulu. Amierul Mukminien bersuara. But times up!

227

Hot Gimmick

Nak makan dalam kelaparan, atau back up chapters lepas sekolah? Amierul Mukminien memberi pilihan. Natasya Shakilla terdiam. The last choice sounds better! Tidak jauh dari kedudukan mereka, seorang pelajar bersembunyi di sebalik pokok bunga kebangsaan. Teropong dalam genggaman dirapatkan ke hidung. Bibir yang kelihatan mula menguntum senyum dengan makna yang tersirat. Target on!

WHEN the electrical impulse reaches the presynaptic membrane, it will trigger the synaptic vesicles to release neurotransmitters into the cynaptic cleft. Then, the neurotransmitters will diffuse across the cynaptic cleft and Tok! tok!!! Sorry, sir. Were late! Amierul Mukminien dan Natasya Shakilla melangkah masuk dengan wajah toya, macam tiada kesalahan yang telah dilakukan. Seisi kelas tercengang dengan gangguan yang memesongkan pandangan mereka dari papan putih. Dahlah masuk lewat, berdua pulak tu! Zarkasyi yang sedang memegang marker bercekak pinggang. Out of my class! Kenyataan itu menarik perhatian semua pelajar. Cikgu sementara pulak tu!

228

Shasfa alyahya

Sir Z, kita orang ada hal tadi rayu Natasya Shakilla. Panggilannya kepada Zarkasyi menyebabkan rakanrakan yang lain membuat riak kurang senang. Itu urusan kamu di luar kelas. Yang saya tahu sekarang ni kamu sedang mengganggu kelas saya. Kamu dari mana ni? Natasya Shakilla menelan liur. Takkanlah nak bagi tahu tadi dia makan dan Amierul Mukminien temankan dia? Cikgu Z best friend Atiq. Boleh mati katak dia kena tadah telinga dengar bebelan sepasang kembar di rumahnya kalau dia orang tahu! Tapi Cikgu Z di luar kelas bukan main mesra lagi, tapi ketika mengajar. Bagi contoh untuk neurotransmitter! Hah? Natasya Shakilla ternganga. Tiba-tiba pula ringan mulut Zarkasyi menyoal. Buli! Natasya Shakilla menelan kasar air liur yang ada di dalam mulut. Tunggu kucing bertanduk pun dia takkan boleh jawab punya sebab dia langsung tak sentuh buku pun! Apatah lagi buku Biologi! Acetylcholine, dopamine. belakang. Natasya Shakilla sudah boleh mengagak siapa empunya suara yang mencelah, atau lebih tepat lagi menyelamatkannya. Selang sedepa di belakang Natasya Shakilla, Harizd berdiri dengan buku catitan dan fail di tangan. Usai memberi salam sejahtera, dia melangkah masuk. Our mistakes, sir. Ada tugas yang tak dapat noradrenaline, secotonin and

Satu suara tegas tiba-tiba kedengaran dari arah

229

Hot Gimmick

dielakkan, tegas Harizd, membela. Lagipun, ada ke soalan tanya contoh bagi neurotransmitter? Berani gila tu! Zarkasyi berdeham beberapa kali. Jatuh pride aku! Okey, duduk! Saya tak nak perkara ni berulang lagi. Awak dah bazirkan masa sendiri dan teman-teman yang lain. Behave yourselves! Yes, sir! Amierul Mukminien yang berdiam diri sedari tadi segera berkalih ke tempatnya. Sebelum dia duduk, matanya berbalas pandang dengan Harizd. Satu jelingan berbisa dihadiahkan. Izuan yang sedang memerhatikannya, menangkap seratus peratus jelingan tersebut. Hatinya kuat mengatakan lelaki yang berada di sebelahnya hanya bertopengkan wajah Amierul Mukminien, sedang hakikatnya perwatakan dan personalitinya sama sekali bukan Amierul Mukminien yang dikenalinya! Dia bukan Amierul Mukminien Carl!!!

ANIQ berpaling ke arah pintu bilik yang dibuka dari luar. Sejadah yang sedang dilipat diangkat lalu disidai kemas, sebelum kakinya dihala ke arah Puan Jalina yang sudah melangkah masuk. Dia bersimpuh bersebelahan kaki ibunya yang mengambil tempat di birai katil. Kaki tua itu dipicit penuh perasaan kasih. Buat solat sunat dhuha? Ya, ma. Mama dengar Aniq mengaji tadi sebab tu mama

230

Shasfa alyahya

tak nak ganggu. Puan Jalina mengelus rambut Aniq yang panjang. Memperbaik hafazan, ma. Nanti malam nak tasmik ngan Atiq. Kalau silap nanti alamatnya makan sindiran pedaslah selama dua hari. Mereka tertawa. Atiq memang macam tu. Percakapannya mesti berselit kiasan atau sindiran, kalau tidak dia lebih senang mendiamkan diri dalam segenap hal. Berbanding dengan Aniq yang lebih banyak bercakap dan ceria, Atiq lebih suka menghadiahkan senyuman. Meskipun begitu, Puan Jalina sedar dia masih belum dapat mencapai hati kedua-dua anak kembarnya. Jarak mereka yang kini dekat dirasakan amat jauh. Sejauh waktu dahulu, sejak berbelas tahun yang lampau. Aniq tahu, sebenarnya nama panggilan Aniq ialah Atiq, sedangkan Atiq pula Aniq. Eh? Kenapa macam tu, ma? Sebab masa kecil dahulu, rambut Aniqkan pendek, macam lelaki. Rambut Atiq pula lebih panjang daripada rambut Aniq. Walaupun Aniq dan Atiq berlainan jantina, kamu berdua adalah kembar seiras, sesuatu yang jarang berlaku. Tuk Mek pun pening sebab selalu confuse yang mana satu Aniq, yang mana satu Atiq. No wonder dulu dia panggil Aniq dengan Atiqah! Puan Jalina dan Aniq tertawa. Memang tidak dapat dinafikan, di mana ada Aniq, di situlah akan adanya Atiq. Hubungan mereka bukan setakat berkongsi satu ovum dan sperma, malah lebih daripada itu! Mereka tidak dapat dipisahkan. Seperti bait kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,

231

Hot Gimmick

irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Ya, disebabkan perpisahan itulah, hidupnya diselubungi kegelapan. Satu titik hitam telah terpalit dan tidak mungkin dihilangkan dalam dirinya! Usapan Puan Jalina terhenti, berganti dengan kucupan hangat di atas kepalanya. Aniq terdiam. Mama jarang menunjukkan sayangnya. Namun kali ini, entah kenapa perasaan yang menggebu itu bagaikan mengalir deras menerusi hati kecilnya. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini, perasaan yang hangat dan menenangkan. Mungkin sejak berbelas tahun dahulu. Mungkin juga sejak Asya membesar dalam kandungan mamanya. Atau mungkin sebelum itu lagi. Assalamualaikum! Waalaikumussalam. Serentak Puan Jalina dan Aniq menjawab. Atiq berdiri di muka pintu dengan senyuman. Boleh masuk? Atiq meminta izin seperti biasa. Puan Jalina tertawa lantas mengizinkan. Atiq nak kacau anak manja yang masih beriba dengan mama ni, usik Atiq. Khalaf (Sudahlah), Atiq! Ana sobba alaiha, (saya rindukan dia) so, bagilah ana can nak lepaskan rindu. Atiq kacau la, balas Aniq dengan nada merajuk. Ya lahf, wa ana kazalik! (Aduh sayang, sayang jangan begitu!) Atiq masih mengusik. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Aniq, benar-benar ingin turut serta. Akhi (Abangku...) ucap Aniq, tak senang.

232

Shasfa alyahya

Ukhti (Adikku...) Atiq tak mahu mengalah. Ya salam! (Aduhai...!) Atiq tersenyum. Menang! Sudah, sudah... I love both of you! Puan Jalina merangkul kedua-dua anaknya. Dia sendiri tidak faham apa yang diperkatakan mereka berdua, namun dia bangga melihat anak-anak yang pernah suatu ketika dulu diabai, kini sudah berjaya. Insya-Allah di dunia dan akhirat. Cuma anaknya yang sorang saja lagi.

NATASYA SHAKILLA melangkah ke tempat meletak basikal dengan ekspresi mencurigakan. Keadaan sekeliling dikerling sehingga hatinya berasa selamat. Dia menghela nafas lega. Sejak berpindah ke kelas 5Sc1 ni, dia asyik mengesan aura hitam berdekatan. Bukan itu sahaja, pandangan dan jelingan tajam asyik berada di sekitarnya. Tidak ada ketenangan langsung! Ini baru sehari, kalau seminggu? Sebulan? Nanti SPM? Boleh histeria dia macam ni! Dia sendiri pun tak tahu apa masalahnya. Adakah kerana hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien? Ataupun kerana kemalangan semasa perkhemahan tempoh hari dan diselamatkan oleh Harizd? Atau mungkin ada orang melihat dia berbual-bual dengan Izuan di tepi sungai dahulu? Oh, man bila difikirkan semula, secara tidak langsung dia telah bersama dengan 3K, idola sekolah yang digilai. No!!! Natasya Shakilla menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Kakinya dihala ke luar kawasan sekolah, ke pondok menunggu. Atiq kata nak datang jemput kat sini. Hmmm wait and see.

233

Hot Gimmick

Perfect! Seorang pelajar masih setia dengan teropongnya, meneropong Natasya Shakilla dari sebalik pagar sekolah. Bibirnya menguntum senyum lebar. Kali ni kira beres! Hu hu hu!!!! Kakinya bergerak selangkah menghampiri Natasya Shakilla. demi selangkah

MUSLIMIN dan muslimat, kita akhiri majlis ini dengan tasbih Kafarah dan surah al-Asr sebelum keluar. Non-muslim boleh bergerak sekarang. Harizd menutup kata. Beberapa pelajar bukan Islam bergerak keluar, diikuti pelajar muslim kemudiannya. Usai sahaja, Harizd meraup muka, beberapa orang pelajar mampir untuk bertanyakan soalan dan membincangkan masalah disiplin yang kurang jelas. Harizd menjeling Amierul Mukminien yang sedang melangkah keluar. Niatnya untuk berbincang dengan Amierul Mukminien dikulum kemas. Nampaknya dia masih tidak berpeluang untuk bercakap dengannya. Lagipun, memang nyata Amierul Mukminien tidak bertindak seperti kebiasaannya. Selalunya Amierul Mukminien akan menunggu bersama di sampingnya sehingga semuanya selesai. Amierul Mukminien sekarang lebih suka menjauhkan diri daripada dia dan Izuan. Minggu lepas, Amierul Mukminien tiba-tiba bertukar murung. Wajahnya menunjukkan masalah yang berat. Selepas disoal, dia berjanji untuk menceritakan

234

Shasfa alyahya

masalahnya pada minggu ini. Namun demikian lain pula yang berlaku. Perangainya seratus peratus berubah. Amierul Mukminien bukan lagi Amierul Mukminien yang menjaga penglihatannya, bukan lagi Amierul Mukminien yang menjaga lidahnya, bukan lagi Amierul Mukminien yang menjaga ukhuwahnya. Dia bukan Amierul Mukminien! Amierul Mukminien berjalan keluar dari kawasan sekolah ke kawasan taman yang berbeza pagar dengan sekolahnya. Dia menyeluk saku lantas mengeluarkan kunci kereta. Punat kunci ditekan sebelum dia melompat masuk ke dalam Porche kelabu. Enjin kereta dihidupkan. Seketika, kereta diundur dari kawasan taman lalu meluncur laju di atas jalan raya. Saat melintasi hadapan sekolah, dia terpandangkan Natasya Shakilla yang sedang menyelongkar beg sekolah di ribaannya. Keretanya dibrek perlahan, sebelum diundur ke belakang sehingga tiba di hadapan Natasya Shakilla. Gadis itu melatah kehadirannya yang tiba-tiba. kecil, terkejut dengan

Ketawanya meletus. Hatinya bagai digeletek setiap kali bersama gadis itu. Mier? You drive? Natasya Shakilla melopong. Amierul Mukminien tersengih sebagai jawapan. Hop in! Biar I hantar you balik! Eh, never mind. Saya tunggu abang saya! Nah jomlah! Bila lagi nak merasa pemanduan Amierul! Natasya Shakilla mengangkat kening. Dengan sedikit teragak-agak, dia melangkah juga setelah Amierul Mukminien beria-ia membukakan pintu kereta buatnya.

235

Hot Gimmick

Thanks! My honour, princess! Natasya Shakilla senyum kambing. Lets burn the road!!! Amierul Mukminien menjerit kuat serentak dengan kakinya menekan pedal minyak. Kurang sesaat kereta sudah meluncur laju membelah jalan, meninggalkan sisa asap yang berkepul. Dari balik kepulan asap yang semakin menipis tersebut, seorang gadis terbatuk-batuk menahan kerongkong yang gatal. Hidungnya ditekup rapat-rapat. Apabila kepulan asap menghilang, dia menarik nafas sedalamnya, sebelum menghembusnya panjang. Isy, tak jadi juga plan hari ni! Im getting tired of this! Huarghhh!!! Mira? Dia tersentak. Serta-merta gaya Hulk mengamuk tadi hilang. Pandangannya beralih ke arah suara yang datang. Abang! Buat apa lagi kat sini ni? Harizd membetulkan topi keledarnya. Eh? He he he tak, tak ada apa-apalah! Hanis Humaira berdalih. Dah, balik! Hari dah lewat ni! Ingat sikit, awak tu anak gadis! Harizd mengarah lantas bergerak pergi. Hanis Humaira mencebirkan bibir. Ingat sikit diri tu anak gadis. Eleh!!! Dia menjelirkan lidah. Akhirnya dia mengorak langkah ke arah basikal yang disandar pada pagar sekolah lantas mengayuh pulang.

236

Shasfa alyahya

DI atas jalan raya, jeritan Amierul Mukminien yang sekejap tadi sudah hilang, berganti dengan jeritan Natasya Shakilla yang lebih panjang dan pitching yang lebih tinggi. Kereta yang berbumbungkan langit itu sudah menerbangkan belakang tudung gadis itu, memaksanya menekup kedua-dua tangan pada tengkuk, menghalang tudungnya daripada tercabut. Mier! Slow down! Argh!!!! Amierul Mukminien tersengih panjang. Jeritan temannya itu tidak dihiraukan. Keretanya bergerak laju melalui jalan yang lengang ke arah bukit. Tiba di suatu selekoh, dia melakukan drift dengan kelajuan yang tinggi. Natasya Shakilla di sebelah sudah hilang suara. Apa yang dirasakannya saat ini adalah percaturan hidup. Nyawanya seolah-olah berada di hujung tanduk! Akhirnya Amierul Mukminien memberhentikan keretanya di sebuah taman di atas bukit. Natasya Shakilla tidak menunggu lama untuk turun dari kereta. Bibirnya ditekup, menahan isi perut yang ingin keluar bila-bila masa sahaja. Amierul Mukminien turun dari kereta dengan senyuman. Dia menghampiri gadis itu lantas menyuakan sapu tangan. Natasya Shakilla segera menyambutnya. Blitz! Ha ha ha! Sure you right! Come. Where to? There! Amierul Mukminien mengunjuk ke arah bangku. Natasya Shakilla akur. Dia perlu menenangkan diri. Kenapa kita datang sini? Bukan awak nak hantar saya balik ke tadi? Natasya Shakilla membuka topik.

237

Hot Gimmick

Amierul Mukminien mengangkat kening. Ada ke? Hah? Natasya Shakilla buat muka. Ha ha ha!!! Ketawa Amierul Mukminien meletus lagi. Natasya Shakilla sendiri tak tahu apa yang melucukan Amierul Mukminien sehingga dia ketawa bersungguh-sungguh sekali. Wajah temannya itu ditenung dalam-dalam. Rambutnya, raut mukanya, suaranya. Mier? Yes? You arent Mier? Direct Natasya Shakilla bertanya kepada jejaka itu! Tawa Amierul Mukminien mati. Natasya Shakilla menelan liur, menunggu butir bicara Amierul Mukminien. Dia terkejut apabila temannya itu semakin mendekat. Senyuman lebar menghiasi raut Amierul Mukminien. Mier? Natasya Shakilla mengengsot ke belakang. Amier!!!!

238

Shasfa alyahya

bab 15
Ignorant is bliss. AGU nyanyian Okazaki Ritsuko kedengaran dari speaker laptop Apple kepunyaan Natasya Shakilla. Dia yang meniarap di hadapan komputer riba, langsung tidak bergerak sedari tadi. Wajahnya yang disembunyikan di sebalik dua lengannya tidak terangkat walaupun sedikit. Lagu Chiisana Inori yang sedih telah lama berganti dengan lagu Morning Grace, Lets Stay Together dan lagu nyanyian Atsumi Saori. Masanya berlalu tanpa disedari. Asy Syyy let her be, she needs a rest. Atiq menahan Aniq daripada melangkah masuk ke dalam bilik. Tangan Aniq ditarik supaya turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Aniq akur. Sempat dia mengerling adiknya yang langsung tidak bergerak. Benaknya mula dihantui kebimbangan. Macam mana Asya? Encik Emran yang baru

239

Hot Gimmick

selesai solat isyak menyoal. bersebelahan Puan Jalina.

Dia

mengambil

tempat

Aniq menggeleng lemah. Dia duduk berhadapan dengan Encik Emran. Sejak balik tadi, dia langsung tidak bercakap. Masa sampai tadi, dia menangis kat dalam bilik. Lepas tu mandi dan terus layan perasaan macam tu sampai sekarang, adu Aniq satu per satu. Biasanya kalau dia ada masalah, dia akan dengar lagu-lagu anime dia tu. Puan Jalina menjelaskan, arif benar akan tabiat anak bongsunya. Tangannya ligat melipat pakaian sambil dibantu oleh Atiq. Memang itulah yang dia buat sekarang! Aniq mengiakan, dia masih bimbang. Jangan bimbang sangat, Aniq. Biasanya bila dia bangun esok, seratus peratus dia akan berubah. Encik Emran menambah. Aniq mengangguk. Hatinya masih dipagut kebimbangan. Baginya Natasya Shakilla kelihatan tidak terurus ketika tiba petang tadi. Oh, ya! Siapa budak lelaki yang hantar dia balik tadi, ma? Atiq menyoal. Oh budak tu. Amierul Mukminien. Asya panggil Amier aje. Baik budaknya, masa kat hospital dahulu acap juga dia melawat Asya. Puan Jalina menjelaskan. Hampir saja dia menambah yang dia sudah berkenan dengan budak Amier tu. Buat menantu. He he he.... Kawan Asya? Haahlah tu, kawan dia gamaknya. Kalau tak, takkanlah Amier tu sanggup hantar dia balik.

240

Shasfa alyahya

Asya kata rumah dia kat belakang tu aje. Encik Emran membetulkan ayat isterinya, takut mendatangkan maksud yang lain. Puan Jalina tersenyum. Faham jiwa sungguh papa ni! Im still worried though... Aniq bangun, ingin bersua muka dengan Natasya Shakilla. Hah, sebelum tu, ambil pakaian anda dulu adikku yang rajin. Atiq menggamit. Hisy, ayat dia! Aniq tersengih. Dibeleknya pakaiannya yang sudah diasingkan oleh Atiq bersama-sama pakaian Natasya Shakilla. Hah, adik dia lagi teruk! Even underwear pun dia campur sekali dengan pakaian yang lain. Dahsyat sungguh! Aniq tergeleng kecil. Atiq yang menyedari punca gelengan Aniq tersenyum. Mereka akhirnya bergerak seiringan ke atas, meninggalkan kedua-dua orang tuanya di bawah. Aniq nak bercakap dengan Asya. Aniq meluahkan rasa. Atiq menggeleng. Tangan Aniq ditarik masuk ke dalam biliknya. Dengarlah kata mama... biarkan Asya bersendirian buat sementara waktu, nasihatnya. Baju yang telah siap dilipat, disusun kemas di dalam almari. Aniq menghela nafas. Badannya dihenyak ke katil. Entahlah mungkin sebab Aniq kurang bersama Asya sebelum ni, jadi Aniq tak tahu perangai dia, tingkah laku dia, sikap dia. Lagipun, dia memang berseorangan sebelum ni.

241

Hot Gimmick

Wa ana aidhan. (Dan saya juga). Kita memang tak berpeluang untuk mengenali dia sebelum ni, malah sejak dia lahir lagi. Kita tak berpeluang untuk menyuntik rasa sayang kita terhadapnya, mentarbiah dan menasihatinya. Dan kita memerlukan masa untuk benar-benar mengenali Natasya Shakilla. Capailah hati dia perlahan-lahan dan tarbiahlah dia sebagai seorang kakak, okey? Panjang lebar ucapan yang keluar dari bibir Atiq. Dia mengambil tempat di atas sofa bersama al-Quran digitalnya. Hmmm insya-Allah. Atiq pula macam mana? Sekolah tu dah berubah ke? Aniq mengubah topik. Astaghfirullah. Atiq tersenyum. Entah bagaimana dia boleh terlupa akan peristiwa manis di sekolah tadi! Aniq mendapat ucapan salam, assalamualaikum dari dua insan. Alaikawaalaihumassalam Man huma? (Siapa mereka?) Aniq tertarik. Mindanya memerah wajah orangorang yang pernah dikenalinya. Ibu and Ibu? Dia sihat? Aniq memotong bicara Atiq dengan rasa ingin tahu. Alhamdulillah... dia bertanya tentang Aniq. Nampaknya dia merindui Aniq. Banyak yang dibicarakannya. Dan banyak juga yang ingin dibicarakannya bersama Aniq. Carilah masa yang sesuai untuk bertemunya! Bi izinillah (dengan izin Allah), insya-Allah! Dan seorang lagi yang mengirim salam, sekutu kita, Affan! Dup!!! Aniq terdiam mendengar nama tersebut. Dia kata, Shyaz pun mengajar di situ juga, cuma

242

Shasfa alyahya

Atiq tidak berpeluang bertemunya. Hmmm Atiq rasa kita kena buat reunionlah, kumpul sekutu-sekutu kita untuk mengeratkan ukhuwah, cadang Atiq. Pandangannya setia pada al-Quran digital. Aniq tidak mampu menyambung kata. Ada sesuatu yang menyekat kata dan pemikirannya. Akhirnya dia bangkit. Bajunya dikaut memenuhi lengan. Assalamualaikum, ujarnya, melangkah keluar. Atiq menjawab perlahan salamnya, salam sebelum tidur. Qiam pukul tiga! Sempat dia mengingatkan. Ye! Atiq tersenyum. Apabila pintu biliknya sudah terkatup rapat, dia memejamkan mata. Aniq masih buntu.

KREK. Aniq melangkah masuk perlahan-lahan. Pakaian yang hampir menutupi pandangannya ditempatkan di atas karpet bersebelahan katil. Dia mengambil tempat di depan timbunan pakaian tersebut, menyandarkan belakang badannya pada sisi katil. Dia melipat pakaian tanpa bersuara, membiarkan ruang bilik dipenuhi lagu Jepun yang tidak difahaminya. Doushite~ kimi wo suki ni natte shimattan darou Donna ni toki ga nagarete mo kimi wa zatto Koko ni iru to omotteta oni

243

Hot Gimmick

Demo kimi ga erandano wa chigau michi Doushite~ kimi ni nani.... Pap!!! Lagu tersebut dimatikan. Aniq tersenyum. Aniq kalau rasa dukacita akan sesuatu, Aniq akan sujud di atas sejadah, mohon kekuatan dan kemudian bersedia menghadapinya. Cara tersebut akan mendekatkan diri kita pada Allah. Aniq memulakan mukadimah. Selepas meluahkan segala perasan duka pada-Nya, Aniq akan berbincang pula dengan orang terdekat Aniq pada masa tersebut, orang yang paling dipercayai dan adil. Dan alhamdulillah, Allah sentiasa menunjukkan jalan kepada Aniq. Dia tidak pernah menghampakan hamba-Nya yang memerlukan pertolongan. Sepi. Aniq minta maaf untuk tak bersama Asya andai Aniq diperlukan suatu ketika dulu. Kini Aniq akan cuba bersama Asya, kita akan hadapinya bersama-sama. You know why? Because ana uhibbuki kathiiran, jiddan fillah. Gerakan tangannya terhenti apabila merasakan tengkuknya dirangkul. Dia tersenyum. Perlahan disentuh tangan tersebut dengan penuh kasih. Apa maksud kata yang last tadi? soal Natasya Shakilla perlahan. Suaranya yang serak kedengaran tenggelam timbul. I love you very much, dear. Natasya Shakilla terdiam mendengar ungkapan tersebut. Matanya berbalam merenung dinding kosong.

244

Shasfa alyahya

Asya, jangan berkhalwat dengan ajnabi lagi! Huh? Berkhalwat? Natasya Shakilla bingung. Aniq tertawa kecil. Maksud Aniq, berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim. Berdosa! Habis tu, kenapa Asya tengok ramai orang yang berjalan bersama-sama, berpegangan tangan, berseronok, padahal mereka tak ada apa-apa hubungan pun? Natasya Shakilla mula menjawab, menolak kenyataan kakaknya sebentar tadi. Jahil tu satu nikmat, Asya. Dan orang yang termasuk ke dalam golongan orang-orang yang jahil inilah yang paling kasihan. Mereka tak tahu, mereka merasakan perkara seperti tu adalah perkara biasa, adat dalam percintaan. Mereka tak bercinta pun, kawan biasa aje! Tak ada perasaan pun sesama mereka. Kawan? Asya rasa, ada istilah kawan ke antara lelaki dan perempuan? Ada tiga sebab aje yang membolehkan kita bertemu dengan lelaki. Untuk perubatan, pelajaran dan pekerjaan. Dear Asya, walau betapa sayang pun Asya pada seseorang, kalau bukan kerana Allah, tidak ke mana perasaan tu. Mereka tak dapat membantu Asya di Padang Mahsyar kelak. Natasya Shakilla terdiam. Dia sudah pun melepaskan rangkulannya. Apa kaitannya dengan Padang Mahsyar pulak? Dia mula dihambat kebingungan. Bingung dalam kejahilan. Aniq, sekarang ni zaman modenlah. Kita kena pandai bersosial untuk hidup. Natasya Shakilla menyampaikan cara pemikirannya. Kakinya disila selesa.

245

Hot Gimmick

Tergeleng Aniq mendengar bicara adiknya. Asya, hidup ini untuk apa? Lembut suara Aniq menyoal, bimbang perasaan Natasya Shakilla yang sedang berkecamuk, terguris. Natasya Shakilla terdiam. Mindanya letih memikirkan jawapan untuk soalan kakaknya. Sejak bila Aniq dah bertukar jadi Atiq versi perempuan ni? Akhirnya dia mengambil jalan mudah, berbaring dan pejamkan mata. Tidur.

KILLA! Sini, sini! Izuan menggamit Natasya Shakilla yang berlari-lari anak menghampirinya. Kertas yang berjuntaian di tangan kirinya melambai-lambai ditolak angin. Hampir sahaja kertas itu terlepas dari pegangannya. Huuuhhh!!! Natasya Shakilla menahan nafasnya yang semput. Mana tidaknya, dari tingkat tiga dia berlari melepasi kantin sekolah dan bangunan pejabat sehingga tiba dengan separuh bernyawa di belakang bangunan yang paling jauh dari kelas. Tempat ini. Apesal lewat? Kau ingat masa nak tunggu kau ke kalau assignment ni tak sampai kat tangan cikgu tepat pada masanya? Harizd bersuara tegas. Dia berdiri dengan fail biru di celah tangan yang tersarung kemas di dalam poket seluar. Aku bertugas kelaslah hari ni! bentak Natasya Shakilla, membela diri. Rasa geram kembali menular mengingatkan sikap setiausaha kebersihan kelas yang mengarahnya bertugas memandangkan dia lewat tiba ke sekolah pagi tadi. Heh, perangai lama.

246

Shasfa alyahya

No excuse! Yez, stop this quarrel please! Amierul Mukminien turut mencelah. Dia mula bosan dengan sikap Harizd. Bukan dia tidak tahu prinsip Harizd yang menepati masa dan tidak suka menunggu itu. Disiplin. Natasya Shakilla memerhatikan Amierul Mukminien yang berbicara, sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sesuatu mula menggamit mindanya. Okay, you guys! Guys, masa ada dalam lima belas minit aje lagi. By hook or by crook, kita kena siapkan sekarang jugak! Izuan mula bergerak. Natasya Shakilla mengangkat kening, serentak dengan tangannya. Langkahnya diatur membuntuti tiga sekawan itu dengan jarak yang agak jauh. Nun di hujung belakang bangunan, sebuah pintu berwarna coklat muda kelihatan. Harizd mengeluarkan tangan dari kocek seluarnya bersama segugus anak kunci. Pintu yang tersorok itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri Natasya Shakilla. Lebih-lebih lagi, apabila melihat pemegang anak kuncinya ialah Harizd. Perlahan pintu terkuak, menghamparkan suasana pejabat yang tenang. Inilah bilik kerja kita orang! Izuan tersengih memperkenalkan kepada rakan kongsi baru mereka. Kasutnya dibuka dan disimpan di atas rak. Natasya Shakilla turut melakukan hal yang sama. Matanya meliar ke segenap penjuru bilik. Sebuah sofa panjang, sebuah rak buku besar, satu set meja, sebuah komputer dan almari. Pokoknya, melengkapi sebuah bilik kerja yang selesa.

247

Hot Gimmick

Jangan cakap bilik ni korang yang punya dahlah. Natasya Shakilla mula bersuara. Serentak, tiga pasang mata memandangnya. Memang pun! Senada jawapan yang keluar dari mulut mereka. Mandat besar ke? Dia mengambil tempat di atas sofa, tanpa menunggu pelawaan tuan punya bilik. Gulung lidah kau untuk soalan yang tak penting. Siapkan kerja dengan tangan! Hai, hai! Amierul Mukminien mengambil tempat bersebelahan Natasya Shakilla, lantas meletakkan tangan kirinya di kepala sofa, lagi sedikit mengenai belakang badan gadis itu. Apa lagi, mulalah gadis tunggal itu menelan liur. Dia mengengsot ke tepi, kurang selesa. Peristiwa semalam sedaya upaya disingkir dari ruang minda. Amierul Mukminien yang menyedari tingkah temannya, segera mengalihkan tangan lalu berdeham beberapa kali. Okay, lets start!

DI dalam bandar yang sama, di sebuah rumah mewah, di dalam bilik yang luas, di atas katil saiz king, seorang remaja sedang berbaring sambil bergerak perlahan. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan, sedang dahinya mula dipenuhi keringat. Urgh. Suara halus mula kedengaran, jelas menampakkan ketidakselesaan yang mula menjalar di segenap urat badannya. Erkkk!

248

Shasfa alyahya

Matanya terpejam rapat, menahan kesakitan. Daun pintu bilik yang terkatup rapat, perlahan terbuka. Seorang wanita separuh abad melangkah masuk dengan dulang di tangan. Katil tersebut dihampiri dengan perlahan-lahan. Dulang berisi segelas air dan ubat-ubatan itu diletakkan di atas meja kaca bersebelahan katil. Dahi anak muda itu disentuh penuh hati-hati. Panas. Tanpa berlengah, tuala kecil yang berlipat kemas di atas meja dicapai. Kain tersebut kemudiannya dicelup ke dalam besen berisi air, diperah sebelum ditempatkan di atas dahinya. Rambut yang sedikit berjuraian di atas dahi, dialihkan ke tepi pipi. Wajah yang pucat itu direnung sayu. Putera yang sakit, keseorangan tanpa teman tersayang di sisi. Sedang putera yang sihat, mengambil alih kesenangan dan teman, segala-galanya demi kepentingan dan kepuasan. Namun, kedua-duanya merasakan kesunyian yang mendalam di lubuk hati, sepi dan gelap. Allah, di manakah syifaa (penawar) hati dan qurratul ain (penyejuk mata) mereka? Tok! tok!!! Assalamulaikum Seorang gadis berdiri sopan di hadapan pintu dengan senyum manis. Can I enter? Youre.

NATASYA SHAKILLA menyusun buku-buku di atas mejanya sebelum menyumbat ke dalam beg. Fail dikeluarkan dari dalam laci. Dia mengintai ke dalam laci. Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, dia tersenyum puas.

249

Hot Gimmick

Yoshhh! ucapnya sambil tersengih. Hari ini dia telah berjanji dengan Hanis Humaira untuk pulang bersama. Terkejut juga apabila Hanis Humaira menelefon semalam, memberitahu bahawa dia telah bertukar sekolah. Terjerit-jerit gadis itu memarahinya kerana meninggalkan dia dalam kepulan asap kereta yang dinaikinya. Tambahan lagi, gadis muda itu mula membebel tentang abangnya dan lain-lain hal. Naik tepu tahi telinganya mendengar bebelan Hanis Humaira itu. Killa! Seruan seseorang menyebabkan khittahnya (langkahnya) terhenti. Kepalanya dipusing seratus dua puluh lima darjah. Mmm? Tak nak join kita orang study group ke? pelawa Izuan. Natasya Shakilla mengangkat kening. Telinganya bagai digeletek. Geli! Mr. Romeo ajak? Yucks! Dia menggeleng, menolak ajakan Izuan. Studi, dengan si bighead tu? Sorry! Natasya Shakilla kembali melangkah. Killa! Kali ni Mr. Cool pula yang menggamitnya. Natasya Shakilla menelan liur. Sekali lagi langkahnya mati. Amierul Mukminien pantas menghampiri. Still say nothing? Wont you say anything Wajah serba salah Natasya Shakilla diamati. Tangannya ditongkat selesa pada koridor. like thank you? Mier! Natasya Shakilla menggigit Peristiwa semalam kembali menerewang. Mier? Amierul Mukminien menghampiri. bibir.

250

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla berundur ke belakang. Amier! jeritnya. Wajah Amierul Mukminien yang benar-benar hampir, begitu menakutkannya. Sangkanya Amierul Mukminien akan mengapa-apakannya, namun sangkaannya meleset sama sekali. Amierul Mukminien ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Natasya Shakilla. Lucu sungguh! Awak betul-betul bukan Amier! marah Natasya Shakilla lantas bersedia untuk berlalu pergi. Killa! Sah! Amierul Mukminien panggil dia dengan nama Asya, bukan Killa! Erk, camne aku boleh pasti ni? Okey, okey! Look, Im sorry, okay? Saya bergurau aje tadi. Awak nampak tak percaya saya ni Amier. Kenapa, ya? Natasya Shakilla berdiri tegak dan berpaling. Amier yang saya kenal sebelum kem dan selepas tu, masa saya berada di hospital, seorang yang pendiam. Amier yang sekarang ni? Amier ni periang, banyak cakap, suka mengusik, langgar peraturan, sikit miang What? Miang? Errr pokoknya, tak sama langsung dengan Amierul Mukminien yang dulu! Yeah? Amierul Mukminien bergerak sedikit ke hadapan, menghalakan pandangannya ke arah panorama alam yang indah. Everyone can change, saya tak sama dengan Amierul sebab saya Natasya Shakilla memasang telinganya betul-betul,

251

Hot Gimmick

ingin mendengar apa yang ingin diucapkan oleh temannya itu. Ni Amierul! Ha ha ha. Ha ha ha so funny! Stupid jokes! Saya Amierul, percaya atau tak, saya Amierul! Bersungguh-sungguh Amierul Mukminien menerangkan. Natasya Shakilla angkat bahu. Sebenarnya kita datang sini untuk studi, kan tadi awak dak janji nak back up chapters? Eh? Laaa dia ingat lagi rupa-rupanya. Tapi hari dah lewat petang ni! Itulah pasal, awak asyik tekan pasal saya, bukan Amier. Hmmm... never mind. Kita start esok, okey? Hmmm What hmmm? What? Natasya Shakilla meluaskan mata. Sempat lagi mengelamun! Never mind, awak tak dengar kata saya tadi. Terpaksalah saya join study group dia orang! Sorry, saya kena balik awal hari ni! Okey! Natasya Shakilla mengerutkan dahi. Frust ke? Ah, biarkan! Kata-kata Aniq malam tadi kembali menggamit memori, terkulum kemas di penjuru minda. Langkahnya kembali diatur. Pasti Hanis Humaira sedang menanti. Amierul Mukminien memerhati langkah temannya yang semakin menjauh. Dia melepaskan nafas berat. Kecewa. Amier!

252

Shasfa alyahya

Dia berpaling. Harizd dan Izuan berdiri tepat di belakangnya dengan renungan yang sukar untuk ditafsirkan. Amierul Mukminien berlagak selamba. Kita kena berbincang!

253

Hot Gimmick

bab 16
True identity. ATASYA SHAKILLA berlarilari anak untuk mendapatkan Hanis Humaira yang sedang menunggu di kaki tangga. Wajah bersih gadis itu dicacatkan dengan muncung yang sudah sedepa panjangnya. Marah kes menunggu lamalah tu! Sorry, ada hal tadi! ujar Natasya Shakilla dengan sepuluh jari tersusun. Hanis Humaira mencebir. Yalah tu! Merajuk nampak? Mana ada? dalih Hanis Humaira. Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat meletak basikal. Sempat Hanis Humaira melabuhkan pandangan pada wajah manis Natasya Shakilla. Dia ingin menyoal tentang perbualan dua pupunya itu dan Amierul Mukminien ketika dia meneropong mereka semalam, tetapi niatnya dibatalkan. Kesimpulannya, mungkin dia orang

254

Shasfa alyahya

berkawan. Secara teorinya, Natasya Shakilla juga mungkin sudah berkawan dengan abangnya. Tetapi kenapa tiada tanda-tanda bahawa mereka sudah bertemu? Kalau tak, mesti abang dah tonjolkan perangai macam aneh-aneh gitu kat rumah. Isyyy, musykil musykil. Eiii ada lagi makhluk yang gatal tangan ni! Kenapa Kak Asya? Hanis Humaira hairan. Perahan otaknya tadi terbang melayang. Look at that! Natasya Shakilla mengunjuk ke arah basikalnya yang dipenuhi sampah. Tong sampah pula bergolek senang di depan basikalnya. Nampak sangatlah ini kerja pelajar-pelajar nakal. Yang peliknya, kenapa dia yang menjadi mangsa? Eiii! Hanis Humaira menjauh. Basikalnya yang bersebelahan dengan basikal Natasya Shakilla, turut terkena tempiasnya. Lantas basikalnya ditarik keluar. Ada orang buli Kak Asya ke? Hmmm... no idea! Sejak Kak Asya masuk semula ke sekolah ni beberapa hari lepas, Kak Asya cuma kena denda kerja lebih masa, paku tekan dalam laci pagi tadi dan sekarang hasil kreatif basikal ni. Thats all. Rahang Hanis Humaira jatuh, melopong. Thats all? Boleh kata tu aje??? Dahlah, Mira. Jom kita balik. Jangan dilayan sangat benda-benda macam ni, tekan Natasya Shakilla. Basikalnya yang sedikit berbau, dikesat dengan sapu tangan. Hanis Humaira terdiam. Dia turut mengelek keluar basikalnya dengan hati yang cuak. Mesti ada sesuatu yang telah berlaku sebelum dia bertukar ke sekolah ni. Tapi apa?

255

Hot Gimmick

Ketika mereka bersedia untuk mengayuh, sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah. Seorang gadis bertudung labuh hijau pucuk pisang melangkah keluar dari pintu belakang. Pemakaiannya yang tampil sopan, berjubah hijau muda menggamit perhatian. Beberapa orang pelajar yang berarak pulang mula menjeling-jeling, pastinya tertanya-tanya akan kehadiran seorang makhluk asing di planet mereka. Emmm maafkan saya. Di mana kelas 5Sc1? Ya Allah lembutnya suara!!! Errr aaa. Sejak bila Natasya Shakilla jadi bisu semacam ni? Bangunan hujung sana, tingkat paling atas. Fuh! Keluar juga suara. Ini kalau Mr. Romeo ada ni, mesti tak kelip mata lihat awek cun ni! Ayu gila! Terima kasih, ucap gadis kecil molek itu sebelum berlalu. Senyum manis tidak lekang dari bibirnya yang mungil itu. Natasya Shakilla mengangguk. Pandangannya menghantar pergi gadis tersebut sehingga hilang dari pandangan. Lawanya! Hanis Humaira menggenyeh mata. Natasya Shakilla mengangguk. Wajahnya lawa, budi bahasa pun lawa. Sempurna. Dalam diam mindanya membandingkan cara pemakaian gadis tersebut dengan kakaknya. Aniq juga bertudung labuh dengan jubah menutupi anggota badan. Entah kenapa, kini dia merasakan cara pemakaian tersebut amat menawan dan jelas menampakkan ciri-ciri seorang muslimah solehah. Dahulu dia selalu berpendapat menutup aurat seperti itu amat kolot dan

256

Shasfa alyahya

ketinggalan zaman. Pemikirannya disanggah oleh Aniq dengan menyatakan bahawa berpakaian kerana Allah memberikan satu perasaan dilindungi daripada mata-mata nakal lelaki dan terpelihara daripada perkara yang tidak diingini. Ya, dan pasti mereka antara orang yang dipilih Allah untuk menjaga kesucian agama. Sedangkan dia. Jomlah Kak Asya! Eh? Ya ya ya jom!

DI dalam atelier, tiga orang pemuda saling berdiam diri. Suasana hening menemani mereka, tanpa sebarang bunyi pun yang mencuri perhatian. Harizd dan Izuan masingmasing menjatuhkan pandangan pada wajah Amierul. Berterus teranglah! Keadaan takkan jadi mudah kalau kau tetap berdiam diri macam ni! Suara Harizd mula memecahkan tembok kesunyian. Berdesup suara tegas itu menyusup telinga. Amierul Mukminien menelan liur. Kita orang dah tahu hal yang sebenarnya, Mier. No, intruder. Siasatan dah dijalankan sejak awak mula menyamar lagi. Kita orang dah kesan perubahan saat kaki awak melangkah ke kawasan sekolah ni. Kita orang kenal kawan kita orang. Dia tak semudah itu berubah kelakuan! Izuan mula menyatakan hal yang sebenarnya, tiada lagi ayat berbunga seperti kebiasaan. Hal persahabatan bukanlah suatu perkara yang sewenangnya dibuat main aci lap talilap tali tamplong atau one two som, tetapi ukhuwah yang dijalin atas nama Allah!

257

Hot Gimmick

Amierul Mukminien Carl bin Fahri bukan seorang yang mudah mendampingi wanita. Dia tahu batas-batas yang perlu dijaga oleh sorang muslim. Amierul Mukminien bukan seorang yang tidak berdisiplin, sehingga senang-senang melakukan penyelewengan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Amierul Mukminien juga bukanlah seorang yang mudah ketawa di hadapan orang, apatah lagi mengusik dan menyakiti, kerana dia tahu tentang hakikat banyak ketawa di dunia, akhirat sana tangislah penggantinya. Amierul Mukminien bukan seorang yang alpa kerana ilmunya memenuhi dada. Amierul Mukminien bukannya seorang yang kedekut, kerana salam sejahtera yang diucap oleh para penghuni syurga sentiasa meniti bibirnya setiap kali bersua muka dengan para guru yang mendidiknya. Harizd menarik nafas, sebelum menyambung, kau mendekati Shakilla, dan melupakan kami. Kau bukan Amierul Mukminien. Kau memandu tanpa lesen ke sekolah, sedangkan peraturan sekolah mengharamkannya. Kau bukan Amierul Mukminien. Kau ketawa tanpa menghiraukan orang sekeliling, lantas mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas. Kau bukan Amierul Mukminien. Kau lupa tentang pelajaran yang telah diajar oleh guru ketika disoal semalam, sedangkan Amier sentiasa mengingati ajaran. Kau bukan Amierul Mukminien. Kau berlagak tidak tahu ketika bertembung dengan Puan Khatijah pagi tadi, sedangkan Amier begitu sopan menundukkan kepala apabila bertemu ibu. Kau bukan Amierul Mukminien Carl! Semua bukti yang dinyatakan tadi berlaku di hadapan saya, bukannya lontaran fitnah daripada orang lain! Apa lagi yang kau nak bohongkan? Izuan pula menyelitkan kata. Wajah pucat pasi Amierul dikerling tajam. Kali ini dia sendiri merasakan

258

Shasfa alyahya

bahang amarah mula merajai di segenap ruang hatinya. Lantas dia beristighfar. Tell us the truth, Amierul Mukmie No! My real name is.

AMIERUL MUSTAQIEM. Seorang gadis bersandar pada pintu kelas yang tertutup rapat. Matanya dipejam kejap. Helaan nafasnya berat bersama kerutan di dahi. Jelas kelihatan hatinya yang kegusaran. Kelas 5Sc1 yang kosong dipandang sepi. Orang yang dicarinya tidak kelihatan di dalam kelas. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah.

BYE, Kak Asya! Jumpa kat depan lorong ni pulak esok! Hanis Humaira melambaikan tangan sebelum mengayuh pergi. Natasya Shakilla tergeleng kecil. Walaupun agak risau, namun ada juga teman untuk ke sekolah setiap pagi. Ya, ada jugalah teman untuk lewat! Hu hu hu. Sampai di selekoh taman perumahan, Natasya Shakilla tiba-tiba menekan brek basikalnya. Sebuah banglo mewah melayari mata. Dia termenung di situ. Fikirannya serta-merta teringatkan Amierul Mukminien yang sudah membuka kulit baru. Ikhlas cakap, dia lebih sukakan Amierul Mukminien yang pendiam. Dia lebih selesa dan senang untuk berbual kerana temannya sudi mendengar. Sekarang, dia pula yang kena banyak mendengar. Amierul Mukminien dah berubah ya, semua orang boleh berubah. Mier! Natasya Shakilla mendongakkan wajah

259

Hot Gimmick

menghadap bangunan yang agak tersorok itu. Apabila dilihat dari tepi, dia boleh melihat tingkap di tingkat dua banglo itu. Kalau melalui pandangan hadapan, haram hendak nampak sebab pagar banglo itu pun sudah sebesar lori. Itu pun belum dikira dengan pokok di sekeliling pagar lagi! Tengok tu, orang yang sedang berdiri di tepi tingkap pun dia boleh nampak. Kejap! Orang? Natasya Shakilla menumpukan pandangan ke arah pemuda yang sedang berdiri di sebalik jendela kaca yang terbuka. Cermin matanya ditolak naik. Mata aku tak silap tengok, kan? Matanya diperluas pula dengan jari, sebelum dipejam celik beberapa kali. Betulkah ni? Amier?

DI mana Amier? Wheres the real Amier? Harizd tidak dapat bersabar lagi. Kolar baju pemuda di hadapannya dicengkam kuat, lantas ditarik merapatinya. Mata hazel yang sedikit berbeza dengan Amierul Mukminien itu direnung tajam. Izuan berdiri di tengah-tengah, meleraikan mereka berdua. Harizd kalau sudah angin. Rileks la, chill! Tangannya diangkat, meleraikan genggaman Harizd yang kuat. Bajunya yang berkedut dibetulkan. Tidak disangka, penyamarannya dapat dikesan sepantas ini. Belum seminggu dia berada di sekolah ini, belum seminggu dia menjadi orang lain dan belum seminggu juga dia berkenalan dengan Natasya Shakilla. Penyamaran aku dah terbongkar, tiada gunanya aku berada kat sini. Aku akan pergi. Dan tentang Amierul

260

Shasfa alyahya

Mukminien kaukan sahabat sejati dia? Pasti kau boleh mencarinya! Sinis ucapan yang keluar dari bibir lelaki itu. Senyumannya juga berbaur sindiran sedari tadi. Tanpa menunggu lebih lama, dia melangkah keluar. Kakinya diatur ke pekarangan hadapan sekolah. Tiba di hadapan pagar, matanya menangkap susuk tubuh yang sedang berdiri tegak bersebelahan pagar sekolah. Dia mengenali wajah itu, amat kenal. Dengan helaan nafas berat, dia mendekati. Dara....

SEKALI lagi Natasya Shakilla melangkah masuk ke dalam banglo yang menyusupkan ketenangan buatnya. Kali terakhir dia menjejak banglo ini adalah sewaktu dia cuba berkompromi dengan Amierul Mukminien untuk mengundurkan diri dari kem. Akhirnya dia sendiri yang tertewas. Perkara pokok yang membawanya ke sini langsung tidak terkeluar. Aura temannya yang seorang ni memang kuat. Sekarang, disebabkan aura itu jugalah dia berada di sini. Memang tak salah lagi orang yang dilihatnya tadi ialah Amierul Mukminien. Walaupun tidak mungkin untuk Amierul Mukminien tiba lebih awal daripadanya, tetapi tidak mustahil juga perkara itu berlaku. Tengok sahaja gaya memandu Amierul Mukminien semalam. Tapi takkan sepantas itu juga Amierul Mukminien mandi dan menukar pakaian tidur? Waktu matahari terpacak kat kepala macam ni? Miss Natasya? Satu suara menegur dari tingkat atas. Nanny! jerit Natasya Shakilla perlahan lantas menyalami wanita separuh abad yang tersenyum menerima

261

Hot Gimmick

kedatangannya. Walaupun baru bertemu beberapa kali, sikap mesra wanita itu membuat hatinya senang. Ada hal apa ya Natasya ke mari? Lembut Miss Caviolle menyoal. Natasya Shakilla tersengih. Errr nak jumpa Amier.... Serba salah dia menuturkan kata-kata. Sir Amier belum balik lagi. But I saw him! Kat jendela tingkat dua! Bersungguh-sungguh Natasya Shakilla memberitahu. Jawapan Miss Caviolle sebentar tadi tidak berjaya meyakinkannya. Terdapat keraguan dalam nada bicara itu. Akhirnya Miss Caviolle melepaskan nafas panjang. Dia menempatkan lensa matanya pada wajah Natasya Shakilla sebelum bersuara, Amierul Mukminien is at upstairs. Natasya Shakilla tersenyum. Dengan senang hati dia mengekori Miss Caviolle ke tingkat atas. Pertama kali dia memijak tangga besar yang dikaguminya. Suasana tingkat dua begitu damai dengan ruang tamu kecil sebaik sahaja tiba di kepala tangga. Ruang kamar pula terletak di kanan dan kiri ruang tamu, mengapitnya di tengah-tengah. Bertentangan dengan ruang tamu pula terdapat ruang rehat dan dapur kecil selepas merentasi koridor. Ruang rehat itu diapit pula dengan dua anak tangga untuk ke tingkat tiga. Mewah dan eksklusif. Nampaknya keluarga Amierul Mukminien bukanlah calangcalang orangnya. Tengok sahaja sudah tahu keluarga ini amat berada. Tiba-tiba sahaja Natasya Shakilla berasa segan. Reti pulak dia! Please have a seat. Ill call Amier.

262

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla mengangguk. Miss Caviolle bergerak merapati pintu bilik yang paling hujung. Natasya Shakilla membuat andaian melalui jendela bilik itulah dia melihat Amierul Mukminien. Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, pintu tersebut dibuka perlahan. Natasya Shakilla mula berdebar. Risau juga kalau dia tersilap cam orang. Power specs dia bukan boleh pakai sangat! Dia memandang pintu itu tanpa berkedip. Dia melonggarkan bibir dan menggeselkan gigi. Matanya semakin meluas apabila Miss Caviolle melangkah keluar dengan memimpin tangan seseorang yang amat dikenali. Semakin hampir jarak mereka, semakin jelas wajah itu pada penglihatannya dan semakin ketara jugalah perubahan fizikal pemuda itu pada pandangannya. Natasya Shakilla sudah berdiri tegak. Mier? serunya, sepatah. Amierul Mukminien mengangguk lemah sebelum duduk. Miss Caviolle tidak menunggu lama untuk ke dapur, membancuh air. Baik Natasya Shakilla mahupun Amierul Mukminien, masing-masing terdiam, membiarkan mata yang memainkan peranan. Natasya Shakilla masih diburu rasa terkilan. Mindanya masih berputar memikirkan peristiwa yang berlaku sejak beberapa hari lepas. Semasa keluar dari hospital, Amierul Mukminien yang menghantarnya pulang. Beberapa hari kemudian, dia kembali ke sekolah, dan perangai Amierul Mukminien terus berubah. Amierul itu bukan Amierul. Tetapi Amierul ini ialah Amierul. Argh, pusing (pening)!

263

Hot Gimmick

Awak betul-betul Mier... Amier ke? Natasya Shakilla menyoal lagi. Sungguh mindanya betul-betul tidak boleh menerima. Otaknya bengang! Setakat ni, ya. Suaranya perlahan, walaupun sedikit berlainan. Ayat yang diucap sekali tidak lebih daripada sepuluh perkataan. Nada mendatar. Muka tenang. Senyum nipis, hampir tidak kelihatan. Yes! Ini baru betul-betul Amier! Wargh! Kill me, youre really Amier! Jeritan Natasya Shakilla sudah memenuhi ruang. Saya tak mimpi, kan? Pipinya ditarik beberapa kali. Asya.... Perlakuan Natasya Shakilla terhenti. Suara temannya membuatkan air matanya keluar. Dia tak sedih, tetapi entahlah! Youre crying? Eh, mana ada? Dah air ni yang nak keluar, mana boleh tahan? Dia keluar sendirilah! dalihnya. Air mata segera diseka. Im really happy to see you here. Rasa lega sesangat. Dah, apa yang berlaku sebenarnya? Nak tercabut jantung saya bila awak tiba-tiba berubah. Saya ingat awak dah buang tabiat ke apa! Hesy, siapa mamat yang berani menyamar sebagai awak ni, Mier? Teruk betullah orang tu! Saya ada tanya dia, tapi dia bertegas cakap dia tu Amierul. What a liar! Natasya Shakilla melepaskan perasaan geram yang terbuku di hati. Habis semua perkara diceritakannya. Namun melihat anak mata Amierul Mukminien yang asyik merenung ke arah belakangnya, dia diterpa rasa hairan. Pantas matanya meliar ke arah yang sama.

264

Shasfa alyahya

Tepat di belakangnya, seorang lagi Amierul berdiri dengan menyandarkan bahu pada dinding. Wajahnya kelat. Hah!!! Inilah si penyamar tu! Natasya Shakilla berdiri lalu menghalakan jari telunjuknya ke arah jejaka tersebut. Menyedari kehadirannya yang telah diketahui, pemuda itu mengatur langkah mendekati lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Amierul Mukminien. Sekali lagi Natasya Shakilla terdiam. Jari telunjuk yang menadah angin perlahan dijatuhkan. Dia kembali pada tempatnya. Feeling better? Amierul Mukminien mengangguk. Nothing to worry, jawabnya mendatar. Natasya Shakilla memerhati perbualan di antara dua manusia yang mempunyai paras yang sama di hadapannya. Jap! Korang tak rasa ke macam ada sesuatu yang pelik kat sini? soalnya, menggamit perhatian. I need an enlightenment!!! Simple! Awak rasa apa benda kat atas dunia ni yang dinamakan serupa tapi tak sama? Hah? Nak main teka silang kata ke ni? Dahlah soalan Aniq semalam dia tak jawab lagi! Haru sungguh bila twin tu balik! Kejap! Twin? Twins? Soalan itu meluncur keluar dari bibirnya. Almost laaa were supposed to but Im a year older than you. Were from IVF.

265

Hot Gimmick

IVF? In Vitro Fertilization because of a failure of an embryo to implant itself on the endometrial in our mothers tummy. Check on chapter four form five: Reproduction and Growth. Amierul Mukminien menyambung penerangan melebihi had bercakap kebiasaannya. Dia menekup mulut, menahan batuk yang memeritkan anak tekak. Natasya Shakilla mengangkat naik rahangnya yang sudah jatuh. Dalam keadaan sakit macam ni dia boleh ingat lagi intipati kitab biologi? Dah tu, siap dengan tajuk dia lagi! Otak dia memang genius macam ni ke? Wah tak sia-sia aku jadi kawan dia! Amier? Suara halus seorang wanita menegur. Macam pernah dengar aje suara ni? Mari, anda kena berehat! Oh wah! Natasya Shakilla terangguk-angguk patutlah macam kenal aje, rupa-rupanya perempuan yang menegurnya tadi. Mereka saling mengangguk. Maaf. Amierul Mukminien meminta diri. Natasya Shakilla pemergiannya. Siapa tu? tersenyum menghantar

Akhdar Silara alias Dara. Mak sepupu, iaitu sepupu bapa kita orang yang sebaya. Sedap aje terangkan profil orang lain. Awak pulak siapa? Pandai awak tipu saya, Amierul konon! I memang Amierul! Natasya Shakilla buat muka. Nak tipu lagi ke?

266

Shasfa alyahya

Amierul Mustaqiem. Panggil Moosa aje. Moosa memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Natasya Shakilla ingin menyambutnya, seperti mana dia menyambut huluran tangan lelaki-lelaki lain sebelum ini. Shake hands, equal to friendship. Nothing special. Tetapi ada sesuatu yang menyekatnya. Tangannya kembali dirapatkan ke sisi. Errr... got to go, bye! Tanpa membuang masa, dia terus menyelinap pergi. Wajah hampa Moosa dibiarkan begitu sahaja. Ketika berlarilari anak turun ke tingkat bawah, dia bertembung dengan Miss Caviolle yang sedang menatang dulang ke tingkat atas. Dia mengucap kata maaf lalu menyambung lariannya. Macam rumah sendiri aje lagaknya. Sampai sahaja di luar pagar, dia segera melepaskan nafas lega. Natasya Shakilla segera mengayuh pulang. Dari jauh matanya menangkap pintu pagar belakang yang tidak berkunci. Idea! Lebih baik dia menyusup masuk tanpa pengetahuan mamanya. Kalau tak, sampai ke malamlah mama akan membebel. Yang kena menadah telinganya pun bukan orang lain, kalau bukan seisi rumah itu juga! Asya, baru balik? Suara Atiq mematikan langkah Natasya Shakilla yang sedang berjengket masuk. Kalut dia membetulkan pergerakan yang macam pencuri yang mahu memecah masuk ke dalam rumah. Kenapa masuk ikut pintu belakang? Min aina nti? Dari mana? Errr saje! Asya dari rumah kawan kat belakang jalan sana. Emmm malas nak masuk ikut pintu depan. He he he.

267

Hot Gimmick

Tak boleh begitu. Pintu depan ibarat nadi rumah ni. Kalau Asya menyusup masuk melalui pintu belakang, macam mana mama nak tahu sama ada anak bongsunya yang sorang ni balik awal? Yang paling penting ialah ucapan salam yang diungkap ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Kalau Asya nak tahu, syaitan tak boleh ikut masuk apabila seseorang memasuki rumahnya dengan assalamualaikum. Lagipun, Allah memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada sesiapa yang memulakan salam. Emmm! Natasya Shakilla mengangguk mendengar tazkirah percuma daripada Atiq. Ada banyak lagi yang Asya nak tanya tapi sekarang ni Asya nak mandi dan salin baju dulu. Boleh tak? Zohor macam mana? Have you performed your prayer yet? Errr I havent prayed yet, Tiq. Maza? (Apa?) Astaghfirullahalazim. menghantar Natasya Shakilla masuk dengan gelengan. Atiq

IZUAN mematikan enjin selepas memarkir motosikal miliknya di garaj. Topi keledar yang menutupi kepala dibuka, membiarkan angin semilir membelai lembut rambutnya. Fikirannya masih berpusat pada Harizd yang ditinggalkan bersendirian di etelier atas permintaan dia sendiri. Minda Harizd kusut, sekusut pemikirannya juga saat dan ketika ini. Masakan tidak, mereka berasa terkilan dan tertipu dengan watak yang dibawa oleh Moosa. Amierul Mukminien bukanlah seorang yang sewenangnya ditukar ganti, walaupun Moosa ialah abang kandungnya sendiri!

268

Shasfa alyahya

Abang Wan!!! Laungan Hanis Humaira dari jendela tingkat atas menbuatkan Izuan mendongak. Tangannya diangkat gaya tabik, menahan cahaya matahari yang berada betul-betul di hadapannya. Ada call! Ayah Chik!!! Pasal hadiah dia lagilah tu! Izuan menapak masuk.

AMIERUL MUKMINIEN cuba bangun dari pembaringannya. Belakang badannya disandar selesa pada kepala katil, sementelah pandangan matanya dilontar jauh ke luar sliding door yang tertutup rapat. Mindanya ligat berfikir tentang tindakan Moosa selama dia tidak sedarkan diri. Dia tahu, dia tidak boleh menyalahkan Moosa seratus peratus. Perkara ini berlaku ekoran perasaan jiwa yang sunyi. Dia dan Moosa serupa, kerana perkataan sunyi itu tidak pernah lari dari kamus hidup mereka. Walaupun mereka terpisah jauh, mereka tidak pernah merungut untuk bertemu, hanya membiarkan corak hidup mereka mengalir mengikut aliran masa. Selepas mami dan aba bercerai, mami telah memilih dia untuk dibawa pulang tetapi dilarang keras oleh aba. Mereka berebutkan dia yang masih kecil. Tetapi kerana kecewa, mami membawa Moosa pergi. Aba pula semakin sibuk hari demi hari, sehingga mengabaikan anaknya yang masih ada. Lihat sahaja sekarang, walaupun sudah beberapa hari dia tidak sedarkan diri, aba tidak pernah menampakkan

269

Hot Gimmick

wajah untuk menjenguknya. Aba masih berada di luar negara atas urusan perniagaan yang lebih kepada mengaut keuntungan semata-mata. Amierul Mukminien mengangkat dada, menarik nafas panjang. Hanya satu perkara sahaja yang terlintas di benaknya saat ini. Ill go!

270

Shasfa alyahya

bab 17
Farewell my friends. NI apa bendanya ni? Izuan menekup kedua-dua belah pipi dengan gaya terkejut. Matanya membuntang melihat hadiah yang dihantar oleh ayahnya beberapa jam lepas. Sejak hadiah itu tiba tadi, dia hanya mampu menonjolkan satu ekspresi sahaja, terkejut! Yaw. Hadiah itu mula mengeluarkan suara. Spontan Izuan berundur ke belakang. Dahinya berkeringat. Hadiah kecil yang comel itu tersenyum, barangkali mengerti akan perasaan yang dirasai oleh Izuan sekarang. Izuan berundur lagi. Kali ini dia benar-benar tidak dapat melarikan diri apabila belakangnya tersentuh kusyen. Dia tersekat di antara hadiah dan sofa. Dia menelan liur. Umi, Mira bawak ke depan ajelah kuih ni, makan ramai-ramai pun best jugak!

271

Hot Gimmick

Suara Hanis Humaira dari arah dapur kedengaran. Seketika, kelihatan gadis itu berjalan menghampiri lantas mengambil tempat di sofa bertentangan. Pinggan berisi karipap dan sardin gulung ditempatkan di atas meja. Hanis Humaira langsung tidak menghiraukan Izuan yang sedang memberi isyarat mata. Kakinya bersila senang sambil mengunyah sardin gulung kegemarannya. Mira! panggil Izuan, geram. Hadiah yang memandangnya dengan mata bersinar sebentar tadi kini bertindak berani memanjat sofa lalu duduk di atas ribanya. Mira! panggilnya untuk kali yang kedua. Kali ini barulah Hanis Humaira memandangnya dengan senyuman mengusik. berpaling

Comel sungguh hadiah Abang Wan! Tak sangka betul Ayah Chik sekreatif ini. Pandai pulak dia cari pasal dengan Abang Wan guna cara ni. He he he. Hanis Humaira menekup mulut. Perutnya mula senak menahan tawa sejak hadiah itu tiba tadi. Ayah Chik tidak menunggu lama selepas menghantar hadiah. Pandai pula orang tua itu melarikan diri. Maklumlah kelemahan Abang Wan katakan. Izuan menarik muncung. Hilang sudah gaya macho yang ditonjolkan selama ini. Hadiah yang bersandar pada dadanya mengangkat wajah, merenungnya dengan pandangan yang manja. Bibir comel miliknya menguntum senyum. A bang! Gulp! Macam mana ni? Ayahhh!!!!

272

Shasfa alyahya

NATASYA SHAKILLA mengayuh pulang dengan hati yang berbalam. Cahaya mentari terasa begitu terik di atas kepala, melahirkan keringat kasar dari liang-liang roma pada badan. Dia menghela nafas lega apabila rumah kediamannya kelihatan dari jauh. Basikal kesayangannya diparkir di tempat biasa. Ketika membuka kasut, sepasang kasut yang tidak dikenali menarik perhatiannya. Natasya Shakilla membuat andaian bahawa kawan lama Aniq datang menziarah. Dia membuang pandang ke garaj kereta yang kosong. Nampaknya Atiq keluar lagi. Mungkin mencari Cikgu Zarkasyi alias Sir Z, teman lamanya dahulu. Mereka berdua amat rapat seperti isi dengan kuku walaupun berlainan cara dan pemikiran. Yalah, sorang tu ustaz, yang seorang lagi cikgu berpendidikan Inggeris. Assalamualaikum! Natasya Shakilla menapak masuk dengan ucapan salam. Mindanya teringat tazkirah pendek sementara menanti waktu isyak semalam. Menurut Atiq, Allah telah menyediakan kamar-kamar di syurga untuk pemberi salam. Rasulullah pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi di dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. Para sahabat yang ada pun bertanya. Untuk Rasulullah? siapakah kamar-kamar itu wahai

Rasulullah kemudiannya menjawab. Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan

273

Hot Gimmick

dan untuk mereka yang membiasakan puasa dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya. Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orangorang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat isyak dan subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam pada saat orang-orang sedang tidur lelap. Begitu Nabi Muhammad sabdanya kepada sahabatnya. SAW menjelaskan

Kadang-kadang, perkara yang kita anggap mudah dan remeh itulah yang selalunya merugikan kita kerana kita kerap meninggalkannya ekoran tidak tahu akan ganjaran yang diterima. Apa yang Atiq tahu, ramai orang gemar menggunakan perkataan hai atau helo untuk menyapa dengan alasan ucapan salam terlalu panjang untuk diungkapkan. Kalau dalam mesej pula, kita boleh tengok ungkapan semekom atau askum atau akum sering diguna oleh masyarakat hari ini, padahal ungkapan-ungkapan tersebut langsung tidak memberi makna. Silap hari bulan, maksud jelik pula yang di translate. Atiq menarik nafas panjang sebelum menyambung kata, lagipun, orang jahiliyah dahulu menggunakan ucapan assamualaikum kepada orang muslim yang bermaksud racun bagimu. Macam perli aje? sampuk Natasya Shakilla. Atiq mengangguk, mengiakan. Ya, kerana itulah kita kena menjaga ucapan dari syurga ini dengan sebaiknya, bukan sewenang-wenangnya

274

Shasfa alyahya

mencipta ungkapan sendiri yang kita tak tahu entah apa maksudnya! Entah apa-apa entah! Natasya Shakilla tersengih sendirian. Memang dia kurang mengerti pada mulanya kerana dia sendiri pun sebenarnya tidak pernah menggunakan ucapan salam semasa menjawab panggilan telefon atau semasa menghantar SMS. Persekitarannya dahulu tidak mengizinkan, memandangkan teman-temannya yang berlainan agama. Arienna dan Ruqyah pula lebih gemar menulis yo! atau Killa. Pendek kata, lafaz sejahtera itu memang tidak pernah dipraktikkan di dalam hidupnya. Zero! Ma, balik! jeritnya apabila salamnya tidak bersambut. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Ketika berjalan menuju ke arah tangga, Natasya Shakilla sempat mengintai kakaknya yang sedang leka melayan tetamu. Gadis bertudung labuh yang membelakanginya diperhati. Serasa macam kenal sahaja, tapi di mana, ya? Natasya Shakilla! Oh, macam kenal! Natasya Shakilla melatah spontan. Habis benda yang difikirkan tadi keluar. Senyuman manis Puan Jalina dibalas dengan muncung sedepa, geram. Nasib baik dia tak ada sakit jantung atau yang sama waktu dengannya. Kalau tak, mati sia-sia sahajalah Cik Shakilla kita. Buat apa mengendap kat sini? Pergi duduk sana, ada orang cari Asya! arah Puan Jalina. Dulang berisi air dan biskut ditatang ke ruang tamu. Selepas mengambil tempat di sofa, dia menggamit anak bongsunya itu agar menghampiri.

275

Hot Gimmick

Natasya Shakilla akur. Otaknya ligat mencerna empunya diri yang datang mencarinya petang-petang begini. Eh? Bukankah ini Silara? Natasya Shakilla mengukir senyum saat tangan putih Silara terjulur ke arahnya. Tangan itu disambut ikhlas. Maaflah kalau ana mengganggu masa berehat anda. Silara memulakan mukadimah. Eh, tak adalah kak. Saya tak kisah pun! Kak? Aniq menyampuk. Tangannya menutup mulut yang kian melebar, menahan tawa. Dara baru enam belas tahun, pangkat adik dengan Asya, tau! Ya Allah! Natasya Shakilla menepuk dahi. Matimati dia ingat umur Silara lebih kurang sama dengan Aniq memandangkan wajahnya yang kelihatan matang dan dewasa, langsung tak nampak ciri-ciri enam belas tahun tu! Malunya!!! Emmm Silara mengukir senyum, turut digeletek barangkali. Ana memang enam belas, tapi sudah tingkatan lima. Ohhh Natasya Shakilla mengangguk. Sebenarnya ana ingin jelaskan duduk perkara sebenar kepada Kak Asya, di samping memohon maaf bagi pihak Abang Moosa. Tindakannya mungkin agak melampau bagi anda, tetapi percayalah, dia seorang lelaki yang baik. Dia cuma mencari pengenalan dirinya melalui cara hidup Amier. Ya, tindakannya memang salah namun situasi keluarga kami memang sulit. Ana juga tak sangka akan melibatkan orang luar dalam masalah ni. Silara menunduk. Riak wajahnya mula diselubungi kesedihan.

276

Shasfa alyahya

Perkara dah terjadi, nak. Kita tak berdaya mencegahnya, tapi kita boleh merawatnya. Puan Jalina menutur. Silara mengangguk. Kerana itulah, kemungkinan besar kami akan pergi. Pergi? Ke mana? Laju mulut Natasya Shakilla menyoal. Maaf, ana tak boleh beritahu. Perkara ni seharusnya dibicarakan sendiri dengan Amier atau Moosa. Ana telah berjanji. Hanya inilah peranan yang dapat ana lakukan sekarang ini. Maafkan ana.

SUDAH beberapa kali keluhan kasar terluah dari mulut Natasya Shakilla. Pengajaran kimia hari ini langsung tidak melekat di kepalanya. Suara cikgu yang mengajar hanya masuk telinga kanan dan terus keluar melalui telinga kiri. Sepatah haram pun dia tidak faham. Pusat matanya asyik tertumpu pada kerusi hadapan yang kosong. Sudah empat hari tempat duduk itu tidak bertuan. Ketika Moosa duduk di situ dahulu, dia sering berpaling ke belakang setiap kali cikgu habis mengajar. Alasannya, tiada teman untuk berbual. Jelingan tajam Harizd pula langsung tidak dihiraukan. Semua orang ingat Amierul mogok besar dengan 3K yang lain. Sekarang, tiba-tiba pula Amierul menghilangkan diri. Perginya tanpa sebarang khabar atau ucapan. Natasya Shakilla rasa tersisih. Kedatangan Silara ke rumahnya dahulu membawa khabar pemergian Amierul, tetapi temannya langsung tidak menitip apa-apa pesan buatnya. Moosa juga begitu. Sakit hati sungguh apabila memikirkannya!

277

Hot Gimmick

Tsk! Natasya Shakilla menepuk buku teks yang terbuka. Tindakan luar sedarnya mengganggu tumpuan teman di sebelah. Mamat yang garang itu memusingkan kepala, perlahan dan mendebarkan. Natasya Shakilla turut berpaling. Apa? soalnya dengan gaya samseng. Wajah Harizd bertukar merah. Marah la tu! Natasya Shakilla mencebik sebelum mengalih tumpuan ke arah buku. Peduli apa aku! Sebaik sahaja cikgu melangkah keluar, Harizd pantas menutup buku dan bingkas. Sebatang pen dan nota kecil disisip ke dalam poket vest. Pergi etelier, sekarang! arahnya. Natasya Shakilla terkebil-kebil. Dia mengarah aku? A.R.A.H? Cis! Sampai mati pun aku takkan akur! Natasya Shakilla mencebik. Dia mengatur langkah ke kelas sebelah. Baik lepak dengan Arienna dan Ruqyah walaupun mulut dia orang macam reporter daripada ikut si bighead kaki angin tu! Ya Allah, letihnya! Izuan menghempaskan badan ke sofa, melepaskan rasa letih yang menjalar. Harizd yang masuk kemudiannya menutup pintu lalu mengambil tempat di sofa hadapan. Beberapa buah buku latihan Matematik Tambahan yang tersusun rapi di atas meja ditarik. Fail biru muda yang sentiasa bersamanya dibuka. Beberapa helai kertas A4 berwarna putih dikeluarkan. Tanpa menunggu lama, dia mula membuat pengiraan. Kau panggil dia ke mari, kan? Izuan membuka suara. Matanya masih terpejam rapat.

278

Shasfa alyahya

Takkan nak bagi depan orang lain? balas Harizd, memerli. Perbualan tersebut langsung tidak mengganggu pengiraannya. Tangannya ligat menulis. Aku nak bagi minggu lepas pun, kau bertugas waktu rehat, terang Harizd lagi. Izuan mengangguk faham. Takkanlah Harizd nak berdua-duaan dengan Shakilla di dalam ni? Tak mungkin! Islam tak pernah membenarkan lelaki dan wanita bertemu tanpa kehadiran orang ketiga walaupun untuk berbincang. Malahan perbuatan yang dianggap biasa bagi masyarakat kini, dilarang keras kerana bimbang mendatangkan fitnah. Alasan untuk belajar yang digunakan pelajar langsung tidak munasabah. Rakan sekelas perempuan ramai, kenapa rakan lelaki pula yang dicari? Walhal alasan tersebut diguna untuk menutup benih percintaan mereka di belakang. Murah sungguh cinta zaman sekarang! Izuan menggeleng. Apesal? Harizd hairan melihat Izuan. Nothing. Aku laparlah, nak pergi membeli kejap. Kau nak kirim? Izuan bingkas. Harizd menggeleng. Soum (puasa). Sepatah jawapannya. Izuan menepuk dahi, lupa hari ini hari Isnin. Sudah menjadi kebiasaan Harizd untuk berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Sebelum keluar, dia menilik jam. Aku rasa budak tu takkan datanglah, Yez! Dah dekat pukul sebelas dah ni. Lepas membeli aku terus ke kelas kejap, ujar Izuan. Hmmm. Frust ke?

279

Hot Gimmick

Nak mati? Ha ha ha! Izuan meledakkan tawa. Sempat lagi dia mengusik Harizd.

NATASYA SHAKILLA berjalan keluar dari tandas dengan wajah ceria. Banyak perkara yang dibualkan bersama Arienna dan Ruqyah, sampai masuk tandas lain-lain pun mulut masih tidak berhenti bercakap. Arahan Harizd sebelum rehat tadi langsung tidak terlintas di fikirannya. Sampai di hadapan kelas 5Sc1, dia bertembung dengan Harizd yang sedang menaiki tangga. Saat terpandang wajah kelat itulah, baru dia teringatkan arahan tersebut. Natasya Shakilla menggetap bibir. Mata tajam Harizd seolah-olah memberi amaran, siaplah kau! Gulp! Geng, aku pergi dulu! ucapnya. Saat menghampiri tempat duduk, Harizd langsung tidak memandangnya. Menegurnya jauh sekali. Perutnya berasa senak. Agaknya apalah yang ingin dibicarakan oleh Harizd tadi? Hal penting ke? Kalau tak penting, haram dia nak bercakap dengan aku! Akhirnya sampai waktu pembelajaran berakhir pun, Natasya Shakilla masih tidak keruan. Petangnya, dia berjanji dengan Arienna dan Ruqyah untuk mengulang kaji bersama. Penat mengulang kaji, mereka bermain badminton setelah meminjam raket dan shuttlecock dari kelab badminton sekolah. Asyik tak asyik, mereka hanya berhenti selepas baba Arienna datang menjemput. Ruqyah yang ingin menumpang kereta Arienna sekerat jalan, turut mengundurkan diri.

280

Shasfa alyahya

Selepas ditinggalkan sendirian, Natasya Shakilla mengemas barang-barangnya lalu melangkah ke tempat meletak basikal. Suasana petang yang berbalut sepi, sedikit sebanyak menaikkan bulu roma. Masakan tidak, jam pun telah menginjak ke angka enam. Kalau ada orang pun, pak cik jaga kat depan yang selalu tertidur masa bertugas. Natasya Shakilla melajukan langkah. Mama akan membebel sakan kalau dia terlewat pulang. Bertambah haru lagi kalau Aniq turut sama. Kata-kata Atiq pula pastinya lagi berbisa. Nasib baiklah Atiq sudah bertolak pagi tadi kerana urusan penting di universiti. Dalam seminggu ini, Atiq tak ada. Lega! Kalau tidak, tak sanggup dia menghadapinya. Namun harapannya untuk segera pulang tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pecah berderai. Tepat di hadapan matanya, basikal baru kesayangannya telah hancur dikerjakan orang. Natasya Shakilla ternganga. Hancur luluh hatinya melihat tayar basikalnya dibuang. Tempat duduk pula koyak rabak dihiris pisau. Tali brek telah dipotong. Yang tinggal hanyalah badan basikal yang sudah dipenuhi cat berwarna merah. Natasya Shakilla bercekak pinggang. Kalau dia tahu siapa punya kerja ini, dia akan cekik-cekik empunya diri yang gatal tangan sampai macam ni sekali. Wajah Adhzarinna yang sedang tersenyum sinis melayari minda, namun cepat-cepat dihakis akal Natasya Shakilla. Dia tidak boleh menuduh sebelum ada bukti. Itu memfitnah namanya. Akhirnya dengan langkah longlai, Natasya Shakilla menghayun kaki menuju ke arah pondok telefon di tepi bangunan. Tidak dapat tidak, terpaksalah dia menelefon orang rumah supaya menjemputnya pulang.

281

Hot Gimmick

Beberapa keping syiling dikeluarkan. Nombor telefon bimbit Aniq ditekan. Ada baiknya dia langsung menyuruh Aniq agar mama tidak bimbang. Ya, assalamualaikum? Suara Aniq kedengaran. Natasya Shakilla menarik Waalaikumussalam. Niq, Asya ni.... nafas panjang.

Asya? Kat mana ni? Kenapa tak balik lagi? Mama tengah membebel kat bawah. Nada Aniq jelas risau. Natasya Shakilla menelan liur. Niq datang ambil Asya kat sekolah boleh? Ada problem sikit. Boleh ya? Sekolah? Basikal Asya mana? Nanti Asya cerita. Tapi Aniq jangan bagi tahu mama, nanti dia risau. Tak pasal-pasal Aniq yang kena dengar bebelan mama sebelum Asya! Tengah dengar pun. Okeylah, tunggu kat situ. Jangan pergi mana-mana pulak! Tuuuttt Talian dimatikan. Natasya Shakilla menarik nafas lega. Nasib baik Aniq tidak banyak soal. Kalau tidak, tentu payah nanti. Dia melangkah pergi dengan pemikiran yang sarat. Suasana petang semakin kelam, sekelam hati Natasya Shakilla saat ini. Sungguh dia tidak menyangka bahawa pembulian sejak minggu lepas akan melarat sehingga begini. Kuat juga budak sekolah ni khisit (iri hati). Agaknya salah apakah yang telah dia lakukan sehingga orang tersebut marah sangat? Ketika melalui bangunan paling hujung dan agak tersorok berbanding bangunan lain, Natasya Shakilla menangkap suara beberapa orang lelaki. Bulu romanya sertamerta berdiri. Makhluk mana lagi yang ada kat sekolah timetime macam ni? Ha ha ha hantu?

282

Shasfa alyahya

Ha ha ha! Kau lagi bengap. Aku dah kata nombor tujuh, kau cakap enam. Bodoh! Aku memang pasti enam. Mesin gila tu yang tak dengar arahan! Kalau tak bertuah, jangan berjudi! Gila! Kaki Natasya Shakilla bergerak ke arah datangnya suara. Bahasa kasar yang digunakan membuatkan rasa ingin tahunya membuak naik. Dia tertanya-tanya apa yang sedang dibualkan oleh mereka? Dan siapa yang bercakap? Natasya Shakilla mengintai dari balik dinding. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah, bersila senang. Di celah jari telunjuk dan hantu mereka terselit sebatang rokok yang sedang bernyala. Seorang rakan mereka ditolak ke tengah kumpulan oleh seorang pelajar yang lain. Kemudiannya, pelajar itu ditumbuk semahunya. Natasya Shakilla menekup mulut. Pertama kali matanya dihidang pergaduhan secara live oleh pelajar korup! (keji!) Kakinya mengeras, seolah-olah tidak mahu berganjak. Apa kau buat kat sini? Natasya Shakilla terkedu!

HARIZD menuruni anak tangga sambil membaca buku. Kakinya diatur ke ruang dapur. Bacaannya terganggu mendengar suara Hanis Humaira. Umi, tolonglah! Mira memang nak guna sangat buku tu. Cikgu sejarah tu garang sangat, mi. Kalau Mira tak siap kerja rumah dia esok, mesti Mira kena panggil. Umi. Hanis Humaira merengek.

283

Hot Gimmick

Puan Noraini yang sedang menghidang juadah di atas meja menggeleng buat kesekian kalinya. Tengok jam tu, dah pukul berapa Mira? Umi. Biar Ayez pergi, mi. Harizd mencelah. Buku di tangan dikatup. Kat mana? Errr 3Eko2. Bangunan hujung, jelas Hanis Humaira tidak percaya. Kenapa abangnya baik aje hari ni? Peliknya! Ayez pergi kejap ya, mi? Harizd minta izin. Yalah hati-hati sikit. Emmm. Harizd kembali ke bilik untuk mengambil anak kunci. Izuan yang sedang bersantai di ruang rehat tingkat atas menegur, ke mana Yez? Sekolah. Ambil buku Mira. Aku nak ikut. Tapi pepaham ajelah. Perlahan Izuan bersuara. Harizd tersenyum mengerti. Just take care of your baby. Izuan tersenyum sumbing. Baby kecil di sebelah telah lena setelah puas bermain.

APA kau buat kat sini? Sekali lagi suara garau itu menampar telinga Natasya Shakilla. Dia terdorong ke belakang, terkejut yang amat.

284

Shasfa alyahya

Sss saya. Suara Natasya Shakilla tertahantahan. Belum pun habis penjelasannya, badannya tiba-tiba ditolak kasar. Hampir sahaja dia terjatuh menyembah tanah. Raja, ada kambing sesat kat sini! laung lelaki yang menolaknya sebentar tadi. Kumpulan pelajar yang sedang leka menonton babak pergaduhan tadi, kini mengalihkan pandangan ke arahnya. Pandangan mereka meratah tubuhnya atas bawah. Natasya Shakilla mula dirasakan longgar dan longlai. menggigil. Lututnya

Beberapa orang pelajar tersebut ingin bangun namun disekat seseorang. Orang yang menumbuk tadi! Well... well... well.... Tubuhnya dihampiri. Kambing masuk ke kawasan serigala. Tak payah pasang jerat pun! Natasya Shakilla berundur. Dia ingin melarikan diri tetapi belakangnya terlebih dahulu disekat oleh pelajar lain. Dia mengintai kita tadi, Raja. Aku rasa dia dah dengar perbualan kau! Kau...! Muka Natasya Shakilla dicengkam lalu didongak kasar memandangnya. Pelajar yang dikenali sebagai Raja itu merapatkan wajah. Kau perempuan yang langgar aku hari tu! Natasya Shakilla menelan liur. Air liur pun tidak mahu masuk ke dalam kerongkong. Mindanya diperah mengingati peristiwa tersebut. Dalam keadan begini, tiada klu pun yang keluar. Hanya satu aje, aku kena lari!

285

Hot Gimmick

Heh, kenapa pandang aku macam tu? Nak melawan? Pipi Natasya Shakilla dilepaskan. Tangannya beralih pula ke dagu, memaksa wajah itu memandangnya. Natasya Shakilla menggetap gigi. Melihat peluang yang ada, pantas tangan pelajar samseng itu digigitnya. Argh!!! Natasya Shakilla berkalih ke kiri, bersiap sedia untuk memecut laju. Baru dua langkah bergerak, belakang tudungnya direntap kasar. Dia terduduk ke tanah. Tekaknya perit menahan sakit. Pasti tengkuknya sudah berbirat merah. Berani sungguh betina ni! Raja mula berang. Tangannya yang kebas, dilibas ke bawah. Sebelah lagi tangannya diangkat, mengarah teman-teman yang lain mampir. Tubuh gadis itu dihampiri. Kedua-dua belah tangannya ditarik kasar. Berhenti!!! tempik Natasya Shakilla. Jeritlah! Jerit kuat-kuat. Macamlah orang tua yang pekak kat depan tu boleh dengar! Raja ketawa lepas. Yang lain tersengih-sengih. Natasya Shakilla mungkin. Berhenti!!!! menutup matanya serapat

HARIZD memandu motor memasuki pekarangan sekolah. Hon motor ditekan ketika melalui pondok pengawal, menyapa Pak Mat yang tersengguk menahan kantuk. Dia menggeleng kecil melihat Pak Mat yang sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Kawasan sekolah sudah lengang. Kelibat para pelajar dan

286

Shasfa alyahya

guru tidak lagi kelihatan. Pelajar asrama pula memang diarah mengosongkan kawasan sekolah tepat pukul enam setengah petang kerana pagar akan ditutup, dan pagar akan dibuka semula pada pukul lapan setengah malam untuk budak prep. Harizd melirik jam di pergelangan tangannya. Baru pukul enam dua puluh. Masih ada sepuluh minit sebelum pagar ditutup. Entah Pak Mat dengar atau tidak hon yang ditekan sebentar tadi. Ketika menapak turun dari motosikal, Harizd ternampak basikal milik Natasya Shakilla yang terdampar dalam keadaan rosak teruk. Dia kenal benar pemilik basikal yang disekatnya kerana lewat dan pernah melanggarnya di pintu pagar sekolah sehingga menyebabkan pergaduhan yang tidak ubah macam budak-budak. Hatinya terus diserbu rasa tidak enak. Sesuatu telah berlaku pada si mata empat. Dia mungkin telah dibuli! Nauzubillah! Harizd memejam mata. Semoga apa yang difikirkannya tidak benar sama sekali. Harizd melangkah ke kelas Hanis Humaira yang terletak di bangunan paling hujung, jauh di utara. Di bangunan itu jugalah dia pernah menangkap pelajar sekolahnya yang sedang merokok selepas waktu sekolah. Keadaan belakang bangunan yang dipenuhi semak-samun menyukarkan orang luar mengintai ke dalam kawasan sekolah, lantas menjadikan tempat itu tersorok daripada bangunan yang lain. Argh!!! Suara jeritan seorang lelaki mengejutkannya. Langkahnya mati. Berani sungguh betina ni! Suara yang sama kedengaran.

287

Hot Gimmick

Harizd mempercepatkan langkahnya. Berhenti!!!! Suara perempuan semakin menambahkan debar Harizd. Suara itu! Matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang dikerumuni sekumpulan lelaki. Jeritlah! Jerit kuat-kuat. Macamlah orang tua yang pekak kat depan tu boleh dengar! Astaghfirullahalazim! Ini tak boleh jadi! Berhenti! jeritnya lantang, mengalih tumpuan mereka. Mata Harizd semakin tajam menikam. Dia kenal satu per satu pelajar yang ada, pelajar sama yang ditangkap dahulu! Geng Raja! Apa kau semua buat ni, hah? Suara Harizd melenting. Geram dan amarah mula menguasai diri. Tangannya dikepal erat. Well... well... well... hero penyelamat dah datang. Raja bangkit. Badannya tegak menghadap Harizd, langsung tidak gentar dengan jawatan ketua pengawas yang disandang oleh lelaki di hadapannya. Kali ini, buku benar-benar telah bertemu ruas. Kau dah melampau! Melampau? Kau yang melampau! Raja membuka langkah. Harizd diserang bertubitubi. Namun serangannya dielak oleh Harizd dengan pantas. Harizd hanya mengelak, langsung tidak membalas. Sebolehbolehnya dia tidak mahu bertumbuk dengan Raja. Sebagai seorang pelajar, dia tidak boleh bergaduh. Walau dia mahir dalam silat sekalipun, peraturan sekolah wajib dipatuhi. Dia ialah pemimpin!

288

Shasfa alyahya

Raja mula geram. Sedikit pun tangannya tidak berjaya menyentuh Harizd. Dahinya sudah berkeringat, sementelah nafasnya tercungap-cungap. Dia mengangkat tangan, mengarah anak buahnya melawan Harizd. Enam lawan satu, biar Harizd kecundang! arahnya, jelas. Anak-anak buahnya mematahkan jari dan membetulkan urat kaki, bersiap untuk melawan Harizd. Masing-masing tersenyum sinis. Peluang sekali seumur hidup untuk mengerjakan ketua pengawas! Kali ni dendam pasti akan terbalas! Berhenti!!! Natasya Shakilla menjerit. Pada mulanya Harizd masih mampu mengelak setiap serangan yang datang. Pergerakannya memang lincah. Namun Raja bermain kotor dengan menggunakan batang kayu dari kaki kerusi yang patah. Kaki kiri Harizd menjadi mangsa pukulan. Harizd terduduk kesakitan. Kakinya perit dipukul dengan kayu yang berat. Berhenti! Berhenti!!! Natasya Shakilla sudah berdiri. Dia cuba berlari ke hadapan bangunan untuk meminta pertolongan. Raja yang menyedari pergerakan pantas Natasya Shakilla, cuba bertindak. Sekali lagi tudung yang meliputi kepala gadis itu ditarik. Natasya Shakilla terdorong ke belakang. Gadis itu kemudiannya ditolak kasar ke dinding. Ke mana kau nak lari, hah? Muka Natasya Shakilla ditampar. Cermin mata yang tersarung pada wajahnya terpelanting jatuh ke tanah lalu berkecai dipijak oleh Raja.

289

Hot Gimmick

Natasya Shakilla terpegun. Kakinya yang lemah menjatuhkan badannya ke lantai. Dia terduduk. Lensa matanya hanya menangkap pergerakan kabur pelajar samseng yang masih memukul Harizd dan Raja yang mencapai batang kayu. Dia menjerit kuat. Aduh!!! Harizd memegang perutnya yang senak. Darah merah mula mengalir dari tepi bibirnya yang pecah. Darah pekat itu dikesat dengan tangan kiri. Matanya meliar memandang Raja yang mengangkat batang kayu yang diguna untuk memukulnya sebentar tadi. Kayu itu dihayun ke arah Natasya Shakilla. Darah Harizd mendidih. Pelajar yang cuba memukulnya semula, ditolak. Kakinya dihayun laju ke arah Raja dan Natasya Shakilla. Dayusss!!! jerit Harizd. Hanya beberapa kaki sahaja lagi batang kayu tersebut bakal mengenai tubuh Natasya Shakilla, sebelum Harizd menghalang dengan belakang badannya. Buk!!! Argh!!! Batang kayu itu tepat mengenai bahu kanan Harizd. Harizd terdorong ke depan. Darah merah tersembur keluar dari mulutnya. Mata Natasya Shakilla terbuka luas, terkejut melihat keadaan Harizd. Dari celahan matanya, takungan air sudah kelihatan dan menunggu masa sahaja untuk menuruni pipi. Tangan Harizd pula masih kuat bertongkatkan dinding, melindunginya di antara dua lengan. Harizd!!! Kenapa kau nak lindungi dia? Dia tu awek kau ke?

290

Shasfa alyahya

Hah? Jadi benarlah apa yang aku dengar! Kau buat peraturan, tapi kau sendiri yang melanggarnya! Kau memang tak guna!!! Raja mengangkat kembali batang kayu, ingin memukul Harizd untuk kali yang kedua. Woiii!!! Bergaduh ke!!! Suara Pak Mat bagaikan halilintar, menyekat hayunan tangan Raja buat kesekian kali. Berdesup Geng Raja melarikan diri. Raja juga tidak menunggu lama. Batang kayu di tangannya dihempas kasar ke tanah sebelum dia berlari meninggalkan mereka. Harizd! Natasya Shakilla memanggil. Air matanya sudah membanjiri pipi. Harizd yang kehilangan tenaga, terkulai di ribaannya. Wajah sedih gadis itu di pandangan matanya menjadi semakin kabur, sebelum wajah itu perlahan-lahan menghilang. Pandangannya kelam. Gelap. Harizd! Harizd! Bangun Harizd! Bangun! Bangun! Harizd!!! Natasya Shakilla mengongoi. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia buntu. Air matanya pula semakin deras menuruni pipi. Dia teresak-esak melihat Harizd yang tidak sedarkan diri. Semua ini salah dia! Semuanya salah dia! Harizd!

HANIS HUMAIRA menjeling hidangan yang belum terusik. Dagunya bertongkat tangan di atas meja. Bibirnya sudah beberapa kali diketap, menahan rasa lapar yang mula menular. Matanya memerhati Puan Noraini yang sedang menuang air ke dalam gelas. Ais pun sudah mencair.

291

Hot Gimmick

Mana abang ni? Perut Mira dah berbunyi minta nasi! omel Hanis Humaira. Tangannya melurut jatuh. Kini, dagunya bertongkatkan meja makan pula. Aroma tom yam dan asam pedas melalui celahan rongga hidungnya. Spontan matanya tertutup, menikmati. Laparnya. Mira, tolong tengokkan Abang Wan dan Itqiya kat atas, suruh Puan Noraini. Hanis Humaira bingkas, membetulkan urat dan berlari anak ke tingkat atas. Ruang rehat tingkat atas sudah kosong. Pasti Izuan dan Itqiya berada di kamar. Telahannya tepat sekali. Saat pintu bilik dibuka, Izuan sedang berlari-lari anak mengejar Itqiya yang separuh bogel. Tuala yang dipakai sudah terlondeh jatuh melepasi pusatnya. Izuan pula mengejar dengan Pampers di tangan kanan dan bedak bayi di tangan kiri. Hanis Humaira tergelak melihat telatah dua beradik di hadapannya. Lucu sungguh! Itqiya yang perasan kehadiran Hanis Humaira, pantas menukar haluannya. Kaki Hanis Humaira dipeluk dengan tawa gembira. Si pengejar pula sudah tidak larat mengejar. Punggungnya dihenyak ke katil. Letih! Yaya nakal ya. Cian abang tak larat dah. Hanis Humaira duduk mencangkung. Tuala Itqiya yang hampir tercabut dibetulkan. Tak! Laju mulut si kecil itu menjawab. Abang Wan nak pengsan dah. Balik sekolah terus ajak main. Lepas mandi, main buih dalam tab. Habis baju Abang Wan basah sama! Izuan mengomel. Itulah, umi nak tolong jaga, tak kasi!

292

Shasfa alyahya

Mira woi, umi dah jaga sepagi dah. Takkan sampai malam kena tengok budak buas ni. Alamatnya, tak berasaplah dapur rumah ni! Lagipun, ini amanah dan tanggungjawab yang diserahkan ayah pada abang. Izuan berdiri. Yaya, come here. Tak mo! (mau!) Itqiya menjadikan belakang Hanis Humaira sebagai shelter. Haiii budak ni. Dengan Ayez dia dengar kata pulak! Sebab abang garang. He he he! Aura dia katakata Hanis Humaira mati sekerat jalan. Tiba-tiba wajah abangnya terlintas. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa? Tak ada apa-apa. Abang tu, tak balik-balik lagi. Hari dah senja dah ni! Nah, Mira tolong pakaikan Pampers budak tu, biar Abang Wan yang telefon. Izuan menghulurkan Pampers dan bedak kepada Hanis Humaira. Lama gadis itu terdiam. Kenapa Mira pulak? Mana Mira pandai! Hanis Humaira mencebik. Bila lagi nak pandai kalau tak cuba? Kalau tak, dah jadi mak orang esok susahlah Mira. Dah, dah tolong pujuk budak tu. Take this. Nampak macam dia dengar cakap Mira. Izuan meletakkan barang-barang tersebut tanpa menunggu jawapan. Izuan mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Nombor Harizd didail. Sementara menanti, anak matanya melirik memandang Hanis Humaira yang mengarah Itqiya baring. Terkial-kial gadis itu membuka Pampers.

293

Hot Gimmick

Terbalikkan. Yang bergambar tu kat atas, tegur Izuan. Telinganya menangkap talian yang sudah bersambung. Assalamualaikum, Yez. Kau kat mana tu? Kita orang dah lapar ni. Errr. Suara di talian kedengaran kurang jelas di telinga Izuan. Siapa ni? Kat mana ni? Izuan hairan. Matanya dihala ke arah Itqiya yang siap berlampin. Hasil kerja Hanis Humaira langsung tidak kemas. Bila-bila masa sahaja lampin itu boleh terlucut. Kejap. Mira, kemaskan lagi lampin tu! Baju tidur dia ada kat atas kerusi. Sempat lagi Izuan menegur. Hanis Humaira menarik muncung. Ya, maaflah siapa ni? Harizd kat mana sekarang? Tolong panggilkan dia! Errr Suara itu kedengaran serba salah. Harizd sekarang ni ada kat hospital. Accident. Pap! Telefon yang berada di dalam genggaman Izuan melurut jatuh. Hanis Humaira yang sudah siap memakaikan Itqiya pakaian tidur, berpaling. Ada apa, Abang Wan? Abang kenapa? Ayez accident!

NATASYA SHAKILLA menutup telefon bimbit Motorola milik Harizd dengan hati keruh. Suara Izuan yang hilang secara tiba-tiba dan bunyi telefon terhempas tadi masih terngiangngiang di telinganya. Dia harap Izuan boleh sampaikan berita

294

Shasfa alyahya

ini kepada keluarga Harizd. Dia tidak sanggup menelefon rumah Harizd untuk mengkhabarkan berita sedih ini kepada keluarganya. Nasib baik Izuan menelefon. Kalau tidak, sampai ke pagilah dia akan menggenggam telefon itu. Asya, doktor kata kawan Asya dah dipindahkan ke wad, kata Aniq lalu menghampiri adiknya yang bungkam. Tiada kecederaan yang serius, cuma beberapa organ dalaman dia cedera. Tulang bahu dan kaki kirinya sedikit retak dan sudah ditampal. So, nothing to worry. Kalau Asya nak jumpa dia, pergilah. Aniq tunggu kat sini. Make sure jangan lama sangat. Lima belas minit aje. Maghrib dah azan tadi. Aniq mengingatkan. Natasya Shakilla mengangguk lambat-lambat sebelum bingkas. Kakinya diatur lemah menuju ke arah wad. Lama juga dia berdiri di hadapan pintu wad sebelum mengambil keputusan untuk masuk. Wad sementara yang menempatkan Harizd agak sunyi memandangkan hanya dua katil yang berpenghuni. Natasya Shakilla berjalan lambat mendekati katil Harizd. Wajah lena itu dipandang lama. Kau memang sengaja nak aku rasa terhutang budi, kan? Kau tunjuk hero depan aku. Kenapa kau halang kayu tu? Kalau tak, kau takkan cedera sampai macam ni! Kalau tak aku takkan rasa serabut macam ni! Air matanya kembali menitis, namun segera diseka. Malu dia kalau mamat ni tersedar dan lihat dia menangis. Tak pasal-pasal kembang kuncup hidung dia kalau tahu aku nangis sebab dia. Telefon bimbit Harizd diletakkan berhampiran tangan jejaka itu. Kau memang si bighead yang tak ada otak! Jangan harap aku nak puji kau. Kau errr cu ma cuma

295

Hot Gimmick

thanks! Natasya Shakilla lekas-lekas berlalu. Ini kali pertama dan kali terakhir dia akan cakap macam ni di hadapan Harizd walaupun lelaki itu tidak sedarkan diri. Lepas ni mereka akan kembali bergaduh. Pasti! Selepas kelibat Natasya Shakilla menghilang, tangan yang kaku sebentar tadi bergerak menggenggam telefon bimbit yang diletakkan bersebelahannya. Mata yang terpejam rapat tadi terbuka perlahan. Dengan pandangan lembut, Harizd memandang telefonnya. Tepi bibirnya mula bergerak ke atas, melahirkan senyuman penuh ikhlas.

BELUM sampai setengah jam Natasya Shakilla keluar, Puan Noraini tiba diikuti Izuan dan Hanis Humaira. Katil Harizd diserbu dengan rasa bimbang. Harizd yang baru hendak melelapkan mata, terkejut. Hilang terus kantuknya. Ayez! Abang! Macam mana abang boleh kemalangan ni? Kat mana kau kemalangan ni, Yez? Apa yang dah berlaku sebenarnya, Yez? Harizd terdiam. Bulat matanya diaju soalan bertubitubi. Dari mana korang tahu ni? Ada budak pompuan bagi tahu kau kemalangan. Apa yang berlaku sebenarnya, Yez? Izuan mengulang kembali soalan yang diaju sebentar tadi. Harizd menarik nafas berat. Hai minah tu! Cepat betul bertindak. Tapi mujur juga tidak menjadi kes polis.

296

Shasfa alyahya

Kemalangan kecil aje, Wan. Harizd berdalih. Yez tak ada apa-apa, umi. Siapa yang hantar ni? Eh, siapa yang jaga Itqiya? Itqiya umi tinggalkan pada Kak Su rumah sebelah. Pak Saleem yang hantar ke sini. Dia ada kat bawah. Puan Noraini masih bimbang. Masakan tidak, sebelum ini tidak pernah walau sekali pun anak sulungnya cuai ketika memandu. Berita yang diterima memang betul-betul mengejutkan dia! Ayez selesa ke kat wad ni? Umi dah telefon abah, bila dia sampai nanti dia akan pindahkan kamu ke wad persendirian. Ayez okey, mi. tekan Ayez. Dia tidak mahu mengganggu tugas abahnya di Perak. Abah terlalu sibuk untuk pulang. Ayez cuma cedera ringan aje. Macam ni ringan? Dengan berbalut ni semua? Hanis Humaira menggaru. Pinggulnya disandar pada birai katil. Abang nampak macam kena pukul dengan mat pit aje! Mira! Izuan menegur. Lancang sungguh mulut budak ni! Ops! Hanis Humaira lekas-lekas menutup mulut. Itu cuma pendapat dia aje! Umi Harizd menarik nafas. Ayez okey, serius. Umi baliklah berehat. Sungguh, Harizd tidak mahu menyusahkan uminya. Wajah sugul umi ketika ini cukup merobek tangkai hatinya. Umi tunggu abah kamu dulu. Dia ambil flight. Insya-Allah dalam setengah jam lagi dia sampai.

297

Hot Gimmick

Harizd mengangguk. Mira, jom kita keluar dulu. Biarkan abang kamu berehat. Jom, mi! Hanis Humaira memaut tangan Puan Noraini. Harizd dan Izuan menghantar mereka pergi dengan pandangan mata sehingga pintu wad terkatup rapat. Harizd memejam mata penuh lega. Tindakan spontannya menarik perhatian Izuan. Tidak berkedip matanya merenung sepupunya. Apa? Dahi Harizd berkerut. Matanya kembali dipejam. Itu bukan hal yang sebetulnya, kan? soal Izuan. Mukanya serius. Harizd menghela nafas. Matanya dihadang dengan lengan. Betul kata aku! Izuan menarik kerusi merapati katil lantas duduk. Now tell me the truth! Nampaknya Harizd tiada pilihan. Lengan yang menutupi mata diangkat ke dahi. Muka ingin tahu Izuan dipandang sekilas. The truth is.

UMI, Mira nak cuba telefon abahlah! Hanis Humaira berdiri. Poket seluarnya diselongkar. Alah mana telefon ni? Mesti tertinggal tadi. Pergi pinjam dengan Abang Wan. Umi pun ada benda nak bercakap dengan abah. Haah. Kejap ya, mi! Hanis Humaira pantas

298

Shasfa alyahya

berjalan. Sempat dia mengintai di pintu sebelum melangkah masuk. Dari jauh lagi kelihatan cik abang berdua itu bercakap dengan riak wajah serius. Even Abang Wan yang selalu mainmain pun nampak serius giler! Hanis Humaira merapatkan telinga ke pintu. Satu habuk pun dia tak dengar. Katil abang ketiga dari pintu, memang mustahil telinga dia boleh dengar. Hanis Humaira memetik jari. Idea dah mari! Hu hu hu. Hanis Humaira menyusup masuk perlahan-lahan. Stalker pun stalkerlah, aci boleh tau butir bicara! So, Shakilla sendiri yang cari pasal dengan Geng Raja tu? Suara Izuan mula menampar telinga. Yes! Hanis Humaira tersenyum lebar. Aku tak tahu lagi butir kejadian tu. Yang pastinya, budak tu dah jadi sasaran baru. Maksud kau buli? Si Shakilla tu kena buli? Buli? Shakilla? Hanis Humaira menekup mulut. Obviously! Aku nampak basikal dia teruk kena lenyek. Sebab itulah agaknya dia merayap ke bangunan belakang. Hisy! Part tak best ni mengingatkan aku pada budak pompuan tahun lepas yang berhenti sekolah atas sebab buli. Sebabnya kita. Aku dah korek, semuanya sebab kita. Hah? Sebab dia orang? Hanis Humaira mula menelan liur. Exactly. Sekarang turn Shakilla pulak. Kita tak boleh selamanya berdiam diri. Yez, apa kau rasa? Aku rasa kes kat kem tempoh hari pun ada

299

Hot Gimmick

kaitannya juga. Cuma si pelaku ada back up. Si mata empat tu langsung tak mahu beritahu siapa dalangnya. Kau tanya Aku suruh budak kelas dia tanya! Kau ingat si mata empat tu nak bagi kerjasama ke? perli Harizd. Izuan tertawa, dah agak dah! Esok mesti hal ni sampai ke pengetahuan ibu. Raja akan diambil tindakan. Harizd kembali serius. Kita tak boleh tolong dia lagi dah. Izuan menambah. Dia mengerti perasaan Harizd yang sebolehnya membantu, walaupun orang yang dianggap musuh sekalipun. Sebelum ini memang Harizd cuba menarik Raja and The Gang ke arah yang benar, walaupun menghadapi risiko dibenci. Namun lain pula anggapan Raja. Harizd dianggap musuh utama. Kenakalan mereka pula semakin menjadi-jadi sejak Harizd diangkat sebagai ketua pengawas. Memang perkara ini tidak dapat dielakkan. Hanis Humaira terdiam di belakang tirai. Abang dah bertemu dengan Kak Asya, dan sekarang Kak Asya dibuli orang kerana abang? Abang ada musuh kuat dan kebarangkalian untuk Kak Asya dicederakan lagi ialah sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan sembilan peratus. Macam mana hubungan abang dan Kak Asya selama ini? Dia orang sudah mengenali antara satu sama lain ke? Habislah rancangan Mira Hanis Humaira terduduk. Pada masa yang sama, tabir yang memisahkan mereka ditarik. Wajah Izuan terjulur dengan riak terkejut. Matanya buntang memandang Hanis Humaira. Mira?

300

Shasfa alyahya

bab 18
Ukhuwah fillah. ATASYA SHAKILLA menarik nafas panjang, sebelum memulakan langkah dengan kaki kanan. Kelas 5Sc1 yang sedia sunyi walau berpenghuni bertambah sepi dengan kehadirannya pada awal pagi ini. Mungkin mereka fikir dia telah buang tabiat. Ah, tak kisahlah! Renungan dan jelingan tajam pula terasa mengarah kepadanya sedari tadi. Setiap tindakannya diperhati. Natasya Shakilla berlagak selamba. Kerusinya ditarik ke belakang sebelum dia menghenyak punggung dengan selesa. Beg sandang dilontar ke meja, santai. Tibatiba, dia merasakan ada sesuatu yang agak menyengat di punggungnya dan sakit! Auchhh! Spontan dia berdiri. Kerusi diperhati. Beberapa biji paku tekan tersusun di kiri kerusi. Natasya Shakilla mengeluh. Nampaknya sampai bila-bilalah dia takkan boleh relaks, ya?

301

Hot Gimmick

Siapa la yang bijak sangat nak balas dendam sampai macam ni sekali. He, perkataan dendam tak ada dalam istilah orang beriman. Kurang iman sungguh si pelaku ni! Natasya Shakilla menyindir. Sengaja suaranya dikuatkan agar seluruh kelas boleh mendengarnya. Suara Natasya Shakilla mendapat sambutan apabila beberapa rakan sekelasnya berpaling, menjeling dan terus menyambung kerja masing-masing. Dia buat muka blur. Tak ada sense of humor sungguh budak kelas ni! Nak tak nak, dia sendiri yang menarik keluar paku tekan yang dilekat dengan cellophane tape lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Killa. Oit, Killa! Suara Izuddin mula kedengaran. Mamat ni nak mula dah. Ada apa? Si reporter tu tak datang jumpa awak lagi ke? Izuddin memperlahankan suara, seolah-olah berbisik. Natasya Shakilla menggeleng, reporter yang dimaksudkan ialah Arienna. Kenapa? soalnya kembali. Ada warning. Kalau awak bertembung dengan dia, cepat-cepat cabut lari, ya! Dia tengah usha masa nak serang aje tu, tau! Soalan dia huh! Berbisa semacam! ucap Izuddin dengan mimik muka. Natasya Shakilla ketawa. Dia mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus. Selepas apa yang berlaku dua hari lepas, pasti teman-teman di kelas sebelah cuba mengambil peluang menyoalnya. Ketika melalui kelas dia orang tadi pun, sudah ada kepala yang terjengul keluar mengintainya. Nampaknya dia betul-betul kena bersedia mental dan fizikal. Killa. memahami si

302

Shasfa alyahya

Suara Izuddin kembali menampar telinganya. Apa lagilah yang Si E-ju ni mahukan. Kenapa awak tak datang sekolah semalam? Kosong pelik aje belakang kelas ni.... La tu sebelah sana ada orang apa? Mr. Romeo? Awak dan 3K off semalam. Even Mr. Romeo. Hah? Natasya Shakilla mula tidak sedap duduk. Izuan yang baru tiba, mengambil tempat tanpa menghiraukan mata rakan sekelasnya yang mencuri pandang. Mesti dia dah tahu. Sehingga waktu rehat menjelang pun Natasya Shakilla masih tidak senang duduk. Ada sahaja perkara yang dirasakan tidak kena. Mata para pelajar perempuan sekelas pula dari tadi asyik menjeling ke arahnya, kemudian saling berbisik. Rimasnya! Akhirnya dia memaksa kakinya melangkah keluar dari penjara yang mendera batin secara halus tersebut. Keluar dari penjara, pemangsa pula yang menanti. Natasya Shakilla menelan liur yang kelat. Stay cool, Asya! You can do it! Hai! Tangannya diangkat, melambai ke arah Arienna dan Ruqyah yang sedang menanti di tepi tangga. Bijak sungguh dia orang ni. Macam tahu-tahu pula aku akan lalu jalan ni. Adoi! Shakilla! Ruqyah tersenyum, penuh maksud tersirat. Natasya Shakilla membalasnya. Come here. Arienna menggamit dengan gaya manja.

303

Hot Gimmick

Sekali lagi Natasya Shakilla menelan liur. Patut ke aku angkat kaki sekarang ni? Dia orang dah act macam ada udang di sebalik batu aje tu. Seram semacam pulak tengok gaya dia orang. Natasya Shakilla berundur ke belakang. Shakilla! panggil Arienna, menyedari tindakan susulan yang akan diambil oleh temannya itu. Cabut!!! Natasya Shakilla terus membuka langkah seribu. Apa lagi, tidak cukup tanahlah Arienna dan Ruqyah mengejar. Kenapa kau lari? jerit Arienna. Kenapa kau kejar? Natasya Shakilla membalas. Dah engkau lari!!! Whoa!!! Kak Asya! Larian Natasya Shakilla mati tatkala laungan Hanis Humaira kedengaran. Dia terduduk di hadapan gadis itu. Letih. Macam dah habis satu kawasan sekolah dia tawaf. Arienna dan Ruqyah yang mengejar juga sudah memegang lutut masing-masing. Hantu kau! tempelak Arienna dalam nafas yang semput. Aku haa nak minum jom! Ruqyah menarik tangan Natasya Shakilla sambil memberi isyarat kepada Arienna. Mereka menghala ke kantin. Hanis Humaira mengekor dari belakang dengan muka ingin tahu. Hah, lega! Arienna meneguk air anggur sehingga separuh gelas. Hampir aje aku mati kehausan. Laju betul kau lari!

304

Shasfa alyahya

Nak larikan diri daripada kita orang, ya! Ruqyah menerkam. Mana ada? Natasya Shakilla berdalih. Air teh dihirup perlahan. Kalau mata asyik bergerak ke kiri tu, memang betullah tu. Nak sembunyi konon perli Arienna. Mi goreng disumbat lalu dikunyah. Apa citer sebenarnya menjalankan misi mengorek. Killa? Ruqyah mula

Banyak cerita sensasi yang kita orang dengar. Dengan pelbagai bentuk pulak tu! Gosip aje tu! Natasya Shakilla main tarik tali. Bihun tom yam disuap dengan bismillah. Pasal gosip la aku nak tahu cerita yang benar. Aku tak nak cerita ni direka sehingga timbul fitnah! Amboi, pandai pula kawan aku susun ayat ya! Mira ada dengar cerita jugak ke? Natasya Shakilla memandang Hanis Humaira yang menjadi pendengar dan pemerhati setia sejak tadi. Gadis itu membulatkan mata. Banyak sangat! Antaranya, Kak Asya buat hubungan dengan budak nakal dan berpakat untuk kenakan headboy atas dasar dendam. What? Natasya Shakilla melopong. Oh, crush! So? Arienna mengenyitkan mata. Ruqyah tersenyum tanda bersedia. Natasya Shakilla menarik nafas, mengalah.

305

Hot Gimmick

IZUAN mengemas fail kertas kerja dasar UBKK yang diteliti sebentar tadi. Beberapa helai kertas laporan aktiviti bulanan yang berterabur di atas meja disusun kemas. Pen yang diguna sebentar tadi ditutup lalu disisip kemas pada fail. Dia kemudiannya bangkit lalu membuat senaman ringkas bagi meregangkan urat yang terasa tegang. Jam tangan dikerling. Waktu rehat sudah hampir tamat. Selepas ini dia perlu bertemu Cikgu Razali untuk menyerahkan fail-fail tersebut. Ah letihnya! jerit Izuan. Suaranya bergema dalam bilik atelier yang kosong. Akhirnya dia melangkah keluar. Berseorangan tanpa Amierul Mukminien dan Harizd benar-benar membosankan! Wah betul ke ni? Teriakan mengejut seorang gadis memberhentikan kaki Izuan. Hampir sahaja fail di tangannya terlucut. Dia mengintai. Agak-agak siapalah yang menjerit tadi? Eh? Izuan diterpa rasa hairan. Lebih kurang dua meter di hadapannya, Hanis Humaira sedang menikmati makanan bersama Natasya Shakilla, Arienna dan Ruqyah. Sejak bila Mira kenal Shakilla? Dia bermonolog. Setahunya, Hanis Humaira baru seminggu bertukar ke sekolah ini. Bagaimana pula mereka boleh bertemu? Musykil musykil. Biarlah. Hanya Allah yang maha mengetahui. Setiap pertemuan tu ditentukan Allah. Izuan mengomel sendirian sambil berlalu pergi. Banyak lagi urusan yang perlu difikirkan. Seraya itu, empat gadis yang masih enak berbual tadi mula bangkit. But please shut your mouth up, okay? Ill be in hot soup!

306

Shasfa alyahya

Just believe in us, Killa. Aku kenal Geng Raja tu. Dia memang suka cari pasal sejak form one lagi! Ruqyah menenangkan sahabatnya. Arienna menepuk bahu Natasya Shakilla. Dia pernah sekelas dengan Raja bisik Arienna dengan tawa. Betul ke? Natasya Shakilla kurang percaya. Perangai dia memang menjengkelkan sejak hidung masih berhingus lagi, tambah Ruqyah lagi. Dah, jom masuk kelas. Mengamuk Incredible Hulk tengok kita kat sini. Natasya Shakilla melangkah masuk ke kelas dengan perasaan yang sedikit lega. Rupa-rupanya inilah nikmat berkongsi masalah dengan kawan-kawan. Tidak sia-sia juga kehadiran teman-teman di sisi walaupun selalu kena buli. Natasya Shakilla menyimpan senyum di dalam hati. Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, Izuan beralih mendekati. Kerusi Amierul yang sudah lama tidak terusik, ditarik perlahan. Dengan sesedap rasa sahaja Izuan duduk menghadap Natasya Shakilla yang hairan melihat tingkahnya. Boring betul duduk sorang-sorang ni! La tu aje alasannya? Atau ada sebab lain? Menyedari beberapa pasang mata yang tajam menikam, Natasya Shakilla mula tidak senang duduk. Pergi main jauh-jauhlah! Tak pasal-pasal makin kuat aku kena buli kat sekolah hantu ni. Pergi ayat awek lain laaa! Sayangnya, kata-kata tersebut tidak keluar dari bibir Natasya Shakilla. Dia membisu. Tiba-tiba sahaja teringat kat kawan mamat ni. Errr dia tu. Isyyy, sekali tak terkeluarlah! Apa yang tergagap macam orang sengau ni?

307

Hot Gimmick

Dia sihat. Kepala Natasya Shakilla terangkat. Macam tahu pula apa yang dia fikirkan saat ini. Alhamdulillah, okey dah. Tergagap ni rasa bersalah, eh? sakat Izuan. Natasya Shakilla mencebik. Lagi mau tanya ke? Awak tak nak melawat dia ke? Tadi kata sihat? Laaa ke situ pulak! Takkanlah awak tak nak tengok keadaan dia? Yalah dia jadi gitu pun sebab awak jugak, kan? perli Izuan, membenihkan rasa bersalah yang tertanam dalam diri gadis itu. Dia berdeham kecil. Emmm.. errr tengoklah nanti, jawab Natasya Shakilla perlahan. Izuan tersengih. Misinya untuk minggu ini mula menerjah ingatan. Kalau boleh, kau tolong perhatikan mana yang patut. Keep your eyes on her and anyone besides her. Jangan lebih dan jangan kurang. Kau faham maksud aku, kan? Faham Faham? Apa yang faham? Dahi Izuan berkerut. Wajah hairan Natasya Shakilla dipandang. Nothing, my dear! Pagi tadi awak naik kereta, kan? Habis kelas nanti tunggu kat pintu pagar belakang. Kita straight ke hospital, putus Izuan. Natasya Shakilla tersedak tiba-tiba. Sejak bila pula hak membuat keputusan hidupnya berada di tangan mamat kasanova ni? Petang ni?

308

Shasfa alyahya

Yap! Takkan awak nak pergi sorang-sorang? Berani ke? perli Izuan lagi, lebih kepada usikan nakal. Tak habishabis! Melihat kehadiran Puan Khatijah yang semakin hampir, Izuan kembali ke tempat duduknya. Ketika bangun untuk mengucapkan selamat, sempat lagi dia mengenyit mata ke arah Natasya Shakilla. Spontan gadis itu menjelirkan lidah. Bajet mengayat awek la tu! Natasya Shakilla, waktu rehat esok datang ke bilik saya! tegas Puan Khatijah menyampaikan arahan. Secara tiba-tiba dan mengejut. Natasya Shakilla menelan liur. Dia membuang pandang ke sekeliling kelas. Tiada pandangan tajam menerpa. Riak wajah Izuan juga sudah bertukar serius. Melalui pandangan sisi lelaki itu, dia melihat jari-jemari dipatahkan satu per satu. Gulp! Nampaknya dia tidak mempunyai pilihan lain. Satu sahaja jalan yang terbentang; jumpa Harizd!

HANIS HUMAIRA berjalan perlahan mendekati kereta berwarna hitam metalik yang sudah sedia menanti di tepi pagar sekolah. Pintu kereta dibuka dari dalam. Dengan malas dia melangkah masuk. Ada nak pergi mana-mana lagi? Pak Saleem menyoal lembut. Enjin kereta dihidupkan. Nak balik rumah makan nasi dan tidur. Hanis

309

Hot Gimmick

Humaira membaringkan badan di tempat duduk belakang. Penat betul hari ni. Penat berfikir. Siapa sangka ya, ruparupanya abang dan Kak Asya sudah bertemu, tetapi dalam suasana dan keadaan yang tidak pernah terfikir dek akal. Sehingga kini dia masih tidak percaya musuh yang diceritakan oleh Kak Asya ialah abangnya. Agaknya apalah reaksi abang kalau dapat tahu si mata empat yang selalu cari gaduh tu ialah Asya, gadis yang ditungguinya selama ini? Tiba-tiba Hanis Humaira bangkit. Akalnya baru sahaja merangka satu rancangan. Yes! jeritnya. Pada masa yang sama, kereta yang dipandu oleh Pak Saleem berhenti secara mengejut. Waaa!!! Automatik Hanis Humaira terjatuh ke bawah. Adoi! Kepalanya yang pedih digosok perlahan. Malunya! Mira tak apa-apa ke? soal Pak Saleem, bimbang jika anak majikannya tercedera. Motor kat depan tu, dahlah bukan main laju, macam ular kena palu pula Pak Saleem tengok, omel Pak Saleem. Hanis Humaira menjengulkan kepala ke depan. Aik? Macam kenal aje motor tu? Abang Wan! Teriak Hanis Humaira tiba-tiba. Mulutnya melopong.

KEJAP, Mr. Romeo.

310

Shasfa alyahya

Yap? Apesal aku kena bonceng dengan kau pulak? Natasya Shakilla menjerit sekuat hati, melepaskan geram dan melawan angin yang menampar wajahnya. Bahu Izuan dicengkam kuat. Auw, auw, auw! Sakit la! Lepaslah, jatuh motor ni kang! Izuan turut menjerit sama. Motor yang dipandu memang tidak berapa terkawal. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kain aku terselak! Awak pakai stoking baby, ya? Padan muka! Lawan lagi peraturan sekolah kan dah tak pasal-pasal bagi free show, tonjol aurat kat orang. Izuan ketawa galak. Dia memecut laju tanpa menghiraukan jeritan Natasya Shakilla. Taubat dah, aku takkan naik lagi motor kau ni! marah Natasya Shakilla sambil membuka topi keledar. Ketar lutut dirasakan saat kaki menjejak tanah. Saluran darah ke muka pula terasa kering ditampar angin. Topi keledar diunjuk ke arah Izuan dengan perasaan geram. Hmmm cewek pertama dan terakhir yang akan naik motor ni. Topi keledar disambut dengan senyum. Awak patut bangga tau dapat naik motor dengan Izuan Hafiz. Get lost! Natasya Shakilla membuka langkah luasluas, meninggalkan Mr. Romeo di belakang. Patutlah suruh tunggu dekat pintu belakang, rupa-rupanya ada adegan tersembunyi. Kalau dia jangka benda ni dari awal bagi, sedozen mawar dan selori ayat-ayat cinta pun dia takkan cair untuk naik motor dengan mamat casanova macam tu! Huh! Hei, tunggu! Izuan cuba menyaingi langkah Natasya Shakilla.

311

Hot Gimmick

Si bighead tu kat wad mana? Whoa! Si bighead? Setahu saya kepala dia taklah sebesar mana! Izuan ketawa galak. Natasya Shakilla buat ekspresi jengkel. Dia ni tak letih ke asyik ketawa memanjang? Agaknya sebelum tidur pun dia lepaskan tawa ilai dulu sampai puas baru boleh pejam mata. Parah ni. Arah ni. Izuan mendahului Natasya Shakilla. Sekarang giliran gadis itu pula yang mengejar. Silakan. Izuan berhenti di hadapan sebuah pintu, dan mengangkat tangannya mempersilakan Natasya Shakilla masuk. Tanpa banyak soal, tombol pintu wad persendirian dipulas. Pandangan pertamanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang selesa bersandar pada kepala katil sambil membaca buku. Sebelah kakinya diluruskan, manakala sebelah lagi menongkat tangan yang memegang buku. Natasya Shakilla menarik nafas panjang, lalu melangkah masuk. Assalamualaikum. Waalaikumussalam! Suaranya tetap tegas seperti biasa. Buku ditangan dikatup, sebelum wajah itu berpaling memandang Natasya Shakilla, sekilas. Aku bawa punca masalah kau! Izuan tersengih. Dia berjalan masuk menuju ke arah almari lalu membuka laci. Telefon bimbit kesayangannya dikeluarkan dan dibuka. Berderu kedengaran bunyi mesej masuk. Errr sekejap! Ada something urgent. Terkocohkocoh dia keluar, meninggalkan dua insan yang termangu tanpa kata. Serta-merta bilik tersebut bertukar suasana, sunyi dan sepi.

312

Shasfa alyahya

Duduklah! Arahan pertama Harizd untuk hari ini. Natasya Shakilla berpura-pura tidak mendengar. Bebola matanya berpusing tanpa titik utama. Jangan bazirkan masa. Suara itu kedengaran lagi. Kali ini Natasya Shakilla terpaksa akur, takut kalaukalau lelaki yang sedang sakit itu mengamuk. Tidak pasalpasal dia dihambat oleh jururawat nanti. Datang dengan Izuan? Angguk. Kereta? Motor. Membonceng? Nada Harizd kurang senang. Natasya Shakilla mengangguk. Lagi mahu tanya ke? Dia beritahu apa-apa tak? Geleng. Habis tu kenapa kau datang? Angkat bahu. Hisy. Harizd menggetap gigi. Sabarlah wahai hati. Budak ni memang suka menaikkan darah orang. Specs baru? Angguk. Nampaknya budak ini memang dah buat operasi buang peti suara lepas kes tempoh hari. Aaa Dan ujian mengembalikan suara bermula. Errr kau. Latihan begini memang memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Kau okey ke? Sesi penyembuhan berjalan

313

Hot Gimmick

lancar, walaupun hanya konsonan k yang diguna. Kadar penyembuhan total boleh meningkat. Kau yang hantar aku ke sini, mesti pekerja berjubah putih kat sini dah terangkan secara menyeluruh, bidas Harizd. Natasya Shakilla menggetap mulut. Dengan jerih payahnya dia cuba menyusun mulut, ini reaksi yang ditonjolkan? Menjengkelkan! Just you wait! Bila sembuh nanti siaplah kau! Natasya Shakilla berbisik pada dirinya sendiri. Apa? Hah? Dia dengar ke? Apa, apa? Natasya Shakilla menyoal kembali. Ya Allah! Harizd mengepal kain cadar katilnya. Kesabarannya benar-benar diuji. Hah, dah mula ke? Kepala Izuan tiba-tiba terjengul dari balik pintu. Terangkat keningnya melihat suasana bilik yang hening semacam. Seorang membuang pandang ke dinding, seorang lagi memandang langit yang cerah. Aisy, dua makhluk ni memang tak boleh cope langsung, kan? Kita orang tunggu kau, jawab Harizd. Maaflah, awek bagi mesej. Most of them tanya pasal kau la. Dah, jom start! Aku jadi pemerhati aje. Izuan menarik kerusi di hujung katil lalu duduk. Harizd berdeham kecil. Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali, kedatangan awak hari ni memang dalam perancangan kita orang. Mahu atau tak, awak memang telah terlibat dengan kes ni. Perkara yang berlaku dua hari lepas sudah sampai ke telinga cikgu disiplin. Dan tak mustahil

314

Shasfa alyahya

mereka akan mengancam kau buat kali kedua untuk balas dendam. Sebab tu la, kemungkinan besar Cikgu Khatijah akan bertemu empat mata dengan kau bila-bila masa saja Esok! potong Natasya Shakilla. Esok aku kena jumpa dia. Hmmm aku boleh back up kau, tapi segalagalanya mungkin kalau kau ceritakan peristiwa yang terjadi sejak kem tempoh hari sehingga sekarang. Aku harap kau tak tinggalkan benda penting walau sebesar kuman sekalipun. Gulp! Natasya Shakilla menelan liur. Kini dia mengerti tentang situasi yang sedang dihadapi. Tiada jalan untuk berpatah balik, yang terbentang di hadapannya cumalah jalan yang bercabang, dan yang memilihnya dia! Sebelum tu, aku nak pinjam telefon kejap boleh?

ANIQ mengenakan sepasang kurung moden pada badan. Sarung lengan berwarna hitam disarung hingga paras siku, sebelum diserikan dengan jam Alba dan gelang halus. Tudung bulat warna krim dipakai lalu dirapikan. Kemudian dia mencapai telefon bimbit dan kunci kereta di atas meja lalu melangkah turun. Selepas mendapat mesej daripada adiknya sebentar tadi, dia segera bersiap untuk menjemputnya di hospital. Mama, Aniq nak pergi hospital kejap ya, nak jemput Asya. Puan Jalina yang sedang leka menyiram pokok bunga di laman tepi berpaling. Asya pergi lawat kawan dia yang tu ke?

315

Hot Gimmick

Peralatan menyiram diletak di tepi meja. Ya. Rasanya Ayez pun masuk hospital yang sama juga! Sarung tangan dibuka lalu disisip ke dalam bakul kecil di atas meja. Ayez? Kenapa dengan Ayez? Accident. Che Nor kamu inform petang semalam. Tunggu mama kejap, boleh kita lawat dia sekali. Puan Jalina sudah bergegas masuk. Aniq bergerak ke kereta. Agaknya kemalangan apalah yang telah menimpa dua pupunya itu, ya? Lebih penting lagi, ini juga bakal menjadi pertemuan pertama dia dengan keluarga Che Nor. Hmmm agaknya Asya dan Ayez dah bertemu ke belum?

SO, kau bertemu secara tak sengajalah dengan Geng Raja tu? Harizd meminta kepastian dengan kata-kata yang diucapkan oleh Natasya Shakilla. Gadis itu mengangguk kecil. Okey... cuma kau tertinggal satu maklumat kecil tentang kejadian kat kem tu. Siapa yang tolak kau ke bawah? Ek ak aku tak tahu. Jangan bohong! tekan Harizd. Dia paling tidak suka orang yang tidak berkata benar. Takkan dengan mudahnya kau sesat dan jatuh ke bawah cenuram tu sorang diri?

316

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla terdiam. Kepalanya ditekur ke lantai, seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Kau kena bagi kerjasama. Aku tahu niat kau untuk membela, tapi biarlah kena dengan caranya. Orang yang berhati busuk dan khisit (iri hati) begini patut diberi pengajaran supaya dia sedar akan kesilapannya.... Suara Harizd mengendur. Kebisuan Natasya Shakilla memaksanya bertolak ansur. Kau fikirkanlah semula kata-kata aku ni. Mangsa buli kat sekolah kita bukan kau sorang. Ramai lagi mangsa yang lain. Kalau kau fikir untuk kebaikan orang lain, kau pasti akan memilih jawapan yang paling tepat. Balik dan fikir. Natasya Shakilla bangkit, akur. Otaknya sudah tepu untuk berfikir, sudah sendat! Lagi satu! Natasya Shakilla berpaling. Sekeping sampul berwarna putih diunjuk ke arahnya. Daripada Amier dan Moosa. Sampul bertukar tangan. Wajahnya sedikit berseri, gembira. Aku nak beri tempoh hari, tapi kau tak datang. Natasya Shakilla tersentak. Lidahnya kelu. Sebab tu ke dia suruh pergi atelier tempoh hari? Tanpa ucapan terima kasih, dia terus keluar. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut diucap pada Harizd. Terima kasih? Atau maaf? Yang pasti, hatinya diserbu rasa bersalah yang amat! Natasya Shakilla merunduk ke lantai. Sekali lagi perasaan itu hadir. Perasaan yang membuat egonya tewas!

317

Hot Gimmick

Asya? tegur Aniq. Natasya Shakilla angkat muka. Aniq melambai dengan senyuman. Mama turut tersenyum di sebelah Aniq. Kenapa mama datang juga? Spontan Natasya Shakilla menyoal. Ada sesiapa yang kita kenal masuk hospital ke? Exactly, right! Kalau mama tahu Asya melawat kawan hari ni, mesti mama beritahu pagi tadi. Beritahu apa? soal Natasya Shakilla malas. Mama ni nak main tarik tali pulak. Ayez accident. Dub!!! Aa aa Ayez? Lutut Natasya Shakilla lemah. Parah ke, ma? Kata Che Nor, tak parah pun. Tapi, belum tengok dengan mata sendiri mana kita tahu, kan? Dah, jomlah! ajak Puan Jalina. Tangan anaknya dicapai. Sejuk! Asya? Aniq pula menyeru. Reaksi Natasya Shakilla benar-benar aneh. Seolah-olah membeku. Aaa. Natasya Shakilla tidak dapat bersuara. Sekali lagi cabang pemilihan muncul secara tiba-tiba. Sekarang, apakah pilihan yang terbaik?

SURAU kecil yang disediakan untuk para muslim menunaikan ibadat itu lengang, meninggalkan dia seorang. Biasanya waktu-waktu begini pekerja hospital sudah kembali bertugas. Kalau ada pun, pelawat yang menumpang solat sepertinya.

318

Shasfa alyahya

Haaa. Natasya Shakilla merebahkan badan. Tak kisahlah ada orang ke tak, yang dia tahu sekarang seluruh badannya letih. Letih kerana memerah otak berfikir. Kain sembahyang dijadikan pengalas kepala. Kalau berterusan begini, dia akan tertidur. Dengan malas dia bangun, menyandarkan badan pada dinding. Seorang mak cik masuk untuk solat. Natasya Shakilla mengengsot ke belakang, memberi laluan. Sempat dia berbalas senyum dengan mak cik itu. Tiba-tiba dia teringat akan surat yang dititip oleh Harizd sebentar tadi. Beg sandang di hujung dinding dicapai. Surat putih bersih itu masih selamat. Natasya Shakilla lantas merungkas kiri sampul itu. Kertas yang berlipat kemas di dalamnya dibuka. Natasya Shakilla tersenyum apabila tulisan kemas Amierul Mukminien menjengah pandangannya. Sekali tengok macam tulisan budak perempuan... kemas dan cantik. Assalamualaikum... Saat warkah ini dalam genggaman Asya, Amier telah bertolak dari Malaysia dan mungkin telah sampai ke destinasi Amier. Maaf, Amier tidak dapat menyatakan secara tepat kerana sewaktu menulis di sini, perkara ini masih menjadi tanda tanya. Mungkin pemergian ini agak mendadak dan mengejutkan Asya, lebih-lebih lagi selepas peristiwa penyamaran tempoh hari. Bagi Amier, lebih baik kita tidak bertemu sebelum perpisahan ini demi menjaga perasaan hati kita dan orang di sekeliling kita. Jangan risau,

319

Hot Gimmick

Harizd dan Izuan turut menghantar kami sehingga berlepas. Amier mengamanahkan surat ini kepada Harizd. Dia juga diberi kebenaran untuk membuka jikalau bimbang surat ini mendatangkan fitnah. Jangan marahkan dia pula, ya. Natasya Shakilla tersenyum. Surat ini belum terusik lagi. Nampaknya Harizd benar-benar mempercayai Amierul Mukminien. Tetapi kalau Harizd betul membukanya pun, memang tidak dinafikan dia akan marah. Amier ni, macam tahu pula perangai dia. Pembacaannya diteruskan. Mengenang persahabatan yang kita bina selama ini, Amier tidak nafikan betapa ia memberi kesan dalam atma Amier, walaupun masanya sekejap cuma. Amier menghargainya, dan hanya Allah yang tahu keikhlasan hati Amier. Sayangnya waktu tidak mengizinkan. Sakit yang telah lama bercambah, tiba-tiba menyerang kembali. Amier hanya mampu bertahan sehingga hari di mana Asya dibenarkan keluar dari hospital. Malamnya memang satu penyeksaan buat Amier, sehingga dua hari tidak sedarkan diri. Amier. Tanpa sedar bibirnya menyebut nama Amierul Mukminien. Satu per satu diceritakan oleh Amierul Mukminien di dalam surat ni. Agaknya kalau nak tunggu dia bercakap secara face-to-face sampai kucing bertanduk pun dia takkan cerita. Apa penyakit dia sebenarnya? Melalui

320

Shasfa alyahya

tulisan yang semakin berubah di atas kertas ini, dia boleh membayangkan Amierul Mukminien yang bertongkat tangan, berusaha melahirkan pemikirannya pada tulisan walaupun keadaan tidak mengizinkan. Kertas kedua diselak. Terus terang cakap, sebenarnya Amier dah tahu tentang penyamaran Mustaqeem. Dah tahu? Patutlah reaksi dia habis santai masa aku cerita! Maaf sebab tak sempat berterus terang semasa Asya berkunjung dahulu. Dah maafkan. Mustaqeem Amier. sebenarnya abang kandung

Dah bagi tahu dah. Kalau Amier buka hikayat lama di sini, sudikah Asya baca? Tentulah sudi! Segala-galanya bermula apabila dua hamba Allah berlainan bangsa dan agama bertemu

321

Hot Gimmick

dan saling jatuh cinta. Walaupun tidak dapat berkomunikasi melalui lisan, ia bukanlah satu halangan untuk menyemai benih cinta. Melalui bahasa tubuh sahaja mereka sudah mampu untuk saling memahami. Akhirnya bahtera kasih mereka berlabuh di rumah Allah, dengan satu lafaz pengakuan suci. Mereka masih jahil, kerana itulah nikmat hidup dirasai sepuas hati. Naluri mereka petunjuk utama jalan hidup. Itulah yang membawa kepada kelahiran kami, Amier dan Moosa melalui cara yang tidak sepatutnya. Mereka sangka panas yang dijangka hingga ke petang, tetapi muncul pula hujan di tengah hari. Anak yang diharap menambah bahagia menjadi satu percaturan hidup. Dengan alasan tidak sehaluan, ikatan suci diputuskan. Dengan begitu mudahnya manusia berubah haluan, bukan? Bertambah mudah lagi cara pemikiran mereka yang mengikut kata hati. Kerana merekalah, darah daging sendiri terpisah, hubungan kekeluargaan musnah! Natasya Shakilla kelu. Nampaknya Amier mengalami tekanan perasaan sejak kecil. Amier benar-benar kecewa! Ya, Amier memang kecewa. Ia memberi tekanan yang amat besar dalam diri Amier dan juga Moosa.

322

Shasfa alyahya

Aik? Tahu pulak dia aku akan fikir macam ni! Kisah dua insan ini mungkin telah berdekad pupus, namun benih hasil cinta mereka tetap merasai bahang yang ditinggalkan. Tanpa siraman kasih sayang dan perhatian hanya satu perkataan sahaja yang menemani hidupnya, keseorangan. Tanpa insan bergelar ibu, tanpa saudara dan ayah yang mementingkan harta dunia, dia kesunyian. Alhamdulillah, Allah mengutuskan ikatan ukhuwah yang amat berharga tepat sebelum dirinya dirundung rasa putus asa. Jika tidak, dia pasti tidak kuat. Jika tidak, sudah lama dia tersungkur lemah tanpa semangat. Natasya Shakilla mengesat tubir mata yang basah. Drama kehidupan Amierul Mukminien banyak melanda masyarakat maju dewasa kini, tetapi olahan perasaan Amierul Mukminien berupaya menyentuh nuraninya. Setiap ayat Amierul Mukminien bagaikan air, mengalir mengikut arus perasaannya. Kesan dakwat yang kuat menekan kertas menandakan betapa Amierul Mukminien dilanda rasa sedih. Bertambah yakin lagi apabila beberapa kesan titisan air yang telah kering turut mewarnai kertas putih di tangannya. Mier sruuut! Natasya Shakilla menghembus air hidung yang berlumba keluar. Bacaannya di helaian terakhir diteruskan. Asya jangan turut menangis. Biarkan sahaja kisah ini terbuai di angin lalu.

323

Hot Gimmick

Mana ada menangis? Amier ni psycho sungguh! Kalau tulis cerita sedih sudah tentulah pembaca menangis. Macam cerita Hindustan jugak, heroin baru main air mata sikit, si penonton pun mulalah kesat hidung. Amier bersyukur kerana dalam singkatan waktu, Allah mempertemukan Asya dengan Amier. Amier sudah cukup berpuas hati walaupun Asya anggap Amier pelancong asing yang sesat jalan. Cheh! Dia ingat lagi rupa-rupanya! Atau ahli 3K yang sombong. Atau juga penunggang basikal yang loser. Atau kini penipu yang melarikan diri. Apa pun pandangan Asya, Amier terima dengan hati terbuka kerana segala-galanya memberi seribu satu makna. Semoga ukhuwah ini berpanjangan because I love this ukhuwah very much Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga Meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya Namun cebisan kenangan bermain di bayangan mata kita sentiasa

Detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu

324

Shasfa alyahya

Tanpa mengenal erti penat jemu ingatkah kau lagi? Kita bersama memijak onak duri Di tanah gersang mengutip semangat suci Kini segalanya tersurat dalam sanubari Bersabarlah dengan ketentuan-Nya rahmat yang tersembunyi Bertemu berpisah kerana kehidupan insan beriman Allah dan

lumrah

Moga saat nan indah kuharap berulang lagi. Amierul Mukminien Carl bin Fahri Amier_cool3k@yahoo.com Natasya Shakilla menekup mulutnya dengan sapu tangan. Bait tersebut dibaca berulang kali. Air matanya makin laju meleleh. Sampai akhir kalam pun dia tak beritahu sakit apa yang dialami. Srut. Lelehan air disedut masuk. Nasib baik mak cik tadi sudah keluar. Kalau tidak, buat malu aje! Selepas beberapa ketika, dirinya berasa lebih tenang. Lama dia termenung memeluk lutut sebelum mengambil keputusan untuk keluar. Sudah pasti mama dan kakaknya sedang menunggu. Asya! Telahannya benar. Dari jauh lagi mama sudah mengangkat tangan, menggamitnya supaya menghampiri mereka. Dia berlari-lari anak merapati.

325

Hot Gimmick

Ayez kirim salam tadi. Mama tengok dia sihat, alhamdulillah sikit aje lukanya. Masa mama keluar tadi, Che Nor kamu baru sampai dengan Mira dan Itqiya. Hmmm. Dia menahan diri daripada mengambil tahu perihal Ayez, walau dalam diam dia mengucapkan syukur. Hatinya memang keras kejung. Sampai Ayez sakit pun dia masih tidak mahu bertemu. Biarkan! Ketika dia terlantar di hospital dulu pun, Ayez tidak menjenguk, hanya Mira sahaja yang setia. Itqiya Hanain tu anak Ayah Chik dengan isteri kedua dia, kan? Aniq bersuara. Haah. Lepas Che Yah dia tak ada, lama dia membawa diri sehingga ke Sabah. Bertahun juga dia menduda, baru bertemu jodoh di sana. Izuan pula lepas ayahnya kahwin, langsung tak nak duduk sebumbung. Tak nak mengganggu katanya. Lepas tu dia tinggal dengan Che Nor kamu sampai sekarang. Sekurang-kurangnya ada juga Si Ayez tu kawan. Izuan? Natasya Shakilla menyoal. Kenapa macam biasa sangat bunyinya tu? Alaaa Iwan. Puan Jalina menyusup masuk ke tempat pemandu sebaik sahaja Aniq menekan butang hijau. Biar mama drive. Anak kunci bertukar tangan. Iwan? Izuan Iwan Izuan Apa yang terlintas di fikirannya sekarang ialah wajah Mr. Romeo sebagai Izuan, dan Iwan pula jejaka yang ditemui di rumah Che Nor dahulu. Isy sayang sekali dia tidak memakai cermin mata waktu itu! Kalau tak, bolehlah dia ketawakan Izuan tentang dua pupunya yang mempunyai nama yang serupa tetapi perangai yang berbeza! Mesti Iwan seorang yang baik, kan?

326

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla! menekan hon beberapa kali masih berdiri di luar kereta. Dia menggeleng beberapa menyusup masuk.

Buat apa lagi tu? Mama melihat anak bongsunya yang Apa kenalah dengan budak ni! kali ketika Natasya Shakilla

Kenapa Asya buat tak tahu? Tiba-tiba Aniq mengajukan soalan. Tak tahu apa? Serentak pula Puan Jalina dan Natasya Shakilla menyoal. Tak tak ada apa-apa. Aniq menolak untuk menjawab. Matanya dihala ke hadapan.

NATASYA SHAKILLA melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu dengan hati yang berdebar-debar. Dia masih bingung sama ada pilihannya ini betul atau tidak. Sebetulnya, dia masih takut untuk berhadapan dengan hamba Allah yang satu ini. Setiap tindakan dan perlakuannya dirasakan serba tidak kena. Hendak duduk serba salah, hendak menyapa apatah lagi. Paling koman, dia hanya mampu menundukkan kepala melihat lantai berlapikkan karpet merah di bawah kakinya. Canggung sungguh! Asyakilla. Gulp! Tak sangka dia masih ingat nickname itu. Kuat betul ingatan dia. Ya...? Natasya Shakilla angkat muka. Jantungnya mula menyanyikan lagu Jumping To The End. Kamu mesti dah tahu tujuan kedatangan kamu ke sini hari ni. Saya tak minta banyak, cuma terangkan kedudukan perkara yang sebenarnya. Saya nak dengar dari

327

Hot Gimmick

mulut awak sendiri, pinta Puan Khatijah. Nampaknya kali ini cikgu disiplin di hadapannya juga mula menonjolkan sikap bertolak ansur, walaupun ketegasannya tetap menjentik ketakutan Natasya Shakilla. Campur sekali dengan yang ini, cukup empat kali dia mengucapkan kata-kata yang sama terhadap orang yang berbeza. First, Aniq. Then, Ari dan Roki, and bighead. Now, Cikgu Khatijah pula! Terus terang, dia sudah naik muak mengulang ayat yang sama. Bosan!!! Saya tak sengaja melalui kawasan tu. Kebetulan ada pelajar nakal kat situ. Dia orang nak kenakan saya, tapi Harizd Hakkam yang tolong selamatkan. Sebab itulah perkara ni melibatkan Harizd secara tak sengaja. Natasya Shakilla cuba meringkaskan cerita sebaik mungkin. Malas sebenarnya. Betul ke cerita awak ni? Benda yang saya dengar tak serupa langsung dengan yang keluar dari mulut awak! Cikgu Khatijah mula bangkit. Panas punggung barangkali. Natasya Shakilla menelan liur. Saya paling anti pelajar yang suka berbohong! Tiba-tiba suara Puan Khatijah melenting naik. Natasya Shakilla terkesima. Puan Khatijah sudah marah! Tetapi cerita apa yang menyebabkan cikgu percaya dengan begitu mudah sekali? Daripada siapa? Baik kamu te Tok! Tok!!! Masuk! Assalamualaikum, cikgu! Wajah Harizd tiba-tiba terjengul di muka pintu dengan senyuman. Puan Khatijah dan Natasya Shakilla terpinga-pinga melihat kehadiran Harizd secara mengejut.

328

Shasfa alyahya

Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba tersembul wajahnya di muka pintu. Hakkam? Maaflah kalau saya mengganggu. Boleh saya masuk? Haah, masuklah! Harizd tersenyum lagi. Kali ini matanya berlaga dengan pandangan Natasya Shakilla. Senyumnya mati di situ. Berkerut kening si gadis melihat tingkah pengawas besar itu. Lain macam sahaja gayanya? Saya datang untuk memberikan penjelasan khusus!

HEI hei hei! Korang nak tahu cerita terkini tak? Gimik terbaru untuk hari ni! Izuddin merempuh kebisingan kelas dengan berita mutakhir. Seperti keadaan biasa, terus sahaja kelas lamanya bertukar senyap. Arienna yang kurang sabar terus meluru ke hadapan. Mr. Perfect? Laju saja mulutnya menyoal. Izuddin mengangguk perlahan, menambahkan debar rakan-rakan sekelasnya. Tiba-tiba dia datang sekolah tadi, dengan BMW tujuh series! Aku terserempak dengan dia tadi. Korang tahu mana dia pergi? Manalah kita orang tahu! Alahhh main tarik tali pula Si E-ju ni!

329

Hot Gimmick

Bagi tahu ajelah! gesa yang lain. Kalau nak cakap, cakap ajalah! Ini siap cerita kereta Harizd. Macamlah kawan-kawan yang lain tak tahu. Dia masuk Izuddin melambatkan ucapannya. Muka-muka yang ada semakin hampir. Bilik Hei, tengok sana! Ruqyah menunjuk ke arah pejabat dari balkoni kelas mereka. Bila masanya dia keluar dari kelas? Headboy, Izuan dan Shakilla! Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas semata-mata untuk melihat 3K. Izuddin buat muka. Habis gaya pemberitanya sebentar tadi. Dia turut mengekori yang lain. Pandangan dari arah koridor jelas menunjukkan Harizd dan Natasya Shakilla sedang berbincang sesuatu, diikuti Izuan. Mereka disapa oleh Cikgu Zarkasyi di tengah jalan. Natasya Shakilla dilihat mesra berbual dengan cikgu muda itu, sebelum menyaingi langkah 3K yang mula berjalan pergi. Pelajar 5Sc2 kembali ke kelas, bersedia untuk pembelajaran yang seterusnya. Arienna dan Ruqyah masih terpaku. Jealousnya aku! Riak kurang senang mula kedengaran. Hasad mula dipendam. Dia baru aje masuk, tapi dengan mudahnya dia mendekati idola kita! Pelajar kelas akaun menyatakan ketidakpuasan hati. Ruqyah dan Arienna terdiam. Kalau boleh mereka ingin mengorek lebih banyak lagi tentang perasaan peminat 3K. Eiii orang cakap dia goda headboy! Sudah mula mengumpat.

330

Shasfa alyahya

Ya? Aku dengar dialah yang menyebabkan Mr. Perfect kita kena pukul dengan Geng Raja tu! Tak tahu malu sungguh perempuan tu! Tergedikgedik! Mula-mula goda Mr. Cool, sampai dia berhenti sekolah dan berpecah dengan 3K. Lepas tu, bila Mr. Cool dah tak ada, tukar target kat Mr. Perfect pulak! Menjatuhkan kaum hawa sungguhlah minah ni! Arienna tidak sanggup mendengarnya. Kawannya difitnah begitu sekali, di hadapannya sendiri! Tangannya dikepal. Kalau cantik tak apalah jugak! Ini perasan aje lebih! Muka macam Betty La Fea yang kita tengok zaman kecik-kecik dulu adalah! Specs, braces, eiii! Pelajar yang santai bersandar pada koridor kelas sebelah ketawa, cukup kuat sehingga menarik perhatian para pelajar yang lain. Arienna dan Ruqyah saling berpandangan, sebelum membuka langkah serentak. Mereka perlu diajar! Dah kenyang makan daging saudara sendiri? Tibatiba satu suara mendahului. Langkah dua sahabat itu terhenti. Izuan! Kalau tak kenyang lagi, saya boleh tolong hidangkan daging fresh depan mata korang. Nikmat tak nikmat rasa dia, nanti dekat Padang Mahsyar korang boleh rasa sendiri hidangan khas daripada Tuhan! Izuan bersilang tangan. Pelajar perempuan yang enak mengumpat tadi terus melarikan diri. Pasti terkejut mendengar kata-kata Mr. Romeo yang tegas dan pelik itu.

331

Hot Gimmick

Arienna dan Ruqyah diselubung rasa lega. Nampaknya Natasya Shakilla tidak perasan yang dirinya mempunyai pelindung yang kuat di sisi. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kurang daripada sepuluh saat kemudian, Harizd tiba diikuti oleh Natasya Shakilla di belakang. Mereka bertelagah, macam biasa. Kira okeylah aku tolong tahan kau daripada jatuh tergolek kat situ. Kau ni memang tak reti berterima kasihlah! marah Natasya Shakilla. Masalahnya, kau menambahkan sakit aku, bukan menolong! Pen kau yang tajam tu dah tusuk luka aku, faham! Harizd menahan sabar. Belakangnya yang sedia sakit ditusuk dengan pen Natasya Shakilla, menggandakan lagi rasa sakit yang dirasai. Wan, jom masuk. Weeekkk! Natasya Shakilla menjelirkan lidah sebaik sahaja Harizd berlalu pergi. Arienna menyinggung pinggang Ruqyah, memberi signal untuk menyerang. Dalam kiraan tiga, mereka terus menyerbu. Badan Natasya Shakilla digeletek, menghasilkan ilai tawa yang kuat. Seketika, terasa ada renungan tajam daripada Harizd di muka pintu kelas. Tawa mereka mati sertamerta, sebelum kemudiannya bersambung dengan melodi indah. Selang beberapa meter dari tempat mereka, di sebalik pintu, beberapa pelajar perempuan mencerlung tajam ke arah tiga sekawan itu dengan rasa iri. Tangan masingmasing mengepal buku lima. Siaplah kau, Natasya Shakilla!

332

Shasfa alyahya

bab 19
New relationship. ANA repot yang saya suruh hantar kelmarin? Zarkasyi menyoal dengan muka serius. Gadis yang menggigit bibir di hadapannya dicerlung tajam. Pantang sungguh kalau ada yang sengaja tidak menyiapkan tugasannya, apatah lagi tempoh masa yang diberi sejak minggu lepas lagi, bukan baru sehari dua. Sir Gadis itu membuat muka seposen, minta belas kasihan. Tak kira, sebelum pukul tiga petang ni saya nak benda tu sampai ke tangan saya! Guru muda itu mengeluarkan kata putus. Pelajar yang kelihatan kasihan itu mengangguk lemah. Semangatnya melayang pergi, bersama derapan langkah yang longlai. Zarkasyi tersenyum. Tidak kiralah adik kawan ke, anak menteri ke, pelajar adalah pelajar. Dia tidak mahu walau

333

Hot Gimmick

seorang pun pelajarnya yang gagal kerana mendapat hak istimewa dengan cara yang tidak sepatutnya. Tapi, kasihan jugak tengok muka seposen budak tu. Ini mesti tak boleh join dengan ahli kumpulan yang lain ni. Hmmm fail dibelek. Nama Harizd dan Izuan jelas terpampang. Patutlah. Dia tersengih lagi. Asya Asya!

ATELIER pada pagi itu sepi seperti biasa. Izuan berlunjur senang di atas sofa sambil menikmati makanan. Buku Sejarah dibaca penuh khusyuk. Ketenangan yang dirasai terganggu apabila pintu diketuk kasar dari luar. Dengan malas dia bangkit. Siapalah yang kacau masa rehatnya yang berharga ni? Macam tahu aja siapa. Yalah, siapa lagi yang tahu markas rahsia 3K. Romeo!!! Natasya Shakilla terjengul dengan muka geram. Dahi Izuan berkerut. Apa ke halnya dengan minah ni? Tepi! Natasya Shakilla menolak Izuan lalu melangkah masuk. Salam tidak, jemput pun tidak, sesedap rasa hati dia aje merempuh masuk tempat orang. Kening Izuan terangkat. Siapalah mak bapak budak ni ya? Bagus betul ajaran dia Apa ke halnya ni? Repot Bio! Sir Z suruh hantar sebelum pukul tiga! adu Natasya Shakilla. Dia terus menghala ke rak, mencari buku rujukan. Izuan menggeleng, melihat sahaja tingkah Natasya Shakilla yang membelakanginya. Macam pernah tengok aje belakang ni? Tapi di mana ya? Izuan blur. Dia kembali duduk.

334

Shasfa alyahya

Itulah kita orang suruh discuss sekali kau tak nak, perli Izuan. Pembacaannya diteruskan. Action konon. Nah! Natasya Shakilla meletakkan setimbun buku rujukan pelbagai keluaran di atas meja. Terkejut Izuan dibuatnya. Awak nak buat apa ni? Macam nak cari dalam ni aje? Cari mana satu repot tu, please!!! Dah agak dah! Cik Shakilla, awak tak catit ya eksperimen kita kat makmal tempoh hari? Kena ke? Natasya Shakilla buat muka toya. Ya Allah! Izuan menepuk dahi. Awak ni tak pernah masuk lab ke? Mestilah pernah! Dengan geng 5Sc2 dulu. Itu pun sekali. Cepatlah! Izuan akur. Buku Sejarah ditolak tepi. Kenapalah aku tak halau aja budak ni keluar tadi? Nasib baiklah dia dilahirkan sebagai kaum hawa. Apa dia? Kau ada cakap sesuatu ke? Mana ada! Go on. Kejap, komputer tu boleh google, kan? Yap! Apa hal pulak? Lagi mau tanya ka? Natasya Shakilla tersengih nakal. Kedudukannya beralih ke komputer. Suis dibuka. Streamix disambung. Dan google! Woi, nanti abang garang tu datang! Izuan mengingatkan. Roti yang tinggal setengah disumbat ke dalam mulut.

335

Hot Gimmick

Biarlah dia! Bukan ke dia pergi bilik disiplin tadi? Yahoo Messenger dibuka. Ehem! Ehem! Suara dehaman yang memang dikenali tiba-tiba kedengaran tepat di belakang Natasya Shakilla. Tangannya yang ligat menaip tadi terhenti. Alamak! Kau buat apa ni? Suara air batu kedengaran. Natasya Shakilla meneguk liur, sebelum memalingkan kepala perlahan-lahan. He he he. Turn it off, arah Haridz dengan serius. Natasya Shakilla cari akal. Masa rehat tak habis pun lagi! Siapa benarkan kau guna komputer bilik ni? ICT kan ada dekat pustaka? Ramai oranglah, Encik Garang! Lagipun ada jelingan maut walau di mana aku berada, kau mana tahu? Lagipun, time macam ni aje Amier on. Hmmm! Dengar saja nama Amierul, bicara Harizd mati. Dia bergerak mengambil fail di atas rak. Tutup sebelum sebelas! arahnya sebelum berlalu. Natasya Shakilla ketawa senang. Mudahnya! Saya nak pergi jugak. Izuan bangkit. Kunci ada kat sini. Lepas ni pulangkan, jangan bawa balik pulak. Mengamuk cik abang awak nanti. Repot? Sempat Natasya Shakilla menyoal. Izuan angkat bahu, mengarah pada buku di atas meja lalu pergi. Natasya Shakilla mencemik. Mimik mukanya bertukar ceria apabila nama Silent muncul di skrin, bersilih

336

Shasfa alyahya

ganti dengan HLEN<@> dan RY_EZZ. Apa sahaja buat temanku.

YEZ! Izuan memanggil. Langkah Harizd disaingi sehingga kaki mereka seiringan. Kenapa kau beri muka kat budak tu? Ini tak macam kau dah Entahlah! Malas aku nak cari pasal. Takkan kau tak kenal lagi budak tu, ada dia dengar cakap orang? Izuan ketawa. Nampaknya Harizd dah arif benar soal rakan sekumpulan mereka yang sorang tu! Kau pulak, kenapa biarkan budak tu? Anak kunci? I entrust those to her. Better, daripada berdua kat sana. Tak adalah makhluk ketiga yang cucuk jarum kat tengah! Teguran Harizd memberi makna yang dalam. Izuan yang mendengar membuat riak seposen. Tolonglah, takkan wujud perasaan punya. Shes not my type, okay? Wan, sejak bila perasaan dinilai melalui selera? Bila saja syaitan meniupkan rasa dalam hati, semuanya bergantung pada iman kita untuk menolak atau menerimanya. Cinta? Izuan meneka. Harizd mendongak memandang dada langit, memerhati ciptaan Yang Maha Pencipta. Dia menarik nafas. Ya, cinta dewasa ini. Cinta manusia yang terlalu mudah dan murah Suaranya hampir berbisik. Harganya

337

Hot Gimmick

terlalu murah untuk dibandingkan dengan cinta Ilahi yang hakiki. Terlalu murah sehinggakan anak kecil juga pandai mengolah kata cinta, meluah rasa sayang. Terlalu murah, hatta pencinta rela berkorban apa saja. Untuk menggapai cinta Tuhan, berapa keratkah hamba-Nya yang sanggup berkorban? Lihat ajalah sekeliling kita, Wan. Izuan terdiam. Ada benarnya kata-kata Harizd itu. Kini segala-galanya berkisar perihal cinta manusia. Mereka alpa diulit nikmat duniawi yang hanya sementara. Kalau mereka benar ingin bersama, bukan sehingga ke akhir hayat sahaja jangkanya, tetapi di syurga juga. Di situlah akan bersemainya cinta yang sebenar-benar, cinta yang tiada akhirnya. Hakkam! Puan Khatijah menyapa dari arah pejabat. Ya, cikgu? Harizd menyahut. Izuan menepuk bahu temannya. Later. Aku masuk kelas dulu. Harizd mengangguk lantas berlalu. Mesti pasal Geng Raja minggu lepas yang belum selesai lagi. Dengarnya mereka akan dibuang sekolah kalau tidak mengaku dan menulis sebab musababnya. Bukti dah ada di tangan guru disiplin. Sekarang Harizd sendiri pun tidak boleh menolong mereka lagi seperti yang dilakukannya dulu, sewaktu geng tersebut ditangkap gara-gara merokok. Mereka hanya digantung sekolah. Itu pun Raja masih berdendam dengan Harizd kononnya Harizdlah punca dia ditangkap. Izuan menggeleng mengenangkan sikap manusia yang pelbagai lni. Kakinya diatur ke kelas. Bila-bila masa sahaja loceng akan menjerit nyaring menandakan waktu rehat sudah tamat.

338

Shasfa alyahya

NATASYA SHAKILLA berjalan pantas ke kelas. Peluh memercik memenuhi dahinya yang luas. Kakinya berlari pantas memijak anak tangga. Wajahnya semakin runsing. Pintu kelas yang tertutup ditolak kasar. Tiada sesiapa yang ada. Jam baru menginjak menghampiri angka tiga. Natasya Shakilla bergegas ke mejanya. Laci meja diintai. Tiada barang yang tertinggal. Dia mula panik. Mindanya membayangkan wajah Cikgu Zarkasyi yang mencuka dengan rotan di tangan. Argh!!! Mana repot aku? Satu jeritan kuat dilepaskan. Dia tidak berdiam diri. Segera meja rakan-rakan yang lain pula diselongkar. Apabila kertas yang dikehendaki memang tinggal harapan untuk dijumpai, dia semakin tidak keruan. Habis satu kelas dia cari. Habislah! Natasya Shakilla terduduk di hadapan pintu kelas. Kepalanya ditekup. Dia seratus peratus pasti kertas itu ada kat dalam laci meja ketika dia keluar dari kelas. Tetapi macam mana kertas tu boleh ghaib? Dahlah dia kena balik awal hari ni, Atiq dan Aniq nak balik kampung jumpa Tuk Mek, membawanya ke sini untuk majlis kesyukuran minggu depan. Walaupun dia tidak boleh balik sama, sekurangkurangnya dia juga mahu menghantar mereka. Masalah sungguh! Dia memegang kepala lalu menggeleng. Hei! Sepasang sepatu hitam berkilat muncul di hadapannya. Perlahan dia mendongak. Wajah Harizd dipandang dengan riak sedih yang bersisa. Apa kau buat kat sini? Tepi sikit. Harizd melangkah masuk tanpa menghiraukan Natasya Shakilla. Gadis itu pula masih mencangkung di situ. Langkah

339

Hot Gimmick

Harizd dipandang. Dia ni memang tak ada perasaan langsung, kan? Kenapa kertas dalam laci aku berterabur ni? Harizd merenung tajam. Kali ini barulah dia ambil kisah. Repot aku hilang adu Natasya Shakilla. Lain yang Harizd tanya, lain yang dijawabnya. Fikirannya masih tertumpu pada sehelai kertas putih yang hilang! Bio? soal Harizd lagi. Begnya diangkat ke meja. Natasya Shakilla mengangguk perlahan. Semangatnya sudah terbang pergi. Padanlah dengan muka tu! Bertangguh lagi, last minute baru nak siapkan. Bila masalah dah timbul macam ni, barulah rasa best tak best benda bertangguh ni, bebel Harizd. Natasya Shakilla mencebik. Pak cik bebel! Bla bla bla. Harizd mula bersiap untuk keluar. Ketika melepasi gadis yang masih tidak berganjak itu, kakinya mati. Dia buat muka meluat lalu kembali. Kerusi hadapan ditarik lalu didudukinya. Fail dibuka. Sehelai kertas dikeluarkan bersama sebatang pen. Tangannya terus bergerak mencatit sesuatu. Natasya Shakilla yang hairan melihat tingkah Harizd mula berdiri lalu mendekati lelaki itu. Melopong dia melihat ketangkasan tangan Harizd menulis butir-butir laporan. Sedikit pun tidak teragak-agak. Nah! Kertas yang siap bertulis itu diunjuk kepada Natasya Shakilla. Harizd bangkit. Pen ditutup lalu dimasukkan ke dalam kocek kot. Beg kembali dipikul dan langkah kembali diatur.

340

Shasfa alyahya

Ma macam mana kau Semuanya ada kat dalam ni! Harizd berpaling dan menunjuk pada kepalanya. Kacang macam ni bawah sedar pun boleh buat! Harizd menghadiah senyum sinis lalu pergi. Natasya Shakilla terkaku, sesaat, dua saat You jerk!!!

MANALAH Si Asya ni? Tak nampak batang hidung pun lagi. Biasanya waktu-waktu macam ni dah balik! Puan Jalina membebel. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat anaknya yang belum kelihatan. Kejap lagi baliklah dia tu, Ina. Ada kerja agaknya. Puan Noraini menenangkan sepupunya. Paha Puan Jalina ditepuk beberapa kali. Yalah agaknya, Nor. Puan Jalina membetulkan duduk. Hah, Atiq kata beli kain untuk Tuk Mek kamu. Mana? Nanti tertinggal pulak, tak pasal-pasal pusing balik, tegurnya ketika melihat anak lelakinya menuruni tangga. Atiq tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Encik Hizbullah. Dah ambil, ma. Ada kat dalam kereta. Minggu lepas kenapa pergi Mesir semula? Encik Hizbullah menyoal. Ada masalah sikit. Pasal junior, persatuan dan hal lain. Alhamdulillah semuanya dah selesai, terang Atiq. Orang diperlukan ramai, Ayah Lah. Semuanya jadi kelam-kabut bila dia tak ada. Aniq mencelah.

341

Hot Gimmick

Puan Noraini dan Puan Jalina tertawa. Tuntut ilmu dah habis, tak lama lagi kenalah bawa calon jumpa mama. Tiba-tiba Puan Jalina mengeluarkan kata. Atiq yang sedang menuang teh ke dalam cawan tersentak. Hampir sahaja air yang dituangnya tertumpah. Betul tu, Atiq. Bila lagi? Dah ada ke calonnya? tambah Puan Noraini pula. Atiq tersenyum tawar. Ini dah soalan cepu mas mencekik dada ni. Orang lelaki ni, bukan boleh kahwin awal macam perempuan. Kita kena pastikan ekonomi hidup kita kukuh barulah boleh menempuh gerbang rumah tangga. Ini juga untuk menjamin kebahagiaan suami isteri dan anak-anak. Bukan begitu, Tiq? Gulp! Atiq mempamerkan senyum komersial. Aniq pula tersengih-sengih memahami gerak laku abangnya. Hanya dia seorang sahaja yang memahami! Dah lewat ni, mari kita panaskan enjin dulu. Encik Hizbullah bangkit lalu melangkah keluar. Yang lain turut mengekori. Seketika, deruman enjin motosikal kedengaran. Izuan tiba bersama Itqiya. Aniq segera mampir lalu mendukung Itqiya. Izuan mematikan enjin lalu turun. Beg pakaian adiknya dibimbit. Yaya pergi juga? Aniq menyoal mesra. Yaya gi alan-alan. Aik motor cudah, cerita gadis kecil itu dengan pelat.

342

Shasfa alyahya

Aniq tertawa senang. Letak beg tu kat dalam Wan, beritahu Encik Hizbullah ketika Izuan kalut dengan beg Itqiya. Tersengih anak muda itu memasukkan beg ke dalam kereta. Ayez tak balik lagi? Tak lagi, Che Nor. Dia cakap ada kerja sikit kat sekolah. Kejap lagi sampailah tu. Hah, dah sampai pun! Panjang umur dia. Harizd tiba dengan seragam sekolahnya. Nyata dia datang ke sini dahulu sebelum balik. Maaflah baru sampai. Ayez boleh singgah sekejap aje, tak balik mandi lagi, maklum Harizd dengan senyum. Dia bersalaman dengan Encik Emran dan Atiq. Bahu kamu dah okey ke, Yez? soal Encik Emran prihatin. Harizd mengangguk. Alhamdulillah dah baik. Tak lama pun sakitnya. Baguslah tu, Yez. Nasib baiklah tak mengganggu pelajaran kamu. Tak terjumpa dengan Asya ke kat sekolah? Aniq pula menyoal. Eh? Tak tak jumpa, jawabnya sedikit gugup. Aniq perasan perubahan nada suara Harizd. Benaknya semakin dihuni persoalan. Ke manalah budak bertuah tu melaram, omel Puan Jalina. Harizd mengawal ekspresi wajahnya. Selepas berbual beberapa ketika dengan Atiq, dia mula meminta diri.

343

Hot Gimmick

Kirim salam kat Tuk Wan dan Tuk Mek ya, mi. Yez balik dulu. Usai menyalami umi dan abahnya, Harizd kembali ke motosikalnya. Iwan pun sama. Yaya, see ya! Pipi adiknya dicium. Mengekek dirangkul. Itqiya ketawa. Tengkuk abangnya

Angan noti! ujarnya riang. Izuan menyimpul senyum. Sempat dia mencuit hidung Itqiya sebelum berlalu. Dah terbalik pulak, sepatutnya dia yang beritahu Yaya jangan nakal-nakal. Bijak sungguh budak ni. Naik motor elok-elok. Sempat lagi Atiq berpesan. Harizd dan Izuan mengangkat tangan sebelum keluar dari pekarangan rumah tersebut. Dalam diam, Harizd merasakan kelegaan dalam hati. Nasib baik dia tak ada! Eh? Jauh di seberang jalan matanya menangkap kelibat Natasya Shakilla yang berjalan masuk ke kawasan perumahan tersebut. Gadis itu langsung tidak sedar dirinya diperhati sehinggalah mereka berpapasan. Sempat Izuan membunyikan hon menyapa Natasya Shakilla. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. Ketika melihat cermin motosikalnya, Harizd sempat menangkap jeliran gadis itu. Memang khas dituju buatnya. Rasa geram menghuni hati, bercampur dengan rasa kesal kerana menolongnya tadi. Anak siapalah budak tu? Harizd menghela nafas. Buang masa sahaja memikirkan perihal Shakilla. Mindanya difokus pada majlis kesyukuran minggu hadapan. Adakah dia sudah cukup kuat

344

Shasfa alyahya

untuk bertemu dua muka? Adakah dia sudah bersedia untuk hari bersejarah itu? Adakah Allah akan menemukan kami berdua? Tawakkaltu alallah. (Bertawakal pada Allah....)

345

Hot Gimmick

bab 20
Grievous event. ATASYA SHAKILLA melangkah keluar dari kamar mandi dengan tuala yang membaluti badan. Rambutnya yang basah diusap dengan tuala. Bibirnya bernyanyi kecil mengikut rentak radio yang terpasang. Lagu Blaze nyanyian Kinya memang diminati, lebih-lebih lagi selepas menonton cerita Tsubasa Reservoir Chronicle, karya Clamp. Otak anime betul. Asya, perlahankan sikit radio tu! Tuk Wan dah membebel panjang dah kat bawah! Jeritan Aniq dari halaman mengejutkan Natasya Shakilla. Dia mengintai dari tirai jendela. Apabila melihat wajah kakaknya, secara automatik lidahnya dijelirkan. Ya Allah, bertuahnya budak ni! Natasya Shakilla ketawa senang hati. Bunyi radio diperlahankan. Pada masa yang sama, matanya menangkap album gambar yang terletak berhampiran radio. Album yang

346

Shasfa alyahya

tersusun kemas dicapai. Gambar teman-temannya di Australia dahulu dipandang dengan senyuman. Terdapat banyak gambar mereka berlima ketika mengembara ke seluruh Australia dahulu... di Perth, Sydney, Western dan banyak lagi. Dia tertawa sendirian melihat telatah temantemannya yang lucu. Namun apabila tangannya membelek halaman terakhir, serta-merta tawanya mati. Sekeping gambar lama berjaya mendatangkan nostalgia silam yang terkulum kemas. Gambar tersebut ditarik keluar dari album. Kelihatan lima orang kanak-kanak sedang tersenyum riang berlatarkan sawah padi yang menguning. Aya, Iwan, dia yang mendukung Mira dan Ayez. Nama keramat itu melantun keluar dari bibirnya. Wajahnya yang ceria sebentar tadi bertukar keruh tiba-tiba. Semalam dia mimpikan Ayez lagi, walaupun wajah empunya diri tidak kelihatan. Ya, dia yakin itu Ayez. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna biru itu menghampirinya. Tetapi entah kenapa dia berpatah balik. Apabila nama Ayez dipanggil, lelaki itu berhenti melangkah, memandangnya dari tepi dan terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi. Kau memang ego, Yez. Sampai sekarang kau tak pernah datang jumpa aku. Apa yang kau fikirkan sekarang? Kau nak lari? Tapi hari ni aku mesti akan tahu siapa kau. Tahu siapa? Tahu mak kau! Astaghfirullahalazim. Natasya Shakilla mengurut dada, nasib baik tak melatah nama Ayez! Hanis Humaira dan Hidayatul Husna tersengihsengih dari balik pintu, seronok mengusik Natasya Shakilla. Kak Asya nak tahu siapa ni? sogok Mira, nakal.

347

Hot Gimmick

Korang ni, dahlah masuk tak bagi salam, pedajal orang pulak, ya! Natasya Shakilla sudah bercekak pinggang menghadap kedua-dua sepupunya yang tertawa. Dah Kak Asya bercakap sorang-sorang, kita orang relaks aje masuk sini, jawab Hanis Humaira dengan tawa yang masih bersisa. Kak Asya nak tahu siapa? Hidayatul Husna menyoal lembut. Tak ada siapa-siapalah! dalih Natasya Shakilla pantas. Dia segera menutup album gambar lalu meletakkannya kembali di atas meja. Dia bingkas dari duduknya lalu menghampiri almari. Pintu almari dibuka lalu beberapa pasang baju dikeluarkan. Now its up to you two to choose which one suits me well. Emmm yang ni? Natasya Shakilla mengangkat sepasang kebaya singkat berwarna merah. Serentak Hidayatul Husna dan Hanis Humaira menggeleng. Dia mengangkat pula sepasang baju kurung warna kuning, pun kedua-duanya menggeleng. Akhirnya Natasya Shakilla mengangkat sehelai jubah yang dihadiahkan oleh kakaknya. Dia mengangkat kening memandang Hidayatul Husna dan Hanis Humaira silih berganti. Kali ini kedua-duanya mengangkat ibu jari tanda bagus. Tatkala Natasya Shakilla berlalu ke bilik air untuk menukar pakaian, kedua-dua beradik itu saling memandang. Masing-masing menguntum senyum yang tersirat penuh rahsia.

348

Shasfa alyahya

WAN, cepatlah! Aku semput dah ni! Jap! Nak siap dah! Pintu bilik air ditolak dari dalam. Terjengul wajah Izuan yang tersengih panjang. Okey silakan tuan putera. Izuan yang baru keluar ditolak Harizd. Pantas dia menyusup masuk ke dalam tandas. Apa punya sepupu la tandas sendiri ada, nak juga masuk tandas sini. Izuan tergeleng kecil melihat Harizd. Dia menghampiri katil. Dua pasang baju Melayu warna kuning air dan biru gelap ditenung sebelum dia mencapai salah satu dan menyarungnya ke tubuh. Seketika, kedengaran pintu bilik air dibuka dari dalam. Harizd melangkah keluar dengan tangan yang menekan perut. Kau ni kenapa, Yez? Sakit perut ke? soal Izuan. Brylcream disapu pada rambut sebelum disikat gaya landak atau lebih tepat, jentera penyodok. Harizd duduk di birai katil. Sejak semalam aku rasa tak sedap badan. Kepala aku berdenyut-denyut, tekak pula loya semacam aje! Aiii tu dah mengalahkan orang mengandung tu! usik Izuan. Brave disembur sekali dua pada badan. Wan, aku tak nak pergilah! Hah, kau jangan nak buat alasan pulak! Aku tak nak pergi sorang-sorang. Lagipun Tuk Wan ada sama tau! Mengamuk habis orang tua tu kalau kau tak datang, Yez! Takkanlah kau tak kenal atuk kita tu! bebel Izuan. Harizd menarik nafas panjang, sebelum mencapai baju Melayunya lalu menghilang semula ke dalam tandas.

349

Hot Gimmick

ASYA! Mira! Aya! Korang bertiga buat apa lagi kat atas tu? Marilah tolong kita orang kat bawah sini, kita orang tak cukup tangan ni! Panggilan Aniq dari bawah mengejutkan mereka bertiga. Hidayatul Husna lekas-lekas memasangkan kerongsang pada kiri bahu Natasya Shakilla untuk mengemaskan ikatan tudungnya. Okay, then! Siap! Natasya Shakilla berdiri, memandang wajahnya di hadapan cermin. Tudung Arini saiz besar berwarna putih itu benar-benar sedondon dengan jubah biru tua yang tersarung pada badannya, lebih-lebih lagi diserikan dengan labuci berwarna biru muda pada bahagian atas kepala dan kerongsang panjang di kanan kiri bahunya. Dia tersenyum, macam nak pergi sarung cincin pertunangan pulak rasanya! Jomlah Kak Asya! Mira dah lapar ni! Jom! Natasya Shakilla berjalan turun dengan diapit oleh Hanis Humaira dan Hidayatul Husna. Setiap anak tangga yang dipijak menambahkan debar di dalam sanubarinya. Ya Allah, what is wrong with me? Itu bukan Kak Ari dengan Kak Roki ke? soal Hanis Humaira sambil mengunjukkan jari telunjuknya ke arah mereka berdua. Haahlah! Asyik betul dia orang berborak dengan kakak. Jomlah kita join dia orang! usul Natasya Shakilla. Teman-temannya dihampiri lalu diperkenalkan dengan Hidayatul Husna dan Hanis Humaira. Bukan main seronok lagi mereka berdua memuji, macam majlis untuk dia pulak! Aniq pula segera berlalu ke dapur setelah dipanggil oleh Puan Jalina.

350

Shasfa alyahya

Mira, abang tak sampai lagi ke? tanya Hidayatul Husna tiba-tiba. Natasya Shakilla terdiam. Hatinya semakin tidak keruan, bagaikan ada sesuatu yang kuat mencengkam dadanya. Entahlah, pagi tadi dia sakit perut, jawab Hanis Humaira. Kepala terteleng-teleng mencari kelibat abangnya. Tetamu semakin ramai membanjiri kawasan rumah. Asya! Yap? Tolong akak kat sini kejap! panggil Aniq dari arah dapur. Natasya Shakilla mengangguk lantas meminta diri untuk berlalu. Sekali lagi Hanis Humaira dan Hidayatul Husna saling berpandangan.

RAMAINYA orang , Yez! Dah namanya majlis. Wan, aku nak turun dulu. Perut aku buat hal pulak. Dah, dah. Kat sini aje. Kau carilah tempat park kat mana-mana! arah Harizd. Sebaik sahaja Izuan memberhentikan motosikalnya, dia terus melompat turun. Pintu belakang pun pintu belakanglah... janji jumpa tandas, sudah! Cik, panggil Harizd. Gadis bertudung itu berpaling. Serentak dengan itu, suara mereka kedengaran. Kau?

351

Hot Gimmick

Natasya Shakilla melopong. Pinggan yang berada di tangannya terus terlucut, namun cepat-cepat disambar oleh Harizd. Kau ah, tak kisahlah! Tandas kat mana? Harizd mengerutkan kening. Jatuh maruah aku hari ni. Tak pasalpasal datang ke rumah orang, tanya tandas pulak! Natasya Shakilla yang masih terkejut, hanya mengangkat tangan menunjuk ke arah tandas. Ketika Harizd berlalu pergi pun, dia masih bingung. Apa dia buat kat sini????

ANIQ sibuk menguruskan hidangan untuk tetamu. Walaupun menggunakan khidmat catering, Tuk Wan tetap mahukan hasil tangan tuan rumah. Biasalah orang tua. Sedang dia sibuk mengatur hidangan bersama caterer, namanya dipanggil oleh Atiq. Naam, akhi (Ya, abangku), sahutnya seraya berpaling. Senyuman Atiq dibalas senang. Maza? (Apa?) soalnya pendek. Lihatlah siapa di sini, ucap Atiq. Serentak dengan ucapannya, seorang pemuda menunjukkan wajah dari belakang Atiq. Pemuda itu tersenyum manis, namun terselit sedikit kegelisahan tentang pertemuan mereka. Aniq terkedu. Langsung wajahnya bertukar keruh. Aniq dan Affan, kalian berbuallah dahulu. Ada kerja yang perlu ana lakukan, ujar Atiq, mengundurkan diri. Sambil berlalu, tangannya menyeluk saku seluar lantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa panggilan tidak

352

Shasfa alyahya

dijawab memenuhi skrin telefon. Wajah Atiq serta-merta bertukar serius. Dari kejauhan, dua pasang mata masih lagi saling merenung. Pertemuan dua muka yang pertama selepas enam tahun. Masing-masing terdiam, membiarkan pancaindera mereka yang memainkan peranan. Penghabisannya, Aniq menundukkan wajah, melarikan anak matanya daripada renungan pemuda itu. Tanpa mengeluarkan sebarang kata, dia berpaling untuk pergi. Balqhis! Seruan Zarkasyi terhenti secara automatik. membuatkan langkah Aniq

Encik Z, maafkan saya. Ada banyak kerja yang menanti. Saya minta diri dulu, ujar Aniq tanpa berpaling. Balqhis Ive much to tell you. I want to explain I dont need any explanation! tegas Aniq. Dia segera berlalu pergi, meninggalkan Zarkasyi termangumangu di celahan tetamu. Sampai di halaman belakang, Aniq bersandar lemah pada dinding. Dia menarik nafas panjang, mengumpul sisa-sisa kekuatan. Saat berpaling ke kiri, kelihatan adiknya sedang termenung panjang sementelah tangannya tidak berhenti mengelap pinggan. Asya! Ya? Lepas lap pinggan tu tolong angkat dan susun atas meja buffet ya? pinta Aniq. Tak sanggup rasanya dia kembali ke hadapan. Tidak buat masa sekarang! Yaaa. Natasya Shakilla menjawab malas. Wajah pucat kakaknya dipandang hairan.

353

Hot Gimmick

Hai nasiblah badan dah pakai cantik-cantik pun kena buat kerja omelnya. Pinggan yang tersusun diangkat ke meja hadapan. Teman-temannya apa lagi, makin kuatlah menyakat sebab kena buat kerja! Rajin anak mama hari ni. Lepas ni tolong bawa bakul ni ke belakang dan isikan bekas yang ada potpourri, ya? Ini yang last dah, lepas tu Asya boleh join kawan-kawan. Puan Jalina yang baru datang dari ruang tamu, menepuk bahu anaknya. Natasya Shakilla tersengih kambing sebagai jawapan. Mindanya masih dipenuhi persoalan tentang Harizd yang tiba-tiba sahaja muncul di rumahnya. Bila masa aku ajak dia? Kalau Amier, yalah! Natasya Shakilla bermonolog sendirian. Tanpa sedar, dia terlanggar tubuh sasa seseorang. Bakul yang dipegangnya terlucut dan sekali lagi berjaya disambut oleh pemuda di hadapannya. Natasya Shakilla mengangkat wajah, ingin mengucapkan terima kasih. Tetapi apabila melihat wajah tersebut, niatnya mati sendiri. Apa kau buat kat ini? Automatik soalan itu meluncur keluar dari mulut mereka berdua, dan buat kesekian kalinya serentak. Natasya Shakilla dan Harizd terdiam. Hanya mata yang memainkan peranan, tajam berbalas pandangan. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Nah! Harizd akhirnya mengakhiri pengaliran arus elektrik dari mata mereka. Bakul yang diunjuk bertukar tangan. Harizd tersenyum sinis. Aku lupa, mesti kau datang untuk jadi pekerja, kan? Miss Waitress. Harizd berkata sinis sebelum berlalu pergi.

354

Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menggigit bibir, kemas. Tangannya mengepal erat tangkai bakul, geram dengan sikap Harizd. Argh! Ini rumah aku tau? Eee... bencinya aku!!! Sementara di halaman rumah... Yez, sini! gamit Izuan. Harizd mengangkat tangan merapati sepupunya. Gembira nampak? Dah tak sakit perut ke? sakat Izuan lantas menyiku perlahan rusuk Harizd. Harizd menjeling, takkan nak beritahu? Oh, nilah Ayez? Dah besar, abang langsung tak cam anta (awak - lelaki) tadi! Atiq menepuk-nepuk bahu Harizd. Mereka bersalaman lantas berpelukan, pelukan pertama selepas enam tahun. Zarkasyi yang berada di sebelahnya tersenyum. Kaifahaluka? (Apa khabar?) soal Atiq. Alhamdulillah, ana bikhar ya akhi! (saya sihat sahaja, wahai abangku), jawab Harizd. Pelukan mereka dileraikan. Zarkasyi yang terpinga-pinga menyoal, kamu tahu berbahasa Arab, Harizd? Sir, Harizd ni kalau bahasa apa pun dia minat! Sejak dulu lagi Abang Atiq jadi ustaz bahasa Arab dia. Hah, Miss Jane tak, Mrs. Chue kat sekolah pulak, sifu bahasa mandarin dia. Sekarang ni pulak, dia tengah kuasai bahasa Jepun dan Perancis, terang Izuan dengan panjang lebar. Whoa thats great! Kamu buat cikgu kagum. Zarkasyi menepuk-nepuk bahu Harizd beberapa kali. Mereka meneruskan perbualan sambil menikmati hidangan. Banyak perkara yang menjadi perbualan mereka,

355

Hot Gimmick

terutamanya perjalanan hidup Atiq semasa menuntut ilmu di timur tengah. Namun terselit sedikit perasaan di dalam hati Harizd, rasa ingin bertemu seseorang yang menghuni hatinya. Asya.

TAP!!! Kenapa ni, Kak Asya? Natasya Shakilla menggeleng suapannya seakan pasir yang berdebu. lambat-lambat,

Hanis Humaira dan Hidayatul Husna berpandangan, sedang Arienna dan Ruqyah rancak berbual tentang kakak dan abang Natasya Shakilla yang baru ditemui, langsung tidak mengesan perubahan mendadak pada wajah sahabat mereka itu. Kak Asya okey ke? giliran Hidayatul Husna pula menyoal, pelik melihat tingkah Natasya Shakilla. Natasya Shakilla mengangguk dengan senyum hambar. Hatinya tiba-tiba berasa tidak enak. Kak Asya dah jumpa abang? Dub! Dub!!! Sekali lagi jantungnya berdegup pantas. Hanya gelengan yang menjadi jawapan. Dia datang? soalnya perlahan. Serentak Hanis Humaira dan Hidayatul Husna mengangguk. Hanis Humaira meliarkan mata mencari kelibat abangnya. Jauh di hujung laman, kelihatan Harizd, Izuan, Atiq dan Zarkasyi sedang rancak berbual. Dia mengalihkan pandangan ke arah Natasya Shakilla.

356

Shasfa alyahya

Abang pakai baju Melayu warna biru tua hari ni, sedondon dengan Kak Asya! usiknya. Menjadi pelan dia orang hari ni. Hu hu hu. Biru tua? Natasya Shakilla turut meliarkan mata, mencari orang yang dimaksudkan. Degupan jantungnya semakin pantas. Tak ramai tetamu yang memakai baju Melayu hari ni, lebih-lebih lagi yang berwarna biru tua. Emmm mesti dia sebaya aku. Hah, tu dia! Sedang berbual dengan abang, Sir Z dan Izuan. Kejap! Izuan? Pemuda yang membelakanginya memalingkan wajah ke arah Izuan yang berada bersebelahan dengannya, lantas membuatkan sebelah kiri wajahnya tertangkap oleh pancaindera Natasya Shakilla. Buk! Secara automatik sudu yang dipegangnya terjatuh. Natasya Shakilla terkedu, jiwanya yang berdebar sekejap tadi, berganti dengan perasaan terkilan yang amat sangat. Kak Asya? Asya? Kenapa dengan kau ni? Macam nampak hantu aje? Arienna dan Ruqyah kehairanan. Natasya Shakilla berdiri dengan wajah yang tertunduk. Sorry, Im not feeling well. Excuse me! Tanpa menunggu jawapan, Natasya Shakilla segera berlalu pergi. Kak Asya! Hidayatul Husna turut bangkit, ingin mengekori Natasya Shakilla namun tindakannya mati tatkala tangan Hanis Humaira berpaut erat pada lengannya. Biarkan Kak Asya bersendirian. Hanis Humaira memandang kakaknya dengan pandangan mengharap. Natasya Shakilla sedang berperang dengan

357

Hot Gimmick

perasaannya sekarang ini dan tiada sesiapa yang bisa mengerti gundah jiwanya yang sedang bergolak ketika ini. Hidayatul Husna akur. Kerusinya kembali diduduki. Peristiwa lima tahun lalu kembali menggamit memori, peristiwa yang menyedihkan.

TAK sangka sungguh pengalaman macam itu pun ada! Ha ha ha! Ketawa Izuan meletus. Zarkasyi turut menghamburkan tawa. Ya sebenarnya benda tu depends kat rakan serumah yang kita dapat, tambah Atiq dengan senyuman. Dia ingin menyambung kata, tetapi getaran telefon bimbit dari kocek baju Melayunya membantutkan kata. Berkerut dahinya ketika melihat skrin yang bernyala. Sekejap, ya! ujarnya lantas bangkit. Satu mesej masuk. Atiq menarik nafas panjang, sebelum membaca mesej yang diterimanya. Izhab ilaikal aan. Amamuka Atiq tersentak. Pantas kepalanya didongak ke hadapan. Saat itulah, tepat di hadapannya, seorang wanita bertudung labuh, berhijab melangkah masuk ke halaman rumah. Kemunculannya yang mengejut menarik perhatian para tetamu yang hadir.

358

Shasfa alyahya

Langkahnya yang sopan dan perlahan, kian mendekati Atiq yang tergamam. Suasana riuh sebentar tadi tiba-tiba bertukar sunyi. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah mereka. Atiq menjatuhkan tangannya ke sisi. Matanya dipejam sekejap, sebelum dibuka perlahan. Tak, dia tak bermimpi! Yazmeen.

359

No. ISBN:- 978-967-5067-33-4 Jumlah muka surat: 559 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis:Kehadiran Natasya Shakilla mendatangkan gimik yang besar di dalam hidup Haridz Hakkam. Status Haridz sebagai Ketua Pengawas bukanlah penggugat untuk dia melawan lelaki itu. Pergaduhan yang tercetus di antara dia

dengan 'pengawas besar' itu menimbulkan pelbagai masalah. Manakala hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien Carl dan Wan Izuan Hafiz menerbitkan cemburu di dalam hati para pelajar perempuan. Secara tidak langsung, dia telah pun memasuki kumpulan 3K. Tetapi bagi peminat setia 3K, dia adalah musuh utama mereka! Maka, berlakulah sesi pembulian terhadap Natasya Shakilla dan penyelamatnya, Haridz! Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama berkasih semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu. Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain? HOT GIMMICK akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster! Tengok! Si Killa buat gimik lagi dengan 3K....! Dapatkan HOT GIMMICK di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai