Anda di halaman 1dari 13

1

MINGGU KETUJUH
SYARIAH DAN KEPENTINGANNYA
DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
PENGENALAN DAN KEDUDUKAN
SYARIAH DALAM SAINS DAN
TEKNOLOGI
PRINSIP QAWAID FIQHIYAH
APLIKASI QAWAID FIQHIYAH DALAM
SAINS DAN TEKNOLOGI
PENGENALAN SYARIAH
Syariah dari sudut bahasa berasal dari
perkataan syarak yang bermaksud jalan ke
arah sumber air, atau jalan yang lurus (al
Jathiyah :8)
Menurut Fuqaha syariah bermaksud hukum
yang telah ditetapkan oleh Allah swt
melalui rasulNya untuk hambaNya supaya
mereka mentaati segala hukum dan
peraturan yang terkandung di dalamnya.
KENAPA DINAMAKAN SYARIAT
Kerana ianya betul seperti jalan yang
lurus
Disamakan dengan sumber mata air
kerana ia adalah air adalah sumber
penghidupan manusia
Manusia tidak boleh hidup tanpa air
sebagaimana manusia juga tidak boleh
hidup tanpa peraturan dan hukum.
2
Jenis-jenis Hukum Dalam Syariah
Hukum Tafsiliyah hukum yang terperinci
zakat.
Hukum berkaitan dengan aqidah seperti soal-
soal keimanan
Hukum berkaitan dengan akhlak seperti
Perbuatan mendekatkan diri dengan Allah seperti
ibadah
Manusia sesama manusia seperti jual beli
Hukum Jenayah seperti hudud, qisas dan tazir.
OBJEKTIF SYARIAH
Untuk mendidik manusia
Untuk menjaga lima perkara yang menjadi
tunjang kepada penghidupan manusia :
Menjaga Agama
Menjaga Nyawa
Menjaga Aqal
Menjaga Keturunan
Menjaga harta
Menegakkan Keadilan
Kedudukan Syariah Dalam Sains
dan Teknologi
Sebagai garispanduan kepada ahli sains
dalam melaksanakan ujikaji
Sebagai pembimbing ahli sains dalam
mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada
manusia
Sebagai alat untuk membangunkan sains
Sebagai pendorong kemajuan sains
Membuka aqal manusia untuk menguasai
sains.
Membezakan antara teknologi yang
diharuskan dengan teknologi yang dilarang
3
QAWAID FIQHIYAH
Ialah prinsip-prinsip (kaedah-kaedah)
feqah Islam
Kaedah kulliyah ialah kaedah umum
yang dipraktikkan ke atas masalah detail
Perkara pokok yang dilaksanakan ke
atas masalah cabang atau cawangan
Mauduknya perbuatan mukallaf dan
objeknya ialah hukum syarak
Kepentingan Qawaid Fiqhiyah
Mengembangkan hukum syarak mengikut
perkembangan/keperluan manusia.
Menentukan hukum kepada perkara yang
belum ada hukumnya
Menyelesaikan masalah feqah yang berlaku
dalam masyarakat manusia
Mengatasi kesulitan manusia untuk
menetapkan hukum bagi perkara tertentu.
Kandungan Qawaid Fiqhiyah
Setiap masalah feqah tertakluk pada
prinsip tertentu
Mengetahui prinsip tersebut dan dalil-
dalilnya
Mengetahui sebab masalah itu tertakluk
kepada prinsip tersebut
Mengetahui masalah-masalah lain yang
sama tertakluk kepada prinsip tersebut
4
Prinsip Al Aslu Fil Asya Al Ibahah
Maksud prinsip : asal bagi sesuatu
perkara adalah harus dibolehkan
hingga ada dalil yang menunjukkan
keharamannya.
Berdasarkan kepada mazhab Hanafi
semua perkara diharamkan hingga ada
dalil yang menghalalkannya
Kesan dari khilaf ini ialah perkara yang
didiamkan syara tidak di sebut
Dalil yang menyokong mazhab Syafie
Hadis yang dikeluarkan oleh Al Bazar dan At
Thobrani dari hadis Abu Darda yang
bermaksud
Perkara yang dihalalkan oleh Allah adalah
halal dan perkara yang diharamkan oleh
Allah adalah haram dan perkara yang
didiamkan daripadanya adalah dimaafkan
maka terimalah kamu kemaafanNya kerana
Allah tidak mungkin lupa terhadap
sesuatu
MASALAH YANG TIMBUL
DARI KAEDAH INI
Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada
dua wajah yang asahnya halal menurut al
Rafie.
Binatang zirafah halal ?
Melakukan IVF halal ?
Melakukan pembedahan plastik kosmetik?
Melakukan permandulan ke atas manusia dan
haiwan
5
Prinsip kesukaran mendatangkan
kesenangan
Dalil bagi kaedah ini ialah firman Allah swt :
Masyaqqah kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini
ialah bergantung kepada sebab-sebab syarak antaranya ialah :
Musafir
Sakit
Paksaan
Kelupaan
Jahil
Umumul Balwa
C@ONC +.- N: ) 4OON1^- 4 C@ONC N: ) 4O;ON^-
Yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dharurah mengharuskan tegahan
Dalil kaedah ini ialah firman Allah swt dalam
surah Al Maidah : 3
^}E O7C;- O) O=4^CE` 4OOEN l-g^E4-N` ^6p" Ep) -.- EOOEN _OgOO ^@
maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak
melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Masalah Dari Kaedah Ini
Harus makan bangkai masa dharurat
Harus minum arak kerana terlalu dahaga
di masa ketiadaan air
Harus berubat dengan najis dimasa tidak
ada ubat yang suci
Harus buang dari kapal untuk
menyelamatkannya dari tenggelam
Harus merampas harta orang berhutang
6
Dharurah dikira mengikut keadaannya
Kaedah ini sebagai ikatan kepada
kaedah dharurat mengharuskan yang
ditegah
Makan yang haram sekadar untuk
melepaskan diri dari kelaparan
Harus melihat aurat yang sedikit sahaja.
Prinsip Al Dharar Yuzal
Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan
Satu prinsip yang unggul dapat diaplikasikan
dalam kehidupan manusia dengan jaminan
syarak
Dalil bagi prinsip ini ialah hadis Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Malik
dalam kitabnya Al Muwatta dari Amru bin
Yahya dari bapanya :
Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan
Maksud Prinsip Al Dharar Yuzal
Menghilangkan kemudharatan mungkin akan
menimbulkan kemudharatan yang lain
Timbul pertentangan antara menghilangkan
kemudharat dengan kemudharatan yang akan
muncul
Fuqaha membahagikan yang hendaklah
dihilangkan itu kepada dua :
Am
Khas lebih berat, lebih ringan dan setara.
7
Jika kemudharatan itu Am
Kaedah Feqah ialah : Ditanggung kemudharatan
khas untuk menolak kemudharatan am
Prinsip asal manusia bebas menjalankan aktivitinya
untuk maslahah dirinya sendiri atau menolak
kerosakan daripadanya
Jika dilarang aktivitinya itu, ia akan mendatangkan
kemudharatan khas pada dirinya sahaja.
Tetapi jika dibiarkan aktivitinya, ia akan mendatangkan
kemudharatan am terhadap masyarakat atau negara
Maka dalam keadaan ini hendaklah dilarang dia dari
menjalankan aktivitinya dia hendaklah menanggung
kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan
am.
Contoh Aplikasi Prinsip
Penjual senjata dilarang menjual senjata diwaktu
berlaku perang saudara kerana penjualannya itu akan
memmarakkan lagi peperangan yang berlaku.
Peniaga ditegah untuk menaikkan harga barang
keperluan ketika berlaku kekurangan barang
keperluan
Petani dilarang menanam tumbuhan yang
menghasilkan candu atau dadah
Kerajaan berhak menghalang mufti yang jahil dari
mengeluarkan fatwa atau mengajar orang ramai
melakukan helah dalam syarak.
Kerajaan berhak menghalang doktor yang tidak
diikhtiraf dari membuka klinik kepada orang
ramai
Semua perkara yang melibatkan kemudharatan
am terhadap masyarakat samada dalam agama,
nyawa, aqal, keturunan dan harta benda
hendaklah ditegah kepada individu
Kerajaan berhak mengambil tanah dan
membayar pampasan untuk tujuan
pembangunan
Kuarantin untuk elak penyakit merebak
8
Melarang dari membangunkan kilang di kawasan
perumahan kerana takut akan berlaku pencemaran ke
kawasan perumahan tersebut.
Membunuh mergastua milik individu untuk mengalakan
virus H5N1.
Larangan monopoli individu terhadap keperluan umum
Larangan menyembunyikan barang untuk menaikkan
harga
Rasulullah menghalau khunsa dari Kota Madinah
kerana mencemarkan
Saidina Umar Al Katttab menghalau orang yang
menyeru orang ramai melakukan perkara-perkara bidah
Kaedah Feqah : Kemudharatan Lebih Berat Dihilangkan
Dengan Kemudharatan Lebih Ringan
Al Dharar Al Ashad Yuzalu Bi Dharar Aqaf.
Maksud Prinsip : apabila kemudharatan yang
lebih berat tidak dapat dihindarkan kecuali
dengan melakukan kemudharatan yang lebih
ringan maka ditanggung kemudharatan yang
lebih ringan itu untuk menolak atau
menghindarkan kemudharatan yang lebih
berat.
Contoh Aplikasi Kaedah Ini
Memenjarakan lelaki yang tidak membayar
nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.
Menanam pokok di tanah orang lain, bila tuan
tanah ambil semula tanahnya
Ayam telan mutiara/belian, tuan mutiara/belian
beli ayam dari tuanpunya ayam tersebut untuk
menyembelihnya
Wanita yang hamil meninggal dan anak dalam
perut masih hidup
Menebang pokok yang ditanam hampir
dengan jalanraya dengan membayar gantirugi
9
Kaedah Feqah : Aqaffu Dharurain
Maksud : apabila ada pertentangan
antara dua kerosakan(mafsadah)
hendaklah dilakukan kerosakan yang
lebih ringan untuk mengelakkan
kerosakan yang lebih berat.
Melarang kemungkaran, boleh
membawa fitnah diamkan sementara
Orang luka menunaikan sembahyang
Kaedah Feqah :
Al Dharar La Yuzalu Bid Dharar
Maksud : kemudharatan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudharatan yang
lain.
Tanpa menimbulkan kemudharatan lain
Menimbulkan kemudharatan yang lebih
ringan
Menimbulkan kemudharatan yang setara
Contoh Menimbulkan kemudharatan
yang setara
Dua orang sakit, Ali dan Yusuf perlu ubat yang sama
tetapi ubat itu kepunyaan Ali, tidak harus diambil ubat
Ali untuk diberi kepada Yusuf
Dua orang yang sangat lapar, Amer dan Saad, ada
makanan yang sedikit dan kepunyaan Saad, tidak
harus diambil makanan Saad untuk diberi kepada
Amer
Seorang memaksa Kasim membunuh Dolah, tidak
harus Kasim membunuh Dolah untuk menyelamatkan
dirinya sendiri
tidak orang yang terlalu lapar memotong dagingnya
sendiri untuk dimakan
10
Kecualian Prinsip Ini : Pertama
Orang yang melakukan mudharat ke
atas orang lain secara sengaja atau
tersalah harus dihilangkan dengan
mudharat yang serupa
Contoh : menggantikan barang
dirosakkan secara sengaja atau tidak
Rumah bertingkat buat ubahsuai
sehingga merosakkan rumah orang lain,
wajib dia membayar kerosakan itu.
Kecualian Prinsip Ini : Kedua
Yang terkena mudharat terpaksa
menghilangkannya, jika ia mengeluarkan
perbelanjaannya sendiri bolehlah dia
meminta separuh dari pihak satu lagi
Contoh : tembok antara dua rumah
runtuh, lalu diperbaiki oleh seorang
daripada mereka, maka dia berhak
menuntut separuh dari jirannya.
Ulasan Fuqaha
Ibnu Subkhi : Dari kaedah kemudharatan tidak
dihilangkan dengan kemudharatan dikecualikan
daripadanya apabila salah satunya lebih besar
kemudharatan.
Ibnu Al Kitan : mesti dikaji yang mana satu lebih
ringan dan yang mana satu lenih berat oleh itu
diperundangkan qisas, hudu untuk memerangi
pemberontak, perompak tengah jalan, syufah, fasaq
kerana kecacatan benda, fasaq kerana suami tidak
mampu, memaksa orang untuk membayar hutang,
memaksa membayar nafkah yang wajib, harus orang
kebuluran mencuri, tuan rumah memotng pokok orang
lain yang menghalang udara memasukki rumahnya,
membedah perut mayat yang menelan harta
11
Kaedah Feqah : Menolak Kerosakan Lebih
Utama Dari Mendapatkan Kemaslahatan
Maslahah ialah perkara yang boleh
mendatangkan faedah kepada manusia
Bila berlaku pertentangan antara kerosakan
dan maslahah maka hendaklah dipentingkan
menolak kerosakan
Rukshah bila berlaku masaqqah
Berhenti solat untuk menyelamatkan orang
yang lemas atau untuk menangkap pencuri
Contoh Aplikasi Kaedah
Tidak boleh buka jendela rumah takut
aurat
Dilarang ubahsuai rumah sehingga
menyebabkan rumah jiran menjadi tidak
selesa.
Solat empat rakaat pada empat qiblat
Doktor yang terpaksa melihat aurat
semasa melakukan rawatan
Qawaid Fiqhiyah Yang Lain
Yang Yakin Dihilangkan Dengan Syak
Kesukaran Mendatangkan Kesenangan
Kemudharatan Dihilangkan
Hajat Menepati Dharurat
Adat Diakui
Yang Terkenal Dalam Uruf Seperti Yang
Terkenal Dengan Syarat
Ijtihad Tidak Dibatalkan Dengan Ijtihad
12
Apabila Terhimpun Antara Yang Halal Dengan
Yang Haram Dikira Haram
Apabila Berhimpun Antara Yang Menegah
Dengan Yang Menghendakki Diutama Yang
Menegah
Tindakan Yang Dilakukan Oleh Khalifah
Terhadap Rakyat Terpulang Kepada
Masalahah
Hudud Digugurkan Oleh Syubhah
Hasil Setimpal Dengan Jaminan
Kemudahan dan Kesenangan Tidak Dihubungkan
Dengan Maksiat
Redha Dengan Sesuatu Sama Dengan Redha
Dengan Segala Yang Berikutnya
Perkara Yang Disabitkan Dengan Syarak Diutamakan
Daripada Yang Sabit Dengan Syarat
Yang Ditugas Tidak Ditugaskan
Sesiapa Yang Bertindak Terhadap Sesuatu Perkara
Sebelum Daripada Masanya Dibalas Dengan
Sebaliknya
Tidak Boleh Diakaui Berat Sangka Yang Ternyata
Salahnya
Yang Senang Tidak Gugur Dengan Yang
Sukar
Menutup Pintu Kerosakan
13
Kesimpulan
Kaedah Feqah Islam berlandaskan
kepada sumber utama Al Quran dan
Hadis,
Dikembangkannya ke dalam seluruh
aktiviti manusia mukallaf.
Setiap perbuatan mukallaf ada
hukumnya.
Wassalam

Anda mungkin juga menyukai