Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Alhamdulilah,dengan kudrat dan iradatNya dapat saya dan kawan-kawan melaksanakan satu ujian SEGAK di Sekolah Kebangsaan

Parang Putting, Pengkalan Chepa. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pensyarah pebimbing iaitu Encik Khairul .Program ini dilaksanakan ke atas murid tahun 5 dan tahun 6 seramai lebih kurang 50 orang murid.Program SEGAK ini merupakan satu ujian kecergasan yang dilaksanakan ke atas murid untuk menguji keupayaan dan perkembangan murid tersebut setiap tahun. Setibanya,di sekolah itu,saya dan rakan-rakan telah disambut dengan mesra oleh guru-guru di sana. Sifat peramah yang ditunjukkan oleh guru-guru di sana membuatkan saya rasa sangat dihargai.Hal ini menambahkan lagi semangat untuk melaksanakan program tambah-tambah pula dengan keadaan cuaca yang baik pada hari tersebut. Program dimulakan dengan taklimat ringkas terhadap murid yang terlibat tentang objektif dan tentatif program pada hari itu.Hal ini bagi memastikan semua murid tahu objektif mereka mengikuti program ini.Hal ini juga penting agar kerjasama dari murid-murid dapat diberikan agar program dapat berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama adalah pemanasan badan melalui senam aerobik.Senam

aerobic dijalankan menggunakan muzik yang menyeronokkan murid-murid.Muridmurid kelihatan sangat bersuka ria sambil melakukan regangan badan

mereka.Mereka Nampak lebih berminat dan memberikan kerjasama yang baik.Hal ini penting dilakukan oleh setiap guru sebelum memulakan P&p kerana dengan set induksi yang seterusnya. Selesai memanaskan badan murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.Kumpulan kecil ini bertujuan memudahkan perjalanan ujian SEGAK yang mempunyai 4 stesen iaitu naik turun bangku, tekan tubi, rengkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.Semua stesen ini adalah ujian yang harus dilaksanakan oleh murid bagi melihat keupayaan dan potensi diri masing-masing.Setiap hasil ujian direkodkan berdasarkan skor yang telah ditetapkan. menarik dapat menambah minat murid untuk meneruskan aktiviti

Ujian yang dilakukan oleh murid menghasilkan keputusan yang baik.Muridmurid dpat melakukan setiap ujian dengan baik.Kerjasama yang murid berikan memudahkan perjalanan program ini. Kerjasama dari kawan-kawan juga jelas

terlihat sepanjang program ini dilaksanakan.Setiap guru pelatih menjalankan tanggungjawab masing-masing.Sifat bertanggungjawab ini sememangnya harus dipupuk dalam diri seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Disamping mengfokuskan ujian ini,murid-murid juga diterapkan dengan nilainilai murni seperti nilai kerjasama,hormat-menghormati,bertanggungjawab dan sebagainya.Sebagai murid,mereka seharusnya dididik dari awal tentang nilai-nilai ini agar memperoleh masa depan yang baik.Akhir kata, program ini dapat meningkatkan murid yang cergas dan cerdas .Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.Sekian,Terima kasih.

Disediakan Oleh : . (Muhammad Haikal Bin Rahmat Nafi)

Anda mungkin juga menyukai