Anda di halaman 1dari 11

KAEDAH DEMONSTRASI

Jenis Demonstrasi
Model Simbolik Model Hidup
Demonstrasi

Model Persepsi

Model Hidup
Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Model-model seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain.

Model Simbolik
Model ini adalah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya, semasa waktu pelajaran Pendidikan Jasmani, guru memberi arahan langkah demi langkah supaya muridmurid mencontohi dan melaksanakannya.

Model Persepsi
Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Misalnya, menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m dengan menunjukkan gerakkan tangan secara perlahan-lahan mengikut tayangan video.

Contoh Kaedah Demonstrasi

Pendahuluan

Demonstrasi

Demonstrasi Pengajaran

Ulangan demonstrasi dan butiran yang penting

Penutup

Pendahuluan
Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah. Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.

Demonstrasi
Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar. Ikut cara prosedur dan piawai. Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan.

Demonstrasi dan Pengajaran


Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya. Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan. Menerangkan dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang dilakukan. Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan sebenar. Mengaitkan antara kemahiran yang baru dan pengalaman yang lepas.

Ulang Demonstrasi dan Butiran Yang Penting


Ulang perlakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit. Membuat demonstrasi untuk memberi pandangan yang berlainan. Beri butiran penting.

Penutup
Ulang butiran penting. Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai