Anda di halaman 1dari 43

"10 AMALAN YANG TERBALIK" Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian

kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalaukalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 1

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Rabu, 2009 Oktober 14


SUATU IKHTIBAR (KISAH MENARIK DI MEKAH) Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam masjidil haram. Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju. Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari. Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu. Ini merupakan kisah benar dan banyak lagi kisah menarik Dato' Dr Harun Din yang ingin saya paparkan daripada ceramah dan tulisan beliau. Wassalam. Diterbitkan Kembali dari Sumber: Ghafar Jkebun.utm Menurut Haji Kamal (lihat foto), dia kerap pergi ke Tanah Suci untuk beribadah kerana berasa seronok dapat mendekatkan diri dengan Allah. Beliau juga pernah menyaksikan jenazah dikebumikan di Mekah. Kita ikuti pengalaman Haji Kamal bersama para jemaah sewaktu di Mekah untuk kita 3

jadikan ikhtibar. Ada tiga peristiwa yang diceritakannya. CERITA HAJI KAMAL : 1. PENGALAMAN pertama kali saya mengerjakan umrah di Mekah...saya melihat sendiri bagaimana seorang kawan lelaki telah kehilangan isterinya selepas kami bersolat berjemaah di dalam Masjidilharam. Saya tak ingat masa tu solat apa... tapi harinya siang. Sama ada solat fardu Zuhur atau Asar. Lelaki itu bersolat dengan saya di saf lelaki dan isterinya di kawasan saf perempuan yang berdekatan. Sebelum solat , mereka sudah berjanji untuk berjumpa di tempat biasa mereka menunggu iaitu di sebuah tiang dalam Masjidilharam. Kemudian, selepas habis solat, suaminya bersama saya puas menunggu di tiang masjid itu tapi isterinya tak muncul-muncul. Lama juga kami menunggu. (Foto kanan kelihatan Haji Kamal (kiri) di Dataran Kaabah bersama jemaah Umrah) Selepas itu, saya dan suaminya pergi mencari isterinya. Kami berdoa kepada Allah agar dapat jumpa isterinya. Merata juga kami mencari... sampailah ke kawasan dataran Kaabah. Akhirnya kami ternampak isterinya sedang berdoa minta ampun kepada Allah dan berharap agar dapat bertemu semula suaminya. Tempat dia berdoa, tidak jauh dari Hijir Ismail. Bila sudah berjumpa dengan suaminya, dia bersyukur kepada Allah. Dari cerita yang saya dengar... si isteri itu, selepas solat fardu dia pergi cari tiang di tempat yang dijanjikan untuk berjumpa suaminya...tapi tak jumpa tiang itu. Rupa - rupanya... dia telah melakukan kesilapan. Sewaktu sebelum solat fardu, dia telah ternampak jemaah wanita berkulit hitam di dataran Kaabah. Kemudian hatinya berkata-kata yang tidak elok terhadap wanita itu. JUWIE : Itulah sebabnya... kita tak boleh berprasangka buruk terhadap sesiapapun walaupun di dalam hati. Allah membalas segera di Tanah Suci. ____________________________________________________ Ramai wanita berkulit hitam mengelilinginya 2. PADA suatu musim haji, ada seorang jemaah haji wanita bercerita kepada saya. Katanya, sewaktu dia nak solat sunat di dalam Masjidilharam... tiba-tiba semasa hendak mengangkat takbir...tiba tiba datang dua orang Mak Itam (jemaah wanita berkulit hitam) duduk di kiri dan kanannya. Dia rasa tak selesa melihat Mak Itam itu. Kemudian dengan segera dia pindah ke tempat saf lain. 4

Di tempat itu pula... sewaktu dia berdiri nak mulakan solat sunat... tiba-tiba datang lagi ramai Mak-Mak Itam di kelilingnya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan terus bersolat. (Foto kanan Haji Kamal (dua dari kanan) di Gua Tsur, Mekah) JUWIE : Itulah... kita tidak boleh memandang rendah, hina atau jijik kepada hamba Allah. Mungkin orang itu lebih mulia hatinya di sisi Allah daripada kita. Sikap manusia memandang rendah pada orang lain sesame saudara Islam kerap berlaku di manamana. Walaupun kulitnya hitam legam tapi mungkin hatinya putih bersih bercahaya. Di Tanah Suci... siapa yang datang ke Rumah Allah (Baitullah)... semuanya adalah tetamu Allah. Sepatutnya kita menjalinkan silaturrahim yang ikhlas. Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara dan tidak boleh dihinakan atau dianiaya. Juwie sendiri pernah banyak kali orang mengata macam macam sewaktu di Tanah Suci. Tapi akhirnya ada yang menangis minta maaf pada Juwie. Entah apalah agaknya yang telah menimpanya. Wallahualam. Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah tidak memandang paras rupa dan hartamu tetapi Allah memandang kepada hati dan amalmu yang ikhlas. -(Hadis bilangan 2194 riwayat Muslim) Satu lagi hadis Nabi s.a.w. yang sangat perlu kita renungkan dan ingat sampai bilabila... agar sikap angkuh kita dapat berubah dan menjadi tawaduk : Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim adalah bersaudara kepada sesama muslim. Oleh kerana itu, janganlah menganiayanya, jangan membiarkannya teraniaya dan jangan menghinanya (saudara muslim kita) Takwa tempatnya di sini! (Sambil beliau menunjukkan jari ke dadanya sebanyak tiga kali). Alangkah besar dosanya menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya. - (Hadis bilangan 2193 riwayat Muslim) _____________________________________________________ Suami bingung tak jumpa jalan balik ke hotel 3. SATU lagi peristiwa sewaktu saya mengerjakan umrah bersama isteri saya Rohana Daud (51) Cerita ini elok untuk dijadikan ikhtibar kepada pasangan suami isteri yang nak pergi ke Mekah. Sebab itu saya tak sebut nama mereka, tetapi sekadar ambil ceritanya untuk menjadi peringatan dan ikhtibar kepada kita semua. 5

Ada sepasang suami-isteri telah berselisih faham sewaktu di sebuah hotel penginapan mereka di Mekah. Mereka pergi ke Masjidilharam bersama-sama untuk bersolat Zuhur tapi dalam keadaan mood yang tidak baik. Mereka berjanji untuk berjumpa di tempat biasa di Masjidilharam apabila telah selesai bersolat nanti kerana nak pulang ke hotel bersama-sama macam biasa. Selepas habis solat, isterinya pulang ke hotel seorang diri. Semasa di dewan makan...pada waktu tengah hari (selepas Zuhur), isterinya bercerita... dia tak jumpa suaminya di tempat yang telah dijanjikan. Selepas mendengar cerita itu, saya pergi ke Masjidilharam untuk tolong carikan suaminya. Puas saya cari suaminya di dalam masjid tapi tak jumpa. Dah lebih dua jam kemudian bila saya keluar dari masjid... saya pergi ke suatu tempat... barulah ternampak si suami sedang duduk dekat batu. Saya tanya dia... dia kata... dia tengah bingung... sebab dia tak jumpa jalan untuk balik ke hotel. Lepas tu saya bawa dia balik ke hotel bertemu semula dengan isterinya yang sedang risau. Rasulullah s.a.w. bersabda : Jangan marah! JUWIE : Gelagat orang marah-marah atau berselisih faham banyak kali Juwie tengok di Mekah. Di Tanah Suci dan di mana jua seeloknya kita sentiasa berbaik-baik dan tidak marah-marah atau bergaduh. Kita perlu ada kekuatan iman yang tinggi untuk kawal perasaan marah yang dihasut oleh syaitan. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang kuat bukanlah orang yang menang berkelahi (bergaduh) tetapi orang yang kuat ialah (orang) yang dapat menguasai (mengawal) dirinya ketika sedang marah. -(Hadis bilangan 1715 riwayat Bukhari) Dari Abu Hurairah r.a. (katanya), ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : Berilah saya wasiat (petunjuk dan ajaran)! Beliau (Nabi s.a.w.) bersabda: Jangan MARAH!! Ucapan itu beliau ulang berkali-kali. -(Hadis bilangan 1716 riwayat Bukhari) Bila dalam keadaan marah dan gaduh-gaduh, Rasulullah s.a.w. anjurkan baca: Audzubillahi minasy syaithonirrajim (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang terkutuk) Allah tambahkan kemuliaan kepada orang yang pemaaf 6

SEELOKNYA cepat-cepatlah kita saling bermaafan dan lupakan perselisihan. Jadilah hamba Allah yang tawaduk.

Orang yang pemaaf, Allah tambahkan kemuliaan dan or tawaduk Allah tingkatkan darjatnya seperti disebut dalam hadis berikut:

ang

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang. Seorang pemaaf, Allah tambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendah diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya. -(Hadis bilangan 2218 riwayat Muslim). (Foto kanan ialah Hotel Zam-Zam Towers, bangunan hotel tertinggi di Mekah).

Wednesday, September 30, 2009 Ghaib di Mekah, muncul di Pahang (Ikhtibar) Cerita ini adalah ringkasan daripada sebuah cerita yang saya dengar melalui seorang Ustaz terkenal yang tidak mahu namanya disiarkan.Kisahnya mengenai seorang jemaah haji, saya namakan Ahmad yang hobinya suka berjalan-jalan. Memanglah tujuan seseorang pergi menunaikan fardhu haji bukan untuk berjalan-jalan makan angin, melancong atau membeli-belah tetapi untuk beribadat dan memohon keampunan daripada Allah.Sebaik selepas sembahyang, tawaf atau sai dia lesap entah ke mana hinggakan kadang-kadang 2-3 hari tak nampak batang hidung. Bila ditanya, dia akan menjawab,"Eh, tak pergi mana-mana.Saya ada.Tadi pergi jalan-jalan kejap".Lama-lama hobinya itu semakin mengasyikkan.Dari kota Makkah dia merayau-rayau sehingga keluar kota sampai ke padang pasir.Suatu hari rakan jemaah melaporkan si Ahmad ini tak balikbalik tanpa memberitahu sesiapa.Berbagai usaha dijalankan untuk mencari Ahmad tapi tak berhasil.Akhirnya pada suatu hari mereka dikejutkan apabila menerima panggilan telefon dari tanahair. Rupa-rupanya Ahmad yang menelefon dari Malaysia."Saya sihat ni,dah balik ke Pahang",dia memberitahu.Dia meminta maaf kerana kehilangannya telah menyusahkan rakan-rakannya. Menurut cerita Ahmad,dia pulang ke Malaysia bukan menaiki kapal terbang atau kapal laut tetapi berjalan kaki mengikut sebuah lubang di padang pasir semasa berada di tanah suci.Ahmad bercerita, semasa dia tersesat,dia cuba mancari jalan pulang tetapi gagal sehingga semakin jauh pula perjalanannya.Setelah kepenatan,tiba-tiba dia ternampak satu lubang besar di tengah padang pasir itu dan juga terdapat seseorang yang melambaikan tangan ke arahnya.Dia mengikut lelaki itu dengan harapan dapat pulang 7

ke hotel penginapannya.Semakin jauh dia berjalan terasa perjalanannya semakin asing dan bukan di kawasan padang pasir lagi.Akhirnya dia menemui sebuah perkampungan di bawahnya.Keadaan di sekitarnya tidak ubah seperti di kampung halamannya di Pahang.Rupa-rupanya memang benar dia telah berada di kampungnya dan terus berjalan pulang ke rumahnya.Yang menghairankan,! siapakah lelaki yang membawanya masuk ke dalam lubang di padang pasir itu?Jinkah?Ibliskah?Atau malaikat?Sesungguhnya tiada siapa dapat memberikan jawapannya dengan tepat kecuali Allah jua.Oleh itu,walau apa pun pekerjaan yang kita buat, nawaitu kita mesti betul.Apatah lagi semasa mengerjakan haji.Sebelum berangkat ke tanah suci,awal-awal lagi hendaklah kita berniat:Bahawa aku pergi ke Makkah ini hanyalah untuk mengerjakan haji,bukan untuk berjalan-jalan atau melancong dsb.SEKIAN,TERIMA KASIH Cerita ni saya dapat dari kawan2,buat renungan bersama ...... Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tibatiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. 8

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang kakak pergi haji ini?" "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi." 9

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah." "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama 10

dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. "Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat." Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi 11

macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa." "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..." "Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam." Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat. REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." Prev: Hargailah isteri anda...... Next: Wajah & hati yang cantik & rahsia 13

View Full Version : Kisah Dari Tanah Suci: Berkat Sayang, Muliakan Kucing cannondale 29-02-08, 11:28 PM 12

Sempena wukuf Arafah (18 Disember 2007) dan Hari Raya Korban esoknya (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu. Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan. Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. 13

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya. Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

Akibat Mulut Celupar August 31st, 2010 at 11:20 am | Muslim | 55 responses Pastinya sudah banyak cerita dan kisah yang kita sudah dengar mengenai kes-kes pelik yang berlaku sepanjang mengerjakan ibadat haji atau umrah dan ziarah sama ada melalui bahan pembacaan mahupun cerita dari mulut ke mulut. Artikel kali ini saya ingin kongsikan cerita ringkas mengenai akibat mulut celupar yang baru sahaja saya dengar semasa menghantar ibu di KLIA semalam.

Semasa sesi taklimat kepada jemaah umrah dan ziarah semalam, salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah dalam sesi taklimat telah menasihatkan para jemaah supaya bersabar dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah nanti. Ustaz tersebut juga sempat bercerita kes terbaru yang berlaku kepada salah seorang jemaah untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada jemaah yang lain. Katanya lagi cuaca di tanah suci mekah sekarang ni memang agak panas dan lebih panas dari cuaca di malaysia ini. 14

Ustaz menasihatkan para jemaah supaya kurangkan merungut dengan hal-hal sedemikian, kerana mengikutnya sebelum ini ada seorang jemaah yang suka merungut dan tidak tahan dengan keadaan cuaca yang panas di tanah suci mekah pada ketika ini. Bukan setakat merungut, jemaah tersebut juga minta supaya ditukarkan hotel yang lebih sejuk dan selesa. Walaupun sudah dua kali bertukar hotel namun dia masih juga merungut dengan keadaan panas tersebut. Mungkin kerana berasa tertekan dengan kepanasan, dia juga sering memarahi pihak syarikat yang menguruskan umrah dan ziarahnya dan sampai satu tahap dia dengan penuh emosi dan perasaan telah mengatakan bahawa kalau macam tu punya keadaan panas, lebih baik dia tidak datang ke mekah. Selang beberapa ketika dia berkata demikian, tiba-tiba dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri, doktor sudah memeriksa keadaannya namun tidak menemui sebarang komplikasi penyakit tertentu namun dia sehingga sekarang masih belum sedarkan diri sedangkan para jemaah lain serombongan dengannya sedang bersiap untuk pulang ke tanah air. Oleh yang demikian, ustaz berkenaan menasihatkan para jemaah supaya sentiasa tenang dan mengawal diri dan emosi sepanjang menjadi tetamu Allah di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.

oyol Mekah mengamuk di kampung Kisah yang ingin saya paparkan adalah mengenai toyol, iaitu syaitan yang menjelma sebagai budak kecil bermuka hodoh dan berkepala botak. Kerjanya curi duit. Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah. Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut. Pak Aji yang membawa balik toyol Mekah itu memang saya kenal sebab dia tinggal tidak jauh dari kampung saya. Tambahan pula saya selalu juga pergi ke kampung tersebut untuk berkunjung ke rumah saudara mara saya di situ. Jadi latar belakang dan kisah mengenainya memang sangat saya maklum. Lelaki terbabit umurnya dalam lingkungan 50-an dan sudah punya keluarga. Kehidupannya tidaklah sesusah mana tapi agaknya kerana ingin cepat kaya, dia pergi ke Mekah dengan membawa niat yang buruk. Subhanallah... dia ke sana sebab nak cari toyol, Bila sampai di Mekah, benda pertama yang lelaki itu cari bukannya haji mabrur, tapi besi tajam yang digunakan untuk mencucuk daging kebab. Besi itulah yang akan dipuja menjadi toyol. Tapi Mekah adalah tempat yang sangat makbul permintaan kita. Apa sahaja hajat kita, insya-Allah akan tercapai. Kalau kita nak baik, dapatlah yang baik dan kalau kita nak yang buruk, dapatlah yang buruk. Begitu juga lelaki tadi. 15

Setelah puas mencari ke sana ke mari, akhirnya lelaki itu berjaya membawa balik beberapa batang besi tersebut. Bila waktu berangkat pulang ke Malaysia, dia pun balik tapi bila sampai saja di rumah, dia pun mulakan perbuatan kejinya itu. Dengan menggunakan kebolehan dalam jampi serapah dan mentera, besi itu dipuja. Saya difahamkan, besi kebab itu kemudiannya telah dipacakkan oleh lelaki tadi di empat penjuru kebunnya yang seluas dua ekar sebagai 'pagar'. Akibatnya, sesiapa yang masuk ke kebunnya tanpa minta kebenaran habis dirasuk oleh penunggu kebunnya itu. Sains memang tak terima kalau kita katakan ia berlaku kerana syaitan dan jin, tapi ini benda ghaib. Ini syaitan yang tak boleh diuji oleh sains. Ingatlah walau apa objek sekalipun, tak kiralah besi, pokok, kayu, batu atau apa saja, kalau kita puja dengan penuh keyakinan, syaitan atau jin akan datang. Misalnya keris... macam mana ia boleh terbang? Tentulah sebab dipuja... sebab syaitan datang menjadi penunggunya dan terbangkan keris itu. Syaitan ini boleh menjelma dalam macam-macam bentuk. Dipuja, diasap dengan kemenyan maka datanglah ia. Begitu jugalah dengan besi kebab tadi. Setelah 'dipagar' dengan besi kebab, kebun lelaki tadi yang biasanya boleh keluarkan hasil dalam RM2,000 hingga RM3,000 sahaja mula mengeluarkan hasil yang menakjubkan. Dengar cerita pernah dia dapat hasil sampai RM8,000 hingga RM10,000. Siapa yang kerjakan kebunnya? Wallahuallam. Saya difahamkan, besi itu juga dipuja hingga menghadirkan toyol. Sejak itu banyaklah penduduk kampung tersebut mengadu kehilangan wang. Pantang malam, ada saja duit penduduk kampung yang kena curi. Kisah ini makin hangat dan setelah siasatan demi siasatan dibuat, dan dari cara kecurian itu berlaku, tahulah mereka ia berpunca dari perbuatan toyol. Orang-orang yang 'pandai' dalam ilmu-ilmu ghaib juga berusaha mencari punca kejadian tersebut. Akhirnya mereka berjaya menemui jawapannya. Memang sah ia dilakukan oleh toyol dan pemilik toyol tersebut adalah rakan mereka sendiri. Begitu juga bagi mangsa toyol yang dibukakan hijab. Mereka nampak toyol itu sedang mencuri. Malah ada penduduk kampung yang nampak selepas mencuri, toyol tadi melarikan diri ke rumah lelaki berkenaan. Sedang orang kampung gelisah dengan gangguan toyol, kehidupan lelaki terbabit semakin mewah. Wangnya makin banyak, hasil kebunnya pun makin menggalakkan. Tapi Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Harta yang didapati dengan cara yang diharamkan hanya akan membawa musibah. Apatah lagi jika bersahabat dengan syaitan. Agaknya setelah hidup semakin mewah, lelaki tadi lupa atau mungkin juga tidak mahu menunaikan permintaan toyol belaannya. Dari apa yang kita tahu, permintaan toyol ialah menyusu, dari susu isteri lelaki tadi, dan juga darah yang disedut dari ibu jari kaki. Kalau dah minta selalu, tiap-tiap hari, tentulah tak tahan dibuatnya. Kerana kehendaknya tidak dipenuhi, maka toyol mula mengamuk dan mengganggu penduduk kampung. Budak-budak lalu depan rumah lelaki tadi, kena usik toyol, kena rasuk. Mata terbeliak. Ipar saya juga pernah ternampak toyol itu. Kejadian tersebut berlaku pada satu pagi semasa dia nak menghantar anaknya pergi ke sekolah. Ketika itu si toyol sedang bertenggek di atas sebatang pokok. Bukan dia saja, malah budak-budak yang lalu di kawasan berkenaan juga nampak toyol tersebut. Habis semua menjerit-jerit ketakutan. Ada juga kanak-kanak yang masuk tandas kena gigit kakinya dengan toyol. Budak-budak... bila sakit, takut, teruslah menangis. Kejadian orang kampung, khususnya orang-orang alim, yang nampak toyol itu 16

melarikan diri ke rumah lelaki tadi menguatkan lagi sangkaan mereka. Tapi orang kampung ni memang baik, ada sopan santun dan tolak ansurnya. Walaupun bukti sudah di depan mata, mereka tak pergi serang rumah lelaki tadi, tapi memulaukannya. Apabila lelaki berkenaan mengadakan kenduri, orang kampung tak datang. Bila orang kampung buat kenduri, mereka tak jemput dia. Pendeknya ke mana saja dia pergi, orang akan menjauhinya. Malas nak bercampur dengan dia. Ketika itu lelaki berkenaan memang betul-betul tersisih. Hidup dengan dunia sendiri, dengan toyol, jin serta syaitan belaannya. Apa yang dilakukan oleh lelaki tadi dan kekecohan yang melanda kampung berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan adik beradik dan saudara maranya. Apalagi... melentinglah mereka. Malu dengan perbuatan lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi abangnya yang memang terkenal dan punya kedudukan. Kerana sudah tidak tertahan dengan perbuatan adiknya yang memalukan mereka, pada suatu hari si abang datang ke rumah adiknya itu. Bila sampai... teruklah lelaki berkenaan kena marah. Si abang mendesak adiknya itu supaya segera bertaubat, minta ampun kepada Allah, insaf dan pulangkan balik besi kebab yang diambilnya dari Mekah untuk 'memagar' kawasan kebun dan dipuja hingga datang toyol. Mula-mula memanglah lelaki tadi tak mahu dengar nasihat abangnya tetapi setelah puas dinasihati, akhirnya dia akui kesilapannya. Apatah lagi bila sedar masa itu kehidupannya walaupun mewah, tapi tidak bermakna sebab orang kampung pulaukan dia dan keluarganya. Tambahan pula dia memang ada asas agama serba sedikit,jadi terfikir juga dia akan kesilapannya itu. Akhirnya lelaki itu balik ke pangkal jalan. Dia bawa balik besi kebab itu ke Mekah. Bertaubat bersungguh-sungguh di depan Kaabah, menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Alhamdulillah, selepas kembali dari Mekah, lelaki tersebut berubah. Kecurian akibat toyol atau orang dirasuk syaitan juga tidak berlaku lagi. Lelaki berkenaan pun sudah diterima balik oleh penduduk kampung. Apa yang nak saya timbulkan di sini ialah, inilah kesan pengaruh harta yang buatkan kita lupa hingga sanggup menggunakan jalan yang salah. Tambahan pula bagi kita yang asas tauhidnya lemah. Lelaki tersebut agaknya dulu terpengaruh nak kaya cepat, jadi dia buatlah kerja guna toyol. Tuhan tak merestui. Tapi kaya pun nak buat apa kalau masyarakat tidak suka dengan kita. Bagaimanapun, saya kecewa kerana kisah seperti ini masih berlaku lagi. Sampai sekarang masih ada jemaah haji yang bertanya kepada saya kat mana nak dapatkan cucuk sate di kota Mekah. Saya tau dah, kalau orang tanya pasal cucuk sate di Mekah memang dia nak buat 'pagar' kawasan kebun atau rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka nak cari kekayaan. Cucuk sate itu walaupun cuma lidi, buluh, tapi kalau dipuja dengan penuh keyakinan, syaitan akan datang. Mungkin ada yang beranggapan cerita ini karut, khurafat, tapi ingin saya tegaskan sekali lagi kejadian membawa toyol dari Mekah memang betul-betul terjadi. Dan saya rasa saya perlu ceritakan kisah ini supaya kita semua sedar bahawa itu adalah haram. Harta yang dikumpul dengan jalan haram akan dibalas juga oleh Allah dengan balasan yang buruk. Janganlah kerana harta dunia kita sanggup menjadi hamba kepada syaitan. Seorang ustazah yang bertudung labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap khalwat di Kuala Lumpur hari ini. Sekadar gambar hiasan Ustazah terlampau ini sebelum itu mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah 17

rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu. Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami. Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur. Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan keduaduanya dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai. Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil. Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan danmenagih simpati.Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu. Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat, katanya. Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu menegakkan benang basah dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya. Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

KISAH 3 ( IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH ) Diambil dari CYberita Singapura Online Jemaah yang suci hatinya dapat bantuan dan sambutan sepanjang berada di Tanah Suci BANYAK kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan. 18

Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah swt bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya. Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak-tanduk para bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mamurnah mereka yang masili liar dan tidak dibendung atau dikawal itu. Berikut adalah kisah seorang jemaah haji yang dimudahkan perjalanan hajinya dan diistimewakan di kalangan jemaah-jemaah haji yang lain di Tanah Suci hanya kerana keikhlasannya mengerjakan ibadah terhadap sang Khalik. Ceritanya benar-benar berlaku, cuma nama orang itu telah diubah kepada Zakaria, 65 tahun, dan isterinya, 63 tahun, pula kepada Salmah. Mereka adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardu dan kewajipankewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka tidaklah tinggi ilmu agamanya. Pasangan tersebut bukan juga orang senang. Wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup harian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardu haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke sana. Ketika rakan sekerjanya, Haji Hamdan, menyuruhnya menunaikan rukun Islam kelima, Encik Zakaria hanya tersenyum. Pertama, beliau berasa ibadahnya belum sebaik mana lagi, jauh sekali dibandingkan dengan Haji Hamdan. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang. Engkau masih tak cukup duit, ya Zek? Tanya Haji Hamdan. Biasalah Ji. Aku bukan orang senang. Balas Encik Zakaria. Nah! Baca ini Tingkah Haji Hamdan sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab. SELAWAT NABI Melihat Encik Zakaria tersipu-sipu, Haji Hamdan menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan rumi. Barulah kawannya itu mengerti bahawa yang tercatat pada kertas tersebut adalah selawat Nabi. Betulkah ini, Ji? Engkau baca dan amalkanlah dulu! Haji Hamdan membalas ringkas. 19

Semenjak saat itu, Encik Zakaria sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardu. Berkat nasihat kawannya itu juga, beliau mula mengamalkan solat malam (tahajud). Menurut Haji Hamdan, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran, Encik Zakaria mendirikan solat malam dan memohon agar Allah swt mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji. DOA TERKABUL AKHIRNYA Alhamdulillah, dua tahun kemudian, doa Encik Zakaria termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, beliau berupaya membawa sama isterinya, Cik Salmah, menunaikan fardu haji di Makkah. Disebabkan mereka mengerjakan Haji Tamattuk, pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah. Di Madinah, Encik Zakaria didatangi oleh seorang lelaki Arab berumur antara 30 hingga 35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Encik Zakaria kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali. Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Zakaria dari ? tanya lelaki tersebut. Haji? Aku kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil aku Haji? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya. Fikir Encik Zakaria. Sayalah Zakaria. Maaf, awak ni siapa? Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa tuan haji dengan keretanya, ke mana sahaja tuan haji mahu pergi, sepanjang masa tuan haji di Tanah Suci ini, jelas Umar kepada Encik Zakaria. Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur-baur dalam hati Encik Zakaria. Gembira kerana beliau diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang mengerjakan haji di Makkah. Tidak sedap hati kerana beliau tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya. Mungkinkah Umar tersilap orang? Di samping itu, jika benar beliau orangnya, beliau tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya dan isteri. Apabila beliau menyuarakan kegusaran hatinya kepada lelaki tersebut, Umar tersenyum dan menjawab: Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu Allah dalam kumpulan jemaah tuan haji, dan tuan haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka. BANTUAN SEPANJANG MASA Subhanallah! Encik Zakaria begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Haji Ali dan Umar di atas bantuan sepanjang masa beliau dan rombongannya berada di Makkah. 20

Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Encik Zakaria tidak menyuruhnya pergi. Soal minyak benzin dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Encik Zakaria dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat. Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di tanah air, aku tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan aku, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Makkah, aku diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak aku kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula! Encik Zakaria memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Encik Zakaria banyak diberi kemudahan oleh Allah swt. Sewaktu melakukan tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah, mencium Hajar al-Aswad, dan mendirikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian daripada perjalanan ibadah haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Di situ, umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasak-asak sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja. Bagaimanapun, Encik Zakaria diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut. Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-Aswad) yang suci itu, Encik Zakaria berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah kerana beliau yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini. Ya Allah, aku ingin mengucup Hajar al-Aswad. Berikanlah jalan kemudahan kepadaku Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang. Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Encik Zakaria menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk. MUDAH KUCUP HAJAR AL-ASWAD Saat itu, beliau merasakan beliau diberi kekuatan pada kedua-dua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian, beliau sudah berada di hadapan Hajar al-Aswad. Encik Zakaria mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya. Sewaktu melakukan lontaran jamrah, jemaah-jemaah lain seolah-olah memberikan ruang kepada Encik Zakaria untuk melontarkan batu dan lontarannya pula tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuan-Nya. Encik Zakaria juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci. 21

Beliau disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga daripada para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka. Sesungguhnya hati Encik Zakaria yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hamba-Nya Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah Kisah Benar kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Saraya, Makkah. Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Maala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Saraya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya. Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.Bagaimana kalau tak solat.. Sumber : Kisah Benar Ular Hitam Membelit Jenazah Mran3238's Blog Selamat Hari Ibu Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. 22

Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,beritahu pegawai itu lagi. Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera, janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah. Pah oo..Pah! teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. Apa bendanya terlolong-lolong ni bang? tanya Mak Pah. Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai. Betullah Pah oii saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewatlewatnya minggu depan. Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu. Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja. Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding, cadang Pak Uwei. Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak. Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. Pah Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni. Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. Tapi bang? 23

Dahlah pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu, pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm abah nak Kis suruh Intan balik sama? tanya Balkis. Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya? , balas Pak Uwei. Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi. Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram. bantah Intan menaikkan darah Pak uwei. Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu? Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah. Intan cuba membuat abahnya faham. Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni! Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang, balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya. Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!! Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia 24

bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu. Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit, Pak Uwei memulakan bicara. Hajat apa pula abah? tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah, Pak Uwei mengutarakan hasratnya. Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan, ujar Muaz. Tapi pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewatlewatnya minggu depan. Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan, jawab Muaz serba salah. Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa? tanya PakUwei melindungi kekecewaannya. Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga, sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti, Pak Uwei berpaling Pada Balkis. Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi. Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.

25

Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok, sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi, Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana? Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. Anak awak tu tak balik ke? tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti, balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. Nak ke mana pulak tu? tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap. Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni? Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye. Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan, suruh Mak Pah. Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

26

Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api. Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya, usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak, jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. Mak, abah Intan ada hal sikit nak cakap ni , ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. Apa hal kamu nak kahwin ke? soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. Abah ni ke situ pulak. Habis tu? Ini Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. Apa?? Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan, tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi 27

akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah, luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan. Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intanujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. Hah tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni, MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. Mak ni , gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba. Semua dah siap ke mak? tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. Dah rasanya ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti? Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Hah, awak dengar tu kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu. Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat, pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. . Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. Kenapa resah aje ni, bang? Mak Pah terjaga. Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita. Sabarlah, dah nak sampai dah ni, pujuk Mak Pah. 28

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. Mak abah , Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju. Mana yang lain ni, kamu berdua aje? Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. Mereka menanti di rumah, abah, beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. Intan pun tak datang juga ke? Tanya PakUwei terasa hampa. Awak ni kan Man dah kata mereka menunggu di rumah. Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati. cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu. Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit, balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az? Err tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus, ajak Azman menukar tajuk perbualan. Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik, tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. Mak dengan abah sihat ke? tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke? Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. Naik dulu Ngahnya, suruh Long Semah. Intan mana? Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar. 29

Az mana Intan? Mana adik kau Az? tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. Sabar abah , Muaz menggosok belakang abahnya. Kenapa Az kenapa? Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. Mak Intan dah tak ada mak, Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai, pujuk Long Semah yang masih belum pulang. Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia, Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah. Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya? tanya Mak Pah tersedu sedan. Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat mak tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak, cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.. Tamat Moral cerita buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. .

Cahaya emas di pintu kaabah 30

JAM sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Saya gerak-gerakkan tubuh Imran, Hazrul dan Sofian. Ketiga-tiga mereka ini teman sebilik sepanjang saya berada di Mekah. "Abang Im... bangun bang. Kata nak pergi qiamullail," panggil saya separuh berbisik. Saya panggil juga Hazrul dan Sofian kerana mereka bertiga awal awal lagi berpesan, jangan lupa kejutkan mereka. Mereka juga mahu bersama-sama berkiamullail. Tapi bila saya panggil, ketiga-tiganya menggeliat, kemudian menyambung semula tidur. Tiada seorang pun yang terjaga biarpun sudah beberapa kali digerakkan. Penat sangat agaknya. Lalu saya bersiap-siap, bersihkan diri dan menyalin pakaian. Saya tinggalkan mereka lalu melangkah ke Masjidilharam yang jaraknya kira-kira 20 minit berjalan kaki dari Hotel an-Nakheel, tempat saya menginap. Saya melangkah bersendirian. Teman-teman serombongan yang lain ada juga yang saya lihat keluar ke masjid di waktu tengah malam, tetapi kerana masing-masing mahu beribadat, saya tidak sempat mengenali mereka dengan lebih rapat. Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah saya tidak menghadapi sebarang kesulitan, mungkin kerana ini kali kedua saya kunjungi Baitullah. Kerana itu juga mudah untuk saya jalani ibadah biarpun tidak berteman. Entah bagaimana tiba-tiba saya terkenangkan Ustaz Hadi, iaitu ustaz yang sering memberikan saya tunjuk ajar sebelum berangkat ke Mekah. Kata Ustaz Hadi, banyakkan masa beribadat dan berada di masjid. Memang sebelum berangkat ke Mekah, saya sudah berazam mahu penuhi setiap masa yang terluang dengan bersembahyang, mengaji al-Quran, berdoa serta banyak menyerahkan diri kepada Allah. 31

Malah sewaktu di tanah air, saya juga banyak melatih diri dengan sentiasa mendekatkan diri dengan masjid. Maksudnya saya tidak lagi solat di rumah tetapi berjemaah di masjid berdekatan rumah saya di Kemaman, Terengganu. Setiap kali azan Subuh berkumandang, saya pastikan saya sudah berada di surau sama-sama berjemaah. Jika sebelum ini jarang sekali saya dapat sembahyang Subuh berjemaah tapi sejak saya bertemu dengan Ustaz Hadi, sikap saya banyak berubah. Masih saya ingat kata-kata ustaz tersebut; "Kalau tak praktikkan sekarang nanti kat Mekah lagi susah nak biasakan diri. Rugi... bukan semua orang berpeluang ke sana. Ramai yang impikan mahu ke Mekah, kamu jangan sia siakan masa yang ada. Dekatkan diri pada Allah, kunjungi masjid sekerap yang mampu," pesan Ustaz Hadi bersungguh-sungguh. Sejak itu saya tidak pernah lupa bersolat jemaah. Subuh, Zuhur, Asar,Maghrib atau Isyak semuanya saya laksanakan bersama-sama jemaah yang lain. Urusan kerja bukan lagi menjadi penghalang untuk saya tidak ke masjid. Saya betul-betul berazam, sesibuk mana pun saya dengan bebanan kerja di pejabat, saya pasti akan bersolat jemaah. Waktu rehat, pukul 12.45 tengah hari, saya tidak lagi sibuk mencari tempat makan tetapi cepat-cepat tinggalkan pejabat dan melangkah ke masjid yang berhampiran. Sebelum masuk waktu Zuhur saya sudah terpacak di dalam masjid. Begitu juga dengan waktu Asar. Saya siapkan kerja-kerja pejabat yang ada. Masuk saja waktu, saya bersihkan diri, berwuduk. Habis waktu kerja, saya tidak lagi pulang ke rumah atau membuang masa berjalan-jalan atau keluar minum, tetapi singgah ke masjid dan berjemaah di sana. Kata-kata Ustaz Hadi benar-benar tersemat di hati saya. Memang ramai yang menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, jadi kunjungan kali kedua saya ini tidak mahu saya sia-siakan lagi. Sebaik saya tiba di Mekah seminggu yang lalu, saya sudah dapat membiasakan diri. Tiada masalah lagi bagi saya untuk mengerjakan solat tepat pada waktunya dan melangkah ke masjid untuk berjemaah. Malah di dalam bilik, teman-teman memanggil saya tauke jam kerana sayalah orang pertama yang akan terjaga. Bukan itu saja, saya juga ditugaskan untuk mengejutkan mereka. Memang saya sering membantu mereka. Pengalaman-pengalaman lepas sewaktu kali pertama mengerjakan umrah saya kongsikan dengan mereka. Bila terkenang kata-kata Ustaz Hadi, mata saya yang mulanya mengantuk akan kembali segar. Lantas saya mempercepatkan langkah. Tepat pukul 1.00 pagi, saya tiba di Masjidilharam. Saya mengambil tempat betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Saya pelik, kerana malam itu tidak seperti malam-malam yang lain. Jemaah yang datang agak kurang. Tidak sesak seperti selalu. Fikir saya, mungkin mereka sedang berehat di bilik masingmasing sebelum masuk waktu Subuh. 32

Selepas selesai solat tahajud, saya selak al-Quran. Saya baca ayat-ayat suci itu. Hati saya terasa cukup sayu ketika bait demi bait ayat Allah itu saya luahkan. Air mata saya tiba-tiba mengalir. Saya teruskan bacaan. Ayat demi ayat. Tubuh saya tiba-tiba terasa dingin. Saya yang sebentar tadi hanya tunduk menatap al-Quran, mengangkat kepala. Ada cahaya yang bersinar-sinar. Cahaya terang keemasaan itu memancar betul-betul dari hadapan saya. Cantik! Cahaya itu berkilau-kilauan. Belum pernah saya lihat sejak saya jejakkan kaki ke situ seminggu yang lalu. Saya masih ingat semalam saya juga duduk dan bersolat di tempat yang sama, di hadapan Kaabah tetapi tiada cahaya yang memancar terang seperti itu. Malam-malam sebelumnya juga begitu. Ya, memang di sinilah tempatnya, tapi kenapa malam ini cahaya itu terpancar terang-benderang? Saya lihat ayat-ayat suci keemasan yang terpampang di hadapan pintu Kaabah, Allahuakbar! Cantik sungguh. Berkilau warnanya. Dapat saya rasakan pancaran cahaya itu menyinari seluruh bahagian pintu Kaabah. Mata saya tidak berkelip. Saya tertanya-tanya kenapa baru malam itu saya melihatnya? Atau adakah saya yang tidak menyedarinya sebelum, ini? Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Asyhadu an lailahaillallah... Saya tersentak! Laungan azan subuh mengejutkan saya daripada lamunan. Sebaik sahaja saya alihkan pandangan ke arah lain tiba-tiba cahaya yang terang-benderang itu hilang. Saya pandang pintu Kaabah, cahaya yang terpancar sebentar tadi tidak ada lagi. Hanya cahaya lampu biasa yang menyinari. Saya melilau ke kiri kanan tercari-cari cahaya itu. Memang saya yakin cahaya yang terang-benderang, berkilau-kilau itu datangnya dari pintu Kaabah, saya duduk betul-betul di hadapannya, mustahil saya tersilap. Selesai solat Subuh saya sekali lagi duduk di hadapan pintu Baitullah. Setiap inci pintu Kaabah itu saya renung. Saya baca ayat-ayat suci yang terpampang di atasnya. Di hati saya masih tertanya-tanya dari mana cahaya itu datang? Saya masih belum puas melihatnya. Lama saya menunggu namun cahaya keemasan itu tidak juga memancar. Akhirnya, saya kembali ke bilik hotel. Saya temui seorang mutawif yang menjaga rombongan kami. Saya ceritakan apa yang saya alami sebentar tadi. Saya juga gambarkan bagaimana cahaya cantik itu memancar. Warnanya terlalu indah, belum pernah saya lihat sebelum ini. Sebaik habis saya bercerita, mutawif itu tertawa kecil. 33

Sambil menggeleng kepala, mutawif itu memberitahu sepanjang dia berada di Mekah, belum pernah dia melihat pintu Kaabah itu bercahaya seperti mana yang saya ceritakan kepadanya. Malah katanya, tiada cahaya yang terang-benderang seperti itu kerana pintu Kaabah hanya diterangi cahaya lampu biasa. Dari mana cahaya emas yang saya lihat itu datang, dia sendiri tidak tahu. "Nanti awak tengok sendiri pintu Kaabah tu, memang tak ada lampu besar atau lampu emas yang dipasang," katanya setelah saya masih bersungguh-sungguh menceritakan. Sepanjang hari itu saya masih terkenang akan cahaya yang saya lihat subuh tadi. Ada kalanya saya tersenyum, gembira dapat melihat sesuatu yang indah di Baitullah. Malam itu saya ambil keputusan untuk bermalam sahaja di Masjidilharam. Saya mahu duduk di hadapan pintu Kaabah. Saya mahu membaca ayat-ayat suci al-Quran. Saya mahu beribadat di situ. Saya renung setiap inci pintu Kaabah. Saya pandang lampu-lampu yang meneranginya. Memang betul apa yang dikatakan mutawif tersebut. Tiada lampu yang terpancar seperti apa yang saya ceritakan padanya. Kala itu air mata saya mengalir. Bukan saya menangis kerana tidak berpeluang sekali lagi melihat pintu Kaabah itu dilimpahi cahaya tetapi saya menangis kerana terkenangkan peristiwa semalam. Indahnya Kaabah ketika itu. Ayat ayat suci al-Quran yang sebelum itu samar-samar kerana kedudukan saya yang agak jauh, tiba-tiba menjadi jelas kerana disimbahi cahaya yang berkilau keemasan. Hinggakan saya mampu membacanya baris demi baris. Tatkala air mata saya masih mengalir di pipi, saya terkenangkan Ustaz Hadi. Katakatanya yang meminta saya menggunakan sebanyak masa yang ada dengan beribadat dan menyerahkan diri pada Allah, bermain-main di fikiran. Mungkin itulah yang dimaksudkan Ustaz Hadi, semua orang menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Mekah tetapi tidak semua orang miliki peluang itu. Mungkin Allah bukan sahaja memberi saya peluang mengerjakan umrah buat kali kedua tetapi turut memberi saya peluang untuk melihat sendiri keagungan-Nya melalui pancaran cahaya di pintu Kaabah itu. Ikhtibar Dari Tanah Suci 7 Kali Mengerjakan Haji Tapi Tidak Berpeluang melihat Kaabah

34

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara materi, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala perlengkapan sudah disiapkan. Singkatnya ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Kondisi keduanya sehat wal afiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah". Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesehatan matanya. Beberapa minit yang lalu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Begitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya. Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugrah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang saleh itu berniat akan kmebali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak bisa melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis pikir, ia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Ia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperbuat ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya. Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal karena kesholehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan berarti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang saleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan seksama, kemudian meminta agar Ibu dari hasan mau menelponnya. anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, ia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun mau menelpon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi 35

padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus terang kepada saya, karena masalah Anda bukan masalah sepele," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian ia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat kabar dari Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelpon. "Ustad, waktu masih muda, saya bekerja sebagai perawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan perawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terperangah. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karena tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbalan uang, saya tukar bayibayi itu sesuai dengan keinginan mereka." Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirusaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahwa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, yaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperangah. "Tahukah anda bahwa perbuatan Anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah Anda hancurkan !". ucap ulama dengan nada tinggi. "Lalu apa lagi yang Anda kerjakan ?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama "Ya, tapi saya memandikan orang mati karena ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya ?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan bendabenda itu ke dalam mulut orang yang mati ." "Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak mau masuk, walaupun saya sudah menekannya dalamdalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya coba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar penuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak bisa bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi ia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, karena hanya Dialah yang bisa mengampuni dosa Anda." Bumi menolaknya Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar kabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mencari tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertobat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Karena tak juga memperoleh kabar, ulama itu menghubungi keluarga 36

Hasan di mesir. Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan kabar Sarah, ternyata kabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelepon ustaz," ujar Hasan Ulama itu terkejut mendengar kabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita : Setelah menelpon sang ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu terulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun pengantar jenazah yang menyadari bahwa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para pengantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan kecapaian karena pekerjaan mereka tak juga selesai. Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satupun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak mahu meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, karena terhalang tutup kepalanya yang menyorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah !". kata orang itu. Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur mau menggali lubang untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terbersit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan ke jenazah ibunya. Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dijilat api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa ke wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, ia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman karena terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Ia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang. Benar saja, tak berapa lama kemudian Hasan kembali mengabari ulama itu, bahwa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allh SWT. Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita semua. Amin 37

Diceritakan oleh Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus. Bahrulmazi Travel and Tours Sdn.Bhd. Memang menjadi kebiasaan ramai jemaah haji dari Malaysia yang mengenali saya bertanyakan sesuatu perkara terutama hal agama semasa berada di tanah suci.Misalnya jika jemaah ada menghadapi masalah berkaitan soal-soal rukun haji atau fardu ain serta kekeliruan dalam beribadat saya akan memberikan khidmat nasihat seperti diminta. Bagaimanapun ada juga jemaah yang bertanyakan tentang peristiwa pelik yang berlaku terhadap mereka. Demikianlah yang berlaku dengan seorang jemaah wanita dari Malaysia semasa saya mengerjakan fardu haji pada tahun 1993. Pada suatu hari seorang jemaah haji wanita, biar saya namakannya Fatimah, datang menemui saya untuk menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya semasa berada diMakkah. "Pelik ustaz.Memang pelik.Tak pernah saya alami kejadian sepelik ini dalam hidup saya," cerita Fatimah dalam keadaan gugup dan terkejut.Wajahnya lembut dan bersih tanda banyak beribadat dan solat. "Bertenang, beristighfar banyak-banyak," kata saya meminta Fatimah bersabar dalam menghadapi dugaan semasa berada di tanah suci.Selepas melihat dia mula bertenang saya memintanya menceritakan kejadian yang pelik menimpanya semasa berada di tanah suci. "Sekarang cerita.Apa kejadian pelik yang awak tengok...?" tanya saya pula apabila melihat wajahnya berkerut memikirkan masalahnya. Fatimah menceritakan bahawa pada suatu hari, dia pergi bersama-sama rakan jemaah untuk bersembahyang di Masjidilharam. Mula-mula Fatimah mengambil air zamzam dari telaga di Masjidilharam bersama-sama jemaah lain sementara menanti waktu solat Zuhur yang hampir masuk. Memang telah menjadi kelaziman Fatimah dan rakan-rakan mengambil air dari telaga zamzam untuk dibawa pulang ke tanah air kelak.Air zamzam yang diambil dari telaga di Masjidilharam itu kemudiannya akan dituang ke dalam tong besar di hotel penginapan. Selepas itu mereka isikan dalam bekas dan botol-botol yang lebih kecil supaya mudah dibawa pulang ke Malaysia. Ini kerana Fatimah menganggap air yang diambil sendiri di telaga zamzam berbanding air zamzam di paip di luar lingkungan Masjidilharam lebih suci dan asli. Bagaimanapun pada hari itu selepas mengambil air zamzam, tiba-tiba Fatimah rasa berada dalam keadaan uzur kerana haid.Ini menyedihkannya kerana jangkaan haidnya masih lambat lagi. Justeru Fatimah cepat-cepat keluar dari kawasan Masjidilharam meninggalkan rakan-rakan kerana haram bagi wanita uzur memasuki masjid.Sambil melangkah keluar membawa air zamzam, dia rasa kecewa kerana hasrat untuk bersembahyang di Masjidilharam tidak tercapai sedangkan itulah yang diidam-idamkan oleh para jemaah.Walaupun semangat Fatimah berkobar-kobar untuk beribadat tetapi dia terpaksa akur kerana masalah keuzuran. "Mungkin lain kali boleh sembahyang lagi di Masjidilharam," katanya sambil memujuk hatinya yang kecewa. Sambil berjalan dia berdoa supaya haidnya habis sebelum kembali ke Malaysia supaya hasratnya untuk menunaikan solat di Masjidilharam tercapai.Fatimah menyambung, katanya apabila sampai di hotel penginapannya, dia 38

meletakkan botol air zamzamnya itu di hujung penjuru bilik menghala ke arah Masjidilharam. Dia merehatkan badannya dan memujuk hati yang kecewa. Insya-Allah ada rezeki aku, katanya dalam hati. Seketika kemudian sayup-sayup azan fardu Zuhur berkumandang dilaungkan muazin Masjidilharam. Lembut dan menginsafkan.Apabila mendengar suara azan, Fatimah rasa semakin sayu kerana hasrat untuk beribadat tergendala kerana keuzurannya. Tidak lama selepas itu qamat dilaungkan. Lalu dia terbayang alangkah seronoknya kalau ketika itu dia juga sedang berada bersama-sama kawan-kawan dan para jemaah lain di dalam Masjidilharam. Tentu ketika itu mereka sedang berdiri untuk memulakan solat.Tapi apakan daya, sekarang dia berada di dalam bilik dan tidak boleh pula mengerjakan solat....."Allahhuakbar." Imam memulakan solat. Makin sayu Fatimah mendengarnya. Sewaktu sedang mengelamun itu, tiba-tiba dia melihat tong air zamzam hampir setinggi lutut dan sebesar badannya bergerak-gerak.Dan apabila imam rukuk, dengan perlahan-lahan tong tersebut melentur sehingga menjadi bentuk seperti orang yang sedang rukuk juga. Apabila jemaah sujud, tong itu juga turut sujud sehingga penutupnya mencecah simen.Kemudian ia duduk antara dua sujud dan kembali berdiri apabila jemaah membaca fatihah.Begitulah perlakuan tong air zamzam itu sehingga selesai jemaah bersembahyang di Masjidilharam. Anehnya selepas jemaah habis bersembahyang, tong air zamzam itu berhenti serta-merta bersolat.Bagaimanapun air di dalam tong berkenaan tidak tumpah atau meleleh sedikit pun. Badan tong yang sebentar tadi sujud dan rukuk tidak menunjukkan apa-apa perubahan fizikal seperti kemik atau melentur. "Betul ustaz! Saya tengok sendiri tong zamzam bersembahyang. Apabila orang bersembahyang di Masjidilharam tong itu pun bertakbir Allahhuakbar. Apabila orang rukuk,tong air zamzam turut rukuk.Apabila orang sujud, tong air zamzam turut sujud seterusnya memberi salam," katanya dengan bersungguh-sungguh. Lalu Fatimah bertanya kepada saya: "Adakah tong zamzam itu bersembahyang menggantikan tempat saya yang tak boleh bersembahyang ustaz..?" Saya hanya menjawab, "Wallahualambissawab. Ambillah ia sebagai iktibar. Itulah tanda kebesaran Allah dan besarnya pahala bersolat.Itulah Makkah, penuh dengan macammacam benda pelik. Ingatlah, Allah jadikan sesuatu itu supaya manusia berfikir." Selepas mendengar penjelasan saya yang ringkas itu, Fatimah kembali ke biliknya. Walaupun saya tidak dapat memberikan jawapan sebenar bagi pertanyaan Fatimah yang dianggap sungguh pelik yang terjadi terhadapnya semasa berada di tanah suci tetapi bagi saya, hasrat murni Fatimah untuk beribadat sebenarnya dimakbulkan Allah. Keperibadian Fatimah yang sentiasa mengutamakan solat menyebabkan Allah memberikan petunjuk kepadanya sehingga tong zamzam sanggup bersolat menggantikan tempatnya walaupun dia berada dalam keuzuran. Segala sesuatu pasti terjadi atas kehendak-Nya jika makhluk sentiasa taat kepada perintah Allah. Jika Allah berfirman KUNFAYAKUN (Jadi,maka jadilah) maka segala sesuatu terjadi dengan sendirinya walaupun sesuatu perkara itu dianggap pelik dan aneh dari segi pemikiran logik manusia biasa. Daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 39

Adalah Rasulullah bercakap-cakap dengan kami dan kami pun bercakap-cakap dengan baginda. Apabila sampai waktu sembahyang seolah-olah baginda tidak mengenal kami dan kami pun tidak mengenal baginda, kerana jiwa kami hanya tertumpu kepada keagungan Allah. Dan Allah berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina."......Surah al-Mu'min 40:60.

Dugaan di Tanah Suci Mekah

Kata orang pergi menunaikan haji harus menghadapi berbagai-bagai dugaan dan cabaran. Dugaan dari Allah tidak tertanggung bagi sesetengah orang. Ia datang dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Bila berada di sana, barulah kita dapat melihat dengan jelas bentuk dugaan yang dimaksudkan. Ada orang hilang, tersesat dalam Masjidil Haram. Seharian ia tidak dapat mencari jalan keluar untuk pulang ke hotel. Bermula dari solat subuh hinggalah lewat malam baru dapat pulang. Itupun setelah bertemu dengan pegawai polis Arab Saudi yang bertugas di kawasan masjid. Pegawai polis tersebut yang menghantarnya pulang ke hotel penginapan. Ada orang asyik merayau di sekitar kawasan hotel mencari kerbau yang entah di mana ditambatnya. Setiap kali bila ditanya hendak ke mana, beliau akan memberitahu sedang mencari kerbau. Apabila disiasat, rupa-rupanya semasa di tanahair, beliau memelihara 40

banyak kerbau tetapi dilepaskan berkeliaran merosakkan tanaman orang-orang kampung. Ada orang yang menjadi pelupa sehingga tidak tahu di mana isterinya tinggal. Setiap kali hendak berjumpa isteri, sentiasa tersalah bilik. Setiap kali mengetuk pintu, terkena pintu bilik orang lain. Bila dirisik-risik, rupa-rupanya semasa di tanahair dia sentiasa meninggalkan isterinya di rumah apabila pergi ke mana-mana. Ada orang terlupa terus bagaimana hendak bersolat. Tidak ingat lagi rukun solat yang selalu diamalkannya. Entah apa yang dibuat dan dibacanya, tiba-tiba terus memberi salam. Jumlah rakaat sembahyang tidak dapat ditentukan. Orang ada berpesan, bila berada di Tanah Suci, mulut jangan celupar. Jangan bercakap ikut sedap sahaja. Apa yang tidak pernah terfikir oleh kita, boleh berlaku di Mekah Al-Mukaramah. Dua sahabat baik boleh berpisah dan renggang. Suami isteri bergaduh dan bercerai-berai. Anak-anak boleh bergaduh dengan orang tua sendiri. Semuanya kerana mulut tidak dijaga. Bercakap tidak berlapik. Ada juga orang yang menjadi akrab selepas berjumpa di sana. Bermula dari sentiasa bersama berulang-alik ke masjid untuk bersolat, sehinggalah pulang ke tanahair, terus menjadi sahabat bai. Ada juga cerita orang bertemu jodoh di Tanah Suci. Demikianlah kehendak Tuhan. Alhamdulillah! Bila kita berkata makanan tidak sedap, alamat tidak makanlah kita. Berlaparlah kerana makanan yang sedap akan terus menerus meloyakan kita. Terpaksalah berbelanja besar membeli makanan yang lain yang belum tentu lazatnya. Kedai makan pula bukan seperti di sini, hendak jumpa sebuah pun susah. Tanah Suci mengajar kita banyak bersabar dan merelakan semua cabaran dan dugaan. Mulut tidak celupar dan tidak sombong. Bercakap hendaklah melalui pertimbangan akal yang paling waras. Bergurau biar kena tempatnya agar tidak menyinggung perasaan sesiapa. Membantu orang lain patut menjadi perkara pertama yang mesti dilakukan setiap kali hari bermula. Dugaan dan cabaran ini sebenarnya adalah untuk melatih diri semua orang. Apabila pulang nanti, kita semua berkulit baru dengan tabiat yang baru. Insyaallah! Sumber: http://jalanakhirat.wordpress.com Hikmah bersabar ketika beg hilang di Tanah Suci IBRAHIM dan isterinya, Shima, baru sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Arab Saudi. Seperti je-maah lain, mereka mengelilingi tempat bagasi untuk mengambil beg ma-sing-masing. Setengah jam kemudian, suami isteri itu masih tertunggu-tunggu di situ. Beg yang dinanti tidak nampak dan jemaah yang tadi ramai kini mula menyusut dan beransur pergi mencari bas ma-sing-masing. Pening juga pasangan ini memikir-kan ke mana perginya bagasi mereka. Mereka juga 41

tidak tahu hendak ber-tanya kepada siapa kerana ini adalah pengalaman pertama menaiki kapal terbang dan ke luar negara, namun mereka sabar menanti. Tidak lama kemudian, Ibrahim men-dengar bunyi hon bas yang begitu kuat. Mungkin mahu mengingatkan jemaah yang masih berkeliaran supaya naik bas dengan segera. ' Ibrahim menjadi serba salah. Beliau tidak tahu apa yang harus dilakukan, namun sebaik mendengar bunyi nya-ring hon bas itu, Ibrahim tidak ada pilihan, selain berlalu pergi. "Bang, beg kita macam mana? , tanya isterinya sambil berjalan pantas mengi-kut suaminya dari belakang. "Lupakan saja, nanti kita buat aduan. Mudah-mu-dahan dengan izin Allah, beg kita itu dikembalikan, katanya tenang. Dalam bas, jemaah sibuk bertanya-kan mengapa pasangan itu lambat. Suasana dalam bas riuh rendah kerana mereka yang ada memperkatakan me-ngenai kehilangan beg suami isteri itu. Isteri Ibrahim yang duduk di sebe-lahnya nampak begitu gundah dan se-kejap-sekejap mengesat air mata. Berlainan pula dengan Ibrahim. Beliau kelihatan cukup tenang. Sepanjang perjalanan tidak ada tanda yang me-nunjukkan dia gundah gulana dengan apa yang berlaku, malah dia tidak ber-henti berzikir. Ada jemaah yang bertanya kepada Ibrahim apakah beliau tidak risau dengan apa yang berlaku, beliau dengan tenang menjawab: "Saya ini manusia. Menipu jika saya katakan bahawa saya tidak risau memikirkan ke mana perginya beg itu tetapi saya yakin, beg itu akan ditemui. "Bukankah kita berada di Tanah Suci Makkah? Mungkin Allah mahu mendu-ga saya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keyakinan saya terhadap Allah. Saya yakin dengan kekuasaan Allah. Insya-Allah, Allah pasti menolong saya." Jemaah yang berada dalam bas ter-diam mendengar kata-kata Ibrahim. Be-narjuga, kata orang di Tanah Suci Makkah ini segala-galanya mungkin berlaku. Dalam perjalanan, Ibrahim tidak ber-henti bertasbih dan berzikir. Dia yakin apa yang berlaku adalah kerana Allah ingin mengujinya. Beliau teringatkan sikapnya sebelum ini kerana beliau bukan orang yang boleh dikategorikan penyabar. Mudah saja beliau melenting apabila berlaku sesuatu di luar keinginannya. Namun,kursus haji yang dihadiri banyak me-ngubah dirinya. Sewaktu berkursus, Ibrahim mendengar nasihat penceramah yang sering memberitahu bakal jemaah supaya sen-tiasa bersabar menghadapi pelbagai ujian. Ibrahim bimbang jika tidak belajar sabar, di Tanah Suci akan terjadi per-kara yang tidak diingini. Sejak itu, be-liau berjanji pada dirinya untuk ber-ubah. Dengan bantuan isteri, beliau se-dikit sebanyak belajar menghilangkan sifat kurang sabarnya. Memang benar, kesabarannya be-nar-benar teruji sebaik saja tiba di Mak-kah. Ibrahim sedar, dirinya yang 'lama' pasti akan meradang dan menjerit-jerit di tempat bagasi apabila begnya tidak muncul. Dalam hatinya, beliau mengucapkan sejuta kesyukuran kerana ternyata da-pat mengatasi perkara itu dengan baik. Setibanya di Madinah iaitu sebaik turun dari bas, Ibrahim terus melaporkan kepada pegawai Lembaga Tabung Haji yang bertugas mengenai kehilangan begnya. 'Tidak apa Encik Ibrahim, jangan susah hati. Kami akan pastikan beg encik selamat dan dikembalikan semula. Se-karang encik pulang ke bilik dulu dan biarkan kami uruskan perkara ini," kata pegawai itu. Setengah jam kemudian, Ibrahim menerima panggilan daripada pejabat Tabung Haji. "Boleh kami tahu tanda dan bentuk beg Encik Ibrahim?" tanya pegawai itu. "Beg saya ada dua, diperbuat daripada kulit dan warna coklat. Ada nama dan riben 42

hijau," katanya. "Bukankah ini beg Encik Ibrahim?" tanya pegawai itu sambil menunjukkan ke arah dua beg yang terletak berhampiran dengan mejanya. Melihat saja beg itu, Ibrahim sudah tahu memang sah itu adalah begnya. Kata pegawai itu, beg itu ada bersama beg jemaah lain dalam bas yang dinaiki. Ibrahim tidak tahu bagaimana begnya boleh berada di situ, namun beliau bersyukur kerana dengan keyakinan dan kesabarannya, beg berkenaan di-temui dengan mudah. Mungkin ini adalah hikmah bagi orang yang bersabar

43

Anda mungkin juga menyukai