Anda di halaman 1dari 14

GAYA BERCINTA ALAF BARU 1.

0 PENGENALAN mendengar ungkapan, cinta itu buta, tanpa cintamu meranalah

Seringkali kali kita

hidupku, cintaku padamu bak lautan membiru malah mungkin kita pun sendiri pernah mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangan kita. Secara pastinya kita sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada mengalami perasaan, berbicara dan meneroka alam percintaan. Rasa cinta itu telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita makhluknya yang mempunyai perasaan dan akal fikiran supaya dapat menikmati dan memberi rasa cinta itu kepada orang lain. Pepatah mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sejauh mana ketepatan ini boleh difahami oleh kita semua? Ini kerana ramai juga pasangan yang mengakui amat mencintai pasangan masing-masing, malahan ada yang sudah bertahun hidup sebumbung sebagai pasangan suami isteri berdasarkan cinta atau suka sama suka. Tetapi kenapa banyak rumah tangga yang dibina atas dasar kenal dan cinta ini roboh di tengah jalan? Menurut Mohd. Makzan Musa (1997), romansa dan cinta merupakan tarikan yang paling unggul di antara manusia. Cinta, kasih sayang dan kemesraan boleh memberikan keseronokan yang tidak terhingga pada diri manusia. Romansa dan cinta juga didapati sukar dan kompleks untuk untuk dikaji secara praktikal khususnya di dalam kajian-kajian yang bersifat eksperimental. Ini adalah kerana cinta tidak dapat dimanipulasikan di dalam makmal. Sementara Robert Sternberg (1986) dalam Grace J. Craig (1999) menggunakan Triangular Theory of Lovenya untuk menghuraikan percintaan dalam hubungan yang kompleks. Menurut beliau lagi, percintaan mesti melalui tiga komponen iaitu intimasi

atau kerapatan, perasaan ghairah atau keberahian dan komponen ketiga adalah komitmen. Bagi beliau adalah penting dalam hubungan percintaan ada ketiga-tiga komponen ini dalam mewujudkan satu hubungan percintaan yang betul-betul romantis. Gaya hubungan percintaan sesuatu pasangannya boleh diukur dengan

menggunakan satu inventori yang dinamakan Inventori Gaya Bercinta. Ia oleh dibuat melalui pemerhatian dan sensitiviti individu terhadap individu yang sedang bercinta. Walaubagaimanapun ada teknik yang lebih sistematik dan lebih tepat yang dipanggil teknik psikometrik iaitu dengan menggunakan ujian psikologi. Ujian psikologi yang digunakan ialah Inventori Gaya Bercinta (IGB) yang diubahsuai dari alat ukuran The Liking and Loving Scale oleh Rosenman. Alat ukuran IGB ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu kebolehpercayaan alpha Cronbach antara .59 hingga .77 (Cheong Ching Ching, 2001). Umumnya ada enam gaya bercinta yang ada dan gayagaya itu ialah cinta persahabatan, cinta romantis, cinta permainan, cinta logikal, cinta kepunyaan dan cinta pengorbanan.

2.0

PENTADBIRAN ALAT UKURAN IGB

Alat ukuran IGB ini mestilah ditadbirkan di dalam bilik yang selesa serta mempunyai kemudahan asas seperti kerusi dan kipas angin. Bilik yang berhawa dingin adalah lebih baik dan kondusif. Masa yang digunakan unatuk menyelesaikan ujian ini ialah 20 minit. Segala arahan ujian yang terdapat di muka surat depat alat ukuran mestilah diikuti oleh individu yang mengambil ujian.

3.0

PENGIRAAN SKOR INVENTORI GAYA BERCINTA

Disediakan Oleh: Sidek Mohd Noah,Ph.D


NAMA NO KAD PENGENALAN TARIKH UMUR

Arahan: Sila tuliskan nombor yang mewakili jawapan anda dalam ruangan yang disediakan. STS: SANGAT TIDAK SETUJU S: SETUJU TP: TIDAK PASTI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . 11. 12 . 13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 . 19 . 20 . 21 . 22 . 23 . 24 . 25 . 26 . 27 . 28 . 29 . 30 .

[1] [4] [3]


31 . 32 . 33 . 34 . 35 . 36 . 37 . 38 . 39 . 40 . 41 . 42 .

TS: TIDAK SETUJU SS: SANGAT SETUJU

[2] [5]

43 . 44 . 45 . 46 . 47 . 48 .

49 . 50 . 51 . 52 . 53 . 54 .

55 . 56 . 57 . 58 . 59 . 60 .

Untuk Kegunaan Pejabat G1 PERSAHABATAN G2 ROMANTIK G3 PERMAINAN G4 LOGIKAL G5 PENGORBANAN G6 KEPUNYAAN

4.0

PENTAFSIRAN UMUM IGB

Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB.Skor tertinggi yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominan untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki: 4.1 CINTA PERSAHABATAN STORAGE

Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Cinta ini dikenali sebagai cinta kawan karib di mana pasangan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Terdapat juga pengamal yang lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam

hubungannya.Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai sesorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, pengamal tidak akan menimbulkan kerisauan.

Manakala menurut Stemberg (1986) dalam buku Psikologi Sosial (1997), keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu. Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagian pasangan masing-masing. Di sini kedua-dua belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan emosi dan yang terlibat.dalam komunikasi yang intim.

4.2

CINTA ROMANTIS EROS Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan

fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Menurut Stemberg (1986), dalam Mohd Makzan Musa (1997), juga menegaskan perkara-perkara lain yang membentuk nafsu ghairah ialah harga diri, pendampingan, dominan dan submisif. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat dan mereka yang mengayakan cinta jenis ini menikmati kegemilangan dalam cintanya..

Percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat

Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai yang sangat tinggi nilainya. Menurut Abdullah & Ainon (1993), bagi pengamal cinta ini, seandainya berlaku perpisahan, kepedihan ini boleh membunuh semangat untuk meneruskan kehidupan.

4.3

CINTA PERMAINAN - LUDUS Ludus adalah cinta permainan. Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini

cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu masa. Ini adalah kerana dengan adanya dua

atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

4.4

CINTA LOGIKAL PRAGMA Pragma (gabungan storge dan ludus) atau cinta logikal adalah cinta yang lebih

praktikal dan realistik. Gaya bercinta ini merujuk kepada gaya bercinta di mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Individu itu akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan

yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

4.5

CINTA PENGORBANAN AGAPE Gaya bercinta pengorbanan atau agape merupakan satu gaya bercinta yang

dimiliki oleh individu yang memperhambakan dirinya untuk cinta. Terdapat beberapa ciri yang boleh dilihat pada individu yang memiliki gaya bercinta jenis ini. Antaranya ialah mereka ini terdiri dari individu yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf terhadap pasangan. Pemilik cinta ini bersifat terlalu ekstrim dalam percintaan menyebabkan mereka terlalu penyabar terhadap apa jua kerenah orang yang dicintai. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang tersayang dan pengorbanan yang mereka lakukan menyebabkan pemikiran mereka terbatas

Pengamal gaya bercinta ini juga dikatakan bersikap terbuka kerana sanggup menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangan yang dicintai. Pengamal cinta pengorbanan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan gembira. Mereka sanggup mengenepikan citacita sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. Dengan kata lain pengamal cinta ini berkorban apa sahaja demi memenangi cinta dari pasangan mereka. Menurut Abdullah (1993), situasi ini sering berlaku pada lelaki yang mempunyai daya tarikan rendah, dia akan berasa serba kekurangan dan diselubungi ketakutan akan kehilangan kasih sayang si perempuan. Dalam keadaan begitu, si lelaki mula berasa tambah mencintai si perempuan dan akan berusaha membuktikan cintanya dengan melakukan apa sahaja asalkan si perempuan suka.

4.6

CINTA KEPUNYAAN MANIA Gaya cinta kepunyaan adalah merujuk kepada pengamal yang ingin memiliki

pasangan untuk dirinya sendiri sahaja. Individu yang mengamalkan cinta ini bersifat cemburu dan sentiasa inginkan kekasihnya sentiasa ada bersamanya. Individu ini tidak suka kepada perpisahan dan mahukan semua aktiviti dilakukan bersama. Individu jenis ini amat mementingkan diri sendiri dan ini akan menimbulkan masalah kepada pasangan kerana ia terlalu kuat dengan perasaan mengawal, mengongkong dan memiliki pasangan. Dalam masa yang sama juga individu ini mahu dirinya dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu individu ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangannya.

5.0

REFLEKSI Hidup berpasangan akan memberikan seribu satu kenangan dalam diri kita

sepanjang perhubungan. Apa yang pasti, tidak semua dunia percintaan disulami dengan madu dan juga hempedu. Jika kita memilih untuk bercinta, pastikan dulu untuk kita bersedia memikul tanggungjawab sebagai kekasih. Dengan ini perlulah kita mengenali apakah kriteria gaya bercinta kita kerana hubungan cinta boleh membawa perubahan yang positif dan negatif dalam hidup seseorang. Sungguhpun dunia cinta, indah tidak terkata, namun kita perlulah bersedia untuk menghadapi situasi tegang andai kata berlakunya pergaduhan di antara pasangan itu. Apabila sesuatu keadaan itu sudah mencapai tahap maksimum, di sinilah tahap kesabaran akan teruji dan dalam masa yang sama mungkin timbul penyesalan kerana mempunyai pasangan sedimikian rupa. Oleh itu, kita perlu ingat bahawa untuk mencari pasangan cinta bukanlah semudah yang disangkakan, kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kita sendiri juga perlu maklum dengan citarasa sendiri yang kadang kala ada yang tidak masuk akal. Justeru itu, sebelum kita mencari kesesuaian atau mencari pasangan bercinta, kita perlulah terlebih dahulu menilai diri sendiri terutama kelemahan-kelemahan yang kita ada dalam bercinta. Maka Inventori Gaya Bercinta Alaf Baru ini dapat memberi jawapan bagi mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan cinta seseorang itu. Inventori ini bukan sahaja sesuai bagi individu yang baru mula menjengok cinta bahkan juga kepada pasangan suami isteri yang telah lama hidup bersama agar lebih memahami perasaan cinta masing-masing untuk terus menjadi pasangan yang bahagia.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004), teori pertukaran sosial mengatakan kepuasan seseorang dalam perhubungan cintanya mahupun dalam perkahwinannya datang daripada beberapa sumber dan mengharapkan perhubungannya akan memberikan ganjaran kepadanya. Antaranya ialah cinta dan kasih sayang yang sejati, kejujuran dan kesetiaan, persahabatan, perlindungan, keintiman, penghargaan, kemuliaan, status harta dan kesenangan hidup dan banyak lagi.

6.0 KESIMPULAN Umumnya ada enam gaya bercinta yang ada dan gaya-gaya itu ialah cinta persahabatan, cinta romantis, cinta permainan, cinta logikal, cinta kepunyaan dan cinta pengorbanan. Walaupun dunia berubah namun cinta tetap wujud dan mekar. Gaya bercinta mungkin sama namun teknik dan caranya mungkin berubah. Kemajuan dalam teknologi maklumat telah memperkayakan teknik bercinta misalnya cinta elektronik atau cinta e-mail dan sebagainya. Narcisma pula merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai. Narcisma amat kuat wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian

itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya. Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya. Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif. Oleh itu, untuk berdepan dengan situasi begini, sewajarnyalah seseorang itu membuat persiapan diri sebelum terjerumus ke dalam perhubungan cinta yang akan merosakkan diri sendiri. Jadi kenalilah diri sendiri dan orang lain dalam aspek gaya bercinta.

BIBLIOGRAFI Abdullah dan Ainon. (1993). Bahasa Badan Dalam Percintaan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2004) Komunikasi Intim. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Grace. J. Craig. (1999). Human Development. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. Inc. Mohd Makzan Musa. (1997). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai