Anda di halaman 1dari 5

Kelas: 4 Cemara.

Tajuk: Bersuci daripada najis Hasil pembelajaran: Aras 1: Menyatakan jenis-jenis najis Aras 2: Menerangkan cara menyucikan najis Hissi dan Maknawi Aras 3: Menyenaraikan hikmah bersuci. PELAKSANAAN A.) Aras 1: Menyatakan jenis-jenis najis Strategi: Berpusatkan bahan. Pendekatan: Kaedah: Penerangan dibantu dengan buku skrap. Teknik: Kuliah

I.

Guru menunjukkan kepada murid-murid rajah pembahagian najis Hukmi dan Aini, jenis-jenisnya beserta pengertian.

II.

Bagi

menghidupkan

hubungan

komunikasi

dua

hala

dan

menggalakkan murid berfikir, guru memberi masa selama seminit untuk murid memahami rajah tersebut sebelum bersoal jawab dengan pelajar tentang pemahaman mereka menerusi rajah tersebut . III. Selesai beberapa individu memberikan pendapat mereka, maka barulah guru menerangkan secara ringkas perkara-perkara yang disentuh dalam peta minda tersebut yakni pembahagian najis, jenis-jenisnya beserta pengertian dan contoh. IV. Pengukuhan bagi langkah pertama, guru memberi soalan rawak kepada beberapa orang murid berkaitan pembahagian najis dan jenis-jenisnya untuk memastikan mereka mencapai aras yang pertama.

B.) Aras 2: Menerangkan cara menyucikan najis Hukmi dan Aini Strategi:Berpusatkan guru Pendekatan:Malum kepada majhul Kaedah: Tunjuk Cara (demonstrasi) Teknik: Simulasi

I.

Guru terlebih dahulu mejelaskan penggunaan air kuning dan sirap ros pekat sebagai simbolik air kencing budak lelaki berumur 2 tahun yang hanya menyusu susu ibunya dan darah, manakala gmbr anjing dan babi mewakili najis berat.

II.

Guru

mencetuskan situasi (yang berlaku dekat dengan pelajar)

sebelum memulakan tunjuk cara bagi setiap penyucian bermula dari najis ringan, sederhana dan berat. III. Setiap kali guru selesai memberikan tunjuk ajar cara menyucikan najis kepada murid-murid, guru memberi peluang kepada murid untuk melakukannya di hadapan kelas samada dalam bentuk individu mahupun berpasangan.

D) Aras 3: Menyenaraikan hikmah bersuci. Kaedah : hafalan Teknik : nyanyian (nasyid)

I.

Guru menerangkan kepada murid-murid tentang hikmah bersuci satu persatu dengan menggunakan kad perkataan yang mengandungi hikmah bersuci.

II.

Guru memberi kad tersebut kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan juga diberikan lirik lagu hikmah bersuci.

III.

Guru memperdengarkan murid dengan nasyid tentang hikmah bersuci secara berulang-ulang sebanyak 3 kali ulang.

IV. V.

Murid mendengar dengan teliti terlebih dahulu nasyid tersebut. Kemudian, guru menyanyikan lagu (ikut lagu rasa sayang) tersebut sambil didengar oleh murid-murid. Dan kemudiannya diikuti oleh murid beramai-ramai.

VI. VII.

Murod-murid pun menyanyi bersama-sama dengan guru. Murid menyanyi ikut kumpulan masing-masing sambil mengangkat kad perkataan yang mengandungi hikmah bersuci di hadapan kelas.

VIII.

Guru pun merumuskan pembelajaran dan menyimpulkan bahawa bersuci itu banyak hikmah dan manfaatnya.

D) Penutup

o Guru merumuskan pelajaran tentang jenis dan cara menyucikan najis. o Guru menasihati murid-murid bahawa bersuci itu sangat penting dalam kehidupan dan kebersihan itu sebahagian daripada iman

Lirik lagu nasyid

Bersuci itu banyak hikmahnya, Ibadah diterima pahala diberi, Badan bersih harum baunya, Rakan suka Allah kasihi

Allah murka dosa pun dapat Badan kotor penyakit menanti. Tidak selesa dan tidak sihat

Itulah akibat tidak bersuci.

Ibadah diterima

Pahala Diberi

Anda mungkin juga menyukai