Anda di halaman 1dari 32

Topik X Pergerakan

Asas

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menerangkan konsep dan pergerakan asas lokomotor; Memberikan contoh pergerakan asas lokomotor; Menerangkan konsep dan pergerakan asas bukan lokomotor; Memberikan contoh pergerakan asas bukan lokomotor; Menerangkan konsep dan pergerakan asas manipulasi alatan; dan Memberikan contoh pergerakan asas bukan manipulasi alatan.

X PENGENALAN
Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan dengan kemahiran gimnastik pendidikan dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan akhirnya dapat menjadi warganegara atau atlet yang berbakat dalam gimnastik kelak.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

1.1

PERGERAKAN ASAS

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, pelajar-pelajar dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alat (sila lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pergerakan asas

1.2

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

1.2.1

Konsep

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. (a) Arah Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

Rajah 1.2: Arah pergerakan

(b)

Haluan Haluan melibatkan corak gerakan sama ada dalam bentuk lurus, bengkangbengkok, zig-zag atau lain-lain (Rujuk Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(c)

Masa Masa adalah tempoh yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2

Bentuk Pergerakan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: x x x x x x x x x x Berjalan; Berlari; Melompat; Melompat ketingting; Lari sisi; Skip; Merangkak; Guling hadapan; Guling ke belakang; dan Guling sisi.

Mari kita bincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor tersebut dengan lebih lanjut. (a) Berjalan Antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan.

(iii) Berjalan dengan melakonkan gaya gergasi berjalan. (iv) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.1

(v)

Berjalan dengan melakonkan gaya meredah semak (Rajah 1.1).

(vi) Berjalan dengan melakonkan gaya gajah berjalan. (vii) Berjalan dengan melakonkan gaya anjing cedera di kaki berjalan. (viii) Berjalan dengan melakonkan gaya patung berjalan.

Rajah 1.2

(ix) Berjalan bebas dengan gaya dan langkah yang betul (Rajah 1.2). (x) Berjalan dengan melakonkan gaya model berjalan.

(xi) Berjalan dalam bentuk zig-zag ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan. (xii) Berjalan tonjet.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(xiii) (xiv) (xv) (xvi)

Berjalan dengan mengangkat lutut tinggi. Berjalan dengan melakonkan gaya berkawat seorang askar. Berjalan perlahan dengan langkah besar dan kemudian beransur melangkah kecil. Berjalan pantas dengan langkah besar dan kemudian beransur melangkah kecil.

(xvii) Berjalan naik tangga. (xviii) Berjalan menuruni tangga. (xix) (xx) (b) Berjalan melangkah longkang. Berjalan meniti titi.

Berlari Antara aktiviti berlari yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. Berlari pantas dan beransur-ansur perlahan. Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula. Berlari ke hadapan serta berundur ke sisi. Berlari mengikut seorang ketua. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan. Berlari mengikut arah zig-zag. Berlari beberapa langkah dan kemudian melompat.

Rajah 1.3

(x)

Berlari dengan gaya seperti pelari lari pecut (Rajah 1.3).

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.4

(xxi)

Berlari dengan gaya seperti pelari jarak sedehana (Rajah 1.4).

(xxii) Berlari dengan gaya seperti pelari jarak jauh. (c) Melompat Antara aktiviti melompat yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Melompat seperti rusa melompat pagar. Melompat tali atau garisan di atas lantai. Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan. Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah mengikut arahan. Melompat dengan mencapai berbagai benda. Melompat sambil bergerak ke hadapan. Melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan.

Rajah 1.5

(ix)

Melompat setempat (Rajah 1.5).

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.6

(x)

Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat (Rajah 1.6).

(xi) Melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat.

Rajah 1.7

(xii) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai (Rajah 1.7). (xiii) Melompat sambil mengubah arah lompatan.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(d)

Melompat Ketingting Antara aktiviti melompat ketingting yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut:

Rajah 1.8

(i) (ii)

Melompat ketingting setempat tegak di atas sebelah kaki selama empat kiraan (Rajah 1.8). Melompat ketingting dan pusing badan ke kiri dan ke kanan. ke belakang dan ke kiri

(iii) Melompat ketingting berarah ke hadapan ke kanan mengikut isyarat.

(iv) Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak.

Rajah 1.9

(v)

Melompat ketingting dengan melintas tali, pundi kacang atau garisan (Rajah 1.9).

10 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(e)

Lari Sisi Minta pelajar melakukan aktiviti-aktiviti di bawah berdasarkan arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik: (i) (ii) Lari sisi ke kiri dan ke kanan. Lari sisi perlahan-lahan dengan langkah yang rendah.

(iii) Lari sisi dengan badan dinaikkan. (iv) Lari sisi kemudian galop. (v) Lari sisi sambil berpegang tangan dengan pasangan. (vi) Galop tanpa menyentuh sesiapa. (vii) Galop dengan laju kemudian perlahankan kelajuan. (f) Skip Antara aktiviti skip yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut:

Rajah 1.10

(i) (ii)

Skip ke hadapan (Rajah 1.10). Skip mengikut satu bulatan.

(iii) Skip dengan membuat pola tertentu.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

11

(iv) Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat. (v) Skip secara berpasangan.

(vi) Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokkan. (vii) Skip setinggi yang boleh. (viii) Skip serendah yang boleh. (ix) Skip menuju ke arah tertentu. (x) (g) Skip setempat.

Merangkak Antara aktiviti merangkak yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut:

Rajah 1.11

(i)

Merangkak (Rajah 1.11).

Rajah 1.12

(ii)

Merangkak melalui pelbagai halangan (Rajah 1.12).

12 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.13

(iii) Merangkak melalui bawah sarang labah-labah (Rajah 1.13).

Rajah 1.14

(iv) Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan diikat (Rajah 1.14).

Rajah 1.15

(v)

Merangkak melalui tali (Rajah 1.15).

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

13

(h)

Guling Hadapan Untuk membuat gulingan hadapan, ikut langkah di bawah.

(i)

Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas, ambil nafas.

(ii)

Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia untuk berguling.

(iii) Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke tilam kemudian guling.

14 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(iv) Guling ke hadapan dengan dibantu (guru perlu meminta pasangan pelajar untuk membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling). Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjuk cara digunakan).

(v) (i)

Kembali ke kedudukan dekam dan luruskan kedua-dua tangan.

Guling Ke Belakang Untuk membuat gulingan ke belakang, ikut langkah di bawah.

(i)

Bersedia dengan tangan lurus ke atas.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

15

(ii)

Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari menghala ke belakang.

(iii) Bersedia untuk berguling ke belakang dan letakkan punggung di atas tilam.

(iv) Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang dengan dibantu (guru perlu meminta pasangan pelajar membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling). Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjuk cara digunakan.

16 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(v)

Mendekam dan berdiri semula.

(j) Guling Sisi

SEMAK KENDIRI 1.1


1. 2. Nyatakan maksud pergerakan lokomotor. Menurut ahli Pendidikan Jasmani, secara amnya pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian. Nyatakan ketiga-tiga bahagian tersebut dan beri contoh aktiviti. Dalam pergerakan lokomotor terdapat tiga elemen. Nyatakan dan huraikan elemen tersebut.

3.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

17

1.3

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

1.3.1

Konsep

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik. Badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlu dibuat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.

1.3.2

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: (a) (b) (c) Duduk; Berdiri; dan Berpasangan.

Sekarang, marilah kita bincangkan tentang bentuk pergerakan bukan lokomotor yang disenaraikan di atas. (a) Duduk Antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) Duduk dalam keadaan bersila. Duduk dalam keadaan melunjur.

18 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.16

(iii) Duduk dalam keadaan mengilas ke kiri dan ke kanan (Rajah 1.16). (iv) Duduk dengan mengangkat kaki ke atas sedikit. (v) Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal.

(vi) Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki. (vii) Duduk melutut.

(viii) Duduk mendekam.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

19

(b)

Berdiri Antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) Berdiri lurus

(ii)

Berdiri dengan membongkok ke hadapan.

Rajah 1.17

(iii) Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan (Rajah 1.17).

20 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Rajah 1.18

(iv) Berdiri dengan memusing pada paras pinggang (Rajah 1.18). (v) Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan. (vi) Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri. (vii) Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki.

Rajah 1.19

(viii) Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

21

(c)

Berpasangan Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah: (i) Gusti Tangan

(ii)

Turun Naik Pasangan

(iii) Enjit-enjit Semut

22 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(iv) Tepuk Amai-amai

(v)

Menarik Setempat

(vi) Mengilas Sambil Menepuk Tangan

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

23

(vii) Menarik dan Menahan Rakan

(viii) Tekan Tubi

SEMAK KENDIRI 1.2


1. 2. 3. Nyatakan definisi pergerakan bukan lokomotor. Nyatakan kegunaan pergerakan bukan lokomotor. Namakan aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor yang boleh digunakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

24 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

1.4

MANIPULASI ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

1.4.1

Konsep

Manipulasi alat ialah bagaimana kita memperkayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur prasekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan, contohnya tangan mata, kaki mata dan lain-lain.

1.4.2

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: (a) (b) (c) (d) Membaling dan melambung; Menyambut; Memukul; dan Aktiviti-aktiviti lain.

Marilah kita membincangkan kemahiran manipulasi alat secara terperinci. (a) Membaling dan Melambung Antara aktiviti membaling yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut:

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

25

(i) (ii)

Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula. Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula.

(iii) Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula. (iv) Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula.

(v)

Meleretkan bola ke sasaran.

26 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(vi) Menggolek relung. (vii) Membaling pundi kacang ke pasangan. (viii) Membaling pundi kacang melintasi satu garisan.

(ix) Membaling pundi kacang ke dalam gelung rotan atau sasaran lain.

(x)

Membaling pundi kacang sejauh yang boleh.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

27

(b)

Menyambut Antara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula. Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula.

(iii) Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula. (iv) Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan.

(v) (c)

Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan.

Memukul Antara aktiviti memukul yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti berikut: (i) (ii) Memukul alatan dengan tangan. Memukul alatan dengan genggaman.

(iii) Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran. (iv) Melambung belon ke udara dan kemudian memukul.

28 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

(v)

Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

(vi) Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan. (vii) Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu. (viii) Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu. (d) Aktiviti-aktiviti Lain Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti manipulatif alat dalam Pendidikan Jasmani antaranya ialah: (i) Menyepak

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

29

(ii)

Menahan

(iii) Mengelecek

SEMAK KENDIRI 1.3


1. 2. Nyatakan konsep kemahiran manipulasi alat. Nyatakan kenapa kemahiran manipulasi alat perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.

30 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

1.5

ASPEK KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN PERGERAKAN

Aspek keselamatan adalah perkara utama yang perlu diambil berat dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran pergerakan sama ada dalam pendidikan pergerakan kreatif gimnastik pendidikan, gimnastik irama, gimnastik artisitik. Secara umum, aspek keselamatan tersebut ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Permukaan yang sesuai; Penggunaan ruang aktiviti; Pemilihan rangsangan; Pemilihan pergerakan yang sesuai dengan tahap kebolehan; Pengawasan dalam pemilihan pergerakan; Latihan yang sistematik; Mengenal pasti tahap kecergasan pelajar; Pemilihan peralatan; Pengawasan tingkah laku pelajar; dan Penyeliaan, arahan dan bimbingan.

x x x x x x

Pergerakan lokomotor bersifat gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan. Haluan melibatkan corak gerakan contohnya lurus, bengkang-bengkok, zigzag dan lain-lain. Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

31

x x x x

Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

keupayaan

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor perlu dibuat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Manipulasi alat ialah bagaimana kita memperkayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur prasekolah atau sekolah rendah. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan, guru harus menitikberatkan aspek keselamatan.

x x x x x

Asas sukan Bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat Bengkang-bengkok Bentuk arah gerakan Bentuk lurus

Kemahiran sukan Kurang tekanan Meningkatkan koordinasi anggota Zig-zag

32 X

TOPIK 1

PERGERAKAN ASAS

Abdul Hafidz, Haron, & Husain. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan buku teks tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan buku teks tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan buku teks tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramakrishnan, P. Y. (1998). Pendidikan pergerakan mudah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam. Ten, H. (2006). Pengajaran pendidikan jasmani awal. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Wee, E. H. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai