Anda di halaman 1dari 30

OLAHRAGA: LARI PECUT ISI KANDUNGAN BIL 1 TAJUK Pengenalan Olahraga Sejarah dan Perkembangan Olahraga di 2 Malaysia dan

Antarabangsa Kepentingan sukan olahraga dalam 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 KBSR Pengenalan Lari Pecut Sejarah Lari Pecut Peralatan Larian Prinsip-prinsip Larian Pecut Peraturan Lari Pecut Larian Ansur Maju Teknik-teknik dalam Lari Pecut Aktiviti- aktiviti senaman lari pecut Kesalahan- kesalahan biasa Pemegang Rekod Terkini Penutup Refleksi Rujukan Lampiran ms 3 ms 4 ms 5 ms 7 ms 8 ms 8 ms 10 ms 17 ms 25 ms 26 ms 27 ms 28 ms 29 ms 31 ms 32 ms 2 MUKA SURAT ms 2

UGK-S1K-Olahraga

ms 1

OLAHRAGA: LARI PECUT 1.0 Pengenalan Olahraga Olahraga adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos bermaksud bertanding. Olahraga juga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan

secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi juara dalam perlawanan tersebut. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain.

2.0 Sejarah dan Perkembangan Olahraga di Malaysia dan Antarabangsa Olahraga merupakan sukan tertua di dunia di mana ia dipercayai bermula di Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Pada peringkat awal olahraga merupakan satu bidang seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 sebelum masihi di Greece Kuno yang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia. Pada tahun 1896 Sukan Olimpik Moden bermula di Athens dan juga wujudnya IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan sahaja terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik, malah dalam kejohanan sukan seratau olahraga telah menjadi acara utama seperti Sukan Sea, Sukan Asia dan lain-lain lagi.

UGK-S1K-Olahraga

ms 2

OLAHRAGA: LARI PECUT 3.0 Kepentingan Sukan Olahraga Dalam KBSR

Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan.

Membangunkan kemahiran pergerakan asas.

Memberi kefahaman kepada murid tentag keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.

UGK-S1K-Olahraga

ms 3

OLAHRAGA: LARI PECUT 4.0 PENGENALAN: LARIAN PECUT Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Ia juga merupakan acara olahraga jarak dekat iatu 100m, 200m dan 400m yang memerlukan tenaga yang tinggi seperti tenaga anaerobik. Lari pecut bermaksud berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki.Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kepantasan seorang pelari itu panjang langkah dan kekerapan langkah. Arahan permulaan bagi larian pecut adalah ke garisan sedia dan bang. Terdapat dua teknik yang kita perlu ikuti untuk larian pecut ini. Teknik pertama adalah teknik gaya berdiri dan teknik gaya dekam. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. 4.1 SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara olahraga yang terawal dalam pertandingan olahraga. Pada abad ke-19 laru pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384
UGK-S1K-Olahraga ms 4

OLAHRAGA: LARI PECUT (192 meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan pada masa dahulu diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus

UGK-S1K-Olahraga

ms 5

OLAHRAGA: LARI PECUT tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

UGK-S1K-Olahraga

ms 6

OLAHRAGA: LARI PECUT 4.2 PERALATAN LARIAN

Blok Permulaan/ Starting Blok

Rajah 2

Trek Larian/ balapan

Rajah 3

Kasut Berpaku/ Spike

Rajah 4

UGK-S1K-Olahraga

ms 7

OLAHRAGA: LARI PECUT 4.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut : Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. Tangan digerakkkan dengan pantas. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). 4.4 PERATURAN BAGI PELARI PECUT Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian perserta lain, akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan semula atas budi bicara pengadil. Sepatutnya peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing. Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam trek. Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir. Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF: International Association of Athletic Federation. Peserta hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Pelari yang false start akan diberi amaran sekali. Jika pelari itu melakukan kesalahan kedua, penyertaanyan akan dibatalkan. Jika seseorang pelari gagal menghabiskan perlumbaan, tiada mata akan diberi kepada pelari. Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan.
UGK-S1K-Olahraga ms 8

OLAHRAGA: LARI PECUT Jika dalam sebuah perlumbaan mempunyai lebih daripada 10 orang peserta, saringan kan dilakukan. Peserta yang teratas dalam perlumbaan saringan akan bertandingan dalam perlumbaan seterusnya. Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa

pertandingan.

UGK-S1K-Olahraga

ms 9

OLAHRAGA: LARI PECUT 4.5 Latihan Ansur Maju A) Latihan Mendorong Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang

dimaklumkan. Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan. Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi untuk mengelakkan diri disentuh. Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan. B) Latihan Teknik Pecut Berlari dengan melangkah panjang.

Rajah 5

UGK-S1K-Olahraga

ms 10

OLAHRAGA: LARI PECUT Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

Rajah 6

Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

Rajah 7

UGK-S1K-Olahraga

ms 11

OLAHRAGA: LARI PECUT Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

Rajah 8

Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

Rajah 9

UGK-S1K-Olahraga

ms 12

OLAHRAGA: LARI PECUT Berlari menyepak ke belakang.

Rajah 10

Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

Rajah 11

Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

Rajah 12

UGK-S1K-Olahraga

ms 13

OLAHRAGA: LARI PECUT C) Latihan Kekuatan Kaki Dan Latihan Pecutan Melonjak untuk jarak.

Rajah 13

Melangkah panjang.

Rajah 14

UGK-S1K-Olahraga

ms 14

OLAHRAGA: LARI PECUT

Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

Rajah 15

Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

Rajah 16

UGK-S1K-Olahraga

ms 15

OLAHRAGA: LARI PECUT

Berpasangan: Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Rajah 17

4.6 TEKNIK-TEKNIK DALAM LARI PECUT 4.6.1 GAYA BERDIRI

Rajah 18

Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam matapelajaran pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum

(gerko). Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.

UGK-S1K-Olahraga

ms 16

OLAHRAGA: LARI PECUT

a) Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi. b) Ke garisan Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang (30-40cm) dan mengimbangkan badan. Bengkokkan sedikit kaki hadapan. Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan. Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. c) Sedia Condongkan badan ke hadapan. Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak. Bengkokkan lutut kaki hadapan. Kaki belakang tolak ke tanah. Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan.

UGK-S1K-Olahraga

ms 17

OLAHRAGA: LARI PECUT d) Bang Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

4.6.2 GAYA DEKAM Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya dekam ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: a) gaya pendek atau peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) - kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan. b) gaya sederhana (Medium Start) - lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan. c) gaya panjang (Elongated Start) - lutut kaki belakang selari dengan bahagian tumit kaki hadapan.

4.6.2.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan 1. Gaya peluru a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak. b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. 2. Gaya sederhana a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki. b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

UGK-S1K-Olahraga

ms 18

OLAHRAGA: LARI PECUT c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 3. Gaya panjang a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak. b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

4.6.2.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

1) Gaya peluru a) Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. b) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana a) Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang a) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

4.6.2.1.3 Penempatan Blok Permulaan

UGK-S1K-Olahraga

ms 19

OLAHRAGA: LARI PECUT Mengikut Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling: Novice, satu cara penempatan blok dengan ukuran panjang kaki. Bagi acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam. Terdapat 3 fasa dalam gaya dekam ini. Antaranya:a) Fasa Permulaan Keadaan ke garisan Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan. Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok. Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu. Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum. Keadaan sedia Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu. Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.

UGK-S1K-Olahraga

ms 20

OLAHRAGA: LARI PECUT Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.

Rajah 20

b) Fasa Pecutan Pergerakan Tangan dan kaki Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

Lutut Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.

UGK-S1K-Olahraga

ms 21

OLAHRAGA: LARI PECUT Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik larian di selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.

Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Rajah 21

UGK-S1K-Olahraga

ms 22

OLAHRAGA: LARI PECUT

c) Fasa Penamatan Pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan

kepantasannya. mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) digerakkan ke hadapan. memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir. menundukkan bahagian kepalanya. kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.

Rajah 21

UGK-S1K-Olahraga

ms 23

OLAHRAGA: LARI PECUT

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI SENAMAN BAGI KEMAHIRAN LARIAN PECUT Lari naik bukit yang berlereng curam. Lari secara melompat (bounding) langkah panjang dan lutut diangkat tinggi. Mengayuh basikal di udara. Naik-turun dari bangku. Lawan tolak-menolak. Lompat skip. Memikul kawan di belakang dan berlari. Mengangkat lutut tinggi dengan beban. Naik-turun tangga dengan beban di atas bahu. Bergerak ke hadapan dengan aksi berlari dan kawan menahan dengan kedua-dua tangan di atas bahunya. Lari di dalam air di mana paras air bawah lutut/ di atas pasir.

UGK-S1K-Olahraga

ms 24

OLAHRAGA: LARI PECUT

6.0 KESALAHAN- KESALAHAN BIASA

Rajah 2

7.0 Penutup Kesimpulannya, olahraga merupakan satu bahagian daripada aktiviti

bersukan. Ibu bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting supaya murid sekolah bergiat cergas dalam aktiviti bersukan. Mereka seharusnya memberi sokongan moral dan juga menggalakkan mereka terlibat dalam olahraga bertanding di persada dunia dan mengharumkan nama baik negara. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat melahirkan murid yang berminda cerdas dan berbadan cergas. Oleh itu, semua murid dikehendaki menyertai dalam olahraga supaya dapat menghasilkan pelajar yang inovatif, berdaya saing, berketrampilan dan kreatif.

UGK-S1K-Olahraga

ms 25

OLAHRAGA: LARI PECUT

8.0

Refleksi Kami berasa teruja dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja

kursus ini pada masa yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Sidek, pensyarah olahraga kami kerana sanggup memberikan bimbingan dan juga segala bantuan kepada kami sewaktu melaksanakan kerja kursus tersebut. Tidak lupa juga untuk kawan-kawan kami yang telah banyak memberi dorongan dan pandangan mereka semasa membuat tugasan ini. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, kami berdua telah bertungkus lumus mencari maklumat berkenaan tajuk yang telah diberi. Kami mengalami kesukaran seperti kurang pengetahuan dan tiada pengalaman dalam olahraga pada peringkat awalnya, tetapi kami mencuba mencari bahan-bahan lebih dari satu

sumber, selain dari buku. Tugasan in adalah diberikan secara bepasangan. Kami
UGK-S1K-Olahraga ms 26

OLAHRAGA: LARI PECUT berdua sentiasa mengadakan perbincangan untuk berkongsi pendapat dan maklumat mengenai tugasan yang diberikan. Setelah mendapat maklumat yang cukup, kami dapat menyiapakan tugasan ini dengan sempurna. Di bawah bimbingan, Encik Sidek kami dapat meneruskan kerja kami tanpa sebarang masalah. Tanpa beliau, kami tidak mungkin dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan apabila melaksanakan tugasan ini dan dapat mengetahui lebih banyak fakta yang berbeza daripada pelbagai sumber. Kami dapat mengetahui lebih dalam mengenai jenis-jenis pelarian, teknik-teknik pelarian dan juga cara-cara untuk mengajar kepada murid sekolah. Kesimpulannya, sekali lagi kami ingin merakamkan sebillion terima kasih kepada semua pihak yang sudi menolong kami dalam menyiapkan tugasan kami. 10.0 RUJUKAN http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/ http://pjthepioneering com.blogspot.com/2010/11/assignment-lari-pecut.html http://www.scribd. /doc/26800261/PENDIDIKAN-JASMANI-OLAHRAGA-PECUT http://en.wikipedia.org/wiki/200_metres http://www.scribd.com/doc/23710224/Lari-Pecut Weng Eng Hoe(2009), 9th Edition ,Panduan Pengajaran Olahraga-Kejurulatihan dan Kepegawaian , Karisma Publication. Amran, Lee, Abdullah, P.Sundralingam (2007), 1st Edition, Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Olahraga, PutraPadu Sdn. Bhd
UGK-S1K-Olahraga ms 27

OLAHRAGA: LARI PECUT

UGK-S1K-Olahraga

LAMPIRAN

ms 28

OLAHRAGA: LARI PECUT

UGK-S1K-Olahraga

ms 29

OLAHRAGA: LARI PECUT

UGK-S1K-Olahraga

ms 30

Anda mungkin juga menyukai