Anda di halaman 1dari 2

RPH Bahasa Malaysia Tahun 1 (Masalah Pembelajaran)

Tajuk :Kenderaan Masa: 30 Minit Tunjang Utama: 1. Kemahiran Mendengar Standard Kandungan: 1.2 Memberi Perhatian kepada bunyi yang didengar Standard Pembelajaran: 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan Tunjang lain yang disepadukan: Komunikasi, Kertampilan Diri, Kemanusiaan, Kerohanian, Sikap dan Nilai. Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat mengajuk bunyi kenderaan yang disebutkan oleh guru. Nilai: Kerjasama dan rajin Elemen Merentas Kurikulum: Nilai-nilai murni, Bahasa dan Kreativiti dan inovasi. Bahan Bantu Belajar: Komputer riba, Model kenderaan, OHP. Penilaian P&P: Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru. Aktiviti: 1. Murid meneka barangan dalam kotak yang dipegang dan digoncangkan oleh guru 2. Murid diminta menutup mata dan diperdengarkan dengan bunyi kenderaan dari rakaman youtube.

3. Murid mengajuk bunyi tersebut dan melakukan aksi kenderaan itu bergerak. 4. Setiap murid diberi model kenderaan dan melakukan aksi serta mengajuk bunyi kenderaan yang ada pada mereka. 5. Murid ditayangkan cara menggunakan kenderaan tersebut dengan betul. 6. Murid diterangkan tentang keselamatan menggunakan kenderaan itu. 7. Murid diminta menyebut kenderaan yang paling diminati dan mengajuk bunyinya. 8. Murid menyanyi lagu "Bapaku Pulang Dari Kota" 9. Penutup - rumusan nilai murni pelajaran. Refleksi: Objektif P&P tercapai, walaupun agak lama disebabkan 2 orang murid sukar mengingati bunyi yang diperdengarkan seterusnya menamakan kenderaan tersebut. 2 orang murid ini mengajuk bunyi kenderaan kemudian menamakan kenderaan lain yang mempunyai bunyi tersebut. Contohnya bunyi kenderaan polis dinamakan kenderaan ambulan.
Posted by Pauziah Bt Othman at 23:36

Anda mungkin juga menyukai