Anda di halaman 1dari 24

Model Assure dalam pengajaran dan pembelajaran Model ASSURE merupakan reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan

tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Proses pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkatperingkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. A - Analyse learners ( Analisis pelajar). 2. S State objectives ( Nyatakan objektif / hasil pembelajaran ) 3. S - Select methods,media and materials ( Pilih kaedah,media dan bahan sumber 4. U - Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan sumber ) 5. R - Require learner participation ( Libatkan pelajar dam pembelajaran ) 6. E - Evaluate and revise ( Nilai dan semak semula ) ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN MODEL ASSURE SK KENYALANG

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : Enam Hijau : 38 orang : 28 Januari 2013 : 08.10-09.10 pagi : Sekolahku : Sekolahku Ceria : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran :.( State Objectives ) 1. Murid-murid dapat meyampaikan pantun Cintai Sekolah berdasarkan buku teks dengan intonasi yang betul. 2. Murid-murid menyatakan nilai-nilai murni berdasarkan pantun Cintai Sekolah yang telah di baca. 3. 30 orang murid dapat membuat ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

: Fokus utama 8.1 Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan peluasan subjek dan predikat. Fokus sampingan 4.4 Aras 3 (i) Memberikan komen dan cadangan balas yang membina tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman.

Kemahiran bahasa : Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Kosa Kata KBKK Sistem bahasa : Bestari, darjat, deretan, maruah, maklumat : Bersoal-jawab , menjana idea : Tatabahasa (morfologi : imbuhan)

Awalan, Akhiran dan Apitan , Kata Kerja Nilai Ilmu Kemahiran bernilai tambah Pengetahuan sedia ada Bahan bantu mengajar (BBM) : Murid-murid mengetahui suasana di sekolah semasa pembelajaran dan pengajaran : LCD + Laptop, : Kesederhanaan, Kesyukuran dan Bertanggungjawab : Alam sekitar : Kajian Masa Depan

Langkah/Mas a

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Perkataan " PERDANA MENTERI"

1. Guru bertanyakan kepada murid-murid ciri-ciri seorang Perdana Menteri . 2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

KBKK Soal Jawab ( Select methods,media and materials ) BBM 1. LCD + Laptop
(Utilize Media)

Langkah 1 (5 minit)

Pantun Cintai Sekolah '

1. Guru menayangkan rangkap pantun berkenaan pembelajaran hari ini. 2. Guru membacakan rangkap pantun dengan diikuti oleh murid. 3. Murid-murid membacakan pantun secara kumpulan.
4. Guru membimbing murid

menyampaikan pantun dengan intonasi yang betul. (Require Learners


Participation)

Langkah 2 (10 minit)

Kosa Kata : Bestari Darjat Deretan

1. Guru meminta wakil

BBM 2. LCD + Laptop 3. Rangkap pantun ' Cintai Sekolah'

seorang murid lelaki dan perempuan menyampaikan pantun di hadapan. (Require


Learners Participation)

Maruah Maklumat

2. Guru memberikan maksud kosa kata yang terdapat dalam rangkap pantun tersebut.
3. Guru meminta murid-murid

(Utilize Media) Kemahiran Menjana idea ( Select methods,media and materials )

memberikan contoh ayat mudah berdasarkan perkataan tersebut.


(Require Learners Participation)

Langkah 3 (20 minit)

Nilai-nilai murni : Kebersihan Cintai sekolah Menghargai ilmu Patuhi nasihat Bersikap teliti

1. Guru meminta murid

BBM 1. LCD + Laptop Penerangan

mengeluarkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap rangkap pantun yang dibaca.(Evaluate and
Revise). 2. Guru membimbing murid dalam menyatakan nilainilai murni yang sesuai. 3. Murid membuat ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah dibincangkan.

4. Guru meminta murid turus menjadi rakan pembimbing kepada murid lemah. Langkah 4 (15 minit) Latihan : Membentang ulasan 1. Guru meminta dua wakil BBM murid membacakan ulasan Slaid dokumen yang telah dibuat di hadapan. 2. Guru membentang skrip cara membina ulasan yang lengkap.
(Utilize Media and materials )

3. Guru membimbing dan membuat penambahbaikan ulasan yang telah dibentangkan oleh murid. Penutup (5 minit) 1. Guru menyatakan kepentingan menjaga nama baik sekolah. 2. Guru meminta murid-murid menyiapkan tugasan Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan

mereka dan menghantar tugasan tersebut pada esok hari.

Nilai : Kesyukuran Bertanggungjawab Lampiran 1

Alhamdulillah , selepas melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran , saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan . Sejujurnya saya melihat banyak perkara yang perlu tingkatkan supaya ilmu yang disampaikan dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Di antara kekuatan sepanjang pembelajaran dan pengajaran ini ialah aktiviti ini banyak berpusatkan murid . Ini penting supaya objektif pembelajaran tercapai sepenuhnya. Selain itu, murid-murid turus dapat membantu murid-murid lemah dalam aktiviti kumpulan. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti LCD dan komputer dapat menarik minat murid-murid dalam memahami tajuk pelajaran. Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti kaedah soal jawab, penerangan dan perbincangan meningkatkan lagi tahap kefahaman murid tentang sesuatu tajuk. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti antaranya set induksi yang kurang menarik perhatian murid. Mungkin murid-murid Tahun Enam belum bersedia sepenuhnya kerana mata pelajaran sebelumnya adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Pada waktu, fizikal murid yang masih berpeluh menyebabkan mereka kurang memberikan tumpuan. Manakala suasana di kelas tidak terkawal kerana kedapatan murid-murid yang keluar masuk kelas atas urusan lain.Selain itu, sewaktu sesi perbincangan antara murid turus dan murid lemah, ada di antara mereka yang bercakapcakap dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dengan aktiviti kumpulan. Keseluruhannya , pembelajaran dan pengajaran saya tercapai sepenuhnya kerana lebih 30 orang murid dapat melakukan sepenuhnya aktiviti dalam rancangan pengajaran saya hari ini. Semoga ianya memberikan pengalaman baru kepada saya dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.

Analyse Learners ( Analisis Pelajar)

1. Murid-murid Tahun 6 Hijau 2. 38 orang murid ( 24 orang lelaki dan 14 orang perempuan ) 3. 30 orang murid turus dan 10 murid lemah

State Objective ( Nyatakan objektif / hasil pembelajaran)

1. Murid-murid dapat meyampaikan pantun Cintai Sekolah berdasarkan buku teks dengan intonasi yang betul. 2. Murid-murid menyatakan nilai-nilai murni berdasarkan pantun Cintai Sekolah yang telah di baca. 3. 30 orang murid dapat membuat ulasan berdasarkan nilainilai murni yang telah dibincangkan.

Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

Kaedah : Soal jawab, perbincangan, penerangan Media Power Point, papan Putih Bahan sumber LCD, Komputer, Buku Teks

Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)

1. Guru menayangkan power point berkenaan pantun Cintai Sekolah. 2. Guru menayangkan skrip cara membina ulasan yang betul dan lengkap. 1. P d P berpusatkan murid

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Evaluate and Revise ( Nilai dan semak semula)

Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan.

Lampiran 1 Pantun Cintai Sekolah Tanam peria di pinggir kali, Petiklah sebiji berikan jiran, Sekolahku ceria indah sekali, Nilai murni menjadi amalan. Buah delima sudah terbilang, Isinya merah warna berseri, Gah nama sekolah cemerlang, Cantik terserlah lagi bestari. Pokok jambu usah dipanjat, Ambillah galah jolokkan buah, Hargai ilmu tinggikan darjat, Hargai sekolah jagalah maruah. Pokok kelapa di pinggir kota, Deretan ru menambah seri , Usah lupa pesan dan kata, Teguran guru jangan dinafi. Pohon meranti pohon berangan, Amat subur memikat hati, Mohon teliti segala kandungan, Maklumat kabur menjadi pasti.

Lampiran 2

Nilai-nilai murni kita peroleh antaranya kita mestilah ...........( nilai murni + huraian ayat )................... Selain itu, kita haruslah ..........( nilai murni + huraian ayat ).... ............ Seterusnya, kita hendaklah ...........( nilai murni + huraian ayat ).......................... Oleh itu, kita perlulah........( nilai murni + huraian ayat )........ Akhir sekali, kita wajarlah.... ( nilai murni + huraian ayat )............

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN ISLAM

MATA PELAJARAN TAJUK KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID

: Asas Ulum Syariah ( Ibadah ) : Cara menyucikan najis : 4 Amanah : 17 Januari 2013 : 11.30 - 12.00 pagi : 25 Orang

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid-murid pernah melihat ibu mencuci pakaian yag kotor di rumah.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran : 1. 20 orang murid dapat memberikan maksud bersuci daripada najis dan hadas 2. Semua murid dapat menyenaraikan jenis-jenis najis

KEMAHIRAN BERFIKIR 1.menyusun atur, menjana idea, merumuskan

PENERAPAN NILAI Mengamalkan kebersihan,

BAHAN BANTU MENGAJAR Video " Jenis-jenis najis dan cara menyucikannya, LCD , Dokumen Gambar STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/ Masa Pendahuluan ( 3 minit)

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Bacaan Doa

Ketua kelas membacakan doa diikuti oleh murid-murid lain

Nilai murni Memuliakan guru

Set Induksi ( 3 minit )

Gambar kanak-kanak bermain bola semasa hujan

Guru menunjukkan gambar beberapa orang yang bermain bola dan pakaian mereka berlumpur. Soalan : Apakah hukum solat dengan memakai pakaian yang berlumpur? Guru mengaitkan jawapan murid dengn tajuk pelajaran.

BBM Gambar murid bermain bola Kaedah Soal jawab

Langkah 1 ( 5 minit )

Pengertian bersuci daripada najis : Menghilangkan najis dan kekotoran dari tubuh badan , pakaian dan tempat yang mengharuskan ibadat tertentu.

Guru meminta wakil murid menyatakan kefahaman mereka tentang bersuci. Guru menerangkan pengertian bersuci dari najis dan hadas. Guru meminta 5 orang murid memberikan maksud bersuci dengan ayat sendiri. Guru memaparkan video berkaitan jenis-jenis najis dan cara-cara menyucikannya.

BBM LCD Dokumen Kaedah Penerangan KBKK Menjana idea BBM Video jenisjenis najis dan cara menyucikan najis

Langkah 2 ( 8 minit )

Jenis-jenis najis dan cara menyucikannya :

Najis Mukhaffafah Air kencing bayi lelaki di bawah umur dua tahun Guru bersoal jawab tentang masalah semasa murid

yang hanya menyusu ibu. Pertama, hilangkan ain najis, renjis dengan air biasa kerana hanya najis ringan. Najis Mutawassitah Najis pertengahan, seperti darah,nanah, muntah, tahi , kencing dan lain-lain. Pertama, hilangkan ain najis, basuh dengan air biasa hingga hilang bau, warna dan rasa. Najis Mughallazah Najis berat, najis yang berasal dari anjing dan babi serta keturunannya. Pertama, hilangkan ain najis, basuh sebanyak tujuh kali; sekali air bercampur tanah, enam kali air biasa. Penutup ( 4 minit ) Rumusan tajuk pelajaran

berkaitan dengan najis dan cara menyucikannya. Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan tajuk pelajaran.

Lembaran kerja Nilai murni Kebersihan

Guru meminta wakil murid merumuskan semula jenis najis dan cara menyucikannya

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEKUATAN 1. Penggunaan media yang menarik Paparan video bertajuk Jenis-Jenis najis dan cara menyucikannya menarik 2. Set Induksi menarik Gambar budak lelaki yang bermain bola ketika dapat memberikan tumpuan kepada mereka. 3. Kaedah pengajaran berpusatkan murid Guru menggalakkan aktiviti seperti murid menerangkan maksud bersuci mengikut kefahaman sendiri. 4. Objektif pengajaran tercapai Keseluruhan murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Keseluruhannya, saya perlu lebih peka dan bersedia dalam penyediaan bahan bantu mengajar ( BBM ) kerana ianya sangat penting dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Seain itu, saya seharuskan lebih bijak mennyampaikan isi-isi pelajaran dengan cara yang menarik dan kreatif supaya dapat menarik perhatian murid. Apa yang penting ilmu yang saya sampaikan dapat diamalkan oleh murid-murid dalam seharian. KELEMAHAN 1. Suasana kelas yang tidak kondusif Cuaca pada hari tersebut sangat panas, Murid-murid tiada tumpuan penuh. 2. Penutup yang bersahaja Wakil murid memberikan rumusan tajuk pelajaran dengan tiada kesungguhan. 3. Persediaan penyediaan BBM Mengambil masa lama dalam Memyediakan alatan LCD dan video.

Analyse Learners ( Analisis Pelajar)

1. Murid-murid Tahun 4 Amanah 2. 25 orang murid 3. Murid-murid berasal dari kawasan kampung Tabuan Melayu.

State Objective ( Nyatakan objektif / hasil pembelajaran)

1. 20 orang murid dapat menyatakan maksud bersuci dari Najis. 2. Semua orang murid dapat menyatakan jenis-jenis najis.

Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

Kaedah : Soal jawab, tunjuk cara ( video ), perbincangan Media Video, dokumen, lembaran kerja Bahan sumber LCD, Komputer, video

Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)

1. Guru menayangkan video tentang jenis-jenis najis dan cara menyucikannya. 2. Paparan dokumen tentang pengertian bersuci dari hadas

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

1. P d P berpusatkan murid - aktiviti soal jawab, rumusan tentang tajuk pelajaran. 2. P d P berpusatkan Bahan - tayangan video tentang tajuk pelajaran.

Evaluate and Revise ( Nilai dan semak semula)

Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Pengertian bersuci daripada najis : Menghilangkan najis dan kekotoran dari tubuh badan , pakaian dan tertentu. tempat yang mengharuskan ibadat

Anda mungkin juga menyukai