Anda di halaman 1dari 28

10.

KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP FALSAFAH
Perkataan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mencintai kebijaksanaan. Perkataan Falsafah memberi makna sebagai pemikiran/pandangan yang benar, rasional & bernas. Tujuan Falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran & memberi arah tuju / pedoman untuk perkara-perkara yg penting dlm kehidupan.

10.2

KONSEP PENDIDIKAN

Bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan & organisasi untuk mendidik murid-murid supaya insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Pengertian Pendidikan seperti berikut: Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

10.2.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN Memberi panduan kepada sesebuah system pendidikan utk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis kurikulum, kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah.

Pada amnya, falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang / bidang kajian, iaitu: 1. Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti seperti kewujudan alam, roh & kehidupan. 2. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu yang sering ditanya. 3. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai etika (tingkah laku seseorang) & estetika (menilai kecantikan & seni) 4. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

Falsafah pendidikan juga diertikan sebagai pedoman, arah tujuan / pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ciri utama falsafah pendidikan ialah ia menilai keseluruhan pengalaman manusia. Ia juga memberi interpretasi yang komprehensif mengenai ilmu & kebenaran. Melihat hubungan manusia dalam aspek-aspek kesedaran diri, kebebasan, nilai, moral & kecantikan seni. Juga merupakan satu bidang di mana guru boleh mendapat panduan & petunjuk terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

10.3
-

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FPK ialah satu kumpulan konsep-konsep, prinsip dan nilai yang menjadi asas kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia. FPK digubal daripada idealogi yang dimanifestasikan dalam laporan dan dasar-dasar pendidikan termasuk Rukun Negara. FPK menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan di Malaysia.

10.4
-

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kepada arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prisip Rukun Negara.

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin.

10.4.1 MATLAMAT FPG


Matlamat-matlamat FPG yang asas ialah seperti berikut: membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Meningkatkan berterusan. Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara

10.4.2 MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model konseptual pendidikan ialah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru Model konseptual guru mementingkan akauntabiliti guru kepada diri sendiri, masyarakat dan ketuhunan. Daripada aspek kenduri, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid. Daripada aspek kemasyarakatan, guru perlu menyedari bahawa sebagai seorang agen perubahan dia boleh mendidik dan memimpin anak muridnya.

Daripada aspek ketuhanan pula, guru mesti dapat meningkatan ilmu murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama masing-masing.

10.4.3 NILAI-NILAI KEGURUAN


Semua guru adalah pengajar nilai-nilai tertentu. Sama ada guru-guru sedar atau tidak, mereka selalu mempengaruhi murid-murid mereka melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan. Sebagai contoh, Cik Tan seorang guru bahasa, pada masa yang sama beliau juga merupakan pengajar nilai-nilai Guru pada peringkat rendah harus melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang dia mengajar. Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya. Contoh, guru datang awal ke sekolah setiap hari. Penghayatan nilai boleh dibuat secara berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat yang paling rendah sampai kepada peringkat yang sangat tinggi seperti yang tertera dalam rajah penghayatan nilai dibawah: Kelima Ketiga Kedua : Peringkat Perwatakan : Peringkat Penilaian : Peringkat Gerak balas

Keempat : Peringkat Organisasi

Pertama : Peringkat Penerimaan Bila sesuatu nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan, ia akan sebati dengan sahsiah guru dan sukar untuk diubah oleh mana-mana

pihak.

10.4.4 ANALISIS FPK DAN FPG


Matlamat-matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru di Malaysia daripada analisis FPK dan FPG ialah seperti berikut: Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah Pendidikan kewarganegaraan Perkembangan pendidikan vokasianal Teknologi dalam pendidikan Mata pelajaran kemahiran hidup/manipulatif Penerapan nialai-nilai murni Pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah dan menengah Pendidikan moral kepada setiap murid Bahasa Melayu merentasi kurikulum Pendididkan pra-sekolah Menjalankan ko-kurikulum di semua peringkat Perkembangan pendidikan vokasional Penerapan nilai-nilai Islam

10.4.5 IMPLIKASI FPK DAN FPG KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK
Implikasi FPK dan FPG kepada guru sebagai pendidik ialah seperti berikut: Mesti Cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik, peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara menjadi seorang guru yang serba salah. mesti mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina

untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa dan juga mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. - Guru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut: mesti mempunyai unsur kecintaan dan kemesraan serta

mempunyai penampilan diri yang menarik. Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. mesti mempunyai imej kenduri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri. Mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain.

10.5

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan

ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. mengikut Hamka (Haji Abdul MAlik Karim Amrullah), pendidikan Islam merupakan proses memupuk budi pekerti yang mulia serta tabiat-tabiat baik serta sikap berani, merendah diri, sabar serta menghormati orang yang lebih

tua dan murid-murid. Amar al Shaibani,- persiapan untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Al Ghazali menegaskan kepentingan latihan jasmani dan sukan yang dapat menguatkan badan serta menambahkan kecergasannya. Pendidikan Islam merangkumi aspek intelek, pembinaan akhlak mulia, berani dan menghormati antara satu sam lain. Muhamad Oatb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani ke tahap kesempurnaan. Muhamad Athhiyah al abrashi pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak mulia di bawh teras ajaran Islam. Syed Naquib direalisasikan apabila berlaku perubahan dalam diri individu. Proses membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia mengikt peraturan taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Rumusannya: - pendidikan dalam sudut Islam menyatupadukan semua ilmu pengetahuan di bawah pengendalian Al-Quran dan Sunah yang merupakan teras di dalam pendidikan dan kebudayaan Islam yang sebenarnya.

10.5.1 CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM


(a) sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-undang Islam (b) berkaitan dengan realiti masyarakat dalam hubungannya dengan kebudayaan sosial, ekonomi dan politik (c) peningkatan manusia haruslah berdasarkan kepada aspek kehidupan manusia yang berkaitan dengan ilmu pengertahuan dan tugas menyampaikan ilmu kepada amanah Allah. (d) Bersifat universal dan didasarkan kepada faktor-faktor sosial, budaya, rohani, ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya. (e) Bersifat dinamik di mana ia berkemban sesuai dengan perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian dalam pelbagai pendidikan.

10.5.2 Dasar Pendidikan Islam (g) (g) Persaudaraan dan Persaudaraan dan persamaan sejagat persamaan sejagat antara semua umat antara semua umat Islam Islam

(f (f ) ) Kehidupan dunia dan Kehidupan dunia dan akhirat akhirat

(a) (a) Tauhid Tauhid

(e) (e) Individu bertanggung Individu bertanggung jawab untuk tindakan jawab untuk tindakan sendiri sendiri

Dasar pendidikan Dasar pendidikan Islam Islam

(b) (b) Kepercayaan pesuruhKepercayaan pesuruhpesuruhNya pesuruhNya

(d) (d) Manusia berpotensi Manusia berpotensi dalam perkembangan dalam perkembangan moral dan kerohanian moral dan kerohanian

(c) (c) Kepercayaan kepada Kepercayaan kepada Wahyu dan Nabi Wahyu dan Nabi

Rajah 2: Dasar Pendidikan Islam

10.5.3

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

(A) mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai ke Islam (B) melahirkan manusia yang bertakwa (C) melahirkan manusia yang bertatabudi (D) melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi (E) skop dan bidang pendidikan Islam harus disebarkan secara luas dan menyeluruh

(F) fahaman idealistik dan realisme serta usaha untuk membentuk individuindividu beriman. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Islam

usaha menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam. berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

Konsep Falsafah Pendidikan Islam

membentuk sikap, kemahiran, keperibadian , pandangan hidup yang positif

mendorong masyarakat, alam sekitar, negara ke arah yang maju san sejahtera di akhirat

10.5.4 Dasar Pendidikan Islam Keesaan Tuhan (Tauhid) Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri Kehidupan keduaniaan dan akhirat Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam Ajaran Al-Quran (Kurikulum) Bahasa Arab

Ajaran Falsafah Pendidikan Islam

bidang pengajian kemanusiaan penghantar) (psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi)

(media

bidang alam tabii (astronomi, biologi)

Tokoh Falsafah Pendidikan Islam

Haji Abdul Malik Mohammad Ghazali

Dr. Mohd Athiyah

Amal al-Shaibani

Al-

Karim Amrullah Qatb

al-Abrasyi

Persiapan tokoh Berakhlak Patut Persamaan tokoh-tokoh Falsafah Pendidikan Islam Membina menghadap pendidikan tinggi dan ditambah insan cabaran Islam Pendidikan mulia tingkah dengan boleh memainkan peranan ke arah untuk mewujudkan satu menyeluruh kehidupan terpengaruh laku insan Pendidikan insan yang fizikal, intelek dan danmempunyai keseimbangan antara potensi dan akhirat di Jasmani seimbang Indonesia untuk bina rohani manusia. bentuk insan insan di positif Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan berakhlak tingkah laku, mulia dan bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. budi perkerti hormat mulia, orang hormat- FPK ialah satu kumpulan konsep-konsep, prinsip dan nilai yang menjadi asas menghormat kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia. Digubal daripada ideologi yang dimanifestasikan dalam laporan dan dasardasar pendidikan termasuk Rukun Negara. Menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan di Malaysia.

10.6

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Mengikut Plato, pendidikan ialah satu proses yg dapat membentuk individu yg berakhlak mulia Mengikut Maria Montessori, pendidikan ialah satu proses membentuk & mengembangkan intelek, jasmani, rohani & sosial kanak-kanak. Mengikut Dewey, pendidikan ialah satu proses perkembangan individu & usaha mengatur ilmu pengetahuan utk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yg ada pada manusia supaya mereka dapat hidup dgn lebih berfaedah & selamat.

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Essensialisme Progressivisme Rekonstruksionisme Eksistensialisme Moden

Rajah 3:

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

a) Perennialisme Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Tujuan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Perennialisme Pelopor : R. M. Hutchins , Mortimer J. Alder , Jacques Maritian Idealisme Mendisiplinkan/mendidik mental & jiwa murid supaya menjadi rasional Menanam intelek & kemahiran berfikir murid Tertumpu kepada kajian yang kekal Menguasai fakta & ilmu tanpa batas masa

Peranan Pendidikan Tumpuan Kurikulum

Guru membantu murid fikir secara rasional Menolong menemui prinsip mutlak Memahami dunia benar Mata pelajaran klasik Menganalisa sastera (karya) Memupuk kelakuan moral Melatih murid dalam 3M

b) Essensialisme Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Tujuan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Peranan Pendidikan Tumpuan Kurikulum Essensialisme Idealisme Realisme Mempertingkatkan pertumbuhan intelek individu Mendidik manusia menjadi lebih cekap Membentuk personaliti & mental ke tahap keharmonian & kesempurnaan Kemahiran penting dalam mata pelajaran akademik Menguasai konsep & prinsip-prinsip mata pelajaran Guru mempunyai autoriti dalam mata pelajarannya & pengajaran nilai-nilai tradisi masyarakat secara eksplisit Kemahiran asas iaitu 3M & mata pelajaran penting e.g. sains, sejarah, ilmu alam & bahasa asing Nilai-nilai masyarakat (sosial, budaya politik) diajar di sepanjang peringkat sekolah

10.6.1 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MODEN


a) Progresivisme

Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Tujuan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Peranan Pendidikan Tumpuan Kurikulum

Progressivisme Pelopor : John Dewey , William H. Kilpatrick , Boyd H. Bode Pragmatisme Naturalisme Mempertingkatkan kehidupan sosial yg demokratik (tanpa perbezaan istimewa)

Ilmu

yg

membawa

kepada

pertumbuhan

&

pembangunan proses belajar hidup Tertumpu kepada pembelajaran aktif Guru sebagai pembimbing & penasihat terhadap penyelesaian masalah & kaedah inkuiri (semangat tahu) Berdasarkan kepada minat, keperluan & kebolehan murid Terlibat kepada aplikasi prinsip-prinsip membuat sambil belajar Penyelesaian masalah, projek ujikaji & mata pelajaran e.g. kemahiran hidup

b) Rekonstruktivisme Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Tujuan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Peranan Rekonstruktivisme Pelopor : Harold O. Rugg , George S. Counts Pragmatisme Memperbaiki & membina masyarakat Pendidikan utk perubahan & reformasi Kemahiran & mata pelajaran untuk mengenal & menyelesaikan masalah masyarakat Pembelajaran aktif Guru menjadi agen perubahan & reformasi

Pendidikan

Bertindak sebagai pengarah projek & ketua penyelidik Membantu murid sedar ttg masalah yg dihadapi oleh manusia (guru pembawa isu-isu sosial utk dibincangkan & diselesaikan bersama dgn murid) Tertumpu kepada sains sosial & kaedah penyelidikan sosial Pemeriksaan ke atas masyarakat Kemahiran berfikir secara kritis & kreatif Ekonomi & politik tertumpu kepada trend masa kini & yg akan datang Termasuk kepada isu kebangsaan & antarabangsa

Tumpuan Kurikulum

c) Eksistensialisme Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Metafizik / Realiti Kewujudan Pengetahuan Kebenaran Etika Moral & Akhlak / Estetika Keindahan / Citarasa Eksistensialisme Alam kewujudan Realiti didefinisikan oleh individu sendiri Manusia dilahirkan & memasuki alam kewujudan Membesar & seterusnya menyedari kewujudan keadaan dirinya & penghidupannya Kebenarannya sebagai pilihan individu Apa yg diamati diberi makna berlandaskan pemahaman sendiri Berdasarkan kebebasan individu Seseorg tidak perlu mengikut / mematuhi norma atau nilai masyarakat Penjelmaan daripada norma & nilai masyarakat

10.7

PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

10.7.1 KONSEP KURIKULUM


- Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru dan muridmurid perlu meliputi dalam proses pembelajaran. Ia menerangkan kaedah, struktur pentadbiran dan persembahan bahan pembelajaran tersebut. - Menurut Kerr pula, kurikulum adalah semua jenis kumpulan atau secara individu di dalam atau di luar sekolah. - Tafsiran kurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. - Tafsiran spesifik untuk kurikulum ialah pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah. - Pengertian kurikulum juga merujuk kepada bidang-bidang mata pelajaran yang diajar di sekolah.

10.7.2 JENIS-JENIS KURIKULUM (i) Kurikulum Ideal


- satu kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu pendidikan. - ia mengandungi komponen-komponen seperti: (a) matlamat dan tujuan kurikulum (b) sukatan pelajaran dan huraiannya (c) bahan-bahan pelajaran termasuk buku panduan guru, sistem pelaksanaan dan penilaian kurikulum - digunakan untuk membentuk kurikulum rasmi

(ii) Kurikulum Rasmi atau Kurikulum Nyata


- dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia

- contoh kurikulum rasmi di Malaysia ialah KBSR dan KBSM (a) ilmu pengetahuan serta kemahiran (b) nilai-nilai norma (c) unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia - ia terdiri daripada kurikulum formal dan kurikulum tak formal (iii) Kurikulum Formal - merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi - kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri - kurikulum operasi merujuk kepada kurikulum yang benar-benar dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut jadual waktu yang ditetapkan - terdiri daripada: (a) (b) (c) isi pengajaran dan pembelajaran penilaian di dalam bilik darjah aktiviti-aktiviti ko-kurikulum

(IV) KURIKULUM TAK FORMAL


- meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal - ia meliputi pembelajaran yang diperolehi daripada penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkap laku guru, pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah

(V) KO-KURIKULUM
- merujuk kepada aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah - aktiviti ko-kurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum formal, iaitu aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan, sukan serta badan berunifom yang dijalankan di luar bilik darjah

- ia tidak termasuk dalam jadual waktu pengajaran mata pelajaran sekolah

10.7.3 MODEL-MODEL KURIKULUM MODEL KURIKULUM TYLER


- Mengikut Tyler, kurikulum ialah pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan - berasaskan kepada objektif dan proses pengajaran yang tersusun seperti berikut: Mendiagnosis keperluan pembelajaran

Membentuk objektif tingkah laku

Memilih bahan pembelajaran yang sesuai

Penyusunan bahan pembelajaran

Pemilihan pengalaman pembelajaran

Penyusunan pengalaman pembelajaran Menentukan bahan pembelajaran yang akan dinilai dan cara-cara untuk menilai

Rajah 4: ModeL KURUKULUM TRELER

MODEL KURIKULUM TABA


- Juga dikenali sebagai model pembangunan konsep dan mengutamakan penyusunan pembelajaran Merupakan kaedah yang berkesan untuk mengajar kandungan kurikulum dalam bentuk generalisasi dan diskriminasi Model ini mengesyorkan empat strategi pengajaran untuk menggalakkan pemikiran kritis di kalangan murid, iaitu bahan-bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan

I) PEMBENTUKAN KONSEP
- menyenaraikan data-data sesuatu topik - mengumpul dan mengkategorikan data mengikut persamaan - menyusun kategori-kategori data mengikut kepentingan

Ii) Mengintepretasi Data


- membuat diskriminasi antara data dalam kategori-kategori yang berlainan - membuat rumusan atau inferens daripada pemerhatian

Iii) Pengaplikasian Prinsip-Prinsip


- menganalisis sesuatu masalah - meramalkan penyelesaian masalah iv) interpretasi perasaan, sikap dan nilai - penyelesaian masalah interpersonal - membincang dan membuat pertimbangan nilai

MODEL KURIKULUM STENHOUSE


- Satu perantaraan untuk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh - Membahagikan pembentukan kurikulum kepada tiga bahagian, iaitu:

I) Dalam Perancangan Kurikulum


a) Guru mesti menentukan bahan pengajaran yang akan diajar b) Guru juga mesti menentukan prinsip-prinsip yang akan dipraktikkan dalan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran c) Guru juga perlu menentukan prinsip-prinsip dalam membuat urutan bahan pembelajaran d) Guru juga perlu menentukan kriteria-kriteria mengenai kekuatan dan kelemahan murid-murid

Ii) Dalam Pembelajaran Empirikal


- Guru mesti menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid dan cara-cara menilai pencapaian murid-murid - Dalam pembelajaran proses: a) guru memilih isi kandungan daripada segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya b) guru merancang aktiviti yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran c) menggalakkan peranan tambahan guru sebagai penyelidik dengan tujuan meningkatkan kemahirannya

KURIKULUM TREND KINI

- Ialah kurikulum emergent yang terpaksa diwujudkan mengikut kehendak dan trend semasa dalam system pendidikan sebuah negara. - Kurikulum emergent menerokai apa yang diperlukan secara sosial. Ia adalah pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa. - Idea-idea dalam kurikulum emergent berasal daripada minat, persoalanpersoalan dan isu-isu semasa dalam saty persekitaran dan daripada satu kumpulan manusia - Peranan guru ialah sebagai pemerhati - Di Malaysia, kurikulum rasmi terpaksa diubahsuaikan kerana perkara-perkara berikut: a) sekolah-sekolah bestari yang telah dilancarkan pada tahun 1990 b) pengajaran matematik dan sains dalam bahasa pengantar Inggeris yang dimulakan pada tahun 2003

10.7.4

FAKTOR-FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI

PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM


i. Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pembentukan kurikulum ialah: keperluan system pendidikan semasa dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam system sejagat seperti ledakan teknologi maklumat dan globalisasi - kurikulum perlu diubahsuai supaya rakyat negara tidak ketinggalan dalam perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan

ii. Faktor keperluan murid-murid - sekolah perlu memenuhi semua keperluan mereka seperti keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang dan keperluan kesempurnaan kendiri iii. sistem jadual sekolah, sumber-sumber juga bahan boleh pengajaran dan

pembelajaran di sekolah serta polisi-polisi penilaian yang akan digunakan dengan murid-murid mempengaruhi pembentukan sesebuah kurikulum iv. Hasrat kerajaan - bermatlamat memperkembangkan potensi murid dengan sepenuhnya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan pekerja berilmu v. Matlamat seperti meningkatkan penglibatan murid yang tinggi serta peningkatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mempengaruhi pembentukan sebuah kurikulum vi. Sebuah kurikulum sekolah juga perlu dibina berdasarkan latar belakang budaya dan sosial yang hendak distrukturan untuk murid-muridnya

10.8

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

a) Matlamat - dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umun, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- tujuan utama KBSR ialah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang akan membenarkannya untuk beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial negara

b) Objektif - supaya murid dapat membaca, menulis dan mengira serta memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka. - untuk murid-murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara c) Ciri-ciri utama - dibahagikan kepada 2 fasa FASA 1 Tahun 1 3 Kemahiran membaca, mengira Diajar untuk symbol-simbol abjad dan FASA 2 Tahun 4 - 6 seperti Kemahiran-kemahiran di fasa 1 dan akan diperkukuhkan kemahiran dan untuk

asas menulis

mendengar, Pengunaan nombor

menyebut dan mengenal pasti pemikiran

komunikasi

serta khasnya dalam penaakulan logic

menggunakan dan memahami isu-isu sosial

semua nombor dan abjad ini semasa

dalam tulisan mereka Diajar pengiraan yang asas aktiviti dan kemahiran

tambahan

ko-kurikulum

matematik seperti kelab komputer, kelab

seperti campur, tolak, darab matematik dan kelab sains dan bahagi

Menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kecuali untuk mata pelajaran bahasa Inggeris

Juga diajar Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Lukisan, Kemahiran Hidup, Muzik, Pendidikan Jasmani, Kajian Tempatan dan Ko-kurikulum

Diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran bahasa dan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu Murid-murid perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam tahun 6.

d) Struktur - murid-murid mesti mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu i. bidang komunikasi ii. bidang manusia (dalam alam sekelilingnya) iii. bidang perkembangan individu (minat, bakat, kemampuan mental dan kesediaan murid-murid) e) Komponen - komponen-komponen utama i. Komunikasi iaitu kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan

matematik ii. Manusia dengan persekitaran-pendidikan rohani, nilai-nilai kemanusiaan serta sikap, ugama dan moral iii. Perkembangan individu-Seni dan Rekreaksi, Lukisan dan Muzik, Pendidikan Jasmani Pengalaman murid-murid dikaitkan dengan unsur-unsur Tuhan, persekitaran dan ugama untuk membentuk individu-individu yang mempunyai perkembangan yang seimbang - Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan juga diberikan kepada aspek-aspek yang berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) kemahiran berfikir nilai merentasi kurikulum bahasa merentasi kurikulum patriotisme merentasi kurikulum strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid penilaian berterusan pemulihan dan pengayaan prinsip mudah ubah sains dan teknologi merentasi kurikulum

10.8.1 PENGUBAHSUAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR


perubahan baru dalam KBSR telah dilaksanakan secara Selepas tahun 1988, program KBSR dikaji semula dan ditukar terhad pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah di Malaysia. kepada kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dengan satu objektif yang baru iaitu pengaplikasian kemahiran-kemahiran asas dengan jujur dan betul dalam kehidupan seharian. Amalan perdagangan diterapkan melalui tajuk wang, ukuran

dan sukatan sementara Alam dan Manusia dibahagikan kepada Sains dan Kajian Tempatan.

10.8.2 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KBSR


Peranan guru sangat penting sebagai seorang fasilitator dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru KBSR mesti memastikan yang dia dapat membuat bimbingan pendidikan yang berkesan untuk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran fizikal dan mental yang kondusif untuk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir, mengajar murid-murid mencari maklumat sendiri, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang akan membantu mereka untuk menghadapi dunia sebenarnya. Oleh yang demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di mana beliau terpaksa: a) b) c) mengajar kanak-kanak yang ramai pada nisbah 1 guru kepada 45 hingga 50 murid. Mempunyai kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum selain daripada tugasan mengajar. Sentiasa berada di bawah tekanan ibu bapa untuk menyediakan bukti tentang cara-cara pengajaran dan penilaian yang betul. Latihan dalaman yang lebih komprehensif perlu disediakan untuk guru-guru KBSR supaya mereka dapat menghasilkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai