Anda di halaman 1dari 9

10 Pengenalan

Strategi Meningkatkan tingkah laku merupakan strategi yang berkaitan dengan pengamalan pengukuhan
behavioris.

1.1 Definasi Tingkah Laku


Tingkah laku ialah adalah sesuatu yang dipelajari dan dipengaruhi sama ada kesan negatif atau
positif.

1.2 Definisi Strategi meningkatkan tingkah laku


Pelan untuk mengubah atau mengalakan tingkah laku kepada penambahbaikan tingkah laku.

1.3 Strategi meningkatkan tingkah laku


Beberapa strategi untuk tujuan menggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau
menghilangkan yang tidak dikehendaki. Ditekankan di sini ialah penglibatan dan kerjasama
antara klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi tersebut ialah;
- Ekonomi Token
- Modeling
- Rantaian
- Pengaburan

2.0 Definisi Token Economies


Token Economies merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tingkah laku
yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan pengunaan Tokens (tanda-tanda).
Individu menerima token setelah menunjukan tingkah laku yang diingini. Token dikumpulkan dan
ditukarkan dengan suatu objek atau penghargaan.

Secara ringkasnya,Token Ekonomi adalah system reinforcement untuk tingkah laku yang diuruskan dan
diubah, seseorang mesti dihadiahi/diberikan penguatan untuk meningkatkan atau mengurangkan perilaku
yang diingini.

2.1 Tujuan
Tujuan Token Economies untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku pengurangan
diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Economies untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan
berketrampilan sosial yang positif.

2.2 Huraian
1
Beberapa unsur yang perlu diperhatikan di dalam Token Economies:

2.1.1 Tokens:
Semua hal yang dapat dihitung dan dapat dilihat dapat digunakan sebagai token. Token
diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk
dipalsukan.
Contohnya;
– Kraftangan seperti bintang
– Permainan
– Stiker

2.1.2 Suatu target perilaku jelas dan nyata:


Individu yang mengambil bahagian perlu untuk mengetahui tujuan dan bagaimana merekadapat
menerima token. Tingkah laku yang tidak diingini dan yang diingini dijelaskan sebelum waktu
yang ditetapkan di dalam terminologi yang sederhana dan spesifik. Jumlah token diberikan atau
yang diambil untuk setiap tingkah laku tertentu juga ditetapkan dan dijelaskan.

2.1.3 Motif-motif Penguat/Back-up Reinforcers:


Motivasi pengukuhan adalah apabila peserta atau individu tersebut menerima token. Kejayaan
dari strategi ekonomi token bergantung pada tawaran yang menarik atau kenikmatan dari motif-
motif pengukuhan.

Individu akan hanya bermotivasi untuk mendapatkan token jika mereka mengetahui bentuk
penghargaan di masa depan yang diwakili oleh tanda-tanda yang mereka terima.

2.1.4 Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token:


Perlu untuk ditetapkan waktu dan tempat untuk menukarkan motif-motif peneguhan.Token harus
mempunyai nilai berkala untuk ditukarkan dan nilai tersebut haruslah ditetapkan. Sebagai contoh,
jika motif pengukuhan itu adalah sangat menarik, nilai token harus yang lebih tinggi. Jika nilai
token diatur atau tetapkan terlalu rendah, maka individu akan kurang bermotivasi untuk
mendapatkan token. Sebaliknya, jika nilai token terlalu tinggi, individu akan merasa takut atau
ragu dalam mendapatkan token. Adalah penting untuk masing-masing individu dapat
memeperoleh token.

2.2.5 Suatu sistem untuk merakam data:

2
Sebelum sesi dimulakan, maklumat (data umum) dikumpulkan dan dicatatkan serta di pamerkan.
untuk mengukur kemajuan individu dan keberkesanan aktiviti token economy tersebut. maklumat
mengenai pertukaran dari token juga perlu untuk dirakam atau dicatat.

2.2.6 Implementasi konsisten token economy oleh:


Dalam suatu proses token economy yang berhasil, semua penyelaras yang terlibatkan harus
memberi penghargaan tingkah laku menggunakan jumlah yang sesuai, menghindarkan motif
pengukuhan dibahagikan dengan bebas dan mencegah token dari diperoleh secara tidak adil.
Ketentuan jumlah token economy harus dijelaskan di pada manual bertulis.

Token hendaklah dikurangkan atau ditambahkan secara berperingkat. (Jumlah dan frekuensi dari
pembahagian token ditulis dalam jadual pengukuhan).
Contohnya:
Dalam suatu kelas, pelajar boleh mendapatkan 25 hingga 75 token pada hari pertama,
sehingga mereka dengan cepat belajar nilai dari token. Kemudian, para pelajar boleh
mendapatkan 15 hingga 30 token sehari. Secara berangsur-angsur token dikurangkan
(pemudaran), pelajar perlu belajar untuk berusaha untuk mendapatkan token yang diingini
dengan mandiri, tanpa pengaruh yang tidak wajar akibat penggunaan token.

2.3 Kelebihan dan kelemahan


Kelebihan token economy adalah tingkah laku yang ditunjukan individu dapat dihargai, Nilai hadiah
adalah sama nilainya untuk semua individu dalam suatu kelompok, penggunaan dari hukuman (respon
costs) lebih sedikit resikonya dibandingkan bentuk hukuman yang lain, dan individu dapat belajar
ketrampilan untuk masa hadapan.

Kelemahan token economy termasuk kos, usaha dan lain-lain kos seperti tenaga dan penglibatan umum.
Beberapa para pengkaji merasakan bahawa token economy bersifat tidak praktik dan memakan waktu.

2.4 Risiko
Risiko token economy adalah sama halnya dengan strategi meningkatkan tingkah laku yang lain iu
penyelaras yang melaksanakan sesi tersebut kemungkinan boleh terlepas pansang.

2.5 Bagaimana memulai Ekonomi Token


Langkah-langkah memulakan Ekonomi Token;
3
2.5.1 langkah pertama adalah;
Mengenali dengan jelas tingkah laku yang akan diubah melalui strategi ekonomi token.
Ekonomi token hendaklah Berjaya mempengaruhi akademik, tingkah laku sosial dan kemampuan
di dalam kelas. Definisikan tingkah laku tersebut secara spesifik, dapat diamati (observable) dan
diukur supaya dapat menjaga konsistensi dalam implementasinya.

2.5.2 MemulakanToken
Untuk memulai token;

a. pilih jenis token yang akan digunakan;


Banyak benda yang dapat di gunakan sebagai token. Kita dapat menggunakan wang mainan,
kacang dan sebagainya.Token haruslah hitung, sukar untuk dipalsukan dan selamat untuk
digunakan

b. Pilih Pengukuhan atau hadiah yang ditukar dengan token (reinforcer);


Hadiah ini tidak perlu mahal yang penting disukai dan di kehendaki oleh peserta.

c. Kira berapa nilai token untuk suatu tingkah laku;


Kemudian anda perlu mengatur berapa nilai token untuk suatu tingkah laku yang diinginkan.
Contonya;
-membuang sampah bernilai 2 token,
-mengemas buku rujukan 3 Token.
Anda boleh mengurangkan token apabila murid atau anak menunjukan tingkah laku yang negatif
anda boleh mengambil sejumlah atau sebahagian token sebagai bentuk hukuman “punishment”.

d. Berapa nilai hadiah yang akan ditukar dengan token


Anda juga perlu mengatur berapa harga hadiah yang dapat ditukar dengan jumlah token.
misalnya saja 100 token dapat ditukar dengan patung Barbie.

e. Buatlah Bank Token


Anda perlu mengorganisasikan token untuk anak didik. Anda perlu mencatat atau
mengorganisasikannya dengan teratur, oleh itu, anda memerlukan Bank Token.

f. Tentukan waktu menukar token

4
Menentukan waktu untuk menukar token yang sudah dikumpulkan. Anda perlu membuat
kesepakatan dengan anak-anak kapan mereka dapat menukarkan token secara berkala.

2.5.3. Implementasikan Stategi Ekonomi Token

a. jelaskan Program Ini


Pertama untuk dilakukan adalah anda harus menjelaskan bagaimana
program ini akan dijalankan.

b. Berikan Token beserta Pujian


Pujian harus selalu diberikan untuk tingkah laku positif yang diingini.

c. Kurangkan Token dan pertahankan Pujian.


Untuk perilaku baru yang positif token hendaknya diberikan, Token dikurangkan apabila perilaku
tersebut sudah mulai dimiliki oleh pelajar, namun pujian tetap diberikan sebagai pengukuhan
apabila anak menunjukan tingkah laku yang positif.

d. Buat Penyesuaian yang diperlukan


Untuk menjaga motivasi dan menarik terus pelajar sesuaikan nilai hadiah yang akan ditukar
dengan token, dan sesuaikan target tingkah laku.

2.6 Beberapa Variasi Teknik


Ekonomi token dapat dimodifikasi atau diperbaiki dengan berbagai variasi yang diperlukan. Beberapa
variasi yang dapat ditambahkan iaitu;
i. Membolehkan pelajar menikmati hadiah (reinforcers) bersama rakansebayanya.
ii. Pengelolaan program token ekonomi oleh sesame pelajar
iii.Kombinasikan program ekonomi token dengan program level kelas. Semakin tinggi kelas maka
Semakin banyak token, menambah baikan tingkahlaku berperingkat, dan pengelolaan dapat
dikombinasikan dengan level pembinaan dan pendidikannya.
iv. kombinasikan dengan kelompok yang berbeza.Anda dapat memodifikasi teknik ini sesuai
dengan keperluan tingkah laku.

3.0 Proses Modeling

5
Idea tentang pembelajaran melalui modeling dipelopori oleh Miller dan Donallard
pada tahun 1941, tetapi ide ini tidak banyak diterokai sehinggalah Albert Bandura
dan RH Walters (1963) menelitinya dengan lebih mendalam. (Amir Awang, 1989)

Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah
laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik
maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai
semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan
mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir
Awang, 1989).

3.1 Proses Modeling Mudah

Membawa maksud kita meniru daripada orang lain. Baik secara langsung ataupun
tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud dalam kehidupan seharian . Sebagai
contoh kanak-kanak meniru aktor “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga
kadang-kadang boleh mendatangkan kebimbangan ibu bapa mereka.

6
Kanak-kanak akan cuba menjalani proses modeling ini dengan meniru ibu
bapa, guru, iklan pada media, dan sebagainya dari segi gaya becakap, gaya
berpakaian, gaya makan, gaya makan dan sebagainya.

Meniru seperti ini bukanlah satu perkara yang baharu tetapi telah wujud
sejak dahulu lagi dalam peribahasa Melayu juga ada menyebut “yang baik jadikan
teladan dan yang buruk jaikan sempadan” .

3.2 Proses Modeling Sekatlakuan & Tak Sekatlakuan

Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau


menyatakan bahawa kanak-kanak yang memepelajari sesuatu tingkah laku dan
dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu.

(a)Modeling Sekatlakuan

Misalnya, kanak-kanak telah meniru orang ramai bersorak ketika di padang sewaktu
perlawanan bola sepak apabila pasukan yang menang. Ini memeberi peluang
kanak-kanak tadi belajar bahawa tingkah laku bersorak ini tidak boleh dilakukan
dalam bilik darjah kerana jika dilakukan akan didenda atau dihukum oleh guru.

Dengan berpandukan contoh di ini, kita boleh memikirkan contoh-contoh lain


yang telah kita pelajari dan sesuai dilakukan dalam keadaan-keadaan lain. Oleh itu,
kita menyekat tingkah laku yang tidak sesuai daripada berlaku.

(b) Modeling Tak Sekatlakuan

Tak Sekatlakuan membawa maksud proses diatas diterbalikan. Kalau dahulu kita
telah belajar bagaimana bersorak dan telah belajar untuk tidak bersorak dalam
kelas tetapi kini apa yang dipelajari itu dilakukan walaupun keadaan tidak sesuai
atau tidak mengizinkan, jika kita dapati ada orang lain bersorak dalam kelas tanpa
dikenakan sebarang denda atau dera. Pembelajaran seperti ini dikatakan
pembelajaran melalui taksekatlakuan.

3.3 Proses Elisitasi

Proses ini lebih kurang sama dengan Proses Taksekatlakuan seperti yang dihurakan
di atas. Hanya yang berbeza adalah proses taksekatlakuan ialah proses elisitasi

7
seseorang turut melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudahpun
mengetahui bagaimana melakukan gerak balas yang dilakukan oleh orang lain itu.

Sebagai contoh, bila seseorang memasak mi kita juga tahu cara memasak mi
setelah kita melihat orang itu memasak mi dan kita turut memasak mi. Dalam
situasi ini, kita juga meniru memasak mi. Keinginan untuk memasak mi itu timbul
lantaran melihat gerak balas yang dilakukan orang lain. Jika tidak ada orang lain
yang memasak mi itu kita juga tidak akan terasa untu memasak mi kerana tiada
keinginan untuk berbuat demikian.

3.4 Kesimpulan

Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan


iaitu:-

(a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada
secara visual, ataupun dengan deria-deria lain.
(b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran.
(c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa
atau sebagainya.
(d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu
selesai dilakukan.

Rujukan:
Jenson, W. R., Sloane, H., & Young, R. (1988). Token economies. Applied behavior analysis in
education: A structured teaching approach. New York: Prentice Hall.

Sulzer-Azaroff, B., & Mayer, G. R. (1996). Applying behavior-analysis procedures with children and
youth. New York: Holt, Rinehart, and Winston.

8
Alberto, P.A., & Troutman, A. C. (1986). Applied behavior analysis procedures for teachers: Influencing
student performance (4th ed.). Columbus, OH: Charles E. Merrill Publishing.

Walker, H. M., & Buckley, N. (1974). Token reinforcement techniques. Eugene, OR: E-B Press.

Anda mungkin juga menyukai