Anda di halaman 1dari 10

Pengantar Sains Sosial GMJA 1013

Teori Darwin
Oleh : Ramachandran Arjenan Zainuddin Suri Rodziha Farid Rajendran Kanasan Shahran Fadli

Disediakan Untuk : En.Hamidi Ismail

Pengenalan
Charles Darwin seorang ilmuan berkebangsaan Inggeris melakukan pelayaran dengan menggunakan kapal HMS Beagel menuju ke utara pulau Galapagos dari Amerika Selatan.

Kenyataan Oleh Darwin


Menurut Darwin, burung finch di kepulauan Galapagos berasal dari satu spesies yang sama dengan burung finch di Amerika Selatan. Burung finch tersebut merupakan pemakan biji. Burung itu kemudian berimigrasi karena kekurangan makanan. Akibat adaptasi terhadap variasi jenis makanannya, akhirnya burung finch mempunyai bentuk paruh yang bervariasi.

Kenyataan Oleh Darwin


Antara contoh Bentuk Paruh Burung Finch(burung Pipit) yang bervariasi.

Asas Hipotesis Darwin

Semua yang sedang atau pernah hidup berasal daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses berketurunan disertai dengan perubahan dijelaskan dengan berdasarkan Hipotesis Darwin

Bukti-bukti menurut keutamaannya


i. Bukti-Bukti Utama Di antara kebanyakkan spesis, terdapat pelbagai perbezaan dan perubahan. Perbezaan ini sangat jelas di kalangan haiwan ternakan dan tumbuhan pertanian. Organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup merupakan organisma yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana persekitarannya. Organisma-organisma yang terbaik itu kemudiannya akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara semulajadi. Peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru dimainkan oleh proses mutasi dan pemencilan. Terbuktinya bahawa evolusi pernah berlaku adalah disokong dengan rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi.

Bukti-bukti menurut keutamaannya


ii. Bukti-Bukti Sampingan Selain bukti utama seperti di atas, juga terdapat beberapa bukti sampingan berdasarkan asas Hipotesis Darwin ini. Antaranya adalah seperti : a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara organisma yang jelas mempunyai perbezaan pada peringkat dewasa. b) Kebolehan untuk mengklasifikasikan organisma kepada kelas-kelas tertentu berdasarkan keturunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan. c) Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang. Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.

Kesimpulan Oleh Darwin


Secara keseluruhannya, melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa beliau tidak pernah mengenal teori mutasi yang berkemungkinan wujudnya perubahan mengejut pada sesuatu keturunan tersebut. Beliau hanya percaya bahawa hanya alam sekitar sahaja yang boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah. Dari sifat analogi haiwan dan tumbuhan, beliau juga yakin bahawa organisma hidup itu berasal dari suatu keturunan. Kenyataan ini telah disokong oleh penemuan beliau sendiri bahawa haiwan berasal dari proses yang serupa dan mempunyai keserupaan bentuk.

Kritikan
Teori evolusi yang dikembangkan oleh Darwin adalah bercanggah dengan sains evolusi kerana fakta yang diketengahkan oleh beliau tidak releven sebagaimana fakta hasil penemuan beliau selepas itu.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai