Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas Tarikh Masa Bilangan kanak kanak Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan :PrasekolaH

Bunga Raya :3 April 2012 ( Selasa ) : 9.00 pagi 9.30 pagi ( 30 minit ) : 20 0rang : Air : Sains & Teknologi : (ST 2.1 ) Membuat pemerhatian ke atas kejadian dan fenomena alam di persekitaran. Standard Pembelajaran :( ST 2.1.4) Memerhati dan bercerita secara verbal tentang pemerhatian yang telah dibuat. Kesepaduan Tunjang :Kemanusiaan ( KM 6.1.1) Melahirkan perasaan terhadap

terhadap unsur-unsur keindahan alam secara lisan dan perlakuan. :Kemanusiaan ( KM 7.2.3) Menyanyikan lagu kanak-kanak bertajuk Tap...tap...hujan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran kanak kanak dapat bercerita mengenai Air , hujan dan menyanyikan lagu hujan beserta menunjukkan Emosi berdasarkan lagu tersebut. Pengetahuan Sedia Ada Kemahiran Berfikir Penerapan nilai Bahan Bantu Mengajar Fokus MI : Kanak kanak pernah melihat dan memerhatikan suasana hujan. : Kepentingan air , kejadian hujan dan menunjukkan emosi. : Bersyukur dan menghargai. : Air , carta dan lembaran kerja : Kecerdasan linguistik / bahasa

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P& P

CATATAN / BBM

Set Induksi ( 5 minit )

Mempamerkan

-Guru menunjukkan setiap bahan yang ingin dibuat uji kaji. -Menyoal kanak kanak tentang kegunaan bahan tersebut. -Kanak kanak menyatakan nama bahan itu. -Membenarkan kanak kanak menyentuh bahan ini.

Gula, garam, kopi, tepung, beras, kacang tanah, biskut

Langkah 1 ( 5 minit )

Gula larut di dalam air

-Bersoaljawab mengenai gula dimasukkan ke dalam air. -Kanak kanak menjawab gula akan hilang -Guru meminta seorang kanak kanak meletakkan satu sudu gula ke dalam balang lutsinar itu lalu mengacau. -Guru bertanya kanak kanak apa yang terjadi kepada gula itu? (gula tiada dalam balang)

Balang lutsinar, air, sudu, gula

-Guru memberitahu kanak kanak gula telah larut dalam air. -Guru bertanyakan kepada kanak kanak adakah bahan lain juga larut dalam air seperti gula?

Langkah 2 ( 10 minit )

Garam larut di dalam air

-Guru menunjukkan garam, tepung, kopi, kacang tanah, beras,gula dan biskut -Guru memanggil seorang kanak kanak meletakkan satu sudu garam ke dalam balang lutsinar dan kanak kanak lain dipanggil untuk menuang air ke dalam balang tersebut serta kacau air dan garam itu. -Kanak kanak diminta perhatikan apa terjadi dan memberitahu guru. Adakah garam sudah larut dalam air?

Garam, balang lutsinar , sudu dan air

Langkah 3 ( 10 minit )

Menandakan / pada carta berdasarkan eksperimen bahan sama ada larut atau tidak larut.

-Guru memanggil nama kanak kanak untuk menanda / pada carta yang disediakan oleh guru bagi setiap bahan yang di buat eksperimen berkenaan larut atau tidak larut. -Eksperimen dilakukan bagi setiap bahan yang disediakan sambil menanda / pada carta yang disediakan.

Carta bahan larut @ tidak larut

Langkah 4 ( 10 minit )

Menyiapkan lembaran kerja dengan menanda / pada setiap bahan larut atau tidak larut

- Kanak kanak diberi lembaran kerja (carta) untuk menanda/ pada bahan larut atau tidak larut secara individu. ( mengikut pengalaman eksperimen larut atau tidak larut )

Lembaran kerja

Langkah 5 ( 15 minit )

Permainan Melarut

-Guru menerangkan peraturan permainan melarut kepada kanak kanak. -Semua kanak kanak berdiri dalam satu ruang yang disediakan -Guru sebut kacau, kanak kanak bergerak secara rawak. -Guru sebut gula, kanak kanak keluar dari kawasan tersebut. -Apabila disebut beras,kanak kanak duduk dalam kawasan tersebut kerana beras tidak larut. -Permainan diteruskan dengan guru menyebut garam, gula, tepung, kacang tanah, dan biskut.

Penutup ( 5 minit )

Bersoaljawab mengenai bahan larut dan tidak larut

-Guru memberi beberapa soalan seperti: 1.Hari ini kanak kanak belajar apa? Kami belajar bahan yang boleh larut dan tidak larut. 2.Sebab apa ada bahan larut? Sebab bahan itu hancur dalam air. 3.Sebutkan bahan yang larut? Gula, garam, kopi 4.Sebutkan bahan tidak larut? Kacang tanah, biskut,beras .

Anda mungkin juga menyukai