Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN 1 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KUMPULAN

UPSI-A03 ( A112PJJ )

PENSYARAH PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448

D20102040807

019-7166070 019-5173776

ISI KANDUNGAN Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Topik Konsep Teori Ethiologi Konsep Pintar Cerdas Definisi Pintar Cerdas 3.1 Definisi Pintar Cerdas dalam Konteks Pendidikan di Malaysia Jenis-jenis Pintar Cerdas Faktor-faktor Perkembangan Pintar Cerdas 5.1 Faktor Genetik 5.2 Faktor Emosi 5.3 Faktor Kognitif/Mental 5.4 Faktor Aspek Luar dan Faktor Persekitaran 6.0 5.5 Bakat Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas 6.1 Ciri-ciri Kognitif 6.2 Ciri-ciri Personaliti 6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku 7.0 8.0 6.4 Pemikiran Kreatif Produktif Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas 8.1 Program Pengayaan 8.1.1 Aktiviti Pendedahan 8.1.2 Latihan Berkelompok 8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar 8.1.4 Program Percepatan 9.0 8.1.5 Prgram Pengelompokan Kesimpulan Bibliografi 23 24 15-19 19-22 13-15 Halaman 3-4 4-5 5-6 9-10 9-13

1.0 Konsep Teori Ethiologi Secara umumnya, Ethiologi merupakan satu kajian berhubung dengan tingkah laku manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Dalam konteks ini, ahli Ethiologi mengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi memainkan peranan penting dalam 2

perkembangan manusia malahan mereka juga berpendapat bahawa pengalaman awal individu adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Di samping itu, dalam kajian ahli Ethiologi seperti Lorens (1965) mengatakan bahawa kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanak berkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka. Teori ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969,1989) dalam teori perapatan atau Theory of Attachment yang menyatakan bahawa haiwan termasuk manusia dilahirkan bersama-sama program biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat tertentu yang boleh membawa kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yang kuat, yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Ironinya, hubungan perapatan yang kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di mana individu tersebut akan mempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamat dan merasa diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding dengan individu yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah. Walau bagaimanapun, teori theologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada faktor-faktor biologi dan tidak menumpukan perhatian kepada faktor kognitif. Ironinya, teori ini boleh diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana melalui hubungan perapatan inilah dapat membantu mereka berhadapan dengan dunia luar. Hal ini demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa menjadi pemangkin ke arah perkembangan tingkah laku mereka dan sudah pastinya mereka akan berasakan diri mereka dihargai. Begitu juga kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas. Murid-murid yang dilahirkan pintar cerdas sewajarnya dibimbing agar mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial. Acapkali kita mendengar kanak-kanak yang pintar cerdas mengalami masalah sosial yang agak serius. Justeru adalah penting agar tingkah laku mereka diperhatikan oleh guru dan ibu bapa agar kepandaian luar biasa yang mereka peroleh dapat digunakan dengan cara yang baik. Walaupun mereka mempunyai kepandaian yang luar biasa tetapi kepandaian mereka dapat digunakan dengan cara yang betul di bawah seliaan ibu bapa justifikasinya menjadikan mereka insan yang cemerlang dan berwawasan dalam membina bangsa Malaysia. Malah, hubungan persahabatan yang juga diaplikasikan berdasarkan teori perapatan dapat memberi peneguhan kepada perkembangan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, sahabat dapat memberi sokongan dan juga boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. Hal ini demikian kerana persahabatan merupakan satu usaha bersosial yang dijalankan oleh setiap

individu. Ini adalah berlandaskan kepada keperluan manusia mendambakan penghargaan, kasih sayang dan kehendak-kehendak lain dalam melengkapkan kehidupan ini. 2.0 Konsep Pintar Cerdas Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri. Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan Laman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri. Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang berbeza kerana ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Justeru, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan dengan tujuan mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran yang dimiliki oleh mereka ini akan mendatangkan kerugian kepada kita dan juga negara. Kita mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baik untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanakkanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru.

Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan cemerlang. 3.0 Definisi Pintar Cerdas Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam konteks pemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalam menghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawa maksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diri seseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas. Ini menegaskan bahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang mempamerkan sesuatu Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam 5

bukunya The Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web). Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalam mamahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanakkanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas menurut Gagne, 1998; Piirto,1999. Antara faktor tersebut ialah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat faktor persekitaran yang turut berperanan sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di rumah dan di sekolah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut. Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gifted Child berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas ini menunjukkan minat yang tinggi dalam suasana pembelajaran, bersifat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Manakala umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Malahan, individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan luar biasa dalam memahami serta mengaplikasikan segala cabaran persekitaran kepada mindanya serta kehidupannya. Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah 6

Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik sematamata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu. Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat. Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini dengan pelajar normal. Secara amnya, setelah memahami pengistilahan bagi kategori kanak-kanak pintar cerdas. Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind telah menggariskan 7 jenis kebolehan kanak-kanak pintar cerdas ini iaitu yang pertama ialah kepintaran linguistik. Kepintaran linguistik ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memberikan makna perkataan serta mahir dalam melakukan turutan sesuatu perkataan. Tidak hairanlah, kanak-kanak dalam kebolehan ini dengan mudah boleh mempelajari beberapa bahasa asing. Seterusnya, kebolehan yang kedua dikenali sebagai kebolehan logikal iaitu pengkhususannya kepada mata pelajaran matematik iaitu merujuk kepada kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal atau perkara. Kebolehan ketiga ialah kebolehan ruang di mana kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. Manakala kebolehan keempat pula merujuk kepada kebolehan kinetik badan iaitu kemahiran bersukan ( athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor. Kebolehan kelima adalah kebolehan dalam bidang muzik, kebolehan keenam pula merujuk kepada kebolehan mengenal pasti irama, pitch, intonasi dan melakukan memori auditori. Kebolehan ketujuh ialah kebolehan berinteraksi murid 7

dalam hubungan sosial termasuklah interpersonal dan intrapersonal skill. Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain.

3.1 Definisi pintar cerdas dan berbakat dalam konteks pendidikan di Malaysia Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lainlain. Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program BAKA yang diperkenalkan pada awal tahun1970an.

4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti (Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengambil risiko. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan 8

sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan diri sendiri. Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa. Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi. Jenis ketiga ialah kanak-kanak bawah tanah atau bersembunyi di mana kanak-kanak cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki. Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang tidak sesuai untuk mereka. Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel sebagai seorang kurang upaya. Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan untuk mereka (Betts & Neihart, 1988). 5.0 Faktor-faktor perkembangan Pintar Cerdas

Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Walupun pada pandangan masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan ini, namun pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan mereka walaupun pada dasarnya, mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan golongan pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar masalah perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anakanak mereka. 5.1 Faktor genetik Ironinya, menjadi persoalan adakah pintar cerdas diwarisi dan dipengaruhi oleh faktor genetik. Hal ini demikian kerana ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk mencari dan menentukan sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi. Malahan, kebanyakan pakar juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran. Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli 10

psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. 5.2 Faktor Emosi Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita. 5.3 Faktor Kognitif /mental Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa. Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran

11

kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam membuat keputusan. 5.4 Faktor aspek luar dan faktor persekitaran Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas. Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat menyedari keistimewaan anak kecil mereka. Ibu bapa yang memberikan ruang kepada anak mereka untuk berkembang sepenuh potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda genius. Bagaimanapun, kejayaan mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana semua kanak-kanak amat berbeza dari segi minat dan personaliti mereka. Hanya ibu bapa yang dapat menilai kemampuan anak kecil mereka dan kemudian melakukan apa yang dirasakan perlu untuk membangunkan potensi dirinya. Seseorang ibu atau bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi pendidikan yang lebih sempurna dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana jika bakat atau kebolehan tidak dikembangkan secara tidak langsung akan mati. Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak pihak terutama kepada negara, kerana negara memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk membangunkan negara. Dalam pada itu, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahankemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan psikomotor murid. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada tahun 1988. 5.5 Bakat 12

Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat ataupun membantutkan pengembangan bakat.

6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Pelajar-pelajar PCB mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemerosesan kognitif, personaliti dan tingkah laku (Mills 1993; Bee 1997; Kyle 1998; Piirto 1999; Renzulli 2000). Perbezaan tersebut perlu kepada pendekatan pendidikan yang bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994).

6.1 Ciri-ciri Kognitif Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati. Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati semula maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan 13

kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah 6.2 Ciri-ciri Personaliti Piirto (1999) merumuskan 17 ciri personaliti pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat. Ciri-ciri personaliti tersebut ialah: kreatif; berimaginasi; mempunyai pandangan yang mendalam; intuitif; keterbukaan; keamatan dalam tingkah laku; amat menyukai kerjanya; perseptif; mendesak; berani mengambil risiko; berdisiplin kendiri; mempunyai kecekapan kendiri; cara berfikir mirip kedua-dua gender; tabah berusaha; amat mementingkan kesempurnaan; toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti; dan mempunyai kemahuan yang kuat. Ada antara ciri-ciri tersebut dikaitkan dengan aspek sosio emosi pelajar terbabit. Ringkasnya pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat mempamerkan personaliti yang unik dan berbeza. Perbezaan ini perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak disalah tafsir oleh ibu bapa dan guru-guru. 6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah laku pintar cerdas (PC) pada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999) merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas. Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut: Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku PC boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang mengajar pelajar pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut. Justeru mereka boleh membuat pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap

14

kekuatan tingkah laku tersebut dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et al. 2002).

6.4 Pemikiran Kreatif Produktif Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik minat orang lain. Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. 7.0 Masalah-masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas Pencapaian kanak-kanak pintar-cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, biasanya kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan superioriti dalam kebanyakan aspek. Mereka memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang, Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintarcerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanakkanak pintar-cerdas seolah-olah diboikot, walaupun dia tidak berbuat salah. Kanak-kanak pintar-cerdas masih kecil, mereka tidak boleh memahami kenapa dianya dijauhi oleh kawan. Malah dia sendiri juga berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi.

15

Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas ini yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta menyelesaikan sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek mereka. Kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut. Disebabkan mereka ini matang dalam beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka mereka lebih selesa dengan orang yang lebih berumur dari mereka serta mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan mereka. Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka berebut ketika bermain ataupun alat permainan mereka diambil oleh seseorang. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkaraperkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang Antara masalah dan keistimewaan pelajar ini bukan setakat isu penyesuaian diri mereka lantaran perbezaan yang mereka ada semata-mata tetapi masalah itu sebaliknya mungkin menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi usaha dan pencapaian mereka. Kebanyakan masalah ini menjadi punca kegagalan dan kesengsaraan hidup mereka, apabila mereka tidak boleh menangani masalah ini. Guru perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar tidak semestinya apa yang diperlukan oleh mereka. Pelajar tidak semestinya memahami apa yang terbaik untuk diri mereka. Sebab itu guru perlu memahami pelajar mereka. Masalah mungkin berlaku apabila guru mengeksploitasikan bakat pelajar demi kesenangan dirinya. Contohnya, dengan melantik pelajar pentar cerdas ini mengajar pelajar yang lain yang lebih lemah bukanlah cara terbaik untuk guru melepaskan tanggungjawab terhadap pelajar ini. Berlainan pula dengan guru membantu mereka memperbaiki teknik mengajar atau berkomunikasi. Perkembangan mereka secara tidak langsung telah terjejas.

16

Guru perlu mempertimbangkan dua faktor dalam membuat keputusan: apa yang dikehendaki oleh pelajar dan apa yang diperlukan oleh pelajar. Kedua-dua faktor ini sama penting. Sebagai pelajar yang perkembangannya berbeza dengan pelajar yang lain, mereka sendiri mungkin lebih memahami apakah kelebihan dan minat sendiri. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Ini boleh dilihat pada sikap segelintir pelajar pintar cerdas yang tidak suka membuat latihan, walaupun mereka belum menguasai kemahiran tersebut. Mereka sering menunjukkan sikap negatif mereka yang hanya belajar apa yang diminatinya. Oleh itu guru seharusnya dapat memahamkan mereka kepentingan berlatih dan menguasai bidang pengetahuan yang tertentu. Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal minat, kekuatan dan kelemahan mereka, contohnya berasa keliru semasa pemilihan jurusan bidang pengajian. Oleh itu, mereka sebenarnya memerlukan bimbingan orang yang lebih berpengalaman hidup. banyak orang susah percaya sekiranya pelajar pintar cerdas dikaitkan dengan dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kadang ditunjukkan dalam sikap degil mereka dalam mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu pembaziran, sebab mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak berminat. Guru perlu memberi motivasi, contohnya kepentingan subjek tertentu. Disebabkan cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai. Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan. Banyak kanak-kanak pintar cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan (percakapan) kawan yang tidak matang bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan pembelajaran. Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar. Kanak-kanak pintar cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis tugasan atau soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh 17

mengeluarkan idea yang lebih baik. Walaupun pelajar pintar cerdas menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman. Dalam konteks ini, pemahaman merupakan faktor penting yang membezakan pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman. Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka tidak suka. Memang benar golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak membandingakan diri dengan orang lain. Seperti yang dikatakan sebelum ini, golongan ini mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku mereka. Semua individu adalah unik dari segi keupayaan, jarang kita menjumpai seseorang yang serba boleh. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak pintar-cerdas juga. Seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logiko-matematikal mungkin menghadapi masalah besar dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi badan ataupun dia tidak boleh melukis atau menyanyi. Bayangkan apakah perasaannya semasa hari sukan, masa seni dan sesi nyanyian, sudah tentu mereka berasa malu dan janggal sebab maruah diri mereka yang tinggi dan sifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini juga membawa banyak masalah kepada kehidupan mereka, contohnya kalau dia menghadapi masalah orientasi arah dia akan selalu menghadapi masalah sesat jalan juga. Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan mereka. Memandangkan kebolehan akademik (dan kebolehan mental yang lain), sesetengah individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik ini. Ini menjadikan mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri kita.

18

Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dan berbakat ini adalah berpunca daripada dua faktor iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan mendapat kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai masalah yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi, perhatian juga patut diberikan kepada keperluan mereka yang unik. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan individu pintar cerdas dan berbakat ini harus disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit supaya mereka lebih sensitif terhadap keperluan unik golongan ini. 8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individuyang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Secara amnya, keperluan kanak-kanak pintar cerdas perlu dipenuhi kerana mereka mempunyai hak dalam mendapat akses pembelajaran yang ekuiti. Guru perlu peka memerhatikan ciri-ciri yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas agar kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja memenuhi kehendak murid biasa tetapi juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru juga perlu memastikan golongan ini tidak rasa terabai atau tersingkir kerana keadaan yang berlaku kini melihatkan mereka sering tidak diendahkan kewujudan mereka. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas sama seperti populasi lain yang memerlukan keadaan yang normal dalam pengajaran dan program khas perlu dibuat agar keperluan ini dipenuhi. Ciri-ciri seperti kepelbagaian minat, perasaan ingin tahu yang tinggi, dan keupayaan mereka memanipulasi simbol memerlukan pihak sekolah bertindak balas terhadap ciri-ciri ini. Dalam konteks ini, potensi kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat berkembang tanpa

19

didikan dan panduan yang betul. Didikan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek didikan di rumah, sekolah dan juga di dalam komuniti itu sendiri. Selain itu, program pendidikan yang tidak memadai bagi seseroang kanak-kanak pintar cerdas adalah disebabkan penekanan kepada asas kemahiran semata-mata. Hakikatnya kanak-kanak pintar cerdas sudah mempunyai asas kemahiran tersebut. Ironinya, kanak-kanak ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar potensi diri mereka diterokai sepenuhnya sepanjang perkembangan mereka menjadi individu yang berjaya. Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar (Rujukan Laman Web). 8.1 Program Pengayaan 8.1.1 Aktiviti Pendedahan Dalam aktiviti pendedahan, murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pamplet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Justifikasi daripada program yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid dalam pelbagai bidang. Ini juga akan menjadikan mereka golongan yang berilmu pengetahuan. Murid tahap ini sentiasa berfikiran jauh, justeru guru perlu lebih kreatif dalam proses penyampaian isi pengajaran agar potensi diri dapat dibentuk dengan cara yang lebih berkesan. 8.1.2 Latihan berkelompok Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiripenemuan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas sememangnya amat berminat dalam kaedah 20

latihan ini. Hal ini demikian kerana latihan seperti ini dikatakan mencabar minda mereka untuk berfikir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. 8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiripenemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. 8.1.4 Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi. 8.1.5 Program Pengelompokan Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanakkanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanakkanak Pontar Cerdas. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, Personal Computers Help Gifted Students Work Smart telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah; a. Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar.

21

b. Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai skills mereka. c. Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat bersabar dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. d. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. e. Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui software, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini Penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak membantu murid untuk menguasai semua kemahiran komputer. Namun demikian, guru dan ibu bapa perlu memantau gerak kerja mereka menggunakan komputer agar mereka mengetahui apa yang diperlukan atau apa yang tidak diperlukan dalam sesuatu pencarian maklumat. Program sebegini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aplikasi penggunaan komputer.

9.0 Kesimpulan Individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam semua aspek. Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan tahap kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak lengkap 22

tanpa mengetahui masalah lain yang dihadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar cerdas mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Walaupun kadang kala dia menampilkan sikap emosi atau sosial yang tidak matang, ia tidak menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang pintar cerdas tetapi terdapat beberapa halangan yang menjadikannya begitu. Dalam konteks ini, sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik maka sudah pastinya kanak-kanak pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Hakikatnya, kanak-kanak ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial masyarakat umum. Program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas pertama Malaysia.

Bibliografi Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly, 32(2),248-253.

23

Goleman, Daniel (1999), Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York. Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar: Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM. Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus. (2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM. Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM Serdang Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia Laman Web Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md Nor. Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan hubungannya dengan pencapaian akademik daripada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan Khas.html

24

Anda mungkin juga menyukai