Anda di halaman 1dari 4

Nama : Vinohthini a/p Ramasamy Kursus : Kompetensi Kecerdasan Emosi Kelas : 3 Sains

REFLEKSI Pada semester 3 ini, kami telah diperkenalkan lagi dengan satu lagi matapelajaran atau subjek baharu. Matapelajaran tersebut adalah matapelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi. En Hong Kim Guan dari Jabatan Ilmu Pendidikan telah ditugaskan untuk mengajar kami subjek ini. Raut wajah beliau memang cukup menenangkan. Dalam erti kata lain, sejuk mata memandang. Sebanyak enam minggu belas minggu kami telah mengikuti kuliah ini. Kami juga telah berjaya menyempurnakan satu fail pembelajaran seperti yang ditugaskan oleh pensyarah kami. Sebenarnya subjek ini mengajar bagaimana untuk menjaga, mengawal, mengurus, merawat dan mengenal emosi kita sendiri. Saya rasakan memang sesuai subjek ini diajar pada kursus PPISMP ini. Hal ini kerana, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai emosi yang stabil disamping memiliki otak yang cerdas dan badan yang cergas. Perkara ini penting kerana kita bakal mendidik dan mendisiplinkan generasi yang akan datang. Pada minggu pertama kami diperkenalkan dengan apa itu Kecerdasan Emosi. Meskipun dalam masa yang agak singkat, tapi pengisian yang diberikan oleh pensyarah memang memberi 1001 erti pada saya. Kini saya telah kenal akan makna Kompetensi Kecerdasan Emosi. Daripada apa yang saya ketahui, emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks. Kecerdasan pula didefinisikan sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya. kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Saya juga telah belajar bahawa seorang guru bukan sahaja memerlukan kecerdasan intelek tetapi juga kecerdasan emosi yang tinggi. Sebenarnya, semua manusia

harus mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi kerana ini adalah kunci kejayaan yang amat penting. Selain itu, kami telah dijelaskan tentang konsep kecerdasan. Saya telah belajar mengenai 2 ragam kecerdasan emosi manusia iaitu kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ). Kecerdasan IQ (Intellectual Quotient) merupakan kecerdasan yang lebih kepada fikiran tentang hal-hal fizikal atau benda-benda dalam kehidupan kita. Dalam kecerdasan IQ,organ yang terlibat adalah otak yang berfungsi sebagai ejen berfikir sebarang tingkah laku kita,sama ada baik atau sebaliknya. Manakala, Kecerdasan EQ (Emotion Quotient) merupakan suatu kemampuan seseorang dalam mengendalikan emosinya, bahkan mengendalikan emosi orang lain. Setahu saya, EQ yang tinggi membuat seseorang dapat membaca dan mengendalikan situasi dengan baik, membaca peribadi orang lain, serta membuat orang lain berasa selesa apabila berada dengan dekat kita. Dalam kata lain, EQ merupakan 'jiwa' kita. Ia merupakan pintu masuk kepada perasaan kita sebenarnya. Selepas mendapat penjelasan tentang konsep-konsep ini, saya dan rakan-rakan telah dapat membandingkannya dan mengetahui kesan kedua-kedua konsep tersebut dalam menentukan kejayaan hidup. Minggu berikutnya, kami telah mempelajari tentang Model Kompetensi Kecerdasan Emosi. Setelah mempelajari topik ini, saya mandapat tahu bahawa model ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Kompetensi Personal merangkumi dua komponen yang utama, iaitu komponen kesedaran kendiri dan komponen pengurusan kendiri. Di bawah komponen kesedaran kendiri, terdapat beberapa subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri kesedaran kendiri. Contohnya, saya telah belajar bahawa ciri-ciri individu yang memiliki kesedaran emosi kendiri, ialah mereka yang sentiasa sedar akan emosi diri yang dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku, dan pertuturan. Di samping itu, saya juga sedar akan bagaimana emosi mempengaruhi personaliti dan tingkah laku dan berkait rapat dengan ciri-ciri sahsiah diri saya. Setelah mengetahui ciri-ciri individu yang memiliki kesedaran ketetapan kendiri pula saya dapat meningkatkan keberanian mempertahan hakikat yang benar, berupaya membuat keputusan yang tepat dan mengasah kemahiran berfikir saya menjadi lebih baik. Dari segi aspek keyakinan kendiri bermaksud, sesorang individu itu mempunyai kepercayaan yang

tinggi terhadap keupayaan kendirinya sendiri. Sebagai contoh, ketika saya menerima tawaran IPG, saya merasa kurang yakin dengan keupayaan diri saya untuk menjadi seorang pendidik, tetapi kini barulah saya sedar akan kebolehan saya dan sememangnya saya sangat berminat dalam bidang perguruan. Dengan adanya keyakinan dalam diri saya, ini menjadikan saya lebih positif dalam segala perkara. Mengikut penjelasan yang diberikan oleh pensyarah dengan adanya penghargaan kendiri yang positif dalam diri kita, maka kita boleh menambah baik prestasi diri dan memiliki kesedaran untuk memahami, menerima dan menghormati diri sendiri. Kuliah seterusnya ialah tentang pengurusan kendiri. Terdapat beberapa subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri pengurusan kendiri. Antaranya termasuklah kawalan emosi kendiri, kebolehsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan, inovatif, optimis, inisiatif dan berorientasikan pencapaian. Setelah mengikuti kuliah dan mendapat penjelasan yang cukup baik tentang tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti tingkah laku saya yang berkait dengan subkomponennya. Pada minggu keempat dan kelima, kami telah belajar tentang Kompetensi Sosial yang turut dibahagikan kepada dua komponen utama. iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti melalui tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan merangkumi kompetensi empati, kecerdasan subkomponen-subkomponen individu lain, kesedaran yang membangunkan organisasi,

berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Manakala, Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi, dan kerja berpasukan dan kolaborasi. Kami telah diajar tentang penyuburan komponen kompetensi personal oleh pensyarah saya pada minggu keenam. Kemudian, saya telah dapat mengenal pasti, menyeneraikan dan membezakan perkataan emosi dengan perkataan bukan emosi. Malah saya juga dapat melabel jenis jenis emosi yang terdapat dalam kehidupan manusia terhadap sesuatu perkara yang dihadapi seperti seronok, sedih, kecewa, bimbang, bangga dan sebagainya. Dengan ini, saya belajar untuk mengawal serta mengurus emosi dan meningkatkan kebolehan menyesuaikan emosi mengikut

situasi. Di samping itu, pensyarah saya juga telah memberi latihan untuk melabelkan beberapa emosi dan ini dapat meningkatkan kefahaman saya terhadap emosi. Pada minggu ketujuh dan kelapan pula, saya telah belajar tentang pembinaan kesedaran dan pengurusan emosi. Dalam topik ini, saya memperoleh maklumat bahawa, setiap insan harus menguruskan emosinya dengan menggunakan pelbagai cara. Misalnya, ketika emosi marah , seseorang itu akan bertutur dengan kasar dan meningkatkan suara. Apabila menghadapi emosi sedih pula, seseoerang itu, sentiasa muram, menangis dan mendiamkan diri. Pada pandangan saya, kesemua emosi tersebut adalah normal bagi kita sebagai seorang manusia. Jadi, cara yang baik untuk menguruskan emosi kita adalah melalui sikap toleransi. Hal ini kerana, sikap toleransi ini akan memberikan kepuasan yang samarata antara diri kita dengan orang lain. Tambahan pula, kita juga boleh mendengar lagu, melakukan senamrobik, membaca buku, menonton televisyen dan berenang. Saya telah membuat analisis tentang Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial pada minggu seterusnya seperti yang ditunjuk ajar oleh pensyarah. Berikutan dengan itu, pada minggu kelima belas, pensyarah saya telah mengajar tentang penilaian diri dengan menggunakan inventori untuk mengenal pasti tahap kompetensi diri bagi setiap subelemen kompetensi sosial. Misalnya, saya telah mengawal kemarahan saya semasa memimpin sesuatu kerja yang dibuat secara berkumpulan. Ini menerangkan bahawa, saya dapat mencapai tahap kompetensi sosial. Minggu terakhir iaitu, minggu keenam belas pensyarah saya telah

mengarahkan untuk membuat refleksi introspektif tahap kompetensi sosial diri. Melalui aktiviti ini, saya mendapat tahu bahawa setiap insan perlu mengekalkan sikap kejujuran dalam memperbaiki kompetensi diri supaya menjadi insan yang sempurna. Dengan ini, saya juga akan berusaha untuk kompetensi diri saya dengan baiki sedikit emosi saya. Demikian itu, saya berasa amat gembira apabila berpeluang menuntut ilmu subjek Kecerdasan Emosi untuk semester 3 kali ini. Hal ini demikian kerana tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang amat saya kagumi lagi saya hormati adalah berkaitan dengan proforma subjek Kecerdasan Emosi yang disayangi ini. Menerusi subjek ni juga, saya dapat mengenal identiti saya menerusi kecerdasan emosi itu sendiri. meningkatkan tahap

Anda mungkin juga menyukai